ads

Rabu, 28 September 2011

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


SUARA BEBAS TUARAN: <b>Kota Belud</b> Lantik Konsultan Bebas Bantu <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 09:25 AM PDT


Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata sebuah juru perunding bebas bagi pihak orang Kampung Kota Belud akan dilantik untuk membantu membuat kajian terhadap bantahan pembinaan projek pembetungan najis di kampung itu.
Beliau berkata, penduduk kampung membantah pembinaan pembetungan najis tersebut kerana mereka mendakwa tidak mengikut peraturan yang sedia ada.
  • Menurutnya lagi, penduduk kampung juga mendakwa terdapat sedikit kelemahan di pihak agensi kerajaan terutama dalam proses untuk ber bincang dengan mereka sebelum pembinaan projek itu dilaksanakan.
  • Menurut beliau, faktanya sekarang projek pembetungan najis itu telah pun siap dibina sebanyak 97 peratus hanya penyambungan paip sahaja dan inilah yang menjadi perbalahan diantara penduduk kampung dengan pihak agensi kerajaan.
  • "Saya bersama Wakil Rakyat Usukan, Japlin Akim telah bersetuju membantu orang kampung untuk melantik sebuah konsultan bebas bagi menangani isu tersebut, bukan konsultan yang dilantik oleh kerajaan untuk membuat kajian terhadap beberapa perkara yang telah pun di luah oleh orang kampung.
  • "Memang betul kalau kita lihat keadaaannya dari pandangan mata kasar kita, mungkin tidak sesuai tapi kalau sudah dibuat kajian mungkin sebaliknya, setiap bantahan perlu disokong oleh fakta-fakta yang sahih sama ada bantahan itu berasas atau tidak," jelasnya.
  • Beliau berkata demikian ketika melawat pembinaan projek pembetungan najis di Kg. Kota Belud, dekat sini baru-baru ini.
  • Menurut Abdul Rahman lagi yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah kajian yang akan dibuat oleh konsultant bebas itu akan mengambil masa selama tiga bulan.
  • Katanya, selepas tiga bulan kajian dibuat oleh konsultan bebas hasil kajian itu akan dikemukakan kepada pihak kerajaan untuk dibincangkan semula bagi mencari jalan penyelesaian.
  • "Kita berharap hasil keputusan yang diperolehi oleh konsultan bebas itu akan dapat memuaskan semua pihak," tambahnya lagi.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Japlin yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, meminta penduduk kampung bersabar sementara menunggu keputusan hasil kajian dari konsultan bebas yang akan dilantik.
Japlin berkata, beliau dan Ahli Parlimen Kota Belud sentiasa mendengar keluhan penduduk kampung dan mereka akan berusaha sebaik yang mungkin membawa isu tersebut kepada pihak kerajaan.
Sumber: NST

Komen Solymone

Syor untuk melantik juruperunding atau pun konsultan untuk menyelesaikan permasaalahan pembinaan projek pembetungan najis di kampung Kota Belud selalu nya merupakan strategi yang lumrah.
Mungkin dalam perkiraan Ahli-Ahli Yang BerHormat di Kota Belud akan menyelesaikan kemelut percangahan pendapat diantara pehak kerajaan dan orang kampung disana.

  • Walau macam mana pun, sama ada ia nya akan berjaya atau pun tidak tertakluk kepada kebijaksana juruperunding yang di amanatkan untuk melakukan kajian seterus nya dengan membuat lapuran atau pun cadangan yang perlu diambil. Kerana dalam hal saperti ini, fokus diletakkan khas dari sudut pandangan teknikal sahaja, tidak cukup...Kadar emosi dan kemarahan orang-orang kampung perlu diredakan.
  • Sebelum itu, saya merasa heran mengapa pandangan pehak Jurutera Daerah tidak diketengahkan pada hari tersebut. Wal hal, JKR sepatut nya banyak memainkan peranaan penting dalam pembinaan pembentungan najis di negeri Sabah.
  • Selanjutnya, hal-hal saperti ini tidak patut berlaku sekiranya perancangan dan perlaksanaan awal dirangka dengan rapi dengan mengambil kira situasi sensitif dipersekitaran dan impak negatif nya terhadap kehidupan masyarakat tempatan. Saperti kerosakan kawasan tanah serta perumahan dan kesihatan orang-orang kampung.
  • Dalam masa yang sama, pehak-pehak yang terlibat di bawah berunding dengan sebaik mungkin, sebelum projek tersebut dimulakan.
  • Rasa nya, kejadian ini berlaku kerana besar kemungkinan pehak pengawal projek (Ibu pejabat dan daerah) tidak mengikut procedur yang kemas lagi berkualiti. Gagal mengambil kira keserasian kehendak 'designer' dan penduduk kampung yang terlibat.
  • Dalam pada itu, saya juga ingin tahu sejauhmana kah kepakaran juruperunding yang dilantik itu, sama ada mereka ini mempunyai kepakaran dari aspek teknikal dan sekaligus kaedah yang berpaut dengan ' public relationships' atau pengetahuan dalam menangani hal-ehwal kemanusian ?
Kerana dalam isu yang kronik saperti ini, pandangan teknikal dan perasaan serta hak-hak orang kampong tersebut perlu diseimbangkan ... Otherwise, sampai bila pun masaalah ini tidak akan selesai tanpa konfrantasi.
Apa-apa pun, sebagai seorang yang mempunyai hubungan rapat dengan daerah Kota Belud, saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan tata-cara yang terbaik

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved