ads

Jumaat, 18 Mac 2011

Edisi Semasa


URL Sumber Asal :-

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 18 Mar 2011 07:26 AM PDT

Kosmo Online


Pekerja MBI jumpa bom mortar tepi parit

Posted:

Pekerja MBI jumpa bom mortar tepi parit

Pekerja MBI jumpa bom mortar tepi parit

18/03/2011 8:10pm

IPOH – Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menemui sebutir bom mortar di tepi parit ketika dia sedang membersihkan kawasan itu di Taman Klebang Jaya, Chemur di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, bom yang ditemui pada kira-kira pukul 4.15 petang itu dipercayai peninggalan zaman perang dahulu.

"Satu skuad unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak akan memusnahkan bom itu malam ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dua hari lepas sebutir bom jenis yang sama ditemui oleh seorang pengusaha kedai barangan lusuh di dalam timbunan barangan lusuh di kedainya di Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Satu laluan menghala KL Sentral ditutup

Posted:

Satu laluan menghala KL Sentral ditutup

Satu laluan menghala KL Sentral ditutup

18/03/2011 8:01pm

KUALA LUMPUR – Satu laluan menghala arah Kuala Lumpur Sentral di sini akan ditutup mulai hari Ahad ini pukul 12.05 tengah malam, sehingga pukul 5 pagi Isnin, untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan di Lot G Menara Pejabat dan Retail Mall.

Kawasan yang terlibat membabitkan laluan selepas selekoh di Jalan Stesen Sentral (terletak di belakang Stesen Sentral) ke tempat letak kereta Metro Stesen Sentral Kuala Lumpur, sehingga ke selekoh menghala balai ketibaan ERL.

"Kemudahan letak kereta di tempat letak kereta Metro di Stesen Sentral Kuala Lumpur masih dibuka kepada pengguna sepanjang tempoh itu.

"Pegawai-pegawai keselamatan akan ditugaskan di kawasan berkenaan untuk membantu melicinkan pergerakan trafik, dan membantu pengguna," kata syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut menasihatkan pengguna dari arah Taman Seputeh dan Bangsar yang menghala ke arah balai ketibaan ERL Stesen Sentral Kuala Lumpur dalam tempoh berkenaan supaya menggunakan laluan Jalan Tun Sambathan-Jalan Sultan Sulaiman-Jalan Damansara-Jalan Stesen Sentral, untuk sampai ke balai ketibaan itu. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

26,850kg kertas buangan haram dirampas

Posted:

26,850kg kertas buangan haram dirampas

26,850kg kertas buangan haram dirampas

18/03/2011 6:16pm

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor merampas 26,850 kilogram kertas buangan selepas menahan sebuah lori di laluan keluar eksport di Kompleks Kastam Tanjung Puteri, di sini, tiga hari lepas.

Pengarah Jabatan Kastam Johor, Datuk Ramli Johari berkata, kertas buangan memerlukan permit untuk dieksport.

Bagaimanapun, pemandu lori itu sempat melarikan diri selepas terjun dari kenderaan itu ketika ditahan kira-kira 9.45 pagi, Selasa lepas oleh sepasukan anggota dari Unit Hasil (Eksport), katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ramli berkata, Sabtu lepas, pihaknya merampas rokok putih dan keretek pelbagai jenama bernilai RM10,862 dengan cukai dianggarkan RM106,466.34 dalam serbuan di premis di Taman Impian Mas, Skudai.

Tiada tangkapan dibuat dalam serbuan kira-kira 10.30 malam itu, katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 18 Mar 2011 07:14 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Ibu muda ke tali gantung

Posted: 18 Mar 2011 06:23 AM PDT

SHAH ALAM: Air mata seorang ibu tunggal muda warga Singapura mengalir tidak henti-henti sebaik dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah mengedar dadah di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, dua tahun lalu.

Noor Atiqah M Lasim, 27, yang cuba menyembunyikan muka kelihatan menangis teresak-esak sebaik keputusan dibacakan sehingga apabila dibawa keluar untuk ke lokap mahkamah.


Anak perempuannya berusia enam tahun yang ditemani seorang wanita dipercayai rakan tertuduh sebak seakan mengetahui nasib malang menimpa ibunya. Terdahulu, Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman mati itu terhadap Noor Atiqah, pembantu peguam di negara asalnya, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak derhaka

Posted: 18 Mar 2011 06:13 AM PDT

KUANTAN: Seorang lelaki tergamak memaki hamun dan mencederakan ibunya hanya kerana permintaannya mendapatkan sejumlah wang tidak dipenuhi.

Warga emas yang berusia 61 tahun itu bukan saja terpaksa menelan segala maki hamun lelaki terbabit malah kepalanya turut cedera akibat tersembam di lantai selepas ditolak anak derhaka berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 18 Mar 2011 03:27 AM PDT

Utusan Online - Utara


Wujudkan Kompleks Bebas Cukai

Posted:

Wujudkan Kompleks Bebas Cukai

Wujudkan Kompleks Bebas Cukai

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) menerima replika cek biasiswa daripada Richard Ong pada Majlis Penyerahan Biasiswa Pendidikan Smart Reader Kids untuk Yayasan Tuanku Syed Putra di Kuala Perlis, kelmarin. Turut berangkat, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua dari kanan).


KANGAR 17 Mac – Kerajaan Pusat diminta mempertimbangkan untuk membina sebuah Kompleks Bebas Cukai di Kuala Perlis di sini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kompleks itu nanti berkonsepkan 'Beli di Langkawi dan Ambil di Kuala Perlis'.

Titah baginda, konsep tersebut bagi memberi nilai tambah agar wujud situasi menang-menang kepada pelancongan Langkawi, Kedah dan Perlis.

"Para pelancong boleh mengambil barangan yang dibeli di gudang-gudang khas yang memenuhi piawaian pihak kastam dan juga agensi yang terlibat," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis penyerahan Biasiswa Smart Reader Kids untuk Yayasan Tuanku Syed Putra yang turut dihadiri oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Kompleks Makanan Laut di Kuala Perlis, semalam.

Baginda bertitah, prasarana pelancongan di pekan Kuala Perlis yang merupakan salah satu pintu masuk utama ke Langkawi juga perlu dipertingkatkan.

"Beta berharap kerja-kerja menaikkan taraf jeti penumpang sedia ada melalui peruntukan RM5 juta dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh hendaklah mempunyai reka bentuk dan kemudahan yang mesra pengguna dan bertaraf antarabangsa," titah baginda.

Selain itu baginda bertitah, hab pengangkutan yang menghubungkan semua sistem pengangkutan di pekan berkenaan juga perlu lebih praktikal dan efisien.

Dalam pada itu, baginda bertitah, semua peniaga makanan di Kuala Perlis perlu meningkatkan kualiti makanan yang dihidangkan dan dipasarkan.

"Selain menjaga tahap kebersihan dan perkhidmatan, para peniaga juga perlu menetapkan harga yang berpatutan terhadap makanan yang dijual," titah baginda.

Sementara itu pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide, Dr. Richard Ong berkata, biasiswa bernilai RM78,124 diperuntukkan kepada 20 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan untuk mengikuti pendidikan selama setahun di pusat Smart Reader Kids di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ais kacang salji Simpang Empat halus, enak

Posted:

Ais kacang salji Simpang Empat halus, enak

Ais kacang salji Simpang Empat halus, enak


Hazwani Jamaludin menunjukkan kepakaran menghasilkan ais kacang yang sedap di kedainya di Simpang Empat, Alor Setar.


ALOR SETAR 17 Mac - Cuaca panas terik ketika ini pasti membuatkan kita dahaga dan bagi menghilangkannya alangkah enak jika dapat menikmati semangkuk ais kacang.

Gerai menjual ais kacang memang banyak terdapat di merata-rata tempat di Kota Setar, namun kelainan ais kacang yang dijual di gerai milik Hazwani Jamaludin, 28, membuatkan ramai peminat ais kacang akan kembali menikmatinya.

'Ais kacang salji' adalah nama yang sering dipanggil oleh para pelanggan selepas merasai keenakan ais kacang di gerai Hazwani yang terletak di Simpang Empat di sini.

Kehebatan dan kelainan ais kacang salji yang diperkenalkan oleh arwah bapa Hazwani, Jamaludin Alang sejak 40 tahun lalu itu terletak pada ais yang dikisar halus.

Selain itu, bahan penambah rasa untuk ais kacang itu seperti agar-agar, kacang merah dan sirap yang dibuat sendiri oleh pemiliknya sejak dari dahulu.

Hazwani yang membesar dengan hasil perniagaan bapanya menjual ais kacang, juga terus memilih untuk meneruskan tradisi keluarganya berniaga ais kacang salji biarpun mempunyai ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat dari Universiti Malaya (UM).

Menurut Hazwani, sebaik sahaja tamat pengajian dia terus memilih untuk berniaga ais kacang di gerai milik bapanya bersama kakaknya, Norhafiza Jamaludin, 33.

"Sejak kecil saya sudah biasa menolong bapa berniaga ais kacang dan minat berniaga timbul perlahan-lahan di dalam diri.

"Sekarang saya memang tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Dengan pengetahuan dalam bidang IT yang saya perolehi dahulu, saya bercadang untuk mempromosikan ais kacang salji ini melalui Internet," ujarnya ketika ditemui di gerainya di Simpang Empat di sini.

Bagi menghasilkan ais yang halus katanya, mata pisau untuk mengisar ais itu perlu diasah setiap hari supaya benar-benar tajam.

"Ais yang halus lebih sedap dimakan dan itulah rahsia mengapa ais kacang yang diperkenalkan oleh bapa saya mampu bertahan lama.

"Ais kacang kami lebih halus dan bahan-bahan untuk dimakan bersama ais kacang juga tidak perlu banyak. Cukup sekadar kacang merah, agar-agar dan jagung manis," katanya.

Jelasnya, rasa ais kacang yang diperkenalkan oleh ayahnya itu juga tidak pernah berubah sejak dahulu, cuma harganya berubah selaras dengan ekonomi semasa.

"Semasa mula-mula ayah saya berniaga ais kacang salji ia dijual dengan harga 50 sen sahaja semangkuk, tetapi kini saya terpaksa menjual ais kacang ini dengan harga RM2 kerana harga bahan-bahan mentah semakin mahal.

"Selain ais kacang salji, saya juga menjual bihun sup dan pelbagai makanan lain yang sesuai untuk dimakan bersama-sama ais kacang ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MBAS buru peniaga haram

Posted:

MBAS buru peniaga haram

MBAS buru peniaga haram

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Para peniaga bergotong-royong membersihkan sekitar Pasar Besar Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 17 Mac – Kehadiran peniaga haram di pasar besar dekat sini, terutama tindakan mereka menjual barangan pada harga jauh lebih rendah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peniaga berlesen.

Tindakan tersebut juga dikatakan menggugat periuk nasi peniaga di situ yang perlu menanggung pelbagai kos lain termasuk membayar sewa bulanan.

Menyedari keluhan peniaga terlibat, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini giat menjalankan operasi pembersihan memburu peniaga haram terbabit.

Menurut Ketua Bahagian Pengurusan Pasar MBAS, Azizan Mohd. Zin, sejak Januari lepas, 15 peniaga haram di kawasan itu berjaya dikesan dan dikenakan kompaun.

"Penguatkuasaan ini dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil Pasar/Sehari demi membela nasib peniaga di pasar tersebut.

"Apatah lagi peniaga-peniaga tanpa lesen ini dikatakan menggugat pendapatan peniaga di situ kerana mereka sengaja menjual barang pada harga lebih rendah kerana tidak menanggung kos lain," katanya pada majlis gotong royong bersama peniaga di pasar besar tersebut di sini hari ini.

Perasmian majlis itu yang dihadiri oleh lebih 100 peserta termasuk peniaga, kakitangan MBAS dan pekerja syarikat menguruskan sisa pepejal, E-Idaman Sdn. Bhd. itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Mohd. Nasir Mustafa.

Menurut Azizan lagi, MBAS akan giat menjalankan operasi tersebut dari semasa ke semasa dalam usaha mengesan peniaga tanpa lesen ini.

"Ia sebagai bertindak adil kepada peniaga yang mempunyai lesen dan hasil operasi sebelum ini Pasar Besar Alor Setar ini sudah bebas daripada peniaga haram jadi kita akan giat melaksanakan operasi ini lagi," katanya.

Menyentuh tentang program tersebut kata Azizan, ia dijalankan sebagai memupuk semangat cintakan kebersihan di kawasan berkenaan.

"Acara seperti ini akan diperluaskan ke kawasan lain iaitu yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar besar ini demi memberi keselesaan kepada pelanggan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Nasir turut menegur sikap peniaga yang mengabaikan kebersihan memandangkan ia amat penting demi menjaga persekitaran.

"Usaha menjaga kebersihan ini harus digembleng bersama oleh semua warga pasar ini jangan cuma memikirkan untuk menjual barang sahaja kerana apabila pasar kita bersih ia akan terus menjadi tumpuan orang ramai," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 18 Mar 2011 03:18 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Kumbang ancam tanaman sawit

Posted:

Kumbang ancam tanaman sawit

Kumbang ancam tanaman sawit

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Tiga peneroka menunjukkan tanaman sawit yang rosak akibat serangan kumbang di Felda Lui Muda, Jempol, semalam.


JEMPOL 17 Mac - Peneroka di Blok 8, Felda Lui Muda dekat sini menanggung kerugian berikutan pokok sawit seluas 46 hektar yang ditanam itu kini diancam kumbang perosak yang telah menyerang tanaman mereka sejak pertengahan tahun lalu.

Sebagai bukti, terdapat begitu banyak larva kumbang dipercayai jenis kumbang badak (Oryctes rhinoceros) yang dikenal pasti antara serangga perosak yang menyerang pokok sawit muda dengan mengorek bahagian tajak untuk menghisap manisan di dalamnya hingga ke umbut.

Seorang peneroka, Miskijah Kijah Kamidun, 60, berkata, banyak pokok sawitnya menjadi layu dan terbantut pertumbuhannya berikutan serangan kumbang berkenaan.

''Setiap kali mendekati anak pokok kelapa sawit ini, saya dapati banyak larva kumbang ini.

''Saya telah maklumkan kepada pihak Felda beberapa kali mengenai ancaman kumbang berkenaan dan setakat ini, mereka telah meracun untuk membinasakan serangga itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berdasarkan kajian dijalankan mendapati, masalah serangan kumbang badak semakin serius kerana ia boleh menyebabkan bahagian pucuk pokok muda mati dan membantutkan pembesarannya.

Malah, serangan kumbang yang juga dikenali sebagai kumbang tanduk atau kumbang kelapa itu bukan saja boleh menyebabkan kematian pokok tetapi jika pokok itu masih hidup ia akan kekurangan hasil sehingga 25 peratus.

Kata Miskijah, racun pam biasa yang digunakan tidak lagi meninggalkan kesan kepada serangan kumbang tersebut.

''Saya berharap pegawai Felda dan agensi berkaitan dapat datang melihat ke kawasan ini dan membantu kami yang terpaksa menanggung kerugian," katanya.

Sementara itu, Baharin Baharom, 51, memberitahu, pokok sawit itu baru ditanam tahun lalu bagi projek penanaman semula.

"Kami menjangkakan ia akan mengeluarkan hasil pada tahun hadapan. Kalau masalah ini tidak diatasi segera, susahlah," katanya.

Sebelum ini, pelbagai cara diguna penanam dan pengusaha ladang sawit untuk menghapuskan koloni kumbang badak seperti menggunakan perangkap feromon, tanaman pokok kekacang dan semburan racun serangga dengan perawis aktif Carbofuran dan Cypermethrin.

Bagaimanapun, kaedah itu kurang berkesan untuk mengawal kitaran hidup kumbang badak.

Malah, aktiviti tanam semula dengan kaedah penebangan pokok yang kemudian batang diracik, dikumpul dan dibiar reput di situ menggalakkan kumbang badak membiak dengan hebat.

Lebih malang lagi, kaedah semburan racun serangga memang mampu membunuh kumbang tanduk dengan baik, tetapi semburan yang sama turut memudaratkan kumbang pendebungaan sawit dan serangga lain yang diperlukan untuk proses penghasilan buah sawit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

317 pelajar terima tiket penerbangan

Posted:

317 pelajar terima tiket penerbangan

317 pelajar terima tiket penerbangan

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

SEREMBAN 17 Mac – Seramai 317 pelajar Negeri Sembilan yang dibawa pulang dari Mesir berikutan krisis politik di negara itu hari ini menerima tiket penerbangan pulang dan sagu hati sebanyak RM500 daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Mereka terdiri daripada 215 pelajar tajaan MAINS dan 102 pelajar persendirian.

Selain itu, seramai 28 pelajar tajaan MAINS, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan persendirian yang sudah mempunyai tiket penerbangan menerima sagu hati RM500.

Pelajar berkenaan menerima tiket dan saguhati itu daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada majlis khas di sebuah hotel di sini hari ini.

Mohamad berkata, pelajar tersebut akan kembali ke negara itu untuk menyambung pengajian mereka dengan menaiki penerbangan Qatar Airways Ahad ini.

Menurutnya, pemberian tiket ke Mesir itu adalah bagi memenuhi janji beliau sebelum ini bahawa kerajaan negeri akan menanggung kos tersebut.

Katanya, ahli-ahli MAINS telah memutuskan untuk menggunakan peruntukan zakat bagi menanggung kos tersebut berdasarkan kepada keadaan darurat yang mana pelajar tersebut terpaksa pulang berikutan keadaan huru-hara di Mesir dan kini perlu kembali untuk menyambung pelajaran mereka.

"Majlis juga memutuskan untuk menanggung kos bukan saja pelajar tajaannya tetapi juga pelajar lain yang turut membuat permohonan kepada kerajaan negeri.

"Berikutan itu MAINS telah mengeluarkan sebanyak RM697,400 untuk tiket penerbangan dan RM172,500 untuk wang saku," katanya kepada para pemberita selepas majlis tersebut.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Razak Mansor yang juga Timbalan Pengerusi MAINS, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan Setiausaha MAINS, Kamal Amran Kamarudin.

Mohamad menarik perhatian, pemberian tiket penerbangan dan wang saku itu membuktikan kerajaan negeri mengambil berat mengenai nasib pelajar berkenaan sekali gus menyangkal tohmahan sesetengah pihak sebelum ini bahawa kerajaan tidak akan mengambil peduli mengenai mereka sebaik saja pulang ke tanah air.

Katanya, ada orang yang percaya fitnah tersebut selepas beberapa ibu bapa pelajar datang menemuinya bagi bertanyakan perkara tersebut.

"Ada orang yang suka merebus batu yang tidak empuk-empuk (yang tidak akan masak) dan suka mencari apa jua isu bagi memperkecilkan usaha kerajaan.

"Saya sudah berjanji akan menghantar para pelajar ini pulang dan hari ini saya membuktikan janji itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

OKU tagih simpati agar diberi peluang berniaga

Posted:

OKU tagih simpati agar diberi peluang berniaga

OKU tagih simpati agar diberi peluang berniaga


S. Vijaya Kumaran menunjukkan surat bankrap dan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat di rumahnya di Rumah Awam Kempas Selandar, Melaka, semalam.


JASIN 17 Mac - S. Vijaya Kumaran dari Rumah Awam Kempas, Selandar di sini merupakan orang kurang upaya (OKU) yang cacat tangan kanan dan kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira tujuh tahun lalu.

Ketika itu, dia menunggang motosikal sendirian selepas tamat bekerja sebagai pemandu lori di Tampin sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda dalam insiden tersebut.

Akibat kemalangan itu, Vijaya hilang punca pendapatan RM1,900 sebulan dan pada hari ini, lelaki itu terpaksa bergantung pendapatan isteri yang hanya RM400 sebulan sebagai pekerja kilang selain menanggung empat anak mereka antara 18 hingga 21 tahun.

Bagaimanapun, Vijaya enggan putus asa dan bercita-cita untuk meneruskan kehidupan melalui tulang empat kerat yang dimilikinya dengan mencuba pelbagai pekerjaan namun nasib masih tidak menyebelahi dia dan keluarga.

Disebabkan tiada pihak yang sudi menawarkan pekerjaan kepadanya, akhirnya Vijaya bertekad melaburkan semua wang simpanannya untuk menjalankan perniagaan kereta sewa namun disebabkan masalah teknikal, hasratnya itu terkubur sehingga hari ini.

''Hampir 10 tahun saya berusaha untuk mendapatkan permit menjalankan perniagaan sewa kereta dan impian ini hampir terlaksana setelah saya memperoleh permit tahun lalu namun disebabkan saya ada kes muflis, saya tidak boleh menggunakan permit untuk operasi kereta," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Katanya, dia sudah mencuba pelbagai usaha untuk melunaskan hutang muflis yang ditanggungnya itu namun jumlah RM1,680 yang tertunggak amat sukar dijelaskan memandangkan dia tidak mempunyai sumber pendapatan.

Ujar Vijaya, dia hanya perlu membayar RM30 sebanyak 56 bulan bagi menjelaskan hutang tertunggak tersebut dengan pihak bank namun dia tidak berkemampuan sehingga terpaksa menggadai barang kemas isterinya bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

''Saya sudah beberapa kali merayu dan meminta bantuan dengan wakil rakyat, pertubuhan politik agar simpati dengan masalah saya ini namun tiada sesiapa pun yang berminat untuk menghulurkan bantuan.

''Paling saya kesalkan, kenapa sukar bagi saya peluang malah saya ini OKU, tak kan tidak boleh pertimbangkan masalah muflis yang saya hadapi sekarang ini dan bantu saya berniaga," katanya.

Tidak cukup dengan itu, Vijaya juga tidak pernah ketinggalan mengikuti kursus usahawan tani anjuran Jabatan Pertanian dengan harapan dia boleh dibantu memulakan kegiatan menternak itik di atas tanak milik keluarganya seluas 0.8 hektar.

Namun, harapan Vijaya tinggal angan-angan kosong apabila setiap kali permohonannya untuk mendapatkan bantuan bagi memulakan perusahaan tersebut tidak dilayan agensi terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 18 Mar 2011 03:16 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Tiga anggota panel India setuju selesai isu Interlok

Posted: 18 Mar 2011 03:02 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Tiga anggota panel dari kaum India yang dilantik ke dalam panel bebas mengenai Interlok telah bersetuju bekerjasama menyelesaikan isu tersebut, kata Presiden MIC, Datuk G Palanivel.

Katanya, beliau telah bertemu dengan dua daripada mereka bersama-sama dengan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Ravin Ponniah.

"Anggota panel dari kaum India telah meminta saya mengatur pertemuan khas dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran. "Mereka juga memberitahu saya yang mereka telah mengenal pasti semua bahagian sensitif dalam novel itu dan akan membentangkannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata Palanivel dalam satu kenyataan di sini.

Kelmarin, Dr NS Rajendran, G Krishnabahawan dan Uthaya Shankar SB dilaporkan menarik diri daripada panel itu kerana tidak berpuas hati desakan mereka mengenai 100 lagi pindaan dilakukan tidak diendah.

Semalam, Muhyiddin berkata ketiga-tiga mereka yang juga wakil MIC masih anggota panel bebas terbabit yang bertujuan menyelesaikan kontroversi buku berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan wujud salah faham, namun ketiga-tiga anggota panel itu telah dihubungi bagi meneruskan perbincangan berkenaan isu tersebut.
Palanivel yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata anggota panel terbabit hanya meluahkan perasaan kaum India.

"Bab mengenai Maniam dalam novel itu mengandungi penulisan yang menyentuh sensitiviti kaum India. Kementerian Pelajaran harus mengambil serius pandangan kami," katanya yang mahu isu Interlok diselesaikan segera.

Pada 27 Januari lalu, Muhyiddin mengumumkan novel Interlok akan terus digunakan sebagai komponen sastera untuk Bahasa Malaysia bagi Tingkatan Lima di Zon 2 yang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kerajaan, bagaimanapun, bersetuju pindaan dibuat pada bahagian yang dianggap sensitif bagi komuniti India. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sijil kelahiran berbeza untuk bukan warga negara mulai 1 Julai

Posted: 18 Mar 2011 02:52 AM PDT

Mutakhir

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan format sijil kelahiran yang berbeza antara warga negara dan bukan warga negara berkuatkuasa 1 Julai ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata inisiatif yang akan dilaksanakan melalui Jabatan Pendaftaran Negara itu membabitkan perbezaan beberapa ciri format, termasuk warna sijil.

Sebagai permulaan, katanya, JPN akan mengeluarkan sijil kelahiran berwarna merah bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warga negara. "Pada masa ini, semua sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh JPN berwarna hijau tanpa mengira taraf kewarganegaraan kanak-kanak itu.

"Taraf kewarganegaraan kanak-kanak ditentukan berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibu bapa semasa kelahiran tersebut berlaku," katanya.

Hishammuddin berkata, itu adalah satu daripada 22 syor dan inisiatif yang dicadangkan oleh Makmal Khas Pengurusan Warga Asing Sabah yang mana laporannya telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin kali kelima semalam.

Beliau berkata, sijil kelahiran yang berbeza warna antara warga negara dan bukan warga negara bertujuan mengelak ibu bapa warga asing yang mendapat anak di negara ini beranggapan bahawa dengan memiliki Sijil Kelahiran Malaysia, anak-anak mereka adalah secara automatik menjadi warga negara Malaysia.
"Ia juga memberikan makluman awal kepada ibu bapa akan status kewarganegaraan anak yang dilahirkan, mengelak sebarang kekeliruan kepada orang ramai dalam hal mengenai pasti taraf kewarganegaraan kanak-kanak, serta memudahkan agensi-agensi lain untuk mengenal pasti taraf kewarganegaraan seseorang yang berurusan di agensi masing-masing," katanya.

Hishammuddin berkata, bagi kanak-kanak bertaraf bukan warga negara yang telah memiliki sijil kelahiran berwarna hijau, ianya dikekalkan dan hanya berubah apabila pemohon membuat Cabutan Sijil Kelahiran di mana-mana pejabat JPN.

Katanya, bagi kanak-kanak yang dilahirkan sebagai bukan warga negara dan kemudiannya disahkan sebagai warga negara Malaysia melalui proses Pengesahan Taraf Kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan, sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan akan ditukar dengan sijil kelahiran berwarna hijau, dengan dicatatkan indikator yang menunjukkan perubahan status kewarganegaraan itu.

"Sungguhpun cadangan-cadangan ini dikemukakan oleh Makmal Khas Sabah, inisiatif ini akan dilaksanakan di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, syor dan inisiatif dari Makmal Khas Sabah itu yang berlangsung di negeri itu dari 4 hingga 27 Mei tahun lalu, adalah sebagai tambahan kepada 48 syor dan inisiatif yang telah dicadangkan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing peringkat nasional.

Katanya, pelaksanaan makmal khas itu, yang dianggotai 27 pegawai dari pelbagai agensi persekutuan dan negeri berkaitan di Sabah, memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu warga asing khususnya PATI yang telah berlarutan sekian lama di Sabah dan merupakan isu yang amat dekat dengan rakyat Sabah. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 18 Mar 2011 03:13 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Songlap duit lapan syarikat

Posted: 17 Mar 2011 12:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Berbekalkan ijazah dalam bidang perakaunan dan kepetahan berkata-kata serta raut wajah baik, seorang lelaki memperdaya lapan bekas majikannya dan menggelapkan kira-kira RM270,000 milik lapan syarikat itu.

Difahamkan, lelaki berusia 40 tahun terbabit menawarkan diri untuk bekerja pada gaji rendah bagi jawatan eksekutif perakaunan untuk memikat hati majikan.


Selepas majikannya yang rata-rata terdiri daripada syarikat swasta yang terkenal menawarkan pekerjaan kepadanya, dia akan membuktikan kemampuannya bekerja sebelum menunjukkan tembelang sebenar.

Suspek berasal dari Kelana Jaya, Selangor, itu juga mahir menipu tandatangan pengarah syarikat dan waran tangkap sudah dikeluarkan terhadapnya, tetapi masih gagal dikesan sehingga kini.


Mangsa terakhirnya, pengarah syarikat, Mohd Kamil Othman,53, berkata suspek bekerja sebagai eksekutif perakaunan di syarikatnya yang terbabit bidang perumahan pada 22 November tahun lalu.


Menurutnya, dia menggunakan modus operandi sama iaitu menawarkan diri untuk bekerja pada gaji serendah RM2,800 sebulan dan pihaknya bersetuju mengupahnya tanpa menyiasat latar belakang majikan lama.

"Sejak mula bekerja, kami tidak syak tingkah lakunya kerana dia seorang pekerja yang rajin.


"Untuk dua bulan pertama bulan, dia bekerja dengan baik, tetapi pada bulan ketiga dia menghilangkan diri bersama RM94,000 wang kutipan sewa," katanya ketika mendedahkan kejadian itu di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, berkata menurut laporan polis, sejak 1999, suspek sudah menggelapkan kira-kira RM270,000 milik lapan syarikat swasta menggunakan taktik sama.


Menurutnya, suspek juga pernah menggelapkan wang berjumlah RM150,000 milik sebuah syarikat perbankan dengan meniru tandatangan pengarah syarikatnya.


"Suspek sangat licik dan tidak pernah bekerja di sesuatu tempat lebih dari empat bulan dan rata-rata kawasan tumpuannya di Bangsar, Shah Alam, Kota Damansara, Cheras, Pudu dan Lembah Klang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syor 2 laluan baru MRT

Posted: 17 Mar 2011 11:05 AM PDT

PETALING JAYA: Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Petaling Selangor meminta kerajaan mengkaji semula Projek Aliran Transit Massa (MRT) dengan menambah dua laluan baru bagi kawasan Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan.

Penasihat Undang-undang Persatuan itu, Datuk Lim Choon Kin, berkata dua kawasan itu ialah Jalan Harapan (Petaling Jaya Utara) yang merangkumi Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Seksyen 2, 17 serta 19 dan Petaling Jaya Selatan merangkumi Taman Medan, Taman Maju Jaya dan Taman Seri Manja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 18 Mar 2011 03:06 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Nilai semula penggunaan bahasa Melayu di sektor awam, swasta

Posted:

Nilai semula penggunaan bahasa Melayu di sektor awam, swasta

Nilai semula penggunaan bahasa Melayu di sektor awam, swasta


Muhyiddin Yassin, Dr. Rais Yatim, Datuk Maglin Dcruz (kiri), Joseph Salang Gandum dan Kamaruddin Siaraf memegang bola kaca semasa merasmikan Pembudayaan Bahasa di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu kaedah perlu dirangka bagi menilai tahap pencapaian dalam penggunaan bahasa Melayu di kalangan sektor awam dan swasta untuk satu jangka masa yang telah ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan segala dasar dan perancangan pembangunan negara tercapai dengan optimum dalam era kepimpinan negara yang menekankan kepada Indeks Prestasi Utama (KPI).

Penilaian itu, jelas beliau, menjurus kepada tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dengan diberi keutamaan dan status yang sewajarnya.

"Sebagai contoh dalam urusan surat menyurat, pengendalian mesyuarat, ucapan dan perbincangan.

''Selain itu, risalah dalam menyampaikan maklumat organisasi kepada masyarakat bagi tujuan promosi dan publisiti juga sewajarnya mendahulukan bahasa Melayu," katanya.

Beliau berucap merasmikan Program Pembudayaan Bahasa anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan di Kompleks Kraf Tangan, hari ini.

Hadir sama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Muhyiddin menambah, bahasa Melayu amat penting kerana ia menjadi benteng bagi memperteguh jati diri bangsa.

Ini kerana menurut beliau, suasana dan persekitaran yang mewujudkan bahasa Melayu ditunjangi dengan nilai kesantunan yang tinggi dan budaya ketimuran.

"Terdapat banyak nilai baik di dalamnya yang boleh kita jadikan panduan dan pedoman," katanya.

Muhyiddin berkata, globalisasi dan ledakan teknologi maklumat hari ini telah melahirkan dunia tanpa sempadan dan sekatan.

Interaksi manusia, jelas beliau, menjadi semakin luas dan pantas melalui bukan sahaja secara bersemuka, atas talian malah di alam siber.

"Kita juga seharusnya tidak ketinggalan dan perlu seiringan dengan perubahan yang berlaku dan jangan sesekali berundur ke belakang," katanya.

Menurut Muhyiddin, situasi hari ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu yang mana unsur-unsur keunikan serta keagungannya menjadi longgar, rapuh dan mudah dicemari kerana dicampur aduk penggunaannya dengan bahasa-bahasa lain sewenang-sewenangnya.

Pencemaran bahasa itu, katanya, sedikit sebanyak telah menghakis identiti asli bahasa Melayu dan rasa hormat terhadap bahasa Melayu turut pudar kerana dicampur aduk mengikut selera dan kehendak hati.

"Ledakan ini telah menjadikan bahasa Melayu semacam berada di belakang berbanding bahasa-bahasa lain," katanya.

Akibatnya kata Muhyiddin, kelangsungan bahasa Melayu mendepani zaman sekarang melalui saat yang sangat getir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ada pihak bimbang kejayaan 1Malaysia

Posted:

Ada pihak bimbang kejayaan 1Malaysia

Ada pihak bimbang kejayaan 1Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penerimaan rakyat yang semakin meningkat terhadap gagasan 1Malaysia menyebabkan ada pihak bimbang dan sentiasa mencari muslihat untuk menimbulkan penafsiran yang berbeza serta mengelirukan mengenainya.

Perdana Menteri berkata, pihak tersebut juga akan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelitkan fakta, mengaburkan perkara yang jelas dan menggelapkan yang terang demi mewujudkan modal politik yang boleh ditabur kepada rakyat.

"Sudah tentu kejayaan gagasan 1Malaysia kurang disenangi oleh pihak tertentu yang hanya memikirkan manfaat politik yang dapat diraih apabila berlaku persengketaan dan perselisihan faham antara kaum.

"Golongan ini tidak perlu dipedulikan, yang jelas sebilangan besar rakyat menerima 1Malaysia sebagai konsep yang mengeratkan talian muhibah di kalangan semua kaum selain menyemarakkan semangat cinta kepada negara. Inilah matlamat utama gagasan ini diperkenalkan," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengolah semula konsep 1Malaysia supaya tidak diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga memberi persepsi mengelirukan kepada rakyat dengan penafsiran yang berbeza dan pelbagai.

Perdana Menteri menambah, sejak pelancaran gagasan 1Malaysia sebaik sahaja beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 3 April 2009, penerimaan rakyat terhadap gagasan itu amat memberangsangkan.

"Pada peringkat awal ada pihak yang cuba memanipulasikan 1Malaysia bagi mewujudkan polemik demi kepentingan politik mereka, namun dengan penjelasan yang terperinci di pelbagai peringkat, penerimaan yang amat baik jelas kelihatan di kalangan rakyat," katanya.

Menjawab soalan tambahan Zulkifli yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuat penjenamaan 1Malaysia kepada konsep Malaysian-First dengan slogan 'Negara Didahulukan, Rakyat Diutamakan', Perdana Menteri berkata, penjelasan lebih terperinci mengenai 1Malaysia perlu diberi keutamaan.

"Saya anggap walaupun kita telah banyak beri penjelasan dan penerimaan pun semakin ketara, tetapi penjelasan demi penjelasan perlu diberikan supaya kita sampai ke satu peringkat di mana gagasan ini difahami sepenuhnya," katanya.

Perdana Menteri berkata, pemahaman terhadap 1Malaysia perlu dihubungkaitkan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' iaitu prinsip yang boleh membawa kekuatan kepada negara.

Menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai langkah kerajaan bagi menghadapi pihak-pihak yang mahu menjejaskan perpaduan negara, Najib berkata, golongan itu tidak dapat dielakkan.

"Dalam sebuah masyarakat yang begitu kompleks, memang akan ada masalah. Sebab itu kita ada 1Malaysia iaitu nilai yang boleh dihayati setiap rakyat untuk mengurangkan masalah antara kaum," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhyiddin cabar Anwar serah DNA

Posted:

Muhyiddin cabar Anwar serah DNA

Muhyiddin cabar Anwar serah DNA

KUALA LUMPUR 17 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah untuk menyelesaikan kes liwatnya jika beliau benar-benar tidak melakukan sebarang kesalahan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Anwar tidak perlu memutar-belit persoalan pokok berhubung kes liwat itu kerana desakan supaya beliau menyerahkan DNA adalah suara umum rakyat Malaysia.

"Buat apa Anwar perlu takut kerana pendakwaan kes liwat bukan isu politik, sebaliknya isu perundangan yang keputusannya terletak pada mahkamah.

"Kalau dia tidak lakukan apa-apa kesalahan macam saya, berilah DNA. Saya tiada masalah, saya boleh bagi DNA kepada pihak berkuasa. Soalnya rakyat hendak tahu kebenaran. Jadi, dia (Anwar) janganlah putar belit, kaitkan dengan pihak lain pula. Tidak ada kena mengena langsung kerana inilah kes yang sedang dibicara," katanya di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar yang berterusan cuba mengaitkan pihak lain dalam isu desakan rakyat supaya beliau menyerahkan DNA kepada mahkamah.

Ahad lalu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakyat perseorangan dan pemimpin politik mengadakan siri demonstrasi di seluruh negara bagi mendesak Anwar menyerahkan DNA.

Kata Muhyiddin, lagi cepat Anwar serahkan DNA, maka lebih cepat kebenaran diketahui.

Menurutnya, ketua pembangkang itu sepatutnya memenuhi tuntutan rakyat dan bukannya mencipta seribu satu alasan yang tidak munasabah.

"Kalau Anwar tahu dia tak bersalah, apa nak takut, buat sajalah dan lepas itu mahkamah akan dapat bukti kukuh untuk membuat keputusan yang rakyat nanti-nantikan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 18 Mar 2011 01:38 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Sentral: 'Kami dianiaya'

Posted: 17 Mar 2011 01:13 PM PDT

Wilayah

LAILA menunjukkan paip getah yang disyaki sengaja dipotong  pihak tidak bertanggungjawab  di PPRT Solok Kampung Baru, Bukit Katil.

LAILA menunjukkan paip getah yang disyaki sengaja dipotong pihak tidak bertanggungjawab di PPRT Solok Kampung Baru, Bukit Katil.

Penghuni rumah PPRT Solok Kampung Baru syak paip getah sengaja dipotong punca bil tinggi

BUKIT KATIL: Seorang penghuni rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Solok Kampung Baru dekat sini, terkejut apabila diminta menjelaskan bayaran bil air berserta tunggakan berjumlah RM850.03 oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Februari lalu.

Tukang cuci, Laila Tompang, 54, berkata jumlah itu disifatkan tidak masuk akal apabila beliau yang menghuni rumah itu bersama suami dan dua anaknya tidak pernah gagal menjelaskan bayaran bil air pada setiap bulan sebelum ini. "Saya panik apabila mula menerima bil air dengan nilai tidak munasabah sebanyak kira-kira RM500 pada Januari lalu. Bulan berikutnya pula, SAMB menghantar notis peringatan terakhir yang meminta saya menjelaskan bayaran bil air berjumlah RM36.15 dengan tunggakan RM813.88.

"Notis berkenaan bukan saja mengelirukan, malah tidak masuk akal kerana penggunaan air kami sekeluarga di rumah juga tidak mencecah sehingga nilai tertera pada bil. Biasanya ia dalam lingkungan RM20 hingga RM90 sebulan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Laila berkata, beliau juga pernah meminta bantuan SAMB dan Pejabat Ketua Menteri bagi menyelesaikan masalah itu kerana khuatir bekalan air dipotong jika gagal menjelaskan bil itu.

"Bagaimanapun, maklum balas daripada kedua-dua pihak itu belum diterima sehingga hari ini. Pernah juga saya menangis memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi membayar bil terbabit.
"Dengan pendapatan RM500 sebulan dan duit hasil tanaman getah yang diterima suami setiap tiga bulan sekali, manalah mampu kami membayar tunggakan bil sebanyak itu," katanya.

Laila berkata, beliau juga bimbang sekiranya peningkatan bil air berkenaan berpunca daripada kebocoran saluran paip getah yang disambungkan ke meter air yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya yang diduduki sejak beberapa tahun lalu.

"Setiap dua minggu, paip getah ini akan bocor atau putus sama ada kerana dipotong atau dirosakkan individu tidak bertanggungjawab.

"Saya pernah memohon kepada SAMB supaya memindahkan meter dan paip berkenaan lebih hampir dengan kawasan rumah bagi memudahkan saya memantaunya, namun bayaran yang diminta untuk kerja pemindahan itu terlalu tinggi, iaitu hingga mencecah RM500," katanya.

Laila berkata, beliau berharap pihak berwajib dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya bagi memastikan bekalan air yang menjadi keperluan utamanya sekeluarga tidak terputus.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wilayah: Pasar Besar Kuantan perlu dibaiki

Posted: 17 Mar 2011 12:46 PM PDT

Wilayah

CHANG (kanan) menunjukkan bumbung  bocor bahagian luar   Pasar Besar Kuantan.

CHANG (kanan) menunjukkan bumbung bocor bahagian luar Pasar Besar Kuantan.

Bumbung bocor, longkang terdedah jejas keselesaan pelanggan, peniaga

KUANTAN: Lebih 100 peniaga yang menjalankan perniagaan mereka di bahagian luar Pasar Besar Kuantan, di sini merayu pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelesaikan masalah membabitkan kemudahan infrastruktur di premis dan tapak perniagaan mereka yang berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.

Mereka mendakwa masalah kebocoran di bahagian bumbung, longkang tersumbat, penutup longkang pecah di sekitar tapak perniagaan itu boleh mengancam keselamatan mereka serta menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai yang mengunjungi kawasan itu. Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjaja Kuantan, Yap Yak Din, 67, berkata pihaknya beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), namun sehingga kini ia belum dapat diselesaikan.

"Sudah lebih 10 tahun, kami berniaga dalam keadaan tidak selesa dan kerap menerima rungutan daripada pembeli yang tidak tahan dengan bau longkang.

"Saya bimbang jika perkara ini tidak diselesaikan segera, orang ramai tidak mahu lagi datang ke sini," katanya ketika ditemui di sini.

Yap yang sudah 16 tahun berniaga di situ berkata, mereka berharap pelbagai pihak lebih prihatin untuk membantu menyegerakan kerja membaik pulih kerosakan itu.
Rakannya, Rosli Mahmud, 48, berkata masalah longkang tersumbat di hadapan kedainya sudah lama berlaku dan pernah mengemukakan aduan kepada MPK untuk tindakan.]

"Keadaan itu akan berlarutan jika sistem saliran tidak dibaiki kerana setiap kali hujan, banyak sampah terutama botol plastik dan plastik makanan ringan ditemui dalam longkang bertakung," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Chang Hong Seong, yang melawat tempat itu berkata, pihaknya menerima rungutan berhubung masalah terbabit sejak setahun lalu dan usaha menyelesaikannya akan dilakukan secepat mungkin melalui kerjasama antara kerajaan negeri dan MPK.

"Kita akan menyiapkan kertas kerja berhubung masalah ini sebelum diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk tindakan selanjutnya.

"Saya menunggu laporan Bahagian Penyelenggaraan MPK sebelum memohon peruntukan daripada kementerian bagi melaksanakan kerja baik pulih itu," katanya yang sudah dua kali mengadakan lawatan ke situ dalam tempoh enam bulan.

Chang berkata, peruntukan antara RM200,000 hingga RM300,000 diperlukan untuk menukar bumbung deretan kedai yang bocor, manakala kerja menukar penutup dan membina longkang baru pula dianggarkan RM300,000.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 18 Mar 2011 01:31 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bubar DUN: Tunggu esok, kata Taib

Posted: 18 Mar 2011 01:14 AM PDT

KUCHING, 18 Mac — Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.

"Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 di sini hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas".

Taib (gambar) juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di sini esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.

Semalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April.

Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai.

Dalam pilihan raya negeri yang lepas, Barisan Nasional memenangi 62 kerusi, DAP enam, Parti Keadilan satu, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) satu, dan Bebas satu. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Libya tak takut serangan tentera dilulus PBB, kata anak Gaddafi

Posted: 18 Mar 2011 01:08 AM PDT

KAHERAH, 18 Mac — Libya tidak bimbang dengan resolusi PBB yang membolehkan tindakan ketenteraan yang bertujuan melindungi orang awam dilancarkan jika perlu, lapor stesen televisyen Al Arabiya memetik Saif al-Islam, anak lelaki Muammar Gaddafi (gambar) hari ini.

Al Arabiya tidak mengatakan bila atau di mana kenyataan itu dikeluarkan.

Kementerian Pertahanan juga memberi amaran tindakan balas, termasuk menjangkaui garisan hadapan Libya — negara pengeksport minyak yang turut berhadapan dengan kebangkitan rakyat dan serangan pemberontak sejak sebulan lalu. — Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 18 Mar 2011 01:29 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Taib jumpa Yang Dipertua Negeri

Posted:

Taib jumpa Yang Dipertua Negeri

Taib jumpa Yang Dipertua Negeri

Oleh SOPI SAMAILE
sopi.samaile@utusan.com.my


ABDUL Taib Mahmud bersama timbalannya, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam keluar daripada mesyuarat kabinet negeri di Kuching, semalam.


KUCHING 17 Mac - Adakah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah memaklumkan hasrat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng?

Perkara itu menimbulkan tanda-tanya apabila Abdul Taib mengadakan pertemuan bersama Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri bermula pukul 9.40 pagi ini.

Pertemuan berkenaan berjaya 'dihidu' oleh Utusan Malaysia dan Bernama yang kemudiannya tersebar di kalangan petugas media sehingga menarik puluhan wartawan berkumpul di pintu pagar masuk Astana Negeri.

Kira-kira sejam selepas itu, Abdul Taib yang menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri meninggalkan Astana Negeri menuju ke Wisma Bapa Malaysia untuk menghadiri mesyuarat Kabinet negeri.

Kegagalan mendapatkan reaksi beliau di situ menyebabkan wartawan bergegas ke Wisma Bapa Malaysia dan 'berkampung' di lobinya dengan jangkaan Abdul Taib akan mengadakan sidang media mengumumkan pembubaran DUN Sarawak.

Lebih menimbulkan tanda-tanya ialah apabila beliau meninggalkan Wisma Bapa Malaysia lebih awal dan enggan membuat sebarang ulasan mengenai pertemuannya dengan Abang Muhammad Salahuddin sewaktu diserbu wartawan.

"Mesyuarat masih berlangsung," katanya ringkas.

Sementara itu, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan yang ditemui sejurus mesyuarat berakhir menjelaskan pertemuan antara Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri adalah amalan biasa sebelum Mesyuarat Kabinet.

"Ia sememangnya amalan yang dilakukan setiap minggu, satu perkara yang normal mengikut jadual yang sedia ada.

"Sama ada ini adalah Mesyuarat Kabinet yang terakhir atau sebaliknya, saya tidak tahu," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, Abdul Taib meninggalkan Mesyuarat Kabinet lebih awal kerana perlu menghadiri pertemuan dengan Persatuan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Sarawak (Sabati) di kediaman rasminya.

Sumber Astana Negeri turut mengesahkan pertemuan berkenaan merupakan perjumpaan bulanan yang biasa.

Spekulasi mengenai tarikh pembubaran DUN Sarawak semakin hangat diperkatakan berikutan kehadiran beberapa menteri Pusat ke negeri ini bermula kelmarin.

Kemuncak kehadiran pimpinan Kerajaan Persekutuan ialah pada Sabtu ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menghadiri program Sejiwa Senada Bahagian Kota Samarahan di pekan Serian sebelum mengadakan kunjungan ke beberapa lokasi secara berasingan pada hari yang sama.

Ramai pemerhati politik membuat telahan bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan pada hujung bulan ini termasuklah penganalisis politik terkenal di negeri ini, Dr. Jeniri Amir.

Pada penggal terdahulu, pembubaran DUN Sarawak diumumkan Abdul Taib pada 24 April 2006 melalui sidang akhbar khas di Bilik VIP, Hangar Hornbill Skyway, di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Takziah kepada seluruh rakyat Jepun

Posted:

Takziah kepada seluruh rakyat Jepun

Takziah kepada seluruh rakyat Jepun

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai upacara bertafakur tanda penghormatan kepada mangsa tsunami di Jepun sebelum usul gempa dan tsunami di Jepun dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas 2011 di Bangunan Parlimen, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Mac – Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul bagi merakamkan ucapan takziah dan simpati yang sangat mendalam kepada kerajaan dan rakyat Jepun yang dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengemukakan usul itu selepas sesi soal jawab berkata, Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas segala bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia terutama penuntut-penuntut yang terjejas oleh malapetaka itu.

Najib berkata, adalah wajar bagi Malaysia menawar dan menghulurkan apa jua bentuk bantuan yang termampu memandangkan Jepun mempunyai hubungan yang akrab dengan Malaysia.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan dan bantuan dari segi material, emosi dan moral kepada mangsa-mangsa bencana dan malapetaka itu.

"Saya juga merayu masyarakat antarabangsa untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Jepun. Perkara yang berlaku ke atas negara Jepun dan rakyatnya adalah sesuatu yang amat menyedihkan seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

"Dengan itu, Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai hubungan akrab dengan Jepun turut merasakan beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersyukur kerana kesemua rakyat dan penuntut Malaysia yang berada di Jepun dapat dihubungi dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat di pusat-pusat pemindahan yang disediakan Kerajaan Jepun.

"Ini membuktikan pihak berkuasa Jepun mengambil berat dan prihatin terhadap keselamatan bukan sahaja rakyatnya, malah warga asing termasuk Malaysia," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia wajar bersama-sama mendoakan agar Jepun dilindungi daripada bencana gempa bumi dan tsunami serta dapat membangunkan semula kawasan yang musnah dalam malapetaka itu.

Seramai sembilan Ahli Parlimen menyertai perbahasan usul tersebut sebelum Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menggulung perbahasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengurusan kewangan kita tambah meyakinkan - PM

Posted:

Pengurusan kewangan kita tambah meyakinkan - PM

Pengurusan kewangan kita tambah meyakinkan - PM

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keyakinan pasaran dunia terhadap pengurusan kewangan dan makro negara semakin nyata serta tidak dapat dinafikan terutama sekali dengan pengukuhan nilai mata wang ringgit.

Perdana Menteri berkata, pengukuhan nilai ringgit serta pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memberangsangkan juga telah meningkatkan keyakinan pelabur asing dan menarik aliran modal masuk ke dalam negara.

Mengikut perangkaan Imbangan Pembayaran Negara (BOP) katanya, Malaysia kembali mencatatkan aliran masuk wang bersih pelaburan langsung asing (FDI) yang besar iaitu RM27.6 bilion pada tahun lalu berbanding hanya RM5 bilion pada tahun sebelumnya.

"Aliran masuk bersih pelaburan portfolio pula telah meningkat kepada RM44.9 bilion pada tahun lalu berbanding aliran keluar bersih sebanyak RM1.7 bilion pada 2009. Ini membuktikan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia dari segi pegangan sekuriti ekuiti dan hutang," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu kerajaan nyatakan peluang yang bakal diambil dalam mengeksploitasi kekukuhan nilai mata wang ringgit berbanding mata wang utama dunia bagi menyokong aliran masuk modal yang lebih besar serta pengukuhan asas makro ekonomi negara.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, pengukuhan nilai ringgit secara amnya memberi kelebihan dan implikasi positif terhadap dagangan import terutama dalam menangani kenaikan harga barang makanan global.

"Kesan peningkatan harga barang makanan import akan meningkatkan kadar inflasi serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Justeru, pengukuhan nilai ringgit mampu mengurangkan kenaikan harga barang makanan dan seterusnya membantu mengekang kenaikan kadar inflasi negara," katanya.

Peningkatan nilai ringgit juga kata Perdana Menteri, mampu meningkatkan pelaburan langsung melalui peningkatan pelaburan dalam bidang-bidang berimpak tinggi seperti minyak dan gas, minyak sawit dan infrastruktur yang memerlukan jentera dan peralatan import.

Menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) berhubung laporan Integriti Kewangan Sedunia (GFI) mengenai berlakunya pengaliran wang secara besar-besaran dalam tempoh tujuh ke lapan tahun berjumlah RM889 bilion sehingga menyebabkan nilai ringgit terganggu, Perdana Menteri berkata, laporan GFI itu mengandungi perkara yang benar dan tidak benar.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan dijawab secara menyeluruh pada bulan depan.

"Saya sudah minta Bank Negara Malaysia untuk mengumpulkan segala maklumat supaya jawapan kita mengenai laporan GFI itu adalah komprehensif," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 18 Mar 2011 01:10 AM PDT

Utusan Online - Timur


Usaha lahirkan pelayar tempatan

Posted:

Usaha lahirkan pelayar tempatan

Usaha lahirkan pelayar tempatan

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


Para peserta turut diuji dengan menyertai pertandingan Pelayaran Remaja EPIC ketika Klinik Pelayaran Remaja di Pulau Duyung, Kuala Terengganu, baru-baru ini. –utusan/FAUZI MOHD.


KUALA TERENGGANU 17 Mac – Menjadi tuan rumah kepada kejohanan tahunan berprestij dunia, Piala Monsun dengan menarik penyertaan pelayar-pelayar ternama mungkin suatu yang membanggakan.

Namun, kerajaan negeri tentunya tidak mahu sekadar berbangga sedangkan rakyat tempatan hanya memerhati sukan yang agak asing dan mungkin sukar difahami dan dikuasai itu.

Justeru, Terengganu kini menggiatkan usaha untuk melahirkan jaguh-jaguhnya sendiri pada masa depan yang mampu diketengahkan bagi bersaing di persada dunia.

Apatah lagi, di Muara Sungai Terengganu di sebagai lokasi Piala Monsun berlangsung, tempat lokasi di mana tamadun negeri tercipta dengan tradisi pembinaan perayu layar dan kapal dagang.

Melalui Kelab Perbendaharaan Negeri Terengganu (KPNT) dan anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd. (EPIC), inisiatif diambil dengan menganjurkan Klinik Pelayaran Remaja baru-baru ini.

Penganjuran program dua hari ini merupakan kesinambungan daripada program pertama pada Mac tahun lalu yang bertujuan menanamkan minat generasi muda untuk bergiat secara serius dalam sukan ini.

Tahun lalu, 28 pelajar sekolah menengah dari negeri ini telah dilatih untuk mengetahui asas sukan itu dan 28 lagi peserta pada tahun ini menyertai program yang merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat pihak EPIC.

Pengerusi KPNT, Mohd. Huzairil Nizam Ibrahim berkata, klinik itu memberi pendedahan mengenai sukan dan cabaran pelayaran kepada golongan remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Katanya, bertempat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort and Spa, program ini dikendalikan oleh T-Best Events iaitu agensi yang turut menguruskan kejohanan kapal layar Piala Monsun sejak 2005.

"Sama seperti tahun lalu, empat pasukan menyertai klinik ini dan seterusnya menguji kemampuan pasukan dengan Pertandingan Pelayaran Remaja EPIC pada hari keduanya.

"Pasukan pelayar muda ini berpeluang menimba pengalaman dengan berlatih menggunakan perahu layar Foundation 36, iaitu perahu yang sama digunakan oleh pelayar dalam kejohanan kapal layar Piala Monsun," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Empat pasukan yang terlibat adalah Treasury Junior, Permint Junior 1, Permint Junior 2 dan pasukan dari Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Chendering.

Tambah Mohd. Huzairil, peserta didedahkan dengan aspek asas tentang sukan layar yang merangkumi isu keselamatan dan format pertandingan serta pelbagai jenis perlumbaan dalam lapan sesi program.


Kesemua peserta remaja yang menyertai Klinik Pelayaran Remaja EPIC di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


Katanya, selain penerangan berbentuk teori di dalam kelas, peserta turut dibawa ke marina bagi menerangkan sebahagian daripada jenis-jenis kapal yang diguna untuk kejohanan dan fungsi setiap posisi awak dalam perlumbaan.

"Para peserta akan diajar aspek teknikal, peraturan perlawanan, taktik dan strategi sebelum empat pasukan itu bersaing di antara satu sama lain di penghujung program.

"Peserta turut didedahkan dengan cara mengawal keadaan semasa dalam kapal dan aspek pengendalian layar dengan baik," jelasnya.

Apa yang penting, katanya, program itu menekankan aspek keyakinan dalam diri peserta untuk menghadapi segala cabaran secara berkumpulan serta menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam diri masing-masing.

Peserta juga berpeluang untuk belajar secara langsung daripada pelatih yang sememangnya berpengalaman dan telah mencipta nama dalam kejohanan sebelum ini seperti David Mills yang juga Pengurus Kejohanan Piala Monsun.

Turut diberi kepercayaan menjadi 'mentor' pada program ini, Juara Malaysia Match Racing (MMR) 2010, Sean Ong Khong Shing; Juara MMR 2009, Hazwan Hazim Dermawan; Juara MMR 2008, Nurul Ain Md. Isa dan pelajar elite dari pasukan kebangsaan, Nik Ashraf Qaedi.

Sementara itu, Pengarah Urusan EPIC, Ramli Shahul Hameed dalam ucapan penutup program itu berkata, pendedahan tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada anak tempatan menunjukkan bakat yang sebelum ini tidak pernah digilap.

Katanya, pihak penaja berharap lebih ramai jaguh mampu dilahirkan walaupun sekarang sudah mempunyai beberapa anak tempatan yang terlibat sepenuhnya dalam sukan ini.

"Sokongan kerajaan dan pihak swasta menjadi kunci kepada usaha memartabatkan sukan ini serta peluang yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk sesi latihan sama ada hujung minggu atau setiap kali cuti persekolahan.

"Sekurang-kurangnya mereka mempunyai satu pengalaman pembelajaran yang baru selain daripada tumpuan dalam bidang akademik," katanya.

Dalam pada itu, David Mills juga mahu memperbetulkan persepsi masyarakat yang menganggap sukan perahu layar sebagai sukan mahal.

Pada masa kini, katanya, peluang lebih terbuka dengan segala kelengkapan dan kemudahan yang sudah disediakan oleh kerajaan serta sokongan kuat daripada syarikat korporat.

"Mereka yang berminat serta mempunyai kesungguhan tidak perlu membeli sebuah kapal, tetapi cukup sekadar dengan baju keselamatan dan sepasang sarung tangan," katanya.

Beliau sempat mengingatkan, ciri-ciri juara dalam sukan itu adalah keupayaan melakukan banyak perkara pada satu masa dan kebolehan membuat keputusan dengan pantas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MDS turun sewa kedai 30 peratus

Posted:

MDS turun sewa kedai 30 peratus

MDS turun sewa kedai 30 peratus

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com.my

SETIU 17 Mac - Majlis Daerah Setiu (MDS) bersetuju menurunkan kadar sewa hampir 30 peratus terhadap para peniaga di Perkedaian Buluh Perindu dekat sini bermula bulan ini.

Kadar baru sewa kedai bagi kawasan itu ialah RM500 sebulan berbanding RM650 sebelum ini untuk lot kedai aras bawah, manakala tingkat atas pula diturunkan kepada RM300 berbanding RM500 sebulan.

Yang Dipertua MDS, Ishamudin Hashim memberitahu, pihaknya mengambil langkah sedemikian setelah mengambil kira kepentingan semua pihak untuk tidak membebankan para peniaga terlibat.

Menurutnya, bayaran sewa yang ditawarkan oleh MDS sebelum ini dikatakan agak tinggi sehingga mendorong para pekedai di premis tersebut mengemukakan rayuan.

"Menyedari masalah itu, MDS bersetuju menurunkan sewa bulanan 30 peratus supaya ia tidak membebankan. Kita harap mereka (peniaga) tak ada masalah untuk membayar sewa dengan kadar sewa baru ini.

"Walaupun sewa baru ini dianggap terendah berbanding daerah lain di negeri ini kerana ia terletak dalam lokasi Perkedaian Buluh Perindu dalam bandar ini, demi kepentingan kedua pihak (MDS dan peniaga), maka kita akur," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada Karnival Sehari Bandar Permaisuri dan Perasmian Perkedaian Buluh Perindu MDS di sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Abdul Halim Jusoh. Hadir sama ialah Pegawai Daerah Setiu, Mohamad Nor Ibrahim.

Sempena program itu, pihaknya menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan artis dari Kumpulan Iklim, Saleem selain pertandingan karaoke terbuka, dikir barat, street soccer dan gerai pameran yang disertai agensi kerajaan serta swasta.

Ishamudin berkata, Perkedaian Buluh Perindu yang mengandungi 32 unit termasuk taman permainan kanak-kanak telah siap Ogos tahun lalu dan ia menelan kos RM3.3 juta.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 24 unit kedai menjual pelbagai barangan manakala lapan unit lagi menempatkan pejabat beberapa agensi kerajaan di daerah itu.

"Semua peniaga terlibat di situ telah menjalankan perniagaan masing-masing sejak awal tahun ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kampung Seri Kenangan JKKK Terbaik Setiu

Posted:

Kampung Seri Kenangan JKKK Terbaik Setiu

Kampung Seri Kenangan JKKK Terbaik Setiu


Muhammad Nor Ibrahim (berbaju batik) menyerahkan replika cek kepada Mohammad Saad (empat dari kiri) pada Pertandingan Kebersihan Kampung Daerah Setiu 2010 di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Setiu, kelmarin.


SETIU 17 Mac -Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Seri Kenangan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 apabila dinobatkan sebagai JKKK Terbaik Daerah Setiu 2010, semalam.

Selain memenangi kategori itu, JKKK tersebut turut menjuarai dua kategori iaitu JKKK Terbaik DUN Langkap dengan meraih wang tunai RM2,000 dan kategori Kebersihan Kampung Luar Kawasan Operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekali gus membolot hadiah RM1,500.

Dalam pertandingan Kebersihan Kampung Daerah Setiu, JKKK Gong Batu dari DUN Permaisuri pula diisytiharkan Kampung Paling Bersih di daerah ini dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Selain itu, JKKK berkenaan yang dikenali sebagai perkampungan Laguna Setiu turut menjuarai kategori JKKK Terbaik DUN Permaisuri yang meraih RM2,000 dan Kebersihan Kampung Dalam Kawasan Operasi (PBT) dengan hadiah RM1,500.

JKKK Guntung Luar pula mendapat tempat kedua (RM1,000) dan ketiga ialah JKKK Rhu Sepuluh (RM800) untuk kategori Kebersihan Kampung Dalam Kawasan Operasi PBT.

Bagi kategori Kebersihan Kampung Luar Kawasan Operasi PBT itu, naib johan dimenangi oleh JKKK Langkap (RM1,000) dan JKKK Bahagia (RM800).

JKKK Rhu Sepuluh juga turut mendapat RM1,500 selepas menduduki tempat kedua manakala tempat ketiga disandang oleh JKKK Guntung Luar (RM1,000) bagi kategori JKKK terbaik DUN Permaisuri.

Di samping membawa pulang hadiah wang tunai, semua pemenang dalam pertandingan anjuran Pejabat Daerah Setiu (PDS) itu turut menerima sijil penghargaan, surat rasmi dan baju T yang disampaikan oleh Pegawai PDS, Mohamad Nor Ibrahim.

Sementara itu, Penolong Kanan Pegawai Daerah, Mohamad Ridwan Mohd. Nor berkata, 20 JKKK daripada 78 JKKK di daerah Setiu menyertai pertandingan itu yang terbahagi kepada enam kategori sepanjang tahun lepas.

Menurutnya, para hakim yang terlibat dengan penilaian program itu ialah pegawai dari Majlis Daerah Setiu (MDS), Jabatan Pertanian Daerah, Jabatan Veterinar Daerah, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Kesihatan Daerah.

"Bagi kategori JKKK Terbaik Daerah Setiu, ia baru diadakan tahun lalu manakala kategori lain telah dianjurkan sejak 2005.

"JKKK Terbaik dinilai melalui pelbagai aktiviti, termasuk mesyuarat bulanan JKKK, keceriaan kampung, kepimpinan, kemajuan masa lampau dan penyediaan profil kampung," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut di Dewan PDD dekat sini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Rohaizat Abd. Ani dan Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah, Saari Mustaffa serta Ketua Penolong Pentadbir Tanah Daerah, Marzuki Endut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 17 Mar 2011 11:39 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Kapal alatan senjata ditahan

Posted:

Kapal alatan senjata ditahan

Kapal alatan senjata ditahan

Oleh AZIAN AZIZ, ANGELINA SINYANG dan MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my


ISMAIL Omar melihat Duta Jepun, Masahiko Horie (tengah) mencuba peralatan keselamatan pada majlis penyerahan Geran Bantuan Kerajaan Jepun kepada PDRM di Pulau Indah, semalam.


PELABUHAN KLANG 17 Mac – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan polis menahan sebuah kapal dan merampas dua kontena yang memuatkan peralatan membuat senjata pemusnah di Pelabuhan Utara pada 8 Mac lalu.

Menurut Ismail, kedua-dua kontena itu diperiksa oleh sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenainya sebaik sahaja kapal itu transit di Pelabuhan Utara.

Menurut beliau, selagi isi kandungan kontena itu tidak diketahui, pihaknya tidak akan membuat sebarang kenyataan dan meminta tiada pihak membuat spekulasi mengenainya.

Bagaimanapun, katanya, apa yang diketahui oleh polis setakat ini adalah peralatan tersebut berbentuk seperti dandang (boiler) atau mesin pengadun.

"Kedua-dua kontena itu dikatakan dibawa dari China oleh sebuah kapal dagang dan ketika ditahan, ia dalam perjalanan ke Iran.

"Kita telah minta bantuan pihak Interpol untuk mengesahkannya," kata beliau kepada pemberita selepas majlis penyerahan Geran Bantuan Kerajaan Jepun kepada PDRM di Pangkalan Marin Pelabuhan Klang di Pelabuhan Barat, Pulau Indah di sini hari ini.

Sebuah akhbar tabloid percuma berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, PDRM telah merampas dua kontena mengandungi peralatan dipercayai digunakan untuk membina senjata pemusnah termasuk peledak nuklear dari sebuah kapal dagang di Pelabuhan Klang kira-kira 10 hari lalu.

Menurut laporan itu, kedua-dua kontena tersebut dirampas selepas didapati membawa peralatan yang disyaki berbahaya.

Ismail berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan apa sebenarnya peralatan yang berada di dalam kontena tersebut kerana masih menunggu laporan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

Kata beliau, pihaknya juga masih belum mengenal pasti siapa pemilik kontena tersebut dan pembelinya.

"Yang penting keadaan memang terkawal dan kita juga telah mengambil tindakan dengan menahan kapal tersebut mengikut Akta Perdagangan Strategik," kata beliau.

Sementara itu, Ismail dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini mengesahkan, PDRM telah menerima satu laporan polis berhubung rampasan barangan terbabit yang dibuat oleh pegawai dari pejabat Pengawal Perdagangan Strategik Malaysia pada 8 Mac lalu.

Menurutnya, barang-barang itu dirampas dari Kapal Bunga 1 iaitu sebuah kapal kepunyaan syarikat MISC yang telah berlabuh di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada hari sama.

"Barang-barang yang dirampas adalah dua kontena dipercayai mengandungi barang-barang strategik yang memerlukan permit untuk dieksport atau dibawa untuk transit seperti mana kehendak Akta Perdagangan Strategik Akta 2010 (Akta Perdagangan Strategik).

"Siasatan sedang dijalankan oleh PDRM di bawah Seksyen 9(2) Akta Perdagangan Strategik Akta 2010," katanya.

Ismail juga mengesahkan tiada tangkapan dibuat setakat ini tetapi sudah merekodkan keterangan 34 saksi untuk membantu siasatan.

Hishammuddin pula ketika bercakap di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur berkata, kerajaan memberi perhatian serius terhadap perkara itu kerana menyedari penyeludupan peralatan itu boleh mengancam keselamatan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lima suspek didakwa menipu

Posted:

Lima suspek didakwa menipu

Lima suspek didakwa menipu

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my


MOHD. Shukri Dahalan menunjukkan kepala surat dan dokumen mengenai kes penipuan dalam pembelian tanah pada sidang akhbar di Ipoh, Perak, semalam. - Utusan/Roy Azis Abd Aziz


IPOH 17 Mac - Seorang pesara pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) adalah antara lima suspek yang ditahan kerana terlibat dalam kes penipuan pembelian tanah seluas 9.7 hektar di Bidor dengan menyamar sebagai pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG), baru-baru ini

Selain pesara itu, empat lagi yang ditahan adalah dua bekas kakitangan dan seorang pembantu am di PTG Ipoh serta seorang broker tanah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, kesemua mereka berusia antara 28 hingga 56 tahun ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang peniaga besi buruk yang terpedaya dengan penyamaran kumpulan itu.

Menurutnya, suspek menyamar sebagai pegawai di PTG dan menawarkan bantuan memohon tanah di negeri itu kepada peniaga tersebut.

Katanya, suspek kemudian meyakinkan mangsa bahawa permohonan untuk tanah yang dimohon telah diluluskan dengan menyerahkan beberapa dokumen kelulusan daripada PTG.

"Penipuan itu terbongkar apabila mangsa membuat semakan di PTG dan mendapati tiada permohonan tanah diluluskan di bawah namanya manakala dokumen-dokumen yang diserahkan suspek adalah palsu.

"Ekoran itu, mangsa yang mengalami kerugian sebanyak RM24,000 telah membuat laporan polis dan kesemua suspek berjaya ditangkap di sekitar Ipoh dan Tapah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Shukri berkata, semasa tangkapan tersebut, polis merampas sembilan cop PTG palsu, 45 keping kepala surat PTG, 20 helai dokumen PTG palsu dan 13 resit rasmi bayaran premium PTG palsu.

Selain itu katanya, turut dirampas 4 keping salinan pelan tanah dan sebuah komputer riba yang disyaki digunakan untuk menghasilkan dokumen palsu tersebut.

"Siasatan mendapati kumpulan tersebut telah memalsukan surat kelulusan permohonan tanah dengan menggunakan kepala surat PTG Ipoh serta meniru tandatangan pegawai yang berkuasa meluluskan permohonan.

"Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan hasil semakan polis mendapati tiada rekod kesalahan lama membabitkan mereka," katanya.

Menurutnya, pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa-mangsa atau suspek lain yang terlibat dalam kes penipuan itu.

Mohd. Shukri turut menasihatkan orang ramai supaya tampil membuat laporan polis sekiranya terdapat keraguan berhubung transaksi pembelian tanah dan memeriksa di PTG mengenai kesahihan sesuatu dokumen pembelian.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya sedang memburu seorang wanita dan seorang lelaki yang dikenal pasti terlibat dalam penipuan membabitkan penggunaan nama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

"Kita telah mengenal pasti kedua-dua suspek yang terlibat dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

Pada 7 Februari lalu, Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Datuk Azhar Ahmad membuat dua laporan polis selepas menerima dua surat menggunakan kepala surat Menteri Besar dan mempunyai tanda tangannya berhubung kelulusan tanah pertanian di dua lokasi oleh kerajaan negeri.

Surat pertama membabitkan kelulusan tanah pertanian seluas kira-kira 324 hektar di Mukim Kenering manakala surat kedua dengan menggunakan modus operandi sama membabitkan kelulusan tanah seluas kira-kira 400 hektar di Mukim Pengkalan Hulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 17 Mar 2011 11:19 PM PDT

Berita Harian: Nasional


Dewan lulus usul takziah kepada Jepun

Posted: 17 Mar 2011 02:40 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan usul mengucapkan takziah dan dan menzahirkan simpati yang sangat mendalam kepada kerajaan Jepun dan mangsa tragedi gempa bumi serta tsunami di timur laut Jepun pada 11 Mac lalu.

PM bangga Cypark berjaya urus taman tenaga diperbaharui

Posted: 17 Mar 2011 02:39 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SEREMBAN: Perdana Menteri menyifatkan kejayaan syarikat Bumiputera, Cypark Resources Bhd (Cypark), mengubah pusat pelupusan sampah di Pajam dekat sini daripada kawasan berbau busuk dan kotor menjadi bukit hijau, sebagai kejayaan membanggakan.

Utusan Online - Politik

Posted: 17 Mar 2011 11:11 PM PDT

Utusan Online - Politik


Kemelut PKR-Snap bukti 'pakatan tikam belakang'

Posted:

Kemelut PKR-Snap bukti 'pakatan tikam belakang'

Kemelut PKR-Snap bukti 'pakatan tikam belakang'


SHAFIE Apdal bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Juzilman Basir (dua dari kiri) meninjau tapak semaian kelapa sawit pada Majlis Perasmian Projek Agropolitan di Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak, semalam.


BATANG LUPAR 17 Mac - Sengketa antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak membuktikan bahawa perjuangan parti pembangkang bukannya berlandaskan kepentingan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd, Shafie Apdal secara sinis berkata, pakatan yang kononnya berjaya dibentuk oleh pembangkang untuk memperjuangkan kepentingan rakyat hanyalah satu 'pakatan tikam belakang'.

Katanya, PKR sendiri telah mengesahkan perkara itu apabila bukan sahaja 'menikam' rakan sekutu mereka bahkan turut melakukan perkara yang sama terhadap pemimpin sendiri.

"Itu sebab ramai yang sudah keluar, N. Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai) dan ahli-ahli parlimen yang lain juga telah keluar.

"Lihatlah, sebelum pilihan raya sudah bergaduh antara komponen, kononnya berlandaskan pakatan rakyat, ini bukan pakatan rakyat tetapi pakatan tikam belakang, di depan lain dan di belakang mereka melakukan yang sebaliknya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Projek Agropolitan Batang Lupar yang dibangunkan oleh Felcra Berhad di sini hari ini.

Projek Agropolitan Batang Lupar merangkumi pembinaan 126 buah rumah untuk penduduk miskin tegar dari Pulau Seduku dan kawasan persekitaran serta pembukaan ladang sawit seluas 1,600 hektar.

Selasa lalu, Presiden Snap, Edwin Dundang berkata, parti itu tidak menolak kemungkinan meninggalkan pakatan pembangkang di negeri ini selain mengumumkan bertanding di lebih 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara bersendirian.

Beliau menyifatkan PKR sebagai bongkak apabila mahu bertanding di 52 kerusi DUN dan hanya memberikan tiga kerusi sahaja kepada Snap yang hampir 50 tahun bertapak di negeri ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Shafie berkata, apa yang berlaku antara PKR dan Snap bukannya mengejutkan sambil mengingatkan rakyat negeri ini bahawa kerjasama antara parti pembangkang tidak akan berkekalan.

Beliau berkata, rakyat juga tidak sepatutnya tertipu dengan janji pembangkang untuk menyelesaikan isu tanah hak adat bumiputera (NCR) yang akan ditimbulkan setiap kali pilihan raya berlangsung di negeri ini.

"Sedangkan di Kelantan masalah tanah lebih jelas, geran tanah orang Asli tidak diberikan,

"Di sini (Agropolitan Batang Lupar), kita bukan sahaja beri tanah bahkan turut membina rumah untuk orang-orang kampung," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membidas Snap yang mendakwa mereka mempunyai kemampuan untuk memperjuangkan masyarakat di luar bandar sedangkan sewaktu berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu, mereka tidak melakukan apa-apa.

"Bila datang pilihan raya, mereka janji macam-macam, bukan hanya projek dan tanah bahkan turut menjanjikan syurga," katanya sinis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tony pernah ditahan di Singapura

Posted:

Tony pernah ditahan di Singapura

Tony pernah ditahan di Singapura

Oleh raja syahrir abu bakar
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Mac - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua didakwa pernah ditahan dan dibicarakan di mahkamah Singapura menyebabkan beliau tidak layak untuk menjadi ahli Parlimen di republik itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain itu, Ahli Parlimen DAP itu juga pernah bersekolah di negara jiran tersebut di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, fakta itu mungkin diketahui oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sehingga menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua wakil rakyat tersebut pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Mungkin Bung (Moktar) tahu dia (Tony) belajar di Singapura dari sekolah rendah sehingga peringkat tinggi.

"Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai kemarahan Tony terhadap Bung Moktar apabila digelar sebagai ejen Singapura oleh wakil rakyat Kinabatangan itu.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menyokong kenyataan Bung Moktar tersebut dan meminta supaya Tony menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat memandangkan Bung Moktar melontarkan 'sindiran' itu di tempat sama.

Sementara itu, Tony ketika dihubungi hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad Zahid tersebut yang disifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat besar, saya tidak pernah ditangkap seumur hidup saya kecuali di Malaysia," ujarnya.

Selain itu, Tony menafikan beliau pernah bersekolah rendah di Singapura tetapi mengakui pernah melanjutkan persekolahannya di peringkat menengah di republik tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 17 Mar 2011 11:08 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Loji nulear di Lingkaran Api Pasifik

Posted:

Loji nulear di Lingkaran Api Pasifik

Loji nulear di Lingkaran Api Pasifik

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my



WALAUPUN pernah melalui detik hitam yang menyaksikan Hiroshima dan Nagasaki musnah bak padang jarak padang tekukur dek bom atom, namun ia bukan menjadi titik noktah untuk menghentikan Jepun daripada membangun teknologi nuklear di negara itu.

Bukan mahu pisang berbuah dua kali lantaran mengetahui risiko yang bakal diterima sebaliknya, negara Matahari Terbit itu menjadikan sumber tenaga nuklear sebagai platform untuk membangunkan tanah air mereka.

Malah, walaupun menyedari duduk letaknya negara mereka dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik yang cenderung dilanda gempa bumi, namun ia bukan penghalang untuk mereka memanfaatkan khazanah uranium itu sebaik mungkin.

Hingga kini, Jepun sudah memiliki 55 loji nuklear sekali gus antara yang terbanyak di dunia. Sebanyak 10 buah syarikat diberi mandat untuk mengendalikan loji tersebut antaranya Tokyo Electric Power Company (TEPCO), Kyushu Electric Power Company (Kyushu Electric), Chubu Electric Power Company (Chubu Electric) dan Tohoku Electric Power Company (Tohoku Electric).

Sumber tenaga elektrik

Menurut Persekutuan Syarikat Tenaga Elektrik Jepun (FEPC), kesemua loji tersebut mampu menawarkan output total penggunaan tenaga elektrik sebanyak 49,467 megawatt (MW).

"Walaupun menyedari bahaya tenaga nuklear, sumber itu tetap menjadi pilihan utama bagi membekalkan jumlah tenaga yang besar dan murah untuk jangka masa panjang. Sehingga kini, loji-loji nuklear di Jepun dapat membekalkan 30 peratus keperluan elektrik negara," kata Pengerusi FEPC, Tsunehisa Katsumata.


GEMPA bumi dan tsunami yang melanda pantai timur Jepun menyebabkan kemusnahan harta benda yang teruk.


Mengimbau sejarah nuklear di negara itu, ia memulakan penyelidikan dalam program tenaga nuklear pada tahun 1954 berbekalkan peruntukan sebanyak 230 juta yen (RM8.69 bilion).

Undang-undang Asas Tenaga Atom dunia secara tegas mengehadkan penggunaan teknologi nuklear hanya bagi tujuan kebaikan sejak tahun 1955.

Undang-undang itu bertujuan untuk memastikan tiga prinsipal kaedah demokrasi, pengurusan yang bebas dan telus merupakan asas kepada aktiviti penyelidikan nuklear di samping kerjasama di peringkat antarabangsa.

Jepun mula mengimport reaktor kuasa nuklear pertamanya dari UK, Tokai-1 iaitu reaktor sistem penyejukan (Magnox) yang dibangunkan oleh GEC dengan kapasiti 160 megawatt. Ia mula beroperasi pada Julai 1966 sehingga Mac 1998.

Kejayaan itu menjadi pencetus kepada pembinaan lebih banyak loji nuklear baru di Jepun yang sehingga kini mencecah angka 55.

Bagaimanapun, keghairahan Jepun terhadap teknologi nuklear direntap baru-baru ini apabila gempa bumi berukuran 9 magnitud yang melanda negara tersebut menyebabkan siri letupan di loji nuklear Fukushima Daiichi.

Bencana tsunami yang mengorban lebih 10,000 nyawa itu menyaksikan berlaku kebocoran pada loji tersebut sehingga wap radiasi dibimbangi boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa 128 juta orang di negara Matahari Terbit.

Ketua Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Andre-Claude Lacoste berkata, berdasarkan perbandingan skala krisis nuklear antarabangsa, tragedi di Fukushima dianggap lebih teruk daripada Three Mile Island, namun tidak seburuk kejadian di letupan di Chernobyl.

"Kami dapat merasakan bahawa sekurang-kurangnya ia berada pada Tahap Lima dan berkemungkinan mencecah Tahap Enam. Saya mengatakan demikian selepas bercakap dengan rakan seangkatan dari Jepun," jelas Lacoste kepada AFP.


GAMBAR fail menunjukkan insiden siri letupan di loji nuklear Fukushima Daiichi milik TEPCO akibat daripada gempa bumi baru-baru ini.


Bagaimanapun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengeluarkan maklumat rasmi bahawa kejadian kebocoran loji nuklear di Jepun itu diklasifikasikan sebagai Tahap Empat mengikut Skala Kejadian Radiologi Nuklear Antarabangsa iaitu berkisar di kawasan itu sahaja.

Berdasarkan rekod, kejadian letupan di Chernobyl, Ukraine (1986) berada pada Tahap Tujuh apabila mengorbankan 32 orang anggota bomba serta hampir 9,000 nyawa akibat impak ke atas kesihatan selepas letupan berlaku.

Kagum dengan rakyat Jepun

Sementara itu, pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Perisian dari Universiti Hosei di daerah Kanto, kira-kira 20 kilometer dari Tokyo berkongsi pengalaman melalui saat-saat sukar akibat tragedi berkenaan.

Melalui laman sembang Yahoo Messenger, Fauziah Zainuddin, 36, memberitahu Kosmo!, pihak berkuasa Jepun terpaksa membuat catuan elektrik bagi menjimatkan penggunaan tenaga di seluruh negara.

"Apabila bekalan elektrik terputus, berkemungkinan besar air juga tiada. Itu yang merisaukan kami sekeluarga. Apatah lagi saya mempunyai anak kembar yang baru berusia setahun lebih.

"Cuma, terus-terang saya kagum melihat sikap rakyat Jepun dalam berhadapan bencana sebegini. Mereka sangat berdisiplin dan tenang menghadapinya. Malah, tidak membezakan antara rakyat asing atau penduduk tempatan dalam menghulurkan bantuan," jelas Fauziah yang belajar di Jepun sejak September 2009.

Kembali bangkit


JEPUN diyakini mampu untuk kembali bangkit dan meneruskan kehidupan selepas mengalami bencana alam yang meragut ribuan nyawa dan merosakkan infrastruktur negara itu.


Dalam pada itu, di sebalik kemusnahan besar yang dialami Jepun akibat bencana alam sedemikian, mereka diyakini mampu untuk kembali bangkit dan meneruskan survival kehidupan pada masa akan datang.

Mengulas perkara itu, Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Infrastruktur, Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin berkata, ia bergantung kepada kemampuan sesebuah negara dan bantuan antarabangsa.

"Berdasarkan pengalaman mereka, negara Jepun tidak akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

"Teknologi dan kepakaran yang dimiliki secara tidak langsung akan dapat membangunkan semula ekonomi negara dalam tempoh kurang daripada lima tahun," ujar Roslan sambil menambah bahawa bencana itu juga akan menyebabkan berlakunya perubahan ke atas rupa bentuk muka bumi di kawasan yang terlibat secara khusus dan perubahan peta dunia amnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 17 Mar 2011 07:24 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Teoh Beng Hock rakan subahat?

Posted:

Teoh Beng Hock rakan subahat?

Teoh Beng Hock rakan subahat?

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


Hairul Ilham Hamzah hadir sebagai saksi pada perbicaraan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock di Kompleks Mahkamah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Mac - Empat dokumen sebut harga dan invois oleh empat syarikat berbeza bagi kerja-kerja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan yang dijumpai di dalam komputer riba milik Teoh Beng Hock disyaki disediakan sendiri oleh Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Ketua Unit Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Hairul Ilham Hamzah berkata, anggapan itu dibuat kerana terdapat kesilapan ejaan pada perkataan yang sama dalam tiga dokumen selain tiada tandatangan pemilik empat syarikat berkenaan.

Jelas beliau, dokumen daripada syarikat MKMN Enterprise, MA Bina Melur Enterprise, Fizami Construction dan Aris Enterprise juga disyaki hanya draf kerana ia tidak lengkap dan terdapat kekosongan di ruangan kuantiti, harga serta nombor-nombor item yang melangkau.

''Empat draf tersebut disyaki dibuat oleh orang yang sama dan pada masa itu kita syak Beng Hock yang membuat dokumen itu kerana ia dijumpai dalam komputer ribanya.

''Semasa ditemubual pada malam itu, Beng Hock memberitahu empat dokumen dimuat turun daripada e-melnya. Bagaimanapun apabila disemak oleh seorang pegawai, dokumen-dokumen itu tiada dalam e-melnya,'' jelas beliau.

Menurut Hairul Ilham, siasatan juga mendapati pemilik syarikat-syarikat tersebut menafikan mereka menjalankan kerja-kerja sebagaimana yang terdapat dalam dokumen sebut harga dan invois itu.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menjelaskan tentang kaitan keempat-empat syarikat terbabit dengan Beng Hock dan perlu merujuk kepada kenyataan yang dirakamkan daripada pemilik-pemilik syarikat itu.

Semasa ditanya berkali-kali oleh ahli-ahli suruhanjaya, beliau mengaku tujuan Beng Hock ditemubual adalah untuk menjadikan lelaki itu sebagai saksi terhadap Ahli DUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang merupakan suspek dalam siasatan kes penyelewengan peruntukan wakil rakyat itu.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan peguam Cheow Wee bahawa Beng Hock turut disyaki bersubahat dalam kes tersebut selain siasatan mendapati kedua-duanya kemungkinan adalah rakan subahat.

Bagaimanapun semasa disoal oleh peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Hairul Ilham menegaskan bahawa Beng Hock ditemubual pada malam 15 Julai 2009 sebagai saksi berkepentingan.

''Saksi berkepentingan tidak semestinya terlibat tetapi ketuanya yang menjadi suspek dan dia melakukan sesuatu perbuatan atas arahan ketuanya atau dia mendapat habuan daripadanya.

''Saksi berkepentingan boleh jadi saksi bersubahat. Tetapi Beng Hock adalah saksi berkepentingan dan keterangannya perlu segera diambil kerana kita tidak mahu saksi beri keterangan tokok tambah, mendapat tunjuk ajar atau mereka-reka keterangan,'' katanya.

Menceritakan bagaimana siasatan bermula, jelas Hairul Ilham, ia dibuat berdasarkan maklumat bahawa terdapat penyalahgunaan wang peruntukan di kalangan ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat di Selangor.

Berdasarkan pengalaman menyiasat dua ahli DUN Barisan Nasional pada tahun 2008, siasatan dibuat dengan memberi tumpuan kepada program-program yang dijalankan dengan menyemak dokumen-dokumen berkaitan tuntutan, sebut harga serta pengesahan kerja.

''Modus operandi biasanya sama iaitu pembekalan dibuat oleh syarikat kroni dengan kontraktor asal dalam tuntutan disahkan, namun mereka tidak lakukan kerja tersebut, sebaliknya ia dilakukan oleh syarikat lain.

''Apabila semak empat fail dari Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, terdapat empat program yang mencurigakan di DUN Seri Kembangan dan 10 program di DUN Kampung Tunku. Ia berdasarkan semakan awal,'' ujar beliau.

Ditanya tentang cadangan bagi mengatasi masalah diari siasatan yang bergantung kepada komputer, Hairul Ilham berkata, buku poket serta telefon pintar seperti BlackBerry dan IPhone sesuai dibekalkan kepada semua pegawai penyiasat SPRM.

Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini akan bersambung Isnin ini.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam.

Mahkamah Koroner pada 5 Januari lalu memutuskan hasil inkues menyiasat kematian lelaki itu sebagai keputusan terbuka (open verdict).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkamah tolak tuntutan

Posted:

Mahkamah tolak tuntutan <i>Malaysiakini</i>

Mahkamah tolak tuntutan Malaysiakini

Oleh AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kes saman fitnah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud terhadap portal berita propembangkang Malaysiakini akan diteruskan dengan perbicaraan penuh setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penerbit portal berita di Internet itu untuk membatalkan tuntutan tersebut.

Hakim Datuk John Louis O'Hara memutuskan demikian setelah mendapati bahawa hujah yang dikemukakan oleh Mkini Dotcom Sdn. Bhd. (Mkini Dotcom) bahawa Abdul Taib tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan saman itu adalah tidak berasas selain ia bukan menyalahgunakan proses mahkamah.

Dengan keputusan itu, beliau memerintahkan Mkini Dotcom membayar kos RM10,000 kepada Abdul Taib.

Bagaimanapun tiada tarikh bicara atau pengurusan kes ditetapkan oleh hakim tersebut hari ini.

Pada prosiding tersebut, Mkini Dotcom diwakili oleh peguam, K. Shanmuga manakala Yee Mei Ken mewakili Abdul Taib.

Pada 2007, Abdul Taib memfailkan saman berkenaan setelah portal berita secara dalam talian itu menyiarkan 12 artikel dari 6 April hingga 3 Mei 2007, yang didakwa mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Taib menamakan Mkini Dotcom dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Gan Diong Keng atau dikenali dengan nama Steven Gan, sebagai defendan.

Beliau mendakwa, artikel berkenaan berbaur fitnah apabila mengaitkan beliau dengan pengumpulan wang secara tidak sah berjumlah RM32 juta melalui kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang berhubung perniagaan balak di Sarawak dan boleh didakwa kerana melakukan jenayah.

Abdul Taib berkata, beliau telah meminta peguamnya mengeluarkan surat tuntutan kepada defendan, tetapi mereka gagal berbuat demikian dan enggan memenuhi syarat surat berkenaan.

Beliau menuntut ganti rugi umum dan teruk, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaan, defendan berkata, perkataan yang terkandung dalam artikel berkenaan disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Defendan berkata, plaintif telah memperaku penerbitan artikel berkenaan dengan menyebut semula perkataan dan perkara yang menjadi sungutan itu dengan membuat kenyataan secara peribadi kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 14 Mei 2007.

Mereka mendakwa, pernyataan peribadi beliau itu kemudiannya disiarkan secara penuh oleh akhbar yang mempunyai liputan meluas di Sarawak, The Borneo Post pada 15 Mei 2007.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 17 Mar 2011 07:23 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Loteri: K'tan arah penasihat perundangan buat tafsiran

Posted: 17 Mar 2011 06:52 PM PDT

Kelantan sedia mengkaji semula larangan penjualan tiket loterinya bersandarkan tafsiran penasihat undang-undang negeri mengenai isu itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, lapor TV Selangor.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, semalam - menteri besar itu berkata tafsiran penasihat undang-undang negeri amat penting kerana isu itu turut membabitkan enakmen kerajaan persekutuan.

NONENik Aziz sebelum itu menemui rombongan Pakatan Rakyat bagi membincangkan larangan penjualan tiket loteri di negeri itu yang menjadi modal politik terbaru MCA dan rakan parti komponen BN.

Pengeluaran tiket loteri dan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan Umno-BN sungguhpun penjualannya adalah tertakluk kepada undang-undangan pihak berkuasa tempatan.

Nik Aziz mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Liew Chin Tong, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty dan Setiausaha Agong PAS Datuk Mustapa Ali.

Keputusan berimbang

Mustapa ketika dihubungi berkata, penasihat undang-undang negeri telah ditugaskan untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung larangan penjualan tiket loteri di negeri berkenaan.

"Selama ini ia tidak mendatangkan sebarang masalah. Yang menjadi pertikaian hanya kerana big sweep itu yang dikatakan tidak memerlukan premis. Jadi oleh itu, kita akan serahkan kepada pihak yang berkenaan untuk mengkaji hal itu," katanya.

NONEMengulas keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu, Dr Mohd Nur pula berkata, kerajaan negeri Kelantan membuat keputusan yang berimbang untuk memenuhi tuntutan agama Islam dan keperluan penganut lain di negara ini.

"Nampaknya kenyataan itu adalah keputusan yang berimbangan dan tidak mendatangkan masalah kepada orang bukan Islam," katanya.

Dalam kenyataan media yang dibacakan oleh setiausaha akhbarnya, Nik Aziz turut melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan persekutuan kerana masih menghalalkan perjudian secara terbuka yang memberi kesan buruk kepada rakyat Islam dan bukan Islam.

Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan negeri mengambil pendirian terbuka terhadap sebarang cadangan dan saranan bersabit larangan penjualan tiket loteri di premis tidak belesen

Dasar haramkan judi

Ahmad Fadhli berkata, umumnya dasar mengharamkan perjudian yang dipelopori oleh kerajaan negeri Kelantan tidak berubah sejak dilaksanakan lebih 20 tahun lalu.

gambling gamble 220207"Cuma yang menjadi masalah ialah loteri-loteri yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual. Jadi kita akan serahkan pada penasihat undang-undang untuk membuat tafsiran. Kita tidak mengubah dasar (tetapi) isu ini perlu dilihat dari dari sudut undang-undang.

"Jadi soal loteri big sweep yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual, Kerajaan Kelantan bersedia nak menyerahkan pada penasihat undang-undang untuk membuat kajian," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri juga bersedia memberi penjelasanan sekiranya diperlukan berhubung isu itu pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, Mustapa berkata tafsiran undang-undang adalah diperlukan untuk memastikan sebarang bentuk larangan tidak bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.

Anthony pula berkata pihak DAP berpuas hati dengan pendirian Nik Aziz untuk merujuk isu berkenaan kepada penasihat undang-undang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam ditahan berhubung kes curi kondom RM850,000

Posted: 17 Mar 2011 04:18 AM PDT

Polis percaya telah menyelesaikan kes kehilangan kondom bernilai RM850,000 yang dilaporkan hilang pada 25 Januari lalu berikutan tertangkapnya enam lelaki dan penemuan semula barangan tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata enam lelaki yang ditahan itu berusia 23 hingga 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori, buruh am dan kerja sambilan.

Mereka ditahan pada 15 Februari lalu di Ipoh, Bidor, Batu Gajah serta di Puchong dan Klang, Selangor.

"Hasil daripada pemeriksaan polis kemudiannya menemui 258 kotak berisi kondom di sebuah rumah di Puchong dan sebuah gudang di Klang, Selangor yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan tersebut sementara menunggu pembeli," kata Shukri pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiga daripada lelaki berkenaan pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan lampau.

Beliau berkata empat daripada mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis manakala dua lagi masih direman sehingga Sabtu ini.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 407 Kanun Keseksan yang boleh membawa kepada hukuman penjara satu tahun hingga 10 tahun dengan sebatan dan denda, katanya.

Beliau berkata dengan tangkapan serta penemuan barangan tersebut, polis percaya kes tersebut telah selesai.

Shukri berkata kehilangan kondom itu telah dilaporkan oleh pengurus kilang Sagami Manufacturers Sdn Bhd di Estet Perindustrian Bembam, Batu Gajah, Perak pada 26 Januari lalu apabila pihak berkenaan di Jepun menyedari kontena yang berisi kondom yang sepatutnya sampai di sana telah kosong.

Kondom tersebut sepatutnya dihantar melalui Pelabuhan Klang.

Dalam perkembangan lain Shukri berkata lima lelaki berusia 28 hingga 56 tahun ditahan Jumaat lepas kerana terbabit dalam penipuan dengan
menyamar sebagai pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Ipoh untuk menawarkan sebidang tanah kepada seorang peniaga.

Beliau berkata mereka yang ditangkap merupakan Pembantu Am PTG, Ipoh, dua bekas kakitangan PTG, seorang pesara Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak dan seorang broker.

"Kes ini terbongkar apabila seorang peniaga besi buruk dari Tapah telah dihampiri oleh lima lelaki berkenaan dengan menawarkan mangsa sebidang tanah seluas 24 ekar di Bidor pada 1 Mac lepas.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah menyerahkan wang tunai RM24,000 kepada mereka untuk bayaran pendahuluan dan proses permohonan.

"Bagaimanapun apabila membuat semakan di PTG Ipoh, mangsa mendapati permohanan tanah tersebut tidak wujud dan palsu," katanya.

Polis turut merampas beberapa barangan palsu antaranya sembilan keping cop PTG Ipoh, 45 keping kepala surat PTG Ipoh, 20 helai dokumen PTG, 13 helai resit rasmi bayaran premium tanah, empat keping salinan pelan tanah dan sebuah komputer riba dan pencetak yang digunakan untuk menghasilkan dokumen palsu tersebut.

"Mereka akan memalsukan surat kelulusan permohonan tanah dengan menggunakan kepala surat PTG Ipoh serta meniru tandatangan pegawai yang berkuasa meluluskan," kata Shukri.

Kesemua suspek ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawaah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Penipuan) yang boleh dikenakan hukaman penjara satu tahun hingga 10 tahun dengan sebatan dan denda.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 17 Mar 2011 07:17 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Taman Warisan kini terbiar

Posted:

Taman Warisan kini terbiar

Taman Warisan kini terbiar


SELAIN kawasan semakin bersemak samun, longgokan botol minuman tidak dikutip turut mencacatkan pemandangan di Taman Warisan Bukit Istana, Jerantut.


Saudara pengarang,
KETIKA membawa anak-anak bercuti dan menziarahi ibu bapa di sebuah taman perumahan di sini, tergerak hati saya untuk berjoging di Taman Warisan Bukit Istana, Bandar Jerantut.

Kesempatan beriadah petang itu antara hasrat saya menikmati keindahan alam sekitar hutan di Bukit Istana yang juga terletaknya menara pemancar milik Telekom, syarikat televisyen swasta dan beberapa pencawang komunikasi lain di puncak tersebut.

Kawasan itu dinamakan Taman Warisan hasil usaha seorang pegawai daerah di Jerantut seingat saya 17 tahun lalu.

Tujuannya untuk pemuliharaan kayu-kayan, herba, spesies burung, serangga dan sumber hutan lain yang menjadi tarikan pelawat ke bandar Jerantut.

Sebelum meninggalkan bandar ini 15 tahun lalu, keadaan Taman Warisan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Jerantut (MDJ) secara bersistematik termasuk di kiri kanan laluan atau trek joging dan pejalan kaki yang bersih.

Tong sampah juga diletakkan di tempat strategik manakala nama pokok hutan dilabelkan termasuk identiti saintifiknya yang memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada pengunjung di situ.

Begitu juga tempat permainan kanak-kanak dan peralatan senaman di sebuah kawasan rekreasi dijaga dengan baik bahkan mendapat pujian orang ramai serta pelawat pada masa itu.

Tetapi, sangkaan saya untuk melihat suasana seperti 15 tahun lalu meleset. Perkara mengejutkan saya apabila laluan atau trek pejalan kaki dan joging tidak diuruskan dengan baik dan keadaannya semak samun serta banyak pokok yang menjalar.

Begitu juga botol-botol minuman keras dilonggok di tepi laluan pejalan kaki dan tidak dipungut untuk dilupus atau dikitar semula oleh pihak berwajib.

Saya cuba melalui sebuah trek di situ tetapi malangnya apabila melihat sebatang pokok kayu menghempap merentangi laluan sehingga menyukarkan pelawat untuk beriadah.

Tidak ada lagi siulan burung pulang ke sarang pada waktu petang manakala label-label nama pokok terbabit ada yang sudah jatuh ke tanah tanpa diuruskan dengan baik.

Begitu juga, peralatan permainan kanak-kanak dan riadah yang sudah rosak berkemungkinan akibat kegiatan vandalisme atau tanpa diuruskan dengan sempurna.

Saya berharap MDJ dapat mengembalikan Taman Warisan bandar ini seperti sedia kala dengan mengambil kira kepentingan memulihara alam sekitar, kebersihan dan penjenamaan semula pokok termasuk penyelenggaraan peralatan rekreasi.

Menurut rakan-rakan lama yang masih menetap di bandar ini, tiada lagi kawasan untuk berjoging dengan selesa dan damai sementara mereka yang gemar beriadah terpaksa mengalih ke tempat lain.

Saya berharap MDJ memulihkan semula Taman Warisan berkenaan agar kehijauan hutan, kicauan burung dan keceriaan dapat melestarikan alam sekitar berdekatan bandar Jerantut.

Lagipun tempat rekreasi berkenaan merupakan lokasi pertemuan penduduk pelbagai kaum di daerah itu sewaktu beriadah dan berjogging sekali gus melakarkan kemesraan dan menjalinkan perpaduan, menepati aspirasi 1Malaysia.

JOY RAHMAT

Klang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersihkan sampah di Air Terjun Chamang

Posted:

Bersihkan sampah di Air Terjun Chamang

Bersihkan sampah di Air Terjun Chamang


Timbunan sampah dibiarkan berlonggok pada laluan masuk di kawasan Air Terjun Chamang, Bentong.


Saudara Pengarang,
BARU-BARU ini saya bersama keluarga berkelah di pusat rekreasi Air Terjun Chamang, Bentong yang terkenal dengan kehijauan alam semula jadi dan tumpuan ramai bercuti ke situ.

Kehadiran pengunjung yang ramai terutama pada musim cuti persekolahan dan hujung minggu menjadikan pusat rekreasi tersebut tarikan umum.

Namun apa yang dikesalkan ketika melalui laluan masuk ke pusat itu satu pemandangan cukup menyakitkan mata apabila pelbagai jenis sampah termasuk perabot lama dan sisa bahan binaan dibuang di tepi jalan.

Keadaan itu memberi imej buruk kepada pusat itu dan daerah Bentong kerana Air Terjun Chamang cukup dikenali dan dikunjungi oleh pengunjung tempatan serta dari luar negara.

Ada kalangan penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu sering berjoging pada waktu pagi dan petang terpaksa menahan bau busuk di tapak sampah haram tersebut.

Kalangan penduduk tempatan yang ditemui tidak tahu pada waktu bila kawasan tersebut dijadikan tempat pembuangan sampah haram sedangkan sudah mengetahui bahawa kawasan itu adalah pusat rekreasi.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera dalam menjalankan penguatkuasaan supaya masalah itu tidak dibiarkan berlarutan.

Sekurang-kurangnya pihak terbabit yang membuang sampah di situ tidak lagi mengulanginya kerana ia memberi impak negatif kepada kesihatan penduduk dan pengunjung ke situ.

Selain itu, pembersihan perlu dilakukan bagi memastikan kawasan tersebut tidak tercemar dan dijangkiti penyakit berjangkit.

Saya berharap semoga perkara ini diberi perhatian serius kerana tidak mahu tragedi di Lubuk Yu, Maran berulang di pusat rekreasi tersebut.

Ahmad Kamil Cheras

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Haiwan berkeliaran jejaskan laluan ke Taman Negara

Posted:

Haiwan berkeliaran jejaskan laluan ke Taman Negara

Haiwan berkeliaran jejaskan laluan ke Taman Negara


Haiwan ternakan berkeliaran dalam jumlah yang banyak, mengganggu perjalanan pelancong ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.


Saudara pengarang,
SAYA kerap berkunjung ke Taman Negara Kuala Tahan kerana destinasi berkenaan antara satu-satunya pusat pelancongan di Pahang yang memberi keselesaan dan kedamaian kepada keluarga kami.

Sejak lapan tahun lalu, ketika berulang alik setiap bulan, saya memandu di laluan sejauh 82 kilometer (km) dari bandar Jerantut agak selesa dan kenderaan kami serta pelawat lain bergerak lancar tanpa gangguan.

Namun, apa yang mendukacitakan saya ketika berkunjung ke Taman Negara pada bulan lepas, saya terkejut kerana banyak haiwan ternakan berkeliaran sehingga mengganggu pergerakan kenderaan pelancong dari luar.

Senario berkenaan boleh dilihat apabila memandu melalui Felda Padang Piol, Felda Sungai Retang dan Kampung Merting 'terserempak' dengan sekumpulan 10 hingga 40 ekor lembu dilepaskan berkeliaran makan rumput di tepi jalan.

Hal itu memberi impak bahaya terhadap pemandu malah, perlu berhati-hati ketika haiwan berkenaan melintas secara berkumpulan dan tidur di atas jalan pada waktu tertentu.

Kadang-kadang najis haiwan itu juga bertaburan di atas jalan sehingga mengganggu pergerakan kenderaan pada waktu pagi dan mengotorkan 'limousin' pelancong barat dan eksekutif yang singgah di Taman Negara Kuala Tahan.

Usaha penduduk menternak haiwan itu di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran jalan harus dipuji kerana sektor pertanian boleh menampung pendapatan mereka, tetapi perlu diuruskan dengan baik iaitu dibuat kandang tanpa dibiarkan berkeliaran.

Keadaan sebegini boleh mengundang padah terutama membabitkan kemalangan kenderaan dengan haiwan terbabit lebih lagi ketika waktu pagi kerana kabus tebal yang membataskan penglihatan pemandu termasuk penunggang motosikal.

Saya memohon pihak berwajib memantau keadaan ternakan itu sama ada berasaskan penguatkuasaan peraturan serta tindakan positif bertujuan mengekalkan imej Taman Negara Kuala Tahan dari kaca mata orang luar.

ISMAIL KASSIM Kuala Lumpur

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 17 Mar 2011 03:41 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Belajar mengurus bencana

Posted:

Belajar mengurus bencana

Belajar mengurus bencana

Oleh AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR


KEMUSNAHAN akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun memberi pengajaran kepada manusia terhadap kehebatan kuasa alam. – Gambar hiasan


Gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter yang diikuti tsunami setinggi 10 meter di Jepun, seminggu lalu berjaya mengalihkan persepsi masyarakat antarabangsa yang sejak awal tahun ini tertumpu kepada bencana protes yang berlaku di Asia Barat. Berita mengenai Asia Barat sudah menjadi berita kecil, kerana ketakutan masyarakat antarabangsa menjadi semakin mendalam setelah berlakunya beberapa letupan loji nuklear di Fukushima akibat tsunami.

Banyak juga laporan spekulasi mengenai kadar radiasi yang dianggap bakal mengancam manusia seluruh dunia apabila angin yang bertiup boleh membawa sisa-sisa radioaktif dan rakyat Malaysia dikatakan tidak terkecuali bakal menerima kesan negatif.

Rakyat Malaysia ada juga yang panik apabila menerima pesanan ringkas (SMS) meminta agar tidak keluar rumah, mengelakkan terkena hujan dan menutup semua tingkap kerana angin yang membawa radiasi radioaktif akan sampai juga. Buat masa ini, tahap keselamatan udara Malaysia belum terjejas, kerana kesan pembebasan gas hidrogen dari letupan reaktor nuklear itu belum sampai, malah agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan tahap kebocoran itu masih pada tahap yang selamat.

Pengajaran yang kita peroleh daripada bencana tersebut adalah bagaimana kita boleh menguruskan kepanikan masyarakat tentang musibah yang berlaku. Kita mungkin dapat memahami jika perkara ini berlaku di Malaysia, suasana panik dan takut akan menyebabkan ramai pihak menyalahkan kerajaan, sebagaimana berlaku peringkat awal menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang terperangkap dengan protes rakyat Mesir ke atas pentadbiran Presiden Hosni Mubarak pada Februari lalu.

Bagi pihak kerajaan, segala upaya telah dilaksanakan termasuk mengenal pasti rakyat Malaysia di Jepun yang terbabit. Upaya pertama ialah mendapatkan pengesahan mengenai keselamatan mereka sama ada menghubungi sendiri mereka yang terbabit ataupun merayu agar rakyat Malaysia menghubungi Kedutaan Malaysia ataupun menyalurkan maklumat melalui agensi berkaitan.

Teknologi maklumat banyak membantu, termasuk pengesanan ke atas lebih 400 rakyat Malaysia yang masih trauma dengan gempa bumi dan tsunami di Miyagi. Apa yang menyedihkan ialah sekilat itu jugalah ada pihak terus memberikan sorotan mengenai kebocoran loji nuklear Chernobyl, Ukraine pada 1986, walaupun kesan buruk kepada rakyat Malaysia tidak berlaku.

Bagi menguruskan bencana, kita mungkin boleh menyingkap sejarah bagaimana Nabi Yusuf a.s. memberi tafsiran terhadap dua mimpi Raja Firaun dalam sejarah Mesir kuno. Ini difirman oleh Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 43 yang bermaksud: "Dan (pada suatu hari), raja Mesir berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang-orang yang pandai menafsirkan mimpi."

Nabi Yusuf a.s. telah memberikan gambaran bahawa tujuh ekor lembu dan tujuh biji gandum yang baik melambangkan kemakmuran selama tujuh tahun, manakala tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh biji gandum yang busuk ialah tujuh tahun berada dalam kesukaran. Bagi menjamin kesejahteraan kehidupan, Nabi Yusuf a.s. mencadangkan agar seorang yang bijaksana dan berperibadi mulia dipilih bagi mentadbir Mesir agar dapat membuat simpanan ketika tujuh tahun dalam kemakmuran bagi kegunaan tujuh tahun yang sukar. Atas nasihat tersebut, akhirnya Nabi Yusuf a.s. telah dipilih oleh Raja Firaun mentadbir Mesir. Kemakmuran dan kesedihan merupakan putaran yang perlu dihadapi oleh semua manusia.

Kemakmuran menyebabkan manusia lupa mengenai persiapan untuk menghadapi saat-saat yang sukar. Oleh sebab kedudukan Malaysia yang tidak terletak dalam 'Lingkaran api', maka tidak ramai rakyat negara ini mengambil iktibar daripada peristiwa dan bencana yang berlaku di seluruh dunia. Mungkin rakyat negara ini sudah lupa mengenai bah air merah yang berlaku di Kelantan suatu ketika dahulu, banjir besar pada 1971, tragedi Pos Dipang (1996), runtuhnya Highland Tower (1993), taufan Greg (1996), tanah runtuh di Gombak (2004), banjir besar di Segamat, Kota Tinggi dan Batu Pahat (2007), tsunami di Kuala Kedah dan Batu Feringghi (2004), malah kemalangan maut melibatkan bas ekspres dan sebagainya.

Secara umumnya, bencana boleh dikategorikan kepada dua, iaitu bencana alam dan bencana atas kelalaian manusia. Meskipun bencana alam dilihat sebagai mala petaka semula jadi, namun ia mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti manusia yang menganggu kelestarian alam dan sistem ekologi.

Tragedi Pos Dipang pada 1996 membuktikan bagaimana pembalakan di hulu sungai menyebabkan perkampungan Orang Asli di Simpang Pulai, Perak musnah sama sekali.

Tsunami pada 2004 membuktikan bahawa ketiadaan pokok bakau dan pokok api-api sebagai penahan pantai telah memusnahkan perkampungan nelayan di Kuala Kedah dan Batu Feringghi. Atas alasan mengeksploitasi keindahan semula jadi sebagai kawasan pelancongan, pantai Miami dan persekitaran Tanjong Bungah teruk dilandai badai ganas.

Tragedi-tragedi ini walaupun berlaku secara semula jadi, ia ada kaitan rapat dengan tingkah laku manusia di bumi sebagaimana diingatkan oleh Allah SWT dalam surah ar-Ruum, ayat 41.

Umat manusia sentiasa diingatkan supaya tidak mengundang bahaya, iaitu 'mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan' (al-Baqarah, 195), seperti mengganggu dan memusnahkan ekologi, tamak dan mengkhianati sesama manusia. Setiap tindakan yang bakal diambil perlu memberikan perhitungan mendalam mengenai keseimbangan ekologi kehidupan, termasuk kesejahteraan orang lain.

Ini bermakna, kaitan antara manusia dan alam sekitar begitu akrab sekali, seakrab hubungan sesama manusia. Benar segala apa yang ada di atas bumi dan di dalam bumi adalah untuk kegunaan manusia, tetapi penggunaannya hendaklah tidak melampau.

Ingatan agar tidak melampaui batas itu adalah sebagai early warning system (EWS) yang seharusnya dikembangkan dalam memupuk kesedaran mengurus bencana. Kalau di Jepun, mereka menggunakan teknologi moden seperti menyalurkan secepat mungkin berita amaran tsunami dan gempa bumi melalui radio, meletakkan alat pengesan mala petaka, membuat pemantauan mengenai sebarang bentuk perubahan cuaca dan angin, membina rumah dan bangunan tahan gegaran telah banyak menyelamatkan nyawa manusia.

Namun tsunami kali ini nampaknya telah menyebabkan peralatan canggih telah tewas, langkah-langkah keselamatan reaktor nuklear tidak dapat dipertahankan, maka di sinilah kita harus akur bahawa keupayaan manusia tetap terbatas, masih belum mampu menghadapi dugaan alam dan kuasa Allah SWT.

Tetapi, ini bukan bermakna Allah SWT mengharapkan manusia menjadi golongan yang tidak berfikir dan tidak perlu membuat persediaan. Allah SWT mengingatkan manusia 'bersedialah dan berjaga-jagalah' (an-Nisa, 71).

Allah SWT mengingatkan agar manusia menjaga tingkah laku, tidak bersifat tamak dan lebih berhemah apabila berinteraksi dengan alam sekitar. Allah SWT mengingatkan manusia agar menghormati kelestarian alam, kerana alam itulah yang membekalkan kepada manusia udara untuk bernafas, menyuburkan tanaman dan memberikan zat kepada kehidupan. Jika manusia mengganggu alam sekitar secara tidak berhemah, menebang pokok sesuka hati dan membuang sisa buangan (kimia, sampah dan benda-benda buruk), putaran ekosistem akan kembali menyebabkan nafas manusia sesak.

Inilah putaran yang seharusnya difahami oleh manusia, kerana itulah Allah SWT sering memberikan ingatan, bersederhanalah dalam memenuhi keperluan, jangan melampaui batas.

Bagi membolehkan alam sekitar sentiasa terjaga, manusia perlu memperkuatkan azam dan tindakan tidak mencerobohnya. Jika ingin dibangunkan kawasan penempatan, manusia perlu memahami hukum alam termasuk sistem aliran air bawah tanah, jenis-jenis tanah, kedudukan arah angin dan sebagainya bagi mengelakkan sebarang mala petaka.

Manusia diminta untuk menguruskan kehidupan secara sederhana. Kesederhanaan itulah akan memberikan manusia kesejahteraan. Seperti juga amaran memandu laju, cenderung kepada kemalangan, maka mempunyai nilai kehidupan yang tamak dan bongkak juga akan berakhir dengan kemusnahan dan malapetaka.

Tragedi tsunami dan gempa bumi di Jepun memberikan banyak pengajaran, sekurang-kurangnya banyak negara Asia yang sedang bangkit mengukuhkan kedudukan ekonomi memikirkan semula keperluan kepada pembangunan reaktor nuklear.

Meskipun Allah SWT turut mengingatkan bahawa "Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu?Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapa pun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka." (al-Ahzaab, 17). Ia tidak bermakna manusia tidak perlu berikhtiar, yang lebih penting ialah bagaimana menguruskan trauma mangsa yang dilanda bencana.

Manusia seharusnya semakin matang menguruskan kehidupannya sendiri, tetapi kadang kala manusia lupa apabila dilingkari kemakmuran sentiasa melupakan pusingan duka yang juga sebahagian daripada sejarah kehidupan. Inilah yang perlu ditanam dalam jiwa setiap insan, hidup ini bukan sahaja hanya untuk menguruskan kejayaan, perlu ada pengetahuan bagaimana menguruskan kekecewaan, kesedihan dan trauma akibat tertimpa malapetaka, bencana dan kemusnahan.

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia (Yadim)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas semakin gelabah?

Posted:

Pas semakin gelabah?

Pas semakin gelabah?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


KEKALAHAN Pas kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau, baru-baru ini adalah mesej daripada rakyat. - utusan/Mahathir Ali


SELEPAS tewas empat kali berturut-turut di dalam pilihan raya kecil yang diadakan, Pas kini boleh dikatakan berada dalam keadaan cacing kepanasan. Kepimpinan parti itu semakin memahami bahawa populariti yang mereka kecapi terutamanya ketika Pilihan Raya Umum 2008 semakin merudum.

Gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan dan kemudiannya kecundang di Tenang, Merlimau dan Kerdau sudah cukup memberi tamparan kepada kepimpinan Pas. Walaupun ia sudah jelas membuktikan bahawa pengundi terutamanya orang Melayu semakin ramai tidak menyebelahi parti itu namun Pas masih lagi tidak mahu mengaku kelemahan mereka.

Sebaliknya, kepimpinan Pas termasuklah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mencari ruang bagi mengelakkan mereka dipersalahkan. Terbaru, Abdul Hadi ketika berbahas di Dewan Rakyat, Isnin lalu mempersoalkan kenapakah Barisan Nasional (BN) memerintah terlalu lama sehingga didakwanya mewujudkan pelbagai masalah di dalam negara termasuk perpecahan.

Kalau beliau bertanya kenapa BN boleh perintah terlalu lama bagaimana pula kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Redang sejak 1986, tidakkah kedudukan begitu lama itu juga atas kehendak rakyat seperti mereka memilih BN kekal memerintah negara ini?

Oleh itu, apa yang dihujahkan oleh Abdul Hadi hanyalah pandangan seseorang yang boleh dianggap tertekan dengan situasi yang melanda partinya sekarang. Apa yang lebih penting untuk dibicarakan ialah mengenai nasib Pas selepas ini terutamanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketika berbual-bual dengan beberapa penyokong tegar Pas, mereka mengakui populariti Pas merudum sejak parti itu mengadakan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Mereka berhujah pada mulanya segalanya nampak elok memandangkan ketiga-tiga parti itu mempunyai matlamat yang sama dalam Pilihan Raya Umum 2008 iaitu menumbangkan BN.

''Tetapi apabila kuasa sudah dimiliki, maka parti-parti PKR dan DAP mulalah tunjuk belang, Pas seolah-olah dipinggirkan dan diperalatkan ketika pilihan raya sahaja,'' kata seorang penyokong Pas dari Kedah kepada penulis.

Sebenarnya, sama ada hendak diakui atau tidak tindakan bekerjasama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan Pas dilihat tidak konsisten dalam perjuangannya.

Ia kerana parti itu dilihat sanggup menggadaikan prinsip perjuangannya demi meraih kuasa bersama-sama dengan PKR dan DAP. Apa yang ditentang oleh parti-parti itu terhadap sesetengah dasar Pas, sekarang seolah-olah dipatuhi oleh Pas.

''Segalanya kerana hendak menjadi hati kawan dan tindakan ini tidak menguntungkan Pas, sebaliknya orang semakin keliru apa sebenarnya yang hendak Pas perjuangkan. ''Sebagai pemimpin Pas di peringkat akar umbi, susah juga kami hendak menjawab apabila soalan ini ditanya oleh rakyat,'' kata seorang pemimpin Pas di peringkat cawangan.

Selain kerjasama dengan PKR dan DAP yang dikatakan mengelirukan rakyat terutamanya orang Melayu, turut menjadi persoalan ialah pendirian Pas mengenai perjuangan berkaitan kaum Melayu. Persoalan ini wujud kerana ketika mula-mula bekerjasama dengan PKR dan DAP, Pas dilihat begitu takut untuk bercakap soal perjuangan Melayu.

Malahan segala usaha bagi memungkinkan mereka berunding dengan UMNO berhubung perpaduan Melayu dan kepentingan umat Islam menemui jalan buntu. Keadaan itu wujud kerana Pas menguar-uarkan, mereka berjuang untuk semua kaum sehingga bersedia menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas yang dikhaskan untuk bukan Melayu.

Tetapi secara tiba-tiba dalam tempoh sebulan lalu, Pas mula bercakap soal pentingnya menjaga kepentingan Melayu dan tanpa segan silu menegaskan hak-hak istimewa Melayu perlu dimartabatkan. Dan dalam usaha memberikan gambaran terhadap pendirian Pas itu, Abdul Hadi ketika berucap di Dewan Rakyat juga mendakwa hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan pada masa ini dinodai 'fanatik kepartian' UMNO.

Presiden Pas itu mendakwa, hak itu hanya berlegar dan dirasai kelompok parti pemerintah sahaja dan rakyat selainnya tidak merasai keistimewaan yang dijanjikan Perlembagaan itu.

"Apa yang merisaukan kita, hak istimewa ini tidak dijaga dengan baik menyebabkan fanatik kepartian berlaku. Yang dipentingkan adalah bumiputera yang menyokong UMNO, yang sokong parti pemerintah di Sabah dan Sarawak, kemudian ditambah lagi kroni-kroni pemimpin tertentu.

Itulah dakwaan Abdul Hadi, tetapi apa yang tidak mahu dilihat oleh Pas ialah sejauh manakah perjuangan Melayu yang dibawa oleh UMNO melalui BN telah memungkinkan orang Melayu sekarang sudah mampu 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.'' Malahan berikutan ketegasan UMNO mempertahankan hak-hak orang Melayulah, ia memungkinkan semua orang Melayu termasuk di kalangan penyokong Pas sendiri merasai nikmatnya.

Tetapi demi politik, kepimpinan Pas cuba menafikannya dan lidah rasmi mereka menguar-uarkan kenyataan pemimpin-pemimpin parti itu agar orang Melayu tidak lagi menyokong UMNO sebaliknya menyokong Pas sebagai parti induk Melayu. Apa yang anehnya, sebelum ini Pas cuba mengelak soalan untuk orang Melayu. Apa yang sering mereka tegaskan ialah perjuangan untuk semua kaum sehingga ada pemimpin mereka yang sanggup menyatakan tidak bangga menjadi Melayu.

Oleh itu, apabila Pas sejak kebelakangan ini mula bercakap soal perjuangan Melayu, maka ia sudah tentu menimbulkan persoalan apakah ia benar-benar ikhlas atau sekadar meraih kembali undi yang semakin hilang di dalam genggaman. Pas amat memahami PKR dan DAP tidak akan memberikan mereka bertanding di kawasan selamat, sebaliknya mahu tidak mahu Pas perlu bertahan di kawasan yang pernah ditandingi dan ini tentulah melibatkan kawasan majoriti pengundi Melayu.

Tetapi disebabkan sikap tidak konsisten mereka dalam perjuangan orang Melayu, maka bahaya yang menanti ialah mereka akan kehilangan sokongan kelompok berkenaan. Ia sudah berlaku di Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Jumlah undi yang diperoleh calon Pas sudah jelas membuktikan bahawa parti berkenaan mampu mengekalkan sokongan di kalangan penyokong tegar mereka sahaja tetapi pengundi Melayu atas pagar sudah kembali menyokong UMNO dan BN.

Lihat sahaja di Galas, jika pada tahun 2008 mereka mendapat 4,339 undi tetapi dalam pilihan raya kecil itu Pas hanya mendapat 4,134 undi. Begitu juga di Tenang, undi Pas merosot daripada 3,875 undi pada tahun 2008 kepada 2,992. Trend yang sama berlaku di Merlimau apabila Pas meraih 2,319 undi berbanding 2,877 undi pada tahun 2008, manakala di Kerdau pula, jika pada tahun 2008 mereka memperoleh 2,520 undi tetapi dalam pilihan raya kecil lalu turun kepada 2,336.

Fakta-fakta inilah sebenarnya merimaskan kepimpinan Pas sehingga mereka cemas dalam mengatur strategi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Tetapi Pas tidak akan mendapat apa-apa jika mereka tidak mahu bermuhasabah sebaliknya semakin gelabah menyalahkan UMNO dan BN terhadap kemerosotan sokongan yang dialami.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 17 Mar 2011 01:36 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Bandar raya Tokyo kelam-kabut

Posted:

Bandar raya Tokyo kelam-kabut

Bandar raya Tokyo kelam-kabut


SEBAHAGIAN warga China menunggu di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Narita, Tokyo untuk meninggalkan Jepun.


TOKYO - Ribuan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak berfungsi di bandar raya ini semalam manakala berjuta-juta warganya mula menyimpan beras dalam jumlah yang banyak ekoran ketakutan terhadap radiasi dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang terletak kira-kira 240 kilometer dari sini.

Lebih memburukkan keadaan, Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Banri Kaieda berkata dalam satu kenyataan, negara itu akan berdepan dengan masalah bekalan elektrik selama beberapa bulan lagi.

Amaran itu diberikan kerana bekalan tenaga elektrik ketika ini tidak mencukupi disebabkan masalah kerosakan di loji nuklear Fukushima Daiichi.

Loji nuklear itu telah meletup sebanyak empat kali selepas gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun pada minggu lalu sehingga mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter.

Para pekerja kini berusaha untuk menyejukkan loji nuklear itu yang dikendalikan oleh Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) dengan menggunakan air laut.

Usaha itu dilakukan bagi mengelak lebih banyak kadar radiasi tersebar ke udara sehingga mengancam kesihatan penduduk.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia bebas kesan radiasi

Posted:

Malaysia bebas kesan radiasi

Malaysia bebas kesan radiasi


DR. MAXIMUS ONGKILI memberi penjelasan berhubung kesan radiasi Jepun semasa melawat Pusat Bertindak Kecemasan Radiologi Kebangsaan di Dengkil semalam.


DENGKIL - Kerajaan memberi jaminan Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun.

Jaminan itu disuarakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebagai menjawab segala kebimbangan rakyat di negara ini.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dan jangan mempercayai khabar angin atau SMS yang disebarkan mengenai perkara ini," katanya semasa melawat Pusat Bertindak Kecemasan Radiologi Kebangsaan di sini semalam.

Beliau berkata, berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisme tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar itu bergerak ke arah timur negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.

"Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," tegasnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Victoria gagal jadi peguam Syarie

Posted:

Victoria gagal jadi peguam Syarie

Victoria gagal jadi peguam Syarie

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam menolak permohonan seorang peguam wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin (gambar) untuk menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak permohonan yang difailkan Victoria pada 19 Mei tahun lalu supaya semakan kehakiman dibuat bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menolak permohonannya.

Rohana berkata, MAIWP mempunyai kuasa untuk mengeluarkan syarat mengenai pelantikan peguam syarie dan ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Parlimen memberi kuasa kepada MAIWP untuk membuat syarat-syarat mengenai kemasukan peguam syarie iaitu prosedur, kelayakan dan pembayaran serta kuasa yang diberikan adalah sangat luas," katanya.

MAIWP mempunyai kuasa untuk berbuat demikian seperti mana dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 17 Mar 2011 11:30 AM PDT

Utusan Online - Kota


Tanah TNB tapak sampah

Posted:

Tanah TNB tapak sampah

Tanah TNB tapak sampah

Oleh roslah othman
kota@utusan.com.my


PENDUDUK Taman Sri Serdang menunjukkan sampah-sarap termasuk sisa buangan binaan yang dibuang secara haram di atas sebidang tanah dipercayai milik TNB di kawasan perumahan itu sejak beberapa bulan lalu.


SERDANG 16 Mac - Sebuah kawasan yang dikatakan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdekatan Taman Sri Serdang di sini, menimbulkan keresahan penduduk kerana kini menjadi tapak pembuangan sampah secara haram.

Penduduk merasakan keadaan itu bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan tetapi juga mengancam keselamatan mereka.

Penduduk mendakwa sampah sarap itu telah dibuang di situ sejak beberapa bulan lalu oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Mereka percaya kawasan itu milik TNB berdasarkan kepada papan tanda yang terdapat di situ.

Seorang penduduk, Roszilah Mamat, 41, berkata, sejak kegiatan membuang sampah secara haram itu berlaku, keadaan persekitaran di kawasan itu tidak lagi selesa buat penduduk.

Katanya, penduduk bukan sahaja terpaksa menghidu bau busuk terutama selepas hujan tetapi juga terpaksa berhadapan dengan persekitaran yang menjijikkan.

Sambil melahirkan rasa kecewa, suri rumah sepenuh masa itu berkata, persekitaran kediaman mereka juga tidak selamat dan tidak selesa kepada penduduk terutama kanak-kanak.

"Saya benar-benar kecewa dengan keadaan ini sehingga menimbulkan kesan sampingan kepada kami, khususnya penduduk di Fasa 1 yang tinggal paling hampir dengan kawasan itu," katanya yang telah menetap di situ sejak 25 tahun lalu.

Turut berkongsi perasaan tidak selesa ialah Mokhzani Mamat, 39, seorang guru.

Telah menetap hampir 20 tahun di kawasan perumahan di itu, katanya, kebiasaannya lori-lori yang melakukan kerja-kerja haram membuang sampah di situ selepas pukul 11 malam tanpa disedari penduduk setempat.

Katanya, apa yang diharapkan pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.

Seorang lagi penduduk, Ishak Mohamed, 66, berkata, aduan mengenai perkara itu telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), tetapi dimaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana kawasan berkenaan milik TNB.

"Saya amat berharap pihak bertanggungjawab segera menyelesaikan masalah kami. Jika pekara ini berterusan entah bagaimana keadaan kawasan kami nanti," ujarnya.

Dia yang telah menetap hampir 30 tahun di kawasan perumahan itu berharap tindakan segera dilakukan demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua beradik OKU terima sumbangan

Posted:

Dua beradik OKU terima sumbangan

Dua beradik OKU terima sumbangan


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (bertali leher) menyampaikan sumbangan kepada Zaiton Osman sambil diperhatikan oleh Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Mohd. Isa (dua dari kiri), wakil UOA (kiri) dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai, Nor Asyikin Jaafar.


KUALA LUMPUR 16 Mac - Dua beradik orang kurang upaya (OKU) di sini menerima kejutan apabila mereka dikunjungi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini.

Kunjungan itu dibuat bagi menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM4,500 kepada mereka, yang terlibat dalam kejadian kebakaran kecil di rumah mereka di Blok 20 Taman Bukit Angkasa, Taman Bukit Angkasa semalam.

Zaiton Osman, 51, dan adiknya, Azhari Osman, 47, bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu. Kebakaran dipercayai bermula di bahagian ruang tamu rumah mereka.

Bantuan yang disampaikan adalah hasil sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan sebanyak RM1,000, syarikat pemaju UOA (RM3,000), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (RM300) dan UMNO Bahagian Lembah Pantai (RM200).

Raja Nong Chik meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk meninjau tempat kejadian dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada dua beradik berkenaan.

Semalam, wakil dari pejabat Khidmat Masyarakat UMNO Lembah Pantai telah melawat mangsa bersama wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk membantu mendaftarkan mereka dalam senarai program e-Kasih bagi membolehkan mereka mendapat bantuan sewajarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Putrajaya diiktiraf Bandar Contoh

Posted:

Putrajaya diiktiraf Bandar Contoh

Putrajaya diiktiraf Bandar Contoh

PUTRAJAYA 16 Mac - Putrajaya diiktiraf sebagai Bandar Contoh oleh Strategi Antarabangsa bagi Pengurangan Bencana Bangsa- bangsa Bersatu (UNISDR) menerusi kempen "Making Cities Resilient - My City is Getting Ready".

Pengiktirafan itu diberikan atas komitmen Putrajaya melaksanakan langkah-langkah mengurangkan risiko bencana, adaptasi terhadap perubahan iklim dan aplikasi teknologi hijau dalam pembangunan dan perancangan fizikal bandar itu.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman berkata, pengiktirafan di peringkat antarabangsa itu adalah bukti komitmen PPj dalam membangunkan bandar yang berdaya tahan terhadap bencana.

"Di samping itu, PPj juga berusaha mewujudkan jaringan kerjasama dengan masyarakat, penduduk setempat serta pihak-pihak yang bertanggungjawab.

"Ia selaras dengan lima keutamaan yang dinyatakan dalam Rangka Kerja Bertindak Hyogo 2005-2015 sebagai kunci utama kepada pengurangan risiko bencana," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan sijil tersebut kepada Samsudin sempena majlis penutup Hari Kesedaran Bencana 2011 peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), baru-baru ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang turut dianugerahkan sijil tersebut ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Melaka (MBM).

Samsudin yakin pengiktirafan itu akan memperkukuhkan lagi imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang unggul dan menjadi kebanggaan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 17 Mar 2011 09:08 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Usah cemas

Posted: 16 Mar 2011 11:30 AM PDT

MukaDepan

 KAKITANGAN Pusat Maklumat Radiologi   Lembaga Pelesenan Tenaga Atom,   di Dengkil memantau tahap radiasi dalam udara di enam stesen  Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) 24 jam, semalam.

KAKITANGAN Pusat Maklumat Radiologi Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, di Dengkil memantau tahap radiasi dalam udara di enam stesen Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) 24 jam, semalam.

Paras radioaktif di Malaysia pada tahap normal

KUALA LUMPUR: Pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun, Jumaat lalu adalah rendah dan tidak mungkin sampai ke Malaysia.

"Maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan arah dan pergerakan angin adalah ke timur dan timur laut Jepun. Oleh kerana pelepasan radioaktif rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Beliau berkata, pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh Malaysia, iaitu Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai masih menunjukkan paras sinaran di Malaysia pada paras normal iaitu 0.17 uSv/jam dengan had dedahan sinaran orang awam adalah 0.50 uSv/jam.

Menerusi mekanisme pengawalan masuk bahan radioaktif sama ada melalui kargo atau manusia melalui Sistem Pemonitoran Portal yang dipasang di lapangan terbang antarabangsa KLIA, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang sejak 2009 juga menunjukkan tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga kini.

Ongkili berkata, kementeriannya melalui Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia terus memantau situasi di Jepun sehingga kini dan Pusat Maklumat Radiologi beroperasi 24 jam untuk sebarang persoalan teknikal dari orang awam.

Maklumat terkini mengenai kejadian di Jepun boleh diperoleh di laman web IAEA www.iaea.org, laman web Nuclear and Industrial Agency, Jepun www.nisa.meti.go.jp dan Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian hotline 1800-88-7999.
Beliau berkata Malaysia, melalui AELB, sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini dan yang disahkan IAEA. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior

Posted: 16 Mar 2011 11:28 AM PDT

BUKIT KAYU HITAM: Seramai 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, di sini dibuang sekolah berkuat kuasa Khamis lalu selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu.

Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdullah Saat, berkata pelajar terbabit boleh mengemukakan rayuan melalui Bahagian Pendaftar Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dalam tempoh sebulan.

"Bagaimanapun dalam kes ini, ia akan dirujuk kepada Kementerian Pelajaran kerana ia berstatus sekolah asrama penuh. Jika sekolah biasa cukup sekadar Jabatan Pelajaran Negeri (membuat keputusan). Namun, keputusan membuang pelajar atas kesalahan disiplin adalah hak sekolah selepas meneliti kesalahan itu adalah berat dan mengikut peraturan yang ditetapkan," kata ketika dihubungi.

Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan tidak puas hati ibu bapa dan penjaga yang menyifatkan ia terlalu drastik dan tidak dimaklumkan kepada mereka terlebih dulu hingga boleh menjejaskan persiapan anak mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Oktober ini.

Walaupun mengakui perlakuan itu melanggar disiplin, mereka beranggapan pihak sekolah sepatutnya memberi peluang kedua kerana ia membabitkan masa depan pelajar terbabit.

Seorang bapa, Jasni Mohd Noor, 44, berkata pihak sekolah seharusnya memberi peluang kepada semua pelajar dan mengenakan hukuman lain yang tidak membabitkan tindakan buang sekolah kerana ia boleh menjejaskan persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti.
Bekas guru itu berkata, pihak sekolah juga tidak memaklumkan kepada penjaga mengenai tindakan itu dan hanya mengarahkan anak mereka keluar dari asrama pada 25 Februari lalu.

"Saya tahu anak saya bersalah, tetapi jika boleh berilah mereka peluang sebab sukar bagi kami untuk mencari sekolah yang sesuai kerana mereka sudah memasuki aliran Sains Teknikal sejak Tingkatan Empat. Mereka akan menghadapi masalah jika bertukar ke sekolah lain yang kebanyakannya tidak mempunyai aliran itu. Saya bimbang mereka tidak dapat memberi tumpuan," katanya semalam.

Seorang lagi bapa, Mohd Azami Abdul Majid, 45, berkata pihak sekolah sepatutnya boleh bertolak ansur daripada mengambil tindakan yang terlalu keras.

Beliau mendakwa hanya mengetahui tindakan itu melalui surat yang dihantar menerusi pos laju ke rumahnya oleh pihak sekolah pada Ahad lalu.

"Tiada laporan polis dibuat dan tiada sebarang laporan doktor berhubung kejadian itu. Selain itu, sekolah tidak memaklumkan kepada ibu bapa apabila pelajar terbabit diarahkan keluar asrama, sebaliknya hanya dihubungi anak sendiri," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mahasiswa

kite bakor je budak yang buli tu.saya setuju jika pihak sekolah buang budak-budak yang buli.

Jeneral Hitam

Jentik memang xsakit,tapi kalau dh 20 orang yg jentik,ape rasa? kalau sorang jentik 2x, dahi budak leh jd IKAN FLOWERHONE! Bagi sape yg kata budak yang kene jentik tu manje, meh sini jentik dahi dia ramai2...

RAFFI

pertama, saya bersetuju dengan tindakan pihak sekolah. pihak sekolah ada sebab yang kukuh untuk membuat keputusan demikian. kalau peluang kedua diberi dengan begitu mudah, murid pun akan ambil mudah perkara ini. silap2 balik sekolah, pelajar yang jadi mangsa akan kena lebih teruk oleh 20 pelajar ini ekoran mahu membalas dendam. belajar di sekolah yang berstatus tinggi, tapi kualiti peribadi tak tinggi. adakah belajar sekadar nak exam.? untuk ibu bapa kepada 20 orang pelajar, cubalah bersikap lebih profesional. pihak sekolah ikut prosedur hantar surat pergi rumah, untuk penjelasan awal anak sendiri perlu buat keterangan kenapa diberi tindakan sedemikian, bukannya buat cerita. apalah salahnya kalau ibu bapa datang berjumpa secara baik dengan pihak sekolah untuk bincang dan minta penjelasan perkara tersebut. tak payah nak heboh2kan dalam media. bukankah ianya membuka pekung di dada. salah sendiri nak tunjuk orang. bijak bercakap mengenai masa depan, nasib baik pihak sekolah tak buat laporan polis. kalau laporan polis dibuat, bukankah makin gelap masa depan anak. jangan bercakap hanya untuk kepentingan peribadi sahaja. kasihanilah pihak sekolah(warga pendidik) yang sudah cuba untuk sedaya upaya memberi yang terbaik.Pihak bertanggungjawab perlu bijak main peranan.

Nina

Sebenarnya bukan kena jentik je. Akhbar tak mention mental abuse dll.

nabil

mungkin skolah tu dh bg peluang kedua rasenye...ibubapa xtahu.......mmg elok diberhentikan.jgn diberi peluang lg...pelajar mcm tu memusnahkan bangsa sendiri.dengan bangsa sendiri pon nk buli ke...dari situ dah tahu perangai macam mane

Anti Buli

Syabas kepada 20 orang pelajar yang kene buang tu hahaha!!!..kalau aku terjumpa kamu memang aku tampar muka kamu yang sebijik macam hanjing tu, rasakan korang hahaha!!!

Assalamualaikum..tindakan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah sangat TEPAT kerana dapat memberikan pengajaran kepada si pelaku tersebut. Malah, ibu bapa haruslah peka dengan peraturan yang ditetapkan di asrama sekolah...Syabas pihak sekolah saya sokong 100% tindakan yang telah dibuat.

Penceloteh

Perangai suka membuli adalah dilakukan oleh mereka yang bangang, sial nak mati, cam taik, tunjuk samseng macam anjing jer...kepada pembuli, lu semua bebal nak mampos..

Weng

budak2 skrng terlalu manja, tak boleh nak dgr cakap nasihat orng tua.
ibu bapa terlalu manja kan anak2. yang rosak nnt adalah anak2 yang tak boleh ditegur,tak boleh diajar,yang tak boleh diJENTIK.

guru

inilah cara ibubapa sekarang ni yang asyik tolakkan tanggnungjawab diri ke sekolah.... hanya nak sekolah dan kerajaan tolong didik anak merekam sendiri yang relaks.....

sokong II

buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali, bila dah kena, baru padan muka..dan yang kesian, mak bapak..tindakan yang betul, agar menjadi pengajaran pada semua kaki buli...

Ishak Johari

Salam,
Saya bersetuju dengan tindakan sekolah. Ibu bapa harus faham, tujuan anak datang ke sekolah bukan untuk jadi pembuli atau buat kegiatan tak bermoral tetapi untuk belajar mengejar cita-cita. Beri peluang atau tempat tersebutkepada pelajar lain yang mahukan kejayaan. Terima Kasih.

ex sas warriors 0307

assalamualaikum..sy agak bekas pelajar sekolah alam shah,putrajaya..sy tahu segala selok belok sbp selepas 5 tahun berada di sbp..pada masa ini,ibu bapa terlalu manjakan anak..sy nak tanya,kenapa senior jentik dahi junior? pasti ad sesuatu kesalahan disiplin yg dilakukan oleh junior..bukan ke budak sbp pndai2? takkan si senior tue bodoh sngat nak jentik suka2 kat dahi junior..sedarlah,junior2,kamu semua makin lembik..manja..kena jentik pun nangis..camana lah berjihad? berperang..mesti niela muka2 lembik yg bila diajak berperang menegakkan agama tp,tak nak ikut..PENAKUT..LEMBIK..IBU BAPA TERLALU MANJAKAN DIORANG..wassalam..

rakyat prihatin

patut buang skolah pun budak2 ni..ajr mereka sikit,peduli la bdk2 ni pindah skolah lain bg pengajaran mcm ni bru budak2 kaki bulu x membuli lagi..tipu la setakat jentik entah2 dah lebam2 kot,budak junior tu...saja je xnk bgtau..kes buli ni dr zaman dulu xpernh habis..kalau xda skolah sgt nk terima p skolah pemulihan lagi baik..

fais aiman

buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali, bila dah kena, baru padan muka..dan yang kesian, mak bapak..

musbri mohamed

Dalam hidup pasti ada peluang kedua....mereka juga masih belum dibicarakan dengan sempurna ....umur 17 tahun belum ada niat jahat.....mungkin gurauan terlampau....SPM sudah hampir....tolong jangan dibuang sekolah ....amaran keras sudah memadai....

En. m.ilham, mana ada emak bapa yg ajar anak buat benda2 x elok dan jahat.... nakal tu biasa la....

guru_pelajar

Saya menyokong penuh tindakan pihak sekolah. Peluang kedua? tak perlu. Sebelum perkara yang lebih buruk lagi berlaku, ini adalah langkah pencegahan yang paling tepat. Biar mereka yang terlibat betul2 mengambil peluang untuk menuntut di sekolah yang terpilih dan bukannya mensia-siakan peluang yang ada. Ribuan lagi pelajar diluar sana yang layak tetapi tidak mendapat tempat untuk belajar di sekolah sebegini. Pengalaman ini pahit tetapi sarat dengan pengajaran yang berguna demi anak bangsa yang cemerlang.

Im

sya ex-skolh ni... stuju sgt tndakn skolh buang dpa.. sbb dpa mmg plajar2 brmasalah.. lgipun bknnya sekadar jntik.. it;s da best decission, insya Allah...

airol

molek sangat la pihak sekolah wat cam tu..tak abih-abih dan tak sudah-sudah kes buli-membuli ni di kalangan pelajar sekolah dan macam-macam kes disiplin lain. Tindakan buang sekolah adalah yang terbaik untuk memberi peringatan keras kepada yang lain agar ianya tidak berulang di masa akan datang. Hantar sekolah elok-elok bukan nak belajar asyik nak jadi samseng keparat. Ibu-bapa juga seharusnya menasihat anak-anak dan memberi amaran keras supaya jada tingkah laku dan disiplin semasa disekolah supaya tidak menyusah diri sendiri dan orang lain.

Segera ambil tindakan drastik jangan teragak-agak sekiranya pemasalahan tersebut berat dan untuk kebaikan semua.

Mr Dean

satu tindakan yang dianggap wajar!
sekuang-kurangnya tindakan itu dapat mengingatkan kepada pelajar lain tentang kesan dari tindakan mereka itu.. SYABAS pihak sekolah atas tindakan tegas itu!

rakyat prihatin

patut buang skolah pun budak2 ni..ajr mereka sikit,peduli la bdk2 ni pindah skolah lain bg pengajaran mcm ni bru budak2 kaki bulu x membuli lagi..tipu la setakat jentik entah2 dah lebam2 kot,budak junior tu...saja je xnk bgtau..kes buli ni dr zaman dulu xpernh habis..kalau xda skolah sgt nk terima p skolah pemulihan lagi baik..

fais aiman

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua...buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali...

musbri mohamed

Dalam hidup pasti ada peluang kedua....mereka juga masih belum dibicarakan dengan sempurna ....umur 17 tahun belum ada niat jahat.....mungkin gurauan terlampau....SPM sudah hampir....tolong jangan dibuang sekolah ....amaran keras sudah memadai....

Time ko junior dulu mengadu bila kena buli...sekarang ko pulak yg kena...

saya anak sabah

memang patut pun kena hukum buang sekolah, dah diorang samseng sangat, kalau bagi peluang kedua nanti pelajar lain pun ikut perangai jahat diorang tu, sebab ada peluang sekali untuk buat jahat, ibubapa yang tidak puas hati tu, sebab diorang pung dulu dulu perangai macam tu juga,,, bagi kementerian pendidikan lagi baik kalau kasih berhenti sekolah terus,,tak payah ambil periksa, sebab pelajar jahat tu pun bukan nak jadi orang baik tapi nak jadi samseng bila lepas sekolah nanti....

Man

Like father like son.. like mother like daughter.. hehe...

h

sekolah ini telah melakukan tndakkan yg wajar... bgus,,,...

pelajarSBP

Sekolah tidak profesional...setiap perlakuan pelajar itu bersebab. dan untuk membuang pelajar dpd sekolah adalah sesuatu yang agak keterlaluan (melainkan ada cadangan pemindahan ke sekolah pemulihan dan memberi khidmat kaunseling berterusan)..ini tidak, ibu bapa tidak diberi notis dan sekolah tidak mengambil kira masa depan individu pelajar itu sendiri. kalau sekadar alasan, "kita tidak mahu lahirkan samseng2 seperti ini" nyata suatu pemikiran yang tidak matang dan bodoh! bukankah dengan membuang pelajar2 tersebut akan memusnahkan masa depan mereka, hidup akan lebih terumbang ambing dan lama kelamaan terjerumus dalam kancah yang lebih memusnahkan diri sendiri dan menyusahkan masyarakat?!..bayangkan seseorang yang tidak berpelajaran dan tidak di terima oleh masyarakat, apa akan mereka lakukan untuk terus bertahan hidup??? Sepatutnya perlu ambil kira semua aspek sebelum membuang mereka, perlu difikirkan apa yang boleh dilakukan untuk membantu mereka menjadi insan lebih baik. kalau alasan "mahu beri pengajaran", cuba beritahu sejak bila tindakan membuang pelajar pernah menyelesaikan masalah buli!!! langsung tidak! ternyatalah orang2 'berpengalaman' seperti guru2 dan pihak PIBG tersebut mempunyai pemikiran tidak matang. patut lah negara kita tidak pernah maju....

adi

buang sekolah adalah satu tindakan yang wajar..kerana merotan sudah tidak relevan lagi untuk dijadikan hukuman..saya sokong mereka dibuang sekolah...membuli disekolah adalah satu jenayah yang besar,jika dibiarkan budak2 itu akan terus membuli pelajar yang lain....

pelajarSBP

Sekolah tidak profesional...setiap perlakuan pelajar itu bersebab. dan untuk membuang pelajar dpd sekolah adalah sesuatu yang agak keterlaluan (melainkan ada cadangan pemindahan ke sekolah pemulihan dan memberi khidmat kaunseling berterusan)..ini tidak, ibu bapa tidak diberi notis dan sekolah tidak mengambil kira masa depan individu pelajar itu sendiri. kalau sekadar alasan, "kita tidak mahu lahirkan samseng2 seperti ini" nyata suatu pemikiran yang tidak matang dan bodoh! bukankah dengan membuang pelajar2 tersebut akan memusnahkan masa depan mereka, hidup akan lebih terumbang ambing dan lama kelamaan terjerumus dalam kancah yang lebih memusnahkan diri sendiri dan menyusahkan masyarakat?!..bayangkan seseorang yang tidak berpelajaran dan tidak di terima oleh masyarakat, apa akan mereka lakukan untuk terus bertahan hidup??? Sepatutnya perlu ambil kira semua aspek sebelum membuang mereka, perlu difikirkan apa yang boleh dilakukan untuk membantu mereka menjadi insan lebih baik. kalau alasan "mahu beri pengajaran", cuba beritahu sejak bila tindakan membuang pelajar pernah menyelesaikan masalah buli!!! langsung tidak! ternyatalah orang2 'berpengalaman' seperti guru2 dan pihak PIBG tersebut mempunyai pemikiran tidak matang. patut lah negara kita tidak pernah maju....

husin jiran hantu mak limah

20 orang jemtik dahi... keluar bintang kepala budak 2... tahniah pihak sekolah.... berani menjatuhkan hukuman...

abe yoe

gunalah jalan yg terbaik utk menyenangkan pentedbiran kedua-dua belah pihak..

abe yoe

hutang darah mesti dibayar dengan darah,,, begitu juga kesalahan sinior2 itu, sepatutnya pihak disiplin sekolah perlu mengambil sebarang hukuman yang sepatutnya terhadap pelajar sinior itu,,,dan perlu mendengar kedua2 belah pihak antara sinior dgn junior,.
peluang kedua sgt perlu dalam hal ini bagi memberi pengajaran kepada pelajar yg lain..tq

sai

Saya tak suka pembuli, biar dia orang rasa tak bersekolah

Lisa

Bagus setuju dengan tindakan pihak sekolah..budak 'jahat' tak layak masuk SBP. Harap otak pintar tapi perangai 0..

sokong

Tindakan yang bagus dan tegas

roslan

Beginilah sikap emak bapa yang selalunya merosakkan anak mereka. Kalau dah kena buang, keluar sajalah. Jgn nak mempertahankan dan memberi pelbagai alasan lagi. Marahkan anak cukup-cukup. Kalau perlu rotan, rotan.

Ally

Setuju sangat...sekolah nak elak ia menjadi satu budaya...kalau dah jadi budaya memang susah nak ubah. Soalnya bukan apa yang dilakukan tetapi tindakan itu istilahnya tetap BULI...

exsbp

sy seorg bekas pljar sbp..pertama skali perlu kita ketahui bhwe kementerian mngeluarkan blanje yg sgt besar untuk stiap plajr sbp setiap thun dan bnygkan brape bnyak wng yg dihabiskn utk 5thun 20 org pljr ini...persoalan sye adelah adakah anda merasekan seorg pljar itu akan berubah dgn dibuang sekolah???..tidak!itu bkanlah jwpn terbaik utk mslah ini ...kite perlu mlht maslh ini dr konteks kedua2 blh phk..apakah pljar yg dirasekan oleh pelajar yg dibuli itu sendiri..adakah pljr tersebut bnr2 tdk mlakukan kesalahan atau seblknye..jike difikirkan ape yg akan terjadi apabile pelajar yg dibuli itu sebenarnya telah melakukn keslhn yg seperti x mnghormati senior atao sebginya...mahukah kite mlhat generasi muda mnjdi kurg ajar..ya,saye juge bersetuju tindakan yg diambil oleh pembuli tersebut ada tidak lngsung wajar ttp kita perlu mlhat bhawe plajr2 ini adlh pljar sbpi..pljr seklh berasrama penuh yg dibekalkn dgn ilmu agama...adakah pljr2 ini seweng wenangnye mlkukn sesuatu..dan perlu diingt pljar2 ini tlh brade disekolah ini selama lima thun dan jika benar mereka ini pljar yg benar2 bermslah sudah tentu mereka tidak berade disitu slama lima thun...bnyk lg alternatif lain yg boleh dilakukan utk mnghukum pljar2 ini...ingat islam mngajar umatnya untuk mendidik bukannya menindas..pada saye hukuman buang sekolah bg plajar2 adalah cara terakhir kerana kita perlu tahu bhwe hnye beberapa sekolah shje dimlysie yg menawarkn aliran sains teknikal yg mjoritinya adalah sbp...jika kite membuang pljr2 ini bgimana mereka ingin terus bljr dgn sempurna...ingt bhw pd ketika ini mereka tdk boleh lg menukar aliran.. bknkah jelas bhwe hukuman ini lebih kpd menindas...kita perlu mlht bhwe pnjage kedua2 belah pihak ingin melihat anak2 mereka berjaya..

Bapa

Masa buat x fikir...bila dah buat dan kena tindakkan barula nak bising,syabas pihak sekolah dah buat perkara yg betul mesti dah ditimbang dengan setelusnya baru diputuskan keputusan..saya yakin bukan setakat jentik dahi mesti lagi terok yg diorang ni buat cuma x didedahkan saja...ala saya pon pernah bersekolah berasrama ni dah masak dah...anak sy pun ada yg diasrama tapi kita dah tahu apa perkara yg akan berlaku dah pesan pun.....Mak bapak 20 pelajar ni cari la sekolah lain x payah la...nak kecoh....

Guru Prihatin

Mungkin dgn cara ini, Mak dan ayah memantau perkembangan anak2 diluar mahupun di sekolah.
Ini semua berpunca dr Rumah bkn dr Sekolah.
Pergaulan hendaklah sentiasa dijaga agar tidak bercampur dgn kawan2 yg bermasalah..
Sentiasa diingatkan bahawa Ibu Bapa adalah guru yg paling bagus utk mengajar anak2 kerana nilai2 yg baik akn diterapkan dan dbawa ke sekolah.... Zaman sekarang, pelajar2 tidak lagi takut kepada Ibu bapa dan sbb itu mereka tidak hormatkan guru serta orang lain...

Pelajar UiTM

Jangan bagi peluang...kalau asyik bagi peluang smpai bila pelajar nak insaf? sebelum membuat sesuatu tindakan, pelajar harus memikirkan kesannya terlebih dahulu.. Ibu Bapa pula jangan jadi perosak akhlak anak-anak dengan membela tindakan salah mereka..Ibu Bapa patut bekerjasama dengan pihak sekolah..bukan menghentam pihak sekolah..Renung-renungkan lah..

mohamad ekrom bin hata

mudahnya orang yang komen dlm page ni menyalahkan ibubapa,ksian skit la kt orang tue tu,bkn dy yang jentik,kite x tau perkara sebenar,jgn nk salahkan orang jer,x kan la pihak sekolah tu bijak sgt setakat jentik nk buang sekolah,berita harian ni yokyok or jer

cikguwarda

tahniah pihak sekolah kerana bersatu-padu mengambil keputusan untuk kebaikan pelajar-pelajar lain. ini akan jadi pengajaran untuk pelajar-pelajar lain. saya yakin 20 orang pelajar ini pasti ada kes lain sebelum ini, mungkin tak sampai ke pengetahuan guru. ini adalah tindakan bijak sekolah supaya pelajar lain takut dan berhati-hati..

Norhelmey Othman

Kalau dah buat silap kenelah tanggung akibatnya. Kalau kiter asik beri peluang sampai bile pun isu buli nih x selesai. Ibu bapa terbabit harus memastikan anak2 mereka bertanggung jawab atas perbuatan mereka

fadzilah rasit

spatutnya membuang skolah wajar d lakukan oleh pihak sekola. ini adalah untuk peringatan kepada plajar yg lain & pentingnya disiplin skola..untuk nama baik skola itu. tapi x sala kpada ibu bapa plajar yg terlibat untuk membuat rayuan walaupun susah mcm mana atas ksalahan yg anak mereka sudah lakukan

bila salah pelajar nak beri peluang kedua, tapi bila salah guru... terus nak saman. bila dah terkena baru nak semua orang bertolak ansur... ingatlah, kita ibarat roda, hari ini kita di atas, esok lusa kita dibawah...

aku

kene jentik je pun...awat manje sgt budak tu..hehehe...

Ema

Sebagai pelajar SBP mereka sudah patut maklum peraturan yang ditetapkan. Ibu bapa pun harus faham lah peraturan pihak sekolah. sudah dimaklumkan hukuman kesalahan berat macamana, ikutlah peraturan. Kalau sudah tercatit hitam putih dibuang sekolah, terima saja kerana anak-anak pun dah sedia maklum. Itu lah pelajar, tak nak ikut peraturan lepastu kena hukum baru nak merayu-rayu.

Ishak Siraj

Selalunya macam tu lah....anak-anak buat salah tidak fikir akibatnya.Ibubapa bela anak-anak.Sesekali anak-anak tu patut diberi pengajaran agar mereka insaf.Bertegas sedikit...tindakan sekolah itu betul.

aleef ajoy

saya sendiri bekas pelajar SBP..... setuju sangat...... syabas kepada pihak sekolah....

pelajar

as-salam..tindakan ini ada pro n kontra nya..namun ibu bapa dan penjaga haruslah menerima nya..hal ini berpunca drpd sikap anak yg seperti itu..seharusnya jika mreka mahu mmbuli berpada2 dan tidak menjejaskan fizikal mahupun mental seseorg itu..saya juga pernah mengalaminya..dalam hal ini,,pelajar itu sendiri perlu faham akan tanggungjawab mereka dan menjaga tingkah laku,,jangan sudah terhantuk baru tengadah

Leena

Cuma jentik dahi budak Tingkatan 4? Sampai luka berdarah ke. Sampai sakit mental ke. Aku dulu masa tingkatan 2 disuruh duduk tahiyat awal selama 2 3 jam beramai2 hanya kerana sorang buat salah je. Bile dah besar, kebanyakkan kitorang rilek je, dah berjaya masuk alam keje jek. Jangan menilai budak2 ni dgn hanya kesalahan kecik macam ni. Terus menghukum tanpa beri nasihat.

EX-SBP Joe

sebenarnya kebanyakan junior sekarang nih sudah pandai biadap.dulu masa saya senior dekat SBP ada ke patut yang junior nih ajak gaduh ramai2 dengan senior.kami senior takde pun cari pasal dengan mereka.didikan harus diberikan kepada mereka yang bersalah.suruh sekolah cari punca apa yang menyebabkan si senior jentik dahi si junior.baru lah tau siapa yang salah

Mahasiswa

20 orang ni bukan leh dikategori sbg NAKAL tp JAHAT dah ni.......Klau dulu 20 tahun,15 tahun dulu walaupun Nakal tapi tetap hormat cikgu dan kawan2......TAHNIAH SBPI Kubang Pasu.Tindakan Bijak. Kalau mak bapak sendiri tak leh ajar anak sapa lagi nk ajar...

montaha

semuanya ada hikmah.pengajaran dan iktibar.manusia rancang Allah tentukan.bila dah berlaku terimalah seadanya. masing-masing muhasabah diri . kerja baik yang kita buat kerana Allah , Insya Allah . Allah tolong kita. apa pun jangan tunggu sampai nazak. mencegah lebih baik dari merawat.

WOLVERINE

YA ALLAH... JENTIK POWN KENA BUANG SEKOLAH KEW?? ISH3 PELIK2 DUNIA AKHIR ZAMAN NI.. HERM...

john

yang kena jentik tu manja sgt.

Sufian

betui jugak susah nak dpt sekolah lain...jadi kita bagi peluang mereka belajar disekolah yg sama tapi tanpa asrama yakni kena ulang alik setiap hari dan di hukum sebat dgn jumlah jentikan yg dilakukan

msubzz

padan muka,,,biar dorang kna buang sekolah..baru dorg ada akal

aman

Sokong Pengurusan Sekolah. Kalau asyik nak kesian, budaya samseng macam ni akan terus berleluasa, tak perlu bagi peluang lagi, sebab bagi banyak peluang pun, manusia jenis ini bukan tahu menghargai.. mak bapak pun x perlu asik salahkan pihak sekolah.. tengok la perangai anak sendiri, sendiri mau ingat la, bila dah terhantuk, baru buat muka 10 sen

muaz

majoriti yg komen, menyokong diambil tindakan keatas pelajar .. JUGA dijentik dahi kepada ibu bapa didalam gambar ini .. haa bak kata Exco dewan makan kita :P

The Jabbawockees

kalau kena jentik pun dah merepot, mcm mana nak mengharungi hidup d masa akan datang yg lebih mencabar dan berbahaya.......kalau kena jentik pun dah x tahan, bagus pindah skola jak la......kita pergi skola berasrama penuh untuk bina jati diri yg kukuh....kalau jentik pun x tahan, bagus pg skola biasa je la....

Norhayati Ab Rahman

Saya merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh dan saya merasakan tindakan pihak sekolah adalah wajar kerana sekolah berasrama penuh merupakan sekolah bagi golongan terpilih yang tidak mempunyai 'masalah disiplin' dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.Budaya buli dan ragging seharusnya telah lama berkubur kerana ini hanya akan menimbulkan impak negatif pada mangsa buli. Anak saya pernah menjadi mangsa buli di sekolah dan sejak kejadian itu dia mengalami gangguan emosi dan enggan ke sekolah serta tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Seharusnya ibu bapa kepada kaki buli tersebut memikirkan kesan yang dialami oleh mangsa buli bukan hanya menyalahkan pihak sekolah kerana mengambil tindakan ke atas anak mereka.

Dol Kenit

SETUJU dengan tindakan pihak sek..setuju dengan kata Abg Man.1 pepatah utk kes ni..
"BAPA BOREK, ANAK RINTIK"!!!

Rin

anak dibuang sekolah kerana membuli..ibu bapa ini kata 'tindakan sekolah keterlaluan dan tidak memberi peluang kedua' tapi kalau anak mereka yg KENA buli...ibu bapa ini dah berlari ke balai polis,siap panggil reporter dan pasti cakap begini 'sekolah gagal menjalankan tanggungjawab..membiarkan anak saya dibuli'. Memang wajarpun pelajar yang dibuang sukar mencari sekolah lain sebab mana2 sekolah tidak ingin menempatkan pelajar yang ada kesalahan disiplin berat. Tindakan pihak sekolah tersebut wajar, mereka mengambil keputusanpun selepas mesyuarat dengan PIBG

bapak2

wajar d beri hukuman sedemikian agar buat pengajaran kepada yang lain. ibubapa janganlah pandai melenting sahaja, mungkin pihak sekolah dah maklum sebelum ini namun ambil tak kisah aja. nah ajarlah anak2 agar menjadi orang.

bekas pembuli

nk ckp camne pon tk tau...kalau kasi peluang kedue maknenye nnt setiap pelajar yg masuk sbp boleh lah membuli sekali... sbb ade peluang kedue..mgkin tk adil..tp pikir2 kan laa...org yg kene buli tu...mak ngan ayah die rase camne...mak ayah si pembuli lak rase camne kalo anak diorang kene...jgn nk pikir pasal diri anak sendiri je..anak org laen pon kene tau gak camne dan ape yg die rase apabila dibuli...atas pengalaman...sy sgt sokong ia dibuang..walaupun ia nmpk berat tp ia wajar sbb kalo tk lg meleluasa...tq...

ika

ibu-ibu bapak-bapak pelajar yang kena buang...ambik je anak-anak anda hantar ke sekolah harian..percayalah mereka akan jadi pelajar cemerlang.jgn bagi peluang kedua sebab peluang kedua inilah yang akan terua merosakkan mereka..tidak ada keinsafan dalam masa yang singkat..sebagai waris anda kena faham situasi jika anak anda berada di tempat mangsa..be gentleman..

zoo

alah , jentik dahi je pon .

bakal guru

hurm..seharusnya hal bgini usah diperbesarkan..biasalah hal buli ini..cam x pernah lari sudah dari masalah ni..si junior kena buli..senior membuli..yang senior pun satu..kalau nak menbuli..1 vs 1..bukan 20 sekali gus..na!! kena cop sudah PENGECUT.. bukan pa..salah sudah ni membuli...junior plak..mgkin bersikap sombong ma senior...kadang kala,tegurlah senior..kalau dia minta tolong,buatlah..pi jan selalu...yang senior pula ni..jan nak tunjuk taring kat situ..law maw dihormati sebagai yang terburuk,lakukan lah..tapi ingat...Balasan Pencipta tetap ada..bgi saya,hukuman kena buang sekolah ada pro dan kontranya..bgi saya..wajarlah..sebab??
1- beri pengajaran pada mereka yang suka menbuli
1- sentiasa berpegang pada jati diri..menjadi manusia yang baik..
3 - jan jadi samseng x berakal..bgus lagi samseng yang tahu mana samsengnya disalurkan..bukan begini...20 lawan 1..huh..maaf pelajar..mmg korang PENGECUT lah..buat malu kaum lelaki saja..

ika

ibu-ibu bapak-bapak pelajar yang kena buang...ambik je anak-anak anda hantar ke sekolah harian..percayalah mereka akan jadi pelajar cemerlang.jgn bagi peluang kedua sebab peluang kedua inilah yang akan terua merosakkan mereka..tidak ada keinsafan dalam masa yang singkat..sebagai waris anda kena faham situasi jika anak anda berada di tempat mangsa..be gentleman..

zaidah

sangat stuju dgn tindakan pihak sekolah..pengajaran bgi smua pelajar2 lain..jgn senang2 nk buli or jentik anak2 org sewenang2 nya...apa hak mereka nak buli2 or jentik anak org sedangkn bukan mereka yg menjadikan nya..mengandungkannya..mersai kesakitan n keperitan melahirkan nya..memberi n menampung kehidupan nya dr bayi smpi besar..walauapa pun kesalahan pelajar yg kna buli itu..sesama pelajar tidak ada hak nak menyentuh tubuh badan pelajar yg lain..teguran secara lisan n berhemah sudah mencukupi..dan selebihnya biar pihak pentadbiran sekolah yg patut tentukan nya..ni baru umur 17 tahun..bayangkan la bila umur 27 tahun apa yg diorang akan lakukan..pada ibubapa pelajar ni..terima lah hakikat...jgn terlalu menyebelahi anak2..nanti diorang pijak kepala..SYABAS pd pihak sekolah..

Ariff

Memang patut dibuang. Apa yang zalimnya pihak sekolah?

awing

Kejadian buli sebelum-sebelum ini dah sepatutnya jadi pengajaran.Kesan dan akibat membuli semua sudah jelas. Buang dari sekolah asrama masuk sekolah harian biasa biar emak & bapak dia pula yang pantau.Sekolah tempat menuntut ilmu beri kebebasan kepada pelajar yang nak belajar.Pelajar yang mengamalkan budaya samseng tendang keluar...beri pengajaran di luar sana.

sekolah dah lakukan tindakan yg betol..budak2 mcm ni mmg xlayak masuk sbp..patutnya anak saya yg dpt masuk sbp tu.dia dah la baik dapat 5A upsr pon xdpt..yg dpt budak2 nakal kaki buli..xbersyukur betol..dah dpt twaran sbp tu belajar jer beol jgn tjk lagak..nak membuli lak..baik masuk SMKA la mcm ni..mak bapak diorg ni risau..nanti dlm keputusan spm xder da tercatat nama sekolah berasrama penuh..kes ni dah biasa pon..ni jer yg heboh

ramlee

tak kan la jentik kene buang skolah.. plik btol.. tpi pdn muka sape suroh jentik.. dripada jentik baek buli mcm budak MTD yg kene dulu tu.. kene buang skolah jgk.. tu la tak pikir sbelom buli.. buli pkai jentik je.. halaaa.. kecut ke?

che lah smart

ini perkara biasa la duduk asrama, kalau hal jentik dahi shj..ape la nk kesah sgt. padahal hal yg bergaduh tuu semua skolah ada laaa.. sume nk tunjuk lagak..
tapi pengalaman ini membesarkn

insan simpati

mgkin ada sbb trtntu pra pljr ni mnjentik mgsa...mgkin mgsa ada wat kslhn kpd pr pljr ni...slain itu,hkumn buang skolh yg d jtohkn akn mnyush kn pr pljr,trutma yg mngambil alrn sc tknkl..
ta bnyk skolh yg mmpunyai alrn itu...

imran

mak bapak xpuas hati apa,20 orang jentik sorang sure lebam kepala budak tu.Bagi peluang kedua? tidak..

insan simpati

mgkin ada sbb trtntu pra pljr ni mnjentik mgsa...mgkin mgsa ada wat kslhn kpd pr pljr ni...slain itu,hkumn buang skolh yg d jtohkn akn mnyush kn pr pljr,trutma yg mngambil alrn sc tknkl..
ta bnyk skolh yg mmpunyai alrn itu...

nak habaq mai

sya rasa lew..... cuba ampa semua pikiaq. senior sebelum nie dok wat cam2 dak kat junior depa? yg dibuli tuw org yg macam mana? pembulli kpd junior yg lain pulak ka? apa yg menyebabkan dibuli?? mulut cam longkang ka??

Rin

anak dibuang sekolah kerana membuli..ibu bapa ini kata 'tindakan sekolah keterlaluan dan tidak memberi peluang kedua' tapi kalau anak mereka yg KENA buli...ibu bapa ini dah berlari ke balai polis,siap panggil reporter dan pasti cakap begini 'sekolah gagal menjalankan tanggungjawab..membiarkan anak saya dibuli'. Memang wajarpun pelajar yang dibuang sukar mencari sekolah lain sebab mana2 sekolah tidak ingin menempatkan pelajar yang ada kesalahan disiplin berat. Tindakan pihak sekolah tersebut wajar, mereka mengambil keputusanpun selepas mesyuarat dengan PIBG

along

ayah/mak dengan anak sama je
terlalu manjakan anak

yus

kalau junior buat salah bagilah hukuman yang boleh mendatangkan pengajaran kepada dia.contohnya bagi denda kemas Dorm Asrama selama 3 hari.pada masa yg sama dia dpt belajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan cara nak kekalkannya bkn saja disekolah tp utk diaplikasikan di mana saja.

wanblur

Saya fikir, sekolah tersebut perlu meneliti kembali hukuman yang dikenakan kepada pelajar. Sebab ini bukan kes pertama kejadian sebegini terjadi. Lagipun, jentik jer pun. Tak mati punya kena jentik.. apa da..

123

dulu-dulu pelajar dirotan disekolah kerana membuat kesalahan.selepas itu apabila pulang kerumah makpak rotan lagi.sekarang ni anak anak kena cubit ka kena rotan ka kena buang ka....semua nak mai hentam pihak sekolah.....

Fiq

Salah ibu bapalah siapa suruh tak didik anak jadi baik!

Pemerhati

Ini lah maka bapak sekarang. Belum lagi anak mereka dipukul oleh cikgu, dibuang sekolah berasrama penuh pun protes. Macam-macam alasan yang diberikan, menganggu pelajaran anak la...sebab tu anak-anak zaman sekarang ni tak jadi orang biarpun cerdik dan berkerjaya baik.

m.ilham

kepada pelajar2 terbabit,elok pergi sek.tentera ke,sek jahat ke.pasal dh memang hero.......nk buat mcm mne.

Aida

Memang patut sangat lah tindakan sekolah dengan membuang 20 pelajar tersebut. Sekolah tempat untuk menuntut ilmu, bukannya tempat untuk menunjukkan perangai samseng masing2. Tindakan awal yg diambil oleh pihak sekolah, harus dicontohi oleh pihak sekolah yang lain. Jangan hanya mendiamkan diri dengan kegiatan samseng pelajar dengan alasan mahu menjaga nama baik sekolah. Mulanya, jentik dahi. Makin dibiarkan, mungkin akan jadi lebih teruk. Andai kata anak mereka yang dijentik dahinya.. Mau membara hati mereka.. Begitu juga lah perasaan ibu bapa si mangsa apabila melihat anaknya dibuli sesuka hati. Ibu bapa tolonglah jangan terlalu manjakan anak-anak. nanti diri sendiri yang merana. Fikir-fikirkanlah.

Aida

Memang patut sangat lah tindakan sekolah dengan membuang 20 pelajar tersebut. Sekolah tempat untuk menuntut ilmu, bukannya tempat untuk menunjukkan perangai samseng masing2. Tindakan awal yg diambil oleh pihak sekolah, harus dicontohi oleh pihak sekolah yang lain. Jangan hanya mendiamkan diri dengan kegiatan samseng pelajar dengan alasan mahu menjaga nama baik sekolah. Mulanya, jentik dahi. Makin dibiarkan, mungkin akan jadi lebih teruk. Andai kata anak mereka yang dijentik dahinya.. Mau membara hati mereka.. Begitu juga lah perasaan ibu bapa si mangsa apabila melihat anaknya dibuli sesuka hati. Ibu bapa tolonglah jangan terlalu manjakan anak-anak. nanti diri sendiri yang merana. Fikir-fikirkanlah.

Fzzz

Star light je kat dahi mak bapak yang backing anak samseng diorang tu..

awing

pihak sekolah perlu tegas dengan keputusan.Kesan dan akibat membuli dah jelas seperti kejadian sebelum-2 sepatutnya dijadikan pengajaran. Ibu bapa sepatutnya prihatin dan sentiasa eratkan hubungan dengan pihak sekolah,Sentiasa prihatin sikap dan tingkahlaku anak-anak.Kenalpasti rakan anak-anak secara tidak langsung dapat memberi gambaran sikap dan tingkah laku anak-anak diluar rumah..

aiman

rasanya ni bukan kali pertama ni... dasar pembuli memang macam tu.. ego dan minta dihormati.. rasa besar diri.. jentik aje dahi mak bapak mereka..

bekas bdk SBP

amat rasa terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang mengambil tindakan drastik membuang para pelajar tersebut. saya bekas pelajar SBP dan saya rasa saya pernah di buli dengan lebih teruk oleh pelajar2 senior..mengapa para pelajar itu tidak dibuang walaupun tindakan mereka itu telah saya lapor kepada pihak sekolah??
renung2 kan lah....

faiz hazim

saye rase pihak skolah perlulah brfikiran matang,,,,jgn lah trburu buru....mungkin pelajar berkenaan melakukan perkara tersebut diluar kawalan....mungkin juga nafsu membelenggu...saya percaya...pentadbiran sekolah juga pernah melakukan benda yg sama semasa zaman persekolahan....jgn berselindung.....mereka wajar dberi peluang yg kdua.....apabila syaitan membelenggu...rosaklah anak adam itu...

john

kena jentik pon report sekolah?apela lembik sangat budak2 nie.. aku duk hostel 5 tahun.cakap nak berdikari.besok kalau dah keje,kalau ada orang jentik sikit nak bagitahu sapa pulak?selalunya kalau kena belasah beramai ramai,mesti ada 'kiri kanan'.kena tanya yang dijentik..

m.ilham

ada sesetengah ibu bapak suka/seronok ana2 dia buli pelajar baru di sek,malah diajar utk lebih berani lg.pasal dia beranggapan anak dia hebat di sek.mak bapa dia pun sama,tak kan tak tahu perangai anak2 sendiri.sedang kn anak ayam belum menetas pun kita tahu jantan ke betina

Muka ibu bapa tu pun nmpak sgt tlalu MANJAKAN anak diorg.. mereka x rase klu anak mreka yg TERKENA.. saya SOKONG tindakan pihak sekolah !!!

zam75

hantar je pelajar tu semua ke sek henry gurney melaka.br tau rasa.mak bapak atanr sekolah suh belajar.lain plak pekerjaan nya.
kurang sangat kes pelajar bansa lain membuli.hanya pelajar status bumiputera je yang banyak buat hal.mak bapak pun kena baca la buku tatatertib asrama.dah tertulis kan jangan membuli.adakan slogan ' katakan tidak pada buli' disemua asrama seluruh sekolah di malayisa ni.

john

kena jentik pon report sekolah? apela lembik sangat budak2 nie.. aku duk hostel 5 tahun.cakap nak berdikari.besok kalau dah keje,kalau ada orang jentik sikit nak bagitahu sapa pulak?selalunya kalau kena belasah beramai ramai,mesti ada 'kiri kanan'.kena tanya yang dijentik..

faiz hazim

saye rase pihak skolah perlulah brfikiran matang,,,,jgn lah trburu buru....mungkin pelajar berkenaan melakukan perkara tersebut diluar kawalan....mungkin juga nafsu membelenggu...saya percaya...pentadbiran sekolah juga pernah melakukan benda yg sama semasa zaman persekolahan....jgn berselindung.....mereka wajar dberi peluang yg kdua.....apabila syaitan membelenggu...rosaklah anak adam itu...

aku juga seorang guru

aku berdoa semoga anak cucu ku menjadi seorang insan yang berperikemanusiaan terhadap semua makhluk alam......jangan menyakiti dan tiada disakiti.....sama2lah kita didik anak2 kita untuk generasi penuh iman di masa depan...AMIN....KU MOHON DARI MU YA ALLAH..................

ddin

Tiada kompromi dalam perlanggaran displin.Tindakan sekolah adalah betul dan tepat.Sepatutnya perkara ini tidak berlaku di sekolah berasrama penuh kerana pelajar yang belajar di situ adalah dari kalangan mereka yug terpilih berdasarkan akademik yg baik.Peluang kedua telah dan akan di beri tetapi bukan disekolah tersebut.Tiada satupun kenyataan ibubapa pelajar yang terbabit memohon maaf.Jangan fikir hal anak kita sahaja.Macam mana perasaan pelajar yg kena buli tu bila terpaksa tengok mereka mereka ini setiap hari disekolah?...Terimalah hakikat mereka bersalah...dan mereka patut menerima hukuman...BERANI TANGAN MENCINCANG MAKA BERANI JUGALAH BAHU MEMUIKUL...NASI SUDAH MENJADI BUBUR..SYABAS PEHAK SEKOLAH...TINDAKAN YG TEGAS DAN BERANI...PEHAK KEMENTERIAN JGN TERIMA SEBARANG RAYUAN...TAK GUNA PEHAK SEKOLAH MENGAMBIL TINDAKAN SEKIRANYA PEHAK KEMENTERIAN MEMBATALKANYA...

aku berdoa semoga anak cucu ku menjadi seorang insan yang berperikemanusiaan terhadap semua makhluk alam......jangan menyakiti dan tiada disakiti.....sama2lah kita didik anak2 kita untuk generasi penuh iman di masa depan...AMIN....KU MOHON DARI MU YA ALLAH..................

ajiem

saye rase pihak skolah perlulah brfikiran matang,,,,jgn lah trburu buru....meng pelajar berkenaan melakukan perkara tersebut diluar kawalan....mungkin juga nafsu membelenggu...saya percaya...pentadbiran sekolah juga pernah melakukan benda yg sama semasa zaman persekolahan....jgn berselindung...mengaku je la...mereka wajar dberi peluang yg kdua

m.ilham

makluman kepada ibu bapa pelajar tersebut:dah tahu anak kita susah nak tukar sekolah lain selepas di buang,ajar anak tu jadi baik sikit,jgn ajar anak kita jadi brutal,membuli pelajar junior.sepatutnya pelajar pergi sek,untuk belajar.....,bukan untuk tunjuk semseng.tambahan pelajar prempuan,dah mengalakan jantan pulak.

el hafeez

To IBU:

Sekolahkan anak anda di tempat yang lebih baik. Di Sekolah tersebut bukan satu sekolah yang baik.

SETUJU BUANG SEKOLAH...

zack

dr jon biarlah 20 bakal profesional ni dibuang kalau boleh dimasukkan ke henry gurney. tak guna jadi profesional kalau tiada adap dan akhlak. nanti kalau jadi engineer buat bangunan retak sana sini lepas tu lepas tangan, jadi doktor potong jari bayi, bagi injection dan ubat salah, tisu dan jarum tertinggal dalam badan lepas tu takut kena hukum sampai kementerian kene bela...takkan dah jadi profesional pun dan buat salah masih nak orang bela .....yang salah hukum ......saya yakin profesional yang tak guna ni masa sekolah dulu ni pasti kaki buli atau mak bapak selalu baking bila buat salah

Sly

Keputusan pihak sekolah yang tepat, ianya akan jadi pengajaran untuk semua pelajar-pelajar sekolah diseluruh Malaysia...harap pengetua yang lain juga akan belajar dan mengikuti tindakan tegas seperti ini untuk membendung budaya samseng.

m.ilham

makluman kepada ibu bapa pelajar tersebut:dah tahu anak kita susah nak tukar sekolah lain selepas di buang,ajar anak tu jadi baik sikit,jgn ajar anak kita jadi brutal,membuli pelajar junior.sepatutnya pelajar pergi sek,untuk belajar.....,bukan untuk tunjuk semseng.tambahan pelajar prempuan,dah mengalakan jantan pulak.

Bapa prihatin

Memang patut budak budak tu di buang sekolah. Sebagai pengajaran kpd yg lain termasuk kpd anak saya sendiri. Kalau tidak sampai bila pun kes buli ni tak akan berkurangan atau dapat dihentikan.

Zi

Mungkin Si Junior ni buat salah!!Tapi jangan lah Sinior ni g hukum dia, skrg sapa yg susah!!hukuman yg dibuat pihak sekolah adalah mengikut peraturan. Syabas.

Guru elit

Beri peluang kedua! Kalau macam tu semua pelajar layak diberi peluang sekali sepanjang berada di asrama penuh untuk membuli pelajar baru. Bagaimana pula perasaan pelajar yang kena buli sekiranya masih berhadapan dengan samseng-samseng sekolah ni? Penjaga yang x berpuas hati ni mesti dulu pun lebih kurang sama dengan perangai anak dorang ni. Tak tau malu! Boleh ke masa kena saman ekor, anda memohon peluang kedua? Cit, porah!

singgoh ngate rawe

budak patut diajar supaya kelak tidak jadi samsing.inilah calon san\msing akan datang.penjaga pula misti ajar anak supaya jadi orang

KUKURUKU

SEKOLAH ADALAH TEMPAT UNTUK MENIMBA ILMU...BUKANNYER TEMPAT UNTUK MENUNJUKKAN ILMU YANG TIDAK DIPRAKTIKKAN DI SEKOLAH.....SO RASANYER ADA BAGUSNYA HUKUMAN ITU DIKENAKAN KEPADA 20 ORANG PELAJAR TERBABIT...SEBAB IANYA AMATLAH BERBALOI....

rahman

jgn nak salahkan sekolah.mesti sekolah sudah meneliti dgn terperinci sebelum mwmbuat keputusan. Sy percaya bukan setakat jentik dahi je yg dilakukan. mungkin lebih daripada itu & sengaja tidak dihebohkan.

Izah

Sekolah SBP dah mengariskan panduan jenis2 kesalahan yg harus dibuang sekolah. Saya pasti pihak sekolah dah mengambil tindakan berdasarkan panduan tersebut. Kalau benar 20 pelajar itu bersalah, mereka memang patut dibuang. Pelajar yg suka membuli, memang sukar berubah walau diberi kaunseling. Silap2 pelajar yg buat aduan tu akan dibuli semula sebab dendam. Mereka akan dibuli secara senyap, sangat bahaya keadaan ini.

Az

Kegagalan sesuatu peraturan, kerana kita tidak mengikut peraturan. Kegagalan akademik adalah kelemahan disiplin. Kesalahan perlu dihukum sebagai pengajaran kepada pesalah dan orang lain.

Exco dewan makan

Saya adalah bekas pelajar sekolah berasrama. Setuju dengan tindakan pihak sekolah. Boleh tak ibu bapa yg dalam gambar diatas dijentik kepala beramai2 macamana anak2 diorang jentik anak orang lain? Kalau boleh dihadapan seluruh warga ibubapa pelajar lain. Selepas itu mungkin boleh dipertimbangkan.

a

saya memang sokong tindakan pihak sekolah...satu tindakan yg tepat..."melentur buluh biarlah dr rebungnya"

is

saya setuju degn tindakan pihk sekolah dgn membuang pelajar2 terbabit, kalau betul mereka betul2 nak berjaya dalm hidup,mereka x buat perkara2 yg mcm 2, lbh bk mereka tumpukn perhatian pada pelajarn daripada buat benda2 yg x de faedah 2, ini jg jd pengajaran pada pelajar lain.

fatin

saya rasa sepatutnya ini dijadikan pengajaran kepada pihak lain. ini dah tunjukkan dengan jelas yang pihak sekolah x main2 dengan masalah disiplin walaupun ia bukanlah kesalahan yang berat. sesuai dengan statusnya sebagai sbp. sekolah harian biasa pun patut ambul perhatian. pelajar tak patut buat kesalahan, guru tak patut takut ambil tindakan dan ibu bapa tak patut hanya tahu menyalahkan

matahari

bertolak ansur boleh wahai ibu bapa tetapi kalau dah selalu pihak sekolah berdiam diri pelajar yang naik tocang....jgn jd kes pelajar ramai2 sabotaj guru displin tuduh diri di cabul sblm dirotan sedangkan pelajar beramai2 berpakat nak kenakan cikgu displin yang tak bersalah tu...so fikirkan lah...wahai ibubapa kita berkerja sehari tak takan tahu perangai sebenar anak2 kita...zaman skrg ni org luar spt sekolah, guru dan rakan2 mereka lebih mengetahui perangai anak2 kita...depan kita pijak semut pun tak mati....ini berdasarkan pengalaman sendiri....

rai yan

kesian btol dgn budak2 form 5 tu, smue nk tnjuk gengster pnye psal la tu.. saje nk cari keje kn drpd xde keje tu.. ahahaha..

is

saya setuju degn tindakan pihk sekolah dgn membuang pelajar2 terbabit, kalau betul mereka betul2 nak berjaya dalm hidup,mereka x buat perkara2 yg mcm 2, lbh bk mereka tumpukn perhatian pada pelajarn daripada buat benda2 yg x de faedah 2, ini jg jd pengajaran pada pelajar lain.

Mario

Kita sebagai bapa pun pernah jd penuntut sekolah suatu masa dahulu,kita berfikir sejenak,seandainya kita yg menjadi MANGSA BULI,apa yg kita fikirkan.Tindakan pihak sekolah mengambil tindakan BUANG SEKOLAH terhadap 20 orang pelajar tersebut adalah KENA pada tempatnya,ianya akan jd pengajaran dan tauladan kepada pelajar lain.Kita tidak mau BUDAYA SAMSENG mula bertapak dan menular disekolah.Anak anak yg datang kesekolah untuk menuntut ilmu,bukan untuk belajar menjadi SAMSENG,dalam usia yg begitu muda mereka dah mula BERKUMPULAN membuli pelajar lain,apa akan jadi kalau kita biarkan dan mereka meningkat dewasa kelak.Kepada anak anak yg masih bersekolah,jadikan apa yg telah berlaku sebagai tauladan dan panduan untuk hari ESOK.

farhanah Samat

tunggu anak mereka yang dijentik.

Nurul

Saya sokong dengan tindakan sekolah. Dalam hal ini jelas menunjukkan sekolah tegas dalam pelaksanaan disiplin. Mengapa? Kerana itulah yang sepatutnya. Apa nasib pelajar yang dibuli? Baru sorang..Mungkin ada lagi yang tidak sanggup tampil kedepan. Mungkin takut dengan ugutan. Dan saya percaya, mungkin ini bukan hukuman pertama ke atas disiplin 20 orang pelajar ini.. Terima kasih.

IBU

Tindakan yang keterlaluan. Semua orang berhak diberi peluang kedua. Apatah lagi anak bangsa sendiri. Mereka mempunyai pelbagai alasan kenapa tindakan diambil. Pihak sekolah hanya perlu lebih tegas memberi denda dan nasihat. Jalan keluar dengan membuang sekolah adalah terlalu ekstrim dan zalim. Masa depan pelajar akan terjejas. Ibubapa yang terlibat saya pasti sangat berdukacita. Kalau boleh pihak yang lain janganlah menambah lagi kesusahan orang lain sebaliknya membantu memberi idea untuk mengatasi masalah ini. Sedangkan pesalah di penjara diberi keampunan inikan pula pelajar yang masih di bangku sekolah. Beri mereka peluang untuk menebus kesalahan dengan mendapat keputusan cemerlang pada SPM mereka. Pelajar dan ibubapa pelajar yang dibuli juga saya rasa menyokong supaya pelajar senior itu patut diberi denda yang lebih sepatutnya daripada dibuang sekolah hanya disebabkan perkara ini.

Abang Man

Sewajarnya mereka dibuang sekolah. Dah banyak kejadian serupa berlaku hingga ada yang meninggal dunia. Jika dilayan permintaan ibu bapa kejadian begini berterusan. Anak kawan saya hingga mengalami gangguan mental (gila) dengan kejadian begini. Bagi ibu bapa pelajar jika kena kepada anak sendiri. Bagaimana????

Joe

Ibu bapa jangan manjakan anak sangat...dah bersalah biarkan jadi pengajaran..lepas ni mungkin pelajar tu sedar kesilapan dia...dan tebus balik masa SPM nanti..ibu bapa jangan menggelabah....banyak lagi sekolah...
tahniah pada berita harian...artikel ni membuatkan pelajar2 lain takut untuk membuli junior mereka...

20 pelajar "cerdik+bodoh" adalah salah didikan penjaga bukan pihak sekolah, muhasabahlah diri sendiri

batoulelisou

hmmmmm....nak tambah satu lagi...budak2 sekarang dah tak takut rotan dah(sakit dirotan masa tu sahaja),apa lagi kaunseling....selagi mentaliti ibu bapa yang sangat suka mempertahankan anak mereka yang 'baik' tu tak berubah.Ibu bapa perlu ingat, seorang individu itu,apalagi insan muda, amat senang mendalami lebih daripada satu watak ketika muda.Depan Ibu lain,depan bapa lain,depan kawan lain dan depan guru pula lain.Fikir2kan....

theMMONAS

kaunseling individu jika dibuat dengan betul2 akan berkesan. peringkat sekolah menengah kaunseling kelompok sesuai untuk akademik.

shawn

sokong tindakan pihak sekolah.kalau anak sendiri kena buli barulah ibubapa pelajar yang bersalah ni sedar betapa pentingnya pihak sekolah menjaga keselamatan pelajar-pelajar lain.jangan asik nak menangkan anak.sepatutnya sedarkan anak-anak yang nak ambil SPM ni supaya belajar sungguh-sungguh bukannya buang masa buli pelajar lain.Pelajar yang bersalah memang seharusnya dihukum dan ibubapa pelajar tersebut kena lah terima hukuman yang ditetapkan.

Hairudin

Pihak keluarga jgn nak salahkan pihak sekolah..kl terjadi pada anak mereka sendiri mcmana..fikir2kanlah...

Hairudin

Pihak keluarga jgn nak salahkan pihak sekolah..kl terjadi pada anak mereka sendiri mcmana..fikir2kanlah...

royhackem

Tindakan wajar dilakukan pihak sekolah supaya trend 'buli junior' tidak lagi menjadi tradisi bagi pelajar sekolah asrama dan menjadi pengajaran buat pelajar-pelajar yang lain.

aura

tindakan yg betul dan tepat sekali...krn terlalu byk kes buli samaada dilapor atau tidak,cerdik akdemik namun tidak bijak dlm hal hub..dgn org lain..soal sekolah patut melakukan sesuatu agar yg benar cerdik dan mahu bljr sahaja yg dapat masuk SBP.

batoulelisou

hmmmmm....kalau nak difikirkan secara logiknya,pelajar yang betul2 ingin belajar tak mungkin akan buat kerja yang bodoh ni.Ibu bapa tolong fikirkan semasak-masaknya peribadi dan perangai anak-anak di sekolah.Maklumlah anak2 kita ni perangainya ' seolah-olah kucing sembunyikan kuku' di rumah,apabila dah berada di sekolah dan berjumpa dengan kawan yang sama aliran tak betul tu,pastinya akan mengeluarkan kuku dan tajamnya, dan mula membuat onar di sekolah.Pihak sekolah pula, seelok-eloknya sediakan cukup bukti tentang perangai pelajar2 yang bermasalah di sekolah (terutama tentang berapa kali peluang telah diberikan untuk berubah, agar tiada peluang untuk ibu bapa yang sentiasa "kalah" dengan desakan anak2 mereka yang 'sangat manja' tu untuk bertindak balas balik.Sebaiknya juga sentiasa mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa PIBG sekolah,untuk setiap masalah disiplin yang berlaku berlaku setiap 2 bulan,atau paling rajin pun setiap bulan.

zahidi

Sokong tindakan pihak sekolah. Kalau rotan, nanti mak ayah saman sekolah pula, sebab anak mereka "cedera".

noor

saya sgt sokong tindakan sekolah..ia akan jadi satu pengajaran buat mereka dan pelajar2 lain..walaupun ianya hanya jentik tetapi ia tetap salah dan mesti di hukum..biar yg lain2 tu takut dan hati2...

sue

kaki buli bukan senang untuk berubah, mereka ni ego tinggi dan suka menunjukkan keangkuhan dan 'kekuatan'... ini pengalaman saya sendiri yang menjadi mangsa kaki buli disebabkan saya tidak tunduk kepada mereka, laporan polis dibuat, sehinggalah saya terpaksa menjalani rawatan membuang serpihan batu bata dari luka di kepala akibat dibaling dan menerima lebih dari 20 jahitan!!! dan apa tindakan pihak sekolah ? LEPAS TANGAN... dia masih terus bersekolah dan dengan kegiatan aktif membuli....

20 org jentik sorg sekali, mau pening kepala budak tu.. huhuhu.. wajar.. wajar.. buang sekolah..

jee

takkan pihak sekolah buat keputusan terburu2....mungkin diorg ni dah byk kali diberi amaran dan peluang, so bila dah melampau tindakan terakhir kena buang sekolah la....kita pun tak tahu kedudukan sebenar kes ni....tp kalau budak2 jahat ni dibuang sekolah lagi la diorg akan jadik jahat...masukkan ke pusat pemulihan akhlak le....ibu bapa diorg pun nampak macam tak kesal je dgn sikap anak2 diorg yg melampau tu...tu belum ada yg mati, kalo ada yg mati apa pulak tindakan diorg, takkan marah kot kalo jadik kes polis....

cerdik tp takdak akai...mmg patut buang pun..buat malu status sekolah asrama penuh je..

liamsiman

Tidakan Pihak sekolah mungkin betul tapi kena ingat masa depan para pelajar sebelum mengambil tindakan yg drastik buli ini berlaku dimana-mana kerana displin sekolah yg tidak kurang pengawasan dari guru-guru

faridah

Buang je. Kalau dah ada yang cedera, cikgu juga disalahkan. Pelajar2 lain boleh ambil iktibar atas kejadian ini.

MEMANG PATUT DIBUANG SEKOLAH PELAJAR YANG SAMSENG DAN BIADAP.

yusny

jarang budak yang buat salah nak mengaku kesalahannya..hang yang menjadi mangsa tau sakitnya ...saya sokong sepenuhnya pembuli dibuang sekolah agar tidak jadi budaya dan menjadi pengajaran...

jee

takkan pihak sekolah buat keputusan terburu2....mungkin diorg ni dah byk kali diberi amaran dan peluang, so bila dah melampau tindakan terakhir kena buang sekolah la....kita pun tak tahu kedudukan sebenar kes ni....tp kalau budak2 jahat ni dibuang sekolah lagi la diorg akan jadik jahat...masukkan ke pusat pemulihan akhlak le....ibu bapa diorg pun nampak macam tak kesal je dgn sikap anak2 diorg yg melampau tu...tu belum ada yg mati, kalo ada yg mati apa pulak tindakan diorg, takkan marah kot kalo jadik kes polis....

Dihaw

Tindakan pihak sekolah adalah amat bertepatan. Jika tidak pelajar akan menjadi besar kepala kerana seakan kebal daripada tindakan. Pelatih ketenteraan pun tidak boleh diperlakukan perkara buli sewenangnya.Inikan pulak murid sekolah..

sempoi

bila dah berkumpulan tu, kebiasaannya dah tak jadi pelajar dah....sekiranya benar, maka sokong kepada tindakan sekolah...

Amran

Setiap pelajar mesti mengatahui setiap jenis kesalahan-kesalahan dan kategorinya mengikut kod salah laku.Buli merupakan salah laku kategori berat.Mereka juga tahu akibat yang akan diterima oleh perbuatan mereka.Adalah w wajar pihak pentadbiran sekolah mengambil tindakan membuang sekolah supaya salah laku berat tidak berulang lagi dalam institusi pendidikan negara.Poster Buli telah dipamerkan di dalam semua kawasan sekolah di Malaysia

MOHD ANUAR NASRI BIN NASIR

Pelajar2 kalau jentik bukan lagi lembik2 mesti kuat jentikan tu, bayangkan 20 org jentik sorang. 20 orang ni ramai dia akan berpotensi pengaruhi lebih ramai orang berbanding sorang pesalah. 20 orang akan create lebih ramai yang langgar disiplin banding sorang. Lagipun perkataan buang sekolah bukanlah tepat. Mereka ni ditukarkan sekolah.

Muhd Azlan

Sekiranya mereka merupakan pesalah kali pertama, peluang kedua wajar diberikan kepada mereka.Namun sekiranya rekod sebelum ini menunjukkan mereka pernah melakukan kesalahan adalah wajar dibuang sekolah sahaja.pelajar sebegini hanya mengganggu pelajar-pelajar lain yang komited terhadap pelajaran.

Amran

Setiap pelajar mesti mengetahui setiap jenis kesalahan-kesalahan dan kategorinya mengikut kod salah laku.Buli merupakan salah laku kategori berat.Mereka juga tahu akibat yang akan diterima oleh perbuatan mereka.Adalah wajar pihak pentadbiran sekolah mengambil tindakan membuang sekolah supaya salah laku berat tidak berulang lagi dalam institusi pendidikan negara.Poster Buli telah dipamerkan di dalam semua kawasan sekolah di Malaysia

Bekas Pembuli

inilah ibu bapa zaman sekarang yg sanggup mempertahankan anak mereka apabila dah buat silap..Tak sanggup terima kenyataan anak mereka seorang pembuli...

zinan

sayang masa depan mereka kalau dibuang. perkara ini pihak kementerian kena kaji semula sistem tindakan disiplin yang akan diambil terhadap pelajar masalah. saya syorkan gunalah kaedah lama iaitu 'rotan'. sebelum menjalankan hukuman saksi diperlukan dan juga salah laku pelajar perlu dijelaskan terhadap waris mereka. saya rasa cara ini lebih berkesan.

anoy

budak camni mmg dah mase depan tak menentu,
kalo bagi peluang kedua, abis la budak yg tukang repot tu.

lagipun kalo dah perangai dah suke buli dtg dr hati budak2 tu sendiri, dah tau bende tu salah jgn la buat, cukup bodoh 20 budak tu

zinan

sayang masa depan mereka kalau dibuang. perkara ini pihak kementerian kena kaji semula sistem tindakan disiplin yang akan diambil terhadap pelajar masalah. saya syorkan gunalah kaedah lama iaitu 'rotan'. sebelum menjalankan hukuman saksi diperlukan dan juga salah laku pelajar perlu dijelaskan terhadap waris mereka. saya rasa cara ini lebih berkesan.

kangemi

ibu bapa harus sentiasa menasihati/memantau/mengambil berat anak2 yg duduk di asrama..jgn dah berlaku sesuatu perkara/tindakan baru nak salahkan pihak2 lain..satu jari kita menuding orang tiga jari menuding diri kita..setiap musibah yg berlaku kita harus muhasabah diri kita..yg paling penting sentiasa nasihatkan/peringatkan anak2 tentang SOLAT..Insya-Allah akan terhindar perkara2 buruk..

rosy

SOKONG PIHAK SEKOLAH..SUDAH BERATUS KALI PIHAK TERTENTU MEMBERI AMARAN JANGAN AMALKAN SIKAP BULI.. TAPI MASIH ADA YANG NAK TUNJUK SAMSENG..LEBIH2 LAGI DI SEK BERASRAMA PENUH. IBUBAPA KGN SALAHKAN SEK. SALAHKAN LAH ANAK2 SENDIRI. SEPATUTNYA SEBELUM MASUK SEK BERASRAMA IBUBAPA MESTI SEDIA MAKLUM AKAN PERATURAN INI.. BUANG SAJA..

Karibunthai

Kamu dapat masuk asrama penuh buat hal. Kami tak dapat tapi nak masuk dan layak dan bersungguh dalam mengejar kecemerlangan. Kalau difikirkan, pelajar yang dibuang sekolah itu menutup peluang pelajar lain dan tidak menghargai dapat masuk SBP. Ikut saja kata Usop dalam HKLBR, "Kita bako je, Kita bako!"

ezan

tindakan sek ini sangat tepat dalam memberi pengajaran kepada pelajar lain. Apa perasaan kita sekiranya anak kita sendiri menjadi mangsa buli? Fikir-fikirkanlah...

..kota

masa ni baru la ibu bapa rasa tergugat..pastu salahkan pihak sekolah..tanya la anak2 masing2..xmungkin pihak skolah buang tanpa sbb yg kukuh kn...pandai pulak bgtau suruh bertolak ansur..anak mereka yg buat tu besar kepala la...

junior

tindakan yg tepat,supaya mjd pengajaran kepada semua pihak,sebenarnya perkara sebegini sudah lama berlaku di semua sekolah di seluruh malaysia,

hazrol

Ramai yang tak puas hati hukuman buang sekolah tu sebab anak yg kena jentik tu anak orang lain. Apakata mereka pula kalau yang dijentik tu anak sendiri? Sebab itulah Islam mementingkan pendidikan akhlak terbina dahulu melalui Al Quran kemudian disusuli oleh pendidikan lain sebagai batu loncatan untuk kerjaya dan kehidupan.

dr JON

Kenapa 20 orang senior menghukum seorang Junior??? Apa yang pelajar tingkatan 4 itu telah lakukan??Cuba kalian berfikir?? Takkan 20 org senior saja2 nk menghukum seorang pelajar? ADA tak Keterangan kedua2 pihak di ambil?? mana tau junior (pelajar Ting 4) telah melakukan kesilapan yang besar seperti mencuri, hisap rokok atau ganja di sekolah, sodomy ke etc?? Jangan hanya perkara kecil kita akan kehilangan 20 orang bakal2 ahli profesional..DR, Engineer, or maybe our next PM?? Please.. Great powers bring great responsibility..

akor

Bagi saya tindakan ini adalah amat sesuai. Pengalaman lalu membabitkan pelajar asrama penuh adalah menjadi iktibar. Tindakan pihak sekolah ini bukan tergesa2 kerana dibuat melalui PIBG. Pihak sekolah perlu menjaga kualiti pelajarnya iaitu berkualiti dari segi akademik dan sahsiah pelajar.

dr JON

Kenapa 20 orang senior menghukum seorang Junior??? Apa yang pelajar tingkatan 4 itu telah lakukan??Cuba kalian berfikir?? Takkan 20 org senior saja2 nk menghukum seorang pelajar? ADA tak Keterangan kedua2 pihak di ambil?? mana tau junior (pelajar Ting 4) telah melakukan kesilapan yang besar seperti mencuri, hisap rokok atau ganja di sekolah, sodomy ke etc?? Jangan hanya perkara kecil kita akan kehilangan 20 orang bakal2 ahli profesional..DR, Engineer, or maybe our next PM?? Please.. Great powers bring great responsibility..

amran

sokong tindakan pihak sekolah. kalau diberi peluang, mereka akan terus berdendam. kejadian buli akan terus berlarutan. buli adalah cerita lama yg tidak berkesudahan. mereka tak layak utk tinggal di asrama penuh.

Pedrosa

u touch, u go...tu la sape suruh buat.

din

Membuli memang satu kesalahan besar dan serius. Saya rasa semua pelajar dan ibu bapa telah dimaklumkan tentang hal ini semasa mula-mula mereka mendaftar.Jangan biarkan budaya buli ini merebak dan menjadi barah dalam kalangan pelajar.

misga

Kalau setakat menjentik dahi tak kan dikenakan hukuman yang berat seperti ini.Pembuli-pembuli seperti ini mempunyai otak yang pintar tetapi TIDAK BERTAMADUN. Pihak sekolah jangan sesekali berlembut dengan mereka yang berkenaan.

miloais milo

mak ayah hantar ke sekolah suruh belajar - supaya bila besar boleh jadik manusia yg berguna kepada agama - bangsa dan negara

yang korang dok membuli sapa suruh???

kena buang sekolah???

they deserved it lahhhh!
itu satu pengajaran.... anak pandai dalam pelajaran tak bermaksud mereka itu anak yang baik dan bersopan santun.
jauh di mata mak-ayah - depa tunjuk their true colours.

so elok sangat lah masuk balik sekolah harian yang biasa. boleh mak-ayah pantau anak2 yang bermasalah ni!

Zai Sri

Sokong tindakan pihak sekolah. Cuma akhbar kenalah betul-betul laporkan cerita. Bila kita kata 'jentik' nampak remeh, tapi kalau dah 20 orang (lelakikah...) yang jentik kepala dan otak pun boleh bergegar tau. Buda-budak ni pun tak reti nak bersyukur, ramai yang tak dapat nak masuk asrama penuh tapi bila dah dapat kenapa mempersiakan apa yang diperolehi...kesal dengan budak-budak yang sebegini.

faridah

Bagus, buang je, jadi pengajaran kepada yang lain, jangan sampai ada yang patah riok baru nak ambil iktibar.Tahniah!

mshjramli

kalau diberi peluang kedua , mungkin 20 orang pelajar ini akan cari balik budak yang mereka buli bila selepas mereka habis SPM. jadi tindakan itu betul. pihak sekolah juaga berhak menjaga status dan kualiti sekolah mereka. bukan melahirkan kaki gaduh tapi orang berilmu dan berakhlak

Aimi Adam

Pihak sekolah biasanya sudah meneliti setiap keputusan yg dibuat, bukannya keputusan itu dibuat secara terburu2. Ada antara pelajar ni tunjuk belang di sekolah. Bila dah diambil tindakan, sibuk pulak mengadu sana-sini. Sedangkan masa membuli tu tak pulak diorang fikir masa depan diorang..Come on la, bukan budak kecik, dah tingkatan 5 pon. Takkan tak boleh fikir baik buruk.

aliamran

Tindakan tepat oleh pihak sekolah!percayalah pembuli2 tersebut bukan setakat 'jentik dahi'...mungkin ibu-bapa tersebut cuba mengecil2 kan perbuatan buli anak2 mereka dengan mengatakan mereka hanya menjentik dahi...20 pelajar menjentik dahi??apa motifnya?buli biasanya melibatkan buli dari segi lisan dan emosi yang lebih kuat dan parah kesannya kepada mangsa buli...boleh menyebabkan gangguan emosi yang sangat teruk...tindakan pihak sekolah amat tepat!pembuli tidak boleh diberi peluang.budaya kita kena berubah.ibu bapa kita kena lebih bertanggungjawab terhadap tindakan anak2 dan bukannya menyalahkan pihak lain...

mshjramli

kalau diberi peluang kedua , mungkin 20 orang pelajar ini akan cari balik budak yang mereka buli bila selepas mereka habis SPM. jadi tindakan itu betul. pihak sekolah juaga berhak menjaga status dan kualiti sekolah mereka. bukan melahirkan kaki gaduh tapi orang berilmu dan berakhlak

azim

Pelajar membuli beramai2 patut kena buang asrama jd bila dok umah brsekolah harian mak bapak boleh pantau. kalau di asrama entah siapa mangsa seterusnya

honda

biasanya kalau dah sampai tahap kene buang sekolah ni..mmg pelajar ni dah banyak kali menguji kemampuan undang2 sekolah...duk cabar pihak sekolah jer,maka buang lah jalan yang paling terbaik.

Imin

Memang wajar pelajar yang bersalah dihukum. Saya yakin, geng 20 ini bukan sahaja jentik dahi junior, tapi lebih dari itu. Tapi, pengalaman saya yang pernah jadi warden asrama beberapa tahun dulu.. biasanya kalau senior yg ramai pukul seorang junior.. biasanya junior itu jenis kaki mencuri @ terlalu sombong.. Harap pihak sekolah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan.. Yang penting, hukuman itu memberi kebaikan kepada semua pihak

muaz

tindakan pihak sekolah wajar, pelajar sebegini patut dibuang dari sekolah berasrama, byk lagi pelajar yang baik sahsiahnya tidak dapat tawaran utk menimba ilmu disana. sewajarnya pelajar "pandai" ini perlu memanfaatkan peluang, bukan memberi arang kepada keluarga.. ibubapa pon takperlu melenting.. sila tukar anak anda ke sekolah harian.. sebagai pengajaran kepada pelajar dimalaysia ini dan ibubapa tau status ke"pandai"an anak tuan dan puan.

siddin

amat setuju dengan tindakan sekolah. budaya membuli perlu dibendung. semoga 20 org pelajar ambil pengajaran jgn buat perkara mengarut dan tumpu pada pelajaran.

onjot

pandai buat pandai tanggung..andai benar ibu bapa berkenaan prihatin dengan persiapan anak-anak menduduki SPM,kenapa tidak mempersiapkan diri anak-anak dengan akhlak yang baik? ibu bapa berkenaan sepatutnya juga wajib mempersiapkan diri sendiri dengan bagaimana untuk menangani anak mereka yang mempunyai penyakit akhlak. dengan status SEKOLAH BERASRAMA PENUH, pada hemat saya,pelajar-pelajar berkenaan tidak layak untuk terus belajar di sekolah tersebut kerana sekolah bukanlah tempat untuk memperlihatkan kejaguhan dalam membuli pelajar-pelajar lain.ANAK-ANAK PERLU MENJAGA NAMA BAIK IBU BAPA DAN KELUAGRA maka, berfikirlah dahulu sebelum membuli.

syed

sokong pihak sekolah. tindakan membuang pelajar yang terlibat dlm salah laku membuli pelajar junior adalah wajar. ini akan memberi pengajaran dan kekuatan untuk membendung kes buli di sekolah.

Juki John

Syabas pihak sekolah dan PIBG kerana tetah membuat keputusan yang baik demi mendidik murid yang tidak faham mengapa mereka berada di sekolah yang baik.Jangan lupa banyak yang tidak dapat masuk SBP,pengajaran kepada bakal-bakal penghuni SBP.Jangan beri peluang kepada pesalah disiplin ini.Ibu bapa mesti ingat sekolah mendidik perkara yang baik,jadi jika anak bermasalah bawa dia keluar supaya keadaan sekolah tu selamat.

Jaafar

Memang patut buat macam tu. Agaknya terpengaruh dgn Drama Indonesia.

helmy

setiap manusia pasti membuat kesalahan tetapi jangan terus membuat kesalahan. cubalah terus membetulkan kesalahan. buat apa nak buli?

tina hadzzimah sayati bt.ahmad

setiap pelajar yang memasuki asrama penuh telah diberi buku perundangan sekolah,mereka juga telah dimaklumkan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi,sepatutnya setiap pelajar telah maklum dan memahami syarat2 kemasukan sekolah berasrama penuh.pelajar bijak sepatutnya menggunakan akal sebelum berbuat ssesuatu.dalam perhimpunan sekolah juga sering guru2 terutama guru disiplin,pengetua,pengarah mengingatkan tentang perbuatan membuli adalah pebuatan salah laku yang dilarang di mana-mana sekolah di malaysia dan hukumannya adalah berat.ibu bapa juga harus menasihati anak masing-masing agar tidak melibatkan diri dengan budaya buli.hukuman yang dikenakan itu sangat setimpal kerana budaya membuli harus dibendung agar tidak melibat kehilangan nyawa.

sue

wah pertama kali nie dengar pasal kena buang secara drastik....bagus tibdakan sekolah tersebut, kerana buat apa nk simpan budak2 yg tak ada disiplin ni,,,ingat die senior buleh buat apa yg di suka ker???,,masa die buli junior tu...terkulat-kulat muka budak yg kena buli ti,,,,nah sekarang nie,,,,ngan mak ayah mereka campur tangan,,tindakan ini akan bagus bagi menyedarkan mereka bahawa langit tu tinggi atau rendah

simpati

kenapa pihak sekolah buang anak mereka tanpa beritahu ibubapa terlebih dahulu? sebab ade tak anak mereka telefon mereka dahulu untuk tanya pendapat dari ibubapa mereka sebelum membuli junior mereka??

suhana zamhri

1- mgkin betul tndakn pihak sek.. tp dalm msa yg sama adakh tindakn dibuat berdasarkn siasatan penuh? dan kalau betul knp tiada sebrg aduan terhadap ibu bapa atas tindakn pihk sekolh mmbuang pelajar? mgkin boleh dibncangkn terlebih dahulu..
2- 2o pelajar mungkin boleyh digntung atau diberikn hukuman lain selain dari trus diberhentikn. mgkin jika kita sebagai ibu bapa,kita turut melakukan seperti yg di lakukan oleh ibu bapa pelajar yg di laporkn dalam berita diatas. =)

ram1

Yang salah tu tetap salah. Biar pihak sekolah yang memutuskannya mengikut peraturan sekolah yang telah termaktub. Kita nak selamatkan ribuan pelajar lain, biarlah yang serpihan tu jadi pengajaran yang lain. Peraturan tetap peraturan dan jangan diperlekehkan dan tiada kompromi. Sekian

sri siantan

Sebagai ibu bapa dan guru disekolah sepatutnya mengambil berat tentang pembelajaran dan disiplin pelajar setiap masa. Bukan bila dah berlaku masalah baru nak ambil tahu atau tindakan. Dalam soal tersebut soal siapa betul atau salah tidak menjadi persoalan pokok. Yang penting pelajar dapat meneruskan pelajaran dan sekolah menjadi tempat yang selamat. Pasti ada jalan penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak. Dah terantuk baru tengadah...

Atan

Tindakan pihak sekolah membuang 20 murid tu mungkain telah diteliti dan ada rasionalnya. Saya yakin pihak sekolah bukan bertindak atas dasar terburu-buru apatah lagi keputusan dibuat bersama PIBG. Betul juga komen PaKCU, kadang-kadang kita kena buang yang 20 untuk kebaikan 2000 murid yang lain, malah kalau dah masuk surat khabar memberi pengajaran kepada murid-murid & ibu bapa seluruh Malaysia. 20 murid yang yang bermasalah tu dan ibu bapa yang 20 orang tu memangnya kecewa, sedih dan merasa kecil hati dengan tindakan sekolah TETAPI janganlah berputus asa hingga seolah-olah dunia dan masa depan anak mereka gelap. Ruang untuk membuat rayuan masih ada & jika berbagai keputusan yang positif untuk anak mereka boleh diambil. Semoga rakyat Malaysia lebih perihatin dengan apa yang berlaku dalam masyarakat, ikutlah & hormatilah peraturan yang telah ada, semoga kita hidup bahagia dan selesa.

kereta lama

sama-sama lah kita menggambil iktibar dari kejadian ini, janganlah menyalahkan sesiapa dan jangan ulangi perbuatan spt ini malu.... malu.... Anak anda sudah diberikaan peluang belajar disekolah yg baik ini sedangkan banyak lagi anak-anak yg layak tapi tak dapat peluang belajar disekolah ini, fikir fikirkan lah......

samwiranto

ini lah biasa yang terjadi apabila pihak sekolah mengambil tindakan, mak bapak semua tak puas hati. kalau pihak sekolah ambil tindakan merotan pasti esoknya kan terpapar muka akhbar. bila diambil tindakan buang sekolah di katakan pihak sekolah tak bijak. sebenarnya masaalah disiplin dimana mana pun sama. semua nak salahkan sekolah. abis tu ambil anak masing masing ajar sendiri. budak budak memanglah depan mak bapak pijak semut tak mati tapi dibelakang mak bapak pijak gajah pun boleh mati. guru guru dalam dilima nak jaga 20 org pelajar nakal atau nak jaga 1000 org yg lain.

mat cikaro

saya melihat masalah ini adalah masalah hormat menghormati yang telah mati dikalangan masyarakat kita....yang muda tak hormat yang tua...yang tua tidak menyayangi dan mendidik yang muda.... mungkin pelajar tingkatan empat itu tidak menghormati pelajar tingkatan 5....atau mungkin terlepas kata...pihak sekolah sepatutnya tidak mengambil tindakan melulu...kenapa guru besar tidak meletak jawatan sebab kesalahan berlaku didalam kawasan atau dibawah pentadbiran beliau..beliaulah yang sepatutnya mengawal perkara-perkara tersebut dari berlaku dan mengawal serta mendidik pelajar tersebut menjadi yang terbaik... nasib kita rakyat satuuu malaysia.... semua perkara yang dibuat semua tak betul.... pelajar bergaduh... buang sekolah...guru besar masih kukuh disitu...... budak merempit...tahan budak tu..polis masih disitu... lepaskanlah batuk itu bukan ditangga saja malah disepanjang jalan dan disetiap tapak menapak...fikir-fikirkan lah....

azmel

sokong pihak sekolah. Biarlah dijadikan pengajaran kepada yang lain. Senang-senang nak buli anak orang. Kepada meraka yang tidak setuju dengan tindakan pihak sekolah tersebut, mesti mereka akan setuju 200% sekiranya yang dibuli adalah anak mereka. Terima Kasih

IPTA

Padan muka... Budak sekolah asrama penuh mmg berlagak bagus.. Konon pandai tapi bodoh dah jahil. Sama je semua.. Kitorang yg sekolah menengah harian biasa lagi berkualiti tinggi.. Xla racist macam korang..

wongsogeh

Setuju buang aje biar menjadi teladan agar tiada lagi kejadian buli, bagi ibubapa pelajar terbabit jangan pikir anak sendiri bagaimana denagn budak yang kena buli tu ???? Bila dibagi peluang belajar nak jadi taiko pula....

p_Lo

saya bersetuju dengan pakcu dan maarif,pelajar-pelajar tersebut dikategorikan sebagai pelajar pintar dan merupakan pelajar terbaik yang berjaya menempatkan diri di sekolah yang terbaik.terbaik dalam pelajar tetapi tidak bijak dalam melakukan perkara sebigini,banyak suda kita dengar kes buli membuli ini dan ini merupakan langkah yang terbaik diambil oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini untuk dijadikan pengajaran oleh pelajar yang lain,pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu yang berguna supaya kita menjadi manusia yang berguna dan bukannya untuk tujuan yang sebegini.takkan sampai mahu menunggu nyawa melayang baru tindakan diambil.sekian

Cikgu Dan

Buli merupakan satu tindakan yang sememangnya salah dan termasuk dalam kesalahan tingkahlaku jenayah dalam SSDM. Bagi pelajar asrama penuh sepatutnya mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan kokurikulum tetapi juga cemerlang sahsiah. Tindakan yang diambil oleh pihak sekolah adalah wajar. Ibubapa tidak sepatutnya terus melenting kerana mereka masih ada peluang untuk membuat rayuan.

MuSa

Pelajar lain tentu tak berani nak buli orang lain

rie

ini lah sikap emak bapak hanya pentingkan anaknya sendiri saja x melihat anak orang yg di aniaya...anaknya yg bersalah tapi masih tetap menyalahkan pihak sekolah...disiplin yg ketat dan tegas harus di praktikkan bagi menjamin akhlak genarasi akan datang.ibu bapa tolong disiplinkan anak masing2...

Hantu Kak Limah

Ha kan, nak tunjuk samseng lagi, rasalah lu! baru padan dengan muka hangpa, macam taik je nak tunjuk samseng, rasakan lu hahaha!!

cahaya nur

tindakan pihak sekolah membuang pelajar terbabit memang tepat pada masanya. kebelakangan ini budaya samseng telah menular di kalangan pelajar-pelajar sekolah. dalam hal ini, ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka, bukannya meletakkan kesalahan pada guru dan sekolah.

arjunaidi

Siapa sebenarnya pelajar yang 20 orang ni? Adakah mereka memang benar benar "repeated offenders"? Atau baru pertama kali mereka membuat kesilapan? Berita tolonglah beri laporan yang tepat supaya nanti tidak terlalu banyak andaian oleh banyak pihak.

J-Sean

Kalau pembuli diberi peluang, mereka mungkin akan terus membuli, atau membalas dendam. Pelajar sebenar yang ingin belajar tidak berasa selamat berada di sekolah.

trinity69

Sokong tindakan pihak sekolah. Selalunya peluang kedualah yang membuatkan perkara bodoh yang dilakukan oleh 20 pelajar tersebut manjadi lebih teruk. Kerana mereka merasakan tiada apa2 tindakan ke atas mereka.

Far-east Sam

pihak sekolah sepatutnya memilih jalan lain bagi memberi hukuman, bukannya dengan mengambil langkah yang drastik iaitu pelajar-pelajat terbabit dibuang sekolah. Pihak sekolah boleh mengenakan hukuman rotan atau memastikan mereka menghadiri sesi kaunseling. Tindakan pihak sekolah yang tergesa-gesa tanpa memikirkan natijahnya hanya memberi kesan buruk. Sekian~~~~

PaKCU

Buang 20 nak jaga 200 ribu..jadikan contoh..pelajar cerdik akademik tapi tidak cerdik dalam kehidupan... bunga-bunga melanggar peraturan jika dibiar menjadi dewasa dan mendapat kerja mungkin akan melakukan kesalahan lebih besar. Cukup hairan apabila pelajar cerdik melakukan perkata bodoh kerana mereka tahu tahun ini adalah tahun penting untuk masa depan.namun sebaliknya mereka membuli pelajar kecil.Seandainya mereka benar -benar bijak berbanding pelajar sekolah harian tentu mereka akan berganding bahu dengan pelajar muda untuk menguasai pelajaran. Buang adalah betul kerana tidak layak berada di sana.

maarif

Betul tindakan pihak sek. Ianya untuk dijadikan satu pengajaran yang berguna untuk pelajar-pelajar terbabit. Datang ke sek. bukan untuk tunjuk samseng atau mengembangkan budaya samseng tetapi untuk menuntut ilmu demi masa depan. Takkanlah hendak menunggu sehingga ada nyawa pelajar melayang kerana dibuli baru hendak ambil tindakan buang sek. Itu sudah terlambat. Ibubapa sepatutnya menyesali perbuatan anak-anak mereka bukannya menyesali perbuatan pihak sek. membuang anak-anak mereka. Cuba bayangkan jika perkara ini tidak dibendung, ia akan merebak dan akan menjadi lebih serius lagi. Buat pelajar-pelajar terbabit, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved