ads

Rabu, 14 September 2011

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Gadis melecur disimbah cecair <b>di Kota Kinabalu</b>

Posted: 18 Aug 2011 08:45 PM PDT

Posted on August 19, 2011 | Category: Dalam Negara

KOTA KINABALU: Seorang gadis melecur pada hampir seluruh wajahnya dan mungkin menghadapi risiko buta akibat disimbah cecair dipercayai mengandungi bahan berbahaya oleh seorang lelaki sejurus turun dari kereta di depan sebuah pasar raya di Taman Khidmat, Kolombong dekat sini baru-baru ini.

Dalam kejadian pada Rabu kira-kira jam 2 petang itu, selain cedera pada mata, Ling Siew Teen, 22, turut melecur pada pipi, hidung, bibir dan dagu berikutan terkena cecair yang dipercayai mengandungi bahan berbahaya.

Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembinaan dan tinggal di Taman Nelly, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian agak bernasib baik kerana bahan berbahaya itu dipercayai sudah dicampur air.

Ketika ditemui di Wad Mata Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini kelmarin, Ling berkata ketika kejadian beliau turun dari kereta untuk ke pejabat syarikat kontraktor bapa saudaranya di tingkat satu dalam bangunan pasar raya berkenaan dan tiba-tiba terdengar seorang lelaki memanggilnya dari belakang.

Sebaik saja mangsa menoleh, seorang lelaki yang memandu kereta Perodua MyVi memberhentikan keretanya, lalu menyimbah sejenis cecair ke muka mangsa.

Sejurus sebelum dibawa masuk ke wad berkenaan, mangsa sempat membuat laporan di pondok polis hospital itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Peter Umbuas yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan. Setakat ini belum ada sesiapa ditahan.

Sumber: Theborneopost

» Filed Under Dalam Negara

Leave a Reply

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved