ads

Khamis, 7 Julai 2011

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Easy Comes Easy Goes: Pemuda UMNO <b>Tenom</b>, Sabah minta isu agama dan <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2011 07:36 PM PDT

SEMANGAT SETIA KAWAN.... Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin (2 dari kiri) menyaksikan Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar (kiri sekali) dan Ketua Pemuda UMNO Keningau (2 dari kanan) yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah, Azman Ruslan bersalaman erat tanda semangat setiakawan diakhir perhimpunan Pemuda UMNO Tenom pada 30 Mei 2011 di Tenom, Sabah. Turut kelihatan kanan sekali Ketua Pemuda UMNO Semporna, Mohd Azis Hj Jamman.


Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Tenom, Sabah

Gambar / Teks : Jaafar Wahid

TENOM, Sabah 30 Mei 2011 : Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom, Sabah meminta agar semua pihak menghentikan perdebatan terbuka mengeni isu agama dan kaum di negara ini bagi mengelakkan ia boleh mengeruhkan keharmonian serta perpaduan kaum yang telah dikecapi selama ini.

Ketuanya Jamawi Jaafar berkata isu agama dan kaum sepatutnya dibincangkan dalam majlis tertutup baik di peringkat kerajaan atau kepimpinan tertinggi parti bagi menghormati sensitiviti rakyat di negara ini yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama yang mejoritinya menghargai perpaduan dan keharmonian terus terpelihara.

" Jika isu ini kita bincangkan secara terbuka ianya bukan sahaja boleh mencetuskan ketegangan namun ianya turut memberikan ruang kepada beberapa pihak tertentu terutamanya parti pembangkang yang memanipulasikan isu ini untuk kepentingan politik mereka" katanya ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom di Tenom pada 30 Mei 2011.

Persidangan yang dihadiri lebih dari 1000 orang terdiri dari perwakilan dan pemerhati itu dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Azman Haji Roslan.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan ini sememangnya termaktub dalam perlembagaan negara tanpa mengenapikan hak,kepentingan serta kebebasan kaum kaum yag lain.

" Jika isu ini dibincangkan secara terbuka kita perlu memikirkan serta memahami perasaan kaum lain, sebagai contoh Umno bahagian Tenom sahaja enam puluh lima peratus ahlinya terdiri dari kaum bumiputera Islam yang sudah tentu akan memberikan kesan negatif terhadap kekuatan parti" katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved