ads

Jumaat, 3 Jun 2011

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Suara <b>Tenom</b>: PERGERAKAN PEMUDA UMNO KOMITED BANTU JANA SEKTOR <b>...</b>

Posted: 18 May 2011 07:20 PM PDT


TENOM: Sektor pendidikan tetap menjadi perhatian utama Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom dalam usahanya membantu kerajaan ke arah melahirkan modal insan seimbang dari segi jasmani dan rohani demi pembangunan mapan yang berterusan.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar,, kerajaan akan terus menyediakan kemudahan pendidikan sejak dari peringkat awal bagi memacu ke arah negara berpendapatan tinggi, pembangunan holistik serta mengutamakan kesejahteraan rakyat bagaimana ianya memerlukan sokongan semua pihak tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah mahupun guru guru sahaja

"Sesungguhnya kejayaan negara banyak bergantung kepada generasi muda yang berilmu serta berkemahiran tinggi justeru kita perlu meletakkan sector pendidikan ini sebagai keutamaan bagi menjana proses tranformasi pembangunan Negara ," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugreh Pelajar Cemerlang 2010 peringkat daerah Tenom dan .Program Anak Angkat Pergerakan Pemuda Umno Tenom dekat sini pagi kemarin.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Pergerakan Pemuda Umno Tenom komited dan serius untuk melakukan proses tranformasi pendidikan di daerah itu dengan menganjurkan anugreh pelajar cemerlang disamping mengwujudkan program anak angkat bagi pelajar yang berpotensi namun kurang berkemampuan untuk dibantu bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran dan mencapai tahap kecermalangan dalam bidang pendidikan.

Katanya, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom sememangnya sangat menyokong aktiviti dalam bidang pendidikan terutamnya dalam usaha membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar khususnya di kawasan luar Bandar

" Kita yakin sekiranya semua pihak termasuk ibubapa memberikan sokongan padu dalam usaha memertabatkan mutu pendidikan di Negara ini ,kemudahan yang disediakan oleh kerajaan disamping komitmen guru guru yang mengajar akan berbaloi dalam usaha kita melahirkan modal insan cemerlang" katanya

Di majlis tersebut seramai 23 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR SPM dan STPM tahun 2010.terdiri dari 5 buah sekolah.SMK Saint Anthony,SMK Mantailang,SM Chung Hwa.SMK Kemabong,SMK Entabuan,menerima anugreh mereka masing masing sementara seramai 30 orang pelajar turut dijadikan anak angkat Pergerakan Pemuda Umno Teno dimana mereka yang terpilih ini menerima bantuan kewangan bagi membayai pembelian buku dan peralatan sekolah yang lain bagi membantu beban ibu bapa mereka disamping memberikan galakan untuk mereka terus cemerlang dalam pembelajaran

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved