ads

Selasa, 21 Jun 2011

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Tanjung Simpang Mengayau - The Tip of Borneo (<b>Kudat</b>)

Posted: 03 Dec 2009 12:00 AM PST

Akhir-akhir ini dibangunkan untuk tujuan pelancongan, kawasan yang cukup dramatik ini menggambarkan penghujung barat laut tanah Borneo. Tanjung yang terletak di Semenanjung Kudat, kira-kira tiga jam setengah pemanduan atau sejauh 215 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Diterjemahkan sebagai 'Simpang yang Berpanjangan', Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi Laut China Selatan. Alam semula jadinya cukup mempesonakan dengan pecahan batuan pasir yang membentuk pusaran dan tetingkat. Anda juga dapat menyaksikan rumah api di Pulau Kalampunian. Di sebelah kiri anda dapat menyaksikan Pantai Kalampunian, iaitu pantai yang tercantik di Kudat. Kesemua tarikan ini memerlukan sedikit tenaga kerana anda kena berjalan untuk pergi ke pancang bendera raksasa dan Glob dan akhirnya ke batuan singkapan granit. Turut tersedia gerai-gerai yang menjual minuman, cenderamata dan juga kemudahan tandas yang terletak di kawasan meletak kereta

Kemasukan percuma.

Cara Ke Sana (dari Kota Kinabalu)

Anda boleh menaiki teksi, memandu sendiri atau menggunakan khidmat ejen pelancongan tempatan.

Pacuan empat roda dan kereta salon berpermit diletak berdekatan Restoran India bertentangan dengan Klinik Kesihatan di Kampung Air, Bandaraya KK. Kenderaan pacuan empat roda boleh membawa antara 7 – 8 orang penumpang pada kadar RM20.00 - RM25.00 seorang secara ulang-alik, sementara kereta salon boleh membawa 4 orang penumpang dengan tambang RM240.00 secara ulang-alik.

Hubungi pihak penyewaan kereta setempat untuk bertanyakan tambang yang dikenakan.

Maklumat Tambahan

Lawatan balik hari ditawarkan oleh pengendali pelancongan tempatan. Kadar yang dikenakan sekitar RM 250.00 termasuk lawatan ke Ladang Madu Lebah di Kg. Gombizau, Kilang Gong di Kg. Sumangkap, lawatan ke Rumah panjang Rungus dan Tip of Borneo dengan penyediaan makan tengah hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved