ads

Rabu, 22 Jun 2011

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


My Life In Mono: Mari Mengenal Pekan <b>RANAU</b>

Posted: 21 Jun 2011 07:57 PM PDT

Selamat Sejahtera Semua!!

Hari ini kita belajar pelajaran geografi ya kawan-kawan... Untuk beberapa entry seterusnya, semua entry aku mungkin berkenaan dengan Negeri Di Bawah Bayu, so jangan lak korang muak membaca ya! Hahaha.... Maklumlah seminggu kat sana, mestilah banyak benda yang aku nak ceritakan... Dari makanan, masyarakat, shopping dan macam-macam lagi! Hahahaha

Pada yang dah tau, aku ke Sabah sebab menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku ni, dapat budak Ranau gitu.... Maka seminggulah aku berkampung di Sabah. Stay beberapa malam di Ranau, Kundasang dan Kota Kinabalu. Sambil Menyelam minum airkan.. Bukan selalu dapat holiday macam ni. Jadi banyak tempatlah aku berjalan!

On the way ke Ranau, pose tepi jalan jap! Hahaha

Bertemankan Wikipedia, aku nak bercerita ringkas tentang Daerah Ranau yang sangat menarik perhatian aku! Serius, orang sana cantik-cantik ok! Dan hensem-hensem! Haahaha.... Kulit putih, mulus! Grrrrrrr!!

"Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Dianggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang. Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30' U dan 6° 25' U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30' dan 117° 5' T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960 an. Ranau pernah menjadi Daerah Kecil Daerah Tambunan dan Kota Belud."
Haaaa... Itulah serba sedikit latar belakang Ranau, Perjalanan lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu. Perjalanan yang menarik dengan permandangan berlatar belakangkan gunung Kinabalu yang tersergam indah. FYI, Ranau ni terletak tinggi dari aras laut, maka hawa boleh dikatakan agak redup dan dingin. Macam Kundasang gak, nyamannnnn! Hahaha.....
Takda nak cerita banyak tentang Ranau, just nak bagitahu Ranau sebuah pekan kecil yang sangat mesra penduduknya, serta murah-murah makanannya....  Terima kasih kepada masyarakat Ranau yang sudi menerima kedatangan kami! Hahaha....
Jom tengok gambar-gambar pekan Ranau ya! Enjoy!

Asal-usul nama Ranau  

"Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau. Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon. Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini."





p/s : Kena saman kat Ranau, sebab parking kereta kat tempat yang tak dibenarkan! Damn! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved