ads

Ahad, 5 Jun 2011

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


I LOVE MARUDU: Senarai Sekolah Menengah <b>di</b> Daerah <b>Kota Marudu</b>

Posted: 24 Feb 2011 06:23 PM PST

Lokasi daerah Kota Marudu dalam Peta Negeri Sabah

Sedih juga ni sebab ada orang yang tidak reti-reti lagi lokasi kedudukan Kota Marudu di mana dalam peta Malaysia. Meh sini... lihat peta di atas tu masuk dalam kepala hotak ingat betul2. Lain kali jangan banyak tanya lagi. bole? hehehehe..


Kali ini mungkin ramai yang mahu tahu apa sekolah menengah yang ada di daerah Kota Marudu. Kamu cukup bertuah sebab berjaya ke blog ini. Tidak sia-sia sebab kamu dapat info kan. gitueeww.. :)

Sejarah dan Latar Belakang Sekolah Menengah di daerah Kota Marudu:
1. SMK Kota Marudu (1968)
2. SMK Tandek (1988)
3. SMK Bengkongan (1997)
4. SMK Langkon (1999)
5. SMK Bandau (2000)
6. SMK Kota Marudu II (2006)

SMK Kota Marudu

SMK Kota Marudu yang dahulunya dikenali dengan nama 'Government Secondary School' (GSS). Ia mula beroperasi sejak 31 Januari 1968. Pada peringkat awal penubuhannya, SMK Kota Marudu menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kerajaan Bandau (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Marudu) Pada tahun 1974 apabila Bandau telah diisytiharkan menjadi sebuah daerah kecil, namanya ditukar kepada daerah Kota Marudu dan ini membawa kepada perubahan nama sekolah dari GSS kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu (SMK Kota Marudu).

Setelah 12 tahun beroperasi, pembinaan bangunan SMK Kota Marudu ke atas sebidang tanah telah diluluskan. Bangunan baru SMK Kota Marudu telah siap dibina pada tahun 1980 dan telah dirasmikan pada 23 April 1982 oleh Datuk Dr. James P. Ongkili- Timbalan Ketua Menteri Sabah pada masa tersebut. Pada awal penubuhannya SMK Kota Marudu dilengkapi dengan tiga blok bangunan sekolah, 2 blok bangunan asrama, makmal sains, makmal Sains Rumah Tangga, bengkel kemahiran hidup, rumah pekerja, flat guru dan juga rumah pengetua.

Perkembangan pelajar sekolah ini begitu pesat dan ini memerlukan lebih banyak jurusan ditawarkan kepada pelajar. Sehubungan itu, pada tahun 1988, sekolah ini telah diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Sabah (kini Jabatan Pelajaran Sabah) untuk membuka kelas Aliran Sains serentak dengan penubuhan tingkatan enam rendah.

Pada tahun 2006 SMK Kota Marudu telah dianugerahkan sebagai Sekolah Impian oleh PPD Kota Marudu.

SMK Tandek
SMK Tandek mula dibuka pada 4 Januari 1988. Ketika itu SMK Tandek ditadbir oleh Ustaz Zainuddin B. Hj. Naim. Sekolah ini kemudiannya mendapat khidmat dua orang guru lepasan Maktab Perguruan iaitu seorang dari Maktab perguruan Gaya dan seorang lagi dari Maktab Perguruan Keningau. Pertambahan jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, menyukarkan sekolah menengah yang sedia ada iaitu SMK Kota Marudu untuk menampung tempat belajar bagi pelajar-pelajar terutamanya di sekitar Tandek.

Pada awal penubuhannya SMK Tandek menerima pelajar-pelajar pertamanya dari tujuh buah sekolah rendah berhampiran iaitu SK. Tandek., SK Ongkilan, SK Salimandut, SK Masolog, SK Talantang dan SK Tg. Batu. Dengan bilangan pelajar seramai 156 orang, SMK Tandek menjalankan proses pengajaran dan pembelajarannya dengan menumpang bangunan SK Tandek, Kota Marudu. Ketika itu SMK Tandek menggunakan sebuah bilik pentadbiran, sebuah bilik guru dan empat buah bilik darjah.

Pada tahun 1991, warga SMK Tandek telah berpindah ke bangunan tetapnya. Bangunan baru yang dibina di kawasan seluas 28 ekar mempunyai berbagai kemudahan dan prasarana seperti padang permainan, dewan utama, dewan asrama, makmal, bengkel dan sebagainya. Pada tahun ini (Februari 2010), SMK Tandek telah menerima watikah perisytiharan sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar. Penganugerahan ini telah menjadikan SMK Tandek sebagai sekolah pertama yang menerima anugerah seumpama itu bukan sahaja di Daerah Kota Marudu, tetapi juga di peringkat Zon Utara. Kini, SMK Tandek mempunyai seramai 117 orang guru dan 1721 orang pelajar, iaitu di bawah pentadbiran En. Keng Chuan Seng selaku pengetua sekolah.

SMK Bengkongan
Sejarah penubuhan SMK Bengkongan bermula sekitar tahun 1997. Merupakan satu cawangan daripada SMK Kota Marudu. Gagasan ini diutarakan oleh pengetua SMK Kota Marudu ketika itu iaitu Tuan Haji Abu Bakar Siman, bagi tujuan menampung lebihan pelajar yang bersekolah di SMK Kota Marudu ketika itu. Satu rundingan telah dibuat bersama dengan guru besar SK Bengkongan iaitu Encik Anuar Ahmad Zabair bin Raden Pada 10 Mac 1997, bermulalah era pengajaran dan pembelajaran di cawangan sekolah tersebut . Cawangan ini menumpang di bangunan SK Bengkongan. Pelajar yang terlibat merupakan pelajar tingkatan satu dan dua yang tidak dapat dimuatkan di SMK Kota Marudu.

Pada awal penubuhannya, cawangan ini pernah diterajui oleh tiga penyelia petang ; Encik Rutil Taising (bertugas selama satu minggu sahaja), Encik Lim Sui Yin(bertugas selama empat bulan sahaja) Encik Ramli Amat (mula bertugas pada pertengahan bulan Julai 1997 hingga penghujung tahun 1998). Jumlah tenaga pengajar pada waktu itu adalah seramai 17 orang (guru-guru daripada SMK Kota Marudu) Bilangan pelajar pada ketika itu adalah seramai 180 orang. Terdapat 6 buah kelas - tiga kelas tingkatan satu dan tiga kelas tingkatan dua. Bilik guru dikongsi bersama dengan guru SK Bengkongan.

SMK Langkon
SMK Langkon mula beroperasi pada 12 Januari 1999 dengan hanya 6 orang guru dan 99 orang pelajar Tingkatan 1 yang terbahagi kepada 3 buah kelas. Pada ketika itu sekolah ini dikenali dengan panggilan SMK Kota Marudu Cawangan Langkon di bawah pengawasan Encik Ramli Jusoh sebagai penyelaras sekolah dan segala aktiviti kokurikulum dijalankan di peringkat induk. Tanggal 16 Januari 2000 merupakan suatu detik bersejarah bagi warga sekolah ini apabila ia mula berdiri sendiri sebagai sebuah sekolah menumpang di SK Langkon dan dikenali sebagai SMK Langkon. Ia mula ditadbir oleh pengetua yang pertama iaitu Encik Ismail bin Tukimin.

Pada 1 Oktober 2003 pentadbiran SMK Langkon telah diambil alih oleh pengetua kedua iaitu Puan Tan Poh Choo apabila Encik Ismail bin Tukimin ditukarkan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kudat. Untuk menampung aktiviti pembelajaran pelajar, maka kelas SK. Langkon digunasama, iaitu sesi pembelajaran untuk sekolah kebangsaan pada waktu pagi, manakala sekolah menegah pada waktu petang.Pada tahun 2008, sekolah ini memiliki pelajar seramai 641 orang, guru seramai 46 orang (termasuk Pengetua) dan tiga orang Anggota Kakitangan Sokongan. Sekolah ini menerima pelajar dari beberapa buah sekolah rendah (feeder school) di sekitarnya, seperti SK. Langkon, SK, Tagaroh, SK. Mangin, SK. Menggaris dan SRA Sungoi.


SMK Bandau
SMK Bandau telah ditubuhkan pada 13.01.2000. Pada mulanya sekolah ini ditubuhkan kerana tidak dapat menampung bilangan pelajar di SMK Tandek yang semakin ramai (sekolah cawangan SMK Tandek). Kini SMK Bandau menjangkau 10 tahun usianya di bawah pimpinan Pn.Sharina Bt Mohd. Majimin iaitu pengetua yang ketiga. SMK Kota Marudu II
Sekolah design and build ini telah siap dibina sepenuhnya pada bulan Oktober 2005. Majlis penyerahan kunci bangunan telah diadakan pada 01 Januari 2006 dan telah mula beroperasi dengan 300 orang pelajar pada 03 Januari 2006. Pada tarikh 16 April 2006, Puan Siti Meriam Bt. Hj. Mohmed telah mengambil alih pentadbiran sekolah sebagai pengetua menggantikan penyelaras sementara En. Mohd. Yusup Bin Ismail. Pada bulan Januari 2007, jumlah pelajar sekolah ini telah mencapai 813 orang. Sejarah dan perubahan-perubahan positif sedang dan akan terus berlaku sejajar dengan status calon sekolah cemerlang yang diumumkan JPN Sabah pada November 2006.
Secara keseluruhan cuma terdapat 6 sekolah menengah yang terdapat di Kota Marudu. Namun, penduduk yang semakin ramai menyebabkan sekolah2 ini masih tidak dapat menampung jumlah pelajar. Ramai yang terpaksa belajar ke daerah lain seperti Kudat dan Pitas. Terutamanya untuk mereka yang hendak ke Tingakatan 6. Cuma SMK Kota Marudu dan SMK Tandek sahaja yang membuka kelas dan pelajarnya sangat terhad.

Keenam-enam sekolah terpaksa menjalankan aktiviti sekolah 2 sesi iaitu sesi pagi (tingkatan 3-6) dan petang (tingkatan 1-2).

Sekolah-sekolah menengah di Kota Marudu pernah menjadi liputan media semasa pelancaran CyberSAFE atau Cyber Security Awareness For Everyone oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia tahun lalu.


SMK Langkon dan SMK Bandau masih menumpang dibangunan sekolah rendah. Jalan masuk ke sekolah tersebut masih belum berturap. Semoga janji2 yang ditabur itu semua ditunaikan!!

P/S: Dulu ada rancangan untuk membuat MRSM di Kota Marudu. Tapak sudah disediakan. tapi sampai sekarang belum ada apa2 berita. terbengkalai kah?

Pembinaan SMK Tandek II juga sudah diluluskan tetapi mendapat bantahan dari penduduk sekitar kerana lokasi yang tidak sesuai. Apa sudah jadi??

Sumber: PPD Kota Marudu


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved