10 di keningau - Google Blog Search |
Berikutan kenyataan yang disifatkan menghina pejuang negara <b>...</b> Posted: 30 Aug 2011 09:18 AM PDT by Johan Aziz. Posted on August 31, 2011, Wednesday KENINGAU: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Keningau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis di sini pada Isnin berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, yang disifatkan menghina pejuang negara. Pengerusi Persatuan, mantan Sub-Inspektor Anggi Kathil, memberitahu Utusan Borneo di sini bahawa pihak persatuan amat memandang serius terhadap kenyataan itu. Mat Sabu yang memberi ceremah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu telah mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Kenyataannya yang telah disiarkan di Utusan Online pada 26 Ogos lalu turut menganggap Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota Komunis adalah hero sebenar, bukan 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Dalam ceremahnya, Mat Sabu turut mendakwa Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh berkenaan adalah pegawai British. Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain memihak kepada Umno. Sementara itu, Anggi yang mewakili Presiden PBPM Negeri Sabah, Abdul Rahman Teo, ketika membuat laporan itu memberitahu bahawa ahli-ahli persatuan membantah kenyataan Mat Sabu yang tidak beretika dan memperkecil-kecilkan peranan pasukan keselamatan termasuk polis. Beliau menyifatkan kenyataan itu telah tersasar dari kebenarannya dan jelas menyeleweng dari fakta sejarah sebenar. "Persatuan negeri dan cawangan ini menganggap ceremah yang terkeluar dari fakta adalah bertujuan untuk menghasut supaya rakyat membenci polis dan pasukan keselamatan yang lain," katanya. Anggi berkata, selama ini pasukan keselamatan termasuk polis telah banyak mempertahankan negara dan rakyat dari anasir-anasir yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Katanya, persatuan memandang serius mengenai isu itu dan perlu diambil tindakan lebih tegas lagi agar tidak memperlekehkan tugas dan peranan anggota polis yang banyak berjasa dan terkorban dalam perkhidmatan mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara ini. "PBPM Sabah dan Keningau meminta pemimpin ini (Mat Sabu) diambil tindakan tegas sejajar dengan peruntukan undang-undang yang ada," katanya. |
UMNO Online - Isu Tanah Sabah : UMNO <b>Keningau</b> Sokong <b>...</b> Posted: 27 Jun 2011 12:34 AM PDT Kategori Dari BahagianIsu Tanah Sabah : UMNO Keningau Sokong Maklum Balas Positif KerajaanKENINGAU, 27 Jun – UMNO Keningau hari ini menyambut baik maklumbalas positif oleh kerajaan berhubung isu tanah Hak Adat Anak Negeri Sabah (NCR) khususnya dengan pengenalan Geran Komunal Anak Negeri. Ketua Pemuda UMNO Keningau, Azman Ruslan berkata kesanggupan kerajaan negeri mendengar maklum balas, kritikan membina dan idea berhubung dua isu berkaitan itu sebenarnya amat sesuai dan disambut baik. "Seperti kita semua tahu, isu tanah amat sensitif kerana ia membabitkan hak dan masa depan kesejahteraan semua rakyat Sabah," katanya ketika di sini hari ini. Walaupun, katanya, kerajaan telah berusaha memperjelaskan rasional disebalik pengenalan geran komunal itu, namun ada sebilangan rakyat yang masih belum berpuas hati dan mahu butiran terperinci mengenai kaedah dan kesan terhadap masa depan mereka. Azman, bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah, percaya kebimbangan terhadap pengeluaran geran komunal itu mungkin akibat salah faham dan kekurangan maklumat lengkap. "Tidak kisah sama ada ketidakpuasan hati mereka disalurkan menerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau sebarang badan politik kerana apa yang penting rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka," katanya. Azman berkata demikian ketika merujuk kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini yang menyambut baik inisiatif Suhakam untuk menjalankan kajian mengenai isu berkaitan NCR. Musa dipetik sebagai berkata kerajaan negeri terbuka kepada sebarang maklumbalas, kritikan membina dan idea berhubung isu pengenalan geran komunal. Pada Khamis lalu, Suhakam berkata ramai penerima geran komunal dalam kalangan penduduk luar bandar di Sabah masih tidak arif dengan kaedah pemberian itu. Pesuruhjaya Suhakam, Jannie Lasimbang dipetik sebagai berkata ketika penduduk secara am menyokong pemberian geran komunal bagi membantu membangunkan kawasan pedalaman dan meningkatkan ekonomi penduduk tetapi pelaksanaan secara tergesa-gesa itu menyebabkan banyak butiran terlepas dari perhatian. Suhakam telah mengadakan sesi rundingan berhubung Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal dan Asli Sabah di Keningau, Tenom dan Penampang di mana geran komunal menjadi satu isu penting dibangkitkan oleh rakyat. Sebagai peguam, Azman berkata ramai penduduk luar bandar khususnya di daerah pedalaman Keningau telah meminta nasihat beliau mengenai rasional geran komunal dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada hak dan masa depan penduduk asal Sabah. "Kebimbangan mereka kebanyakannya berdasarkan tanggapan bahawa geran komunal mungkin tidak melindungi hak dan masa depan mereka kerana dilihat sebagai diluar semangat NCR dan berdasarkan usaha sama dengan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) tertentu," katanya. Katanya adalah baik bahawa kerajaan mengambil sikap responsif terhadap isu tanah kerana langkah itu dapat membantu pemimpin pusat khususnya PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku di Sabah. Kira-kira 1,400 ketua keluarga telah menerima geran komunal bagi tanah meliputi seluas 3,650 hektar yang akan dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) dengan tanaman kelapa sawit dan tanaman lain bagi membantu penduduk kampung yang miskin di daerah pedalaman. Berita Bertarikh 27 June 2011 Pada 3:34 PM |
You are subscribed to email updates from di keningau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan