ads

Selasa, 14 Jun 2011

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Tempat Yang Harus Anda Singgah <b>di Kota Kinabalu</b> - Pasar Malam <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2011 08:09 AM PDT

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sekiranya kamu berpeluang mengunjungi Kota Kinabalu, pastikan kamu tidak terlepas peluang untuk mengunjungi pasar malam Filipino yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen (belakang Pasar Kraftangan Kota Kinabalu juga dikenali sebagai Pasar Filipino). Pasar malam ini dibuka setiap hari bermula seawal 3pm sehingga ke lewat malam. Pasar malam ini merupakan destinasi makanan laut bakar yang popular di Kota Kinabalu kerana kepelbagaian makanan laut bakar yang disediakan dengan harga yang murah (menurut sahabat-sahabat dari luar Sabah yang pernah berkunjung ke sini).

Pasar malam ini sentiasa menjadi tumpuan warga Kota Kinabalu untuk dan pelancong sama ada tempatan atau luar negara untuk menikmati hidangan makanan laut bakar terutama sekali pelbagai jenis ikan, sotong, ketam dan udang. Waktu selepas asar sehingga 8 malam merupakan waktu puncak.




Namun pemerhatian yang saya lakukan semasa berkunjung ke sini (terakhir adalah Jun 2010 lepas) mendapati setakat hari itu, tiada peniaga yang menjual kerang bakar. Owhhh... Kerang bakar bukan menu popular di sini rupanya. Kenapa?! Orang Sabah, tolong jawab soalan ni...


Jadi kamu sudah tau kan destinasi makan-makan yang syiookkk ini. Serius, saya sangat cadangkan agar kamu singgah di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved