ads

Rabu, 27 Julai 2011

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Nikon Buka Bilik Pameran <b>Di Kota Kinabalu</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 21 Jul 2011 02:14 AM PDT

KOTA KINABALU – Nikon (Malaysia) Sdn Bhd, pengedar produk dan instrumen pengimejan Nikon di dalam negara, secara rasminya telah membuka Bilik Pameran Nikon di Dataran Warisan dis ini hari ini.

Pengarah Urusan Nikon Malaysia Tsunoda San berkata pembukaan bilik pameran itu dengan kerjasama Futuromic Photo AV diharapkan dapat memupuk dan memperkaya budaya fotografi di rantau ini.

Futuromic ialah pengedar tunggal produk pengimejan Nikon di Sabah, Sarawak dan Brunei.

Pada majlis pembukaan bilik pameran itu, Tsunoda berkata Nikon telah menjadi penjual DSLR nombor satu Malaysia selama tujuh tahun sejak 2004.

"Hari ini, Nikon adalah antara dua terkemuka dalam kategori kamera digital kompak, demikian menurut laporan kaji selidik GFK terbaru," kata beliau.

Beliau berkata pelancaran bilik pameran itu menandakan komitmen Nikon menyediakan sokongan kepada pengguna Nikon di Sabah, Sarawak dan Brunei.

"Kami percaya akan tiba masanya, bukan sahaja Nikon akan menjadi nombor satu dalam DSLR tetapi juga jenama nombor satu untuk kameran kompak," kata beliau.

Sementara itu, pengarah urusan Futuromic Photo AV (North Borneo) Sdn Bhd,  Francis Lai berkata syarikat yakin menguasai sebahagian besar perniagaan imej di Sabah, Sarawak dan Brunei untuk Nikon.

Beliau berkata bilik pameran itu juga akan bertindak sebagai pusat
pengumpulan sehenti untuk pembaikian peralatan rangkaian sepenuhnya produk pengimejan Nikon. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved