ads

Rabu, 20 Julai 2011

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


AkU DaN ReaLiTi: 500 PTI Daftar <b>Di</b> Kaunter <b>Penampang</b> Setelah <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2011 05:26 AM PDT

AkU DaN ReaLiTi: 500 PTI Daftar Di Kaunter Penampang Setelah Bermulanya Program 5P

500 PTI Daftar Di Kaunter Penampang Setelah Bermulanya Program 5P

Kira-kira 500 PTI yang mencuri masuk tanpa dokumen sah dengan harapan mencari kehidupan yang lebih baik di Sabah hadir untuk mendaftar diri di Dewan Tun Fuad Stephens Penampang. Program 5P membenarkan mereka keluar dari negeri ini tanpa dihukum dan balik ke sini secara sah sekaligus melegakan mereka.

Komen-Komen PTI :
Carlos Viv, 45, dari Indonesia bersyukur bekerja dan tinggal di Sabah. Katanya walaupun hanya berpendapatan rendah tetapi majikannya memberinya tempat tinggal serta makan 3 kali sehari. Tambahnya lagi kehidupannya di Sabah lebih baik berbanding di Indonesia dan beliau mengatakan bahawa beliau tidak mahu kembali lagi ke Indonesia dan menganggap Sabah adalah rumahnya sekarang.


Thresia Nepi, 19, dari Indonesia pula berkata penduduk di Sabah sungguh peramah dan beliau juga suka tinggal di Sabah. Beliau juga bersyukur kerana berpeluang untuk mendapat lebih banyak wang untuk anak perempuannya berserta dengan dokumen yang sah dan ini merupakan rahmat bagi mereka.


Dandy bin Mohammad Amin, 63, dari Filipina berkata beliau berhadapan dengan risiko ditangkap oleh penguatkuasa untuk mencari pendapatan yang lebih baik di Sabah kerana beliau telah memasuki negeri ini secara haram dengan menaiki bot dari Tawi-Tawi. Katanya walaupun dengan hanya pendapatan sebanyak rm200, namun kata beliau ianya lebih baik daripada jumlah yang dia perolehi di Filipina dan dapat terus menyara satu-satu anak lelakinya di Filipina. Beliau juga merasa selesa dengan keadaan yang aman di Sabah berbanding di Filipina.

P/s : Apa pandangan anda apabila kebanyakkan PTI yang datang ke negeri Sabah semuanya ingin mencari nafkah bagi meneruskan kehidupan mereka walaupun telah memasuki negeri kita secara haram? Tidak semua PTI itu jahat namun kerana sebilangan daripada mereka telah melakukan pelbagai jenayah, ini menyebabkan semua mereka yang bergelar PTI dipandang serong. Sememangnya menjadi satu kesalahan apabila mereka datang ke Sabah tanpa dokumen yang sah. Tambahan lagi apabila kebanyakan majikan mereka sudi untuk memberi jaminan kepada pekerja mereka yang tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah agar dapat terus bekerja dengannya. Terdapat PTI yang membantu menyumbangkan tenaga dalam pembinaan bangunan seperti yang kita dapat lihat pada hari ini dan terdapat juga PTI yang menyumbangkan jenayah di negeri Sabah.. Tetapi PTI lebih sinonim dikaitkan dengan jenayah..!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved