10 di nabawan - Google Blog Search |
Program Jalinan Rakyat <b>Nabawan</b> pada Jun akan dilancar Shahrizat <b>...</b> Posted: 27 May 2011 07:44 AM PDT PENSIANGAN: Program Jalinan Rakyat akan dijalankan pada bulan hadapan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sook dan Dewan Undangan Negeri Nabawan. Menurut Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Pensiangan, Zaiton Anik bahawa, program Jalinan Rakyat di Nabawan dijangka dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 19 Jun depan manakala kawasan Dun Sook pula dijangka akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup pada 18 Jun. Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Wanita BN Pensiangan di Keningau kelmarin. Turur hadir sama Naib Pengerusi Wanita BN Aminah Dali, Setiausaha Wanita BN Hilda Salim, Ketua Penerangan Wanita BN Rufina Pangiran serta ahli jawatankuasa Wanita BN Pensiangan. Zaiton yang juga Ketua Wanita UMNO Pensiangan turut meminta nggota Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) agar terus mengukuhkan gerak kerja membela nasib rakyat, khususnya di peringkat akar umbi. Katanya dalam melaksanakan gerak kerja itu secara lebih berkesan, strategi turun padang hendaklah dilakukan secara tetap dan berterusan. "Melalui aktiviti turun padang, kita dapat melihat sendiri permasalahan sebenar rakyat untuk dilaporkan kepada agensi atau pihak-pihak berkaitan. Ini kerana, ramai di kalangan rakyat tidak mengetahui bagaimana cara mengatasi masalah yang sekian lama dihadapi menyebabkan mereka terpinggir," ujarnya Jelas Zaiton program turun padang hingga ke akar umbi juga penting sebagai salah satu pendekatan menghayati keperluan rakyat secara lebih tepat bagi membolehkan kerajaan membina satu rancangan masa depan dengan lebih baik. "Dengan melihat sendiri masalah rakyat, kita bukan sahaja dapat merapatkan hubungan mesra di peringkat akar umbi tetapi juga dapat melaporkan keadaan semasa kepada kepimpinan tinggi dengan lebih tepat dan bermaklumat," ujar beliau. Tegas Zaiton lagi bahawa wanita merupakan jentera yang amat penting untuk menentukan kejayaan BN, dan Wanita merupakan pasukan yang boleh diharapkan untuk membawa kejayaan BN memandangkan jumlah ahli wanita dalam BN adalah sebanyak 2.75 juta orang. Beliau berkata, langkah itu juga sebagai salah satu pendekatan berkesan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dalam usaha menarik sokongan rakyat kepada BN. Zaiton turut meminta supaya anggota Wanita BN Pensiangan terus mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain termasuk menyelesaikan masalah atau perselisihan yang wujud melalui perbincangan di peringkat dalaman. "Di sinilah masanya kita semua mempraktikkan gagasan 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak." "Secara tidak langsung kita dapat menjadi contoh kepada rakyat dalam usaha mengukuhkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain," Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di nabawan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan