ads

Jumaat, 24 Jun 2011

10 di kunak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


<b>KUNAK</b> PRESS - gerbang maklumat siber: PKR persoal tindakan USBO <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2011 08:59 PM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan tindakan Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO) di Kunak yang membuat demonstrasi aman baru-baru ini. Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK Sabah, Citra Masadi berkata, beliau difahamkan bahawa USBO yang juga salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kunak pada 15 Jun lalu telah membuat Laporan Polis untuk membantah Perhimpunan Bersih 2.0 di Semenanjung yang dijadual mahu diadakan 9 Julai ini.

"Adakah USBO Kunak sebagai pertubuhan bukan kerajaan telah mendapat permit Polis untuk adakan "demonstrasi aman" di hadapan Balai Polis pada 15 Jun lalu itu?", tanya Citra.

"Apa yang memeranjatkan ialah, tindakan USBO Kunak mengadakan perhimpunan aman di Balai Polis pada 15 Jun lalu juga boleh dianggap sebagai "perhimpunan haram" jika tiada permit polis", kata Citra memberitahu wartawan akhbar tempatan di sini baru-baru ini.

"Saya juga mahu tahu sama ada pengerusi USBO Kunak ada mendapat permit polis untuk berkumpul dan membawa beberapa kad manila yang mengandungi perkataan, difahamkan mereka (USBO) itu membantah Perhimpunan Bersih 2.0 di Semenanjung?", tanya Citra yang mahu supaya Pengerusi USBO memberi penjelasan terperinci apa sebenarnya maksud mereka berkumpul dan kemudian berada di Balai Polis Kunak 15 Jun lalu dan membuat Laporan Polis berkenaan 'Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil - BERSIH' .

"Jika USBO benar-benar menentang tindakan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini, mengapa mereka dalam masa sama tidak menentang cadangan Pemuda Umno yang juga difahamkan mahu mengadakan perhimpunan pada hari yang sama (9 Julai) nanti?", tanya beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved