10 di kota marudu - Google Blog Search |
I LOVE MARUDU: Amaran Tsunami <b>di Kota Marudu</b>! Posted: 11 Mar 2011 10:42 PM PST 11 Mac 2011 Jepun dilanda gempa bumi pada 8.9 skala ricther menyebabkan berlaku Tsunami dengan ketinggian 10meter memusnahkan banyak harta benda dan membunuh lebih 1000 nyawa. Dashyat!! Berikutan dengan tsunami ini sebanyak 53buah negara yang berhampiran diberi amaran akan tsunami yang bakal melanda ini. Sabah turut diberi amaran mengenai tsunami ini. Kawasan persisiran pantai seperti Kudat, Kota Marudu dan Labuan mempunyai risiko yang besar. Gelombang tsunami tersebut dijangka sampai pada pukul 6petang. Jabatan Meteorologi dan melalui stesen TV dan radio berulang kali mengingatkan kepada penduduk di persisir pantai di Sabah supaya jangan menghampir pantai dan jangan panik. Nampaknya info ini sampai kepada penduduk dikawasan terbabit. Mereka menjauhi kawasan pantai dan tidak panik. Saya ada menghubungi keluarga dan kawan2 yang berada di Kota Marudu dan mereka kata semuanya selamat dan tidak panik. Syukur. Manakala di Labuan pula lain kisahnya, khabarnya penduduk di sana panik dan takut. Syukur sebab tiada apa yang berlaku. Sememangnya amaran awal sangat penting untuk mengelakkan kehilangan nyawa. Apa pun sentiasalah waspada kerana bencana boleh datang pada bila2 masa. Video detik-detik Tsunami melanda Jepun 11 Mac 2011
Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi. "Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini. Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. Mungkin akan ada lagi bencana pada 19 Mac 2011 ini seperti yang diramalkan??? Harap2 tiada. Petikn dari akhbar Kosmo: Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kota marudu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan