Harian Metro: Mutakhir Posted: 14 Mar 2011 07:41 AM PDT Malaysia bebas pencemaran radiokatif dari Jepun Posted: 14 Mar 2011 06:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara, jika kehadiran bahan itu dari loji nuklear Daiichi Fukushima yang kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu dikesan, amaran akan dikeluarkan serta-merta kepada rakyat kita. Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shahidan Radiman, berkata agak mustahil kesan pencemaran radiasi di negara itu boleh merebak pada jarak yang jauh. Katanya, faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun menyukarkan pencemaran itu merebak ke Malaysia. Beliau yang mengulas mengenai kebimbangan rakyat berikutan akan turut merebak ke negara ini berkata, jika tanda amaran kehadiran bahan radioaktif sudah dikeluarkan, orang ramai akan diminta berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar bagi tempoh masa tertentu. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan penyebaran SMS khabar angin daripada pihak tertentu yang meminta penduduk negara ini berkurung dalam rumah atau memakai baju hujan bagi mengelakkan hujan asid yang kononnya boleh membakar kulit, menggugurkan rambut dan menyebabkan kanser. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pengawal keselamatan mengaku salah rogol remaja 14 tahun Posted: 14 Mar 2011 05:11 AM PDT SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan merogol remaja berusia 14 tahun dalam lima kejadian berasingan di Bukit Sentosa, dekat sini, akhir tahun lalu. Muhamad Ariff Jamaludin, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan pada prosiding sebutan semula kes itu, hari ini. Hakim Latifah Mohd Tahar, menetapkan 21 April depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh. Mengikut pertuduhan, Muhamad Ariff dari Tapah, Perak, didakwa merogol mangsa di sebuah unit pangsapuri di Bukit Sentosa, dekat sini, antara 26 dan 31 Disember tahun lalu. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online Posted: 14 Mar 2011 07:21 AM PDT Rogol anak tiri: Penjara 15 tahun kekal Posted: Rogol anak tiri: Penjara 15 tahun kekalRogol anak tiri: Penjara 15 tahun kekal 14/03/2011 6:31pm PUTRAJAYA – Seorang pemotong rumput kekal menjalani hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan bagi kesalahan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak tirinya berumur sembilan tahun, 11 tahun lalu. Ia berikutan kegagalannya dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan di sini hari ini untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Termerloh pada 12 Mei 2009. Panel tiga hakim, yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, sebulat suara menolak rayuan lelaki berusia 42 tahun itu terhadap sabitan dan hukuman. Dua hakim lain dalam panel tersebut alah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Mohamed Apandi Ali. Lelaki itu didakwa atas dua tduhan iaitu merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut kanak-kanak perempuan itu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Maran, Pahang, kira-kira pukul 10 malam, antara 9 Feb dan 11 Feb 2000. Dalam prosiding rayuan, lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, berkata beliau telah insaf dan perlu menjaga ibunya yang uzur. Menurut fakta kes, lelaki itu melakukan perbuatan itu semasa ibu mangsa sedang menjalani rawatan di hospital akibat keguguran. Dalam keterangan, mangsa memberitahu kejadian itu berlaku tiga malam berturut-turut dan dia memaklumkan insiden itu kepada ibunya selepas ibunya keluar dari hospital. Pada 12 Jun 2006, Mahkamah Sesyen Temerloh melepas dan membebaskan lelaki itu atas dua tuduhan itu di akkhir kes pembelaan. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Temerloh membenarkan rayuan pendakwaan dan menjatuhi hukuman 15 tahun dan tiga sebatan rotan setiap pertuduhan terhadap lelaki itu. Lelaki itu, yang bekerja di Awana Golf Club di Genting Highlands, diperintah menjalani hukuman itu serentak. Ketika memohon mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendakwa Raya, Andi Razalijaya A. Dadi, berkata perayu telah mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu. Akibat perbuatan perayu, kanak-kanak itu menghadapi trauma dan masa depannya terjejas, katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Caj ekstra pemandu teksi diluar kuasa LPKP Posted: Caj ekstra pemandu teksi diluar kuasa LPKPCaj ekstra pemandu teksi diluar kuasa LPKP 14/03/2011 5:54pm KUALA LUMPUR – Penetapan caj tambahan kepada pemandu teksi beroperasi di kaunter perkhidmatan teksi di premis persendirian seperti di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) adalah di luar bidang kuasa Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata LPKP tiada halangan terhadap permohonan Awana Sutera Sdn Bhd (ASSB) untuk mengendalikan perkhidmatan kaunter teksi di KLCC kerana premis itu adalah kawasan milik persendirian dan KLCC mempunyai hak eksklusif terhadap premis berkenaan. "Jika pihak Awana Sutera Sdn Bhd bercadang untuk terus menggunakan caj tambahan itu, KLCC Holding selaku pemilik premis dan ASSB selaku pengendali kaunter hendaklah memberi penerangan dan mendapatkan persetujuan daripada pemandu-pemandu teksi berkaitan dengan peraturan berkenaan caj tambahan itu," katanya semasa menjawab soalan asal Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Fong ingin tahu sebab teksi Kuala Lumpur tidak boleh memasuki kawasan Suria KLCC jika tidak membayar yuran masuk dan sebab LPKP memberi hak eksklusif kepada syarikat terbabit mengutip yuran masuk tersebut. Mohamed Nazri berkata walaupun LPKP tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan caj tambahan yang dikenakan kepada pemandu teksi itu namun LPKP mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dengan persatuan teksi bersama pihak ASSB dan KLCC. "Kita mendesak pihak ASSB mengkaji semula kadar yang ditetapkan agar tidak membebankan pemandu teksi dan meminta ASSB mengadakan pertemuan dengan persatuan teksi untuk memaklumkan kadar yang dibenarkan," katanya. Selain itu katanya, LPKP juga tidak diberi bidang kuasa melantik mana-mana syarikat untuk beroperasi secara eksklusif sebagai pengendali kaunter di mana-mana premis persendirian. Menurutnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini dalam perbincangan untuk melesenkan semua terminal pengangkutan awam termasuk kaunter teksi. "Ini akan memudahkan SPAD untuk memantau dan memastikan operasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna menepati kriteria ditetapkan suruhanjaya," katanya. Mohamed Nazri berkata pengenalan perkhidmatan kaunter teksi itu adalah bagi mengatasi masalah pemandu teksi yang enggan menggunakan meter dan menyebabkan penumpang sering ditipu. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 2 lelaki ditahan bersama 14,150 biji eramin Posted: Ruang BAYU senja bertiup lembut ke pipi tatkala krew Jurnal tiba di lokasi restoran yang terletak di sisi Jalan Hulu Kelang-Ampang ini. Lagi...
Infiniti KOMIK adalah satu medium grafik yang dihasilkan melalui susunan lukisan dalam petak bagi menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan mengandungi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah hidup. Lagi...
Kesihatan PADA malam itu anak perempuan Hanisah, Mia yang baru berusia enam bulan setengah tidak lena tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga dan terbatuk. Lagi...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 14 Mar 2011 03:39 AM PDT RM2j untuk pembangunan wanita Posted: RM2j untuk pembangunan wanitaRM2j untuk pembangunan wanita Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR utusanperak@utusan.com.my IPOH 13 Mac –Kerajaan Perak akan melancarkan dana RM2 juta untuk program pembangunan wanita di negeri ini menjelang hujung bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, peruntukan tersebut akan tertumpu kepada program pendidikan, latihan dan pembangunan wanita terutama melibatkan isu pembuangan bayi. "Program ini akan diperkembangkan sehingga ke peringkat akar umbi meliputi semua sekolah menengah, kolej dan universiti kerana sebagai penduduk Asia, kita terlalu malu untuk bercakap mengenai pendidikan seks. "Kesemua program yang hendak dijalankan sudah disenarai pendek dan kita akan melancarkannya selewat-lewatnya hujung bulan ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Hari Wanita Antarabangsa di Kolej Sunway Ipoh, di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Perak, Srihartini Mohamed Shamsudin; Pengarah Kolej Sunway Ipoh, Paul Tan dan Presiden Perak Women for Women, Dr. Sharifah Halimah Jaafar. Perak Women for Women adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak wanita di negeri ini. Dalam pada itu, Hamidah berkata, kemampuan seseorang wanita mengisi jawatan tertinggi perlu dilihat atas dasar kelayakannya dan bukan semata-mata untuk melengkapkan kuota. Justeru, beliau menyeru semua wanita supaya meningkatkan kebolehan masing-masing supaya lebih ramai lagi golongan itu akan dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Senator. "Pencapaian wanita di Malaysia boleh dibanggakan kerana tiada diskriminasi gender di negara ini. "Sehingga hari ini, wanita sudah memegang jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia, naib canselor universiti dan terdapat lima Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) yang telah dilantik," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pesawah rugi sistem saliran tidak sempurna Posted: Pesawah rugi sistem saliran tidak sempurnaPesawah rugi sistem saliran tidak sempurna ALOR SETAR 13 Mac - Sistem saliran yang tidak sempurna mengakibatkan tanaman padi yang diusahakan oleh 10 petani di Kampung Alor Mengkudu Dalam di sini, rosak menyebabkan mereka menanggung kerugian puluhan ribu ringgit sejak empat musim lalu. Masalah sistem saliran tidak sempurna itu didakwa berpunca daripada pembinaan Taman Keranji Fasa 2 dua tahun lalu. Tapak asal taman tersebut yang menempatkan lebih 100 unit rumah merupakan tapak sawah menyebabkan kawasan bendang bersebelahan yang tidak dibangunkan berada di tengah-tengah Taman Keranji Fasa 1 dan Kampung Alor Mengkudu. Seorang penduduk, Mat Zahir Bakar, 38, berkata, kedudukan taman baru yang lebih tinggi dan ketiadaan sistem saliran bagi pengaliran air sawah menjejaskan proses pertumbuhan padi. Katanya, ia juga mengakibatkan air bertakung biarpun pada musim kemarau sehingga mutu padi merosot. "Selain itu, kampung bersebelahan dan taman berhampiran turut terdedah kepada ancaman banjir akibat hujan dan limpahan air. "Pemaju perumahan yang terlibat berjanji untuk membina saliran dari bendang ke Sungai Kedah, namun apabila pembinaan taman siap, saliran yang dijanjikan tidak dibina," katanya di sini hari ini. Seorang lagi penduduk, Saad Mat Saman, 63, pula memberitahu, hasil tanaman padi yang diusahakannya merosot sejak taman perumahan itu dibina. Sebelum pembinaan, katanya, dia mampu memperoleh hasil padi sekitar 20 guni bagi kira-kira 0.4 hektar sawah, tetapi ketika ini hanya memperoleh 15 guni. "Sejak empat musim lalu, pak tani di sini mengalami kerugian apabila padi rosak dan kualiti tanaman yang merosot. Keadaan ini amat meresahkan kami yang bergantung hidup kepada hasil sawah," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Alor Mengkudu Dalam, Soib Abd. Rahman berkata, kira-kira 500 penduduk taman dan kampung di sekitar kawasan berkenaan turut terdedah kepada banjir berikutan air limpahan dari bendang. Menurutnya, ia ekoran kedudukan taman dan kampung yang lebih rendah daripada taman perumahan baru itu dan diburukkan lagi dengan ketiadaan sistem saliran sempurna. "Saya telah memaklumkan perkara ini kepada pemaju dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk tindakan tetapi masih belum ada perkembangan. Kami akan memantau masalah ini sebelum sebarang tindakan lanjut diambil," katanya. Dalam pada itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Ir. Mohd. Guntor Tobeng Mansor Tobeng berharap kerajaan negeri akan turun padang bagi melihat masalah yang dihadapi rakyat akibat pembinaan perumahan baru yang tidak dipantau dengan teliti. "Kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan dan perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah ini dengan mendesak pemaju untuk membina saliran yang baik," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | JKKKP diminta elak ketirisan bantuan kerajaan Posted: JKKKP diminta elak ketirisan bantuan kerajaanJKKKP diminta elak ketirisan bantuan kerajaan BUKIT MERTAJAM 13 Mac - Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) diingatkan supaya membuat penelitian sebaiknya bagi memastikan program bantuan Kerajaan Pusat disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak menerimanya. Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, JKKKP memainkan peranan sangat penting untuk mengenal pasti golongan yang wajar diberi bantuan dari semasa ke semasa. Ini kerana katanya, sistem penyampaian kepada masyarakat perlu diselaras dengan baik dan mengelakkan timbul sebarang masalah di kalangan masyarakat sendiri. "Kita tak mahu ada rungutan atau cakap-cakap belakang sekiranya JKKKP gagal menyalurkan bantuan kerajaan kepada pihak sepatutnya seperti bantuan perumahan atau pertanian. "JKKKP kena belajar dari kesilapan sebelum ini misalnya ada penerima yang ada kemampuan tetapi tiba-tiba dapat bantuan rumah," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kecil pertanian oleh Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di Permatang Pauh kelmarin. Turut hadir Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang negeri, Rosli Hanar Mansor dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet, Mohd. Hakimi Mohd. Arif. Tambahnya, amanah yang dipegang oleh JKKKP itu perlu ditunaikan sebaiknya agar tidak dipersoalkan oleh masyarakat. Dalam pada itu, sebanyak 19 petani sekitar kawasan ini menerima bantuan sebanyak RM5,260 setiap seorang membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM100,000 yang disalurkan MPPP. Antara projek pertanian tersebut termasuklah ternakan ayam piru, lembu, rusa, puyu Siam dan ikan keli, tanaman tebu, pisang berangan dan limau kasturi serta memproses makanan sejuk beku, roti serta kuih tradisional. Abdul Jalil yang juga Pengerusi MPPP Permatang Pauh turut mengingatkan penerima agar menggunakan peruntukan yang diberi untuk memajukan projek mereka dan sentiasa mencari peluang pasaran baru bagi meningkatkan taraf ekonomi. "Kita galakkan peserta mencari projek-projek baru yang mampu berdaya saing serta memberi pulangan lumayan kepada mereka," katanya. "Pada masa sama MPPP akan memantau prestasi projek setiap peserta melalui borang pemantauan dan laporan prestasi setiap peserta," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 14 Mar 2011 03:31 AM PDT NGO bantu capai taraf masyarakat sejahtera Posted: NGO bantu capai taraf masyarakat sejahteraNGO bantu capai taraf masyarakat sejahtera
|
Mohamad Hasan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar cemerlang sambil diperhatikan Salbiah Tengku Nujumudin di Dewan Pekerti, Seremban, kelmarin.
|
SEREMBAN 13 Mac - Usaha untuk mencapai taraf masyarakat sejahtera di negeri ini tidak akan tercapai tanpa peranan, bantuan dan sokongan daripada semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan wanita seperti Persatuan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti). Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun kerajaan mempunyai jabatan dan agensi yang membantunya, peranan dan tindakan mereka tidak dapat dilengkapkan jika tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada NGO. Beliau berkata, NGO terutamanya yang mewakili kumpulan wanita boleh dianggap sebagai jejari halus yang sentiasa bersama dengan masyarakat dan merasai denyut nadi mereka pada setiap masa yang mana kerajaan tidak mempunyai kemampuan yang sebegitu spesifik. "Sebab itulah peranan NGO terutamanya kumpulan wanita dalam masyarakat amat penting terutamanya dalam membantu kerajaan menjayakan dasar-dasar yang cantik dan baik di atas kertas tetapi sukar dijayakan tanpa sokongan daripada semua pihak. "Saya berharap peranan semua pihak sama ada kerajaan, NGO, agensi kerajaan dan mereka yang bergerak secara sukarelawan digabung dan disatukan sebagai satu paduan yang kukuh untuk kita mencapai matlamat menjadikan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang berjaya," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pekerti Ke-30, di sini semalam. Turut hadir, Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan. Mohamad berkata, NGO juga berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat dengan mengutip atau memungut isu-isu yang berlaku dalam masyarakat. Katanya, mereka boleh membawa dan memberitahu supaya apa sahaja masalah dan isu yang dihadapi oleh masyarakat dapat diketengahkan untuk diambil tindakan oleh kerajaan. "Tidak semua isu dan masalah masyarakat dapat diketengahkan melalui saluran formal disebabkan kekangan tertentu termasuk halangan birokrasi. "Jadi, peranan inilah yang diharap dan diperlukan supaya NGO menjayakan apa juga dasar kerajaan dan membawa apa sahaja isu dan permasalahan masyarakat kepada kerajaan," ujarnya. Pada majlis itu, seramai 40 pelajar cemerlang anak yatim dari Tampin, Jelebu dan Kuala Pilah dan para pelajar yang mendapat A dalam Matematik dan Bahasa Inggeris semasa menyertai Semarak PMR tahun lalu menerima sumbangan daripada Pekerti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Empat beradik dapat sijil lahir Posted: Empat beradik dapat sijil lahirEmpat beradik dapat sijil lahir Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID utusanmelaka@utusan.com.my ALOR GAJAH 13 Mac – Kebimbangan seorang ibu terhadap masa depan empat anaknya yang tidak mempunyai sijil kelahiran sejak sembilan tahun lalu berakhir hari ini. Aryanti Roslan, 27, yang tinggal di Kampung Permatang Darat, Kuala Sungai Baru dekat sini berkata, dia tidak dapat mendaftarkan kelahiran keempat-empat anak lelakinya itu kerana sijil nikahnya ada dalam simpanan suaminya, Sufendi Supardi, 33, yang menghilangkan diri sejak lima tahun lalu. Akibatnya, empat beradik itu, Muhammad Wan Ilham, 9; Muhammad Irwan Ikram, 7; Muhammad Izzwan Azam, 6, dan Muhammad Haikal Daniel, 5, terpaksa berdepan dengan pelbagai kesusahan kerana tidak mempunyai dokumen diri. Menurut Aryanti, dia berkahwin dengan Sufendi yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia 11 tahun lalu. "Semasa anak sulung dilahirkan di Hospital Melaka pada 15 Jun 2002, saya tidak dapat mendaftarkan kelahirannya kerana sijil nikah kami ada pada suami yang ketika itu berada di Kuala Lumpur kerana bekerja kontrak. "Saya ada meminta sijil nikah kepada suami tetapi dia memberitahu sijil itu ada di Indonesia," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini. Tambahnya, sekali sekala, suaminya ada menjenguknya di rumah tetapi akan kembali semula ke ibu negara untuk mencari rezeki sehinggalah mereka mempunyai empat orang anak. "Kali terakhir kami berhubung pada 2006 dan selepas itu, saya langsung tidak mendengar berita darinya. Keadaan ini membuatkan saya bertambah tertekan memikirkan masa depan anak-anak. "Itupun mujurlah, Datuk Ar. Ismail Othman (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, sanggup menolong membuat surat sokongan bagi membolehkan Wan Ilham, Irwan Ikram dan Izzwan Azam bersekolah," katanya sambil berterima kasih kepada semua pihak yang membantu. Sementara itu, Ketua Penyelia Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri, Amir Hamzah Aziz berkata, masalah itu berjaya diselesaikan dalam tempoh dua bulan sahaja dengan bantuan Ismail dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Kes ini berjaya diselesaikan cepat kerana empat beradik ini berusia bawah 12 tahun dan bagi kes orang dewasa, ia memerlukan prosedur tertentu yang memakan masa lebih lama," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Turun padang selesai masalah biarpun isu remeh - Ali Rustam Posted: Turun padang selesai masalah biarpun isu remeh - Ali RustamTurun padang selesai masalah biarpun isu remeh - Ali Rustam MELAKA 13 Mac - Ahli UMNO di negeri ini khususnya di cawangan Parlimen Bukit Katil dikehendaki memulakan program turun padang bagi menguatkan persediaan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha mendekati pengundi khususnya pengundi Cina dalam bandar perlu dimulakan sekarang bagi mendapatkan keyakinan golongan itu menyokong BN. Menurutnya, pengalaman menghadapi Pilihan Raya Kecil Merlimau baru-baru ini wajar dijadikan rujukan oleh sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti. ''Kita semua harus kerja keras dengan membuat lebih banyak program turun padang dan melawat setiap rumah pengundi di kawasan masing-masing. ''Tidak kira sama ada ia kampung orang Cina, India atau kampung Melayu, kita semua harus turun padang dan selesaikan apa jua masalah yang timbul," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan Dalam UMNO Bahagian Bukit Katil, di sini semalam. Menurut Mohd. Ali, tumpuan turun padang dan berjumpa pengundi perlu diperluaskan ke kawasan terpencil termasuk ke kawasan Solok yang kurang penduduk. ''Kita dapati apa yang kita buat untuk rakyat sama ada bina universiti di Ayer Keroh atau dimana-mana sebenarnya usaha itu bukan sahaja menentukan undi untuk BN. ''Kita kena mula turun padang selesaikan masalah yang dihadapi secara individu walaupun isu yang ditimbulkan agak remeh seperti tiada lampu jalan, kekurangan kemudahan asas tetapi inilah yang menentukan undi BN," kata beliau. Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, apa sahaja masalah yang ditimbulkan oleh pengundi biarpun ia isu remeh perlu diberi perhatian dan ditangani secara berkesan. Katanya, program turun padang dan mendekati pengundi perlu digerakkan sekarang sesuai dengan momentum kemenangan besar BN mengekalkan kerusi pada pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau baru-baru ini. ''Jangan segan atau malu untuk bertemu dengan pengundi ini khususnya kaum Cina di bandar, kita dekati mereka dan cuba tawar bantuan untuk selesaikan apa sahaja masalah yang mereka hadapi," kata beliau. Kata beliau, bagi menarik bilangan undi baru kepada BN, pihaknya telah mengenal pasti projek pembangunan baru untuk dibangunkan untuk kemudahan golongan muda antaranya pembinaan kem wataniah di Sungai Putat di sini tidak lama lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 14 Mar 2011 03:29 AM PDT Bursa saham KL ditutup bercampur Posted: 14 Mar 2011 03:21 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran Asia yang lain setelah pelabur menilai kesan sepenuhnya kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, Jumaat lalu. Pada 5 petang tadi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.27 mata kepada 1,495.35.
Indeks Perladangan naik 53.07 mata kepada 7,664.13 manakala Indeks Perusahaan meningkat 7.73 mata kepada 2,767.27 tetapi Indeks Kewangan turun 20.43 mata kepada 13,526.82. Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia menambah 8.83 mata kepada 10,236.40, Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace susut 17.88 mata kepada 4,034.17 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 menokok 47.57 mata kepada 10,941.12. Jumlah dagangan susut kepada 802.362 juta saham bernilai RM1.179 bilion daripada 1.020 bilion saham bernilai RM1.853 bilion pada Jumaat.
Saham rugi mengatasi saham untung pada 352 berbanding 308 manakala 291 kaunter diniagakan tidak berubah, 462 tidak didagangkan dan 26 yang lain digantung.
Saham berkaitan kayu naik dengan jangkaan permintaan bagi komoditi itu akan meningkat untuk pembinaan semula kawasan yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami.
Ta Ann menokok lapan sen kepada RM4.84, Jaya Tiasa menambah 16 sen kepada RM5.01 dan WTK Holdings naik tujuh sen kepada RM1.33.
Antara saham aktif, Berjaya Retail meningkat 21.5 sen kepada 64 sen dengan tawaran menjadikan persendirian. Perisai Petroleum Teknologi susut 3.5 sen kepada 64 sen dan SAAG Consolidated kekal pada 9.5 sen.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank kekal pada RM8.71, CIMB Group Holdings susut enam sen kepada RM7.92, Sime Darby naik dua sen kepada RM9.05 dan Petronas Chemicals Group meningkat 19 sen kepada RM6.75.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 662.396 juta saham bernilai RM1.157 bilion daripada 841.288 juta saham bernilai RM1.82 bilion.
Waran turun kepada 80.694 juta unit bernilai RM14.669 juta daripada 126.670 juta unit bernilai RM22.82 juta.
Jumlah dagangan di pasaran ACE meningkat kepada 57.784 juta saham bernilai RM6.629 juta daripada 44.47 juta saham bernilai RM6.29 juta.
Barangan pengguna menguasai 18.8 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 201.1 juta, pembinaan 20.1 juta, dagangan dan perkhidmatan 279.3 juta, teknologi 8.4 juta, infrastruktur 4.6 juta, kewangan 40.8 juta, hotel 1.4 juta, hartanah 56.5 juta, perladangan 29.4 juta, perlombongan 46,000, REIT 1.4 juta dan tertutup/dana 46,500. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pembangunan tanah NCR tidak harus dibayangi kontroversi: Taib Posted: 14 Mar 2011 03:14 AM PDT Mutakhir KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak akan membiarkan manfaat ekonomi yang dibawa menerusi pembangunan tanah hak adat pribumi (NCR) dibayangi kontroversi, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini. Taib yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri, berkata kontroversi sedemikian hanya boleh diatasi dengan melihat undang-undang, khususnya dokumen atau buku yang ada kaitan dengan NCR bagi membolehkan penduduk pribumi menukar tanah mereka untuk menjadi entiti ekonomi moden.
"Tugas undang-undang adalah untuk memastikan beberapa idea kabur, yang wujud dalam masyarakat kita sendiri, yang merampas hak rakyat diterjemahkan kepada manfaat perniagaan dan ekonomi," katanya ketika melancarkan buku "Undang-undang mengenai Tanah Adat Pribumi di Sarawak" ditulis oleh bekas Peguam Negeri Datuk JC Fong di sini. Buku itu menelusuri pembangunan undang-undang mengenai pemilikan tanah adat pribumi sejak 1841 ketika Rajah Sir James Brooke melaksanakan kedaulatan apa yang dikenali sebagai Bahagian-bahagian Samarahan dan Kuching hingga kini. Taib berkata kerajaan negeri harus menjauhkan diri dari situasi sulit melaksanakan secara sistematik penggunaan tanah NCR, dengan kira-kira sejuta hektar menunggu untuk dibangunkan sedang ia dibayangi kontroversi.
Sementara kerajaan mengiktiraf hasrat untuk memelihara tanah berkenaan sebagai hak adat pribumi, beliau berkata kerajaan negeri juga mengakui bahawa pribumi perlu mempunyai kuasa untuk memiliki modal bagi menukar tanah NCR menjadi ladang moden.
Beliau yakin landskap luar bandar negeri ini akan berubah menjadi lebih menarik memandangkan pembangunan seumpama itu sudahpun terlaksana terdiri daripada hampir sejuta hektar ladang kelapa sawit dengan pengeluaran dua juta tan pada ketika ini.
Terdahulu, Fong berkata buku berkenaan adalah untuk menjelaskan secara tepat undang-undang dan adat yang berkaitan dengan pewujudan hak pribumi dan pengambilalihan hak milik pribumi ke atas tanah di Sarawak.
Buku berkenaan berkulit keras berharga RM350 senaskah. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 14 Mar 2011 03:12 AM PDT Warisan tercemar Posted: 13 Mar 2011 12:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Kebanjiran warga asing di kawasan Pasar Seni, di sini, menyebabkan pengunjung semakin resah terutama wanita. Tinjauan Harian Metro ke kawasan itu mendapati hampir 80 peratus pengunjung di pusat beli-belah itu warga asing terutama dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh yang kebanyakannya menetap dan bekerja di negara ini. "Saya rasa tidak selamat untuk keluar seorang diri di kawasan ini terutama pada waktu malam," kata pengunjung, Syahidah Mansor, 23, apabila ditanya mengenai isu berkenaan. Katanya, disebabkan warga asing yang mendominasi kawasan ini, Pasar Seni tidak langsung menggambarkan sebagai warisan seni Malaysia. "Kebanyakan peniaga di kawasan ini warga asing, begitu juga dengan pekerja mereka. Mereka membentuk komuniti yang semakin hari semakin besar," katanya.
Secara tidak langsung, katanya, mereka akan berasa berkuasa dan selesa seperti menetap di negara sendiri. Pelajar institusi pengajian tinggi awam, Hadri Zainal, 25, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebanjiran warga asing di Pasar Seni. "Lelaki mungkin tidak terlalu takut untuk keluar seorang diri di kawasan Pasar Seni, tetapi bagi wanita pasti berasakan keselamatan mereka kurang terjamin. "Mungkin dengan kebanjiran warga asing ini, punca tempat ini kotor. Saya sudah pergi banyak tempat warisan seni dan saya rasa untuk kekalkan tarikan pelancong, orang tempatan perlu menjaga kawasan ini," katanya. Menurutnya, ada juga warga asing yang meminta sedekah untuk menambah pendapatan. "Bilangan peminta sedekah warga asing bertambah pada hujung minggu kerana mereka tahu pengunjung ke kawasan ini lebih ramai," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lega cadangan naik taraf Jalan Maarof Posted: 13 Mar 2011 11:10 AM PDT KUALA LUMPUR: "Lebih cepat lebih bagus dan saya harap dengan menaik taraf jalan di sini akan memudahkan urusan orang ramai terutama penduduk yang sering mengeluh mengenai kesesakan jalan akibat trafik tersekat-sekat," kata Siti Ummie Hafizah Ibrahim, 27, yang menggunakan Jalan Maarof, di sini. Dia mengulas mengenai pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menjanjikan tempoh enam bulan untuk menaik taraf kawasan berkenaan yang akan dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Malah, dia berharap selepas ini dapat melalui jalan berkenaan lebih selesa selepas tertekan apabila seringkali tersangkut berjam-jam di dalam kereta kerana kesesakan akibat aliran trafik yang tidak menentu. "Saya menggunakan laluan ini untuk ke tempat kerja di Bukit Kiara, biasanya saya akan singgah di sini pada waktu tengah hari untuk membuat urusan kerana di sini terdapat pelbagai kemudahan. "Namun, kesesakan teruk memaksa saya meminta bantuan rakan untuk menghantar serta menjemput saya," katanya. Sementara itu, Rosli Ali, 50, pula berkata, bukan setakat laluan di Jalan Maarof perlu di naik taraf, tetapi dia berharap DBKL menyediakan ruangan tempat letak kereta lebih selesa di situ.
"Punca kesesakan bukan saja kerana jalan sempit dan aliran trafik yang tidak teratur, sebaliknya masalah kekurangan parkir juga punca utama. "Pengguna meletakkan kenderaan mereka sesuka hati kerana tempat letak kereta tidak mencukupi akibatnya jalan sesak sehingga ke laluan Jalan Maarof," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 14 Mar 2011 03:06 AM PDT Kesan radiasi tidak merebak Posted: Kesan radiasi tidak merebakKesan radiasi tidak merebak Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 13 Mac – Kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat gempa bumi kuat kelmarin tidak akan merebak ke negara lain termasuk Malaysia berdasarkan faktor jarak dan suhu di kawasan bencana. Profesor Nuklear Dalam Perubatan, Kolej Perubatan Masterskill, Prof. Datuk Dr. Proom Promwichit berkata, kesan radiasi hanya berlegar di sekitar loji terbabit memandangkan suhu di kawasan tersebut hanya dianggarkan 300 darjah celsius. "Hanya jika suhu di kawasan itu melebihi 1,000 darjah celsius, kesan radiasi akan naik ke lapisan atmosfera dan mampu merebak sehingga ke negara ini. "Namun, saya anggarkan suhu di kawasan tersebut hanya berada pada paras 300 darjah celsius," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Beliau mengulas insiden kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat kejadian gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang menyebabkan tsunami kelmarin yang dikhuatiri memberi kesan sehingga ke negara ini. Kata Proom, faktor jarak turut memainkan peranan dalam penyebaran kesan radiasi itu dan memandangkan jarak Jepun dan Malaysia sangat jauh, risiko penyebaran kesan radiasi tersebut sangat kurang. Katanya, bahagian yang paling berbahaya pada sesebuah loji nuklear adalah terasnya, namun peluang untuk teras nuklear itu tersebar adalah mustahil kerana setiap loji mempunyai mekanisme pelindungan yang mengelakkan teras tersebut daripada tersebar. "Apa yang dibebaskan dari loji tersebut hanya lapisan luar nuklear yang tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada manusia. Kesan sinaran X-ray sebenarnya lebih berbahaya," katanya. Perkara sama turut disahkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dalam mesyuarat berkaitan insiden itu bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang ini. Timbalan Setiausaha MKN, Datuk Che Moin Umar ketika dihubungi berkata, kesan radiasi akibat kebocoran itu adalah pada tahap empat iaitu masih selamat kepada negara di sekelilingnya, bagaimanapun ia boleh berubah berdasarkan tiupan angin. "Semua faktor berkaitan kebocoran tersebut dibincangkan pada mesyuarat itu dan kami mendapati bahawa kebocoran tersebut tidak memberi kesan kepada negara ini. Kesan hanya dirasai jika angin bertiup ke arah utara," katanya. Kata Che Moin, jumlah radiasi di udara di kawasan tersebut adalah amat sedikit dan tidak menjadi ancaman kepada persekitarannya secara terus dan kerajaan Jepun memantau perkembangan di kawasan tersebut. Katanya, pihak keselamatan Jepun turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa setiap urusan keluar masuk ke kawasan tersebut bagi mengelakkan radiasi daripada tersebar ke kawasan lain. "Justeru, rakyat negara ini diminta tidak panik kerana kebocoran loji nuklear itu masih terkawal dan tidak memberi kesan kepada rakyat negara ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jangan timbulkan spekulasi kebocoran radiasi Jepun Posted: Jangan timbulkan spekulasi kebocoran radiasi JepunJangan timbulkan spekulasi kebocoran radiasi Jepun KUALA LUMPUR 13 Mac - Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) akan memberi penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat kejadian gempa bumi dan tsunami kelmarin. Sehubungan itu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui meminta orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana penjelasan berkenaan akan diberikan dalam tempoh terdekat. "Rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan tersebut akan merebak ke negara lain. "Bukan kerajaan Jepun sahaja yang memberi perhatian terhadap masalah itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) juga setiap hari memerhatikan apa yang berlaku di Jepun kerana ini adalah soal besar. "Isu kebocoran nuklear merupakan perkara besar yang melibatkan rantau Asia iaitu China dan Rusia serta Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini hari ini. Selepas dilanda gempa bumi dan tsunami terburuk kelmarin sehingga mengorbankan lebih 1,000 rakyatnya, keadaan di Jepun semakin buruk apabila loji nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi meletup kelmarin. Jika tekanan gagal dikawal, terdapat kemungkinan loji itu melebur atau meletup akibat kepanasan bahan bakar nuklear yang boleh mencetuskan pencemaran debu radioaktif yang teruk serta boleh merebak ke negara lain. Fah Kui berkata, kerajaan sentiasa mengamalkan sifat terbuka dalam mendengar pandangan orang ramai terhadap rancangan untuk mendirikan loji elektrik nuklear di negara ini. Katanya, tiada rahsia disimpan pihaknya dan segala perkembangan rancangan tersebut disampaikan kepada rakyat. "Agensi Nuklear Kebangsaan menjalankan penyelidikan yang mendalam dari segi kesesuaian, keselamatan bakal tapak loji berkenaan dan jenis teknologi yang digunakan sebelum membuat apa-apa keputusan," katanya. Menurutnya, rancangan jangka panjang itu hanya dijalankan sekiranya tenaga alternatif tersebut terbukti sesuai dengan persekitaran negara ini serta diterima oleh orang ramai. "Buat masa sekarang, rancangan tersebut masih berada di peringkat penawaran tender kepada pakar nuklear antarabangsa. Kami memilih pakar yang dapat menawarkan teknologi terbaik dan berkesan kepada rancangan tersebut. "Rancangan tersebut hanya dibangunkan menjelang 2021. Oleh itu, kita mempunyai masa secukupnya untuk melakukan penyelidikan selama 10 tahun ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Penuntut Malaysia panik lihat bangunan berayun Posted: Penuntut Malaysia panik lihat bangunan berayunPenuntut Malaysia panik lihat bangunan berayun KUALA LUMPUR 13 Mac - Hanya wajah isteri dan anak tergambar di fikiran Mohamad Sofian Abu Talip apabila melihat bangunan tujuh tingkat universitinya di Yokohama, Kanagawa berayun ke kiri dan kanan ketika Jepun dilanda gempa bumi kelmarin. Mohamad Sofian berkata, ketika gegaran pertama berlaku, dia berada di tingkat lima universiti kerana sedang bergotong-royong membersihkan makmal sebelum memulakan semester baru yang dijadualkan April ini. Jelasnya, biarpun berasa pening akibat gegaran pertama itu, dia tidak menjangka keadaan lebih buruk akan berlaku kerana ia adalah perkara biasa yang berlaku di Jepun. "Bagaimanapun apabila seorang penuntut dari China mengatakan ia mungkin gempa bumi kerana gegaran semakin kuat, kami berlari ke bawah apabila melihat penuntut lain berpusu-pusu keluar daripada bangunan tersebut. "Ketika baru sahaja menuruni dua aras bangunan tersebut, semakin jelas bunyi barang-barang jatuh ke lantai akibat gegaran yang semakin kuat," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi emel di sini hari ini. Cerita Mohamad Sofian, melihat bangunan universiti setinggi tujuh tingkat itu beberapa kali berayun ke kanan dan kiri selepas berada di kawasan lapang, barulah dia sedar gempa bumi Jumaat lalu bukanlah gegaran biasa. "Mujurlah reka bentuk bangunan itu dibina dengan keupayaan menahan gegaran gempa bumi,'' katanya. Menurutnya, walaupun dapat menyelamatkan diri daripada bangunan tersebut, dia berasa sangat bimbang kerana tidak dapat menghubungi telefon bimbit isterinya. "Saya bergegas pulang ke rumah yang hanya 10 minit dari universiti dengan berbasikal bagi mendapatkan isteri dan anak saya. "Syukur, isteri dan anak saya selamat di rumah. Sejurus itu juga, saya mengarahkan mereka keluar dari rumah tersebut dan berkumpul di kawasan lapang," katanya. Mohamad Sofian berkata, ketika gegaran kedua berlaku, mereka sekeluarga sudah berkumpul bersama orang ramai dan hanya pada pukul 5 petang dibenarkan masuk semula ke dalam rumah. Ekoran kejadian itu katanya, hanya bekalan gas yang masih ada manakala bekalan elektrik, air dan talian telefon masih terputus. "Setelah dua hari berlalu, terdapat van bergerak di kawasan perumahan saya yang menyampaikan pengumuman dari semasa ke semasa. "Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo juga sudah menghubungi kami bagi mengetahui keselamatan kami di sini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: BeritaUtama Posted: 14 Mar 2011 02:26 AM PDT Nikah datuk ‘kacak’ Posted: 13 Mar 2011 12:01 PM PDT KULIM: Menggunakan umpan tersalah mendail nombor telefon, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun melalui detik mencemaskan apabila mendakwa dinikahkan dengan pemilik nombor telefon berkenaan dalam tempoh perkenalan hanya kira-kira lima bulan. Lebih mengejutkan, 'suami' yang mendakwa lelaki kacak berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pegawai bank itu seorang datuk berusia 63 tahun yang juga penoreh getah. Bagaimanapun, remaja itu yang bekerja di sebuah pasar raya, dekat sini, 'bernasib baik' kerana ketika dinikahkan kononnya di sebuah pejabat agama di Thailand, dia dalam keadaan 'uzur' menyebabkan suaminya terpaksa menyimpan hajat menjamah tubuh gadis itu untuk sementara waktu. Begitupun, selepas empat hari bernikah, remaja terbabit menyatakan hasrat berpisah dengan suaminya sebelum membuat laporan polis dan jabatan agama. Ketika mendedahkan pengalamannya, remaja yang mahu dikenali sebagai Lis berkata, dia berkenalan dengan warga emas terbabit Oktober lalu apabila lelaki itu mendakwa tersilap mendial nombor telefonnya.
Bermula saat itu, katanya, lelaki terbabit kerap menghantar SMS serta berbual dengannya walaupun mereka tidak pernah berjumpa. Menurutnya, sejak berkenalan, lelaki itu kerap menambah nilai kredit telefon bimbitnya selain memasukkan wang ke akaun adiknya untuk kegunaan termasuk membeli-belah. "Dia kerap tambah nilai telefon saya selain memasukkan wang ke dalam akaun adik untuk kegunaan saya dan memberitahu dia berusia 30-an, masih bujang dan bekerja sebagai pegawai bank. "Beberapa minggu lalu, kami membuat keputusan untuk berjumpa di stesen bas dekat sini. Sebaik saya tiba, lelaki itu bersama rakannya membawa saya ke Thailand untuk bernikah," katanya. Lis berkata, selepas empat hari bernikah dia berasa tidak sedap hati sebelum meluahkan hasrat tidak puas hati terhadap perkahwinannya dan minta berpisah.
"Saya bingung bagaimana proses pernikahan itu berlaku dan kerana tidak puas hati saya membuat laporan di Balai Polis Kulim kerana rasa tertipu dan mungkin dipukau," katanya ketika ditemui di Balai Polis Kulim pada 7 Mac lalu.
Sementara itu, lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tertarik dengan remaja itu yang pandai mengambil hati selain suka mendengar suaranya.
Menurutnya, sepanjang proses pernikahan dengan remaja itu, tidak berlaku sebarang paksaan, malah semua dokumen berkaitan ada dalam simpanannya.
"Saya menikahinya di Thailand dan memiliki semua dokumen yang diperlukan, malah ketika bernikah tidak berlaku sebarang paksaan. "Sejak menikahinya kami tidak pernah bersama kerana dia datang bulan," katanya.
Warga emas itu berkata, dia mempunyai anak berusia tujuh bulan hingga 30 tahun dan remaja itu isteri keduanya.
Menurutnya, dia sudah bernikah empat kali, tetapi tidak kekal lama dan bercerai.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata pihaknya menyerahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) untuk memastikan kesahihan status perkahwinan pasangan itu.
Sementara itu, jurucakap PADK berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan susulan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jasad anak dalam parit Posted: 13 Mar 2011 12:01 PM PDT RASHIAH...tidak dapat menahan kesedihan JERANTUT: "Saya sangka anak bongsu bermain di rumah jiran, tetapi saya gagal menemuinya sebelum seorang rakannya memberitahu bahawa dia ternampak anak saya terjatuh ke dalam parit besar depan rumah," kata ibu kanak-kanak berusia tiga tahun, Raziq Azmi, yang lemas apabila terjatuh ke dalam saliran air itu sedalam dua meter di Taman Wira, Jumaat lalu, sebelum mayatnya ditemui pagi kelmarin. Mengimbas semula kejadian, Rashiah Mohd Ali, 45, berkata, dia tiada di rumah kerana menjemput anak sulungnya berusia 17 tahun di asrama sebuah sekolah pada kira-kira jam 2.30 petang. Mangsa yang anak bongsu daripada lima beradik tidak mahu mengikutnya dan ditinggalkan bersama suami, Azmi Ismail, 45, dan tiga lagi anaknya berusia 14,12 dan 9 tahun. "Sebaik sampai di rumah saya mencari Raziq kerana tidak melihat kelibatnya di rumah dan ke rumah jiran yang dia selalu bertandang serta bertanya jika mereka ternampak anak saya. "Hancur luluh hati saya apabila seorang budak kecil berkata, ternampak Raziq bermain di tepi parit dan mungkin terjatuh ke dalamnya sebab dia melihat semula anak saya sudah tiada di situ," katanya.
Katanya, dia dan keluarganya memohon bantuan jiran mencari Raziq tetapi gagal menemui sebelum menghubungi pihak berkuasa. "Tiada apa yang boleh kami lakukan lagi berikutan arus deras selain berdoa Raziq dapat ditemui semula dengan selamat. "Tidak tergambar perasaan saya yang kehilangan anak bongsu yang manja ini. Tambah lagi, ulang tahun kelahirannya akan tiba tidak lama lagi," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Zakaria Kassim, berkata mayat kanak-kanak itu ditemui pasukan mencari pada jam 9.15 pagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 14 Mar 2011 01:40 AM PDT Lebih 1,000 petani berpiket Posted: Lebih 1,000 petani berpiketLebih 1,000 petani berpiket Oleh TOREK SULONG utusankelantan@utusan.com.my
|
Zawawi Othman (kanan) bersama petani selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Bernas di luar pejabat Bernas, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, semalam.
|
PASIR PUTEH 13 Mac - Lebih 1,000 petani dari lima Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di daerah ini berpiket secara aman di hadapan pejabat Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) Padang Pak Amat, dekat sini hari ini. Mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Bernas mengenakan potongan antara 26 hingga 28 peratus bagi setiap tan metrik padi yang dijual kepada syarikat milik kerajaan itu. Petani terlibat turut membawa sepanduk besar tertera 'Bernas Tolonglah Kami, Jangan Sampai Kami Merajuk' dan 'Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Subsidi dan Insentif Kepada Petani.' Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Pasir Puteh, Zawawi Othman yang turut menyertai piket hampir sejam bermula pukul 10 pagi itu, turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Bernas Wilayah Zon Timur, Ali Senik untuk tindakan lanjut. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Zawawi berkata, MPPP tidak mahu Bernas terus menindas petani dengan membuat potongan yang tidak wajar bagi setiap tan padi yang dijual. "Kita menuntut konsep 'menang-menang' di mana Bernas yang menjalankan urus niaga mendapat untung dan petani yang membanting tulang mengusahakan penanaman padi tidak teraniaya," katanya. Beliau mendakwa, kadar potongan padi yang dilaksanakan adalah paling tinggi berbanding di negeri lain. Dakwanya, tindakan itu bukan sahaja membebankan petani tetapi juga menjejaskan usaha Kerajaan Pusat untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui pengagihan pelbagai insentif seperti upah membajak, racun dan hasil jualan padi. Zawawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh mendakwa, tindakan Bernas itu menyebabkan ada petani kerugian kira-kira RM40 bagi setiap tan padi yang dijual. "Perkembangan ini akan menyebabkan petani 'tawar hati' untuk mengusahakan sawah mereka pada musim akan datang kerana pulangannya tidak setimpal dengan penat lelah. "MPPP mahu Bernas bertimbang rasa dengan mengenakan jumlah potongan tidak lebih 20 peratus untuk meringankan beban petani berikutan kenaikan kos input pertanian," katanya. Sementara itu, Ali berkata, memorandum bantahan itu akan disampaikan kepada pihak pengurusan tertinggi Bernas untuk tindakan lanjut. Katanya, Bernas akan mengadakan dialog dengan petani terlibat bagi mencari penyelesaian dalam masa terdekat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | TDM Bhd. buka kilang baja bio-organik Posted: TDM Bhd. buka kilang baja bio-organikTDM Bhd. buka kilang baja bio-organik SETIU 13 Mac - TDM Bhd., sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang berteraskan industri kelapa sawit melakar satu lagi sejarah perkembangannya sejak empat dekad lalu dengan pembinaan kilang baja bio-organik di ladangnya di Sungai Tong. Kilang bernilai RM3.4 juta yang mula beroperasi tahun lalu merupakan sebahagian daripada langkah inovasi bagi mengurangkan kos, meningkatkan pengeluaran hasil tanaman di samping menyelesaikan masalah pencemaran dan pembuangan sisa. Melalui pengeluaran baja itu dengan kapasiti 24,000 tan metrik setahun, syarikat berkenaan mampu menjimatkan kos pembajaan sehingga RM10 juta setahun daripada keseluruhan kos RM60 juta bagi tujuan itu. Berdasarkan prestasinya, ia terus mendorong TDM melalui anak syarikatnya TDM Plantation Sdn. Bhd. untuk merancang membina kilang kedua bagi menampung keperluan ladang di sekitar Kemaman pada tahun ini yang dianggarkan menelan kos RM4 juta. Perasmian kilang perintis itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi TDM, Datuk Roslan Awang Chik; Pengerusi TDM Plantation, Datuk Mohd. Jidin Shafee dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat. Ketika berucap pada majlis itu, Ahmad menyifatkan kejayaan TDM membangunkan kilang baja itu suatu yang membanggakan dan wajar dicontohi dalam amalan kelestarian bumi. Katanya, ia membuktikan kebolehan syarikat milik kerajaan negeri dan anak-anak tempatan yang dapat menjana ekonomi, peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan kepada baja import. Kilang itu merupakan projek usahasama TDM Plantation dengan Myagri Nutribio Sdn. Bhd. yang menyediakan teknologi dan kepakaran. Pada majlis itu juga, Menteri Besar merasmikan Medan Infodesa Kampung Tayor Tengah Mukim Hulu Nerus 2 yang terletak bersebelahan Ladang Tayor milik TDM Plantation. Bangunan bernilai RM178,300 itu didirikan di tapak seluas 0.47 hektar di tanah ladang bagi memenuhi keperluan penduduk setempat menjalankan pelbagai kegiatan berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Ia selaras dengan objektif program Infodesa Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dalam mengatasi masalah jurang digital di antara komuniti bandar dan luar bandar. Roslan ketika berucap pada majlis itu berkata, ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat dan berharap dengan pembinaan kilang baja dan Medan Infodesa, syarikat dapat membantu kerajaan negeri dalam mempertingkatkan sosioekonomi rakyat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Keperluan ikan di Malaysia mencukupi Posted: Keperluan ikan di Malaysia mencukupiKeperluan ikan di Malaysia mencukupi TUMPAT 13 Mac - Malaysia telah mencapai tahap sara diri daripada segi keperluan ikan bagi memenuhi kehendak lebih 27 juta rakyatnya. Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, ketika ini hasil tangkapan ikan negara adalah 1.3 juta tan metrik, berbanding keperluan penduduk kira-kira 700,000 tan metrik setahun. Beliau berkata, secara purata pengambilan sumber ikan setiap individu di negara ini adalah 56 kilogram setahun. "Ikan yang kita daratkan cukup untuk keperluan dan negara telah mencapai tahap sara diri hampir 100 peratus. "Lebihan yang ada membolehkan negara mengimport ikan terutama yang berkualiti baik," katanya ketika ditemui selepas melancarkan program kesedaran perlindungan spesies haiwan marin terancam di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting di sini hari ini. Hadir sama Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali. Menurut Ahamad Sabki, imbangan dagangan eksport ikan negara pada tahun lalu adalah RM230 juta. Dalam pada itu, beliau meminta para nelayan memberi kerjasama terhadap kempen kesedaran perlindungan spesies haiwan marin terancam yang dijalankan oleh jabatan berkenaan bagi memastikan negara tidak berdepan kepupusan hidupan marin pada masa hadapan. Beliau berkata, terdapat 32 jenis spesies hidupan marin di negara ini diancam kepupusan dan sekiranya tiada kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya nelayan, berkemungkinan spesies tersebut akan terus lenyap. "Hidupan marin ini bukan kita cipta, Allah yang cipta, kalau tidak dipelihara akan menyebabkan haiwan ini pupus. "Kita berharap nelayan sama-sama bertanggungjawab melepaskan kembali ke laut sekiranya tertangkap spesies yang disenaraikan terancam," katanya. Menurut Ahamad Sabki, di pihak kerajaan, usaha turut diambil dengan mewujudkan tujuh pusat di seluruh negara bagi menyelamatkan spesies marin yang terancam antaranya di Rantau Abang, Terengganu bagi spesies mamalia marin dan penyu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 14 Mar 2011 01:34 AM PDT Isu Manifesto: MB Kedah terima cabaran Mukhriz Posted: 14 Mar 2011 12:45 AM PDT Azizan BUKIT KAYU HITAM, 14 Mac — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia menjawab sebarang soalan berhubung kejayaan melaksanakan manifesto pilihan raya umum yang lalu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN bulan depan. Katanya beliau akan menjawab semua soalan yang bakal diajukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mengenai kejayaan kerajaan negeri melaksanakan 80 peratus manifesto yang telah dibuat PAS. "Tak perlu nak senaraikan kepada mereka (wakil rakyat BN) kerana kita sebelum ini sudah senaraikan kejayaan yang dibuat kerajaan...Saya akan jawab kalau mereka tanya," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ladang Nanas milik Kedah Agro Holding Berhad di Laka Temin di sini hari ini. Azizan mengulas desakan pemimpin BN yang mahu beliau menyenaraikan dan mengemukakan bukti mengenai kejayaan menifesto pada PRU yang lalu. Beliau berkata kejayaan itu tidak perlu disenaraikan semula memandangkan kerajaan negeri sebelum ini telah menyenaraikan kejayaan itu dalam akhbar rasmi (Warta Darul Aman). "Mereka cakap nak tengok ekonomi, mai tegoklah sendiri, kalau nak bukti pi tengok dekat Audit Negara, kita dapat RM53 juta tahun ni hasil balak," katanya. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri perlu mengemukakan bukti yang sahih kepada rakyat mengenai kejayaannya menyelesaikan serta melaksanakan 80 peratus janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-12. Mukhriz berkata kenyataan yang dikeluarkan kerajaan PAS itu tidak berasaskan kepada fakta yang lengkap dan membuatkan rakyat keliru mengenai kejayaan yang telah dilaksanakan. "Kita mahu kerajaan PAS mengambil peluang mengemukakan bukti yang benar dalam sidang Dewan Undangan Negeri April depan bagi menjelaskan secara terperinci kepada rakyat secara keseluruhan apa yang mereka maksudkan kejayaan 80 peratus itu. "Ia tidak cukup dengan sekadar cakap-cakap sahaja kerana rakyat jauh lebih bijak," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Abdul Ghani Ahmad. Dalam kenyataan baru-baru ini, Abdul Ghani berkata sehingga Julai tahun lepas, sebanyak 80.7 peratus daripada manifesto yang mempunyai 57 perkara yang disenaraikan dalam manifesto PRU12 berjaya mencapai matlamatnya. Daripada 57 perkara tersebut, beliau berkata 46 daripadanya telah dilaksanakan dan 11 perkara lagi atau 19.3 peratus masih dalam peringkat kajian merangkumi bidang pentadbiran, pertanian, pembangunan Insan, hal ehwal Islam, hal ehwal wanita, sukan dan rekreasi serta pihak berkuasa tempatan. Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata rakyat negeri ini tidak nampak sebarang perubahan selepas Kedah diambil alih oleh PAS sejak 2008. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Harussani tak patut hukum Nik Aziz tanpa penjelasan, kata PAS Posted: 14 Mar 2011 12:22 AM PDT Harussani KUALA LUMPUR, 14 Mac — Pemimpin-pemimpin PAS menyifatkan tindakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran penyataan "undi PAS masuk syurga" tanpa mendapatkan penjelasan bertentangan dengan prinsip selaku tokoh agama. Malah pemimpin-pemimpin PAS menggesa Harussani agar membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS itu berhubung tulisan terbaru Mufti Perak itu dalam Mingguan Malaysia, 6 Mac lalu. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Harussani sepatutnya tidak boleh membuat sebarang keputusan selagi tidak mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak. "Sebagai seorang mufti, Harussani tidak boleh mengeluarkan kenyataan dengan hanya berpandukan satu atau dua sumber sahaja dan sepatutnya beliau mendapat penjelasan sebenar dari Datuk Nik Aziz. "Beliau tidak boleh keluarkan apa-apa kenyataan dengan hanya bersandarkan laporan media... jadi bila beliau sudah keluarkan kenyataan itu maknanya beliau kena jelaskan tuduhan itu kepada Datuk Nik Aziz," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Justeru, kata Tuan Ibrahim, Harussani perlu menjelaskan tuduhan itu kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dan keengganan berbuat demikian adalah satu tindakan yang tidak wajar bagi seorang mufti. "Beliau tidak boleh lari tapi kena jawab dan beri penjelasan kepada Datuk Nik Aziz... tindakan tidak mahu jawab adalah satu tindakan yang tidak betul sebagai seorang mufti. "Harussani letakkan hukuman ke atas Datuk Nik Aziz pada kenyataan yang tidak benar, beliau kena jawab surat rasmi tersebut kerana Datuk Nik Aziz nak tahu bila dan di mana beliau kata demikian. "Tak wajar Harussani menjatuhkan hukuman sedangkan Datuk Nik Aziz tidak diberi peluang untuk buat penjelasan, jalan terbaik adalah beliau balas surat rasmi Datuk Nik Aziz dan membuat penjelasan terhadap tuduhan itu," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu. Tambah Tuan Ibrahim, satu pertemuan antara Nik Aziz dan Harussani perlu diatur bagi menyelesaikan percanggahan pendapat yang menyentuh isu-isu Islam. "Saya cadangkan agar adakan pertemuan antara Datuk Nik Aziz dan Harussani, pertemuam mesti diatur bagi menyelesaikan segala percanggahan pendapat ini," katanya. Cadangan sama turut dikemukakan Dewan Pemuda PAS Perak sebelum ini, yang mana bagi mereka sudah tiba masa kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam. Sebelum ini pejabat Menteri Besar Kelantan telah menghantar surat rasmi kepada Harussani memohon penjelasan ekorang penyataan "undi PAS masuk syurga" yang ditulis dalam Mingguan Malaysia. Namun Harussani berpendirian untuk tidak membuat penjelasan kepada Nik Aziz kerana percaya Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam. Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam. Bagi Ketua Penerangan PAS pusat Idris Ahmad, tindakan Harussani enggan memberikan respons terhadap surat rasmi yang dihantar Nik Aziz itu membuktikan beliau tidak berani untuk membuat penjelasan itu. "Selama ini Harussani cakap hanya sebelah pihak tapi kini Nik Aziz telah menghantar surat untuk mohon penjelasan mengenai tulisannya baru-baru ini. "Jadi kenapa Harussani tak berani nak buat penjelasan? Patut beliau kena buat penjelasan kepada Nik Aziz tapi nampaknya beliau tak berani," katanya. Beliau berkata tindakan Harussani menjatuhkan hukuman terhadap Nik Aziz tanpa mendapatkan penjelasan adalah tidak wajar. "Sepatutnya mengikut adab kalau orang dah hantar surat, kenalah balas... jangan senyap je. "Lagipun Harussani telah menjatuhkan hukuman tanpa mendapat penjelasan, mana boleh macam itu... patut beliau kena dengar dari kedua-dua belah pihak baru boleh jatuhkan hukuman," katanya. Bagaimanapun seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar meminta agar Harussani "tutup mulut" sekiranya enggan memberikan penjelasan terhadap penyataan "undi PAS masuk syurga" yang mengaitkan Nik Aziz. "Saya minta beliau tutup mulut kalau tidak sanggup untuk buat penjelasan kepada Datuk Nik Aziz. "Jangan jadi macam mulut murai, bercakap ikut suka hati... kalau tak nak beri penjelasan tutup mulut," katanya. Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, imej dan maruah Harussani akan terjejas sekiranya enggan membuat penjelasan kepada Nik Aziz. "Kalau nak bercakap juga buat penjelasan terhadap tuduhan itu, kalau rasa tak sanggup lebih baik diam. "Bila beliau tak nak beri penjelasan ia menjatuhkan maruah beliau sebagai Mufti Perak bukan imej Datuk Nik Aziz," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Muka Hadapan Posted: 14 Mar 2011 01:13 AM PDT Bencana nuklear dunia? Posted: Bencana nuklear dunia?Bencana nuklear dunia?
|
PARA pekerja penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dari runtuhan selepas gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang menggegar pantai timur laut Jepun dan mengakibatkan tsunami, di Sendai, Jumaat lalu. – REUTERS
|
SENDAI, Jepun 13 Mac – Pihak berkuasa Jepun berusaha mencegah satu lagi ancaman radiasi di dua buah reaktor nuklear di Fukushima hari ini, selepas sistem penyejuknya gagal berfungsi sekali gus boleh mengakibatkan bencana nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun. Syarikat pengendali Tokyo Electric Power Co (TEPCO) terpaksa menggunakan air laut dan asid borik bagi menyejukkan reaktor No. 1 selepas satu letupan memusnahkan bumbung dan dinding bangunan konkrit itu semasa mereka cuba melepaskan tekanan semalam. Struktur tangki reaktor nuklear itu bagaimanapun tidak terjejas. Selain itu, pengendali reaktor tersebut turut membebaskan udara daripada tangki simpanan reaktor No. 3 bagi mengurangkan tekanan dan mengelak kerosakan. "Kami belum tahu status sebenar bahan api di bahagian teras reaktor itu. Kami perlu mengenal pasti keadaan teras itu sama ada ia tertutup, rosak atau bahan api kini sedang cair," kata pakar nuklear, Mark Hibbs daripada Pembiayaan Keamanan Antarabangsa Carnegie. Ancaman yang dihadapi Jepun itu dibimbangi boleh mengulangi bencana nuklear di loji nuklear Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986, selepas bahan radioaktifnya dilepaskan ke udara dalam satu letupan kuat. Sekurang-kurangnya 32 maut akibat kesan secara langsung letupan dan 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif. Lebih 120,000 yang lain terpaksa dipindahkan, sementara tahap pencemaran radiasi turut diukur sejauh barat Eropah. Semalam, beribu-ribu penduduk di bandar sama dipindahkan berikutan letupan dan kebocoran yang berlaku di pusat reaktor No.1 di Fukushima, kira-kira 240 kilometer di utara Tokyo. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | MCA tangguh pemilihan parti Posted: MCA tangguh pemilihan partiMCA tangguh pemilihan parti Oleh LEE HOOI BOON pengarang@utusan.com.my
|
Sebahagian perwakilan MCA mengangkat tangan menyokong penangguhan pemilihan parti pada Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA
|
KUALA LUMPUR 13 Mac. – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA hari ini meluluskan usul agar pemilihan pucuk pimpinan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh lain. Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, keputusan itu dibuat sebagai persediaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU–13). "Oleh kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja, maka MCA perlu memastikan jentera parti berada dalam keadaan siap sedia," katanya pada sidang akhbar selepas EGM tersebut di Wisma MCA di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen. EGM yang diadakan hari ini bertujuan meminda Artikel 167 Perlembagaan MCA bagi memendekkan tempoh penangguhan pemilihan parti selepas pilihan raya umum daripada 42 bulan seperti sekarang kepada hanya 36 bulan. Parti itu juga memutuskan tempoh pemilihan pucuk pimpinan perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum, bukannya tiga bulan seperti sekarang. Seramai 1,844 daripada jumlah keseluruhan 2,362 perwakilan mengundi dengan mengangkat tangan pada EGM yang bermula pada pukul 10.30 pagi. Proses pengundian dilihat berjalan lancar dan tamat dalam tempoh 15 minit sahaja. Seramai 1,827 iaitu 99 peratus perwakilan menyokong untuk meminda perlembagaan parti, 14 orang tidak mengundi dan tiga undi menolak usul berkenaan. Dalam pada itu, Soi Lek juga menegaskan, MCA yakin dapat memenangi semula sokongan masyarakat Cina di negara ini pada pilihan raya umum akan datang. "Namun kita tidak boleh mengambil ringan terhadap sokongan itu dan parti seharusnya berusaha keras untuk meyakinkan kaum Cina untuk menyokong semula MCA," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pemilik kenderaan tidak puas hati kena saman boleh mengadu Posted: Pemilik kenderaan tidak puas hati kena saman boleh mengadu Pemilik kenderaan tidak puas hati kena saman boleh mengadu KLUANG 13 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, pemilik kenderaan yang tidak berpuas hati dan berasa tidak adil dengan saman yang dikenakan boleh tampil membuat aduan bagi memperbetulkan keadaan. "Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. Kalau ada yang tidak mampu bayar sekalipun, kita minta mereka tampil supaya kita dapat mencari jalan menyelesaikan saman tersebut," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan UMNO Bahagian Sembrong di Felda Kahang Barat, di sini hari ini, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau berterima kasih kepada pemilik kenderaan yang telah menjelaskan bayaran saman mereka. Beliau juga menyatakan puas hati dengan tempoh lanjutan bayaran saman dengan diskaun. Dalam pada itu, Hishammuddin meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan perbincangan bagi menyelaras sistem kutipan bayaran saman trafik. Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk agensi berkenaan mewujudkan satu sistem yang lebih efisyen dan koordinasi penguatkuasaan yang lebih baik. Sementara itu, Hishammuddin berkata, beliau akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi esok bagi menghadiri perbincangan berkaitan keselamatan serantau. Katanya, perbincangan sehari itu atas jemputan Timbalan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed yang merupakan anak Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Dalam Negeri Saudi, Putera Nayef Abdulaziz Al-Saud. "Kita hendak lihat isu keselamatan serantau, perjuangan Islam dan ummah dalam konteks landskap yang berubah. "Semua ini merupakan fenomena yang kalau tidak dibincangkan secara dua hala, kita bimbang bahawa anggapan dan pandangan kita berbeza dengan pandangan orang lain," jelasnya. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Jenayah Posted: 14 Mar 2011 12:30 AM PDT Bot pelancong terbakar sebelum karam Posted: Bot pelancong terbakar sebelum karamBot pelancong terbakar sebelum karam Oleh KAMARUDDIN HAMZAH pengarang@utusan.com.my BESUT 13 Mac – Keseronokan yang dibayangkan oleh sekumpulan 37 pelancong untuk bercuti di Pulau Perhentian bertukar menjadi pengalaman menakutkan hari ini apabila bot yang dinaiki terbakar sebelum karam. Pelancong tersebut termasuk tiga rakyat asing dan 17 kanak-kanak terpaksa terjun ke dalam laut dan berpegang kepada tali. Bot itu dalam perjalanan menuju ke Pulau Perhentian. Kejadian pukul 10.45 pagi itu berlaku kira-kira empat batu nautika dari Timur Laut Kuala Besut iaitu selepas 20 minit bot berkenaan meninggalkan jeti. Selain tiga pelancong asing bersama seorang rakan warga tempatan, turut berada dalam bot malang itu ialah 33 anggota rombongan dari Melaka, seorang pemandu dan tiga pekerja bot. Kejadian itu menyebabkan seorang ahli rombongan dari Melaka, Nurizam Hasan, 38, melecur di kedua-dua belah tapak tangan dan muka sementara sepasang suami isteri berusia 30-an mengalami sesak nafas. Ketiga-tiga mangsa kini dirawat di Hospital Besut, di sini manakala beberapa orang mangsa lain menerima rawatan sebagai pesakit luar. Seorang mangsa, Arman Arshad, 34, berkata, rombongan dari Melaka itu disertai seramai 17 murid berusia antara lapan hingga 12 tahun. Turut serta dalam rombongan dari Melaka itu ialah 16 orang dewasa iaitu sembilan wanita dan tujuh lelaki, manakala tiga pelancong asing itu berasal dari United Kingdom. Menurutnya, rombongan itu tiba di Besut tengah malam semalam dan dijadualkan menaiki bot menuju ke Pulau Perhentian pada pukul 8 pagi. "Kami pelik kerana jadual asal adalah pukul 8 pagi, tetapi ditunda kepada 9 pagi dan sekali lagi ditunda kepada pukul 10 pagi," katanya ketika ditemui di sini. Tambahnya, kira-kira setengah jam selepas berlepas dari jeti Kuala Besut, bot itu berasap menyebabkan pemandu bot menghubungi pihak bomba dan rakan-rakan lain untuk datang membantu mereka. "Apabila api semakin marak, kami yang semuanya memakai jaket keselamatan terjun ke laut seorang demi seorang dengan didahului oleh kanak-kanak dan berpegang kepada tali sebelum tiga buah bot datang untuk menyelamatkan kami dalam tempoh lima minit," ujarnya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd. Nor ketika mengesahkan kejadian itu berkata, bot berkenaan baru sahaja meninggalkan jeti Kuala Besut untuk menuju ke Pulau Perhentian apabila ia terbakar. "Siasatan awal mendapati berlaku masalah teknikal sehingga menyebabkan ia terbakar," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Guru wanita mati melecur Posted: Guru wanita mati melecurGuru wanita mati melecur Oleh ANGELINA SINYANG pengarang@utusan.com.my PETALING JAYA 13 Mac – Seorang guru wanita maut akibat melecur teruk setelah pangsapuri studio yang disewanya di Damansara Perdana di sini, terbakar hari ini. Mangsa dikenali sebagai Elizabeth Wong, 25, dipercayai gagal melarikan diri sebelum mengalami sesak nafas dan ditemui mati dengan keadaan tubuh melecur 100 peratus di atas katil di rumahnya. Penguasa Bomba dan Penyelamat (Bahagian Operasi) Selangor, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zain berkata, kebakaran di satu unit rumah terletak di tingkat 7, Pangsapuri Ritz, Damansara Perdana itu dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 10.27 pagi. Beliau berkata, dua jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara serta Sungai Buloh dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut. "Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 10.41 pagi, api sudahpun berjaya dikawal daripada merebak oleh penghuni pangsapuri terbabit dengan menggunakan paip pemadam api di situ. "Namun, asap tebal masih memenuhi ruang rumah berkenaan," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, setelah asap berjaya dikawal, pihaknya yang menjalankan pemeriksaan menemui mayat mangsa di atas katil. Wan Mohd. Hamizi berkata, mayat mangsa tidak rentung tetapi melecur 100 peratus pada seluruh badannya. Tambahnya, siasatan mendapati kebakaran itu memusnahkan 70 peratus daripada rumah tersebut dan paling teruk terbakar adalah kawasan tempat tidur mangsa. "Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya sambil memberitahu mangsa tinggal sendirian di rumah tersebut. Sementara itu, seorang kakitangan di pejabat pengurusan pangsapuri terbabit ketika ditemui memberitahu, mangsa baru sebulan menyewa unit pangsapuri tersebut. Dia yang enggan dikenali berkata, semalam, mangsa ada mengadu kepada pemilik rumah bahawa suis elektrik di rumahnya gagal berfungsi dan meminta ia dibaiki segera. "Saya difahamkan, pemilik rumah ada datang membaiki kerosakan tersebut tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kebakaran berpunca daripada masalah berkenaan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 14 Mar 2011 12:28 AM PDT Awetan kering lebih mencabar Posted: Awetan kering lebih mencabarAwetan kering lebih mencabar Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
DENGAN penuh berhati-hati, Namazie Lowe Amran, 35, membelah bahagian dada seekor tupai kerawak yang terbujur kaku di atas sebuah meja. Menggunakan sebilah pisau kecil yang tajam, sekali torehan sudah mampu memperlihatkan isi perut haiwan berbulu hitam dan coklat itu. Tanpa berlengah, dia terus mengeluarkan segala isi perut tupai yang baru saja dihantar ke Unit Taksidermi di Muzium Alam Semula Jadi, Presint 15, Putrajaya itu. Tugasnya dilaksanakan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang kesilapan sewaktu proses awal menanggalkan kulit haiwan tersebut. Sementara itu, di satu sudut lain, dua lelaki yang lengkap memakai topeng penutup mulut kelihatan tekun memasang kulit kambing gurun yang sudah diawet di atas badan tiruan haiwan berkenaan. Sesekali bau kurang menyenangkan yang terhasil daripada air rendaman bulu kambing itu pantas 'menyengat' deria hidu mereka yang berdekatan. Penulis juga tidak ketinggalan terhidu bau yang menyesakkan itu. Menyedari tindakan penulis yang terpaksa menutup hidung, lelaki yang memakai apron berwarna hijau itu pantas mencelah. "Maaflah sebab air rendaman bulu kambing ini memang agak berbau terutama bagi mereka yang baru pertama kali melihat proses awetan haiwan ini. Tetapi, bagi kami alah bisa tegal biasa. Dah lali sangat," ujarnya. Itu antara rutin yang perlu dilaksanakan oleh para kakitangan Unit Taksidermi muzium tersebut. Mereka bertanggungjawab untuk melakukan tugas-tugas mengawet haiwan sama ada secara kering mahu pun basah bagi memastikan ia dapat dipamerkan untuk tatapan khalayak.
|
NAMAZIE (duduk) dan Mohd. Ridhuan meneliti tulang rusa yang hendak disusun semula.
|
Menurut Ketua Unit Taksidermi, Muzium Alam Semula Jadi, Mohd. Ridhuan Akhiruddin, 30, taksidermi adalah satu seni atau kaedah mengawet haiwan yang telah mati sehingga ia kelihatan seolah-olah masih hidup. Ia merangkumi beberapa proses seperti mengulit, merawat dan mengawet contoh-contoh haiwan. "Proses mengawet ini bergantung kepada spesimen itu sendiri. Jika melibatkan mamalia besar seperti harimau, kambing atau beruang, ia mengambil masa selama tiga hingga empat minggu. "Tetapi, bagi haiwan kecil seperti burung, tikus, tupai dan sebagainya, kami cuma memerlukan tiga hingga empat jam untuk menyiapkannya. Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada pengalaman dan kemahiran seseorang tukang awet itu," ujar Ridhuan sambil tangannya pantas menjahit bulu kambing yang sudah dikeringkan. Tambah Ridhuan yang sudah enam tahun bekerja di muzium tersebut, prosedur awal yang perlu dilakukan dalam proses mengawet haiwan adalah mendapatkan spesimen terlebih dahulu. "Antaranya pihak muzium akan menjalankan misi menembak sasaran seperti burung atau memburu haiwan yang berkaitan di hutan. "Kadang-kadang, kami turut menerima spesimen atau haiwan yang telah mati daripada individu tertentu yang menghantarnya," kata Ridhuan yang pernah terlibat dalam mengawet rangka ikan paus Bryde yang ditemui terdampar di Tanjung Aru, Labuan pada Februari 2005. Kemahiran tangan Taksidermi sebenarnya berasal dari dua perkataan Greek iaitu taxis yang bermaksud susun atau penyediaan manakala derma bererti kulit. Ia merupakan salah satu bidang yang memerlukan seseorang itu menguasai seni kemahiran tangan. Tujuan taksidermi dilakukan adalah untuk manfaat pendidikan atau penyelidikan, pameran muzium dan juga mengelakkan pembaziran iaitu haiwan tidak dibuang begitu sahaja. Ia terbahagi kepada dua teknik iaitu awetan basah dan awetan kering serta melibatkan awetan penuh atau kulit sahaja. PELBAGAI jenis hidupan boleh diawet untuk kegunaan akademik dan pameran di muzium.
Dalam pada itu, Ridhuan memberitahu proses awetan kering lebih mencabar dan agak rumit berbanding awetan basah. "Proses menanggalkan kulit iaitu kaedah untuk membuka bulu-bulu daripada badan haiwan memerlukan ketelitian agar tidak merosakkan spesimen tersebut. Bahagian sensitif seperti mata, hidung, bibir dan telinga perlu dijaga dengan baik sewaktu melakukan proses mengulit atau skinning. "Sewaktu proses itu juga, pengawet perlu memastikan spesimen betul-betul bersih daripada sebarang kekotoran. Kemudian ia akan diletak boraks iaitu sejenis garam bagi mengelakkan spesimen berkulat atau dihinggapi lalat. "Bagi mengawet kambing gurun contohnya, selepas dilapah, tulang haiwan itu perlu ditanam dalam tempoh sebulan bagi membolehkan dagingnya terurai sendiri. Kemudian, barulah digali dan dibersihkan semula sebelum direndam dengan hidrogen peroksida seterusnya menyiapkan badan tiruan untuk melengkapkan proses awetan. "Bagaimanapun untuk awetan basah, spesimen hanya perlu disuntik dengan cecair kimia yang dinamakan formalin yang akan menyerap ke dalam rongga haiwan sekali gus menjadi keras dan kemudian direndam terus ke dalam alkohol," jelas Ridhuan panjang lebar. Minat sewaktu kecil Sementara itu, Namazie yang merupakan pembantu muzium merangkap kakitangan Unit Taksidermi, Muzium Alam Semula Jadi berkata, minatnya melibatkan diri dalam bidang tersebut bermula ketika berusia sembilan tahun. Waktu itu, dia sering melihat ayahnya, Amran Abdullah yang bertugas sebagai penolong kurator kanan di Unit Ilmu Kejadian, Muzium Negara membawa pulang haiwan untuk dilapah. "Mula-mula memang saya tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh ayah. Rasa pelik pun ada. Tetapi selepas ayah menerangkan tentang skop tugasnya, barulah saya mengerti dan terus berminat untuk mendalami bidang taksidermi," tutur Namazie sambil menunjukkan cara menanggalkan kulit seekor burung punai yang baru mati. Sejak bertugas di unit berkenaan bermula tahun 2006, anak jati Kuala Lumpur itu sudah mengawet puluhan haiwan seperti burung-burung kecil, tumbuhan botanik, ular dan katak. Projek terbesar pernah disertai Namazie ialah mengawet ikan arapaima sepanjang 2.4 meter di Melaka tahun lalu. Cabaran dan keseronokan RIDHUAN menunjukkan seekor ikan arapaima yang telah diawet.
Seorang lagi kakitangan, Mohd. Ali Mohaideen, 29, mengakui tanpa minat tidak mungkin seseorang itu boleh melakukan tugas mengawet dengan baik. "Tugas sebegini mempunyai cabaran dan keseronokan tersendiri. Jika orang lain bekerja menghadap komputer di dalam pejabat berhawa dingin, kami pula terdedah kepada persekitaran yang dikelilingi haiwan-haiwan mati untuk 'dibedah siasat'," ungkap Ali sambil tersenyum. Terangnya lagi, kepuasan hanya dapat dirasai setelah melihat hasil kerja masing-masing dipamerkan di muzium untuk tatapan masyarakat. Ditanya sama ada dia pernah melalui pengalaman terkena badi haiwan, Ali lantas menggeleng kepala. "Alhamdulillah, setakat ini kami tidak pernah mengalami pengalaman sedemikian rupa. Apa yang penting, sebelum memulakan tugas, kita perlu ingat pada Allah sambil membaca beberapa ayat suci al-Quran untuk menghindari daripada perkara yang buruk," tegasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Politik Posted: 14 Mar 2011 12:18 AM PDT NGO, parti politik suarakan tuntutan Posted: NGO, parti politik suarakan tuntutanNGO, parti politik suarakan tuntutan Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA pengarang@utusan.com.my Ahli NGO Pahang berkumpul bagi mendesak Anwar Ibrahim tampil memberikan sampel DNA jika benar beliau tidak bersalah di Lurah Semantan, Temerloh, Pahang, semalam.
PETALING JAYA 13 Mac – Desakan supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu menyelesai- kan misteri lelaki 'Y' yang dipercayai meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan semakin lantang disuarakan rakyat Malaysia. Ia terbukti apabila pelbagai organisasi termasuk wakil parti politik berkumpul di beberapa tempat di seluruh negara bagi mendesak Anwar memberikan sampel DNA beliau secara sukarela. Di Machang, KELANTAN, kira-kira 300 ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan, menuntut Anwar memberi kerjasama kepada mahkamah selain menunjukkan contoh terbaik kepada masyarakat. Di MELAKA, sekumpulan orang ramai berhimpun di hadapan Melaka Sentral bagi menyatakan maksud yang sama dengan menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA secara sukarela tanpa rasa takut, jika benar beliau tidak meliwat Mohd. Saiful. "Kami minta Anwar tunjukkan bukti sebenar. Jika dia tidak melakukannya mengapa mesti takut. Beliau perlu berani menghadapi cabaran. Kalau beliau benar, mengapa mesti berlengah untuk menyerahkan sampel DNA," kata wakil kumpulan tersebut, Yahya Omar. Di PAHANG, tuntutan sama dibuat melalui Pertubuhan Kebajikan Warisan Kuala Semantan (Pintas), dengan kerjasama Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang dan beberapa pertubuhan belia apabila mereka berdemonstrasi selama 30 minit di Lurah Semantan, Temerloh. Di PULAU PINANG, demonstrasi diadakan di hadapan Masjid Jamek Jelutong; Masjid Seberang Jaya, Bukit Mertajam; Masjid Simpang Tiga, Tasek Gelugor dan di kawasan lapang berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal. Di Ipoh, PERAK, Pejabat DAP, Pas dan PKR negeri diserbu lebih 150 orang ramai termasuk NGO yang terus mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA beliau. Di Alor Setar, KEDAH, Kira-kira 200 ahli pemuda Barisan Nasional (BN) negeri berhimpun di hadapan Masjid Zahir di sini bagi melakukan desakan yang sama. Kemuncak kepada desakan tersebut kemudiannya adalah demonstrasi di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya, yang disertai hampir 100 aktivis masyarakat bagi mencabar Anwar supaya berani kerana benar. Dalam demonstrasi itu, mereka membawa pelbagai sepanduk mengecam Anwar kerana dilihat cuba menyorok di sebalik aspek teknikal undang-undang dan peguamnya, Karpal Singh, bagi mengelak memberi sampel DNA. Antara bunyi sepanduk tersebut adalah seperti 'kalau tidak salah, kenapa takut hendak bagi DNA', 'DNA Anwar untuk buktikan siapa yang benar', 'bayangkan jika anak kamu yang diliwat' dan 'hanya DNA Anwar boleh tentukan siapa yang bersalah'. Menurut Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin, rakyat menuntut janji Anwar dalam soal keterbukaan kerana mereka sudah jemu menyaksikan 'drama' kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang berlanjutan sehingga tiga tahun dengan 50 kali penangguhan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Peniaga desak Nik Aziz tunai janji Posted: Peniaga desak Nik Aziz tunai janjiPeniaga desak Nik Aziz tunai janji Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my
|
Abdul Salim Ahmad menunjukkan surat untuk sesi berdialog bersama Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana tidak berpuas hati dengan tawaran kerajaan negeri di Pejabat Pasar MPKB, semalam.
|
KOTA BHARU 13 Mac – Dua persatuan peniaga di sini enggan tunduk kepada desakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah berhubung isu perpindahan 415 peniaga ke Bazar Tok Guru di sini yang mencetuskan polemik berpanjangan. Sebaliknya, kedua-dua persatuan itu mendesak Nik Abdul Aziz supaya menunaikan terlebih dahulu janji yang dibuatnya pada 6 Mac 2008 iaitu dua hari sebelum Pilihan Raya Umum 2008. Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad berkata, sepatutnya wakil rakyat dalam Parlimen Kota Bharu termasuk Anuar yang perlu memohon maaf kepara peniaga terbabit kerana mereka tidak turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat. Beliau berkata, kritikan terbuka ke atas wakil rakyat Pas itu terpaksa dilakukan bagi memastikan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di peringkat bawahan. "Kami mahu tahu apa tugas wakil rakyat, adakah tugas mereka hanya menyelesaikan masalah rakyat dari pejabat sahaja tanpa turun ke padang? Untuk makluman sejak 2008 sehingga 2011, tiada seorang pun wakil rakyat di Parlimen Kota Bharu turun bertemu kami. "Saya tidak akan minta maaf, tiada sebab untuk saya minta maaf. Saya kritik depan ramai, itu adalah curahan hati saya untuk tolong tok guru (Nik Abdul Aziz) dan saya minta tok guru dengar rintihan di bawah, jangan dengar Exco sangat. "Kalau tok guru suruh saya minta maaf, lebih baik suruh Exco, Datuk Husam Musa minta maaf kepada Ahli Parlimen Kota Bharu sebab dia yang katakan Ahli Parlimen Kota Bharu tidak turun padang sebab takut. Saya ambil cerita ini daripada mulut Husam dalam mesyuarat di sebuah hotel pada 1 Februari lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Jumaat lalu, ketika menyampaikan kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz meminta kedua-dua persatuan tersebut supaya meminta maaf secara terbuka kepada Anuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri kerana melakukan serangan terbuka ke atas Exco berkenaan. Menurut Nik Abdul Aziz, tindakan kedua-dua persatuan peniaga terbabit yang melakukan serangan peribadi secara terbuka adalah berdosa dan bertentangan dengan Islam. Ia ekoran kritikan pedas dan terbuka Abdul Salim terhadap wakil rakyat Pas yang didakwanya tidak turun padang ketika berucap pada Majlis Maulidur Rasul anjuran Urus Setia Penerangan yang turut dihadiri oleh Nik Abdul Aziz dan barisan Exconya, di tempat letak kereta Bazar Arked Uda, Khamis lalu. Abdul Salim berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz perlu menunaikan janji yang dibuatnya iaitu menyediakan ruang niaga yang selesa kepada 415 peniaga dari Pasar Lama MPKB dan Bazar Arked UDA yang akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru. "Saya bagi pihak peniaga di pasar besar kalau tersinggung, saya mohon maaf kepada tok guru, tetapi saya ingin bertanya kepada tok guru adakah selesai perjanjian dia dengan peniaga Pasar Lama MPKB dan Bazar UDA semasa ucapannya dua hari sebelum pilihan raya. "Ingat kembali apa yang dia janji kepada peniaga kecil, apakah saya perlu mohon maaf atau tok guru sendiri mohon maaf kerana saya tengok tidak ada jalan penyelesaian (bagi masalah ini)," soalnya. Katanya, kesemua 415 peniaga di kedua-dua pasar tersebut sebulat suara tidak berpindah ke Bazar Tok Guru selagi isu keluasan ruang niaga di bazar itu tidak diselesaikan biarpun kerajaan negeri memberi notis sehingga 30 Mei ini supaya mereka berbuat demikian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Mahkamah Posted: 13 Mar 2011 07:29 PM PDT Dua sepupu dipenjara 10 tahun, 10 sebatan Posted: Dua sepupu dipenjara 10 tahun, 10 sebatanDua sepupu dipenjara 10 tahun, 10 sebatan KUALA TERENGGANU 13 Mac - Dua sepupu dihukum penjara masing-masing 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan memiliki dadah. Hassan Harun, 38, dan Rosli Latip, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Datuk Mohd. Yazid. Bagaimanapun seorang lagi tertuduh iaitu isteri Hassan yang merupakan warga Thailand, Yothaka Yakoh, 30, terselamat daripada dikenakan sebarang hukuman apabila pertuduhan yang dikenakan terhadapnya ditarik balik. Hassan dituduh memiliki 136 botol heroin seberat 126.78 gram ketika mereka ditangkap di dalam sebuah kereta jenis Proton Gen2 pada 4 Mac 2010, pukul 12.30 tengah malam di hadapan sebuah klinik di Kuala Ibai dekat sini. Ketika tangkapan dilakukan, wanita itu turut berada di dalam kereta tersebut bersama anak lelakinya yang ketika itu berusia setahun lima bulan. Ketiga-tiga mereka menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama. Bagaimanapun, Hassan dan Rosli mengaku dadah itu milik mereka dan menegaskan bahawa ia tiada kaitan dengan Yothaka. Hakim Mohd. Yazid berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk kesanggupan kedua-dua tertuduh mengaku salah dan memberitahu sudah benar-benar insaf. Bagaimanapun, beliau turut mengambil kira beberapa faktor lain seperti sifat tamak kedua-dua tertuduh yang menyebabkan mereka terjebak dalam jenayah tersebut. "Sepatutnya faktor ada ibu, anak dan isteri jadi penghalang daripada melakukan kesalahan ini dan kedua-dua tertuduh juga sudah matang untuk memikirkan baik buruk perbuatan itu," katanya dalam penghakiman. Oleh itu, jelasnya, adalah wajar untuk mahkamah menjatuhkan hukuman yang agak berat ke atas mereka berdua memandangkan mahkamah juga perlu menepati jangkaan orang ramai berhubung hukuman atas kesalahan tersebut. Katanya, hukuman penjara yang bermula dari tarikh tangkapan itu juga diharap dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Ooi Chooi Gaik dan tertuduh diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 13 Mar 2011 07:25 PM PDT Sektor pendidikan subsidi tertinggi Posted: Sektor pendidikan subsidi tertinggiSektor pendidikan subsidi tertinggi Oleh YUSRI SAHAT utusanpahang@utusan.com.my BERA 13 Mac – Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit setahun untuk memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan sempurna. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sektor pendidikan menjadi keutamaan kepada kerajaan apabila menyalurkan subsidi paling tinggi berbanding sektor lain. "Bukti yang menunjukkan subsidi pendidikan merupakan paling tinggi ialah ia disalurkan sejak kanak-kanak memasuki sekolah tadika hingga ke peringkat universiti. "Dalam pembentangan bajet di Dewan Rakyat setiap tahun, sektor pendidikan akan diberi keutamaan berbanding sektor lain," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah serta menutup kursus motivasi anak-anak yatim tingkatan lima peringkat Parlimen Bera di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kerayong di sini hari ini. Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, subsidi pendidikan yang disalurkan oleh kerajaan termasuk untuk buku teks dan makanan. "Ibu bapa hanya perlu membayar yuran sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru" katanya. Selain subsidi, jelas beliau, kerajaan juga membantu ibu bapa tidak berkemampuan bagi membolehkan anak-anak mereka bersekolah. "Tiada alasan buat ibu bapa tidak berkemampuan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah kerana kerajaan sentiasa membantu mereka," katanya. Sehubungan itu, tegas beliau, semua pihak tidak perlu mempertikaikan kerajaan kononnya mengabaikan kebajikan rakyat untuk mendapatkan pendidikan berkualiti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Guru dakwa jururawat cuai rawat bapa Posted: Guru dakwa jururawat cuai rawat bapaGuru dakwa jururawat cuai rawat bapa
|
Zulkifli Abdullah terpaksa dimasukkan ke ICU selepas seorang jururawat di Hospital Bentong yang didakwa tersilap memberi suntikan (salah ubat) yang sepatutnya diberikan kepada pesakit lain.
|
KUANTAN 13 Mac - Seorang guru mendakwa kecuaian seorang jururawat Hospital Bentong menyebabkan bapanya terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang, Selangor baru-baru ini. Guru terlibat, Farahwahida Zulkifli, 32, (gambar) mendakwa, bapanya, Zulkifli Abdullah, 60, terpaksa dimasukkan ke ICU selepas seorang jururawat tersilap melakukan suntikan yang sepatutnya dilakukan ke atas pesakit lain. Menceritakan kejadian itu, kata beliau, bapanya dimasukkan ke Hospital Bentong selepas mengalami muntah-muntah dan kesukaran bernafas pada 25 Februari lalu. Katanya, dia dimaklumkan oleh doktor bahawa bapanya hanya mengalami keracunan makanan dan terdapat beberapa masalah paru-parunya. ''Doktor terlibat bagaimanapun tidak dapat mengesan punca sebenar penyakit bapanya dengan alasan ujian imbasan x-ray tidak jelas. ''Dua hari kemudian, datang seorang jururawat memberi satu suntikan kepada ayah saya sedangkan sepanjang berada di wad, ayah saya tidak pernah menerima sebarang ubat melalui suntikan dan hanya diberikan pil biasa. ''Saya bertanya kepada jururawat terbabit mengapa perlu disuntik dan dia menyatakan tujuan suntikan tersebut adalah untuk mencairkan darah dalam badan ayah saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Katanya, tanpa menghiraukan pertanyaan dan rayuan, jururawat tersebut terus menyuntik ubat tersebut di bahagian perut bapanya. Katanya lagi, semasa jururawat mencabut jarum, berlaku pendarahan yang banyak sehingga menyebabkan bapanya menggigil dan hampir pitam ketika menuju ke tandas. ''Ketika itu, saya melihat seorang jururawat menghubungi doktor bertugas, namun panggilan tersebut tidak dijawab, lalu saya memutuskan untuk membawa ayah pulang walaupun waktu itu keadaannya sangat lemah," tambahnya. Dia kemudian memutuskan untuk membawa Zulkifli ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan lanjut. ''Sangat mengejutkan apabila pemeriksaan ke atas bapa mendapati dia disahkan positif demam denggi dan kekurangan oksigen," jelasnya. Menurut Farahwahida, oleh kerana keadaannya tidak stabil, bapanya dimasukkan ke ICU di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut. Berikutan kejadian itu katanya, dia melahirkan rasa kesalnya apabila jururawat yang menyuntik bapanya tidak menyemak terlebih dahulu nama pesakit dan melakukan kerja sambil lewa tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi pesakit. ''Saya menganggap kakitangan di Hospital Bentong tidak menjalankan pemeriksaan dengan teliti dan layanan yang diberikan amat mengecewakan sehinggakan ayah saya terpaksa dimasukkan ke ICU dan berada di dalam keadaan yang sangat lemah," katanya. Farawahida juga hairan apabila doktor di Hospital Bentong tidak menjalankan semula ujian imbasan x-ray dan ujian denggi sedangkan bapanya menetap di kawasan yang diisytiharkan mempunyai wabak tersebut. ''Saya hairan kenapa mereka tidak dapat mengesan punca kesakitan bapa saya sedangkan terdapat simptom-simptom dijangkiti demam denggi selepas dua daripada ahli keluarga saya turut disahkan positif wabak tersebut," dakwanya. Sehubungan itu, dia bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian itu sebagai iktibar dan kesedaran kepada pihak hospital supaya lebih peka terhadap nyawa pesakit. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | UMNO jangan leka dengan kemenangan Posted: UMNO jangan leka dengan kemenanganUMNO jangan leka dengan kemenangan KUALA KRAU 13 Mac - Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, 6 Mac lalu tidak wajar melekakan ahli UMNO untuk terus berjuang memartabatkan agama, bangsa dan negara. Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kemenangan itu bagaimanapun membuktikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin mendapat kepercayaan rakyat. Menurutnya, peningkatan undi majoriti yang diterima oleh Syed Ibrahim memberi mesej jelas bahawa orang Melayu memerlukan UMNO untuk membela nasib mereka. "Pemimpin dan ahli UMNO tidak harus leka dengan momentum sokongan terhadap BN, sebaliknya perlu terus mengatur program untuk mendampingi rakyat, "Usaha mendampingi dan mengesan masalah rakyat di peringkat akar umbi adalah selari dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau berucap merasmikan persidangan berkelompok UMNO Bahagian Kuala Krau di Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23, di sini hari ini. Hadir sama Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Mohamad Jaafar (Jenderak), Wan Salman Wan Ismail (Jengka) dan Syed Ibrahim sendiri. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Gabungan Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar. Menurut Ismail, gerakan mesra rakyat menjadi agenda utama UMNO dan BN selain memperkukuhkan lagi parti di semua peringkat. "Ini adalah usaha berstrategi UMNO Kuala Krau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 berikutan sokongan rakyat terhadap BN semakin pulih," katanya. Beliau turut mengingatkan ahli UMNO supaya mendalami perlembagaan parti yang selaras dengan Perlembagaan Negara untuk mendaulatkan bangsa Melayu, Islam dan negara. Tambah beliau, kemakmuran dan kesejahteraan negara akan terus berkekalan sekiranya tiada pihak mempertikaikan hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Dalam perkembangan berkaitan, beliau mahu ahli UMNO di semua peringkat mempertahankan legasi parti sebagai wadah perjuangan dengan mendaftar sebagai pemilih. "Ahli UMNO yang berumur 21 tahun ke atas mesti berdaftar sebagai pemilih untuk melayakkan mereka mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya. Ismail menegaskan, parti memerlukan ahli yang benar-benar berkualiti yang dapat memperkasakan UMNO dan menjamin kemenangan dalam pilihan raya. "Ahli UMNO yang gagal mendaftar sebagai pemilih tidak dapat mengundi calon BN. Ini sangat merugikan kerana kita kehilangan satu undi berharga," tambahnya. -ends- Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Malaysiakini :: Berita Posted: 13 Mar 2011 07:11 PM PDT Angka kematian mungkin lebih 10,000, kata polis Posted: 14 Mar 2011 03:00 AM PDT Angka kematian akibat gempa bumi sekuat 8.9 di Jepun boleh mengorbankan lebih 10,000 orang di daerah Miyagi yang paling teruk dilanda bencana itu, kata polis hari ini, ketika pegawai lain cuba memberi jaminan kepada orang ramai bahawa reaktor di dua loji nuklear yang rosak, tidak menimbulkan bahaya segera. "Saya tiada ragu bahawa angka kematian akan mencecah lebih 10,000 di daerah ini," stesen NHK memetik ketua polis Takeuchi Naoto sebagai berkata. Kira-kira 800 disahkan terkorban setakat ini di Miyagi dan kawasan lain di timur laut Jepun, yang dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Tiada hubungan langsung dengan kira-kira 10,000 penduduk bandar Minamisanriku. Polis berkata sebelum ini lebih daripada 2,000 orang telah terbunuh atau tidak dapat dikesan di kawasan terbabit, lapor agensi berita Kyodo News. Satu pegawai perbandaran di bandar Futaba di Fukushima memberitahu Kyodo bahawa kira-kira 90 peratus rumah tiga komuniti pantai telah dihanyutkan oleh tsunami. Kira-kira 390,000 meninggalkan rumah mereka, dan kebanyakannya berteduh di lebih 1,400 tempat perlindungan sementara bertempat sekolah dan pusat komuniti, lapor NHK. [Baca berita penuh] Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Haram loteri: MCA mahu jumpa MB Kelantan Posted: 13 Mar 2011 04:31 AM PDT MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu petang ini. "Pejabat saya telah hubungi pejabat menteri besar Kelantan untuk (tetapkan) tarik sesuai bagi kita bertemu dan mendapatkan penjelasan daripadanya "Kami tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS. "Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini. Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi. "Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan. "Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi. Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam. Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan. "Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 13 Mar 2011 04:06 PM PDT Berani langkau sempadan Posted: Berani langkau sempadanBerani langkau sempadan Oleh NAZMIL NASIRUDDIN dan HAKIMI ISMAIL pengarang@utusan.com.my Sebahagian dari peserta yang hadir pada Majlis Persidangan Kebangsaan Agenda Transformasi Melayu Islam di Putrajaya, Sabtu lalu. - utusan/ HANAFI KHAMIS
KEJAYAAN sesebuah kaum bergantung pada bagaimana kaum berkenaan merencanakan perjalanan hidup masing-masing. Lihat saja bagaimana jatuh bangun kerajaan di muka bumi Tuhan ini bermula kerajaan Yunani, Rom, Uthamaniyah dan Kesultanan Melayu Melaka. Semuanya bergantung kepada perencanaan yang digerakkan oleh mereka sendiri. Jika baik perencanaan perjalanannya, maka berdiri megahlah kaum tersebut serta dipandang tinggi oleh kaum lain. Tetapi jika buruk perencanaannya, maka akan dipandang rendahlah oleh kaum lain. Malah mungkin membolehkan mereka dikuasai dengan mudah oleh pihak yang suka mengambil peluang. Sehubungan itu, orang Melayu yang sudah semestinya beragama Islam di negara ini perlu mempunyai perencanaan perjalanan kehidupan yang baik bagi memastikan mereka mempunyai masa depan lebih terjamin. Pada era globalisasi dan dunia tidak lagi dipisahkan oleh sempadan negara, melakukan transformasi merupakan kunci utama dalam memastikan nasib Melayu Islam terus terbela dan terjamin. Melihat betapa pentingnya melakukan transformasi itu perlu dilakukan oleh Melayu Islam, kelmarin Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara) dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Persidangan Kebangsaan Agenda Tranformasi Melayu Islam di Hotel Pullman, Putrajaya sebagai usaha untuk merealisasikan perkara tersebut. Memperkasa ekonomi Melayu merupakan perkara pokok utama yang menjadi perhatian kepada 300 orang Melayu yang menghadiri persidangan tersebut. Mereka terdiri daripada ahli politik, usahawan, wakil syarikat milik kerajaan (GLC), badan pertubuhan kerajaan (NGO) dan pemimpin pelajar. Dalam persidangan yang diadakan selama setengah hari itu, pembentangan kertas kerja daripada dua tokoh korporat iaitu Datuk Dr. Mohd. Ghazali Mohd. Noor yang bertajuk "Agenda Transformasi Melayu Islam: Menghadapi Ekonomi Baru dan Realiti Politik" dan Tan Sri Muhammad Ali Hashim dengan tajuk "Wakaf Korporat Memperkasa Ekonomi Melayu" menjadi mukadimah permulaan untuk menekankan tentang betapa pentingnya penguasaan ekonomi oleh orang Melayu. Dr. Mohd. Ghazali memberi penekanan kepada tiga objektif utama untuk agenda transformasi tersebut. Iaitu tentang bagaimana untuk memupuk seorang Melayu Muslim yang kuat, melakukan reformasi terhadap mandat entiti Melayu Muslim dan mempertahankan hala tuju Melayu Muslim di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) serta yang akan datang. Menurutnya, untuk mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, orang Melayu perlu melakukan transformasi minda dalam membenarkan perkara itu benar-benar berlaku. Sementara itu, bagi Muhammad Ali, ketidakseimbangan dalam pengagihan ekonomi kepada kaum-kaum di negara ini harus diubah dengan kadar yang segera bagi memastikan kaum bumiputera tidak ketinggalan ke belakang dan dapat terus berdaya saing mengorak langkah ke hadapan. Beliau menarik perhatian para peserta yang hadir dengan idea penubuhan Wakaf Korporat semasa beliau menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp). Muhammad Ali menerangkan bagaimana penubuhan wakaf korporat itu memberi implikasi besar kepada masa depan JCorp sebagai sebuah badan korporat dalam perjuangan menjayakan jihad bisnes untuk kepentingan bangsa, negara dan umat Islam. "Pada masa tersebut juga, ia memberi pengiktirafan undang-undang kepada institusi Waqaf Korporat menerusi penubuhan Waqaf An Nur Corporation Berhad (WANCorp). "Oleh itu, WANCorp berpotensi memainkan peranan strategik dalam konteks menjayakan agenda transformasi Melayu Islam dalam konteks Model Baru Ekonomi," katanya. Beliau yang juga Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menggesa bangsa Melayu Islam yang merupakan penduduk majoriti negara ini bangkit melakukan transformasi dalam memperjuangkan hak ekonomi mereka supaya tidak terus ketinggalan. Orang Melayu, katanya, perlu sedar bahawa kaum lain di negara ini telah jauh ke depan dalam penguasaan ekonomi dan tidak boleh terlalu bergantung kepada penguasaan politik semata-mata. Beliau menegaskan, ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara kaum yang berlaku ketika ini perlu diubah bagi memastikan nasib bangsa Melayu pada masa depan lebih terjamin dan terus maju. Menurutnya, sudah tiba masanya generasi muda Melayu Islam memainkan peranan terutamanya golongan mahasiswa dengan berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam serta asas kukuh yang berkait rapat dengan ekonomi. "Generasi masa depan perlu mempertingkatkan ilmu mengenai bidang ekonomi dan menyusun strategi penjanaan ekonomi dengan baik. "Mereka perlu menjadi ejen perubahan yang boleh mengubah ekonomi bumiputera ke satu tahap lebih hebat dan mampu bersaing dengan kaum lain dalam bidang ekonomi," katanya. Selesai sahaja sesi pembentangan daripada kedua-dua tokoh korporat itu , para peserta dibawa menghayati forum yang membahaskan mengenai pembinaan kekayaan berdasarkan lima bidang ekonomi utama (5-KEA) dalam agenda bumiputera seperti yang terdapat di dalam Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). Forum itu dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh dan ahli panelnya terdiri daripada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (LTH), Datuk Ismee Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Husni Salleh; penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abd. Aziz dan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Idris yang turut memberi penekanan yang sama berkata, orang Melayu perlu melakukan transformasi dengan berani bertindak melangkaui sempadan dalam semua perkara bagi memastikan masa depan mereka di negara ini lebih terjamin. Orang Melayu kini tidak boleh leka dan bangga dengan pencapaian yang mereka ada sekarang. Jika tidak, mereka akan ketinggalan berbanding kaum-kaum lain dalam semua perkara termasuklah penglibatan dalam bidang politik dan ekonomi. Dalam hal ini, kata beliau, masyarakat Melayu Islam perlu bijak menggunakan kelebihan sumber wakaf sebagai pilihan yang ada untuk membantu membiayai pelaksanaan kegiatan ekonomi dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. "Sebagai permulaan, sebuah pasukan pengasas untuk program seumpama itu sedang berusaha bagi menubuhkan sebuah yayasan dana untuk membantu aktiviti perniagaan orang Melayu Islam. Penjanaan dana tersebut akan datang melalui banyak cara dan sebagai permulaan, pelancaran sebuah Dana Waqaf diumumkan pada Persidangan Kebangsaan Agenda Transformasi Melayu Islam hari ini," katanya. Beliau memberi contoh, salah satu caranya ialah mengumpulkan dana tersebut dengan memulakan kutipan derma secara sukarela. "Misalnya dalam tahun pertama ini, kita boleh mengutip sebanyak RM100 juta jika kita peroleh sumbangan sebanyak RM200 seorang daripada 350,000 lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan 150,000 Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara). "Malah, sekiranya kita cuba melangkaui sempadan dengan melakukan kutipan ke luar negara pula, jumlah RM1 bilion dalam masa lima tahun akan dapat dicapai atau pun lebih singkat dari itu, " katanya. Secara tidak langsung, pelancaran dana waqaf dalam persidangan itu menjadi aktiviti utama untuk memulakan agenda transformasi Melayu Islam untuk terus membina masa depan yang gemilang serta membuang sindrom terlalu bergantung kepada kerajaan bagi aktiviti ekonomi. Dalam usaha untuk merealisasikan agenda transformasi Melayu Islam, penubuhan sebuah pergerakan kebangsaan yang juga merupakan hasil idea daripada persidangan tersebut dicadangkan untuk menjayakan proses perubahan. Keanggotaan pergerakan kebangsaan tersebut adalah secara sukarela dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) akan melantik pemimpin dan kumpulan kerja dalam 10 bidang kerja untuk menetapkan agenda masing-masing bagi melancarkan transformasi yang akan merubah masa depan orang Melayu. Sepuluh bidang kerja itu merupakan pengetahuan dan pendidikan; ekonomi dan kewangan; prinsip, latihan dan nilai-nilai Islam; nilai-nilai, norma dan etika kebudayaan Melayu; profesional dan dunia pekerjaan; keusahawanan; politik dan kerajaan; keselamatan dan persekitaran; pembangunan kesihatan dan keluarga serta masyarakat awam dan modal sosial. Mohd. Ridhuan Tee pula memberi pandangan bahawa orang Melayu perlu mencontohi budaya orang Cina yang menggalakkan dan menjaga keturunan mereka untuk melibatkan diri dalam bidang ekonomi. "Tidak salah untuk mencontohi budaya Cina yang mempunyai kelangsungan keturunan yang bagus dalam membangunkan ekonomi. "Ini selari dengan sabda Nabi Muhammad SAW, tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China dan kita tidak perlu pergi ke sana sekarang," katanya Dalam memastikan ekonomi orang Melayu terus membangun, beliau meminta ibu bapa memainkan peranan menjaga akidah keturunan mereka bermula dari waktu kecil hinggalah dewasa. Ini agar tidak terpesong dan secara tidak langsung dapat menjana kemajuan ekonomi. Anak-anak, katanya, perlu diajar mengenai model ekonomi agar mereka mereka dapat mengetahui hala tuju ekonomi keluarga yang akhirnya membantu pembangunan ekonomi negara. Sementara itu, pensyarah daripada UPNM itu mengingatkan orang Melayu agar mempunyai sedikit sifat untuk meninggikan diri dan jangan terlalu bertolak ansur kerana ia menunjukkan kelemahan diri. "Jangan terlalu bertolak ansur, nanti kita akan ditolak secara beransur-ansur," katanya. Persidangan itu diharapkan akan membawa erti sebenar transformasi untuk Melayu Muslim melakukan perubahan dan tidak hanya tinggal sebagai persidangan semata-mata. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Siap sedia hadapi kesan selepas tsunami di Jepun Posted: Siap sedia hadapi kesan selepas tsunami di JepunSiap sedia hadapi kesan selepas tsunami di Jepun Seluruh masyarakat antarabangsa bersimpati dengan Negara Matahari Terbit yang dilanda tragedi tsunami Jumaat lalu. Gambar dan video mengenai kejadian yang berlaku di timur laut Jepun itu dengan kekuatan 8.9 skala Richter amat mengharukan. Perkara yang paling membimbangkan sekarang ialah kesan susulan selepas tsunami. Sekarang Jepun berdepan bahaya kesan daripada loji nuklear Fukushima Daiichi 1 meletup dan terbakar. Ia dikhuatiri menyebarkan radiasi ke kawasan sekitar, negara-negara jiran serta Lautan Pasifik. Kejadian tsunami di Jepun nampaknya memberi kesan kepada seluruh dunia. Kesan segera yang lain ialah kedudukan ekonomi dan pasaran dunia yang sudah tentu akan terjejas kerana Jepun merupakan kuasa ekonomi dunia. Merana ekonomi Jepun bermakna perit juga ekonomi negara lain di dunia. Maknanya kita di Malaysia perlu bersedia menerima kesan-kesan secara langsung dan tidak langsung susulan tragedi tsunami di Jepun. Banyak yang perlu kita fikirkan segera dalam menangani kesan-kesan ekonomi yang boleh kita jangkakan, misalnya harga pasaran minyak dunia, turun naik harga pasaran komoditi dan lain-lain. Hakikatnya, negara kita harus bersedia menghadapi semua jangkaan ini. Tragedi tsunami di Jepun ini juga mengingatkan kita supaya bersyukur kerana negara kita dilindungi daripada bahaya bencana gempa bumi dan tsunami. Namun begitu, kita tidak boleh terus leka dan ambil mudah bahawa gempa bumi dan tsunami tidak akan melanda Malaysia. Walaupun negara kita tidak terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik tetapi kejadian tsunami pada Disember 2004 dan beberapa siri gegaran di kawasan tanah tinggi berhampiran Janda Baik akibat kesan gempa bumi di Sumatera adalah petanda bumi kita juga belum selamat. Mengambil pengajaran persediaan rakyat Jepun menghadapi tsunami Jumaat lalu, maka kita perlu melakukan perkara yang sama. Rakyat Malaysia kena bersiap sedia menghadapi sebarang malapetaka. Kita tidak boleh lambat bertindak selepas berlaku sesuatu bencana alam. Alangkah baiknya jika kita mempunyai kecekapan dalam sistem pengurusan bencana dan memiliki teknologi canggih yang dapat mengurangkan impak bencana alam. Seperti di Jepun, jika boleh kita mahu kebanyakan pekan dan bandar disediakan sistem pembesar suara yang boleh menyalurkan maklumat kecemasan kepada penduduk. Kanak-kanak perlu dilatih sejak kecil menyorok di bawah meja atau menyelamatkan diri semasa berlaku kecemasan. Semua masyarakat diberitahu di mana pusat penempatan sementara yang terdekat dengan kediaman mereka apabila berlaku bencana. Pendekatan masyarakat kita dalam menghadapi bencana banjir seperti pesta perlu diubah. Begitu juga murid sekolah yang hanya dilatih keluar segera dari bilik darjah apabila loceng kebakaran berdering. Sedang kita masih tercari-cari kaedah mereka bentuk bangunan tinggi yang tahan gempa, mereka di negara maju sudah pergi jauh dengan memberi penekanan kepada pendidikan sebagai persediaan menghadapi bencana alam. Apa pun kita tidak dapat melawan kuasa dan takdir Tuhan, tapi kita harus berusaha mengurangkan kecelakaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 13 Mar 2011 02:21 PM PDT Jepun semakin bahaya Posted: Jepun semakin bahayaJepun semakin bahaya Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB dan MOHD. ALIF ABU BAKAR berita@kosmo.com.my ANGGOTA penyelamat memakai pakaian perlindungan radiasi ketika melakukan kerja-kerja menyelamat di bandar Nihonmatsu, Fukushima, Jepun semalam.
KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano yang berkata, reaktor ketiga itu mempunyai gas hidrogen yang berpotensi menyebabkan letupan. Kelmarin penduduk Jepun dikejutkan oleh letupan unit reaktor No. 1 di loji yang sama, sehari selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun. Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan meluas masyarakat antarabangsa bahawa tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 yang mengorbankan lebih 9,000 nyawa manusia bakal berulang. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Rakyat Malaysia di Jepun selamat Posted: Rakyat Malaysia di Jepun selamatRakyat Malaysia di Jepun selamat Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB yunus.yakkub@kosmo.com.my
|
ANGGOTA pasukan penyelamat mengangkat mayat seorang mangsa tsunami yang ditemui di Higashimatsushima, daerah Miyagi, Jepun semalam.
|
KUALA LUMPUR - Kesemua 5,009 rakyat Malaysia di Jepun disahkan dalam keadaan selamat dan mereka telah dipindahkan beberapa pusat pemindahan sejak tsunami melanda negara itu Jumaat lalu. Menurut sumber pihak Kedutaan Malaysia di Jepun, sehingga pukul 2.30 petang waktu tempatan Jepun, seramai 544 pelajar telah berjaya dihubungi khususnya di wilayah timur laut negara itu yang terjejas teruk susulan bencana tersebut. "Bekalan makanan di kawasan terbabit juga terkawal meskipun terputus bekalan elektrik memandangkan pihak Jepun begitu bersedia mengenai isu-isu seperti ini. "Bagaimanapun, kita masih mengumpul maklumat sebenar bilangan rakyat yang telah dipindahkan itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Buat aduan jika tidak puas hati Posted: Buat aduan jika tidak puas hatiBuat aduan jika tidak puas hati HISHAMMUDDIN (kanan) menyampaikan sumbangan sagu hati kepada ahli UMNO selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan UMNO Bahagian Sembrong di Kluang semalam.
KLUANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemilik kenderaan yang tidak berpuas hati dan berasa tidak adil dengan saman yang dikenakan boleh tampil membuat aduan bagi memperbetulkan keadaan. "Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. Kalau ada yang tidak mampu bayar sekalipun, kita minta mereka tampil supaya kita dapat mencari jalan menyelesaikan saman tersebut," katanya selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan UMNO Bahagian Sembrong di Felda Kahang Barat di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 13 Mar 2011 12:35 PM PDT Penduduk gembira dapat meter air individu Posted: Penduduk gembira dapat meter air individuPenduduk gembira dapat meter air individu
|
P. Kamalanathan (tengah) dan wakil Syabas, Abdul Latif Mustafa (tiga dari kanan) bersama-sama mendengar masalah penduduk Pangsapuri Seri Bakawali, Bukit Sentosa di Rawang, semalam.
|
RAWANG 13 Mac - Masalah yang timbul akibat penggunaan meter air pukal sehingga menyebabkan sebilangan penduduk meninggalkan Pangsapuri Seri Bakawali di Bukit Sentosa di sini akhirnya diselesaikan apabila Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bersetuju untuk menukarnya kepada meter individu. Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, penduduk di situ sudah lama dibelenggu dengan masalah yang timbul akibat penggunaan meter pukal sehingga menyebabkan ramai yang berpindah dari pangsapuri itu kerana masalah bekalan air walaupun prasarana yang lain boleh dianggap sudah pun baik. Beliau berharap dengan adanya pemasangan meter individu, penduduk yang telah berpindah dan tinggal di luar akan pulang semula ke pangsapuri itu. "Saya menyambut baik tindakan Syabas yang telah meluluskan permohonan mereka untuk mendapatkan meter individu kerana ia dapat meringankan beban penduduk yang selama ini terpaksa berkongsi bil," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program migrasi meter anjuran Syabas di pangsapuri tersebut di sini hari ini. Turut hadir, Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som, dan Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Bakawali, Adnan Mat Saad. Kerja menukar meter individu itu akan memberi faedah kepada 86 keluarga di Pangsapuri Seri Bakawali. Pada program itu, Adnan telah menyerahkan 74 borang migrasi meter pukal kepada meter individu kepada pihak Syabas manakala selebihnya akan diserahkan kemudian. Abdul Halem berkata, pihaknya sedang mengumpulkan kesemua borang migrasi tersebut untuk diproses dan menjangka Syabas akan dapat memulakan kerja menukar meter dalam masa seminggu lagi. Menurutnya, migrasi meter adalah usaha yang dilakukan oleh pihak Syabas untuk mengatasi masalah meter pukal yang membebankan pengguna dengan kadar tarif air yang lebih mahal. "Kebanyakan pengguna yang menggunakan meter pukal sering merungut bekalan air mereka dipotong walaupun telah membuat pembayaran ekoran kegagalan syarikat pengurusan yang tidak membayar kepada Syabas. "Langkah ini (menukar meter) dapat mengelakkan pengguna daripada berdepan krisis pemotongan air atas kesalahan pihak lain dan akan bertanggungjawab sepenuhnya atas diri sendiri," jelasnya. Sementara itu, seorang penduduk, Salmah Sarif, 68, berkata, dia berasa lega dengan perkembangan terbaru ini kerana ia membawa banyak manfaat. "Mak cik hanya tinggal berdua bersama suami, sudah tentulah penggunaan air kami tidak banyak, tetapi purata yang perlu dibayar sebelum ini adalah RM50 bagi setiap rumah. "Selepas ini, kami hanya perlu bayar apa yang kami gunakan sahaja dan ini akan menjimatkan wang kerana tidak lagi perlu menanggung bil yang tidak digunakan," ujarnya. Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, K. Janaki, 37, berkata, dengan penukaran meter pukal ke meter individu ini akan menjimatkan lagi kos perbelanjaan penduduk. Tambahnya, sebelum ini mereka mengalami kesukaran akibat segelintir penduduk yang tidak membayar bil. "Bertukar kepada meter individu membolehkan Syabas mengenal pasti penduduk yang tidak membayar bil dan sekiranya berlaku masalah tersebut, Syabas boleh memotong bekalan air kepada penduduk yang berkenaan sahaja," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Hidupkan semula lampu isyarat Posted: Hidupkan semula lampu isyarat Hidupkan semula lampu isyarat Oleh ABDUL RAZAK IDRIS kota@utusan.com.my
|
SUKARELAWAN, Jamaluddin Jalil (kiri) mengawal lalu lintas di simpang empat berdekatan SK Ijok kerana lampu isyarat trafik di situ tidak lagi beroperasi.
|
KUALA SELANGOR 13 Mac – Penduduk Kampung Ijok di sini meminta pihak berwajib menghidupkan semula fungsi lampu isyarat di simpang empat di kawasan tersebut bagi menjamin keselamatan orang ramai terutama murid sekolah. Menurut mereka, lampu isyarat itu dilihat amat diperlukan setelah pembinaan sebuah jejantas berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok, Batu 7 bagaikan projek 'gajah putih' ekoran lokasinya agak jauh dari simpang masuk ke sekolah berkenaan. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Afandy Dahalan, 47, berkata, masalah timbul apabila ibu bapa yang menghantar anak mereka menggunakan kereta atau motosikal sukar untuk memasuki simpang ke sekolah berkenaan. "Kereta yang datang dari arah Kuala Selangor mahupun dari kampung di seberang kawasan sekolah menghadapi masalah untuk memasuki jalan ke sekolah kerana terlalu banyak kenderaan menghala ke Kuala Selangor. "Keadaan itu berbeza setahun yang lalu ketika lampu isyarat masih berfungsi untuk kegunaan pejalan kaki melintas, tetapi sekarang kenderaan dari kedua-dua arah langsung tidak berhenti hingga menyukarkan pergerakan penduduk," katanya kepada Utusan Malaysia ketika meninjau kawasan itu baru-baru ini. Afandy berkata, pada masa sama, jejantas bernilai RM1.4 juta yang di bina di situ gagal dimanfaatkan sepenuhnya kerana lokasinya tidak sesuai, malah kedudukannya juga membahayakan pengguna terutama murid-murid sekolah. Ini kerana, katanya, murid-murid sekolah dan penduduk kampung terpaksa melawan arus lalu lintas bagi menaiki jejantas tersebut yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan masuk ke kampung berkenaan. "Apa yang lebih membimbangkan jalan keluar dan masuk di seberang sekolah tersebut dibina betul-betul menghadap jalan besar Ijok-Kuala Selangor. "Bayangkan jika ada kenderaan seperti basikal atau motosikal terlajak sedikit selepas menuruni jejantas dari seberang kawasan sekolah, kemalangan mudah berlaku," katanya. Guru Besar sekolah tersebut, Nurhamshah Yaacob turut melahirkan kebimbangan dengan kesesakan lalu lintas yang perlu dihadapi oleh murid-murid dan guru semasa datang dan pulang dari sekolah. "Saya sendiri bimbang untuk keluar dari simpang sekolah kerana jumlah kereta dari kedua-dua arah yang bertali arus. "Saya setuju langkah paling sesuai adalah dengan membina pembahagi jalan atau menyediakan lampu isyarat di lokasi simpang empat di hadapan sekolah ini," katanya. Nurhamshah menjelaskan, langkah segera bagi melindungi 516 orang murid di sekolah tersebut kerana keadaan lalu lintas di situ berisiko tinggi terjadi nahas jalan raya. "Perkara ini sudah dibawa ke dalam mesyuarat PIBG dan kami berharap pihak berwajib mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan isu keselamatan penduduk dan murid-murid sekolah," katanya. Jamaluddin Jalil, 53, yang bertugas sebagai pengawal sukarela di simpang empat di hadapan sekolah tersebut turut mengakui beliau berasa bimbang dengan keadaan lalu lintas yang sentiasa sibuk. "Puncanya ialah pemberhentian operasi lampu isyarat pejalan kaki selain tiadanya pembahagi jalan bagi memudahkan pergerakan kenderaan keluar masuk. "Sepatutnya garisan kuning diletakkan 300 meter sebelum kawasan sekolah agar kenderaan dari pekan Ijok dapat memperlahankan kenderaan mereka. "Dengan cara itu, kenderaan dari arah Kuala Selangor yang ingin masuk ke simpang sekolah tidak menghadapi masalah," katanya. Tambahnya, insiden kemalangan maut pernah berlaku di kawasan itu tahun lalu akibat lalu lintas trafik yang terlalu sibuk terutama selepas waktu pagi dan tamat waktu persekolahan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | DBKL wujud anugerah iktiraf pemain industri pelancongan Posted: DBKL wujud anugerah iktiraf pemain industri pelanconganDBKL wujud anugerah iktiraf pemain industri pelancongan KUALA LUMPUR 13 Mac - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) buat pertama kalinya memperkenalkan Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2001 bagi mengiktiraf dan menghargai usaha pihak yang berjaya menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, objektif mengadakan anugerah berprestij itu adalah untuk meningkatkan taraf perkhidmatan serta sebagai satu inspirasi dan menggalakkan para pemain industri pelancongan untuk lebih berusaha ke arah kecemerlangan. Menurutnya, sebagai bandar raya pelancongan Kuala Lumpur kini mempunyai lebih banyak produk pelancongan bertaraf global berbanding seabad lalu. Ini termasuk hotel pelbagai bintang, gedung beli-belah, produk pelancongan, pusat hiburan, restoran yang menawarkan pelbagai pilihan makanan serta pusat perubatan dan kebudayaan yang disokong oleh kemudahan sistem pengangkutan yang moden. "Kemudahan ini telah memberikan kepuasan dan pengalaman yang baik untuk para pelancong berkongsi dengan rakan-rakan, sekali gus akan terus meningkatkan profil Kuala Lumpur sebagai bandar raya pelancongan untuk dilawati. "Dan saya percaya inilah masa yang sesuai untuk DBKL mengiktiraf sumbangan mereka," katanya dalam ucapan perasmian pengenalan anugerah berkenaan di sini. Turut hadir Pengerusi Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2011, Datuk Seri Micheal Yam; Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran DBKL, Datuk Normah Malik; Ketua Sekretariat Anugerah, Noraza Yusof serta wakil-wakil pelbagai pihak dalam industri pelancongan. Tambah beliau, kejayaan meletakkan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan antarabangsa adalah hasil daripada sumbangan, komitmen, pelaburan, minat serta kesungguhan pelbagai pihak dalam industri pelancongan. Sebanyak sembilan kategori anugerah dipertandingkan serta satu anugerah Kl Lifetime Achievement untuk tahun ini. Kategori tersebut adalah Penginapan, Restoran, Pusat Hiburan, Kompleks Beli-belah, Tarikan Pelancongan, Agensi Pelancongan Antarabangsa, Penerbangan Antarabangsa dan Percetakan Media (Majalah). Selain itu anugerah kecemerlangan juga akan diberikan kepada individu yang telah memberikan prestasi perkhidmatan cemerlang kepada para pelancong. Ia terbuka kepada petugas barisan hadapan termasuk pemandu pelancong, pemandu teksi dan bas pelancong, polis pelancong, petugas kaunter pelanggan, pelayan restoran dan lain-lain. Bagi kategori penginapan, terdapat tiga sub kategori iaitu penginapan lima bintang, empat bintang dan tiga bintang serta penginapan bajet. Bagi kategori restoran pula akan menawarkan empat anugerah cemerlang, satu anugerah cemerlang untuk syarikat penerbangan antarabangsa, dua anugerah cemerlang untuk percetakan media (majalah) dan tiga anugerah untuk barisan hadapan. Satu anugerah gemilang dan tiga anugerah cemerlang akan disampaikan bagi setiap kategori seperti Tarikan Pelancongan, Pusat Hiburan, Kompleks Beli-belah dan Operator Pelancongan Antarabangsa. Pendaftaran pencalonan boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu pencalonan sendiri, pencalonan oleh pihak ketiga atau melalui jemputan dan semua yang terlibat dalam industri pelancongan di Kuala Lumpur digalakkan mengambil bahagian. Pencalonan telah mula dibuka Jumaat lalu dan borang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi anugerah ini iaitu www.klmayortourismawards.com. Tarikh tutup penyerahan borang pencalonan adalah pada 21 April depan manakala majlis penganugerahan dijadualkan berlangsung pada 21 Jun 2011. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: MukaDepan Posted: 13 Mar 2011 10:22 AM PDT SMART bantu mangsa tsunami Posted: 12 Mar 2011 03:15 PM PST MukaDepan Pasukan tunggu kebenaran mendarat laksana operasi bantuan di JepunPEKAN: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) termasuk lapan anjing pengesan dihantar bagi membantu operasi mengesan dan mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian gempa bumi yang melanda negara Matahari Terbit itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata seramai 15 anggota SMART serta beberapa doktor dan pembantu perubatan menyertai pasukan itu bersiap sedia untuk berlepas dengan menaiki dua pesawat Charlie C130. Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih menunggu kebenaran untuk mendarat di negara berkenaan yang mempunyai kaitan dengan kejadian letupan loji nuklear semalam. "Ini sebagai tanda simpati dan sokongan kita kepada kerajaan dan rakyat Jepun bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun," katanya selepas mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan, dekat sini, semalam. Mengenai keadaan rakyat Malaysia di negara itu, Perdana Menteri berkata, laporan Wisma Putra yang diterimanya menunjukkan semua rakyat termasuk pelajar Malaysia terselamat daripada bencana berkenaan. Ditanya jika kerajaan akan membawa pulang rakyat negara ini berikutan kebimbangan kebocoran reaktor nuklear, Najib berkata, ia bergantung kepada maklumat dan nasihat Kerajaan Jepun. Sementara itu, Najib juga berkata, kerajaan akan memantau kesan bencana itu terutama dari segi kenaikan harga barangan, khususnya barangan import. Katanya, ia dilakukan menerusi skim subsidi yang membolehkan harga barangan yang dijual paling rendah di rantau ini, menambah bekalan barangan, memantau peniaga dan menggalakkan persaingan yang kompetitif di kalangan industri yang dilihat mampu mengurangkan harga barangan. "Kita tidak mahu inflasi terlalu tinggi, kalau dalam keadaan dua peratus atau dua setengah peratus itu boleh bertahan lagi," katanya. Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab, berkata kebenaran Kerajaan Jepun itu penting kerana mereka tidak mahu dianggap tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini ke atas anggota SMART. Beliau berkata, pasukan 47 anggota membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bomba dan Penyelamat (Bomba) dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan selain lapan anjing K9 itu bersiap sedia untuk berlepas pada bila-bila masa. Katanya lagi, pasukan ATM dan Bomba akan menjalankan kerja mencari dan menyelamat sebelum 15 anggota SMART mengeluarkan mangsa yang dikesan, manakala tujuh pegawai perubatan akan merawat mangsa. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen HASHIMAH OTHMAN SYUKUR ATAS KEPRIHATINAN PM DATUK NAJIB MENGHANTAR ANGGOTA KESELAMATAN MEMBANTU MANGSA TSUNAMI DI JEPUN AMAT DI BANGGA KN. mat cikaro SAYA TERINGAT KATA PEGAWAI SAYA DULU...NAK BANTU BIARLAH BERPADA DAN BOLEH MERINGANKAN BEBANAN ORANG YANG HENDAK KITA BANTU....apa lah boleh 15 orang ni buat untuk membantu menyelesaikan masalah kemusnahan tsunami di jepun itu....saya pun tak tahu di celah mana untuk menempatkan 15 orang ni.... bantulah agar orang yang kita bantu itu merasa senang menerimanya....hantarlah ramai lagi dato....baru boleh angkat masa nak ubah keretax tu...fikir-fikirkan lahhhhhh M Ridzman Malaysia setandingan dengan kepakaran dari negara luar bila ada kejadian sebegini. Syabas.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Warga akademik IPT usah terlalu berpolitik: Najib Posted: 12 Mar 2011 02:38 PM PST MukaDepan NAJIB melancarkan Projek Green Tech UMP ketika lawatan rasmi ke universiti berkenaan, semalam. Turut memerhati, Mohamed Khaled, Adnan, Shaifuddin, Mohd Hilmey dan Dr Daing Nasir (kiri). PEKAN: Datuk Seri Najib Razak meminta warga akademik institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan tidak terlalu asyik berpolitik termasuk mengejar jawatan tinggi sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik dan membentuk modal insan berkualiti. "Jangan terlalu banyak sangat politik... sampai masa nak lantik Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor begitu banyak surat layang dan sebagainya saya terima. Saya lihat penyakit politik di universiti ini kadang-kadang lebih hebat daripada nak pilih calon pilihan raya. "Ini budaya tak sihat di universiti dan saya rasa malu kalau sikap warga universiti lebih kepada politik daripada tugas utama mengajar anak-anak kita jadi orang baik, pandai, cukup ilmu, hebat dan mempunyai minda terbuka," kata Perdana Menteri. Beliau berucap demikian pada majlis lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan, di sini semalam. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalannya, Datuk Shaifuddin Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib dan Naib Canselor UMP, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim. Najib mengesyorkan UMP menjadi universiti teknikal dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada disiplin itu dan menjadikan Hochscule Karlsruhe Technic Und Wirtschaft (HsKA) atau Universiti Karlsruhe di Jerman sebagai model. Perdana Menteri turut melancarkan projek teknologi hijau UMP yang dibangunkan secara usaha sama di antara anak syarikat universiti itu, UMP Green Technology Sdn Bhd dan Urban Environment Industries Sdn Bhd, membabitkan pembangunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai. Terdahulu ketika berucap merasmikan Program Sambutan Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan di Pekan Riverfront, Najib berkata, cabaran dan isu berkaitan air perlu ditangani sebaik mungkin oleh semua pihak, terutama tiga isu, iaitu air berlebihan sehingga banjir, kekurangan air punca kemarau dan kualiti air. Sambil berharap isu berkaitan bekalan air antara negeri tidak dipolitikkan kerana ia keperluan asasi rakyat, katanya, usaha terancang turut dibuat bagi mencari dan membangunkan sumber air alternatif seperti air bawah tanah, kolam takungan, air hujan dan kegunaan semula. Pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan dan Penyampaian Bantuan kepada Cawangan UMNO Pekan pula, Najib yang juga Presiden UMNO dan berharap pemimpin akar umbi parti berinteraksi dengan pengundi dan rakyat. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen mazni yamat bermula dari PASTI atau tadika, sek.rendah,sek.menengah,Metrikulasi hinggalah ke IPT/IPTS-kebanyakkan guru2/pensyarah2 suka benar berpolitik,menghentam kerajaan dan dasar2 pembangunan negara.Para murid/siswa/siswi adalah sebagai pendengar muda akan menerima apa saja suapan mereka. Wajar benar jika PM memberi maklum dan mengambil tindakan serius mengenai perkara ini yang sudah lama ujud.Cara menanam dan mencambahkan ideologi membenci kerajaan ini amat tidak wajar sekali.Sikap inilah yg melahirkan mereka yang tidak mengenang budi dan bersyukur dengan apa kemudahan dan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan. Yangretibase Setuju. Tapi kalau nak kuat berpolitik juga, silakan dengan syarat politiking yang menguntungkan kami. Pakai Lebai Kepada Pembangkang mahupun pihak Kerajaan.. Tolong hentikan pelacuran akal mahasiswa sekarang. Kami Mahasiswa ingin kebebasan berfikir bukan mengikut rentak senario politik sekarang.! zul sapa yang suruh....masuk sekolah cakap parti, masuk universiti cakap parti.. IPTA pensyarah mmg byk politiking... kalu jawatan tnc kosong, suma pn nak gila.. student terbiar.. intai apa bezanya guru sekolah dengan tenaga pengajar ipt? intai rasa guru lebih dekat dalam memberi pendidikan dari tenaga pengajar ipt. zzr Dipetik dari peristiwa yang pernah dilalui oleh bapa imam Abu Hanifah: Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapanya. "tuan, bagaimana tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?" jawab bapa Imam Abu Hanifah: "Aku mendidik anakku 40 tahun sebelum beliau dilahirkan." Mungkin inilah yang dikatakan orang Arab dalam satu syair: " Kaifama takun yakun abna'aka " yang bermakna bagaimana kamu hari ini,begitu pulalah anak-anakmu pada masa hadapan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
0 ulasan:
Catat Ulasan