10 di kinabatangan - Google Blog Search |
Blog Rasmi LINUS PPD <b>Kinabatangan</b>: MESYUARAT PELAPORAN DAN <b>...</b> Posted: 03 Jun 2011 07:02 AM PDT Kepada, Penyelaras LINUS / Guru LINUS SK _______________________ SK _______________________ Kinabatangan. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik (LINUS), Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan akan menyelaras, mengemaskini, menyebarkan maklumat terkini dan memperbaiki segala kelemahan pelaksanaan Saringan 1 & Saringan 4 Program LINUS di peringkat Sekolah bagi memastikan pelaksanaan Saringan akan mencapai KPI 100% bagi tahun 2011. Sehubungan dengan itu, tuan dikehendaki hadir ke mesyuarat tersebut di atas seperti ketetapan berikut: Tarikh : 20 Jun 2011 (Isnin) Masa : 08.00 pagi – 05.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Bukit Garam 2, Kinabatangan Untuk memastikan kelicinan mesyuarat tersebut, tuan diwajibkan menyediakan dan membawa bersama (Sediakan dalam bentuk hardcopy dan softcopy) maklumat seperti berikut: - Analisis data pencapaian Saringan 1 & Saringan 4 serta laporan lengkap pencapaian Program LINUS di peringkat sekolah. - Analisis SWOT dan tindakan susulan Saringan 1 & Saringan 4 di peringkat sekolah. - Data Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (Murid Linus Tegar). Kehadiran tuan adalah diwajibkan dan tidak boleh diwakilkan. Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, sila hubungi Encik Amly Bin Ali Amat di talian 088-561881. Sekian dan harap maklum. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kinabatangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan