ads

Selasa, 2 Ogos 2011

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Ziarah amal Yadim <b>di Semporna</b> - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 08:12 PM PDT

USIA muda jangan diabaikan begitu sahaja. Sebaliknya, ia perlu digunakan sebaik mungkin untuk menimba ilmu pengetahuan bagi kebahagiaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Demikian antara nasihat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir kepada kumpulan pelajar di Semporna, Sabah, baru-baru ini.

Institusi yang menerima kunjungan Yadim adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Sakaran dan Madrasah Inabah di Kampung Semporna.

"Para pelajar harus meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jangan melupakan jasa dan peluang yang disediakan oleh kerajaan memberi pendidikan kepada mereka," katanya.

Aziz Jamaludin berkata demikian di hadapan 300 guru dan pelajar SMKA Tun Sakaran. Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan Yadim kepada 21 pelajar yang kurang berkemampuan.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Tun Sakaran Dandai dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Hal Ehwal Islam, Datuk Seri Nasir Sakaran.

Ziarah itu diadakan sempena mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim di Sipadan Mabul Resort, Pulau Mabul, Semporna.

Semasa mengunjungi Madrasah Ibanah, Aziz Jamaludin turut menyampaikan sumbangan RM1,000 daripada Yadim dan juga sumbangan peribadi Datuk Taip Ali sebanyak RM4,000 kepada madrasah itu.

Madrasah yang menempatkan kira-kira 200 pelajar dan guru itu mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Ini termasuk dewan, surau, kelas dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sementara itu, Sakaran merakamkan penghargaan di atas kesudian Yadim menziarahi kedua-dua sekolah tersebut.

Katanya, kunjungan itu diharap dapat menyuntik semangat kepada para pelajar untuk meningkatkan usaha menimba ilmu pengetahuan.

"Selain itu, kunjungan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan Yadim, USIA dan penduduk Islam di Semporna dan Sabah amnya," tambah beliau.

Menyedari kepentingan menyampaikan ilmu walaupun satu ayat, diadakan kuliah maghrib di Masjid Daerah Semporna.

Kuliah disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga ahli ALPA Yadim, Prof. Dr. Idris Zakaria.

Yadim mempunyai pejabat Zon Sabah yang terletak di Lot E-4-7 & E-4-8, Tingkat 4 Plaza Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved