ads

Jumaat, 3 Jun 2011

10 di sipitang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


wadironi: Hishammuddin Tun Hussin naik angin <b>di Sipitang</b> ?

Posted: 01 Jun 2011 02:08 AM PDT

بسم الله الر حمن الر حيم

Sipitang: 1 Jun 2011

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin menyatakan ,UMNO bukan parti untuk orang bersikap rakus yang hanya mahukan takhta dan kuasa sebaliknya perjuangan UMNO meletakkan keutamaan kepada rakyat, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Sipitang.

"Perjuangan UMNO bukan untuk melaga-lagakan kaum dan agama dan bukan juga untuk mereka bersikap rakus yang semata-mata hanya inginkan takhta dan berkuasa seperti yang diperlihatkan oleh pembangkang,"

Beliau mengatakan pembangkang hanya tahu berbohong dan sentiasa memperbodoh-bodohkan rakyat. Hal ini, katanya boleh dilihat apabila pembangkang mengheboh-hebohkan kepada rakyat bahawa mereka akan menawan Putra Jaya pada 16 September tahun lalu.

Menurutnya apa yang berlaku ketika ini, apa yang dihebohkan oleh pembangkang tidak kesampaian. Sehubungan dengan itu Hishammuddin menyeru agar barisan kepimpinan parti akan sentiasa mendekati akar umbi.

 "Dekati rakyat dan selami nadi denyutan mereka… kita dengar sendiri masalah yang mereka hadapi dan berusaha mengatasinya menerusi jalan penyelesaian yang terbaik. Ahli parti dan rakyat perlu disedarkan bahawa "kita mahu semangat perjuangan untuk mempertahankan UMNO dalam konteks Barisan Nasional,"

Beliau berkata tiada guna jika memperolehi pangkat dalam parti namun parti tiada sokongan rakyat dan tidak dihormati. Jika itu berlaku ia sudah tentu memberi kesan kepada kekuatan parti di mana ia akhirnya akan hancur. Bagaimanapun Hishamuddin mengingatkan ahli parti agar tidak mudah terpengaruh sehingga bersikap emosi.

Ketua UMNO Bahagian Sipitang Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata, UMNO Sipitang akan terus memastikan rakyat menyokong BN. Katanya UMNO bahagian itu juga telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ke-13 yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.

"Kita akan terus mendekati rakyat dan memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang,"

sumber mediaumno.

ulasan//

Kebelakangan ini kepemimpinan Umno seakan akan hilang arah dalam menggugah kebangkitan minda ahli dan kepeimimpinan  disemua peringkat bahagian /cawangan Umno .

Umno  memang lemas dengan keletah ahli ahlinya yang berebut kuasa kepemimpinan . Jesteru tidak hairan jika kepemimpinan tinggi Umno acapkali melaungkan perkara yang sama dan natijahnya perlaksanakan  yang telah digembar gemburkan  masih  menjadi percaturan dan  kepemimpinan Umno semacam hilang arah menggugah kebangkitan minda ahli ahli mereka sejak sekian lama .

Umno seharusnya melaungkan dasar dan strategi pembangunan   yang akan dilaksanakan dan menerapkan kesedaran ahli ahli agar menyokong perlaksanaan nya , bukan terus menyalahkan pembangkang yang memang jelas membangkang apajua dasar dan strategi pemerintah negara ini .

Penjelasan kepemimpinan tinggi Umno sudah tentu dialu alukan majoriti ahli yang masih buta hati dan minda .

Adakah kepemimpinan Umno juga alpa dan tidak tahu menahu halatuju pembangunan yang akan dilaksanakan , atau memang enggan memahami situasi dan persepsi majoriti ahli dan masyarakat keseluruhannya?

Jika benda yang sama diulang ulang dengan kedangkalan minda menyalahkan kehadiran tentangan pembangkang , sudah tentu ruang perpecahan akan melebar luaskan lagi kefahaman majoriti ahli  yang mahu melihat keupayaan Umno menegaskan keutamaan pembangunan yang dirancangkan dipersekitaran mereka .

Kegagalan kepemimpinan Umno menjelaskan dengan  secara terperinci dasar dan strategi pemerintah sudah tentu mengaburi kefahaman keseluruhan minda masyarakat , serta  ahli ahli Umno diperingkat akar umbi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved