10 di kunak - Google Blog Search |
<b>KUNAK</b> PRESS - gerbang maklumat siber: 'Capaian jalur lebar <b>di</b> <b>...</b> Posted: 27 Jun 2011 10:38 PM PDT Minggu lalu, akhbar tempatan di Sabah ada menyiarkan berita berkaitan projek pemasangan 212 menara di seluruh Sabah bermula tahun ini dengan kelengkapan aplikasi 3G yang sekali gus memenuhi capaian jalur lebar yang lebih baik. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum. Proses itu sedang berjalan dan sebaik proses tender selesai ia akan dilaksana secepat mungkin, menurutnya ketika berucap dalam majlis penyerahan Komputer 1Malaysia di sebuah daerah pedalaman. @ Kunak, capaian jalur lebar masih belum sempurna dan banyak lagi kawasan antaranya di sekitar perkampungan Simpang Empat, premis perniagaan Jalan Kunak-Lahad Datu di kilometer 5 masih memerlukan peningkatan capaian tersebut. Adalah diharapkan agar kementerian yang berkenaan dapat menambah baik sistem capaian jalur lebar di Kunak terutama di kawasan yang disebutkan kerana saya sering mendapati pelancong yang singgah di restoran di kawasan berkenaan turut menggunakan komputer (laptop) ketika dalam perjalanan dan singgah-rehat di sana. Bukan sahaja untuk kegunaan mudah kepada pelancong untuk mengakses maklumat menerusi komputer mereka, penduduk kampung sekitar juga memerlukan capaian jalur lebar yang memuaskan memandangkan ketika ini masalah itu masih berlaku. Daripada 212 menara yang dicadang dibina di seluruh negeri Sabah, Kunak diharap tidak terkecuali untuk mendapat kemudahan itu dengan cukup dan memberi manfaat kepada pengguna di situ. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kunak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan