10 di kota belud - Google Blog Search |
Pantai Rang Bulan <b>di</b> Kampung Buah Pandai, <b>Kota Belud</b> | my.Mustaffa Posted: 08 Jun 2011 12:04 AM PDT KAMI DARI KEDAI – Seronok melihat telatah anak-anak kecil ini yang sentiasa tersenyum melihat lensa kamera. Mereka merupakan anak jati di Kampung Buah Pandai yang terletak di pesisir laut di Kota Belud. Pantai Rang Bulan adalah sebuah pantai yang terdapat di sana. Sayangnya pantai yang cantik sebegini tiada pengunjung luar. Kalau ada pengunjung luar sudah pasti penduduk tempatan mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka dari sektor perlancongan. Asal Usul Kampung Buah PandaiBermula penempatan dan pembukaan kampung sejak tahun 1940. Penduduk yang mula menduduki pada zaman tersebut cuma 3 buah keluarga sahaja. Arwah Tuan Haji Abudin Damsa dan keluarga adalah orang yang mula-mula sekali menduduki kampung ini.(Rujukan Hj Othman Baso). Kebanyakan penduduk disini majoriti berbangsa keturunan Ubian dan perkerjaan utama penduduk kampung ini adalah mjoriti sebagai nelayan dan petani. Jumlah penduduk kampung bertambah kepada secara kasar 500-600 orang ( Bancian tahun 2009). Jika diceritakan mengenai sejarah nama kampung Buah pandai ini. Nama tersebut berdasarkan perkataan dalam bahasa Ubian "Buah" bermaksud mulut dan perkataan "Pandai" bermaksud bidan. Maka nama kampung tersebut bukan bermaksud buah yang pandai seperti dalam Bahasa Malaysia. Tetapi kebetulan perkataan "Buah Pandai" ada dalam kamus Bahasa Malaysia. Pembangunan di kampung ini setakat 2010 walaupun tidak sehebat berbanding kampung persekitaranya bolehlah dikatakan sebagai ada perubahan sedikit. Dulunya jalan raya tidak berturap sekarang hampir 50% berturap simen batu. kemudahan tersebut memberikan kebaikan kepada penduduk untuk berniaga di Kota Belud. Kampung Buah Pandai tetap menjadi satu kebangaan dan peninggalan yang berharga dan perlu diceritakan kepada semua generasi khasnya generasi baru yang kampung ini agar dapat dihayati dan dihargai pada masa akan datang. Gambar Sekitar Pantai & Kampungkredit: http://bangkau2talk.blogspot.com/2010/12/kg-buah-pandai-kota-belud-sabah.html Baca Ini Juga!! |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan