ads

Khamis, 29 September 2011

10 di kunak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: KRT <b>KUNAK</b> MERIAHKAN RAYA <b>DI</b> KOTA TUARAN

Posted: 22 Sep 2011 10:13 AM PDT


GEMBIRA…..Ahli-ahli KRT Kampung Kota Tuaran bergambar bersama Pengerusinya, Haji Ghulabdin Enjih (hujung kanan).

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

RAKYAT Sabah sewajarnya menjadikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri sebagai medan untuk merapatkan persaudaraan dan mengakrabkan setiakawan di kalangan penduduk pelbagai kaum yang turut hadir bagi memeriahkan majlis yang mulia ini.

Contohnya, dengan kehadiran seramai 50 orang ahli jiran muda dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kunak yang diketuai oleh Norsima Simon telah memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Komuniti 1 Malaysia Kampung Kota Tuaran yang telah diadakan di kediaman Pengerusinya, Haji Ghulabdin Enjih baru-baru ini.

Selain daripada kehadiran ahli-ahli KRT dari Daerah Kunak, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu bertambah meriah dengan kehadiran beberapa orang pemimpin tempatan; termasuklah Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan yang juga Ahli Parlimen Kota Belud.

MUDA…. Ahli-ahli KRT Kampung Kota serta ahli-ahli Jiran Muda KRT Kampung Sungai Atas Kunak yang diketuai oleh Norsima Simon (tengah).

"Walaupun Datuk Abdul Rahman merupakan Ahli Parlimen Kota Belud, namun sebagai seorang pemimpin muda yang menyedari bahawa beliau adalah kepunyaan rakyat pelbagai kaum di mana sahaja di negara ini. Rahman sanggup hadir di Rumah Terbuka Hari Raya KRT dan Komuniti 1 Malaysia di Kampung Kota Tuaran meskipun mempunyai banyak program lain yang harus dihadirinya," kata Pengerusi KRT dan Komuniti 1 Malaysia Kampung Kota Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang menjadi acara tahunan di kampung itu turut juga dimeriahkan oleh kehadiran Mantan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow; Bendahari Perhubungan MIC Sabah, Datuk Haji Baisulkhan Salman Farish; Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah; Umar Sarim Saidin dan Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional (JPNIN) Sabah; Zaiazrul Nizam yang mewakili Pengarah JPNIN Sabah, Nurulakmalina Haji Shamsuddin.

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut selaku Pengerusi Penganjur, Haji Ghulabdin juga menyatakan dengan adanya sambutan rumah terbuka hariraya aidilfitri ini, diharap akan memperkukuhkan lagi perpaduan di kalangan rakyat pelbagai lapisan yang telah terjalin sejak sekian lama.

"Perpaduan di kalangan masyarakat kita adalah satu tonggak keutuhan negara yang didiami oleh rakyat dari pelbagai kaum, sehubungan dengan itu usaha untuk memelihara perpaduan ini hendaklah berterusan; bukan sekadar bertemu sepintas lalu tetapi lebih bermakna ia dilakukan dengan mengadakan kunjungan integrasi dari satu tempat ke satu tempat yang lain," kata Ghulabdin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB).

BERBUAL….. Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan (tengah) sedang berbual mesra bersama rakan-rakan yang hadir di majlis tersebut.

Beliau memuji usaha yang dibuat oleh Ahli-Ahli Jiran Muda dari KRT Kampung Sungai Atas Kunak kerana telah dapat membawa begitu ramai ahlinya untuk mengadakan lawatan integrasi ke Daerah Kota Kinabalu dan seterusnya dapat menghadiri rrumah terbuka adidilfitri di Kampung Kota Tuaran.

Kata Haji Ghulabdin, memang telah menjadi kebiasaan kepada penduduk negeri ini bertemu di mana sahaja seperti tamu mingguan dan hari-hari perayaan yang membolehkan penduduk setempat duduk semeja untuk makan dan minum bersama bagi mengeratkan hubungan di kalangan mereka.

Majlis rumah terbuka hari raya aidilfitri di Kampung Kota, Tuaran tahun ini, tegas Haji Ghulabdin dianggap sebagai satu medan untuk mengeratkan silaturahim dan persafahaman antara satu sama lain terutamanya di kalangan penduduk di kampung tersebut.

Tetamu yang menghadiri majlis berkenaan turut dihiburkan dengan beberapa buah persembahan termasuklah tarian tradisi Igal-Igal oleh ahli-ahli jiran muda KRT Kampung Sungai Atas, Kunak dan Persembahan Nyanyian Koir oleh Ahli-ahli KRT Kampung Kota Tuaran.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved