ads

Jumaat, 2 September 2011

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Wanita ditemui mati <b>di</b> rumahnya | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2011 05:25 PM PDT

by WILLIE JUDE JUNAIDI, wjudeub@gmail.com. Posted on September 2, 2011, Friday

PENAMPANG:  Tindakan seorang wanita yang menolak pelawaan rakan-rakannya untuk beraya di Keningau rupanya membawa petanda buruk apabila dia ditemui mati di kediamannya di Bundusan Villa di sini petang Rabu lepas.

Norjanah Mulut, 26

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, teman lelaki mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata dia pada mulanya membuat keputusan untuk melawat mangsa, Norjanah Mulut, 26, kerana mangsa sebelum ini memberitahunya bahawa dia tidak sihat.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila melihat dia (mangsa) dalam keadaan tidak sedarkan diri.  Saya cuba mengejutkannya tetapi gagal lalu saya terus menghubungi ambulan," katanya sambil menambah salah seorang kakitangan ambulan yang tiba kira-kira jam 6.15 malam kemudiannya memberitahu bahawa mangsa sudah tidak bernyawa lagi.

Menurutnya, mangsa sebelum ini membuat keputusan untuk berehat di rumahnya kerana mengadu tidak sihat dan terpaksa menolak pelawaan rakannya yang lain untuk beraya di Keningau.

Sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu turut berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan mayat mangsa juga telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved