10 di kota belud - Google Blog Search |
Kelapa Mawar: POTENSI CALON WANITA <b>DI KOTA BELUD</b> Posted: 26 Jun 2011 08:29 PM PDT Pn Bahi Wata : Adik Tan Sri Pandikar Amin Mulia Beberapa dasawarsa politik yang lampau, masyarakat di Kota Belud tidak pernah jemu 'menerima' dan memberikan sokongan kepada calon PRU dari gender Lelaki. Baik dari calon parti pemerintah ataupun calon dari parti pembangkang. Ini menyaksikan seakan 'sudah' tidak ada peluang lagi bagi kaum Hawa untuk membuktikan kepimpinan mereka membela nasib dan kehendak masyarakat Kota Belud. walaupun pada dasarnya wanita dikaitkan dengan runtunan 'nafsu' dan keinginan yang melampaui kaum Adam, tetapi dari segi perancangan dan perlaksanaan program , wanita tidak boleh dipandang remeh, malahan boleh lebih baik dari lelaki. Beberapa minggu yang lepas, cerita-cerita kedai kopi di sekitar Kota Belud, 'membisikkan' mengenai keperluannya seorang wanita menjadi calon pada PRU 13 akan datang. Malahan daripada sembang-sembang di FCB juga membenarkan hasrat itu apabila beberapa pihak mencadangkan Pengerusi Badan Bertindak Rampasan Tanah Rampayan, Pn. Bahi Mulia yang juga adik kepada Tan sri Pandikar Amin Mulia menjadi ketua dalam membela nasib masyarakat di Kota Belud melibatkan isu Tanah di Rampayan. Jika itu berlaku, ada kemungkinannya calon wanita berpeluang dikedepankan. Agak janggal pada hemat kita kerana isu tanah Rampayan ini, tidak mendapat maklumbalas dari pemimpin "lelaki" yang sekarang mendominasi politik Kota Belud. Beberapa bulan lepas juga isu calon wanita di Usukan ada diperkatakan. Datin Saidatul Badru, kakak kepada Datuk Salleh Tun Said disebut-sebut boleh 'melobi' untuk kerusi itu pada PRU 13 akan datang. Dikuatkan lagi dengan hubungan baik dengan Datuk Musa Aman. Kalau soekulasi ini juga berlaku, Kota Belud akan menerima calon wanita buat pertama kalinya. Namun apa yang merunsingkan banyak kepala politik di Kota Belud, apakah politik Sabah akan mengalami ledakan perubahan yang pesat jika pemimpin politik dari kaum Hawa ini mendominasi sekurang-kurangnya 1/3 daripada calon yang dikemukakan pada pilihanraya akan datang.? Di Kota belud pada rasanya belum bersedia untuk menerima calon wanita, berdasarkan rekod dan pencapaian mereka dalam politik Kota Belud. Tidak ada apa yang boleh ditunjukkan untuk dijadikan hujah penguat untuk Kota Belud menerima calon wanita. Walaupun kita sedar bahawa senario politik di pekan koboi ini tidak berkhendakkan yang demikian. Sesiapa yang juga yang diletakkan menjadi calon mempunyai peluang untuk menang. |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan