MAJLIS MAKAN MALAM 1MALAYSIA <b>DI KOTA KINABALU</b> KURANG SAMBUTAN <b>...</b> Posted: 23 Jul 2011 03:25 PM PDT Lawatan PM Najib amat dinantikan oleh rakyat Sabah terutama mereka yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu. Sambutan 1Malaysia yang diadakan di Dataran Bandar Raya Kota Kinabalu pada awalnya mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada lapisan masyarakat. Namun ketika Datuk Seri Panglima Musa Aman berucap orang ramai beransur-ansur meninggalkan majlis tersebut. Yang tinggal hanya kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan sahaja. Apa yang mendukacitakan ketika PM Najib berucap Dataran Bandar Raya Kota Kinabalu kelihatan lengang. - Ramai hadirin tertanya-tanya kenapa orang ramai berpusu-pusu meninggalkan majlis ketika DSP Musa Aman berucap?
- Kenapa penganjur tidak memikirkan sensitiviti umat Islam mengadakan Majlis makan malam ketika umat Islam lain menyambut Malam Israk Miraj dengan bertahlil dan berhimpun di Masjid-masjid???
- Adakah senario ini menunjukkan satu protes rakyat secara senyap terhadap program 1Malaysia?
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
0 ulasan:
Catat Ulasan