ads

Ahad, 3 Julai 2011

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Ishak & Umu @ <b>Ranau</b> - Kundasang

Posted: 11 Jun 2011 06:20 AM PDT

Laporan ringkas Jemaah Masturat Sepuluh Hari Markaz Tawau yang menjalankan usaha agama di Ranau-Kundasang Cuti Persekolahan Mei/Jun 2011.

Ahli rombongan: Lapan orang (Empat pasangan suami-isteri)

Amir Jemaah: Cikgu Mahmoor (Tuan rumah ta'lim masturat markaz Tawau)

Ahli Jemaah yang lain: Mejar Bersara Hj Osman Sunario (Syura Tawau), En. Marzuki Manager  Oil Palm Plantation anak syarikat Yayasan Sabah, juga adalah salah seorang Syura Tawau. Dan saya sendiri. Semua bersama dengan isteri masing-masing.

Perjalanan pergi kami dari Semporna - Tawau - Kunak - Lahad Datu - Kinabatangan -  Beluran - Telupid - Ranau - Kundasang memakan masa selama lebih kurang 10 jam. Dalam perjalanan pulang pula kami singgah di Kg Bahagia Sandakan, kerana tujuh pasang jemaah masturat (semuanya dari Lanchang, Pahang) keluar sepuluh hari di kawasan tersebut. Kemudian kami singgah lagi di Kunak, kerana di situ ada lagi satu jemaah masturat 10 hari dari markaz Tawau sedang bergerak. Menjadikan perjalanan kami pergi dan balik sejauh 1500km. Alhamdulillah dalam kepenatan Allah s.w.t berikan kemanisan.

Route jemaah masturat sepanjang tasykilan tersebut:

1. Rumah Hj Moin Ahmad, (Pengetua Cemerlang SMK Mat Salleh, Ranau), Kg Lohan Ulu.

2. Rumah Hj Ibnuh, Kampung Kemburongoh, Ranau.

3. Rumah Ustaz Umar, Imam Besar Masjid Bandar Daerah Ranau (Masjid Ar-Rahman)

4. Rumah Hj Ibnuh, Rumah kakitangan dan pegawai JAKIM, Kg Mesilau, Kundasang.

Maklumat Umum Medan Usaha Ranau - Kundasang.

Halkah: 2 (Kundasang dan Ranau)

Anggaran nisbah orang Islam dan Kristian: 

Ranau: 35% Islam, 75% Kristian.

Kundasang: 95% Islam, 5% Kristian.

Bilangan masjid dan surau seluruh Ranau-Kundasang: 130

Bilangan masjid yang hidup lima amal: 1

Ta'lim masturat terdekat: Kota Kinabalu ( 110km atau dua jam perjalanan dari Ranau).

Pengalaman masturat 40hari: Tiada

Pengalalaman masturat 10Hari: Tiada

Pengalaman masturat 3 Hari: 5-6 Pasang.

Takaza (keperluan usaha agama) di dua kawasan tersebut ialah untuk menghidupkan ta'lim mingguan wanita. Marhalah Masjid Bandar Daerah Ranau dilihat berpotensi untuk diadakan tempat ta'lim mingguan kerana menghampiri beberapa syarat utama:

1. Marhalah wujud lima amal jemaah masjid.

2. Ada empat atau lima orang berpengalaman yang boleh mengendalikan program masturat. (Masjid bandar baru ada tiga orang berpengalaman keluar tiga hari masturat).

Disebabkan kelemahan kami, tidak ada satupun jemaah tunai dapat dibentuk. Tetapi berkat fikir risau dan kebimbangan rakan-rakan seusaha di Ranau - Kundasang, untuk menguatkan lagi jumlah dan bilangan orang yang boleh mengendalikan program masturat, satu jemaah 10 hari dari Ranau (terdiri dari Haji Moin, Ustaz Umar dan lain-lain rakan seusaha di Ranau dan Kundasang)  telah menunjukkan keazaman yang jitu untuk khuruj sepuluh haru masturat ke Tawau pada cuti persekolahan hujung tahun ini insyaAllah. Sebagai memantapkan lagi usaha masturat di kalangan mereka supaya hasrat mengadakan tempat ta'lim mingguan wanita sendiri dapat dilaksanakan secepat mungkin. Semoga Allah s.w.t merealisasikan keazaman kalian. Kami turut sama mendoakan insyaAllah.

Alhamdulillah, begitu banyak jemaah masturat yang bergerak dalam cuti persekolahan ini. Tidak dilupakan bapa dan ibu mertua yang bergabung dengan jemaah Seremban keluar sepuluh hari masturat di kawasan Mersing, Johor. Sebetulnya banyak perkara hendak diceritakan, namun sebelum entri ini menjadi lebih panjang, maka saya akhiri di sini laporannya. Turut ingin dikongsikan nukilan syair al-Imam Asy-Syafie Rah.a:

ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ

سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ

إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ

والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب

والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ

والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب

فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ

Menetap hanya di satu tempat bukanlah sesuatu yang menyenangkannya bagi orang yang berakal dan bertamadun, justeru tinggalkanlah tanah airmu dan mengembaralah.


Bermusafirlah, nescaya kamu akan bertemu pengganti bagi orang yang ditinggalkan,
Bersusah payahlah, kerana kenikmatan hidup akan dikecapi dengan bersusah-payah

Sesungguhnya aku melihat air yang berhenti mengalir itu akan mendatangkan kerosakan, sebaliknya jika ia mengalir barulah akan mendatangkan kebaikan, begitulah jika air tidak mengalir maka tercemarlah ia.

Singa tidak akan mendapat mangsanya sekiranya ia hanya tetap di dalam sarangnya,
 

Anak panah tidak akan sampai kepada sasarannya jika ia tidak keluar dari busurnya
 

Begitujuga matahari jika terhenti pergerakannya maka pasti akan jemulah manusia sekeliannya samaada Arab mahupun Ajam.

Emas adalah semata-mata satu ketulan tanah jika tidak dikeluarkan, sementara kayu 'aud (gaharu) jika terbiar di hutan samalah nilainya seperti kayu yang biasa.

Jika (kayu 'aud) itu dikeluarkan, maka barulah akan terlihat kehebatan dan ketinggian nilainya dan jika emas dalam tanah  itu dikeluarkan, maka barulah terserlah kehebatannya sebagai bongkahan emas yang tinggi nilainya.

(Syair dipetik dari Kitab Diwan As-Syafi'e)

Demikian ungkapan syair galakan bermusafir oleh al-Imam Asy Syafie yang berbentuk metafora, susunan bait perkataan yang sangat indah untuk didengari dan dihayati. Menyelinap jauh ke lubuk hati. Mengaitkan benda yang abstrak dengan benda yang nyata. Saranan agar kita berkelana dan mengembara ke bumi Allah s.w.t yang maha luas. 

Sekiranya kita memiliki emas dan permata yang amat bernilai, dan apalah guna emas permata tersebut jika kita hanya menyimpannya di dalam tanah. Apabila emas permata telah keluar dari tanah, maka barulah kita tahu betapa tinggi nilai emas permata tersebut. 

Samaada kita sedar ataupun tidak, sebenarnya kita telah dianugerahkan dengan sesuatu yang lebih bernilai dari emas dan permata iaitu 'agama'. Yang menjadi sumber kebahagiaan untuk kehidupan dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi nanti. Yang bukan sahaja memberi kebahagiaan kepada kita, bahkan akan memberikan kebahagiaan kepada orang lain juga, jika kita sudi berkongsikan emas permata yang ada pada kita ini. Aduhai emas permata, mengapa engkau hanya duduk berdiam diri ditempatmu.

Jadi adalah besar manfaatnya untuk diri kita dikeluarkan dari kediaman-kediaman kita, bergerak bagaikan air yang mengalir jernih, memberi manfaat kepada seluruh makhluk yang dahagakannya. Ayuhlah kita persiapkan diri untuk keluar mengembara menyebarkan sesuatu yang nilainya jauh lebih tinggi dari emas dan permata. Dan apakah lagi  bentuk pengembaraan yang lebih besar selain daripada keluar mengembara atas tujuan dan maksud agama. Sebagaimana pengembaraan-pengembaraan para sahabat r.a menyebarkan agama ini ke serata alam.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali-Imran: 110)

Bukan sahaja lelaki bahkan wanita di kalangan umat ini juga adalah bertanggungjawab di atas kerja dakwah Ilallah. Wanita tugasnya bukan sahaja sekadar memasak, mencuci pakaian, mengemas rumah, melayan suami bahkan jauh lebih dari itu wanita juga perlu menjalankan dakwah di kalangan kaum wanita dengan tertib yang betul. Nabi Nuh a.s yang menjalankan usaha dakwahnya tanpa dibantu oleh isteri maka mereka yang mendapat hidayat jumlahnya adalah sangat sedikit (tidak sampai seratus orang dalam masa hampir seribu tahun menjalankan usaha). Akan tetapi Rasulullah s.a.w yang dibantu oleh kaum wanita baginda, telah berjaya membawa dua pertiga penduduk dunia ini beriman kepada Allah s.w.t dalam masa yang sangat singkat iaitu tidak sampai lima puluh tahun. Meminjam kata-kata saudara Ismadi Yusuf: Usaha masturat melahirkan masyarakat akhirat. Semoga Allah s.w.t semarakkan usaha masturat di seluruh alam. Agar wanita-wanita memiliki fikir agama sebagaimana sahabiah-sahabiah r.ha.

Sebagai akhirnya dikongsikan beberapa keping gambar kenangan sepanjang khuruj masturat kami kali ini. Gambar yang lebih banyak akan kami masukkan dalam akaun Facebook insyaAllah. Juga boleh lawati blog isteri yang entri terbarunya bakal diwarnai dengan kisah dan gambar-gambar sepanjang perjalanan kami tempoh hari, insyaAllah. .

Ishak & Ahlia Tercinta

Jalan kerikil naik turun bukit dan gunung. Aksi penuh debaran sehingga beberapa kali Iswara kami berbau hangit.

Singgah di Ladang Sayur

 Ahlia Ishak di Kaki Gunung Kinabalu

Surau Kediaman Pegawai dan Kakitangan JAKIM Kundasang. Macam di atas awan, Subhanallah. Walau ke kaki langit kami akan mendaki untuk menunaikan tanggungjawab terhadap umat insyaAllah.


Sekian,

Muhammad Ishak Zaini

11 Jun 2011

9 Rejab 1432H

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved