ads

Jumaat, 3 Jun 2011

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Pengalaman Penempatan Pertama (Bahagian 1) | Guru <b>Di</b> Pedalaman

Posted: 16 May 2011 08:13 PM PDT

Pengalaman penempatan guru di kawasan pedalaman Sabah adalah pengalamanku yang tidak boleh dilupakan. Pada awal Januari 2005 adalah detik permulaan bagi semua pengalaman berharga itu. Tarikh yang sebenar aku tidak ingat, kerana aku bukanlah seorang pencatat yang baik sebagaiman Ibnu Batutah yang mencatat segala aktiviti pengembaraannya. Aku tiada diari khas untuk catat semua pengalamanku. Jadi aku tulis blog ini sebagai catatan supaya segala memori berharga tidak hilang begitu sahaja. Maklumlah semakin hari semakin merosot prestasi ingatan..semakin tua katakan.
Sebelum sampai surat suruh lapor diri di Sabah, aku cek di internet. Aku ditempatkan di Sabah. Mungkin disebabkan aku masih bujang, maka aku dihantar kesana. Sebelum ke sabah, kami guru-guru baru yang akan ke Sabah dilonggokkan di sebuah hotel di KL. Kemudian ke KLIA untuk naik "flight" ke Kota Kinabalu. Sampai di KK, kami dikumpulkan di Hotel Berjaya Palace. Di situ kami diberi taklimat dan sekolah penempatan. Ada yang minta tukar dan ada yang pasrah. Sebabnya nama sekolah indah-indah belaka dan ramai yang tak tahu keadaan sebenar sekolah masing-masing. Orang tempatan tahulah sebab kawasan mereka. Macam-macam cerita aku dengar tentang sekolah-sekolah tersebut. Aku ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman dalam daerah Kinabatangan. Ada seorang rakan guru, orang tempatan cakap: "Wah tempat kau ini ada kapal terbang…bas pun ada. Tetapi kalau mau naik bas kena keluar pagi-pagi dan bas balik semula pada tengah harinya." Aku fikir..ok tempat ini. Ada bas…mungkin macam kawasan Felda di Semenanjung..Lagi pun siap ada kapal terbang lagi tuu..Kawan-kawanku yang lain puji dan beri sokongan moral. Begitulah keadaan kami…saling berbincang keadaan sekolah yang bakal kami pergi menabur bakti demi anak bangsa.

Hari demi hari semakin kurang guru di Hotel Berjaya Palace itu kerana telah pergi menuju daerah penempatan masing-masing. Yang paling akhir ialah daerah kami iaitu Kinabatangan. Penerbangan kami ke sana ditangguhkan 2 hari. Kami pun menikmatilah makanan dan prasarana yang terdapat di hotel tu. Sempat lagi kami pergi ronda-ronda di Kompleks Karamunsing. Yang lawaknya..ada seorang kawanku kasi patah itu kunci bilik hotel…macam mana boleh patah. Dia kena ganti…RM20.

Apabila tiba hari bertolak ke Kinabatangan, kami ke airport untuk menaiki pesawat Fokker MAS. Semasa mau berlepas, macam-macam gelagat ada. Maklumlah kapal terbang kecil. Bergegar…takuut…Lebih kurang 50 minit kami sampai di airport Lahad Datu. Kinabatangan tiada airport. Kami dijamu makan tengah hari . Kami diberi nasi tapau oleh pihak Pejabat Pelajaran Bahagian Lahad Datu. Taklimat  ringkas juga diberikan kepada kami. Pelbagai janji ditabur kepada kami oleh pihak pejabat.." Kamu masuk sekolah setahun..lepas tu boleh mintak pindahlah…jangan risau."  Selepas itu kami bertolak ke Kinabatangan dengan menaiki bas. Kami berhenti solat jamak di SMK Sains Lahad Datu. Semasa dalam perjalanan aku lihat kiri kanan semuanya kelapa sawit. Lahad Datu merupakan kawasan Kelapa Sawit yang terbesar di Malaysia.

Lebih kurang satu setengah jam sampailah kami ke sebuah SMK di Kinabatangan. Sekolah baru..besar macam kolej. Di situlah pusat transit kami sebelum ke sekolah masing-masing…Fuuh!.jauh perjalanan. Semasa di situ banyak kisah-kisah lucu yang mewarnai hidup kami ketika itu……BERSAMBUNG.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1 ulasan:

rosli6sqn on 10 Februari 2016 pada 2:08 PTG berkata...

Assalam,

Nama saya Roslimizal. Saya merancang untuk melawat Pekan Kinabatangan. Ada cadangan hotel yang sesuai. Saya tak jumpa dalam Trivago/Booking.com/Agoda tentang hotel di Pekan Kinabatangan. Terima kasih.

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved