ads

Jumaat, 3 Jun 2011

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Airku Air Malaysia: HIDUPAN AKUATIK TERANCAM <b>DI SEMPORNA</b>

Posted: 14 May 2011 08:18 AM PDT

Kajian awal expedisi Dana Hidupan Liar (WWF) di luar pesisiran laut Sabah menunjukkan wujudnya kepelbagaian hidupan laut yang tinggi. Expedisi selama tiga minggu itu juga membuktikan kawasan laut di Sabah ini yang dikenali sebagai Kawasan Batu Karang Segi Tiga (Coral Triangle) kemungkinan merupakan kawasan yang mempunyai kepelbagaian hidupan di bumi.

Namun, kajian di kawasan batu karang Semporna telah menunjukkan berlakunya kerosakan dan kesihatan batu karang terjejas akibat peningkatan aktiviti manusia di kawasan marin ini.

Lapan belas ahli sains dari Malaysia, Belanda dan Amerika Syarikat telah melakukan kajian dan penilaian selama 3 minggu terhadap tahap kesihatan kawasan batu karang Semporna yang terkenal itu.
Dalam tempoh antara 29 November hingga 18 Disember 2010, pasukan ini telah mencatatkan tahap kesihatan kawasan batu karang dan spesies hidupan laut yang lain. Pasukan ini mendapati bahawa terdapat 43 spesis batu karang cendawan (mushroom coral) di Semporna. Jumlah ini melebihi jumlah yang dicatatkan di Indonesia dan Papua New Guinea.

" Mushroom coral ini boleh dijadikan sebagai 'wakil' bagi kepelbagaian spesis batu karang yang lain. Jika kita menjumpai kepelbagaian spesis yang tinggi bagi mushroom coral , maka kita juga akan dapat kepelbagaian spesis tinggi bagi spesis lain." ujar Dr. Bert Hoeksema, Ketua Jabatan Zoology Marin di NCB Naturalis.

Batu karang merupakan tapak asas kepada ekosistem di kawasan marin tropika. Terumbu batu karang yang terhasil itu membekalkan tempat tinggal kepada hidupan lain yang bersaiz kecil dan merupakan salah satu bahagian dalam rantaian makanan. Selain itu, ia juga memainkan peranan sebagai pembekal kepada rantaian makanan melalui hubungan simbiosis dengan alga yang terdapat dalam sel-sel batu karang.

Pada masa yang sama, pasukan kajian tersebut mencatatkan sebanyak 844 jenis ikan yang terdapat di kawasan Semporna. Ini merupakan kawasan yang paling banyak jenis ikan dicatat dalam kawasan Coral Triangle ini berbanding dengan kawasan laut di Filipina dan Indonesia.

Kajian awal expedisi tersebut menunjukkan hanya 5% terumbu karang yang hidup itu berada pada tahap kesihatan yang cemerlang. Manakala 23% terumbu karang berada pada tahap baik dan 36% pada tahap memuaskan. 36% yang lain mencatatkan tahap kesihatan yang kurang memuaskan.

Tanda-tanda pemutihan dan penyakit batu karang dapat diperhatikan di beberapa kawasan kajian. Aktiviti-aktiviti manusia yang semakin bertambah telah membinasakan  hidupan di kawasan tersebut. Antanya penggunaan bom ikan untuk menangkap ikan, pembuangan haram peralatan ikan dan juga pembuangan sisa sampah menyebabkan keadaan bertambah teruk.

Terdapat beratus ribu orang yang bergantung kepada kepelbagaian hidupan laut ini sebagai sumber makanan utama mereka. Selain itu, kawasan terumbu karang di Semporna ini menjadi destinasi bagi sukan selam skuba yang utama di Malaysia. Ia  menjana pendapatan yang lumayan kepada sektor pelancongan.

Banyak usaha pemuliharaan masih perlu dilakukan di kawasan batu karang Semporna ini bagi melindungi kawasan yang kaya dengan hidupan marin.


Foon Weng Lian
Forum Air Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved