ads

Rabu, 16 Mac 2011

Edisi Semasa


URL Sumber Asal :-

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 16 Mar 2011 07:04 AM PDT

Kosmo Online


Silat remaja kebangsaan ke-9 di Melaka Jun

Posted:

Silat remaja kebangsaan ke-9 di Melaka Jun

Silat remaja kebangsaan ke-9 di Melaka Jun

16/03/2011 8:01pm

MELAKA – Lebih 400 pesilat dari seluruh negara dijangka menyertai Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan kali ke-9 yang akan diadakan di Stadium Mini Bistari di Ayer Keroh di sini, pada 2 hingga 7 Jun depan.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kejuaraan enam hari itu akan mempertandingkan 18 kategori antaranya Silat Olahraga dan Jurus Tunggal.

"Kejuaraan ini menjadi medan penting bagi Pesaka mencungkil bakat pesilat muda dari seluruh negara untuk dilatih menjadi pesilat yang mampu mengharumkan nama negara satu hari nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pesaka di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, Pesaka kini mempunyai empat juta anggota yang bernaung di bawah 372 perguruan di seluruh negara dan mereka merupakan aset penting untuk membawa seni silat ke era baru. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Boling terbuka UUM tawar hadiah RM11,750

Posted:

Boling terbuka UUM tawar hadiah RM11,750

Boling terbuka UUM tawar hadiah RM11,750

16/03/2011 6:33pm

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan hadiah berjumlah RM11,750 pada kejohanan Tenpin Boling 3 Berpasukan Jemputan Terbuka UUM 2011 selama tiga hari bermula 25 Mac ini.

Universiti itu dalam kenyataannya hari ini, berkata, kejohanan anjuran Pusat Sukan UUM dan berlangsung di Park Avenue Superbowl, Sungai Petani itu dibahagikan kepada kategori individu, tiga berpasukan dan dua berpasukan.

Kejohanan itu terbuka kepada semua penjawat awam, swasta, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun di seluruh negara, kata kenyataan itu.

Johan keseluruhan kejohanan itu akan membawa pulang wang tunai RM4,000, naib juara (RM2,000) dan ketiga (RM1,000) di samping hadiah wang tunai untuk pemenang kategori tiga dan dua berpasukan serta individu.

Mereka yang berminat menyertai kejohanan tersebut boleh menghubungi Nur Izani Mohd Idzham di talian 017-4815226 atau Iswandi Abdul Wahab (017-5642374). – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengusaha barangan lusuh temui bom lama

Posted:

Pengusaha barangan lusuh temui bom lama

Pengusaha barangan lusuh temui bom lama

16/03/2011 6:27pm

TELUK INTAN – Seorang pengusaha kedai barangan lusuh menemui sebutir bom mortar dipercayai masih aktif di dalam timbunan barangan lusuh di kedainya di Jalan Maharaja Lela, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, pengusaha kedai terbabit menemui bom tersebut pada pukul 9.30 pagi lalu menghubungi polis.

Satu skuad unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dipanggil untuk memusnahkan bom berkenaan pada 4 petang ini, katanya kepada pemberita hari ini.

Kok Liang berkata, bom berukuran 56sm panjang dan mempunyai lilitan 23sm itu dipercayai peninggalan zaman perang dahulu. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 16 Mar 2011 03:52 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Tangan ditetak, RM70,000 lesap

Posted: 15 Mar 2011 10:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bukan saja cedera pada tangan kanan selepas ditetak menggunakan parang, malah dia terpaksa berputih mata apabila wang RM70,000 miliknya dilarikan sekumpulan penyamun di Jalan Loke Yew, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa yang ditemani rakannya berusia 20-an itu mengeluarkan wang berkenaan untuk urusan perniagaan.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang memandu Honda Civic ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Jalan Loke Yew menghala pusat bandar itu mengesyaki kenderaannya diekori dua kereta.

Menurut sumber, mangsa memecut kenderaannya, namun gagal meloloskan diri daripada penjenayah apabila dia terlanggar sebuah kereta di hadapannya sebaik tiba di kawasan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.


"Kesempatan itu digunakan suspek untuk menghalang kenderaannya. Sebuah kereta menghadang di bahagian depan manakala satu lagi kenderaan di belakang.


"Mangsa dan rakannya yang terperangkap didatangi dua lelaki berusia 30-an mengarahkannya membuka cermin. Pada mulanya, mangsa enggan, namun suspek menunjukkan sebilah parang arahnya," katanya.

Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, mangsa patuh arahan suspek sebelum dua lelaki terbabit mengarahkan mereka menyerahkan beg mengandungi wang berkenaan.


"Tindakan mangsa yang tidak mahu menyerahkan beg berkenaan menyebabkan suspek berang sebelum menetak tangannya.

"Rakan suspek mengambil beg itu sebelum kumpulan penjenayah terbabit melarikan diri," katanya.


Difahamkan, mangsa yang cedera, bagaimanapun dirawat sebagai pesakit luar Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengawal mati diserang

Posted: 15 Mar 2011 10:13 AM PDT

RAWANG: Seorang pengawal keselamatan mati manakala rakannya parah selepas diserang empat lelaki dipercayai menggunakan senjata tajam berhampiran rumahnya di Jalan 4B, Taman Muhibbah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu mangsa, S Selva Kumar, 24, putus tangan kiri selain cedera di perut dan kepala dipercayai akibat tetakan senjata tajam oleh penyerangnya manakala rakannya yang cedera belum dikenal pasti identitinya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata anggota dari Balai Polis Rawang menerima maklumat berlaku pergaduhan kira-kira jam 8.35 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 16 Mar 2011 03:39 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Thailand pertimbang semula rancangan tenaga nuklearnya

Posted: 16 Mar 2011 02:56 AM PDT

Mutakhir

BANGKOK: Thailand akan mempertimbangkan semula rancangannya untuk membina lima loji tenaga nuklear berikutan potensi membawa bencana seperti yang ditunjukkan oleh kemudahan itu selepas gempa bumi dan tsunami melanda Jepun, Jumaat lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban, berkata beliau akan mencadangkan kepada kerajaan agar program tenaga nuklear itu diberhentikan.

"Saya tidak mahu menyebabkan risiko kepada nyawa rakyat Thai jika kita teruskan program berkenaan," katanya. Thailand merancang membangunkan lima loji tenaga nuklearnya dengan kemampuan 5,000 megawat dalam masa lima tahun bermula 2020.

Pada hakikatnya, lapan tapak telah disenarai pendek untuk program itu yang dibantah degan sekeras-kerasnya oleh penduduk dan aktivis alam sekitar.

Thailand bergantung pada batu arang dan gas untuk menjana bekalan elektriknya
Jepun kini menghadapi potensi membawa bencana selepas gempa bumi melumpuhkan loji tenaga nuklear yang meletup dan mengeluarkan radiasi tahap rendah terapung ke arah Tokyo. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bapa, anak bebas daripada pertuduhan pecah amanah

Posted: 16 Mar 2011 02:51 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas pengarah eksekutif Syarikat Chin Foh Berhad dan anaknya terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan sebuah rumah kedai dan wang tunai berjumlah RM241,459 enam tahun lalu.

Hakim S. M Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya P. Viknesvaran, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Kuan Shin @ Kuan Nyong Hin, 70, dan Kuan Pek Seng, 44.

Dalam penghakimannya, beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud elemen unsur kesalahan pecah amanah seperti dalam pertuduhan. "Pada waktu kejadian terdapat bukti jelas ada persetujuan daripada kalangan semua pengarah syarikat itu berhubung transaksi yang dilakukan mereka," katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua beranak itu didakwa melakukan kesalahan melibatkan wang RM157,199 untuk membayar yuran guaman kepada seorang peguam bernama Bodipalar Ponudurai Nathan, antara 15 Februari dan 8 November 2005.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan pecah amanah harta syarikat iaitu sebuah rumah kedai di Blok C, Pusat Perniagaan Kinrara, Taman Kinrara Seksyen 3, Puchong, di sini dengan melupuskannya kepada seorang pekerja syarikat itu Kwan Nyok Yin.

Kesalahan itu dilakukan di alamat 505, Jalan Tiong, Batu 3, Off Jalan Ipoh, disini pada 7 April 2005.
Sementara itu, pada tempat yang sama Pek Seng sebagai pengarah urusan syarikat, turut menghadapi pertuduhan pecah amanah harta syarikat wang tunai RM84,260 dengan membuat bayaran kepada Syarikat Hen Wah Enterprise untuk membuat pengubahsuaian sebuah rumah di Damansara Heights pada 18 Oktober 2005.

Kedua-dua beranak itu diwakili peguam Datuk K Kumarendran. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 16 Mar 2011 03:36 AM PDT

Utusan Online - Utara


UTP lancar pusat biofuel

Posted:

UTP lancar pusat biofuel

UTP lancar pusat biofuel

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my


Junichi Iseda (kiri) dan Zainal Abidin Kasim menunjukkan MoU yang ditandangani sempena kerjasama strategik untuk pembukaan Pusat Kajian Biofuel dan Biokimia di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, baru-baru ini.


IPOH 15 Mac – Bertepatan dengan fokus membangunkan teknologi hijau, Universiti Teknologi Petronas (UTP) baru-baru ini melancarkan Pusat Kajian Biofuel dan Biokimia (CBBR) yang disasarkan menjadi sebuah pusat penyelidikan biojisim terulung di Asia.

Pembangunan pusat kajian hasil kerjasama strategik dengan Mitsubishi Corporation itu juga bakal menawarkan kursus pengajian teknologi hijau secara penyelidikan di peringkat pasca siswazah.

Pengerusi Mitsubishi (Teknologi Hijau), Profesor Dr. Yoshimitsu Uemura merangkap pengasas pusat kajian tersebut berkata, penubuhan pusat itu antara lain bertujuan melahirkan golongan penyelidik dan jurutera terbaik dalam bidang berkenaan.

Menurut beliau, kajian utama yang dijalankan di pusat itu ketika ini ialah penghasilan bahan bakar cecair, termasuk pepejal daripada selulosa lignin serta beberapa produk kimia lain daripadanya.

"Biojisim merupakan salah satu sumber boleh diperbaharui yang mempunyai banyak potensi. Pemilihan biojisim untuk penyelidikan serta pengeluaran produk daripadanya merupakan antara aspek yang perlu diberi perhatian," katanya pada majlis pelancaran pusat itu baru-baru ini.

Ia disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Mitsubishi Corporation (Malaysia), Junichi Iseda dan Rektor UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim.

Pelancaran CBBR mencatatkan satu lembaran penting buat kerjasama strategik antara UTP dan Mitsubishi yang mula terjalin sejak 2009.

Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani sebelum ini bertujuan meningkatkan hubungan antara industri dan akademik dalam menjalankan penyelidikan yang relevan selain membantu ke arah pembangunan sumber manusia.

Kerjasama strategik itu sekali gus membolehkan UTP memperoleh pengetahuan dan kemahiran bagi memperkukuh mutu kajian dan penyelidikan (R&D) dalam bidang teknologi hijau.

Dalam pada itu Yoshimitsu berkata, CBBR berhasrat menjadi sebuah pusat kajian penting dalam penggunaan biojisim yang memperoleh banyak pembiayaan geran penyelidikan.

Beliau berkata, selain menyediakan prasarana terbaik untuk penyelidikan, hasil kajian CBBR diharap dapat diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi serta menjadi rujukan pembangunan teknologi bagi pihak industri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berkasut tumit tinggi raikan Hari Wanita

Posted:

Berkasut tumit tinggi raikan Hari Wanita

Berkasut tumit tinggi raikan Hari Wanita


Victor Chu Kien (tengah) turut sama mengenakan kasut tumit tinggi hitam bagi mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada NGO wanita di Ipoh, Perak, baru-baru ini.


IPOH 15 Mac - Beberapa pelajar lelaki dari Kolej Sunway Ipoh buat pertama kalinya memakai kasut wanita bertumit tinggi sebagai simbolik meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-100 Hari Wanita Antarabangsa.

Mereka yang berarak mengelilingi kampus dan terlibat dalam pertandingan larian, sanggup berbuat demikian bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita.

Tidak bimbang dengan idea 'gila-gila' itu, mereka yang memakai baju T putih dan berseluar jean itu menganggap ia merupakan salah satu cara untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

Malah, pengarah kolej swasta tersebut, Paul Tan turut tidak ketinggalan mengenakan kasut hitam bertumit tinggi sebagai satu penghargaan kepada golongan wanita.

Pelajar semester akhir jurusan Diploma Rekaan Grafik, Victor Chu Kien, 23, berkata, walaupun pada mulanya agak sukar untuk membeli kasut mengikut saiz kakinya, namun ia berbaloi apabila dapat memakai buat pertama kali dalam hidupnya.

"Memang sakit rasanya memakai kasut tumit tinggi ini, tetapi saya tidak kisah kerana ia merupakan program berbentuk kebajikan.

"Saya berani memakainya sebagai tanda penghargaan kepada wanita terutamanya ibu saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh Utusan Malaysia sewaktu Sambutan Ulang Tahun ke-100 Hari Wanita Antarabangsa anjuran Perak Women for Women di Kolej Universiti Sunway di sini hari ini.

Perak Women for Women adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak wanita di negeri ini.

Majlis disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman.

Turut hadir Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Perak, Srihartini Mohamed Shamsudin dan Presiden Perak Women for Women, Dr. Sharifah Halimah Jaafar.

Dalam pada itu, Paul berkata, aktiviti tersebut sangat menyeronokkan walaupun pada hakikat, ia sememangnya menyakitkan apabila memakai kasut bertumit tinggi.

Beliau berkata, program itu antara lain diharap mampu memberi kesedaran kepada pelajar mengenai isu-isu yang dihadapi oleh wanita seperti penderaan dan kesaksamaan gender.

"Ia merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang tidak hanya diperoleh daripada sekeping kertas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Getir gondol Anugerah Filem/Video Terbaik

Posted:

Getir gondol Anugerah Filem/Video Terbaik

Getir gondol Anugerah Filem/Video Terbaik


Asmar Hassan menjulang hadiah sambil diperhatikan oleh Maglin Dennis D'Cruz (dua dari kanan) dan Mohamed Mustafa Ishak (dua dari kiri) di Universiti Utara Malaysia, Kubang Pasu, baru-baru ini.


KUBANG PASU 15 Mac - Filem pendek berjudul Getir arahan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Filem/Video Terbaik Keseluruhan pada Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM) yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, di sini baru-baru ini.

Selain itu, Getir yang diarahkan oleh Asmar Hassan turut merangkul anugerah Filem/Video Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Asmar, 54, berkata, dia terkejut dengan kemenangan filem pendek itu yang asalnya dihasilkan untuk projek akhir tahun di Aswara, tetapi dinobatkan pemenang pada festival itu.

"Kemenangan ini di luar jangkaan saya kerana Getir dihasilkan untuk projek kami bagi subjek pengarahan di Fakulti Filem.

"Getir dihasilkan dengan semangat serta digabungkan dengan kepakaran serta idea ahli kumpulan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian FFVPM ke-8 di Dewan Mu'adzam Shah UUM di Sintok, di sini baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Sebanyak 30 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai festival itu yang menyaksikan 166 karya filem dan video dipertandingkan bagi merebut 15 anugerah, termasuk enam kategori utama.

Sementara itu, Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) turut berjaya merangkul empat anugerah iaitu kategori Pengarah Terbaik dan Penataan Seni Terbaik bagi Rona Maya, Kostum Terbaik (Jika Aku Seorang Robot), Filem/Video Dokumentari (Melatah The Documentary).

Selain itu, Universiti Aimst pula memperoleh dua anugerah iaitu Grafik Terbaik dan Filem/Video Klip Terbaik bagi I Want To Be A Dentist.

Universiti Putra Malaysia (UPM) pula membawa pulang trofi Filem/Video Pengumuman Khidmat Awam Terbaik (Plan Your Love) dan Anugerah Khas Juri (Harmony Street) pada festival berkenaan.

Dalam pada itu, Maglin Dennis berkata, kementerian yakin FFVPM dapat menjana kreativiti dan membina persaingan sihat dalam menghasilkan karya seni filem dalam kalangan pelajar di IPT di seluruh negara.

Beliau berkata, festival berkenaan juga adalah satu landasan terbaik bagi karyawan muda negara ini untuk mempamerkan bakat mereka.

"Industri filem negara amat memerlukan penglibatan karyawan muda yang agresif dan dinamik untuk mewarnai landskap filem negara ini," ujarnya.

Menurutnya, FFVPM juga dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada IPT awam atau swasta yang terpilih untuk menjadi tuan rumah festival tersebut.

"Para pelajar yang terlibat boleh mempelajari selok-belok penganjuran festival filem seperti format festival filem yang pernah dianjurkan oleh kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan persatuan perfileman.

"Adalah menjadi harapan pihak kementerian dan Finas agar festival ini menjadi medan untuk mempraktikkan teori, idea dan pengetahuan dalam bidang berkaitan untuk menjayakan festival ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 16 Mar 2011 03:26 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Pelajar lemah, mundur hanya hancur diri sendiri

Posted:

Pelajar lemah, mundur hanya hancur diri sendiri

Pelajar lemah, mundur hanya hancur diri sendiri


Muhyiddin Yassin (tengah) bersama-sama menyanyikan lagu 1Malaysia sambil mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Keluarga Angkat 1Malaysia di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 15 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan golongan pelajar agar tidak lemah, mundur dan terlibat dalam pelbagai aktiviti tidak sihat yang boleh menghancurkan diri sendiri dan masa depan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka perlu gigih berusaha dalam mencari ilmu kerana hanya golongan berilmu dan berakhlak mulia mampu menerajui negara pada masa akan datang.

''Kita tidak nafikan bahawa ada kalangan kita yang bersikap 'seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'.

''Sebagai bakal pemimpin akan datang, sifat tersebut tidak sepatutnya ada dalam diri kerana kita seharusnya prihatin dan peka terhadap keperluan serta kehendak orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Keluarga Angkat 1Malaysia peringkat Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed.

Program yang dimulakan sejak 10 Mac lalu itu melibatkan 60 keluarga angkat di kalangan pegawai kanan Kementerian Pelajaran.

Setiap keluarga angkat, mereka akan menerima dua anak angkat yang berlainan bangsa.

Muhyiddin berkata, rakyat negara ini amat beruntung kerana berada dalam negara yang sudah merdeka dan hingga hari ini masih aman, ekonominya stabil dan perpaduan terus mantap.

''Maka, kita semua perlu pertahankan kejayaan yang telah kita miliki dengan bersatu padu dan berusaha untuk memelihara kemakmuran negara," katanya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, beliau menyifatkan program tersebut mampu membawa impak kepada kefahaman lebih mendalam tentang kepelbagaian keturunan, agama dan latar belakang di negara ini.

"Ini amat baik kerana sebagai pemimpin pelapis, mereka bukan sahaja harus dapat memahami kepelbagaian itu tetapi juga bagaimana dapat menghargai bahawa dalam perbezaan itu ada persamaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ada kemajuan perbincangan panel novel Interlok

Posted:

Ada kemajuan perbincangan panel novel Interlok

Ada kemajuan perbincangan panel novel Interlok

PUTRAJAYA 15 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan menerima laporan lengkap daripada panel bebas yang mengkaji pindaan novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein dalam tempoh beberapa hari lagi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, setakat ini beliau dimaklumkan ada kemajuan yang amat menggalakkan dalam perbincangan panel terbabit.

''Selepas itu kita akan beri peluang kepada wakil masyarakat India untuk memaklumkan kepada pemimpin supaya apa yang diputuskan secara konsensus itu dapat diterima oleh mereka.

''Saya juga akan bawa perkara itu ke mesyuarat Kabinet kerana ia telah capai ke tahap nasional dan juga untuk mendapatkan kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup Program Keluarga Angkat 1Malaysia peringkat Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed.

Kerajaan menubuhkan panel bebas itu untuk mengkaji pindaan novel Interlok pada pertengahan bulan lalu dan ia dipengerusikan oleh Prof. Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Panel yang dianggotai lapan orang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India itu akan mengkaji bentuk pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

Novel tersebut mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang tidak disenangi masyarakat India.

Mengenai dasar Satu Murid Satu Sekolah (1M1S), Muhyiddin memberitahu, program itu akan dilancarkan secara rasmi Julai ini.

''Surat arahan melaksanakan dasar itu telah dikeluarkan pada awal tahun ini dan semua sekolah perlu menentukan jenis sukan apa berdasarkan kemudahan sedia ada," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Loji nuklear meletup: Rakyat kita tidak dipindah

Posted:

Loji nuklear meletup: Rakyat kita tidak dipindah

Loji nuklear meletup: Rakyat kita tidak dipindah

KUALA LUMPUR 15 Mac – Tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam rancangan pemindahan pihak berkuasa Jepun setelah loji tenaga nuklear Fukushima dekat negara Matahari Terbit itu meletup buat kali ketiga pagi ini.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, ia kerana tidak ada rakyat negara ini yang tinggal dalam lingkungan 50 kilometer daripada kawasan loji yang meletup itu, pada pukul 5.10 pagi waktu Malaysia.

Menurut beliau, semua penduduk yang tinggal dalam lingkungan 20 kilometer (km) hingga 30 km radius dari loji tenaga nuklear Fukushima juga diminta supaya tidak keluar dan berada di kediaman masing-masing.

''Justeru saya meminta orang ramai supaya terus bertenang manakala kerajaan Jepun mengambil langkah untuk mengelak kebocoran radiasi yang lebih serius," katanya dalam kenyataannya kepada Kementerian Luar di sini hari ini.

Dua letupan di loji nuklear Fukushima setakat ini mencederakan seramai 15 mangsa setelah ia rosak akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang disusuli tsunami besar, pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataannya memberitahu, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau respons pihak berkuasa Jepun terhadap kejadian letupan ketiga di loji nuklear tersebut.

Kata kenyataan itu, setakat pukul 10 pagi ini waktu tempatan, bilangan rakyat Malaysia yang berjaya dihubungi dan disahkan selamat oleh pihak kedutaan kita di Tokyo ialah seramai 1,177," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 16 Mar 2011 03:05 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Tingkat profesionalisme pentadbir

Posted:

Tingkat profesionalisme pentadbir

Tingkat profesionalisme pentadbir

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pentadbir UTeM hadir mendengar ceramah 'Peranan Pentadbir Dalam Merealisasikan Transformasi' di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 15 Mac – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (Praktis) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan program Executive Talk khusus untuk kakitangan pentadbiran universiti itu di Dewan Auditorium Canselori UTeM Durian Tunggal, di sini baru-baru ini.

Ketua Penolong Pendaftar Unit Latihan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia UTeM, Mohamad Yusof Mohamad berkata, program itu bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme para pentadbir universiti itu seiring dengan proses transformasi UTeM.

Menurutnya, usaha itu selaras dengan komitmen UTeM dalam memastikan tugas-tugas pentadbiran di universiti itu sentiasa berada pada tahap cemerlang dan berkualiti.

"Pada masa yang sama, golongan pentadbir ini juga diminta meningkatkan usaha dan kreativiti masing-masing demi merealisasikan hasrat menjadikan UTeM sebagai universiti yang terus dan berkualiti," katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Mohamad Yusof, Pendaftar UTeM, Hasan Sirun dipilih menyampaikan ceramah pada program itu sesuai dengan latar belakang perkhidmatan beliau yang luas dalam bidang pentadbiran dan perlaksanaan aktiviti universiti tersebut sejak dari penubuhannya.

Katanya, Hasan menyampaikan ceramah Peranan Pentadbir Dalam Merealisasikan Transformasi dengan memberi penekanan kepada golongan pentadbir UTeM agar turut memainkan peranan menyahut aspirasi Naib Canselor UTeM, Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan menjadikan universiti terus berdaya cemerlang.

''Hasan melalui ceramahnya mengajak pentadbir agar bergerak seiring dan meningkatkan usaha mencapai misi penubuhan UTeM.

''Matlamat itu hanya boleh dicapai melalui perpaduan dan semangat kerja berpasukan yang digaris sebagai sebahagian elemen penting membantu dalam merealisasikan visi penubuhan UTeM," katanya.

Kata Mohamad Yusof, penganjuran program seperti itu diharap mendorong golongan pentadbir UTeM agar lebih efisien dan proaktif dalam melaksanakan kerja-kerja pentadbiran universiti itu pada masa depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar antarabangsa KUIM teruja lawat tempat bersejarah

Posted:

Pelajar antarabangsa KUIM teruja lawat tempat bersejarah

Pelajar antarabangsa KUIM teruja lawat tempat bersejarah


SEBAHAGIAN 40 pelajar antarabangsa KUIM Kuala Sungai Baru di hadapan Muzium Melaka, baru-baru ini


MELAKA 15 Mac - Seramai 40 pelajar antarabangsa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Kuala Sungai Baru di sini, berpeluang menimba pengalaman keunikan warisan dan sejarah Melaka menerusi program anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIM, baru-baru ini.

Rata-rata mereka yang pertama kali menjejak kaki di negeri ini melahirkan perasaan teruja kerana berpeluang melihat sendiri bangunan sejarah dan mendengar cerita warisan lama yang popular di negeri ini.

Salah seorang pelajar dari Kemboja, Rosat Pasirah, 20, menyedari tentang keunikan dan bahan sejarah yang terdapat di Melaka, dia dan rakan pelajar tempatan mengambil inisiatif memperkenalkan program itu kepada pelajar luar negara lain.

Dia yang bertindak selaku program tersebut berkata, usaha itu bagi membolehkan rakan senegaranya termasuk pelajar negara lain mengambil kesempatan melawat tempat tinggalan sejarah yang ada di negeri ini.

''Ada rakan pelajar yang datang dari India langsung tidak mengenali atau mengetahui tentang sejarah negeri Melaka, jika diikutkan kita boleh sahaja baca mana-mana bahan sejarah tentang Melaka.

''Bagaimanapun, ia tidak sama dengan pengalaman melihat atau menyaksikan sendiri tempat-tempat sejarah yang ada di negeri ini," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Katanya, pada program itu, 40 pelajar antarabangsa KUIM yang terlibat ialah masing-masing 20 orang dari negara Sri Lanka, 15 orang dari Kemboja dan lima orang pelajar Singapura.

Menurut Rosat, pelajar asing sepertinya yang baru pertama kali menjejak kaki di Melaka akan lebih merasa teruja kerana berpeluang mengenali negeri Melaka dengan lebih mendalam.

''Ada di antara pelajar juga tidak mahu melepaskan peluang untuk terlibat dalam program ini jika mereka berpeluang menyertainya sekali lagi pada masa depan," katanya.

Katanya, antara lokasi bersejarah yang dikunjungi dan mendapat tumpuan pelajar ialah Muzium Sejarah Melaka, Muzium Yang Dipertua Negeri Melaka, Muzium Kesultanan negeri Melaka, Kota A' Famosa, St. Paul Hill, Makam Hang Tuah dan Perigi Hang Li Po.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival Eksplorasi USIM tarik minat pelajar

Posted:

Karnival Eksplorasi USIM tarik minat pelajar

Karnival Eksplorasi USIM tarik minat pelajar


SEBAHAGIAN pelajar sekolah tidak melepaskan peluang hadir pada Karnival Eksplorasi USIM di Nilai, Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 15 Mac - Karnival Eksplorasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan di Nilai, dekat sini baru-baru ini, berjaya menarik minat pelajar sekolah beberapa negeri untuk mengetahui lebih dekat tawaran yang disediakan universiti tersebut.

Pegawai di Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa USIM, Khairul Azizi Elias berkata, antara pelajar yang hadir adalah dari sekitar Lembah Klang, Kelantan serta Terengganu, selain dari negeri ini dan Melaka.

''Dengan mesej mendekatkan orang ramai terhadap universiti ini, karnival yang diadakan ini juga membawa maksud penjelajahan ke lapangan pendidikan, di mana menjelaskan kepada mereka tawaran yang disediakan di sini," katanya kepada Utusan Malaysia di Nilai, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, USIM menyediakan banyak peluang pendidikan kepada pelajar baru dan untuk tujuan itu, amat perlu satu promosi diadakan untuk meningkatkan minat belajar di kalangan generasi muda.

''Banyak peluang disediakan khususnya kepada bakal pelajar dari peringkat sekolah untuk mengetahui peluang kerjaya dan aktiviti yang boleh diketengahkan melalui pencapaian bakat dan kemahiran," katanya.

Pada masa yang sama, ia sekali gus dapat menanam minat serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada pelajar yang berpotensi.

''Ahli keluarga mereka juga diberikan penjelasan terhadap nilai positif dan komitmen yang cuba diterapkan dalam membina ciri modal insan yang berkebolehan selain pencapaian akademik yang diperlukan," tambahnya.

Kata Khairul Azizi, pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program itu berlangsung.

''Kita sediakan pameran dan taklimat di setiap fakulti, pameran pasukan beruniform, persembahan pelajar, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan.

''Turut diadakan gerai jualan, pertandingan sukan dan fotografi, tayangan video dan banyak lagi," katanya.

Jelasnya, aktiviti dan acara itu melibatkan keseluruhan fakulti dan juga jabatan serta pusat pendidikan USIM.

Khairul berkata, penganjuran program itu diharap dapat menjalinkan ikatan perpaduan di kalangan warga USIM dan masyarakat luar.

''Kami amat berharap selepas karnival ini, minat di kalangan pelajar dapat dipertingkatkan untuk memasuki universiti ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 16 Mar 2011 01:34 AM PDT

Utusan Online - Timur


Ubah mentaliti hanya mahu 'makan gaji'

Posted:

Ubah mentaliti hanya mahu 'makan gaji'

Ubah mentaliti hanya mahu 'makan gaji'

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my



KOTA BHARU 15 Mac - Mahasiswa mesti berusaha mengubah tanggapan ibu bapa masing-masing yang menganggap kerjaya 'makan gaji' seperti pegawai kerajaan sebagai sasaran utama yang mesti dikejar selepas menamatkan pengajian.

Presiden Persatuan Usahawan Siswazah Kelantan, Silawati Sidek (gambar) berkata, persepsi yang sejak lama mendominasi pemikiran masyarakat terutamanya bangsa Melayu itu harus dipecahkan.

Perkara ini penting tegasnya, agar tekanan keluarga tidak menjadi penghalang untuk mahasiswa menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan.

Beliau menambah, berlainan kaum Cina yang memandang tinggi kepada golongan peniaga, masyarakat Melayu terus terkongkong dengan persepsi lama yang sebenarnya merugikan mereka sendiri.

"Kalau mahu jadi jutawan, tidak ada pilihan terbaik selain daripada dunia perniagaan malah contoh ikutan kita iaitu Siti Khadijah isteri Nabi Muhammad SAW yang kaya raya juga adalah seorang peniaga.

"Tetapi masyarakat Melayu kita dari dahulu sehingga ke hari ini mencemuh jika anak yang belajar di universiti menyatakan hasrat mahu menjadi usahawan apabila tamat belajar.

"Pada pemikiran mereka hanya kerja makan gaji yang dapat menjamin kehidupan dan dunia perniagaan dipenuhi dengan cabaran dan kegagalan sedangkan segala-galanya bergantung kepada kesungguhan diri kita untuk menghadapinya," jelas beliau.

Beliau berkata demikian semasa menjadi salah seorang ahli panel program Sembang-sembang Usahawan Wanita 'Cabaran Dunia Perniagaan - Mitos atau Realiti?' anjuran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Warisan Global Sdn. Bhd., dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di kampus universiti itu di sini baru-baru ini.

Program yang merupakan majlis santai perkongsian pengalaman usahawan wanita berjaya itu dihadiri kira-kira 100 peserta terdiri daripada orang awam dan mahasiswa UMK sendiri.

Silawati, 32, yang pernah bertugas sebagai pendidik di beberapa buah sekolah dan mempunyai kelulusan Sarjana dalam Pengurusan Harta Tanah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini terlibat secara langsung dalam bidang pembekalan ternakan kepada agensi kerajaan dan swasta.

Katanya, beliau sendiri berpengalaman mendapat tentangan pada peringkat awal daripada keluarganya yang tidak bersetuju apabila beliau menolak peluang menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah dan sebaliknya memilih terjun ke dunia perniagaan.

"Inilah antara cabaran yang terpaksa dihadapi tetapi kita tidak boleh patah semangat, sebaliknya kita sendiri mesti mencari pencetus motivasi yang ada di sekeliling kita.

''Letakkan sasaran kita juga mahu berjaya seperti kaum lain.

"Saya sendiri meletakkan sasaran mahu menjadi seorang jutawan pada usia 40 tahun dan saya percaya ia boleh dilakukan kerana perniagaan adalah kerja yang mulia di sisi agama," katanya.

Selain Silawati, tiga ahli panel jemputan lain adalah Pengarah Urusan Hasmah Wide Enterprise, Che Hasmah Hassan; Pengarah Urusan Ieda Food Enterprise, Wan Zuraida Wan Isa.

Pengarah Urusan Dome Technologies Sdn. Bhd., Suhaiza Mohamed Yazri manakala moderator program adalah pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Dr Nooraini Mustafa.

Wan Zuraida, 32, pula berkata, mahasiswa tidak perlu takut dengan cabaran seperti modal dan sebagainya kerana banyak jabatan kerajaan sedia membantu dari sudut kemudahan dan kemahiran yang diperlukan.

Lulusan ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) ini percaya, mahasiswa terutamanya yang keluar dari UMK mempunyai latar belakang yang kukuh untuk memulakan perniagaan mereka sendiri terutamanya dalam bidang berkaitan industri makanan.

"Rujuklah kepada mana-mana jabatan seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang dan sebagainya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan saya yakin tidak ada masalah untuk graduan universiti mendapat kepercayaan mereka.

"Malah pihak di jabatan-jabatan kerajaan ini sebenarnya amat mengalu-alukan anda semua yang sebenarnya mempunyai potensi amat besar untuk berjaya.

"Ijazah dan ilmu di dada itu penting tetapi teori semata-mata itu perlu diperkukuhkan dengan kemahiran jika tidak maka akan cepatlah gulung tikar," katanya yang kini berpendapatan lima angka sebulan setelah sembilan tahun menceburi bidang pembuatan makanan segera.

Seorang lagi ahli panel, Che Hasmah, 48, yang sudah 20 tahun terlibat dalam industri pemakanan dan produk kesihatan pula berkata, graduan menganggur kerana mereka sendiri yang membiarkan peluang berlalu dan tidak melakukan apa-apa.

Katanya, selain minda ibu bapa sendiri yang mesti diubah, graduan universiti juga mesti berani melangkah ke bidang perniagaan.

"Dalam perniagaan ada dua benda yang 'dijual' iaitu sama ada perkhidmatan atau produk, pilih jenis perniagaan mana yang kita mahu dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

"Industri makanan halal misalnya menjanjikan produk yang amat banyak dan pasaran yang amat luas dan tidak putus," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

200 pelajar UMT derma darah

Posted:

200 pelajar UMT derma darah

200 pelajar UMT derma darah


Nik Mohd. Syaifuddin Nik Mat Kahar (kiri), Wan Mohd. Sulbaharuzi Wan Sulaiman dan Noor Azlin Mohd. Ghazali selepas majlis Konvokesyen Politeknik ke-24 di Kota Bharu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 15 Mac - Lebih 200 pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjayakan kempen derma darah sempena Hari Bertemu Pelanggan di kampus berkenaan, dekat sini baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Kesihatan UMT dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) itu bertujuan menyemai rasa tanggungjawab dan membela nasib anggota masyarakat.

Pengarah pusat itu, Dr. Arnie A. Rahim berkata, program itu juga bagi membantu Unit Tabung Darah HSNZ mendapatkan seberapa banyak darah yang sememangnya amat diperlukan bagi merawat pesakit.

"Selain itu ia dapat menggalakkan warga UMT mengamalkan gaya hidup sihat dan membantu mempromosikan pelbagai perkhidmatan pusat ini yang baru berpindah ke bangunan baru awal tahun ini.

"Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, saya berharap ia dapat memupuk nilai kasih sayang tanpa mengira bangsa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bertemakan 'Menikmati Gaya Hidup Sihat', pelbagai program menarik diatur selama dua hari bagi membolehkan warga UMT mengambil peluang untuk menyertai kempen berkenaan.

Selain kempen derma darah, turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesihatan, demonstrasi masakan berkhasiat, pameran anti dadah dan kempen pemeriksaan sendiri payu dara.

Tambah Dr. Arnie, sejak sebulan lalu, pusat itu mewujudkan dua unit perkhidmatan baru iaitu unit pergigian dan x-ray bagi mempelbagaikan fungsinya kepada warga UMT.

Menurutnya, dengan 26 orang kakitangan termasuk tiga orang doktor, kewujudan unit itu selaras dengan keperluannya dalam bidang kesihatan serta pertambahan bilangan warga kampus saban tahun.

"Selain itu, Pusat Kesihatan UMT turut mempunyai beberapa unit dan kemudahan lain seperti unit kecemasan dan pesakit luar, bilik isolasi, makmal perubatan, wad umum dan bilik pemeriksaan mata.

"Bagi memastikan warga UMT mendapat faedah-faedah kesihatan secara optimum kita turut merancang untuk membuka dua unit lagi perkhidmatan iaitu hemodialisis dan fisioterapi pada masa akan datang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua anak ibu tunggal miskin muncul pelajar cemerlang

Posted:

Dua anak ibu tunggal miskin muncul pelajar cemerlang

Dua anak ibu tunggal miskin muncul pelajar cemerlang


Pelajar-pelajar UMT menderma darah sempena Hari Bertemu Pelanggan di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 15 Mac - Majlis Konvokesyen ke- 24 Politeknik Kota Bharu pada 7 hingga 10 Mac lalu pasti memalit kenangan manis di hati dua orang pelajar, Wan Mohd. Sulbaharuzi Wan Sulaiman dan Noor Azlin Mohd. Ghazali, 24.

Ketika hari terakhir majlis tersebut, kedua-dua anak jati Kelantan ini naik ke pentas bukan sekadar untuk menerima diploma dan sijil masing-masing tetapi ia turut disertakan dengan anugerah pelajar terbaik.

Wan Mohd. Sulbaharuzi dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Akademik manakala Noor Azlin menerima Anugerah Kecemerlangan Sijil Kejuruteraan Awam.

Lebih menarik, kedua-dua mereka bukanlah datang dari keluarga kenamaan sebaliknya masing-masing dibesarkan oleh ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai penoreh getah dan pembantu kedai makan.

Wan Mohd. Sulbaharuzi ketika dihubungi selepas majlis tersebut berkata, tekad untuk mengubah nasib keluarga menjadi pendorong utama kepadanya untuk tekun belajar dan mencapai keputusan cemerlang.

"Ibu membesarkan kami sembilan beradik seorang diri selepas kematian ayah saya pada 1997 dengan hasil titik peluh menoreh getah saban hari tanpa rasa penat.

"Sebab itulah saya menyimpan azam untuk berjaya dalam pelajaran agar suatu hari nanti mampu mengubah nasib keluarga saya menjadi lebih baik dari sekarang," katanya yang berasal dari Kampung Kolam Emas, Gua Musang.

Menurut Wan Mohd. Sulbaharuzi sepanjang belajar di institusi itu selama tiga tahun, dia tidak pernah hilang fokus dalam pelajaran dan sentiasa memastikan setiap kerja kursus yang diarahkan berjaya disiapkan.

Jelasnya, pembahagian masa juga adalah sangat penting agar dia dapat meluangkan lima jam setiap hari untuk menelaah pelajaran dan mengulang kaji semua subjek yang diambil.

Pengalaman sama turut dikongsi Noor Azlin yang hanya bergantung harap kepada pendapatan ibunya, seorang pembantu kedai makan kerana ayahnya juga sudah meninggal dunia.

Namun, bagi gadis ini, kekurangan itu tidak pernah menjadi penghalang untuknya belajar dengan tekun bagi mencapai cita-cita menjadi seorang jurutera pada masa depan.

"Mak saya dan tiga lagi adik beradik saya menjadi pendorong utama kepada saya untuk belajar dan mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.

"Memang kadang-kadang ada masalah kewangan tetapi saya bernasib baik kerana makcik yang sentiasa membantu saya dalam soal itu dan turut tidak lupa memberi galakan kepada saya," kata gadis Kota Bharu ini.

Noor Azlin berkata, dia mahu menjadi contoh kepada ahli keluarga dan rakan-rakan sekelasnya justeru dia tidak pernah mengabaikan pelajaran di samping meluahkan masa beriadah dengan rakan-rakan setiap hari.

"Pensyarah juga banyak membantu saya terutama subjek-subjek yang susah dan Alhamdulillah saya berjaya mencapai keputusan yang baik dan menerima anugerah itu.

"Saya kini meneruskan pelajaran dalam bidang diploma dan berharap untuk meneruskan kecemerlangan ini," ujarnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 16 Mar 2011 01:24 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Johor: Jalan sesak, sempit

Posted: 15 Mar 2011 12:36 PM PDT

Wilayah

  KENDERAAN pengunjung terpaksa diletakkan sesuka hati kerana ketiadaan  tempat meletak kenderaan yang teratur.

KENDERAAN pengunjung terpaksa diletakkan sesuka hati kerana ketiadaan tempat meletak kenderaan yang teratur.

Penduduk minta pertingkat kemudahan di pasar malam Kampung Kangkar Tebrau

KANGKAR TEBRAU: Kurangnya tempat meletak kenderaan di kawasan pasar malam berhampiran di Kampung Kangkar Tebrau dan kawasan perumahan sekitarnya menyebabkan kesesakan jalan raya serius di kawasan berkenaan.

Keadaan itu sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu dan seharusnya diambil perhatian oleh pihak berkaitan supaya tidak menyusahkan pengguna jalan raya dan juga pengunjung ke pasar malam berkenaan. Peniaga pasar malam, Ratnawati Mohd Noor, 42, berkata sambutan hangat oleh penduduk di kawasan ini menyebabkan kesesakan jalan raya akan berlaku kerana laluan kenderaan di situ menjadi sempit disebabkan pengunjung pasar malam meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan.

Katanya, tindakan itu mengakibatkan kesesakan terutamanya apabila pekerja kilang balik dari tempat kerja masing-masing.

Beliau berkata, lazimnya pekerja kilang diturunkan beramai-ramai dari satu bas dan ini mengakibatkan kesesakan jalan dan ditambah lagi dengan kenderaan persendirian seperti kereta, motosikal dan van yang turut memenuhi kawasan itu.

"Saya meminta pihak berwajib melebarkan jalan raya di kawasan berkenaan supaya ada ruang yang lebih bagi membolehkan kenderaan seperti kereta, van atau bas diletakkan dengan betul supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya lain.
"Sebagai peniaga, saya memang bersyukur kerana sambutan begitu menggalakkan diterima daripada pengunjung yang datang ke pasar malam ini tetapi pada masa yang sama ketiadaan tempat meletak menyusahkan pengguna.

"Sepatutnya dibina lebih banyak kemudahan itu bagi keselesaan pengunjung dan peniaga," katanya yang sudah berniaga di situ sejak sembilan tahun lalu.

Pengunjung Pasar Malam, Iriyusri Kamal, 27, berkata boleh dikatakan setiap kali pasar malam bermula petang Ahad hingga ke tengah malam akan menyebabkan kesesakan jalan raya kerana jalan sedia ada tidak lebar sedangkan kawasan berkenaan terletak dalam laluan Kawasan Perindustrian Tebrau 4 dipenuhi hampir 30 kilang dan 12,000 pekerja.

Katanya, pekerja biasanya akan pulang pada jam 7 malam disebabkan pertukaran syif dan sudah tentu kawasan Pasar Malam Kangkar Tebrau akan menjadi tumpuan mereka untuk membeli juadah makan malam.

"Saya sendiri terpaksa meletakkan kereta saya di bahu jalan yang tidak bertar kerana pihak berwajib tidak menyediakan kawasan tempat meletak kenderaan dan ia berisiko dilanggar kenderaan lalu lalang di kawasan berkenaan," katanya.

Pengunjung, Norliza Khamjah, 30, berkata ketiadaan tempat meletakkan kenderaan boleh mengakibatkan kenderaan yang diletakkan di situ disaman pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain itu katanya, jika perkara ini berlarutan, pada masa akan datang ia boleh memberi kesan buruk pada alam sekitar yang mengakibatkan pencemaran udara di situ yang boleh menjejaskan barang makanan dijual di pasar malam itu.

"Saya berharap pihak bertanggungjawab melebarkan jalan dan pada masa yang sama menyediakan tempat meletakkan kenderaan lebih teratur supaya kemalangan dan pencemaran dapat diatasi bagi memastikan kesihatan dan kualiti barangan terutama makanan yang dijual di pasar malam ini tidak tercemar," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sentral: Penghuni flet marah

Posted: 15 Mar 2011 12:31 PM PDT

Wilayah

Premis kosong rumah pangsa Perdana Paroi penuh sampah

SENAWANG: Penduduk Rumah Pangsa Perdana Paroi di sini, marah apabila beberapa unit rumah kosong di situ menjadi tong sampah, manakala dinding rumah menjadi kanvas untuk menconteng, termasuk perkataan lucah.

Keadaan itu menimbulkan perasaan tidak senang majoriti penduduk, terutama yang berhampiran unit rumah terbabit kerana terpaksa menghidu bau, selain keadaan itu memburukkan pandangan dan imej kawasan perumahan mereka. Penduduk mendakwa masalah itu berlaku sejak lebih enam bulan lalu apabila segelintir penduduk mengambil jalan mudah membuang sampah dalam unit rumah kosong terbabit walaupun kemudahan tempat pembuangan sampah disediakan.

Hamidah Arshad, 48, kesal dengan sikap penduduk yang melakukan perbuatan itu kerana rumahnya terletak di depan unit rumah terbabit.

Katanya, bukan hanya plastik sampah, malah ada penduduk yang tidak berhati perut membuang sampah pukal seperti permaidani dan tikar plastik buruk.

"Setiap kali saya melaporkan masalah ini kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS), kakitangannya akan memungut sampah itu, tetapi beberapa hari kemudian, sampah baru muncul lagi.
"Tindakan penduduk terbabit menyebabkan saya yang tinggal berhampiran `tong sampah' haram itu menjadi mangsa terpaksa menghidunya setiap hari," katanya yang menetap di situ sejak tujuh tahun lalu.

Badrulzaman Burhanuddin, 17, turut tidak puas hati terhadap tindakan segelintir penduduk yang mementingkan diri sendiri.

Katanya, unit rumah yang kosong itu turut menjadi sasaran segelintir remaja menconteng dinding rumah dengan perkataan lucah.

"Penduduk tidak dapat mengesan mereka yang melakukan perbuatan itu yang dipercayai berbuat demikian ketika penghuni bekerja pada siang hari," katanya
Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka terbabit kerana perbuatan itu jika dibiarkan, akan menimbulkan masalah kesihatan seperti penyakit berjangkit akibat persekitaran kotor.

Norshahrizan Bador, 30, pula berkata kebanyakan penduduk tidak selesa dengan masalah yang berlaku, tetapi tidak mempunyai pilihan lain.

Beliau mencadangkan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di situ untuk mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dan menconteng dinding.

"Jika berjaya dikesan, penduduk terbabit perlu dikenakan tindakan tegas kerana menimbulkan masalah kepada orang lain. Jika tidak, mereka akan terus berbuat demikian kerana menganggap tiada siapa yang boleh bertindak terhadap mereka," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 16 Mar 2011 01:19 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


10,000 rumah rakyat miskin tegar dibaik pulih

Posted:

10,000 rumah rakyat miskin tegar dibaik pulih

10,000 rumah rakyat miskin tegar dibaik pulih


NAJIB Tun Razak membantu menyiapkan kerja baik pulih rumah penerima bantuan Projek Nadi Kasih di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Selangor, semalam. – utusan/Mohd. Shaharani Saibi


TANJUNG KARANG 15 Mac – Kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan membaik pulih 10,000 unit rumah rakyat miskin tegar di seluruh negara yang akan dilaksanakan menerusi dua fasa membabitkan 100 kawasan Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek di bawah 1MDB itu membabitkan perbelanjaan RM50 juta dengan peruntukan RM5,000 bagi setiap rumah.

"Saya harap rumah yang dibaik pulih nanti sepadan dengan wang RM5,000 yang diperuntukkan," katanya semasa berucap merasmikan Projek Nadi Kasih di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang di sini hari ini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM500 kepada 200 pelajar miskin di kawasan Tanjung Karang bagi pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib berkata sebagai kerajaan, BN memahami denyut nadi rakyat dan ada empat keperluan rakyat Malaysia iaitu kos sara hidup yang berpatutan, kediaman yang mampu dimiliki, pendidikan dan tahap kesihatan yang baik serta kos pengangkutan yang mampu ditanggung mereka.

"Ini keperluan asas rakyat Malaysia, bread and butter issue kata orang putih," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga menubuhkan 1MDB yang melalui projek khidmat sosialnya membiayai kerja-kerja pemulihan rumah uzur golongan miskin tegar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Subsidi hanya bagi golongan perlu

Posted:

Subsidi hanya bagi golongan perlu

Subsidi hanya bagi golongan perlu

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan bersalaman dengan para pengakap sebelum meninggalkan Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Kebangsaan di Istana Melawati di Putrajaya, semalam. Turut hadir Perdana Menteri yang juga Presiden Agung Pengakap Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri). - BERNAMA


PETALING JAYA 15 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan subsidi ke atas pelbagai barangan, perkhidmatan serta sumber perlu ditujukan kepada golongan rakyat yang benar-benar memerlukan dan tidak boleh diberikan secara sewenang-wenangnya.

Menurut Perdana Menteri, ini bagi memastikan sesuatu sumber itu boleh bertahan lama dan tidak kehabisan dalam jangka masa panjang.

Dengan mengambil contoh mengenai bekalan air, jelasnya, harga sumber itu tidak boleh disubsidi secara meluas kerana ia membabitkan kos rawatan di samping keperluan mewujudkan kesedaran kepada rakyat bahawa bahan itu adalah terhad.

Justeru, beliau meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu bekalan serta harga air kerana perkara itu kini menjadi topik yang hangat dibincangkan di seluruh dunia.

"Jika kita semua memahami bahawa sumber (air) adalah terhad dan kita mahu perkhidmatan (mengenainya) diperbaiki, kita perlu sedia membayar harganya.

"Oleh itu, subsidi (air) perlu ditujukan kepada golongan sasaran dan bukannya secara meluas bagi memastikan bekalannya boleh bertahan lama," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Air Asia Pasifik (APRWC) 2011 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Najib menambah, pengurusan air pada masa kini adalah lebih mencabar berbanding sebelumnya kerana kerajaan perlu mengimbangkan antara faktor kos rawatan air dengan tarif bersesuaian, demi memastikan harganya tidak membebankan rakyat.

Menurutnya, bekalan air bersih yang mencukupi adalah penting buat rakyat demi memastikan mereka dapat bersama-sama kerajaan dalam menuju status negara maju berpendapatan tinggi.

Dengan mengambil satu contoh, katanya, 'Greater Kuala Lumpur' akan menjadi salah satu daripada 29 bandar raya mega (megacities) di dunia dalam masa 15 tahun dari sekarang dan bekalan air bersih yang mencukupi adalah penting demi menuju cita-cita tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Chong Wei terima saham RM100,000

Posted:

Chong Wei terima saham RM100,000

Chong Wei terima saham RM100,000

PUTRAJAYA 15 Mac – Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All England awal pagi Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah tersebut kepada Chong Wei, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya yang merupakan sebuah jam tangan atas kejayaan Chong Wei itu.

Chong Wei pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan All England di Birmingham Indoor Arena, England.

Berucap pada majlis itu, Najib berkata, beliau begitu yakin Chong Wei akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan Chong Wei lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lepas.

Beliau berkata, hadiah kerajaan Malaysia itu adalah hasil perbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan "kita telah bersetuju untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas kejayaan Chong Wei."

Perdana Menteri juga berkata, sebelum bertanding Chong Wei menelefon Rosmah, yang merupakan satu tabiatnya sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.

"Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang dan saya juga dapat bercakap dengan Chong Wei turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang," katanya.

"Pada ketika itu, dia (Chong Wei) tidak menganggap Lin Dan sebagai penentang yang tidak boleh diatasi. Chong Wei juga telah menunjukkan permainan yang begitu hebat sekali dan tidak pernah rasa tertekan tetapi sentiasa mengatur permainannya berdasarkan kepada pelan permainan.

"Pada saya, bila dia mempunyai keyakinan dan komited kepada pelan permainannya, pada masa itu dia boleh mengatasi pencabarnya yang menjadi penghalang besar kepadanya untuk mencapai kejayaan," kata Najib.

Najib berharap kejayaannya itu dapat dijadikan satu landasan kukuh untuk negara memenangi pingat emas di Sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada tahun depan, yang merupakan "impian kita yang masih belum tercapai,

"Ini adalah harapan saya dan juga 27 juta rakyat Malaysia. Inilah harapan yang kita anggap sebagai cita-cita besar dan impian agung yang menuntut usaha semua pihak untuk menjadikannya satu kenyataan," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 16 Mar 2011 01:18 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mara: Tiada arahan bawa pulang 207 pelajar dari Jepun

Posted: 16 Mar 2011 12:30 AM PDT

KUCHING, 16 Mac — Mara tidak menerima sebarang arahan daripada Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara untuk membawa pulang 207 pelajar tajaannya di Jepun ekoran gempa bumi di negara itu pada Jumaat lepas, kata Menteri  Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau juga berkata semua pelajar tajaan Mara di Jepun itu dilaporkan dalam keadaan selamat dan pihaknya sentiasa  memantau perkembangan terkini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian anjung ilmu dan tabung amanah Yayasan  Pelajaran Mara (YPM) di sini hari ini, beliau berkata Mara masih lagi menunggu keputusan Wisma Putra dan MKN sama ada akan membenarkan 68 pelajar tajaan Mara yang dijadual bertolak ke Jepun pada Sabtu dan Ahad ini.

Mengenai anjung ilmu yang wujudkan oleh YPM, Shafie berkata sebanyak RM6 juta diperuntukkan untuk membangunkan 68 kemudahan itu di seluruh negara. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu DNA: Tindakan paksa Anwar cabuli prinsip undang-undang

Posted: 16 Mar 2011 12:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat menyatakan pendiriannya mempertahankan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil mendakwa sebarang paksaan agar beliau menyerahkan sampel DNA merupakan pencabulan prinsip utama undang-undang.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang kelihatan bersungguh-sungguh mendesak Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau adalah sebahagian daripada episod terancang bermotifkan politik jahat dan khianat.

"Baik pihak pendakwaan mahupun NGO-NGO picisan yang bersungguh mendesak ini, kelihatan tidak faham akan prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Dalam mana-mana kes mahkamah, adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa pihak tertuduh itu bersalah berdasarkan bukti yang jelas melampaui sebarang keraguan dan bukannya meminta atau mencipta bukti," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kes Anwar, kata Shamsul Iskandar, beliau tidak perlu mengemukakan hatta secebis bukti sekalipun kerana beliau sendiri telah mempunyai alibi yang kukuh untuk menyatakan bahawa tidak terlibat dalam dakwaan penuduh.

Katanya, apa yang berlaku dalam kronologi kes fitnah kedua ke atas Anwar ini lebih bersifatkan pembunuhan karakter paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara.

"Anwar dinafikan akses ke atas pelbagai dokumen, malah pihak peguambela sendiri terhalang daripada menjalankan pelbagai ujian bebas ke atas bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh pendakwa.

"Isu DNA ini berterusan dimainkan agar dengan mudah pihak pendakwaan memalitkan tuduhan ke atas Anwar," kata beliau lagi.

Shamsul Iskandar berkata percanggahan fakta sejak awal perbicaraan menunjukkan bahawa kes liwat kedua dihadapi Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, langsung tidak mempunyai asas undang-undang yang jelas dan fakta yang kukuh, ditambah pula dengan kredibiliti penuduh yang jahanam.

Malah Shamsul Iskandar berkata tindakan pendakwaan bertentangan dengan Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948.

Tambahan pula kata Shamsul Iskandar, pembocoran awal hujahan pihak pendakwaan dalam permohonan jahat mereka untuk memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA membuktikan lagi hujah bahawa "usaha membunuh karakter beliau dilakukan secara terancang" oleh pihak pendakwaan dan media massa di bawah telunjuk Umno-BN.

"Angkatan Muda PKR dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk Datuk Seri Anwar tunduk kepada desakan-desakan bebal yang sedang dilakukan oleh beberapa pihak.

"Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap prinsip asas undang-undang itu sendiri dan menjadikannya sebagai seseorang itu bersalah sehingga dibuktikan tidak bermasalah," katanya.

Shamsul Iskandar juga berkata pihaknya yakin dan percaya bahawa kelompongan kes ditambah dengan kekarutan pihak pendakwaan serta penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit dalam kes yang sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula 1998.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 16 Mar 2011 12:09 AM PDT

Berita Harian: Nasional


Subsidi air perlu disasar, bukan untuk semua: PM

Posted: 15 Mar 2011 03:20 PM PDT

Nasional

Sumber perlu diurus secara mapan untuk generasi masa depan

SUBANG JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, subsidi air seharusnya disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak dan bukannya meliputi keseluruhan rakyat bagi memastikan bekalan yang berterusan untuk generasi akan datang.

Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu faham apabila bekalan adalah terhad dan mereka mahukan perkhidmatan yang lebih baik, maka mereka terpaksa menanggung kosnya. "Setengah pihak menyatakan air kini seumpama emas putih. Malah, ia kini menjadi komoditi yang amat bernilai untuk manusia dan keperluannya semakin mendesak.

"Meskipun kita mempunyai bekalan air yang melimpah ruah, ia tidak boleh dianggap boleh diperoleh secara percuma atau pada harga murah," katanya dalam teks ucaptama pada Persidangan Air Asia Pasifik kedua di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Perdana Menteri berkata, pengurusan sumber air perlu dilakukan secara mapan serta memerlukan modal dan pelaburan besar.
"Kita jangan lupa apabila kita memutarkan kepala paip air, apa yang mengalir bukan saja air, tetapi suatu produk yang mempunyai nilai. Walaupun Malaysia mempunyai banyak air, air yang bersih memerlukan modal dan pelaburan.

"Bagaimanapun, apabila kita cuba meletakkan 'kos' untuk bekalan air ini, ada bantahan daripada orang ramai disebabkan mereka tidak memahami keadaan sebenar. Tidak dinafikan kos perkhidmatan air perlu pada harga munasabah dan kos itu perlu dikaitkan dengan kadar penggunaan bagi mengelakkan pembaziran.

"Bagaimanapun, proses memilih mekanisma bagi menentukan harga ternyata amat sukar terutama apabila ia dipolitikkan," katanya.

Najib turut memuji langkah industri air negara yang semakin berkembang, termasuk sudah mula menggunakan sistem penurasan membran baru, proses Actiflo Clarification dan Teknologi Tanpa Mengorek untuk menggantikan paip lama.

"Saya berasa bangga kerana melihat perkembangan inovasi dan R&D dalam sektor ini yang kebanyakannya dipacu sektor swasta. Kajian ini juga merangkumi ruang lingkup yang lebih luas bagi memenuhi prinsip antarabangsa dalam aspek pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Politik Malaysia tidak sama negara Asia Barat

Posted: 15 Mar 2011 03:19 PM PDT

Nasional

TANJUNG KARANG: Datuk Seri Najib Razak menegaskan politik Malaysia tidak mungkin bergolak seperti beberapa negara di Asia Barat kerana negara ini bukan diperintah kerajaan kuku besi, sebaliknya mengamalkan demokrasi sejak sekian lama.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab menggalas amanah rakyat untuk memimpin negara agar dapat memenuhi keperluan mereka terutama dalam membantu meringankan beban kos sara hidup, perumahan, pendidikan dan pengangkutan.

"Ada orang kata Malaysia nak dijadikan sebagai medan pertarungan yang hebat seperti di negara Asia Barat yang bergolak ketika ini. "Saya ingin menjawab, jangan sama sekali menyamakan Malaysia dengan negara itu kerana Malaysia sudah lama mengamalkan demokrasi dan rakyat berhak memilih kerajaan," katanya ketika melancarkan Nadi Kasih, program membaiki rumah uzur milik rakyat termiskin peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Najib berkata, bukti kerajaan negara ini sehingga kini diterima rakyat ialah apabila majoriti diperoleh Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang, baru-baru ini, melonjak.

Mengenai Nadi Kasih, Najib berkata, sebanyak 10,000 unit rumah dibaik pulih di seluruh negara yang dilaksanakan menerusi dua fasa membabitkan 100 kawasan Parlimen.
Program itu dilaksanakan 1Malaysia Development Berhad membabitkan perbelanjaan RM50 juta.

Najib diiringi Noh kemudian ke rumah Tang Seng Hai dan Kamaruddin Bakar di Bagan Pasir serta M Naiyagan di Sungai Yu untuk menyudahkan kerja membaiki rumah mereka yang usang.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 15 Mar 2011 11:41 PM PDT

Utusan Online - Politik


Wan Azizah perlu akhiri kemelut

Posted:

Wan Azizah perlu akhiri kemelut

Wan Azizah perlu akhiri kemelut

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 15 Mac -Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.

Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.

"Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya di sini hari ini.

Fakhrul Azman berkata, beliau bersimpati dengan Wan Azizah yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan suaminya itu tanpa asas yang kukuh.

Pihak pendakwa bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru-baru ini memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada tubuhnya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profil DNA yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar atau pun bukan.

Permohonan pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya pernah dikemukakan di mahkamah negara ini.

Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak di beberapa negeri mengadakan himpunan secara aman mendesak Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyerahkan DNA beliau.

Kata Fakhrul Azman, jika Anwar tidak bersalah, keputusan DNA itu nanti pastinya akan lebih menarik keyakinan rakyat untuk menyokong beliau dan seterusnya mampu memenuhi cita-cita politik Ketua Pembangkang itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar tak layak desak rakyat hentikan demonstrasi

Posted:

Anwar tak layak desak rakyat hentikan demonstrasi

Anwar tak layak desak rakyat hentikan demonstrasi

SHAH ALAM 15 Mac - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk mendesak mahkamah mengambil tindakan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman di seluruh negara bagi mendesaknya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sebelum ini Anwar adalah individu yang paling lantang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara untuk rakyat di negara ini.

"Bukankah budaya demonstrasi ini diamalkan oleh Anwar sejak beliau menuntut di Universiti Malaya (UM) lagi?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan peguam Anwar, Karpal Singh yang memohon kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengendalikan perbicaraan liwatnya dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkaitan DNA dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Anwar juga memohon supaya dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia dikenakan tindakan mahkamah kerana menyiarkan laporan tentang demonstrasi itu.

Sementara itu, Hamidzun berkata, sikap berat sebelah yang ditunjukkan Anwar itu membuktikan yang beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Pembangkang di negara ini.

"Apabila terkena batang hidungnya sendiri, beliau dengan angkuhnya memarahi rakyat yang bangkit menentangnya," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, tambah Hamidzun, GAPS bersedia untuk menganjurkan demonstrasi berskala besar untuk terus mendesak Anwar supaya beliau tunduk kepada proses perundangan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 15 Mar 2011 11:16 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Tempe pernah disangka lepat pisang

Posted:

Tempe pernah disangka lepat pisang

Tempe pernah disangka lepat pisang

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS



MAKANAN tradisi Indonesia, tempe kini mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini termasuklah di negeri-negeri di utara Semenanjung. Di Kedah misalnya, tempe yang dahulunya dianggap makanan yang pelik oleh masyarakat negeri itu semakin diterima ramai sehinggakan tempe ada dijual di pasar-pasar malam dalam bentuk cucur tempe.

Tempe memang laris kerana ia digoreng rangup. Lebih menyelerakan apabila tempe goreng dicicah dengan kicap pedas.

Namun, tidak ramai yang tahu cerita sebenar di sebalik pengenalan tempe yang kian popular di Kedah.

Seorang petani, Yusob Hanapiah, 57, bukanlah seorang yang dikenali ramai. Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau adalah orang pertama yang memperkenalkan tempe kepada masyarakat di Kedah sekitar tahun 1984. Anak kelahiran Kampung Lubok Ipoh, Malau, Jitra, Kedah itu mempelajari cara-cara memproses kacang soya menjadi tempe daripada seorang rakannya berketurunan Jawa ketika merantau di Kota Tinggi, Johor sekitar tahun 1981.

"Semasa di Johor saya dihidangkan dengan juadah tempe masak lemak cili api yang rasanya agak pelik tetapi apabila makan dan makan, rasanya sedap.

"Pertama kali makan saya terus sukakannya sehingga saya terus belajar tentang cara memproses tempe kerana bercadang untuk memperkenalkan makanan tradisi Indonesia ini kepada orang Kedah," katanya ketika ditemui di rumah pemprosesan tempe bersebelahan kediamannya di Malau, Jitra, Kedah.

Menurut Yusob, dia berdepan dengan pelbagai cabaran ketika cuba memperkenalkan tempe kepada masyarakat Kedah kerana rasanya yang agak pelik dan mungkin tidak sesuai dengan selera rakyat negeri Kedah pada ketika itu.

"Walaupun sebahagian besar orang Kedah susah nak terima tempe tetapi saya terus berusaha untuk memperkenalkannya di Kedah dengan pelbagai cara termasuklah mengadakan demonstrasi masakan di pasar tani dan pasar malam.


TEMPE Tani disusun dirak sebelum sedia dipasarkan di sekitar Kedah.


"Saya bawa kuali ke pasar tani dan pasar malam dan tunjukkan kepada pengunjung cara-cara memasak tempe.

"Antaranya cucur tempe, sambal tempe dan masak lemak cili api tempe," ujarnya.

Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, beliau mengambil masa sehingga lima tahun untuk mempopularkan tempe di Kedah dan penggemar makanan itu meningkat dari tahun ke tahun.

Sepanjang tempoh itu, banyak kisah lucu yang dilalui. Salah satunya berlaku apabila seorang pelanggan membeli lima bungkus tempe. Pada masa itu dibalut dengan daun pisang.

"Saya tanya sama ada dia tahu apa di dalam bungkusan daun pisang itu, dia jawab tahu dan dia terus bayar dan membawa lima bungkus tempe itu ke kedai kopi berdekatan.

"Saya tengok dari jauh dia pesan secawan kopi dan mula membuka bungkusan tempe dan makan tetapi sebaik menggigitnya dia terus luah dan buang," ceritanya sambil tersenyum.

Kisah lucu

Sekitar tahun 80-an, ramai yang menyangka tempe yang dijual dalam bungkusan daun pisang adalah lepat pisang dan tepung bungkus.

"Banyak yang saya lalui dan ia menjadi kenangan manis untuk dikongsi kepada anak-anak muda sekarang," jelasnya sambil memberitahu tempe yang dibungkus di dalam daun pisang dijual pada harga 20 sen sebungkus.

Selain melakukan demonstrasi masakan tempe di pasar-pasar tani dan pasar malam, beliau juga menjual tempe dengan motosikal dan masuk ke kawasan perumahan di Alor Setar, Jitra, Kuala Nerang, Pendang dan Bukit Kayu Hitam.

"Saya juga akan masuk ke kawasan perumahan dan akan cari kereta dengan nombor plat kenderaan dari negeri-negeri di selatan Semenanjung terutamanya Johor untuk jual tempe.

"Selalunya tempe saya laris kerana mereka yang berasal dari selatan Semenanjung dan bekerja di Kedah sebagai kakitangan Imigresen dan UPP (Unit Pencegah Penyeludupan) menggemari tempe," katanya.

Setelah lebih lima tahun lalu bertungkus-lumus memperkenalkan tempe di Kedah, perniagaannya menjadi lebih stabil dan berkembang.

"Kini tempe yang saya usahakan dengan jenama Tempe Tani dijual kepada pengusaha kantin di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan restoran-restoran berdekatan pada harga RM1 sebungkus dengan berat 160 gram.

"Tempe Tani pada hari ini dibungkus dengan plastik berbanding daun pisang sebelum ini," katanya.

Kata Yusob, perniagaannya kini dibantu oleh isterinya, Norhasmah Hussin, 48, serta tiga orang pekerja yang terdiri daripada penduduk kampung.

"Saya untung bersih sekitar RM120 sehari daripada jualan tempe ini dan saya bercadang mahu menyerahkan perniagaan ini kepada anak-anak yang mahu mengambil alih," ujarnya sambil memberitahu anak sulungnya merupakan seorang guru manakala dua yang lain sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.


JIKA sebelum ini Tempe Tani dibungkus dalam daun pisang kini Yusob menggunakan plastik.


Amalan kebersihan

Berkongsi cara-cara membuat tempe, Yusob memberitahu, tiada rahsia mahupun ramuan istimewa dalam membuat tempe. Apa yang penting adalah amalan kebersihan.

"Saya memang utamakan kebersihan kerana jika kotor, tempe tidak akan tahan lama dan warnanya akan bertukar kekuning-kuningan," katanya.

Menurut Yusob, proses membuat tempe bermula dengan kacang soya mentah direndam dalam sebuah bekas selama 36 jam.

Selepas direndam, kacang soya akan dipecahkan menggunakan sebuah mesin dan kemudian dibasuh sekurang-kurangnya tiga kali.

"Selepas dibasuh sehingga bersih, kulit kacang soya yang terapung dibuang seterusnya ia direbus sekali didih dan ditoskan.

"Apabila kering, masukkan serbuk ragi dan sedikit tepung ubi kayu dan kacau rata kemudiannya bolehlah dibungkuskan di dalam plastik yang telah ditebuk lubang.

"Kacang soya yang siap diadun dengan ragi dan tepung dan dimasukkan dalam plastik itu akan diperap selama semalaman sebelum ia bertukar menjadi tempe," jelas Yusob tempe buatannya boleh tahan selama tiga hari. Kebiasaannya dia akan memasarkan di antara 500 hingga 600 bungkus tempe sehari.

"Hari ini semakin ramai yang mengusahakan tempe di Kedah termasuklah secara kecil-kecilan di rumah dengan menggunakan daun pisang dan secara serius seperti saya," jelasnya.

Tambah beliau, selain mampu membuka selera sesiapa sahaja, juadah berasaskan tempe juga merupakan makanan berprotein tinggi tanpa kolesterol.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Tempe Tani hasil tangan Yusob boleh hubungi talian 013-4164 651. Sementara itu, pelanggan tetap tempe jenama Tempe Tani, Nor Hazam Allyas, 41, memberitahu, dia melanggan tempe hasil tangan Yusob untuk perniagaan kedai makannya di Jalan Kodiang, Jitra, Kedah sejak sembilan tahun lalu.

"Rasa dan kualiti Tempe Tani ini memang terbaik di negeri Kedah dan juadah berasaskan tempe yang dijual di kedai makan saya kebiasaannya laris.

"Selain rasanya yang sedap, tempe buatan Yusob juga tahan lama tidak seperti tempe lain yang cepat rosak," katanya ketika ditemui di kedai makan miliknya di Pusat Dakwah Kubang Pasu, Jalan Kodiang, Jitra.

Menurut Nor Hazam, kedainya menawarkan pelbagai menu berasaskan tempe antaranya tempe masak lemak, tempe sambal ikan bilis, tempe goreng berempah dan rojak ayam.

Protein tumbuhan

"Permintaan terhadap juadah tempe sangat tinggi dan kebiasaannya saya melanggan lebih 20 bungkus Tempe Tani seminggu.

"Jika ada tempahan rojak ayam atau lontong daripada syarikat atau pertubuhan tertentu, saya akan melanggan sehingga 50 bungkus tempe daripada Yusob," katanya.

Nor Hazam yang pada mulanya tidak menggemari tempe kerana baunya yang pelik mula menyukai makanan tersebut selepas merasai tempe buatan Yusob.

"Dulu saya menetap di Johor dari tahun 1997 hingga tahun 2002 dan pernah cuba makan tempe tetapi tidak boleh kerana baunya tetapi selepas kembali ke negeri kelahiran, Kedah dan mencuba Tempe Tani saya terus sukakannya.


PROSES membasuh dan membuang kulit kacang soya.


"Ia mungkin kerana tempenya yang kurang berbau dan sedap dimakan," jelasnya yakin dengan tahap kebersihan Tempe Tani kerana pernah melihat sendiri proses pembuatan tempe di premis milik Yusob di Kampung Lubok Ipoh, Malau, Jitra.

Roslina Luqman, 24, yang sebelum ini tidak menyukai tempe mula belajar makan makanan tersebut selepas menyedari khasiat yang ada pada makanan tersebut.

Pegawai percetakan di salah sebuah syarikat swasta mengakui cara masakan yang betul mempengaruhi rasa pada tempe.

"Dahulu semasa saya tinggal di asrama, selalunya saya tidak jamah pun tempe jika ia dihidangkan untuk menu makan tengah hari.

"Saya merasakan seolah-olah ada yang tidak kena pada makanan tersebut. Tetapi, setelah menyedari tempe mempunyai khasiat yang tinggi saya belajar menyukai tempe secara perlahan-lahan," kata Roslina yang menggemari tempe yang digoreng masak cili.

Sementara itu, menurut Pegawai Pemakanan Institut Sukan Negara (ISN), Noor Faezah Abdul Jalil, kacang soya merupakan protein yang diperoleh daripada sumber tumbuhan.

Ia mengandungi protein lengkap yang menyamai kandungan protein daripada sumber haiwan.

"Jadi, bagi mereka yang tidak mahu mengambil protein daripada sumber haiwan, mereka boleh menggantikannya dengan kacang soya mengikut keperluan.

"Misalnya kanak-kanak memerlukan protein tumbuhan yang lebih tinggi berbanding orang dewasa bagi menggalakkan tumbesaran," kata Faezah sambil memberitahu soya yang digunakan untuk menghasilkan tempe tetap mempunyai kandungan nutrien yang serupa.

Bagaimanapun, ujarnya apabila tempe itu digoreng, ia menyebabkan berlakunya pertambahan lemak dalam makanan tersebut sekali gus mengurangkan khasiat protein soya yang ada.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 15 Mar 2011 11:09 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


2 beradik kerugian RM70,000

Posted:

2 beradik kerugian RM70,000

2 beradik kerugian RM70,000

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


Beginilah keadaan kereta dua beradik yang rosak teruk dalam kejadian samun di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 15 Mac – Ibarat babak dalam drama, dua beradik lelaki terpaksa memandu kereta sejauh kira-kira 20 kilometer bagi menyelamatkan diri daripada dikejar empat penjenayah yang cuba menyamun mereka di Lebuh Raya Seremban-Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur hari ini.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa yang berusia 20-an membawa wang tunai RM70,000 selepas mengeluarkannya dari sebuah bank di Sri Petaling, di sini.

Namun tanpa disedari, mereka diekori oleh empat suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Volvo.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang menaiki kereta Honda Civic hanya mengetahui kehadiran penjenayah terbabit semasa berada di lebuh raya berkenaan apabila melihat kenderaan dinaiki suspek cuba mengejar dan menghimpit kereta mereka.

Beliau berkata, suspek terus mengejar dua-beradik terbabit sehingga ke Jalan Loke Yew di sini sehinggalah mangsa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan kereta mereka merempuh kenderaan lain.

"Setelah kereta mereka berhenti, si abang yang membawa wang cuba keluar dari kenderaan untuk melarikan diri namun dihalang oleh penjenayah yang membawa parang.

"Penjenayah kemudian merampas beg berisi wang dipegang mangsa dan cuba menetaknya namun mangsa bernasib baik kerana tangannya terkena pada bahagian parang yang tidak tajam menyebabkan dia hanya mengalami luka kecil," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, penjenayah terus melarikan diri selepas memperoleh wang RM70,000 daripada mangsa.

Katanya, polis sedang berusaha mengesan suspek dan menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkawan tanpa senjata api.

Seorang rakan sekerja mangsa yang ditemui di tempat kejadian memberitahu, mangsa mengeluarkan wang tersebut untuk menyelesaikan urusan syarikat.

"Kami mengusahakan perniagaan membuat bingkai gambar di Sungai Besi di sini," katanya.

Sementara itu, Utusan Malaysia sempat menemui dua-beradik terbabit di tempat kejadian namun mangsa enggan ditemuramah kerana masih terkejut dengan insiden menimpa mereka.

Mangsa ditetak dikenali sebagai Ng, 26, hanya berkata, dia tidak menyangka mereka menjadi sasaran penjenayah dan mahu membuat laporan polis selepas membersihkan luka di tangannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hina azan: Jamil minta kerjasama SKMM, PDRM

Posted:

Hina azan: Jamil minta kerjasama SKMM, PDRM

Hina azan: Jamil minta kerjasama SKMM, PDRM

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kerajaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu mempersendakan azan di laman Youtube.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) menegaskan, kerajaan memandang serius perbuatan mana-mana pihak yang tidak menghormati agama lain dengan menggunakan medium Internet untuk mencetuskan isu-isu sensitif.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama berkenaan akan dilakukan untuk memastikan isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian negara itu dapat ditangani segera.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa tindakan berbentuk provokasi terhadap agama Islam dan agama-agama lain di negara ini yang berniat jahat tidak akan dibiarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Khidmat Pelanggan Setempat dan laman web korporat terbaru Takaful Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Takaful Malaysia Berhad, Datuk Ismee Ismail.

Jamil Khir mengulas gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan supaya bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman Youtube.

Menurut PPIM, perbuatan menghina agama Islam itu boleh dilihat dengan melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 15 Mar 2011 07:23 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Menyelami kehidupan Orang Asli

Posted:

Menyelami kehidupan Orang Asli

Menyelami kehidupan Orang Asli

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


PENUNTUT Fakulti Pendidikan UKM bergambar bersama pensyarah mereka selepas melaksanakan program Opkim dengan penduduk Orang Asli di Pos Betau, Hulu Jelai, Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini. – utusan/Haris Fadilah Ahmad


KUALA LIPIS 15 Mac – Seramai 26 penuntut tahun empat Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melaksanakan Program Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) di perkampungan Orang Asli Pos Betau, Hulu Jelai dekat sini baru-baru ini.

Menerusi program itu, peserta didedahkan dalam kegiatan gotong-royong, pemeriksaan kesihatan, pameran kerjaya, pertandingan melukis untuk kanak-kanak dan sukaneka.

Pengarah program, Siddiq Syukkri Afanddi Zahari berkata, program bertemakan Budi Ditabur, Kasih Disemai itu bertujuan merapatkan hubungan di kalangan penuntut dengan penduduk Orang Asli.

"Peserta dapat menyelami pengalaman dan pengetahuan khususnya masalah dan kesukaran Orang Asli menjalani kehidupan di kawasan pedalaman walaupun tempias pembangunan mula memasuki kawasan itu.

"Justeru, penuntut diberi peluang memberi sumbangan dan motivasi kepada penduduk setempat khususnya kepentingan pendidikan untuk mengubah kehidupan mereka pada masa akan datang," katanya selepas majlis penutup program itu di Pos Betau, Hulu Jelai tersebut.

Majlis penutup program dilaksanakan oleh pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Dr. Razak Ahmad.

Menurut Siddiq Syukkri, program tersebut dapat meninjau kadar keciciran di kalangan anak Orang Asli serta mencari punca masalah dan mengatasinya untuk melengkapkan tesis peringkat ijazah penuntut Fakulti Pendidikan.

"Kita berpeluang menyampaikan ceramah dan berinteraksi dengan penduduk untuk meningkatkan kesedaran serta motivasi terhadap kepentingan pendidikan," katanya.

Jelasnya, pelaksanaan program tersebut adalah relevan kerana dapat memenuhi aspirasi konsep 1Malaysia.

"Kita kagum melihat kesungguhan Orang Asli membanting tulang mencari rezeki serta kegigihan mereka dalam sektor pertanian sebagai sumber pendapatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Logo terbesar 1Malaysia daripada bola kertas

Posted:

Logo terbesar 1Malaysia daripada bola kertas

Logo terbesar 1Malaysia daripada bola kertas


PENUNTUT Uniten Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah bergambar di hadapan logo terbesar 1Malaysia menggunakan bola kertas di Kompleks Sukan Muadzam Shah, Rompin, baru-baru ini.


ROMPIN 15 Mac - Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah Muadzam Shah di sini mencipta sejarah apabila membina logo terbesar 1Malaysia menggunakan bola kertas di sini baru-baru ini.

Logo terbesar itu dibina di Kompleks Sukan Muadzam Shah di sini sekali gus melayakkannya dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Program yang bertemakan Logo 1Malaysia Terbesar 2011 dianjurkan oleh Kelab Bahasa Inggeris, Kelab Citra Seni, Biro Kebudayaan Cina dan India serta Techflow Uniten.

Pengarah program, Erzan Shafizan Gulam Mohd. berkata, program itu mengajar para penuntut Uniten melakukan perubahan daripada segi pemikiran, kreativiti dan komunikasi di kalangan mereka.

Menurutnya, langkah itu akan meningkatkan kualiti penuntut dalam menghadapi apa jua situasi pada masa depan.

"Objektif utama adalah merapatkan hubungan dan memupuk sifat bekerjasama antara satu sama lain dalam sebuah kumpulan.

"Program ini juga membawakan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menekankan soal kerjasama dan menerap nilai toleransi antara kaum di universiti ini," katanya di sini baru-baru ini.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada The Star, Maybank cawangan Muadzam Shah, Perpustakaan Uniten, pensyarah serta pemilik kedai di sekitar Muadzam Shah.

Erzan Shafizan berkata, pihaknya juga menganjurkan kerja kebajikan bagi memberi bantuan kewangan dan barang keperluan kepada keluarga yang tidak berkemampuan di sekitar kampus tersebut.

Tambahnya, tiga keluarga terbabit dipilih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang daripada tiga kaum di sekitar Kuantan iaitu Melayu, Cina dan India untuk disalurkan bantuan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMP anjur program motivasi kepada calon UPSR

Posted:

UMP anjur program motivasi kepada calon UPSR

UMP anjur program motivasi kepada calon UPSR


ABDUL Jalil Borham (baju hitam, tengah) bergambar bersama guru dan murid SK Pengkalan, Batu 10 selepas program Motivasi Jaya Diri di UMP Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 15 Mac - Sekolah Kebangsaan Pengkalan, Batu 10 di sini bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program motivasi jaya diri kepada 160 murid tahun enam sekolah itu yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Program itu dilaksanakan oleh kalangan pensyarah dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) universiti itu bagi merangsang murid-murid mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

Dekan PBMSK, Prof. Abdul Jalil Borham berkata, program itu bertujuan meningkat motivasi dan kemahiran belajar dengan bantuan pensyarah UMP yang berpengalaman luas.

Menurutnya, penganjuran itu akan mendedahkan murid dengan suasana pembelajaran berkesan selain membina masa depan yang lebih cemerlang.

"Selain itu, ia bersesuaian dengan kehendak sistem pendidikan masa kini ke arah membina modal insan cemerlang dan seimbang," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Program tersebut dikendalikan oleh pensyarah pusat itu, Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab dan Norihan Sulan.

Selain itu, murid sekolah itu melawat makmal kejuruteraan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) dan makmal komputer di universiti tersebut.

Dalam pada itu, kaunselor sekolah tersebut, Lukman Al Hakim Nor, 38, berkata, pendedahan yang diberikan oleh para penceramah terbabit mampu membuka minda dan menyuntik semangat kepada murid-murid sebagai persiapan diri menghadapi peperiksaan itu tahun ini.

Tambahnya, murid-murid berpeluang menjalankan demonstrasi biofeedback yang berfungsi mengatasi masalah tekanan perasaan sama ada dalam kerjaya atau kehidupan seharian.

"Kajian Dr. Muhammad Nubli itu berfungsi sama seperti amalan yoga yang dikatakan dapat menyelesaikan masalah tekanan manusia menggunakan teknologi.

"Perkara itu boleh mengesan tahap ketidakstabilan emosi sekali gus sebagai terapi dalam menangani masalah yang dialami pelajar," jelasnya.

Seorang murid, Syed Qamarul Akmal Syed Kamarudin, 12, berkata, program itu memberi semangat kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh dalam menghadapi persediaan peperiksaan nanti.

Katanya, pengalaman melawat ke universiti itu amat bermakna buat dirinya kerana selama ini tidak pernah didedahkan dengan suasana kampus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 15 Mar 2011 07:16 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Beng Hock tidak dibenar pulang

Posted:

Beng Hock tidak dibenar pulang

Beng Hock tidak dibenar pulang

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mac - Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu tidak terus dibenarkan pulang pada pukul 11.45 malam, 15 Julai 2009 kerana rakaman percakapan akan dibuat sebaik sahaja sesi temu bual di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor selesai.

Ketua Bahagian Siasatan SPRM Selangor, Pemangku Penolong Penguasa Hairul Ilham Hamzah berkata, beliau memaklumkan demikian kepada Ean Yong Hian Wah semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan itu meminta setiausaha politiknya segera dilepaskan.

Kejadian itu berlaku semasa Hian Wah datang ke pejabat SPRM dan berada di lobi tingkat 14 bersama beberapa lelaki dan wanita sehingga menimbulkan kekecohan.

''Semasa keluar ke ruang legar, ada YB (Yang Berhormat) Ean dan dia bertanya kenapa siasatan perlu diteruskan pada waktu malam serta meminta Beng Hock dilepaskan pada masa itu juga.

''Memandangkan temu bual sedang dijalankan dan rakaman percakapan belum diambil, jadi saya tidak dapat benarkan Beng Hock pulang pada waktu itu,'' katanya.

Menurut Hairul Ilham, rakaman percakapan terus dibuat kerana beliau tidak mahu Beng Hock menokok tambah keterangannya sekiranya dibenarkan pulang dan bukan bertujuan sengaja menahannya untuk tempoh yang lama.

Walaupun tiada peruntukan mewajibkan rakaman percakapan segera dibuat, jelas beliau, tindakan itu tidak menyalahi undang-undang selain menyoal saksi atau suspek sehingga lewat malam adalah perkara biasa.

''Beng Hock sendiri pun tidak meminta untuk balik. Malah dia bersedia memberikan kerjasama,'' katanya.

Apabila ditegur oleh Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen kerana tidak memberi arahan kepada Beng Hock, Hairul Ilham menjelaskan, setiap saksi akan dibenarkan balik oleh pegawai penyiasat atau pegawai perakam selepas rakaman percakapan diambil.

Beliau juga menafikan tidak mengambil peduli kebajikan Beng Hock kerana lelaki itu berada di bawah tanggungjawab pegawai penyiasat selain jarang berurusan secara terus dengan saksi.

Kata saksi ke-22 itu, beliau dimaklumkan oleh Mohd. Anuar Ismail bahawa beg dan telefon bimbit milik Beng Hock masih berada di pejabat SPRM semasa berselisih dengan pegawai penyiasat itu sebelum menghadiri taklimat di bilik Timbalan Pengarah, Hishamuddin Hashim pada pukul 9 pagi keesokan hari.

Berikutan itu, beliau dan Mohd. Anuar masing-masing meninjau ruang rehat Bahagian Pendidikan Masyarakat dan Bahagian Siasatan bagi mencari lelaki itu.

''Selepas Beng Hock tidak dijumpai, saya berpandangan mungkin saksi pulang ke rumah sebab pegawai penyiasat, Arman Alies memberitahu saya pada malam sebelum itu bahawa Beng Hock akan dapatkan dokumen dari pejabat.

''Jadi mungkin dia tinggalkan beg untuk ambil dokumen dan datang balik ke pejabat SPRM,'' katanya.

Beliau turut memaklumkan terserempak dengan Wai Weng semasa mencari Beng Hock dan bertanya mengapa dia belum pulang selain bertanya lelaki itu sudah bersarapan atau belum.

Jelas beliau, kontraktor itu menjawab dia baru selesai dirakam percakapan dan mahu tidur sekejap serta belum bersarapan.

Terdahulu, Arman mengaku merasa marah apabila diajukan soalan berbentuk peribadi secara bertalu-talu oleh Edmund Bon dengan merujuk peguam yang mewakili Majlis Peguam Malaysia itu sebagai lelaki kacak di hujung sana.

Beliau bagaimanapun tidak merasa marah kepada pihak polis apabila hadir untuk siasatan dan rakaman percakapan dari pukul 9 malam, 17 Julai 2009 hingga 7 pagi, 18 Julai 2009 kerana beranggapan mereka menjalankan tugas serta beliau sendiri bersedia memberikan kerjasama.

''Saya tidak pernah marah pada saksi kerana tidak ada sebab untuk marah. Saksi nak cakap atau berselindung, kita akan cari dokumen dan saksi-saksi lain untuk buktikan kes berkenaan,'' katanya semasa menjawab soalan ahli suruhanjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Sementara itu, suruhanjaya memaklumkan tunang Beng Hock, Sor Cher Wei telah bersetuju ditemubual oleh pakar psikiatri forensik dengan syarat keseluruhan proses tersebut dirakamkan dengan menggunakan kamera video serta dengan kehadiran peguamnya.

Manakala abang Beng Hock, Teoh Meng Kee pula memaklumkan segala perbincangan berhubung temu bual itu perlu dibuat melalui peguam mereka, Gobind Singh Deo.

Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu di Kompleks Mahkamah di sini akan bersambung esok.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adik Karpal meninggal, kes Anwar tangguh

Posted:

Adik Karpal meninggal, kes Anwar tangguh

Adik Karpal meninggal, kes Anwar tangguh

KUALA LUMPUR 15 Mac - Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan sehingga 21 Mac ini berikutan kematian adik lelaki kepada peguam bela utama Ketua Pembangkang itu, Karpal Singh.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan setelah seorang lagi peguam bela yang mewakili Anwar, Sankara Nair memaklumkan tentang kematian ahli keluarga Karpal itu, Balwinder Singh kira-kira pukul 11 malam tadi di Pulau Pinang.

Menurut Nair, Karpal tidak dapat hadir ke mahkamah sehingga Isnin depan kerana sebagai anak lelaki sulung dalam keluarganya, peguam berkenaan diperlukan untuk menghadiri upacara keagamaan dan pengebumian mayat adiknya itu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan pula menyatakan bahawa dalam keadaan sedemikian, adalah sukar untuk beliau membantah penangguhan selain mengucapkan takziah kepada Karpal sekeluarga.

Balwinder, 58, yang bekerja sebagai jurubahasa mahkamah di Pulau Pinang meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ badan.

Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar hujah balas Karpal berhubung permohonan pihak pendakwaan untuk mendapatkan perintah supaya mahkamah menggunakan kuasanya bagi mengarahkan Anwar memberikan sampel bagi tujuan analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Sampel Anwar dikehendaki untuk dibandingkan dengan profil DNA 'Lelaki Y' yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

Selain itu, pasukan pendakwaan memohon Hakim Mohamad Zabidin menyemak semula keputusannya dalam bicara dalam perbicaraan (TWT) pada 8 Mac lalu yang tidak menerima masuk tiga bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Tiga bahan bukti yang tidak diterima masuk itu ialah sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang diambil dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008 yang menempatkan Anwar semalaman.

Hakim terbabit memutuskan demikian selepas mendapati barang-barang kes berkenaan yang diambil bagi tujuan mendapatkan profil DNA Anwar, telah diperoleh dengan cara yang tidak sah.

Prosiding TWT diadakan ekoran bantahan barisan pembelaan terhadap barang-barang kes itu semasa ahli kimia, Nor Aidora Saedon dalam keterangannya menyatakan bahawa ujian analisis DNA terhadap ketiga-tiga barang itu menunjukkan kehadiran profil DNA 'Lelaki Y'.

Anwar, 64, dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 15 Mar 2011 07:08 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Penahanan alkitab Injil BM ditarik balik

Posted: 15 Mar 2011 04:26 AM PDT

Setelah dibidas pelbagai pihak, berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan alkitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan hari ini bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang.

NONEDalam kenyataan medianya hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, berkata tindakan kerajaan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal.

Bagaimanpun semua kitab berkenaan mesti dicop dengan tag "Untuk penganut agama Kristian sahaja".

"Sejak tahun 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Dengan merujuk kepada fakta tersebut, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran Kitab Injil.

"Setelah pemerhatian serta analisa yang teliti, Peguam Negara (AG) juga telah menetapkan bahawa pengeluaran Kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.

"Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut," kata Idris.

Menurut beliau, kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Oleh itu, katanya, kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama.

NONE"Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan," katanya.

Idris yang merupakan penganut agama Kristian dan berasal dari Sarawak berkata beliau telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

"Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini. Bagi penganut agama Kristian, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang," katanya.

Dari perspektif penganut agama Islam pula, katanya, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksanaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.

"Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia," akhiri kenyataan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar dakwa Putrajaya anak tirikan negeri Pakatan

Posted: 15 Mar 2011 04:13 AM PDT

Kerajaan Persekutuan Umno-Barisan Nasional menganak-tirikan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat dalam pengagihan peruntukan sungguhpun Selangor dan Pulau Pinang menjadi tonggak utama ekonomi Malaysia, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Sebagai contoh, Selangor menyumbang RM16 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan tetapi hanya diberikan RM400 juta setahun atau 2.9 peratus…ini adalah jumlah yang tidak munasabah," kata Anwar kepada TV Selangor.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan wacana berjudul Federalism: Keadilan Dalam Pengagihan Kekayaan Negara di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

"Amat jelas bahawa beberapa prinsip asas Perlembagaan bersabit hak-hak negeri semakin terhakis…bukan sahaja yang membabitkan Sabah dan Sarawak tetapi juga di negeri yang ditadbir oleh PR," katanya.

Anwar berkata sebelum pilihanraya umum 2008, negeri-negeri seperti Selangor yang ditadbir oleh BN menerima dua kali ganda peruntukan daripada apa yang diberikan ketika ini.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata perlembagaan Malaysia memperuntukan bahawa jumlah peruntukan untuk negeri harus berasaskan formula tertentu termasuk jumlah kepadatan penduduk.

"Yang kita pertikaikan ialah, mereka (kerajaan pusat) tidak mempunyai kaedah yang tetap dan rasional. Jika negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka peruntukan disekat, malah untuk Pulau Pinang jumlah peruntukan adalah lebih kecil" kata Anwar.

Pulau Pinang menyumbangkan hasil cukai RM2.5 bilion kepada kerajaan persekutuan dan merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar RM48 bilion pada tahun lalu. Namun peruntukan Putrajaya untuk kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu hanya sekitar RM150 juta.

Anwar berkata beliau peka kepada keperluan kerajaan pusat membela nasib penduduk di negeri-negeri yang kurang maju dan justeru itu memerlukan peruntukan yang lebih tinggi.

"Saya menerima prinsip itu. Tetapi jelas mereka (kerajaan pusat) tidak mempunyai kaedah pengagihan yang rasional dan konsisten. Jika negeri itu ditadbir oleh Pakatan Rakyat, peruntukan serta merta disekat.

"Kami terima hakikat bahawa BN adalah kerajaan pusat dan mempunyai kuasa untuk menguruskan dana awam dan dasar-dasar tetapi mereka harus mengiktiraf mandat penduduk di negeri-negeri (pimpinan Pakatan)," katanya.

Menurut Anwar, ini bukan soal menyusup kuasa kerajaan persekutuan dalam pengagihan peruntukan, namun amalan berkenaan jelas tidak telus dan konsisten.

"Tidak logik jika negeri-negeri Pakatan diberikan hanya 2.9 peratus dan negeri-negeri pimpinan Umno-BN diberi 20 peratus. Saya menekankan pengagihan peruntukan harus berlandaskan sistem yang rasional dan berpaksi kepada ketelusan dan prosedur kewangan yang ditetapkan.

"Tidak apa jika negeri-negeri miskin diberi peruntukan lebih, namun di Selangor juga bukan semua rakyatnya berpendapatan tinggi. Justeru mereka juga harus dibantu. Kita seharusnya memberi pertimbangan kepada kawasan-kawasan di mana penduduknya di pinggirkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 15 Mar 2011 03:37 PM PDT

Utusan Online - Rencana


'Jaguh Rakyat' - BN atau pembangkang?

Posted:

'Jaguh Rakyat' - BN atau pembangkang?

'Jaguh Rakyat' - BN atau pembangkang?

Mengimbas semula selepas tiga tahun, pasca pilihan raya umum (PRU) ke- 12 menunjukkan bahawa keadaan yang penuh emosi dan provokasi serta keadaan tidak menentu kembali reda walaupun politiking masih berterusan. Perak kembali ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) dan perubahan kepimpinan berlaku dalam parti serta lima Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih untuk keluar dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Tiga tahun merentasi pasca PRU Ke-12, banyak pencapaian dan cabaran yang boleh diperihalkan. Berlaku pertukaran baton kepimpinan dalam BN secara teratur dan licin dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Ia membawa suntikan baru dengan kesungguhan dan keazaman Najib untuk mentransformasi parti dan tadbir urus kerajaan. Dari saling tuduh menuduh pada peringkat awal kekalahan pilihan raya, beliau membina semula 'pasukan' ini untuk bersama.

Konsep 1Malaysia dengan beberapa agenda diperkenalkan termasuk PTK, PTE, NKRA, MEB dan RMK-10. 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' menjadi teras kepimpinan yang akan dinilai dalam PRU Ke-13 nanti memandangkan pelaksanaan menyeluruh masih dinantikan.

Najib sedar 'rakyat' adalah kepercayaan beliau. Keyakinan yang mahu dibina adalah dari kepercayaan ke atas 'rakyat' yang juga akan menentukan sama ada BN mampu bertahan dalam PRU Ke-13. Ini selari dengan kesedaran bahawa pemimpin perlu menjadi 'jaguh rakyat' dan bukan 'badut rakyat' kerana pengundi sudah boleh membaca gerak-geri pemimpin dan jika tidak berhati-hati, BN boleh rebah akibat percaturan sendiri.

Sudah pasti pilihan raya kecil (PRK) boleh dijadikan sebarang penanda aras keupayaan dan persediaan parti walaupun ia tidak boleh dijadikan sebagai penentu atau indikator kekuatan sesebuah parti kerana demografi dan geografi yang berbeza-beza memerlukan strategi yang berlainan diguna pakai.

Bagi barisan pembangkang, sepanjang tiga tahun barang kali boleh dinilai sebagai masa 'percubaan' sehingga masih bersifat sebagai 'pembangkang' walaupun menjadi 'pentadbir' di beberapa buah negeri. 'Kuatkah Pembangkang; Lemahkah BN' merupakan persoalan yang perlu diteliti oleh Pas, DAP mahupun PKR kerana sepanjang tiga tahun pasca PRU Ke-12, isyarat berbeza-beza diberikan kepada umum.

Barisan pembangkang dilihat berhadapan dengan krisis keyakinan dan kepercayaan yang getir berbanding ketika Mac 2008. Manipulasi secara terancang dan kreatif dengan menyebar nilai populis menyebabkan ia mampu menyekat penyokong tegar daripada curang tanpa menyedari pengundi yang melakukan undi protes tidak bersifat emosional tetapi lebih rasional dan praktikal.

Bermula dengan sandiwara 16 September 2008 dan kemudian beralih kepada Disember untuk mengambil alih kerajaan melalui pintu belakang, tiga tahun sudah berlalu. Malahan kedangkalan pemimpin ketara sehingga mengekori ke Taiwan untuk berbohong dalam proses meyakinkan keseluruhan masyarakat Malaysia.

Begitu juga dengan 'hubungan Pas-DAP' yang mencurigakan sejauh manakah masing-masing percaya dapat bekerjasama walaupun pemimpin DAP hadir di pentas Pas dan di sebaliknya. Persoalan 'kejujuran' perlu dinilai oleh umum. Sepanjang tiga tahun juga, berlaku kepincangan kepimpinan dalam parti PKR dan DAP dari pemilihan parti yang dilakukan.

Isu legitimasi jawatan 'Ketua Umum' dalam PKR dipersoal dan pemilihan parti dipenuhi dengan penipuan pengundi, campur tangan langsung untuk kemenangan calon tertentu dan meniru tandatangan yang dianggap bertentangan dengan nilai ketelusan dan akauntabiliti yang cuba diperjuangkan parti ini. Daripada 400,000 ahli parti, lingkungan 10 peratus dikatakan keluar mengundi? Jika sebelum ini mereka pelopori demonstrasi, PKR buat julung kali berhadapan dengan demostrasi daripada ahlinya.

Bagi DAP, pemilihan di Perak dan Selangor turut menguji parti tersebut sepanjang tiga tahun selepas PRU Ke-12. Keetnikan menjadi isu terutama dalam pertembungan Kulasegaran dan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang akhirnya Kula tersungkur.

Pemahaman separuh masak turut menghantui parti Pas. Isu negara Islam masih belum selesai dan DAP sudah pasti tidak mahu menyelesaikannya atas prinsip 'Pas senyap, DAP diam'. Kegelisahan segelintir penyokong Pas jelas kerana belum ada jawapan konkrit daripada DAP yang belum mahu perjelaskan kedudukan mengenai negara Islam walaupun Nik Aziz Nik Mat ada beberapa kali menyuarakan keinginan memberi penjelasan ke atas ketidak setujuan DAP ke atas isu ini.

Ini kerana pemahaman separuh masak penyertaan bersama pihak pembangkang dilihat bercanggah dengan perbezaan perjuangan dan konsep. Isyarat berbeza mengenai perjuangan parti dilontar oleh pemimpin induk parti sehingga melahir rasa tidak puas hati, mengelirukan dan ketidakselesaan dalam kalangan pengikut yang setia pada perjuangan parti.

Dengan persaingan antara BN dan Pas, tiga tahun pasca PRU Ke-12 juga melihat kehadiran 'kuasa ketiga' dalam kalangan pemimpin yang keluar parti sehingga menubuhkan kaukus yang mahu menjadi 'pengimbang' kepada BN dan barisan pembangkang. Kini Parlimen dikuasai oleh 8 Bebas manakala BN adalah 137; DAP dengan 29; PKR merupakan 24 dan Pas jumlahnya 23 serta PSM seorang. Ini menunjukkan bilangan BN jatuh sebanyak 3 kerusi manakala pembangkang sebanyak 5 kerusi daripada angka Mac 2008.

Pasca PRU Ke-12 melihat kemunculan Malaysia Civil Liberties Movement (MCLM) yang dianggap turut tergolong dalam kuasa ketiga telah menyangkal dan menganggap organisasi ini sebagai prorakyat dan bukan kuasa ketiga. Sedemikian juga dengan Parti Kesejahteraan Tanahair (KITA) di bawah Datuk Zaid Ibrahim yang keluar parti UMNO dan PKR barangkali mahu memain peranan dalam konteks demografi perbandaran. Begitu juga dengan kemunculan United Borneo Front (UBF) oleh Jeffrey Kittigan selepas keluar dari PKR.

Sabah dan Sarawak pula dinamakan sebagai 'rakan kongsi', satu pendefinisian yang bercanggah dengan nilai kenegaraan kerana Sabah dan Sarawak adalah sebahagian dari Malaysia. Dengan label sebagai 'rakan kongsi', ia seolah-olah tidak dilihat mempunyai kepentingan dan nilai kesamarataan dengan negeri yang lain.

Begitu juga dengan Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang digaris sebagai Dasar Bersama. Persoalannya, bukankah elemen tersebut sedang dilakukan oleh kerajaan dan apakah keunikan 'Buku Jingga' sehingga ketara perbezaannya dari yang sedang diamalkan oleh pemerintah hari ini. Tidak dinafikan imbuhan kepada golongan guru menarik tetapi mampukah dilakukan dalam kedudukan dana hari ini? Jika teras dokumen tersebut berpusat kepada kebajikan, Kg. Buah Pala tidak akan menjadi sejarah hari ini.

Pengundi atas pagar akan bertanya - 'Malaysia mahu diselamatkan dari apa, siapa dan mengapa'? Apakah perlu diubah dari keselesaan semata-mata disebabkan perbezaan fahaman politik atau kebencian ke atas BN walhal proses modenisasi, urbanisasi, industrialisasi berkembang pesat?

Adakah selama 53 tahun merasa tidak selamat ataupun ada pihak sengaja melahirkan rasa tidak selamat? Malahan, dalam PRK di Kerdau dan Merlimau, BN muncul dengan slogan 'Selamatkan Malaysia dari Pembohongan' kerana politik adalah persepsi dan maklumat menjadi sumber kekuatan strategi sesuatu parti politik. Maka, perang psikologi perlu menusuk hati dan bukan minda semata-mata dalam permainan politik yang boleh kita namakan sebagai 'politik pujukan'.

Pelbagai isu juga telah muncul sepanjang tiga tahun pasca PRU Ke-12 termasuklah isu kenaikan harga, Teoh Beng Hock, PKFZ, jenayah, rasuah, kesamarataan dan cabaran ke atas Perlembagaan. Kesemua ini akan menjadi isu PRU Ke-13.

Pembunuhan karakter tokoh politik juga semakin ketara kebelakangan ini dengan memanipulasi media baru sehingga menimbulkan dilema nilai kepercayaan dan kebergantungan ke atas media ini sebagai saluran informasi dan maklumat yang benar dan bukan direka cipta semata-mata keinginan untuk menjatuhkan parti atau pembesar politik. Kredibiliti media baru perlu dipertahankan walaupun ada yang menyalahgunakan saluran ini.

Barangkali, selepas tiga tahun, kesemua parti akan memulakan persediaan untuk berhadapan dengan PRU Ke-13. Persediaan pembangkang sudah bermula sejak Disember dengan siri ceramah ke seluruh negara. Persediaan BN pula dijangka bermula dengan gandingan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelajah ke seluruh negara.

Persediaan BN tidak memerlukan hanya Najib dan Muhyiddin turun padang tetapi pemimpin setempat sendiri dan kebanyakan isu dapat diselesaikan dengan sokongan dana kebangsaan serta mengurangkan masalah dalaman, tidak ada sebab BN tidak boleh kembali dengan prestasi lebih baik di PRUKe-13. Ia boleh bermula dengan Sarawak untuk mempertahankan majoriti dua pertiga mereka dan seterusnya membina momentum akhir sebelum PRU Ke-13.

Jatuh bangun BN bergantung kepada tahap persediaan. Kini pencapaian selama 53 tahun hanya bersifat sejarah kerana perubahan kepelbagaian penyaluran maklumat yang sukar dikawal atas nama demokrasi dan kebebasan. Yang penting, semangat 'kemuafakatan', 'kesepaduan', 'perkongsian' dan kesediaan berkompromi serta berkorban perlu ditunjukkan dengan jujur dan akhlak penuh tanggungjawab kerana ia juga merupakan kekuatan BN selama ini.

Bagi pembangkang, ia perlu menunjukkan bahawa masing-masing masih boleh bersama terutama persoalan keikhlasan DAP dan Pas dengan isu terkini tiket loteri menunjukkan masih ada perasaan curiga untuk kekal relevan jika pun ada analisis menunjukkan masing-masing mengambil sikap berhati-hati dan boleh berubah hati jika tumpas dalam PRU Ke-13.

Apakah Pas mampu kembali mendapat semula sokongan pengundi Melayu akibat kebergantungan kepada DAP dan pengundi Cina? Berbanding sebelum ini, kebelakangan ini, Pas lebih bergantung kepada DAP dari di sebaliknya, yang ketara di Merlimau dan Kerdau seolah-olah DAP yang bertanding dari calon Pas.

Politik angka dan politik perkauman akan menjadi asas congakan dalam PRU Ke-13. Selepas tiga tahun, barang kali pihak yang menyatakan budaya politik tanah air sudah melangkaui elemen perkauman perlu mencongak semula kerana nilai kaum, etnik dan agama akan terus menjadi unsur penting dalam menzahirkan politik angka kerana untuk menang, BN mahupun parti pembangkang perlu kembali semula kepada persoalan asas - faktor 'X' atau 'WOW' mengapa perlu pengundi mengundi mereka dalam PRU Ke-13?

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Urbanisasi dan keperluan air

Posted:

Urbanisasi dan keperluan air

Urbanisasi dan keperluan air

Oleh Rozali Ismail

"Manusia bangga dengan inovasi dan penemuan saintifik tetapi amat mengecewakan betapa alpanya kita dalam melindungi sumber yang amat penting bagi penerusan hidup manusia iaitu air. Kini, tibalah masanya bagi kita untuk melaksanakan Pendekatan TRI iaitu taktikal, regional dan inovatif."

Tema program Hari Air Antarabangsa tahun ini ialah Water for Cities: Responding to the Urban Water Challenge. Pada tahun ini, Afrika Selatan dipilih sebagai tuan rumah dan satu konvensyen bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Cape Town pada 20 hingga 22 Mac 2011.

Tema ini bersesuaian dengan perkembangan era baru abad ke-21 yang mana pertambahan penduduk yang tinggi tertumpu di kawasan bandar. Bahagian Kependudukan Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan jumlah penduduk dunia dijangka mencecah tujuh bilion pada tahun ini dan meningkat kepada 14 bilion menjelang 2100.

Apa yang menarik perhatian kita ialah trend pergerakan penduduk ke kawasan bandar kini bertambah dengan pesat sehingga mencecah 3.3 bilion. Ia merupakan satu rekod dalam sejarah yang mana lebih separuh daripada penduduk dunia tinggal di bandar. Menjelang tahun 2030, angka tersebut dijangka mencecah 5 bilion! Kita tidak perlu merentas jauh beribu kilometer untuk menyaksikan fenomena ini kerana pembangunan bandar raya Kuala Lumpur sudah memberi contoh yang ideal untuk menilai proses perbandaran.

Daripada jumlah yang kecil, kini penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mencecah 7.3 juta orang.

Pembangunan ini tidak mungkin berlaku sekiranya kita tiada prasarana yang lengkap bagi menampung pertambahan penduduk dan keperluan infrastruktur perbandaran yang semakin meningkat. Antaranya ialah bekalan air yang berkualiti bagi menyokong pembangunan perindustrian yang pesat untuk muncul sebagai salah sebuah gergasi ekonomi di Asia. Saya yakin, dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi, kita akan mencapai pertumbuhan yang pesat dari segi pendapatan mahupun kependudukan.

Seiring dengan proses perbandaran yang pesat, maka dalam tempoh 15 tahun akan datang Malaysia akan menghadapi cabaran pelbagai dimensi, iaitu bandar raya, penduduk dan ekonomi. Dengan jumlah penduduk di Lembah Klang dijangka meningkat kepada 10 juta orang maka cabaran yang akan dihadapi adalah jelas bahawa permintaan sumber air akan turut meningkat dengan mendadak.

Menurut laporan Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), walaupun jumlah penduduk dunia meningkat empat kali ganda, namun peningkatan penggunaan air meningkat sembilan kali ganda. Trend ini membimbangkan para penggubal dasar kerana pada tahun 2010 sahaja, lebih daripada satu bilion penduduk dunia tidak mendapat akses sumber air bersih dan 80 peratus daripada penyakit berpunca daripada sumber air yang tidak bersih.

Malah kita akan dibelenggu oleh masalah yang lebih meruncing kerana menjelang 2030, kira-kira 3.9 bilion penduduk dunia akan mengalami masalah kekurangan air yang serius. Oleh itu, ramai berpendapat bahawa urbanisasi membawa kepada kehancuran tamadun moden manakala terdapat pihak lain yang mempersoalkan impak negatif yang timbul akibat pertumbuhan megapolis yang tidak terkawal.

Ironisnya, kesan negatif ini seringkali dikaitkan dengan kepulan asap tebal dan kerosakan alam sekitar yang menjadi penyumbang utama kepada perubahan iklim dan menjadi punca kepada masalah kekurangan bekalan air yang kian meruncing. Kita harus mengakui walaupun banyak tanggapan negatif, pusat bandar memang menjadi tumpuan pertumbuhan ekonomi.

Bagi saya, walaupun terdapat konflik antara urbanisasi, kerosakan alam sekitar dan kekurangan sumber bekalan air, tidak mustahil cabaran ini dapat diatasi secara efektif. Apa yang kita perlu terapkan adalah mengatur langkah proaktif sebagai strategi utama menangani masalah ini.

Sekiranya kita menilai pembangunan Kuala Lumpur serta bandar raya lain, cabaran utama adalah menjamin bekalan air bersih, mencukupi dan mampu dibayar penduduk. Memang sudah menjadi lumrah, bandar yang pesat berkembang maju memerlukan sumber air yang banyak walaupun hakikatnya sumbernya semakin berkurangan.

Oleh itu, bagi memastikan pembangunan bandar berterusan, pengurusan prasarana dan sumber-sumber air perlu dilakukan secara lebih pragmatik dan fokus kerana 'bandar yang ketandusan tidak akan berupaya untuk membangun'.

Bagi penggubal dasar, peniaga dan pengguna, tarif air merupakan isu yang sangat sensitif. Air sering dianggap sebagai sumber yang sentiasa ada. Oleh itu, walaupun air sangat penting tetapi ia selalu dianggap sebagai suatu komoditi yang tidak berharga atau diberi nilai yang rendah, sedangkan kos bagi mendapatkan, memproses dan menapis air adalah sangat tinggi. Tanggapan salah ini menyebabkan berlakunya pembaziran air yang menjadi lumrah rakyat di negara ini.

Tanggapan ini juga menyebabkan sektor itu kurang berkembang maju dan kurang diberi perhatian dari sudut pasaran modal dan pelaburan. Saya amat kecewa betapa orang ramai kurang kesedaran mengenai pentingnya air dan pentingnya melindungi sumber air yang amat berharga bagi penerusan hidup manusia.

Industri air bukanlah satu industri yang mudah dikendalikan ataupun murah disenggarakan. Ia melibatkan perbelanjaan berbilion ringgit.

Terdapat sesetengah pihak yang mahu supaya pemprosesan dan pengedaran air bersih dikendalikan oleh pihak kerajaan dengan perbelanjaan modal yang secukupnya. Bagaimanapun cara ini akan lebih membebankan sumber negara serta tidak selari dengan arus pembangunan ekonomi yang berlandaskan pembangunan yang dipacu sektor swasta. Justeru, bagi membolehkan industri air diurus dengan cekap dan kompetitif, persoalan mengenai kadar tarif dan bandingkannya dengan kos pemprosesan, pengurusan dan pencemaran alam sekitar serta proses penstrukturan semula air perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi membolehkan kita maju.

Memandangkan cabaran dan masalah air di bandar adalah pelbagai dan kompleks, maka cara penyelesaian seharusnya tidak terlalu simplistik. Dalam usaha mengatasi masalah ini, kita perlu akui ada kalanya keperluan sosial perlu dikompromi dengan matlamat ekonomi secara amnya, begitu juga sebaliknya.

Bagi melihat isu, masalah dan cabaran dalam industri air dengan lebih luas, serta strategi mengatasinya, saya menggunakan kaedah yang mengambil sempena kekunci nama saya iaitu Kaedah TRI – taktikal, regional dan inovasi.

Kita harus sedar bahawa perbandaran adalah satu fasa pembangunan yang tidak boleh dipinggirkan untuk mencapai aspirasi kerajaan sebagai sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Dalam hal ini, kita perlu menggunakan langkah taktikal. Antara lain kita memerlukan perancang bandar yang berwawasan yang akan mengambil kira keperluan masa depan penduduk kawasan bandar – pemuliharaan air, alam sekitar, kualiti udara, kemudahan penjagaan kesihatan, pelupusan sampah dan lain-lain. Langkah taktikal sedemikian amat penting supaya bandar-bandar kita terus lestari dan mesra alam.

Usaha bagi memastikan bekalan air bersih berterusan dan murah adalah melampaui batasan sesebuah bandar raya dan wilayah. Untuk ini, kita perlu meneroka ke tahap wilayah kerana sumber air mengalir merentasi beberapa negeri, daerah dan jajahan. Pendekatan secara kolektif merangkumi kawasan luas yang memerlukan penglibatan pemegang-pemegang kepentingan di sesebuah wilayah dan lembah sungai yang memainkan peranan dalam mengurus sumber air.

Dalam hal ini, penglibatan kerajaan negeri adalah penting bagi mendapatkan kaedah yang cekap dalam penggubalan dasar dan pengurusan air secara kolektif dan telus serta menyusun strategi inovasi teknologi dan insentif kewangan.

Selain itu, saya juga melihat kurangnya idea-idea inovatif dalam industri ini, terutamanya dalam meningkatkan pasaran modal bagi tujuan pembiayaan. Sehingga kini, kita masih mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan kecekapan sektor air dan merangsang pasaran modal serta kemasukan pelaburan ke dalam sektor ini.

Dalam hal ini, saya fikir kita ketandusan idea radikal dan inovatif yang boleh menggerakkan sektor swasta seperti yang ada dalam Facebook atau Google dan sekiranya kita berjaya melakukan ini, sudah pasti ia dapat direplikasi dalam industri air untuk mencapai pembangunan yang lebih pesat. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini, pendekatan TRI hanyalah sebagai landasan tetapi industri air perlukan suntikan pendekatan secara kolektif. Ia bukan hanya memerlukan inovasi dalam pengurusan, pembangunan dan pentadbiran sumber air tetapi perlu penglibatan sektor awam dan swasta secara aktif.

Ia juga memerlukan proses inovatif bagi meningkatkan kecekapan melalui keadaan pasaran yang kondusif seperti insentif kewangan, bantuan teknikal, latihan bagi tenaga kerja mahir, rangka perundangan dan piawaian yang baru.

Saya percaya, isu dan masalah yang berlarutan hingga ke hari ini adalah disebabkan kurang pendekatan secara bersepadu. Seperti sebuah pelan pembangunan, apabila kita bekerjasama dan mengenal pasti cara-cara untuk menyambung noktah-noktah dalam pelan tersebut, penyelesaian masalah secara holistik akan dapat menghuraikan pelbagai isu yang kompleks.

Jika langkah proaktif tidak dibuat dari sekarang, saya yakin industri air dan yang berkaitan dengannya akan terus mundur dan kita akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih walaupun hujan sentiasa turun membasahi bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Tan Sri Rozali Ismail ialah Pengerusi

Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 15 Mar 2011 01:06 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Misi Smart ke Jepun ditangguh

Posted:

Misi Smart ke Jepun ditangguh

Misi Smart ke Jepun ditangguh


ANGGOTA pasukan Smart memunggah barangan dan peralatan untuk misi menyelamat di Jepun ke dalam pesawat Hercules C-130 di Subang semalam.


SUBANG - Misi mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami di Sendai, Jepun yang sepatutnya berlepas semalam terpaksa ditangguhkan kerana dua pesawat yang akan menerbangkan mereka ke negara itu belum mendapat kebenaran mendarat.

Serentak dengan itu, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md. Saad berkata, kesemua 56 pegawai dan anggota yang menyertai misi itu diarah kembali ke pangkalan masing-masing.

Antaranya adalah 17 pegawai dari Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), pegawai dari Unit Bahan-bahan Berbahaya (Hazmat), Unit Pengesan dan Unit Struktur Runtuh Jabatan Bomba dan Penyelamat (15), Kementerian Kesihatan (7), Persatuan Bulan Sabit Merah (4), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta pegawai MKN masing-masing tiga orang.

Rodzi berkata, pihaknya setakat ini belum menerima surat kebenaran dua pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mendarat di Jepun.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan percaya SMS kesan radiasi nuklear

Posted:

Jangan percaya SMS kesan radiasi nuklear

Jangan percaya SMS kesan radiasi nuklear

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.

Menyifatkan penyebaran SMS itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata, Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini.

Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut.

"SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak.

"Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa,'' katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di sini semalam.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kelmarin dilaporkan berkata, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji di Jepun itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Duta Jepun sayu kenangkan bencana alam di negaranya

Posted:

Duta Jepun sayu kenangkan bencana alam di negaranya

Duta Jepun sayu kenangkan bencana alam di negaranya


Horie sedih sambil menyapu air mata di atas kejadian gempa bumi dan tsunami di negaranya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Mungkin itu beban emosi yang dirasai oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie ekoran bencana alam yang meragut ribuan nyawa rakyat di negaranya baru-baru ini.

Masahiko pada sidang akhbarnya di sini semalam tidak dapat menahan kesedihan sehingga menitiskan air mata di hadapan kira-kira 20 wartawan Malaysia di Pejabat Kedutaan Besar Jepun.

Dia beberapa kali terdiam dan terpaksa mengambil masa beberapa minit sebelum dapat menjawab soalan wartawan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 15 Mar 2011 11:11 AM PDT

Utusan Online - Kota


'Kami perlu lampu isyarat'

Posted:

'Kami perlu lampu isyarat'

'Kami perlu lampu isyarat'

Oleh RASMI ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Kesesakan teruk di Bulatan Taman Sentosa, Klang memerlukan sistem lampu isyarat dipasang di situ.


KLANG 14 Mac - Pengguna kenderaan sekitar bandar ini mendesak pihak berkenaan memasang lampu isyarat di Bulatan Sentosa bagi menyelesaikan masalah kesesakan luar biasa yang sering berlaku di situ, terutamanya pada waktu puncak.

Kesesakan di situ begitu kritikal, apatah lagi sikap kebanyakan pengguna yang mementingkan diri sendiri dengan tidak mematuhi peraturan jalan raya selain masalah jalan sempit dan mempunyai lima simpang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pemandu berasak-asak untuk memasuki bulatan itu hingga mengakibatkan aliran trafik di situ menjadi haru biru dan sesak teruk.

Lebih memburukkan keadaan apabila kenderaan berat dilihat seperti bermaharajalela hingga menyebabkan pengguna kenderaan kecil seperti motosikal menjadi mangsa.

Seorang pengguna, Mohammad Borhan Mohammad Ali, 37, berkata, lampu isyarat amat diperlukan di situ kerana masalah kesesakan lalu lintas di bulatan itu semakin teruk.

Beliau berkata, setiap hari dia terpaksa menghabiskan masa kira-kira 30 minit untuk melepasi bulatan berkenaan untuk pergi ke tempat kerja di Shah Alam.

"Bayangkan jarak rumah saya dengan tempat kerja kira-kira 30 kilometer sahaja tetapi saya terpaksa mengambil masa satu jam untuk tiba di pejabat.

"Saya terpaksa membuang masa mengharungi kesesakan di bulatan ini, saya rasa jika ada lampu isyarat mungkin masalah itu dapat diselesaikan," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Noraini Abdul Razak, 28, pula berkata, penyediaan lampu isyarat di bulatan itu perlu untuk keselesaan pengguna selain mengelakkan kenderaan berat daripada terus bermaharajalela dan mengurangkan risiko kemalangan.

"Mereka (pemandu kenderaan berat) dengan sengaja memandu melulu tanpa memikirkan siapa sepatutnya diberi keutamaan terlebih dahulu melalui laluan ini.

"Disebabkan kenderaan berat lebih besar, maka kenderaan kecil terpaksa beralah kerana mahu mengelak daripada berlaku kemalangan," katanya.

Normala Hamizan, 34, pula menyifatkan sikap tidak sabar pemandu di situ juga menjadi salah satu punca kesesakan di bulatan tersebut.

"Jika masing-masing mematuhi peraturan jalan raya dan bertimbang rasa pastinya keadaan di bulatan itu tidak mengalami kesesakan terlalu teruk," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak puas hati gerai diroboh

Posted:

Tidak puas hati gerai diroboh

Tidak puas hati gerai diroboh

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


PENJAJA-PENJAJA di Flat 700, Pandan Perdana menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap MPAJ dan ADUN Teratai, Janice Lee dari DAP di Ampang baru-baru ini.


AMPANG JAYA 14 Mac – Setelah hampir enam bulan gerai mereka dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), 21 penjaja di Flat 700 Unit, Jalan Pandan Perdana 9/10 dekat sini membuat laporan polis baru-baru ini terhadap pihak berkuasa tempatan itu.

Laporan polis serupa dibuat terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee berhubung rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dianggap kejam dan telah menutup periuk nasi mereka.

Mereka mendakwa tindakan itu bukan sahaja menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian semasa kerja-kerja meroboh dijalankan, malah sejak kejadian itu mereka tiada lagi sumber pendapatan bagi menyara keluarga.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Pandan Perdana itu diketuai oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia, (Ikhlas), Mohd, Riduan Abdullah.

Mereka juga mendakwa, lokasi baru yang disediakan untuk mereka berniaga juga tidak sesuai kerana selain lokasinya terletak berhampiran loji najis yang berbau busuk, paling mengecewakan mereka juga dikenakan sewa tapak sebanyak RM450 sebulan.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Moory, 28, berkata sebelum ini pengerusi penjaja di kawasan itu telah mengemukakan surat rayuan kepada pihak MPAJ agar menangguhkan tindakan sehingga perbincangan dijalankan, namun kerja-kerja meroboh tetap dilakukan.

Katanya, sejak gerai dirobohkan mereka sudah hilang mata pencarian untuk menanggung keluarga.

"Saya sendiri tidak faham dengan pihak berkenaan, mereka bertindak seolah-olah kami pesalah tanpa ada sebarang peluang untuk berbincang secara adil," ujarnya.

Bagi Ali Husin, 67, yang berniaga minuman dan makanan di situ sejak 14 tahun lalu cukup kecewa dengan tindakan itu yang dianggap telah menggelapkan masa depan golongan yang rata-rata berpendapatan rendah.

Dia berkata, jika kesalahan mereka disabitkan berniaga tanpa lesen ia sesuatu yang tidak adil.

Ini kerana katanya, selama ini sudah banyak kali dia dan penjaja lain berulang-alik ke pejabat MPAJ untuk membuat permohonan lesen tetapi sehingga sekarang tidak diluluskan.

"Jika ini berlaku, jelas membayangkan kerajaan pakatan tidak akan bertahan lama," ujarnya.

Perasaan sama turut dikongsi, Kok Kim Yoon, 42. Dia yang berniaga mee sejak 14 tahun di situ juga turut berasa tertekan kerana ia telah menutup periuk nasi mereka.

Katanya, bagi menampung kehidupan dia dan penjaja lain terpaksa berniaga secara 'curi-curi' pada hari cuti terutama pada hujung minggu.

Sementara itu, Mohd. Riduan berkata, tindakan melaporkan kepada pihak polis mengenai perkara itu dibuat hanya selepas lima bulan kejadian kerana ia baru sahaja sampai kepada pengetahuannya.

Katanya, sejak awal gerai mereka dirobohkan, penjaja telah melakukan bermacam usaha bagi memastikan nasib mereka terbela tetapi sehingga ke hari ini tiada pihak yang ambil peduli.

Katanya, laporan itu dibuat bukan sahaja untuk tujuan keselamatan tetapi menuntut pihak bertanggungjawab agar memberi ganti rugi kepada penjaja, termasuk tempoh selama hampir enam bulan mereka tidak dapat berniaga.

"Sekiranya pekara ini gagal diselesaikan, saya akan mengumpulkan kesemua penjaja di kawasan ini dan mengadakan bantahan terhadap pihak bertanggungjawab.

"Pekara ini juga akan dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kadar sewa yang dikenakan kepada penjaja yang menimbulkan sedikit kesangsian sama ada wujud unsur-unsur rasuah di situ," ujarnya.

Katanya juga, perkara sama juga akan dipanjangkan kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat agar dapat diselesaikan segera.

Sebelum ini Pegawai Perhubungan Awan MPAJ, Norhayati Ahmad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan meroboh premis perniagaan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin bilangan 10/2010.

Katanya, tindakan ini dilakukan terhadap peniaga tanpa lesen yang ingkar dengan notis dikeluarkan supaya memberhentikan perniagaan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sistem dalam talian DBKL kini lebih pantas

Posted:

Sistem dalam talian DBKL kini lebih pantas

Sistem dalam talian DBKL kini lebih pantas


AHMAD Fuad Ismail (kiri) dan Khairul Annuar Mohamed Zam Zam melancarkan DBKL*Net (Metro-E VPN) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 14 Mac - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan DBKL*Net (Metro-E VPN) bagi meningkatkan keupayaan infrastruktur rangkaian sedia ada untuk memberikan capaian yang lebih cepat, pantas dan selamat, terutama kepada sistem-sistem secara dalam talian seperti KUL Submission, Sistem Semakan Pembayaran, E-Lesen dan lain-lain.

Dilaksanakan sejak Januari lalu, projek dengan usahasama Telekom Malaysia Berhad (TM Berhad) itu mengintegrasikan rangkaian di 33 lokasi sedia ada di antara pejabat cawangan DBKL, perpustakaan cawangan, pejabat perumahan, jabatan dan pejabat kecil kepada satu rangkaian yang luas, sistematik dan cekap.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, RM10 juta telah diperuntukan di bawah projek tiga tahun itu bagi membolehkan setiap pengguna mengakses sistem aplikasi DBKL menggunakan teknologi Metro Ethernet Vitual Private Network (Metro-E VPN).

Ujarnya, sejak pelaksanaan DBKL*Net (Metro-E VPN) akses menjadi laju dan stabil kerana keupayaan rangkaian DBKL telah ditingkatkan bagi menampung pertambahan penggunaan dan juga sistem-sistem aplikasi untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun akan datang.

"Adalah menjadi harapan DBKL agar inisiatif perlaksanaan DBKL*Net ini akan meningkatkan imej pihak berkuasa tempatan ini dengan memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan terurus kepada warga kota," katanya selepas melancarkan projek itu dalam majlis di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Eksekutif (Segmen Kerajaan), TM Berhad, Datuk Khairul Annuar Mohamed Zam Zam dan Timbalan Ketua Pengarah Pentabdiran DBKL, Datuk Normah Malik.

Ahmad Fuad berkata, melaluinya juga semua sistem aplikasi boleh diakses dengan hanya satu komputer berbanding menggunakan beberapa komputer sebelum ini untuk mengakses aplikasi yang berbeza-beza, sekali gus membolehkan DBKL melaksanakan sistem pemantauan berpusat terhadap seluruh rangkaiannya.

"Apa yang diharapkan usaha ini ia juga akan meningkatkan prestasi warga kerja DBKL sendiri dalam memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada warga kota," ujarnya.

Tambahnya, perlaksanaan projek ini juga selari dengan wawasan dan matlamat Kuala Lumpur seperti yang terkandung dalam Pelan Sktruktur Kuala Lumpur 2020 untuk menyediakan urus tadbir bandar raya bertaraf dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved