ads

Khamis, 15 September 2011

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Dua Beradik Myanmar Menunggu Ibu Bapa Mereka Selama 7 <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2011 04:02 AM PDT

No of View :252

Selepas membaca entry ini, sesiapa yang mengenali ibu bapa mereka  Salleh Yaakob, 48, (bapa) dan Hasanah Biti Salleh, 38, (ibu) boleh lah menghubungi 013-5543163 atau mana-mana balai polis berhampiran. Kerjasama sebagai rakyat 1Malaysia amatlah diharapkan. Alamat terakhir mereka ialah  No.35, Jalan Kenanga 3, Taman Satria, 70450 Seremban Negeri Sembilan.

 Dua beradik, Mustafa Salleh, 13, dan adiknya Muzzafarrol Hisham Salleh, 7, yang ditinggalkan kedua ibu bapa mereka warga Myanmar sejak 2004 di Kampung Napong 2 Ranau, kini tinggal bersama salah seorang penduduk di kampung itu, Liman @ Abdul Bakry Bahinda.

Liman, 65, ketika menghubungi media kelmarin memberitahu pihaknya masih mencari dan menunggu ibu bapa dua beradik itu, Salleh Yaakob, 48, (bapa) dan Hasanah Biti Salleh, 38, (ibu)

Alamat terakhir mereka ialah di No.35, Jalan Kenanga 3, Taman Satria, 70450 Seremban Negeri Sembilan. Namun usaha mencari mereka menemui jalan buntu kerana kedua ibubapa kanak-kanak berkenaan tidak pernah kembali atau menghubunginya (Liman) sejak meninggalkan dua beradik itu selepas berpindah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari pekerjaan.

"Saya sudah berusaha untuk mencari mereka di merata tempat termasuk menghubungi saudara mara mereka di Semenanjung namun gagal.

"Oleh itu, saya mengambil keputusan memohon bantuan media bagi menyiarkan hasrat saya ini dengan harapan dapat mencari atau menghubungi Salleh dan Hasanah untuk meminta surat hitam putih membenarkan saya terus menjaga dan mengambil kanak-kanak ini sebagai anak angkat saya yang sah disisi undang-undang Syariah," kata Liman.

Tambahnya, kanak-kanak itu telah tinggal bersamanya untuk dijaga dan dipelihara seperti anaknya sendiri dengan mengeluarkan perbelanjaan harian sejak mereka kecil lagi hingga hari ini.

"Sekiranya usaha saya menyiarkan dalam media untuk mencari kedua-dua ibu bapa mereka tidak berhasil, maka saya tidak teragak-agak untuk memohon kepada yang berwajib (Mahkamah Syariah) supaya mengeluarkan satu surat sah membenarkan saya menjadi bapa angkat mereka," katanya.

Liman juga memohon supaya hasratnya itu disiarkan di akhbar nasional dan tempatan bagi memohon bantuan orang ramai yang menjumpai atau mengetahui di mana Salleh dan Hasanah berada supaya menghubunginya di talian 013-5543163 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Saya amat memerlukan sokongan serta kerjasama daripada orang ramai untuk mengesan di mana Salleh dan Hasanah berada, memandangkan anak-anak mereka kini amat merindui mereka," katanya sambil memaklumkan kedua-dua anak berkenaan memiliki sijil lahir yang sah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved