ads

Rabu, 22 Jun 2011

10 di kunak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Orang ramai puji komitmen Maybank <b>Kunak</b>

Posted: 21 Jun 2011 10:04 PM PDT

Orang ramai di sini memuji komitmen dan kesungguhan pihak pengurusan cawangan Malayan Banking Berhad (Maybank) di sini kerana berusaha meningkatkan perkhidmatan dengan tambahan kemudahan mesin juruwang automatik (Automatic Teller Machine - ATM) di premis tersebut.

Peningkatan kemudahan itu telah mengurangkan masalah kesesakan kepada pelanggan khususnya mereka yang beratur panjang, dimana sebelum ini situasi seperti itu sering berlaku kerana hanya terdapat sebuah mesin ATM di premis berkenaan.

Masalah tersebut juga pernah disuarakan oleh beberapa ahli politik dari pembangkang termasuk kaunselor Majlis Daerah Kunak dan disiarkan di akhbar kebangsaan tempatan Sabah. Lihat di sini.

Selain penambahan mesin ATM, kini kemudahan mesin cek deposit juga boleh digunakan oleh orang ramai di premis perbankan itu.

Ahli Majlis Daerah Kunak, Abdul Rahim Wahab memuji kesungguhan pihak pengurusan Maybank di sini yang telah berusaha meningkatkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

"Kita harap bank-bank lain yang ada di Kunak dapat mencontohi komitmen yang ditunjukkan oleh Maybank Kunak", katanya kepada wartawan baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved