ads

Khamis, 11 Ogos 2011

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Loji kimia Oleo dibina <b>di Lahad Datu</b>

Posted: 28 Jul 2011 04:02 PM PDT

SANDAKAN 28 Julai – Sebuah Loji Kimia Oleo pertama di Sabah bakal dibina di atas tapak seluas lapan hektar di kawasan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu dekat sini, membabitkan pelaburan lebih RM500 juta oleh sebuah syarikat negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pembinaan loji berkenaan merupakan antara inisiatif yang mampu membantu kerajaan negeri mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai penyumbang utama dalam sektor minyak sawit hiliran.

Menurut beliau, sejak tujuh tahun lepas, kerajaan negeri telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memaksimumkan kelebihan sebagai pengeluar terbesar kelapa sawit mentah di negara ini termasuk menerusi pembinaan dua POIC di Lahad Datu dan Seguntor, Sandakan.

"Di POIC Lahad Datu sahaja, sehingga kini kita telah menerima pelaburan kira-kira RM3 bilion dan ditambah lagi dengan pembangunan Loji Kimia Oleo ini.

"Kita percaya, lebih banyak minyak yang boleh disimpan untuk diproses, lebih besar kesan ekonomi kelapa sawit ke atas ekonomi negeri dan seterusnya mewujudkan banyak peluang perniagaan serta pekerjaan berkualiti untuk rakyat," katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan dan Pameran PALMEX 2011 di di Dewan Masyarakat Sandakan di sini, semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Lebih 50 syarikat tempatan dan antarabangsa berkaitan industri kelapa sawit menyertai Persidangan dan Pameran PALMEX 2011 yang diadakan bermula semalam dan berakhir esok.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Hashim Paijal dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Ir. James Wong.

Musa berkata, Sabah tidak boleh ketinggalan dalam aspek sektor hiliran berikutan negeri ini merupakan pemain utama dalam penanaman dan pengeluaran minyak sawit di Malaysia mahupun di kawasan serantau.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved