10 di papar - Google Blog Search |
CERAMAH ISRA' MIKRAJ <b>DI</b> KG ANDUS <b>PAPAR</b> « ABU NUHA CORNER Posted: 29 Jun 2011 06:47 AM PDT Pertama kali berkunjung ke Surau al-Mu'minin Kg Andus Papar yang terletak cuma di tepi jalanraya utama Papar-Beaufort. Selama ini hanya menjeling surau kecil ini apabila lalu ketika permusafiran baik ketika balik kampung atau ke destinasi tertentu. Bahkan beberapa minggu sebelum ini ada seorang pengomentar dalam blog ini mencadangkan saya berziarah ke surau mereka. Maka apabila pengerusi surau, Tuan Haji Ismail Ag Damit mengundang hadir, saya tidak keberatan untuk bersama-sama mereka pada selasa malam rabu lalu. Saya tiba sedang mereka berdoa selepas solat maghrib, memandangkan saya tidak mengambil cuti hanya bekerja seperti biasa dan keluar dari rumah pada jam 6 petang. Lucu juga sejak awal pagi tuan pengerusi menelefon beberapa kali walaupun saya sudah menyatakan persetujuan. Katanya mereka sekampung sibuk memasak menyediakan makan malam selepas ceramah nanti. Memang di kampung-kampung saya mengakui kemeriahan mereka menyambut peringatan isra' mikraj dengan acara gotong royong dan sebagainya. Banyak saya luahkan malam itu, sehingga ceramah saya memakan masa hampir dua jam lamanya. Saya bermula dengan latar belakang sirah nabawi – dakwah secara sembunyi sehinggalah kemasukan sayyidina Umar ke dalam Islam, pemboikotan keatas umat Islam, tahun kesedihan sehingga membawa kepada berlakunya isra wal mi'raj. Ulasan saya berkenaan ayat 1 surah al-Isra juga panjang lebar, dan masih berkait dalam perkara asas. Di hujungnya saya tekankan kefardhuan solat yang baginda terima menunjukkan solat dan perhambaan kepada Allah adalah jawapan kepada permasalahan yang berlaku dalam masyarakat sepanjang zaman. |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan