Berita Harian: MukaDepan Posted: 09 Mar 2011 09:04 AM PST Dari hati Mahathir Posted: 08 Mar 2011 02:31 PM PST KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tun Razak Hussein sebagai seorang mentor dan pelindungnya serta banyak belajar daripada Perdana Menteri Kedua itu. Dr Mahathir berkata, Razak adalah seorang pemimpin ikhlas yang benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk negara dan orang Melayu. "Kecenderungan beliau yang sering menyebelahi saya ketika itu amat ketara sehingga mengundang rasa cemburu dalam parti. Ada juga cakap-cakap saya menjadi budak kesayangannya, namun saya sendiri tidak begitu biasa dengannya ketika itu. "Kami tidak pernah bersosial, tetapi dalam semua hal politik, saya amat bergantung kepada keputusan dan sokongan beliau," kata Dr Mahathir dalam bukunya. Dr Mahathir berkata, Tun Razak yang mencadangkan beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan pada 1964 dan turut menyenaraikan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Politik UMNO. "Sebagai ahli jawatankuasa itu, saya sering ke rumah Tun Razak dan mengadakan perbincangan mendalam dan itulah permulaan hubungan akrab kami. "Keyakinannya terhadap saya meningkat selepas saya membantu menyelesaikan demonstrasi pelajar ketika menjadi Menteri Pelajaran. Ketika itu, saya hanya mahu beliau menganggap saya sebagai seorang yang boleh diharapkan dan sedia bertindak," katanya. Dr Mahathir berkata, satu hari pada 1975 di bangunan Parlimen, Tun Razak mengajak ke tepi dan memaklumkan beliau sedang menghidap penyakit berkaitan darah dan akan berlepas ke London untuk rawatan. "Sebaik kami menghantar beliau ke London dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah), saya menghubungi doktor peribadi Tun Razak dan selepas itu baru saya tahu beliau menghidap leukemia dan sudah mencapai tahap kritikal. Saya tahu, beliau tidak akan pulih kerana tidak ada rawatan berkesan untuk kanser," katanya. Tun Razak menghembuskan nafas terakhir di London pada 14 Januari 1976 ketika berusia 54 tahun. Dr Mahathir yang mendapat tahu pemergian Tun Razak sebaik kembali dari Indonesia bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyifatkan kehilangan beliau sebagai tragedi buat dirinya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen seri kandi Setiap kali jejak kaki ke PUTRAJAYA pasti ingat Tun Mahathir!...pemilik pemikiran yang sangat luar biasa!....Kebanggaan kita semua! imamja Saya cukup sayang kpd Arwah Tun Razak, kerana arwah banyak berjasa kpd org Melayu sehingga Felda di ujudkan,saya pula sangat menghormati Tun Mahathir, kerana beliaulah ramai Melayu yg menjadi jutawan, saya kini sangat mengharapkan Dato' Sri Najib terus diberikan kekuatan untuk membawa 1 Malaysia khususnya Melayu menjadi satu Bangsa yang lebih di hormati. Surizan bt johari Buatlah dalam versi B.Malaysia..pasti saya beli. afzanizam taniah tun..malaysia terkenal kerana ada seorg pemimpin yg bernama tun mahathir. azman Tun seorang yg sukar di cari ganti..anak melayu satu dalam sejuta. zaleha saya bangga ada orang melayu bangsa melayu saperti Tun Dr Mahathir berjuang untuk melayu dan negara semoga allah lanjutkan usia Tun ZAINAL ABIDIN B MAHIDIN Warisan Bangsa Melayu yang terulung ,..Berdiri tegak pada kebenaran dan keiklasan dalam pertimbangan keputusan ... Mentor kepada Umat Melayu ...!!!! disegani kawan dan lawan .... pemikir masa depan Melayu terbilang ... Salmah Kassim Salam Tun, Thank you so much for what you have done to the nation. Personally, what and where I am today, I owe them to you. May Allah The Most Gracious and The Most Merciful Bless You and Family Always.
We love You Tun...Thank You From The Bottom of Our Hearts...
Salmah Kassim
Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. dzulzazreen hanya melayu yang berminda maju dan bermaruah berani melakukannya Nurazreen Binti Salim Saya bersyukur dalam menyusuri perjalanan seorang pemimpin yang hebat. Moga Dr. Mahathir akan diberi kesihatan yang baik dan keselamatan di dunia dan akhirat. Teme kasih Dr. for making our country become one of the safely place in this world. Proud to be Malaysian. izzul ikhwan Dr.Mahathir pengerak malaysia Hajah Siti Faridah Noor Every action brings about a reaction and again it is reciprocal. So what Tun has done to develop this beloved country this far means that there will be more developments coming up as follow ups . The constraints to our progress come in the form of people like Anwar Ibrahim. A frustrated, perverted who is now facing a very complicated scenario. Tun, this is the tme for the world to see your sincerity serving the people, alas too many ungrateful ones around. James rof Tun ialah mentor saya yang hebat pemikiranya.
Beliau seorang negarawan dunia yang terbilang
dan disegani oleh pemimpin dunia barat... khurdisyah NKR Tahniah Tun Mahathir
I'm proud with u mamacomel tokoh yang tiada pengganti walaupun sepuluh tahun lagi...terima kasih Tun Mohammad bin Jusoh Pemimpin bijak yang sukar dicari ganti buat selamanya. faizah ahmad saya rasa sedikit kecewa bila dapat tahu buku ini ditulis dalam bahasa inggeris. NORHAYATI LAWI Tun Mahathir seorang pemimpin yang tiada gantinya lagi. Tunggu Mukhriz jadi PM sajalah baru ada Mahathir kedua amir itulah pemimpin dulu2 Mohd Nasir Haji Ibrahim Y.A.Bhg. Tun Dr. M ialah negarawan ulung yang menjadi idola kepada ramai di benua Asia dan Umat Islam seluruh dunia. Rakyat Bosnia mencalunkan beliau untuk Nobel Prize. Banyak negara mahu beliau menjadi pemimpin mereka. Semoga jasa bakti beliau di sanjungi dan di syukuri oleh semua yang menikmati kehidupan yang lebih baik masakini. Amin. raden roslan bin ahmad beliau merupakan sumber inspirasi saya semasa zaman menuntut di um dulu.semasa di sekolah menengah dulu, pernah mendengar ceramah beliau yang menyuruh bangsa melayu menjadi bangsa yang bermaruah. kesannya saya belajar bersunggug-sungguh.Bangga dengan BELIAU emon kuzi Tun adalah anak melayu yang telah membuktikan bertapa hebatnya orang melayu ketika itu. Tahniah EX PM... ABLATIFF BRYAN JR TUN DR.MAHATHIR MY IDOL... Abdul Razak Bin Md Jusoh Saya amat berbangga dengan Tun Dr Mahathir, falsafah dan kata-kata hikmatnya sentiasa menjadi pegangan hidup saya. kalau boleh buku ini biarlah ada dalam versi bahasa Malaysia azizul Kerana Tun sy bangga untuk mengaku sy orang Melayu!(ada org xngaku oooo...) cozantz gatanaz ketajaman lidah nya selaras dengan ketajaman pemikiran nya. arizzan Tun adalah kebanggaan Malaysia.Semoga Allah membalas jasa baik dan budi Tun terhadap negara. Cucu Tok Det Jasamu sentiasa dikenang... Kemakmuran dan kemajuan Malaysia yg dipelopori oleh mu akan diteruskan oleh generasi seterusnya... Insyaallah sri siantan Tahniah kpd Tun yang berusaha menulis buku walaupun memakan masa yang panjang. Harap tiada pihak yang mempolitik atau mengaitkan dengan isu perkauman penulisan tersebut. Abdillah Abbas Tun Dr Mahathir Pemimpin Agung yang amat saya sanjungi semoga di panjang usia dan terus berbakti pada negara. Nisa Tun Mahathir negarawan ulung yang banyak berjasa kepada bangsa dan negara. Semoga Allah merahmati & memanjangkan umur Tun & isteri. zulkeefly nak tanya la... buku tun m tu.. dalam bahasa melayu ke? kalau inggeris... susah sikit la sya nak paham... nak beli pun mungkin tidak. tapi kalau dalam bahasa melayu ada...hari ni jugak saya beli.. tentu best buku tu Idah Zaman saya bangga dengan Tun Dr Mahathir DINO Semoga Allah cucuri rahmat kepada semua yanag telah berjuang dan bejasa untuk Agama, bangsa dan Negara yang kita sedang kecapi nikmat Allah hari ini.Amin Burung belatuk Beliau merupakan seorang negarawan yang ulung buat Persekutuan Tanah melayu..........buku ini boleh dijadikan sebabagai bahan sejarah yang amat bernilai.Keluarkan juga dalam edisi dalam bahasa Melayu,agar dapat dibaca oleh semua lapisan rakyat. zakaria saad Alhamdulillah, Tun merupakan idola saya. Saya menyahut cabarannya semasa pelancaran kempen "bebas dari rokok" pada tahun 1993. Dari saat itu saya berhenti merokok sehinggalah sekarang. Terima kasih Tun. Semoga Allah melindungi dan merahmati kehidupan Tun. intai sayang dan syukur kepada semua orang, baru disayangi oleh yang di langit dan di bumi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 25 bank biaya golongan muda beli rumah Posted: 08 Mar 2011 02:29 PM PST MukaDepan KUALA LUMPUR: Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku. Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun. Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian. Perdana Menteri berkata, skim itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi tertentu di negara ini. Sehubungan itu, Najib mahu institusi kewangan mempermudahkan urusan pembelian rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku bagi memastikan usaha kerajaan membantu golongan muda memiliki rumah sendiri berjaya. Beliau turut mempelawa lebih banyak bank yang belum menyertai skim berkenaan membabitkan diri menjayakan inisiatif kerajaan itu untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan cepat. "Sehingga ini, skim itu berjaya menarik penyertaan 25 institusi kewangan. Walaupun ia tidak memberi keuntungan lumayan kepada mereka tetapi ia amat bermakna kepada rakyat," katanya di sini semalam. Beliau berkata, Skim Rumah Pertamaku adalah satu contoh komitmen kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk Skim Rumah Pertamaku. Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 rumah menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa serta peruntukan tambahan RM50 juta membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah. Info Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus Bank Skim Rumah Pertamaku 1. Affin Bank Berhad 2. Affin Islamic Bank Berhad 3. Alliance Bank Malaysia Berhad 4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad 5. AmBank Berhad 6. AmIslamic Bank Berhad 7. Bank Islam Malaysia Berhad 8. Bank Muamalat Malaysia Berhad 9. CIMB Bank Berhad 10.CIMB Islamic Bank Berhad 11.EON Bank Berhad 12.EONCAP Islamic Bank Berhad 13.Hong Leong Bank Berhad 14.Hong Leong Islamic Bank Berhad 15.Maybank Berhad 16.Maybank Islamic Bank Berhad 17.OCBC Bank Malaysia Berhad 18.OCBC Al Amin Berhad 19.Public Bank Berhad 20.Public Islamic Bank Berhad 21.RHB Bank Berhad 22.RHB Islamic Bank Berhad 23.United Overseas Bank Malaysia Berhad 24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad 25.Standard Chartered Saadiq Berhad Kriteria Kelayakan Utama *Warganegara Malaysia *Pembeli rumah pertama *Berusia 35 tahun ke bawah *Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan * Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000 *Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan *Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan *Bukti pendapatan
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen DEEN Pinjaman 100% memang baik tetapi kalau hendak bayaran bulanan rendah terpaksalah ambil jumlah pinjaman yang kecil. Ini bermakna kita kena cari wang pendahuluan (deposits). vickneswaran this is a very good plan created by YB DATO SERI NAJIB, we should appreciate it n youngster use this oppurtunity to own property. Think positive to be more smart. jaijin Alhamdulillah..satu lagi usaha kerajaan untuk membantu rakyat..usahlah ada lagi golongan yang tidak tahu berterima kasih. setiap orang ada kekurangannya..tetapi jangan padamkan kebaikan orang itu kerana hati kita buta untuk menilai usaha orang untuk membantu rakyat. harga minyak naik di luar kemampuan kerajaan untuk mengawalnya tambahan pergolakan yang tidak habis2 berlaku di negara pengeluar minyak yang kebanyakannya negara ISLAM..jika kita perhatikan...semua ini merupakan salah satu usaha kuasa barat untuk meruntuhkan kerajaan ISLAM..dan kesannya???? Malaysia turut terkena tempiasnya. jadi bersyukurlah dengan apa yang ada di negara kita..bersama-samalah kita menjadikan negara kita aman damai dan bukannya menimbulkan kontroversi dan masalah yang bertujuan untuk memporak-perandakan negara kita.
kerajaan dah berusaha untuk membantu, terpulang kepada diri sendiri untuk memanfaatkannya...mampu tak mampu itu atas usaha sendiri.kalau nak dapat rumah free, ada je caranya...nak cari rumah RM25,000 pun boleh jika itu yang anda mahu.fikir-fikirkanlah... mutiara _lip2 cmnr nk apply skim rumah pertama ni?..nk ambik bOrang ktnr?..n bile bleh mintak?.. sri siantan Terima kasih atas keperihatian kerajaan. Namun masih ramai yang tak mampu membeli rumah pada harga ratusan ribu terutamanya mereka yang bekerja dibandar besar yang kos hidup semakin meninggkat. Pihak bank pun pasti akan berhati-hati meluluskan pinjaman takut banyak rumah yang terpaksa dilelong kemudian hari kerana pembeli tak mampu membayar ansuran. Mungkin orang ramai boleh memberi cadangan penambahbaikan usaha oleh pihak kerajaan. Jalilah Bee Terima Kasih PM...
ini lah yang ditunggu selama ini...
semoga Allah membalas jasa baik PM..
aminnn.. nik mohd azmi saya dalam proses beli rumah, klu saya nk tukar skim yang baru ni boleh ke? pembeli rumah jika blr maintain memang ok lah untuk 30 tahun tapi kalau blr naik sehingga 10% kerana ekonomi merosot, apa akan jadi? sabarudin Tahniah kerajaan ambik berat rakyat tentang pemilikan rumah. Di sini saya ada soalan ada juga rakyat yg telah umur lebih 40 ke atas masih belum memiliki rumah? dan kedua bgaimana dahulu seseorg tu ada rumah tapi kerana ada masaalah telah menjual rumah berkenaan, jadi bagaimana pula masalah ni. raziman masok dalam berita semalam ada dinyatakan alamat laman web SRP. tapi kenapa sehingga hari nie laman web tersebut tak boleh di 'search'..service unavailable Hj shari Langkah amat baik untuk jenerasi muda. Peluang ini jangan diabaikan oleh orang muda. Diharapkan juga jangan banyak birokrasi dalam urusan untuk diperolehi oleh yang berkelayakan. rosman - labuan terima kasih PM, kami amat2 gembira atas pemberian skim ini, dptlah aku dan isteriku rumah baru. semoga Allah swt panjangkan umur PM ramlah Alhamdulilah, tapi mampu ker, dengan gaji RM3,000 kebawah, harga rumah RM200,000 anak sekolah, bil naik, minyak naik keadaan sekarang barang semakin naik semua nie perlu dikira. Rumah harga RM25,000 kot boleh. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online Posted: 09 Mar 2011 07:38 AM PST Calon MPP hilang mungkin ada unsur jenayah Posted: Calon MPP hilang mungkin ada unsur jenayah Calon MPP hilang mungkin ada unsur jenayah 09/03/2011 9:23pm KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes kehilangan seorang calon Pro Mahasiswa pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) bulan lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan kes itu masih berjalan dan telah diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields. Polis kini menunggu laporan perubatan berhubung status kesihatan fizikal dan dalaman pelajar terbabit, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penilaian Khidmat Pelanggan di IPD Dang Wangi, di sini hari ini. Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang 19 Feb lalu selepas berkempen di Projek Perumahan Rakyat Pantai Dalam di sini, sebelum ditemui semula 33 jam kemudian di Bangi. Kehilangannya itu dikaitkan dengan empat ugutan yang diterima beliau beberapa hari sebelum dilaporkan hilang dan Masturah ditemui dalam keadaan bingung dan menangis berhampiran sebuah masjid di Kampung Teras Jernang, Bangi. Pada pemilihan MPP UM yang berakhir pada 21 Feb itu, Masturah diumumkan sebagai antara calon Pro Mahasiswa yang menang. Polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang dan siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah, malah pelajar berkenaan tidak diculik. Zulkifli juga meminta orang ramai supaya tidak mencampuri urusan polis dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lemas: Satu lagi mayat ditemui Posted: Lemas: Satu lagi mayat ditemuiLemas: Satu lagi mayat ditemui 09/03/2011 9:23pm KUALA LUMPUR - Mayat seorang lagi lelaki, dipercayai rakyat Indonesia, yang dilaporkan hilang bersama-sama dua lelaki lain selepas dihanyutkan air deras ketika melakukan kerja pembersihan di longkang besar berhampiran Kondo Tiara, Segambut petang Isnin lepas, ditemui hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai Norizan Abu Bakar berkata, mayat lelaki berpakaian lengkap itu ditemui orang awam kira-kira pukul 8.30 pagi ini di sungai berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di sini. "Mayat tersebut ditemui dalam keadaan tertiarap di celah-celah batu di dalam sungai itu dan anggota fizikalnya masih baik... kini hanya menunggu laporan bedah siasat untuk memastikan lelaki berkenaan adalah salah seorang rakyat Indonesia yang dilaporkan hilang itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Norizan berkata, mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 7 pendaki bakal takluk Everest Posted: 7 pendaki bakal takluk Everest7 pendaki bakal takluk Everest 09/03/2011 4:58pm KUALA LUMPUR - Kesemua tujuh pendaki dalam program Misi Perdana De'Everest Tibet 2011 kini dalam peringkat akhir persediaan sebelum memulakan ekspedisi menakluki Gunung Everest pada Mei ini. Pengerusi Kelab Kembara Negara, Datuk Khalid Yunus berkata, rombongan ekspedisi itu akan berlepas ke Kathmandu, Nepal, pada 5 April dan melakukan persiapan terakhir di sana sebelum bertolak ke Tibet pada 9 April. "Semasa di Tibet, kami akan melakukan beberapa latihan untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk selama sebulan dan akan melakukan pendakian pada Mei," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Mutakhir Posted: 09 Mar 2011 07:20 AM PST Kes denggi menurun Posted: 09 Mar 2011 06:20 AM PST KUALA LUMPUR: Sejumlah 393 kes denggi dengan satu kematian dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 27 Februari hingga 5 Mac lalu, sekali gus menyaksikan penurunan 37 kes berbanding 430 kes yang dilapor pada minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, jumlah terkumpul kes sehingga 5 Mac lalu adalah 4,105 menurun sebanyak 56 peratus atau 5,318 ,kes berbanding 9,423 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lalu. "Kes kematian akibat Denggi juga menurun sebanyak 76 peratus atau 26 kematian di mana terdapat lapan kematian pada tahun ini berbanding 41 kes dilaporkan tahun lalu," katanya dalam kenyataan di sini. Menurutnya, terdapat satu kematian akibat demam denggi dilaporkan di Pulau Pinang membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun yang bertugas sebagai guru. "Dia mengalami komplikasi Dengue Shock Syndrome dan meninggal dunia selepas empat hari menghidap denggi," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Suami Zakiah Anas enggan cerai Posted: 09 Mar 2011 06:09 AM PST PETALING JAYA: Suami kepada personaliti TV3, Zakiah Anas enggan menceraikan isterinya walaupun dinasihat berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini. Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib, 49, memberitahu mahkamah dia bertindak demikian kerana masih sayangkan keluarga dan anak-anaknya. Hakim Syarie Ghazali Ahmad kemudian menegaskan, nasihat yang diberikan termaktub dalam undang-undang syariah mengikut Seksyen 47(14) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003. "Ini prosedur, orang dah failkan. Mahkamah ada langkah-langkah yang harus diikuti. Saya nasihat mengikut undang-undang, bukan atas kehendak sendiri," kata Ghazali. Beliau menetapkan 11 April depan untuk Zakiah dan Mohamad Yusof berbuat demikian. Zakiah yang hampir 20 tahun menjadi pengacara di TV3 mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Yusof kira-kira 15 tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata, Aiman Muzammil, 11, dan Amir Muzhaffar, 9. Zakiah memfailkan permohonan cerai secara baik pada 31 Oktober 2008 sebelum menukarnya kepada permohonan cerai fasakh dan kemudian permohonan cerai taklik sebelum menarik semula semua permohonan itu pada 1 September 2009. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 09 Mar 2011 03:43 AM PST RM2 bilion atasi banjir di Melaka Posted: RM2 bilion atasi banjir di MelakaRM2 bilion atasi banjir di Melaka Oleh AMRAN MULUP utusanmelaka@utusan.com.my MELAKA 8 Mac - Kejadian banjir yang kerap melanda di beberapa daerah di negeri ini dijangka dapat diatasi dengan pembinaan projek tebatan banjir melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek itu memberi tumpuan kepada pembinaan tebatan banjir di empat buah sungai utama iaitu Sungai Melaka, Sungai Duyong, Sungai Kesang dan Sungai Linggi. Menurutnya, projek tebatan di empat buah sungai terbabit melibatkan pembinaan kolam takungan air, empangan, membina, menaiktaraf struktur yang sedia ada, mendalam dan melebarkan sungai. ''Kerajaan telah mengambil inisiatif yang komprehensif untuk menyelesaikan secara menyeluruh masalah banjir di negeri ini. ''Hasil kajian daripada Pelan Induk Tebatan Banjir Negeri Melaka telah pun siap dan ia melibatkan projek tebatan banjir di empat buat sungai utama. ''Ini merupakan projek jangka panjang dengan tempoh pelaksanaannya adalah selama 15 tahun," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Keempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. Mohd. Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru menjawab soalan Betty Chew Gek Cheng (DAP-Kota Laksamana) yang mempersoalkan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir yang baru-baru ini teruk melanda di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi projek di sungai Melaka ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM944 juta, sungai Kesang (RM553 juta), sungai Duyong (RM290 juta) dan sungai Linggi (RM211 juta). Menjawab soalan tambahan Betty Chew mengenai projek mengatasi masalah banjir yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebelum ini beliau berkata, sebanyak RM168 juta telah dibelanjakan dari 2000 hingga Mac 2011. Mengenai bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin bulan lalu, Mohd. Ali berkata, setiap keluarga telah menerima wang ehsan sebanyak RM200 setiap keluarga. ''Sejumlah RM956,200 telah diperuntukkan untuk membantu kesemua mangsa banjir di tiga daerah tersebut," katanya ketika menjawab soalan Lim Jak Wong (DAP-Bachang). Katanya, mangsa banjir di Melaka Tengah seramai 716 keluarga melibatkan 4,155 orang menerima RM359,600; Alor Gajah dengan 1,010 keluarga dengan 3,039 orang mendapat RM396,800 dan di Jasin melibatkan 599 keluarga dengan 1,895 orang memperoleh RM199,800. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Trem atasi kesesakan lalu lintas Posted: Trem atasi kesesakan lalu lintasTrem atasi kesesakan lalu lintas MELAKA 8 Mac - Projek pembinaan sistem pengangkutan trem bernilai RM272 juta dijangka dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, projek itu yang akan mula dibina pada Mei ini dan dijangka siap Me 2012 akan memberi perkhidmatan dari Ayer Keroh hingga ke bandar Hilir. Menurutnya, berdasarkan kajian yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri mendapati trem mampu mengatasi masalah kemasukan banyak kenderaan persendirian ke pusat bandar terutama pada cuti hujung minggu dan cuti umum. ''Trem dilihat sebagai satu sistem pengangkutan awam yang dapat mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas yang kerap melanda di pusat bandar pada setiap hujung minggu. ''Kesesakan ini berpunca daripada kemasukan banyak kenderaan persendirian yang meningkat setiap masa dan keupayaan jalan yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah tinggi kemasukan kenderaan," katanya. Tian Loo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyung berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Keempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. Beliau menjawab soalan Datuk Latipah Omar (BN-Taboh Naning) mengenai usaha dan perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandaraya Melaka. Mengenai kesesakan di Tol Simpang Ampat di Alor Gajah kata Tian Loo, bagi jangka pendek, Plus Expressways Bhd. (PLUS) telah menyediakan tambahan pondok pembayaran tol sementara bagi mengatasi masalah tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Nelayan dapat bantuan secukupnya daripada kerajaan negeri Posted: Nelayan dapat bantuan secukupnya daripada kerajaan negeriNelayan dapat bantuan secukupnya daripada kerajaan negeri MELAKA 8 Mac - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta bagi membiayai elaun sara hidup bagi kira-kira 1,174 nelayan di negeri ini. Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, elaun itu mula dilaksanakan pada Jun 2008 sehingga 31 Januari lalu. Menurutnya, ia melibatkan sejumlah 922 orang pemilik kapal dan 252 lagi adalah pekerja serta awak-awak. ''Kesemua mereka masing-masing menerima RM200 setiap bulan. Elaun sara hidup ini diberikan bertujuan mengurangkan bebanan nelayan akibat kenaikan harga bahan api, peralatan dan juga kesan daripada kegawatan ekonomi dunia," katanya. Yunos yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Molek berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Keempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. Beliau menjawab soalan Datuk Ab. Rahman Ab. Karim (BN-Pantai Kundor) mengenai insentif atau bantuan yang diterima oleh nelayan di negeri ini daripada kerajaan negeri. Mengulas lanjut Yunos berkata, selain elaun sara hidup, nelayan juga turut mendapat subsidi diesel dan petrol dengan harga RM1.25 sen seliter. Katanya, subsidi diesel mula diberikan sejak 1 Januari 2006 manakala petrol bermula pada 30 Jun 2006. Selain itu, katanya, nelayan juga turut dibantu menerusi Tabung Kebajikan Bencana Alam Nelayan yang mula diwujudkan sejak Jun 2009 dan Dana Nelayan bermula pada 2002. Beliau berkata, terdapat kira-kira 1,908 nelayan di negeri ini iaitu 517 di Alor Gajah, Melaka Tengah (870) dan Jasin (521). Di samping itu katanya, terdapat sebanyak 30 pangkalan nelayan yang digunakan untuk mereka menjual hasil tangkapan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 09 Mar 2011 03:28 AM PST Teoh mungkin tertekan selepas disoal 5 jam: Pegawai SPRM Posted: 09 Mar 2011 03:19 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Suruhanjaya siasatan kematian Teoh Beng Hock diberitahu hari ini, bahawa setiausaha politik Exco Selangor itu mungkin berasa tertekan selepas melalui proses siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih daripada lima jam. Penolong Penguasa SPRM Selangor, Mohd Ashraf Mohd Yunus, berkata beliau dapat menyelami perasaan itu memandangkan Teoh adalah orang awam.
Mohd Ashraf berkata, beliau pernah melalui siasatan dengan pihak polis berhubung kematian Teoh tetapi boleh menghadapinya dan tidak marah cuma beliau berasa letih. Beliau berkata demikian selepas ditanya beberapa kali oleh pengerusi suruhanjaya itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen, berhubung perasaan Teoh selepas dipanggil memberi keterangan kepada SPRM pada 6 petang 15 Julai 2009 dan tamat pada 12.30 malam 16 Julai. Teoh juga diminta menunggu beberapa jam selepas itu.
Foong:" Jika kamu dalam keadaan Teoh malam itu, di mana kamu datang jam 6 petang, tunggu kamu dan Arman Alies (penyiasat SPRM), semak dokumen dan juga tunggu sampai 5 pagi, boleh kamu rasa keadaan dia?"
Mohd Ashraf:"Tidak boleh."
Foong: "Tetapi tadi (ketika disoal Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah) kamu beritahu kamu pernah disoal siasat?
Mohd Ashraf: "Saya hanya rasa letih, tidak marah sebab itu arahan polis supaya bekerjasama."
Foong: "Itu kamu yang diberi latihan untuk menyisat tetapi Teoh orang biasa yang diminta masuk ke bahagian siasatan kali pertama, apa rasa dia, ditahan beberapa jam?"
Mohd Ashraf:"Itu boleh rasa."
Foong: "Kalau kamu Teoh, apa kamu akan rasa."
Mohd Ashraf: "Jika begitu kita akan rasa tertekan."
Pada awal prosiding, Mohd Ashraf memberitahu suruhanjaya itu bahawa beliau dan beberapa pegawai SPRM lain disoal siasat oleh pihak polis selama 12 jam pada 17 Julai.
Suruhanjaya siasatan itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T S Nathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lalu, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka" berhubung kes itu.
Mohd Ashraf, yang juga saksi ke-20, berkata bahawa sepanjang berkhidmat selama lima tahun, beliau sudah mengikuti beberapa kursus dan dilatih selama enam bulan sebagai penyiasat.
Bagaimanapun, beliau hanya didedahkan cara menyiasat saksi dan suspek selama dua jam saja bagi tempoh latihan enam bulan itu dan tidak diberitahu kemungkinan-kemungkinan saksi mahu membunuh diri.
Menceritakan berhubung sembilan aduan yang dibuat beberapa suspek terhadapnya, Mohd Ashraf berkata, beliau tidak pernah dikenakan tindakan oleh SPRM berhubung aduan itu.
Katanya, antara aduan itu adalah berkaitan cara penyiasatannya sama ada menggunakan tangan, menampar atau menggunakan apa-apa objek.
Ditanya oleh Foong sama ada beliau mengasari suspek, Mohd Ashraf berkata: "Tidak."
Beliau berkata, bahawa Teoh pada awalnya duduk dalam keadaan bersandar dan tenang tetapi selepas ditunjukkan empat invois yang mempunyai tandatangannya (Teoh), Teoh tidak lagi berkeadaan sedemikian sebaliknya duduk dalam keadaan tegak.
Katanya, Teoh juga banyak berdecap (kerana kehairanan) ketika soal siasat itu tanpa memandang ke arahnya.
Ketika di pantri pula, katanya, Teoh tidak memandang wajahnya ketika diberikan air dan gelas.
Prosiding disambung esok. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kerajaan pastikan kenaikan harga minyak tidak jejas permintaan: Najib Posted: 09 Mar 2011 02:41 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mengambil langkah memastikan kenaikan harga minyak mentah akan membolehkan permintaan tinggi penggunaan domestik berterusan, terutama sekali di segi penggunaan dan pelaburan swasta. Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan akan diambil jika harga tenaga itu terus meningkat di atas paras kritikan dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.
"Pelaburan sektor swasta sudah turun sejak beberapa tahun lalu tetapi dengan pengenalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat," katanya selepas taklimat dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Katanya, kerajaan komited mengenai program rasionalisasi sabsidi tetapi akan ia dilaksanakan secara perlahan-lahan dan disasarkan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan. "Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global," katanya.
Peningkatan berterusan inflasi, katanya, akan terus memberi kesan terhadap pengguna.
Krisis hutang kedaulatan, menurut beliau, masih boleh diuruskan.
Beliau berkata, defisit kerajaan bergantung kepada jumlah perolehan yang diperolehi kerajaan berbanding dengan berapa banyak peningkatan sabsidi, khususnya jika tiada semakan semula di segi harga petrol, diesel dan perkara yang lain.
Menurut Najib, ia akan memberikan tambahan RM4 bilion pada tahun ini untuk menyediakan sabsidi pada harga semasa jika tidak dilakukan penyelarasan harga petrol. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 09 Mar 2011 03:22 AM PST PPK minta naikkan harga padi Posted: PPK minta naikkan harga padiPPK minta naikkan harga padi Oleh A. MALIK ASLIE utusanperak@utusan.com.my
|
Meor Razali Yusof (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang Skim Galakan Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjung Piandang di Parit Buntar, kelmarin.
|
PARIT BUNTAR 8 Mac - Kerajaan digesa menaikkan harga padi kepada RM1,000 setan metrik berbanding RM750 bagi membolehkan petani mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat hari ini. Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Piandang, Abdul Latiff Mat Ali berkata, saranan tersebut wajar diberikan perhatian kerana kadar yang dinikmati hari ini tidak pernah dinaikkan sejak beberapa tahun lalu. "Kalau nelayan atau peneroka Felda, kerajaan ada memberikan bantuan sara hidup secara bulanan tetapi kami penanam padi tidak mendapat apa-apa bantuan sara hidup. "Sedangkan kerja kami ini dari segi pendapatannya hanya dua kali setahun. Itu belum ditolak masalah hasil padi tidak memuaskan, serangan serangga perosak dan bencana alam," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah skim galakan dan cabutan bertuah anjuran PPK Tanjung Piandang di sini semalam. Bagi kategori pemasaran, tempat pertama dimenangi Shaharudin Kasim dari Sungai Betul Atas; Hanafi Othman dari unit Sungai Baru di tempat kedua dan Mat Said Abdul Rahman dari unit Sungai Labu Atas di tempat ketiga. Pemenang tempat pertama memenangi hadiah wang tunai RM500, kedua RM300 dan ketiga RM150. Bagi kategori pemasaran padi musim kedua dimenangi Mohd. Saad Abu Bakar, Ishak Yusuf (kedua) dan Roslee Aziz ketiga. Bagi kategori unit jualan terbanyak dimenangi unit Sungai Betul Atas; Jalan Pantai, kedua dan Sungai Labu Atas ditempat ketiga. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Penolong Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Wilayah Utara, Meor Razali Yusof. Abdul Latif berkata, sebanyak 3,000 keluarga pesawah bernaung di bawah PPK Tanjong Piandang dan 60 peratus daripada jumlah itu mengerjakan tanah sewa manakala baki tanah sendiri. Katanya, pendapatan pada musim kedua tahun lalu sangat sedikit sehinggakan petani sukar untuk menghasilkan tiga tan metrik padi bagi 0.4 hektar sawah. "Ada petani yang hanya mendapat setengah tan sahaja. Ini berpunca daripada musim hujan, serangan bena perang, tikus dan padi angin sehingga menyukarkan jentuai padi masuk ke petak sawah," katanya. Sementara itu, Meor Razali berkata, petani digesa memanfaatkan teknologi moden bagi meningkatkan hasil padi setiap tahun. "Kerajaan melalui Jabatan Pertanian akan terus memberikan bantuan dan petani perlu bijak menggunakan segala bantuan tersebut bagi menghasilkan padi yang bermutu dan mencapai jumlah disasarkan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pasar borong baru di Jejawi Sematang Posted: Pasar borong baru di Jejawi SematangPasar borong baru di Jejawi Sematang KANGAR 8 Mac - Semua pemborong di Pasar Borong Kangar di sini akan dipindahkan ke sebuah pasar borong baru bernilai RM5 juta yang akan dibina di Jejawi Sematang, kira-kira empat kilometer dari bandar ini. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, pasar seluas 11.6 hektar itu kini dalam proses pengambilan tanah yang dianggarkan bernilai RM1 juta. Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan pasar baru itu akan bermula tidak lama lagi dan dijangka siap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). "Pembinaan pasar baru bertujuan menggantikan pasar sekarang yang lokasinya tidak lagi sesuai di samping adanya permintaan daripada para pemborong sendiri yang mahu lokasi yang lebih strategik," katanya. Md. Isa berkata demikian kepada para pemberita selepas lawatan lebih sejam ke pasar berkenaan bermula pukul 7.30 pagi dengan diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat di sini hari ini. Baru-baru ini, MPK pernah berura-ura untuk memindahkan kesemua 25 pemborong di pasar berkenaan ke Pasar Besar Kangar yang terletak kira-kira 500 meter dari pasar borong tersebut. Difahamkan kesemua pemborong itu akan dipindahkan secara berperingkat-peringkat manakala tapak pasar yang telah berusia 21 tahun itu akan dijadikan Arked Niaga. Namun, Md. Isa hari ini memberitahu, para pemborong di pasar berkenaan akan kekal menjalankan urus niaga seperti biasa di pasar itu sehingga pasar baru siap sepenuhnya. "Persetujuan telah kita peroleh daripada ahli-ahli Persatuan Pemborong-Pemborong Perpaduan Perlis yang berurus niaga di pasar berkenaan yang juga bersetuju sebuah pasar baru dibina di pinggir bandar bagi mengelak kesesakan," katanya. Dalam pada itu, Md. Isa turut menegur sikap para pemborong dan pelanggan di pasar berkenaan yang tidak prihatin terhadap tahap kebersihan di pasar itu. Beliau mengarahkan, semua pihak meningkatkan kualiti kebersihan terutama pembuangan sampah dan longkang-longkang yang tersumbat. "Saya berharap sikap ini dipupuk dan dikekalkan sepanjang masa sehingga mereka berpindah ke pasar baru," katanya. Sementara itu, Rosley menegaskan, MPK akan mengambil tindakan serta-merta terhadap masalah kebersihan di pasar berkenaan dengan memastikan para pemborong mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, beliau berkata, MPK akan turut menurap semula kawasan dan jalan yang terdapat dalam pasar itu untuk keselesaan para pelanggan pasar tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Anggota Rela menyamar polis dicekup Posted: Anggota Rela menyamar polis dicekupAnggota Rela menyamar polis dicekup KEPALA BATAS 8 Mac - Kegiatan seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang menyamar sebagai polis untuk menjalankan kegiatan jenayah ugut sejak beberapa bulan lalu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis di hadapan sebuah pusat hiburan di Butterworth, kelmarin. Suspek berusia 44 tahun itu dipercayai menyalahgunakan sepasang gari dan pistol palsu selain memakai jaket tertera lambang polis dengan menjadikan pengunjung pusat hiburan sekitar bandar ini sebagai mangsa. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, suspek ditahan sepasukan anggota dari Unit Cegah Jenayah di hadapan sebuah pub di Jalan Bagan Luar kira-kira pukul 1 pagi. Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas badan suspek, polis menemui sepucuk pistol mainan di pinggangnya serta sepasang gari. "Polis turut memeriksa kereta jenis Perodua MyVi milik suspek dan menemui sehelai jaket tertera lambang polis, tiga telefon bimbit, kad Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta wang tunai berjumlah RM1,735. "Kita percaya wang tersebut adalah hasil kegiatan peras ugut ke atas mangsa yang terdiri daripada pengunjung pusat-pusat hiburan," katanya di sini hari ini. Zulkifli memberitahu, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai bergerak secara bersendirian dan bertindak menahan pengunjung pusat-pusat hiburan dengan alasan kononnya mereka telah melakukan kesalahan jenayah. "Suspek kemudiannya akan menyelak bajunya untuk menunjukkan pistol mainan itu dan gari yang diselitkan dipinggangnya dalam usaha menakut-nakutkan mangsa. "Mangsa pula diberi pilihan untuk dibebaskan dengan syarat menyediakan sejumlah wang dan diugut supaya tidak memberitahu mengenai kejadian itu kepada sesiapa," tambahnya. Beliau berkata, suspek kini direman selama dua minggu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376, Seksyen 170 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada mangsa yang pernah ditipu oleh suspek supaya tampil membuat laporan di mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan. Zulkifli juga menasihatkan orang ramai supaya meminta ditunjukkan kad kuasa apabila ditahan oleh individu atau kumpulan berpakaian preman yang mengaku polis bagi mengelak ditipu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 09 Mar 2011 03:16 AM PST Produk kesihatan: Dapatkan sijil halal Posted: Produk kesihatan: Dapatkan sijil halalProduk kesihatan: Dapatkan sijil halal KUALA LUMPUR 8 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan syarikat pengeluar produk makanan kesihatan tambahan dan ubat tradisional yang belum mempunyai sijil halal mendapatkannya bagi memudahkan pengguna beragama Islam. Pengarah Hab Halal Jakim, Zainal Abidin Jaffar berkata, pihaknya juga menyarankan supaya pasar raya dan farmasi mengasingkan produk yang mempunyai sijil halal Jakim daripada produk yang tiada sijil halal. "Jakim tidak boleh mengambil tindakan seperti memaksa syarikat pengeluar untuk mendapatkan sijil halal, tetapi ia adalah tanggungjawab mereka kepada pengguna Islam di negara ini. "Syarikat pengeluar makanan kesihatan boleh mendapatkan sijil halal Jakim dengan melengkapkan borang secara online di laman web Bahagian Hab Halal Jakim di www.halal.gov.my," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa hanya 20 syarikat pengeluar produk makanan tambahan dan 14 pengeluar ubat tradisional di negara ini yang mempunyai sijil halal Jakim. Menurut Jamil Khir, masih banyak pengeluar produk kesihatan yang terdapat di pasaran belum mengemukakan permohonan sijil halal kepada Jakim mahupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tambah Zainal Abidin, bayaran bagi memperoleh sijil halal Jakim bagi syarikat industri kecil sederhana (IKS) adalah RM800 untuk tempoh dua tahun manakala syarikat bertaraf antarabangsa bayarannya RM1,400 bagi tempoh yang sama. Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, pengguna beragama Islam wajib memastikan produk yang digunakan adalah daripada bahan yang halal atau tidak meragukan (syubhah). "Pengguna yang beragama Islam haruslah memilih dan meneliti terlebih dahulu bahan atau produk yang terdapat di pasar raya disahkan halal," katanya. Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika dihubungi berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan esok, antara kementerian dan Jakim. "Tujuan mesyuarat khas tersebut diadakan bagi membuat semakan terhadap produk farmaseutikal tempatan yang didapati mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Dua kementerian lahir modal insan inovasi Posted: Dua kementerian lahir modal insan inovasiDua kementerian lahir modal insan inovasi KUALA LUMPUR 8 Mac - Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan menjalin kerjasama bagi melahirkan tenaga kerja yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran pada masa depan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk tujuan itu, kedua-dua kementerian akan melihat segenap aspek bermula dari prasekolah sehinggalah ke peringkat universiti. ''Modal insan yang hendak kita jana ini bukan sahaja berdasarkan pengetahuan akademik tetapi apa yang ditekankan sekarang adalah kreativiti dan inovasi. ''Kementerian Pengajian Tinggi sendiri telah menyediakan pelan tersebut dan kita bersetuju kedua-dua kementerian ini bekerjasama melihat semua aspek dari peringkat prasekolah hingga ke universiti mengenai bidang yang hendak diisi dalam soal kreativiti dan inovasi," katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di bangunan Parlimen di sini hari ini. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, mesyuarat hari ini turut bersetuju menyelaraskan penyediaan latihan teknikal dan vokasional yang sekarang ini turut disediakan sektor swasta selain agensi kerajaan. Menurut beliau, langkah ini bagi memastikan keperluan tenaga kerja terlatih dalam bidang berkenaan dapat dipenuhi. ''Kita nak lihat secara keseluruhan bagaimana latihan oleh kedua-dua pihak ini (awam dan swasta) dapat diselaraskan dan akhirnya dapat mengisi keperluan tenaga terlatih di negara kita," ujarnya. Tambahnya, selain itu, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan turut bersetuju dengan cadangan penubuhan Lembaga Tenaga Profesional Teknologi Komunikasi dan Maklumat. ''Lembaga ini akan diwujudkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kerana di negara maju, lembaga seumpama itu sudah ditubuhkan. ''Tujuannya supaya tenaga profesional ICT dapat duduk bersama untuk lihat perkara-perkara yang berkaitan pembangunan ICT di negara ini," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | PM minta terus dampingi rakyat Posted: PM minta terus dampingi rakyatPM minta terus dampingi rakyat Oleh MOHD. RAFIE AZIMI rafie.azimi@utusan.com.my KUALA LUMPUR 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan kesempatan bertemu Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pagi ini bagi memberi ingatan agar mereka lebih menumpukan terhadap tanggungjawab merapati dan memberi 'sentuhan' kepada rakyat. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Perdana Menteri dalam pada itu turut mengingatkan mengenai tanggungjawab mereka untuk menjadi benteng menangkis segala tohmahan yang dibangkitkan pembangkang. ''Sebagai contoh, kaitan isu Asia Barat dengan negara ini yang kita semua tahu hanyalah gendang kosong yang dipalu pembangkang. ''Meskipun ia tidak terpakai di sini kerana situasi kita berbeza, namun penjelasan harus diberikan agar tidak ada pihak yang bersifat ekstrem atau keterlaluan termakan dakyah-dakyah mereka," katanya kepada pemberita selepas turut serta dalam pertemuan tersebut. Pertemuan itu berlangsung lebih sejam bermula 8.15 pagi di Dewan Taklimat, Bangunan Parlimen dengan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain. Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany memberitahu, Perdana Menteri dalam pertemuan itu memberi penekanan terhadap projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat apabila disiapkan kelak. "Beliau meneliti projek-projek yang diminta Ahli Parlimen BN. Perbincangan itu berjalan dengan amat teliti kerana Perdana Menteri mahu memastikan projek yang diminta itu benar-benar bermanfaat kepada rakyat. "Selain itu, pelbagai nasihat turut diberikan seperti sentiasa turun padang, berusaha menjadi relevan kepada rakyat serta mengelak daripada timbul pergeseran sesama sendiri di bahagian masing-masing," ujarnya. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula menyifatkan pertemuan itu sebagai perkara rutin yang dilakukan sebelum bermulanya persidangan Dewan Rakyat. "Ini membolehkan anggota Parlimen BN mendapat taklimat awal mengenai perkara yang akan dibahaskan termasuk soalan yang diajukan dan bilangan rang undang-undang yang akan dibentangkan pada kali ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Wilayah Posted: 09 Mar 2011 02:04 AM PST Angkara gajah Posted: 08 Mar 2011 05:41 PM PST Wilayah ROJALI (depan) bersama penduduk kampung menunjukkan menunjukkan pokok pisang yang dirosakkan gajah liar di Kampung Padang Ragut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Penduduk dekat Tanjung Sedili bimbang ancaman haiwan liar KOTA TINGGI: Pencerobohan gajah liar mencari makan sekitar tiga kampung dekat Tanjung Sedili sejak awal tahun ini, bukan saja merosakkan tanaman dan kebun, malah mengancam keselamatan penduduk.
Antara kawasan yang dimasuki haiwan itu termasuk sekitar Kampung Padang Ragut, Kampung Singapura dan Kampung Tuan Sheh dekat Tanjung Sedili di sini. Penduduk mendakwa, awal tahun ini sepasang gajah dewasa dan dua anaknya berkeliaran dan berlindung di kawasan hutan Kampung Belukar Durian dan Lok Heng, manakala yang terbaru pada Jumaat lalu membabitkan seekor gajah yang dipercayai datang dari hutan Kambau di sini. Penduduk, Rojali Doladi, 53, berkata mereka mula bimbang kerana kumpulan gajah liar itu mula memasuki kawasan kampung untuk mencari makan sejak Jumaat lalu.
Katanya, gajah itu berkeliaran mencari makan waktu malam dengan memakan umbut pokok kelapa dan kelapa sawit serta rumpun pisang yang banyak ditanam penduduk di sini.
"Sasaran utama gajah ini ialah pokok pisang dan anak kelapa sawit yang baru ditanam serta di kawasan perkampungan yang ada banyak pokok kelapa dan sumber air seperti parit.
"Banyak tanaman dirosakkan dan dimusnahkan haiwan liar ini hingga menjejaskan mata pencarian dan menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk, " katanya yang ditemui di sini.
Ketua Kampung Semayong, Shikh Kassim Islam, 61, berkata kumpulan gajah liar yang merosakkan tanaman penduduk kampung itu biasanya berkeliaran mulai tengah malam hingga awal pagi.
Katanya, sejak dua bulan lalu, kebun sawit miliknya sudah dua kali diceroboh gajah termasuk yang terbaru tiga hari lalu yang menyebabkan hampir 40 pokok sawit musnah.
"Setakat ini, hanya tanaman seperti sawit dan pisang menjadi sasaran gajah itu. Kebimbangan kami ialah kalau gajah liar terbabit menyerang rumah penduduk tanpa menghiraukan penghuninya yang sedang tidur pada waktu malam, " katanya.
Ketua Kampung Tanjung Sedili, Ibrahim Yahya, 58, berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dapat membuat pemantauan selain membantu menghalau atau memindahkan segera haiwan itu ke Taman Negara sebelum lebih banyak tanaman milik penduduk musnah.
"Kami faham kawasan habitat asal gajah ini mungkin kekurangan makanan akibat pembangunan menyebabkan ia mula bergerak keluar dan memasuki kawasan kebun penduduk.
"Namun, pihak berkuasa perlu mengambil langkah menangani pencerobohan gajah ke kawasan kebun milik penduduk ini sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya.
Dalam satu kejadian pada 6 Oktober tahun lalu, seorang pemandu treler Muhammad Ibrahim, 53, cedera selepas kenderaan yang dipandunya merempuh seekor gajah yang melintas jalan berhampiran kubu peninggalan Perang Dunia Kedua di Kilometer 62.2 Jalan Johor Bahru-Mersing.
Gajah yang dipercayai cedera dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditemui mati dalam kebun sawit dekat Mawai, kira-kira seminggu kemudian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | TABIKA tak siap Posted: 08 Mar 2011 02:38 PM PST Wilayah MURID tabika kemas Blanja Kiri mengharapkan agar bangunan baru dapat digunakan secepat mungkin untuk keselesaan belajar. KEMAS Blanja Kiri tumpang bilik mesyuarat JKKK PARIT: Kira-kira 30 murid TABIKA KEMAS Blanja Kiri, dekat sini mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk belajar di bangunan baru yang lebih selesa apabila kemudahan itu yang sepatutnya siap Disember lalu, gagal disiapkan oleh pemaju.
Berikutan itu, murid terpaksa menumpang bilik mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu bagi mengikuti sesi pembelajaran harian mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa belajar dalam suasana tidak selesa berikutan bilik mesyuarat berkenaan yang sempit dan tidak sesuai untuk dijadikan kelas. Ketua Kampung Blanja Kiri, Samsudin Sarji, berkata bangunan baru itu sepatutnya siap selepas tiga bulan dibina bermula Jun lalu, namun projek itu hanya siap 60 peratus sebelum ia terbengkalai sehingga kini.
Katanya, mengikut perancangan, murid tabika terbabit sepatutnya sudah menggunakan bangunan baru itu tetapi disebabkan belum siap, mereka terpaksa terus menumpang bilik mesyuarat JKKK.
"Masih banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum bangunan baru itu boleh digunakan berikutan lantai, dinding dan persekitaran luar yang tidak sempurna," katanya ketika ditemui di sini.
Samsudin berkata, selain tidak selesa, ruang yang sempit juga menyebabkan aktiviti murid agak terhad kerana terpaksa berhimpit antara satu sama lain.
"Suasana kurang selesa ini menyebabkan murid menjadi kurang aktif dan tidak seronok untuk belajar. Selain itu, ruang memasak juga tidak sesuai dijadikan tempat memasak," katanya sambil mengharapkan supaya bangunan baru itu dapat disiapkan segera demi keselesaan murid untuk belajar.
Seorang ibu, Norhafizah Nordin, 27, berkata dia kecewa dengan pihak yang gagal menyiapkan bangunan itu seperti ditetapkan.
Katanya, murid selalu bertanya kepada ibu bapa bila bangunan itu akan siap kerana mereka kurang selesa belajar di kelas yang sempit.
"Saya kasihan melihat murid terbabit kerana terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: BeritaUtama Posted: 09 Mar 2011 01:39 AM PST Datuk Seri tertipu Posted: 08 Mar 2011 05:19 PM PST KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri bukan saja kerugian RM20,000, malah nyaris maut akibat terlalu percayakan kehebatan bomoh yang mendakwa boleh berinteraksi dengan makhluk halus, sekali gus mampu menyembuhkan penyakit batu karang kronik dialaminya. Mahu dikenali sebagai Rosman, lelaki itu berkata, disebabkan percaya kepada bomoh terbabit dia mengambil risiko menangguhkan pembedahan membuang batu karang hanya dalam tempoh kurang 24 jam dari waktu dijadualkan.
"Saya mengikut bomoh itu ke Sabah untuk berubat cara istimewa dengan menggunakan makhluk halus. Namun, selepas membelanjakan ribuan ringgit, penyakit saya tidak sembuh. "Malah, sekembalinya dari Sabah saya rebah ketika berada di rumah kerana penyakit yang disangka sudah baik itu berada di tahap kritikal. "Mujur isteri cepat bertindak dengan membawa ke hospital, jika tidak mungkin ajal saya sudah sampai," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini. Rosman berkata, keputusannya menghubungi bomoh temberang itu dibuat selepas ternampak iklan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ke hospital untuk membuat persiapan masuk ke wad pembedahan.
Sebelum itu, dia menjalani pemeriksaan di sebuah pusat perubatan di Ampang dan doktor mengarahkannya menjalani pembedahan segera berikutan penyakit batu karangnya mencapai tahap kritikal. "Sebaik dihubungi, bomoh itu meyakinkan saya rawatannya mengambil masa singkat, malah tidak perlu menanggung kesakitan kerana pembedahan dijalankan secara batin dan dilakukan makhluk halus," katanya. Menurut Rosman, dia bersama keluarga pergi ke Kota Kinabalu dan sejurus tiba, dia dibawa berjumpa seorang wanita berusia 90 tahun bagi memulakan sesi rawatan. Selepas perutnya diperiksa, wanita terbabit mengeluarkan 13 batu berwarna kehitaman yang didakwa batu karang. "Selepas batu karang dikeluarkan, wanita itu memberitahu penyakit saya sembuh sepenuhnya. Bagi menghilangkan curiga, saya membuat pemeriksaan susulan di sebuah pusat perubatan swasta dan terkejut apabila doktor memaklumkan, batu karang sudah tiada. "Saya gembira kerana menyangka sudah sembuh, tapi sebulan kemudian saya pengsan dan hampir mati. Mujur tindakan pantas doktor mengeluarkan batu karang melalui pembedahan menyelamatkan nyawa saya," katanya. Sehubungan itu, Rosman berharap kejadian menimpanya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan rawatan bomoh, terutama yang mendakwa menggunakan makhluk halus dan mengambil kesempatan mengenakan caj tinggi. Sementara itu, wartawan Harian Metro yang berpura-pura menjadi pesakit menemui bomoh terbabit dan dia mengesahkan mengenakan caj RM19,000 hingga RM50,000 kepada pesakitnya. Malah, bomoh berusia 40-an itu juga mendakwa memiliki 16 kereta mewah dan beberapa banglo di Lembah Klang serta Sabah. Lebih melucukan apabila dia menjelaskan bayaran dikenakan munasabah kerana dia perlu menghantar makhluk halus miliknya ke Lautan Atlantik untuk mengambil air mata duyung dan mengembara ke hutan tebal bagi mencari penawar mujarab mengubati penyakit. "Saya perlu menjaga hati makhluk halus yang berdamping dengan saya sejak kecil kerana ia mampu merawat pelbagai penyakit dalam lima saat dan segala derita pesakit selama bertahun-tahun akan sembuh. "Pesakit boleh melihat makhluk halus ini dengan izin saya apabila ia memasuki badan saya untuk melakukan proses rawatan," katanya yang mendakwa mampu merawat pelbagai penyakit termasuk santau, buatan orang dan batu karang. Bomoh itu mendakwa, makhluk halus belaannya akan memantau setiap pesakit dari mula proses rawatan hingga selesai, malah pesakit akan dijaga selama mana diinginkan. Komen Anda Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini : Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan. Hari tu pegi minum air pokok.....nihh datukk plak g jumpa bomoh....susah lah nak buang kepercayaan Kolot dan Tahyul daripada Masyarakat.....Malaysia takkan maju sekiranya pemikiran Masyarakat tidak maju-maju.... AZIZI BIN MOHD ARIFIN Jadikan pengajaran dengan kesah ini. Pembomohan adalah termasuk dalam amalan khurafat dan perlu hati-hati dalam hal ini. Hj shari biasalah org zaman skang ni memang suka menipu utk hidup..so jgn mudah percayakan org.. ahmad badrul mengarut jerk bomoh niii... ctty's Yg baik dijadikan tauladan,yg buruk dijadikan sempadan...syukur alhamdullillah Allah masih memanjangkan umur Datuk Seri,oleh yg demikian tingkatkanlah amalan kita kpd Allah yg Maha Pencipta serta jauhkan diri kita dr perkara yg menyesatkan akidah & iman kita...sy hanya mengingati utk diri sendiri & semua umat islam yg lain..insyaallah. ZAZAWATI BINTI MOHD ISA manusia sekrg leh wat apa saja tuk dpt kan duit..segala penyakit ada ubt nya kecuali mati..rujuk pada al quran bukan pada mahluk halus..yg kita sendiri x tahu kesahihan nya.. takut jd kuraft kan dah bdosa besar.. MOHAMAD RIDWAN Jgn percayakan bomoh semata-mata... B mengarulah tul ler bomoh ni siap org gaji dia nk gi mengembara lg tu dasyat2,,,,kelentong tahap yg ke berapa lg tu..... linda rasa nk trgelak,ada jgk org blh percaya benda2 mcn ni.x masuk akal langsung..entahle,bila trlalu pandai plk jd mcn ni..baik yg x brapa pandai ini tau nk menilainya..wallahualam.. rahimah hahahah..tak sgka dalam dunia y serba moden ni masih ada lagi y prcayakan bnda tahyul..ALLAH kn ada knapa nak trust bnda lain?? bomoh??? ha3..nmpak sgt kuno! teknologi ada mnfaatkan jer la.. marsha macam-2 cara orang nak tipu sekarang.....kepada bomoh tersebut, insaf lah.. kembali lah ke pangkal jalan. Dan kepada yang kene tipu pula, beringatlah dan jadi lah sebagai pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan lagi.. fafa wa Alhamdulillah....inila orang melayu melaysia.. bila terkena barula persalahkan orang... padahal dia sendiri meminta tolong untuk berubat..mungkin ini la sifat org kita. sukar untuk berubah. nak kaya cepat2 cari jalan singkat macam mana nak kaya cepat.nak sihat cepat? macam2 cara ubat kena cari sampai nak taubat pun hampir2 tak ingat.....nasip la tuhan bagi kesempatan nak taubat. ingat2 la jangan suka menyalahkan org lain kerana kelemahan itu datangnya dari kita sendiri... roy@ azroy Ini la budaya orang melayu...percaya sgt dgn benda2 karut....berpangkat Datuk Seri pun boleh tertipu..?? Sungguh memalukan... Bonny Basir jgn percaya sangat perkara tahyul. merugikan wang ringgit dan nyawa. ju hahaha....ini macam pun ade....apasal tak hantar ke chow kit carik ubat je/?? roger a'kum....kanapa sampai boleh jadi mcm tu...minta maaf Datuk Seri andai apa yang saya coretkan disini mengguris hati..kalau difikirkan antara Doktor & Bomoh...mana yang lebih kita yakin?...itu untuk penyakit yang mmg tak ada bomoh boley buat...mmg kena pergi hospital....anggaplah itu balasan kerana menyekutukan Allah...percaya dengan kehebatan Bomoh sampai membuatkan Datuk Seri terlupa hukum hakam..saya bukan orang yang tinggi agama...tapi masih lagi tau apa hukumnya kita percaya dengan perkara2 syirik..andainya diganggu Jin..kita sebagai orang Islam ada rawatan secara Islam..kita ada rawatan Darul Syifa'..dan saya pernah melihat bagaimana perjalanan perubatan secara islam..alhamdulillah..tapi kalau sakit yang macam Batu Karang, Saluran Tersumbat, ByPass..eloklah pergi jumpa Doktor ja...buat apa nak membazir kepada perkara yang Syirik...maafkan saya..pesanan untk diri sendiri dan semua... heikal BAGI YANG BERAGAMA ISLAM,JGN PERCAYA APE2 PUN SELAIN ALLAH.. NASIHAT UNTUK UMUM,JADIKAN CERITA YANG KITA SELALU DENGAR,JADIKAN PENGAJARAN.. JGN MUDAH TERPEDAYA KEPADA SESUATU YANG TIDAK PASTI.. iejad Di sini saya ingin menasihatkan lebih baik kita mohon pertolongan dari Allah dari kta mohon pertolongan dari makhluk halus dan bantuan bomoh yang tiada pegangan agama. Zaman sekarang kita sudah ada teknologi perubatan yang moden dan cangih....sambil kita dapat rawatan dari hopital kta perlulah banyak-banyak berdoa kepada Allah yang maha agung dan pemurah. sekian terima kasih.. muhamadisa kadang2 kita sbgai mnusia lupa penyakit adalah penghapus dosa..allah mnyuruh kita berubat utk mhilangkn skit dialami tp kerana kkyaan kta,kta sggup brubt dgn ilmu yg slh.. azean ermarwaty jgn mudah percaya pada seseorang malahan pula ilmu perubatan yg katanya menggunakan makhluk halus...bnyk ayat2 suci Al-Quran yg boleh di amalkan... farah azlin setiap penyakit datangnya dari Allah,maka seharusnya kita memohon dan bertawakal kepadaNya bukannya bertindak dengan berjumpa bomoh dengan membelakangkanNya. Noorhayati binti mustafa Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 'Doakan terbaik buat saya' Posted: 08 Mar 2011 10:43 AM PST SHAH ALAM: "Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga," kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan. Terdahulu, Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas mahkamah mendapati penyerahan saman untuk kedua-dua permohonan dikemukakan Jimmy kepada Nursuhaila tidak sempurna.
Saharuddin berkata, tindakan Nursuhaila melantik peguam juga bukan bukti dia menerima saman berkenaan. "Mahkamah memberi peluang kepada Nursuhaila hadir di mahkamah bagi memfailkan pembelaan dalam kes itu," katanya. Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu. Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini.
Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil lima bulan dan tinggal di rumah keluarganya. Sementara itu, peguam syarie mewakili Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika ditemui berkata, butiran lanjut berhubung permohonan perintah kembali taat dan nusyuz hanya akan diketahui apabila kes berkenaan dibicarakan. "Permohonan ini bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya isteri kembali mentaati suami. Secara tersirat ada beberapa perkara yang suami arahkan kepada isterinya untuk dipatuhi," katanya. Pada prosiding semalam, Jimmy hadir memakai kemeja merah dan bersongkok, manakala Nursuhaila tidak kelihatan sehingga prosiding sebutan selesai. Desas-desus keretakan perkahwinan pasangan itu mula diperkatakan akhir tahun lalu apabila media melaporkan pengacara program Itu Dia di Astro Ria berdepan masalah rumah tangga. Bagaimanapun, keesokan harinya Jimmy menafikan berita itu dan menyifatkan gosip semata-mata. Jimmy memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila ketika itu disahkan mengandung empat minggu. Bagaimanapun, kelibat Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 11 Januari lalu, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinannya. Artis itu yang dihubungi memberitahu dia enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati keluarga mentua di samping mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Muka Hadapan Posted: 09 Mar 2011 01:23 AM PST Skim Rumah Pertamaku dilancar Posted: Skim Rumah Pertamaku dilancarSkim Rumah Pertamaku dilancar Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA mohdasron.mustapha@utusan.com.my Najib Tun Razak bersama wakil-wakil bank dan institusi kewangan yang terlibat dalam Skim Rumah Pertamaku selepas menandatangani perjanjian antara Kementerian Kewangan, institusi-institusi kewangan dan Cagamas Berhad di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (tujuh, kiri), timbalannya, Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (enam, kiri), Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz , Pengerusi Cagamas Berhad, Datuk Ooi Sang Kuang (sembilan, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steven Choy (lapan, kanan). - Bernama
KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini. Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. "Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi. "Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini. Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000. Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa). Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai. Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata. Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya. Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad. "Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | PM umum sembilan lagi projek di bawah NKEA Posted: PM umum sembilan lagi projek di bawah NKEAPM umum sembilan lagi projek di bawah NKEA
KUALA LUMPUR 8 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sembilan lagi projek baru di bawah Projek Permulaan (EPP) dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), iaitu tambahan kepada 14 projek yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sembilan projek terbaru itu bakal menarik pelaburan berjumlah RM2.26 bilion serta menjana RM11.71 bilion bagi Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020. "Projek-projek itu merangkumi beberapa bidang pelaburan di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) iaitu pelancongan, perubatan, pertanian, kelapa sawit dan getah, elektrikal dan elektronik serta minyak, gas dan tenaga," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengumumkan perkembangan terkini fasa keempat projek ETP di Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala. Najib berkata, secara keseluruhan, kesemua 23 projek ETP yang diumumkan itu dijangka menjana pelaburan RM14.75 bilion, menyumbang sebanyak RM20.1 bilion kepada GNI serta mencipta 88,354 pekerjaan tambahan. Katanya, antara projek itu adalah meningkatkan kemudahan pelancongan di Pulau Pangkor, memajukan sistem pengairan, meningkatkan pengeluaran padi dan menambahkan pendapatan petani, penanaman beras wangi dan projek-projek penjagaan kesihatan. Projek lain termasuk nilai tambah huluan produk kelapa sawit serta kawasan tenaga diperbaharui di Nilai, termasuk kemudahan tenaga solar dan biogas. "Projek-projek ini merupakan bukti yang ETP kekal pada tahap yang tinggi. "Apa yang lebih penting ia mempunyai kesan pemangkin ketara terharap ekonomi sebagaimana yang dilihat daripada komitmen pelaburan daripada EPP dan projek-projek asas selain kenaikan yang dijangka dalam pendapatan sebenar," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Dakwaan pembangkang berhubung FDI merudum meleset Posted: Dakwaan pembangkang berhubung FDI merudum melesetDakwaan pembangkang berhubung FDI merudum meleset KUALA LUMPUR 8 Mac - Pelaburan langsung asing (FDI) negara menunjukkan aliran masuk AS$9 bilion (RM27 bilion) bagi tahun lalu berbanding AS$1.4 bilion (RM4.2 bilion) pada 2009 iaitu peningkatan sebanyak 535.7 peratus. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia membuktikan dakwaan pembangkang bahawa pelabur asing tidak berminat melabur di Malaysia adalah meleset. Menurutnya, jumlah yang dilabur oleh syarikat asing di negara ini pada tahun lalu menunjukkan keyakinan mereka dan juga rakyat semakin meningkat. ''Angka ini adalah lebih tinggi daripada yang diunjurkan oleh Global Investment Trends Monitor yang dikeluarkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD). ''Mengikut UNCTAD, negara-negara lain di Asia Tenggara dan Asia Timur telah mencatatkan peningkatan peratusan FDI yang lebih rendah, seperti Indonesia dengan kenaikan peratusan FDI sebanyak 162.7 peratus, Singapura (122.7 peratus), Thailand (14.2 peratus) dan China (6.3 peratus). India pula telah menunjukkan penurunan sebanyak 31.5 peratus. ''Sentimen keyakinan pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara ini juga dibuktikan dengan projek-projek yang diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pada tahun lalu, MIDA meluluskan sebanyak 910 projek dalam sektor perkilangan dengan pelaburan berjumlah RM47.2 bilion berbanding 766 projek dengan pelaburan bernilai RM32.6 bilion pada 2009," katanya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Leong Jee Keen (PKR- Selayang) mengenai FDI masuk dan keluar pada 2010 dan daya saing Malaysia berbanding negara-negara Asia Tenggara dan Asia Timur untuk menarik FDI masuk. Mengulas lanjut, Mustapa berkata, syarikat-syarikat tempatan juga melabur di luar negara terutamanya dalam sektor minyak dan gas, infrastruktur, kewangan serta telekomunikasi. Pada tahun lalu, jelasnya, pelaburan syarikat tempatan di luar negara adalah sebanyak RM42.6 bilion dan perkembangan itu mencerminkan daya saing serta keupayaan mereka untuk menjadi peserta di peringkat antarabangsa. ''Bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing, pelbagai langkah proaktif bagi merancakkan kemasukan FDI telah dilaksanakan termasuk memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mengandungi sistem pemantauan pertumbuhan ekonomi yang kukuh," katanya. Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berhubung dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyatakan kejayaan ekonomi dan FDI negeri itu adalah hasil usaha mereka, Mustapa berkata, ia merupakan dakwaan berunsur fitnah dan tidak tepat. ''Baru tiga tahun memerintah, mereka kredit (kata) macam-macam. Ini amat tidak tepat. Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) kata dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor lebih banyak (maju) berbanding negeri lain. Itu fitnah. ''Di Pulau Pinang dan Selangor segala infrastruktur yang dibangunkan sehingga menjadikan negeri berkenaan berdaya maju adalah hasil perjuangan Barisan Nasional (BN) dan pemimpin kita yang lalu. Saya harap rakyat faham perkara ini," tegas beliau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 09 Mar 2011 01:22 AM PST Interlok: DAP kemuka usul tergempar di Parlimen minggu depan Posted: 09 Mar 2011 01:02 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac – DAP akan memfailkan usul tergempar minggu depan bagi meminta Parlimen membincangkan isu kontroversial novel Interlok sambila menggesa agar kerajaan menarik balik teks itu daripada digunakan sebagai sukatan di sekolah. Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberitahu partinya juga berhasrat untuk bertemu dengan Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu tersebut. "Kami mahu merayu kepada beliau sekali lagi agar menarik balik novel itu daripada sistem sekolah," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. "Buku ini diperkenalkan untuk mewujudkan harmoni dan perpaduan nasional, tetapi sekarang ia pasti akan menyebabkan perpecahan di kalangan pelajar dan guru, dan juga akan mewujudkan persekitaran permusuhan antara guru-guru Melayu dan pelajar India," katanya lagi. Kata beliau, pemimpin-pemimpin DAP telah mengadakan satu pertemuan semalam dan bersetuju untuk mengemukakan usul tergempar di Parlimen Isnin ini bagi menggesa kerajaan agar menarik balik novel Interlok. "Kami mahu isu ini dibincang dan dibahaskan di kalangan ahli Parlimen," katanya lagi. Charles juga berkata DAP akan mengadakan program jelajah negara, yang akan dimulakan di Sungai Petani, dalam dua minggu ini untuk menjelaskan sebab novel itu akan menjadi penghalang kepada usaha menyemai perpaduan negara. Akhir Januari lalu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Katanya, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan. "Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya. Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah. Sementara pindaan itu disiapkan, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mengarahkan guru-guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan silibus yang sedia ada untuk tidak menjejaskan pembelajaran murid. Panel bebas mengkaji pindaan novel, Interlok, menjangkakan untuk mengemukakan perakuan kepada kerajaan mengenai bentuk pindaan terhadap novel itu dalam tempoh sebulan dari sekarang. Pada sidang media hari ini, Charles juga membangkitkan insiden di Kuala Kubu Baru di mana seorang didakwa menghina tujuh pelajar apabila mereka mahu memulangkan novel tersebut. Guru berkenaan didakwa berkata "Kenapa orang India garang? India memang suka rosakkan nama sekolah. Keling memang dasar pariah sejak sejarah lagi." "Ini bukan kali pertama insiden macam ini berlaku. Insiden-insiden seperti ini juga terjadi tahun ini, di Taman Tasik Ampang, apabila pengetua wanita menggunakan perkataan 'pariah' ketika perhimpunan pagi," katanya. Kata beliau, apabila ditanya dari mana beliau mendapat perkataan itu, pengetua itu mengatakan bahawa dari novel itu. "Proses pembelajaran kini menjadi lebih bersifat memecahbelahkan, bukannya menyatupadukan," kata beliau lagi. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau terkejut apabila mengetuai pelajar-pelajar terbabit dibawa ke balai polis tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. "Mengapa sekolah membawa pelajar ke balai polis tanpa memaklumkan ibu bapa mereka? Ini untuk menyemai budaya takut," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Rais harap Nik Aziz lebih realistic Posted: 09 Mar 2011 12:48 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Mac – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian. Beliau berkata kenyataan Nik Aziz kononnya media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang pada Ahad lepas, adalah tidak relevan. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Rais berkata apabila PAS mengekalkan mandat di Kelantan, menawan beberapa negeri lain dan menang di beberapa kawasan dalam pilihan raya sebelum ini, media tidak dipersalahkan pula. "Ada pepatah Melayu berkata, bila tak pandai menari dikatakan lantai jungkang-jungkit. Jadi saya fikir Datuk Nik Aziz harus melihat sejarah." Beliau berkata media mempunyai gambaran sendiri yang disajikan menerusi televisyen dan radio, jadi ada juga beberapa sajian yang tidak menepati cita rasa masing-masing. "Tentu sekali beliau tidak puas hati dengan beberapa sajian, saya juga tidak berpuas hati dengan beberapa sajian surat khabar ataupun media cetak," kata Rais. Beliau berkata apa saja keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini yang diputuskan oleh rakyat wajar diterima. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 09 Mar 2011 01:05 AM PST GTEN kecewa sikap Pas Kelantan Posted: GTEN kecewa sikap Pas KelantanGTEN kecewa sikap Pas Kelantan Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my KOTA BHARU 8 Mac - Gerakan Tingkat Ekonomi Negeri Kelantan (GTEN) kecewa dengan sikap kerajaan Pas Kelantan yang lebih mengutamakan politik daripada mengadakan program untuk membangunkan usahawan dan peniaga kecil di negeri ini. Setiausahanya, Jimmy Mesir Mohamed Yusof mendakwa, kerajaan negeri tidak pernah mengambil tahu masalah dihadapi oleh usahawan dan peniaga kecil di sini yang kebanyakannya orang Melayu, biarpun telah memerintah lebih 20 tahun. Dakwanya, golongan usahawan dan peniaga kecil dibiarkan begitu sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa diberikan bimbingan serta peluang memperluaskan perniagaan mereka. Justeru katanya, perubahan drastik perlu dilakukan secepat mungkin sekiranya rakyat di negeri ini mahu menikmati keadaan ekonomi yang lebih baik berbanding sekarang. "Kalau ditanya kerajaan negeri mengenai peniaga kecil atau usahawan jawapannya mesti semuanya beres dan okey. Memang okey dan beres sebab mereka tidak buat apa. "Peniaga dan usahawan ibarat lembu terbiar, tidak berkandang. Kami perlu tanggung sendiri nasib kami. Setahu saya kerajaan negeri tidak pernah membantu atau mengadakan program, sebagai contoh, jika ada ekspo memang kami dijemput tetapi kami perlu membayar untuk menyertainya," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Bengkel Kelantan dan Transformasi Negara di sebuah hotel di sini, malam tadi. Program itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Bengkel anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu diadakan buat kali pertama di sini sebagai usaha Kerajaan Pusat untuk menggerakkan program transformasi ekonomi Kelantan. Jimmy Mesir berkata, golongan peniaga dan usahawan di negeri ini memerlukan bantuan serta bimbingan untuk terus berkembang. "Memang seronok berniaga di negeri ini, kita bebas, tidak ada siapa yang akan ganggu. Cuma jangan harap bantuan daripada kerajaan negeri sedangkan kami peniaga memerlukan pembimbing untuk membawa ke landasan yang tepat dalam bidang perniagaan," katanya. Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan, Hanafi Yusof berkata, ekonomi negeri ini mempunyai potensi besar untuk dimajukan tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa perhatian serius oleh pihak berkuasa. "Memang saya akui dalam bidang ekonomi Kelantan ketinggalan berbanding negeri-negeri lain, jadi perubahan perlu dilakukan segera bagi memastikan peniaga dan usahawan dapat meningkatkan aktiviti mereka. "Sebagai contoh, kita ketinggalan jauh dari aspek infrastruktur seperti jalan raya. Jika masalah ini diselesaikan ia akan memudahkan jaringan perhubungan dan secara tidak langsung ekonomi akan dapat berkembang dengan lebih cepat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kemunculan gajah bimbangkan penduduk Kampung Lepan Bola Posted: Kemunculan gajah bimbangkan penduduk Kampung Lepan BolaKemunculan gajah bimbangkan penduduk Kampung Lepan Bola
|
Cosmas Ngau ( kiri) dan penduduk melihat najis gajah yang ditemui pada sebuah kebun di Kampung Lepan Bola, Batu Gajah, Tanah Merah, semalam.
|
TANAH MERAH 8 Mac – Penduduk Kampung Lepan Bola di sini berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat menangkap atau menghalau sekumpulan gajah liar yang dikatakan sering menceroboh kawasan kebun mereka. Penduduk terbabit mendakwa, mereka pernah beberapa kali terserempak dengan binatang itu yang menceroboh kebun pada waktu malam. Menurut penduduk terbabit, keadaan itu membimbangkan mereka lebih-lebih lagi kebelakangan ini kejadian manusia dipijak gajah sering dilaporkan oleh media. Seorang penduduk, Mohd. Riduan Ismail, 24, berkata, dia telah beberapa kali terserempak dengan kawanan gajah yang memasuki kawasan kebun. "Saya bimbang kejadian manusia dipijak gajah berlaku pula di kampung ini, justeru meminta pihak Perhilitan mengambil tindakan segera. "Saya masih muda, boleh lagi lari kalau terserempak dengan gajah, tetapi kalau orang tua bagaimana," soalnya ketika ditemui di sini, hari ini. Dalam kejadian terbaru Selasa lalu, seorang penoreh maut selepas diserang oleh seekor gajah betina yang naik minyak di Kampung Serian Batu 11, Gua Musang. Seorang lagi penduduk, Che Daud Che Asan, 55, turut mengakui pernah terserempak dengan binatang itu pada jarak kira-kira satu meter sahaja, ketika sedang menunggang motosikal pada waktu malam. Katanya, dia bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas dikejar oleh haiwan itu yang dikatakan terkejut selepas mukanya terkena lampu suluh. "Saya kini berasa serik untuk ke ladang, takut diserang lagi oleh binatang itu," katanya yang memberitahu demam seminggu akibat insiden tersebut. Kebimbangan sama disuarakan oleh Mohd. Supian Daud, 28, yang berharap Perhilitan segera menjejaki haiwan tersebut demi keselamatan penduduk kampung. "Ini kerana, kami takut dan merasakan nyawa sentiasa terancam dengan kehadiran binatang di di kawasan kebun," katanya. Dalam pada itu, Ketua Perhilitan Jeli, Cosmas Ngau berkata, pihaknya akan membuat pemantauan bagi mengesan binatang tersebut. Katanya, dianggarkan terdapat tujuh ekor gajah yang berkeliaran di kawasan berhampiran kampung berkenaan berdasarkan kepada jejak kaki yang ditemui. "Haiwan itu dipercayai akan turun ke kebun untuk mencari sumber air di sungai berhampiran. Kita akan bekerjasama dengan penduduk untuk menangkap gajah tersebut," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kes cerai, Kelantanketiga tertinggi Posted: Kes cerai, Kelantanketiga tertinggi Kes cerai, Kelantanketiga tertinggi KOTA BHARU 8 Mac - Kelantan merupakan antara negeri tertinggi dalam kes perceraian berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2008. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, fenomena itu amat mendukacitakan dan ia perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. "Statistik yang dikeluarkan Jakim pada 2008 mencatatkan Kelantan berada di tempat ketiga dengan jumlah kes sebanyak 1,386," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Tambahnya, antara faktor berlakunya peningkatan perceraian adalah kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri. Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menyatakan pendapat yang sama berhubung punca kes-kes perceraian di negara ini. Sehubungan itu, Wan Ubaidah berkata, kerajaan negeri telah merancang pelbagai agenda bagi mengatasi masalah tersebut antaranya mengadakan seminar penggubalan dasar keluarga mawaddah yang kini dalam proses penelitian. Katanya, kerajaan negeri juga pada pertengahan tahun ini, akan menerbitkan buku Panduan Keluarga Mawaddah (yang saling sayang menyayangi) bagi dijadikan rujukan oleh masyarakat terutama pasangan yang akan memasuki alam rumah tangga. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 08 Mar 2011 11:14 PM PST 16 jam di atas kereta api Posted: 16 jam di atas kereta api16 jam di atas kereta api Oleh MAZLINA ABDUL MAJID mazlina.majid@kosmo.com.my
KEPADA mereka yang obses dengan kereta api, mendengar rodanya bergerak di atas landasan sudah cukup untuk menghilangkan duka lara perasaan. Namun, ada suara-suara sumbang yang memperlekehkan kenderaan klasik itu. Kata mereka, kereta api simbol kebosanan. Tidak kurang yang melontarkan persepsi bahawa kereta api adalah pengangkutan kelas ketiga dan tidak berdaya saing. Penulis tidak peduli dengan semua cemuhan itu. Penulis cuba mengubah trend daripada menaiki kapal terbang kepada menaiki kereta api untuk melancong. Syukur, impian menjelajah ke bumi Hat Yai, Thailand berjaya direalisasikan dengan bantuan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB). Sebenarnya, penulis terlalu ingin merasai perasaan klasik menaiki kereta api yang pernah ditarik dengan kuda pada zaman kolonial. Bersama sembilan rakan seperjuangan, kami berasa resah kerana terpaksa menempuh perjalanan selama 16 jam dari KL Sentral-Padang Besar-Hat Yai. KETIBAAN penumpang kereta api disambut oleh wajah warga Hat Yai yang menunggu keluarga atau sahabat handai mereka.
Ya, memang laluan itu sangat panjang. Ia melalui 14 stesen kereta api menerusi Ekspres Senandung Langkawi sebelum sampai ke lokasi tujuan. Stesen KL Sentral pada 17 Februari lalu, hiruk-pikuk dengan manusia. Bila ditanya, masing-masing mengatakan sedang menunggu kereta api untuk ke utara. Rupa-rupanya masih ramai lagi yang cenderung menaiki kereta api. Warna-warni perjalanan Tepat pukul 9.15 malam, Ekspres Senandung Langkawi bersedia mengambil para penumpang. Penulis memegang tiket kelas pertama yang menyediakan sebuah bilik lengkap dengan katil dua tingkat, TV, meja tulis dan tempat mencuci tangan. Kegelapan malam meskipun gagal merakam apa jua pemandangan membuka ruang kepada penulis berjalan dari kepala hingga hujung kereta api. Nampaknya, lebih ramai yang tidur daripada berjaga. Kepada yang membawa anak kecil adakalanya kesabaran mereka teruji dek kenakalan si manja yang berlari ke hulu ke hilir. Ada juga wajah yang kelihatan masam mencuka. Barangkali dipaksa menaiki kereta api atau kegagalan mendapat tiket bas. Bagi kebanyakan pelancong mat saleh pula, buku tetap menjadi taruhan di kala kereta api masih belum berhenti di destinasi. Bagi penulis, menaiki kereta api kerap melahirkan ilham untuk menulis. Pelbagai gelagat yang ditonton, maka lebih mencurah-curahlah artikulasi itu hadir. Seperkara yang unik menaiki kereta api ialah menikmati hidangan di kantin tren. Ya, makanan tidaklah berapa enak namun nilai kepada suasana gerabak sangat mahal bagi penulis. Singgah di stesen Kereta api singgah seketika di Stesen Keretapi Ipoh atau diberi jolokan sebagai Taj Mahal Ipoh untuk mengambil penumpang. Stesen itu memang memukau pandangan. Sempat juga penulis turun menjengah. DI Hat Yai mencari rezeki di tepi stesen adalah satu pemandangan biasa.
Dibina oleh seorang arkitek bernama A.B Hubback pada 1914 dan siap pada 1917, ciri-ciri binaannya saling tidak tumpah dengan Stesen Keretapi KL yang berbentuk kubah dan berwarna putih. Malam semakin larut. Sedar tidak sedar, perjalanan telah melewati Stesen Keretapi Taiping, Kuala Kangsar dan tiba di Bukit Mertajam. Laluan kereta api menjadi semakin perlahan apabila melalui Stesen Butterworth. Kepada mereka yang berhasrat ke Bangkok, di sinilah perkhidmatan kereta api merentas sempadan antara Butterworth dan Bangkok beroperasi. Bangkit nostalgia Melewati pukul 7 pagi, penulis bangkit dan menjengah ke luar bagi menikmati panorama sawah padi yang menghijau. Sapaan bayu begitu menyenangkan. Pada ketika embun pagi masih menyaluti bumi itu, kereta api akan melepasi hentian Kuala Kangsar-Taiping-Sungai Petani-Alor Star dan Arau. Pemandangan tersebut cukup menyejukkan sanubari. Kanak-kanak sekolah memeluk erat pinggang bapa ketika menunggang motosikal sesekali melintas pandangan. Burung-burung terbang di awangan namun kicauannya ditelan oleh bunyi bingit kereta api yang tidak menjengkelkan. Selang beberapa ketika, kelihatan pesawah-pesawah bersama lembu membajak bendang dengan penuh ketekunan. Tiba di Stesen Arau yang dikhabarkan akan dirobohkan membangkitkan nostalgia penulis. Di sinilah, buat pertama kalinya penulis jatuh cinta dengan nasi kerabunya. Gerainya betul-betul terletak bersebelahan pejabat operasi stesen. Berada di Thailand, waktunya satu jam lewat ke belakang. Sekitar pukul 10 pagi, penulis sampai ke Stesen Keretapi Padang Besar terletak di kawasan sempadan Perlis–Thailand. Kesemua penumpang turun untuk melepasi pemeriksaan pihak imigresen Thailand sebelum menaiki kereta api ke Hat Yai. BINAAN Stesen Keretapi Ipoh yang diberi jolokan Taj Mahal Ipoh ini tidak banyak bezanya dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
Sejam kemudian, kaki melangkah ke Stesen Keretapi Hat Yai yang merupakan satu-satunya stesen antarabangsa yang menghubungkan Thai Railway dan KTMB, milik Malaysia. Stesen ini yang bersifat neoklasik dan konvensional menerima 28 buah kereta api penumpang setiap hari. Ia juga merupakan hab bagi kereta api tempatan di Selatan Thailand. "Saya pasti awak terkejut dengan suasana di stesen ini, kalau awak nak tahu, gambarannya sama dengan wajah stesen ini sejak berpuluh tahun lamanya," beritahu salah seorang polis stesen yang barangkali mampu membaca riak wajah dan isi hati penulis yang sedikit kaget. Proses memanggil menumpang di stesen kereta api itu masih menggunakan loceng besar adalah indikator jelas kepada kata-kata lelaki berpakaian seragam berkenaan. Konfigurasi ruang stesen itu memang mempunyai perbezaan yang sangat ketara dengan Malaysia. Barangkali sesuatu yang agak sukar diterima apabila terdapat pasar mini di landasan kereta api. Membudaya kereta api Peniaga bebas berniaga di tepi gerabak. Ada yang menjual semata-mata air mineral, makanan ringan termasuk buah-buahan segar. Thailand juga merupakan antara negara utama yang membudayakan pengangkutan kereta api. Mereka sangat sayang kepada pengangkutan itu. Sebuah muzium mini menempatkan khazanah kereta api lama yang mempunyai tempat duduknya diperbuat daripada papan dipamerkan di sebuah landasan khas di stesen itu. Pengurusan rel di Hat Yai boleh diberi tabik hormat. Polis stesen yang sentiasa berjaga 24 jam dan bersedia menjawab pertanyaan anda. Begitu juga dengan tukang sapu sampah yang sentiasa memastikan tiada sampah yang dibuang merata-rata di persekitaran landasan. Untuk pulang semula ke tanah air, penulis masih memilih kereta api walau mempunyai opsyen menaiki kapal terbang. Ya, pergerakannya perlahan dan boleh menyesakkan batin tapi kepada yang benar-benar meminatinya, ia satu pengalaman yang cukup memuaskan. Walaupun tidak menaiki kereta api Glacier Express dari St. Moritz ke Zermatt di Switzerland, penulis berasa cukup gembira. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Little Paris Selatan Thai Posted: Little Paris Selatan ThaiLittle Paris Selatan Thai BEBOLA makanan laut dan sotong bakar antara makanan yang harus dicuba.
HAT YAI selalu disalah erti sebagai ibu kota wilayah Songkla, Thailand. Hakikatnya, ia merupakan sebuah bandar raya dan kawasan metropolis yang terbesar di wilayah Selatan Thailand. Nama Hat Yai diambil sempena sebatang pokok. Populasinya menjangkau seramai 157,316 orang dan 80 peratus penduduknya adalah beragama Islam. Backpackers lazimnya suka singgah di wilayah ini kerana banyak hotel bajet yang menawarkan harga semurah RM50 semalam. Satu perkara baru yang dipelajari semasa berkunjung di Hat Yai ialah rakyat negara gajah putih itu sangat menyayangi raja mereka. Buktinya, di setiap 100 meter perjalanan, terpampang papan iklan gambar Raja Bhumibol Adulyadej. Berbual dengan salah seorang penduduk tetap yang dikenali sebagai Amid, 35, yang juga pemandu tuk tuk, sudah mengagak penulis adalah orang Malaysia. "Pelancong di Hat Yai ramai orang Malaysia, sekali-sekala saja nampak orang putih. "Orang kata Hat Yai syurga membeli pakaian buatan Thailand dan yang diimport dari China dari pagi hingga ke malam, ia memang benar," katanya yang boleh bertutur bahasa Melayu dan memberitahu lokasi-lokasi wajib dikunjungi. Antara lokasi tersebut adalah Expo Department Store, Lee Garden Plaza, Central Department Store, Kompleks Pink Lady, Robinson Department Store termasuklah kedai-kedai jalanan di Jalan Niphat Uthit 2, Jalan Niphat Uthit 3 dan Jalan Sanehanuson.
|
MINYAK diisi secara manual adalah satu pemandangan biasa.
|
Jadi tidak salah kalau ada yang memberi jolokan bahawa Hat Yai adalah Little Paris of the Southern of Thailand. Bab makanan halal di Hat Yai tiada masalah. Anda boleh memilih Restoran Hamid, Restoran Salmah, Restoran Tamrab atau kedai-kedai tepi jalan yang dibuka lewat petang. Gaya klasik Som tam, pulut mangga, tom yam, buah-buahan segar, kacang gajus, udang bakar dan keropok ikan antara menu yang perlu dicuba. Gelagat warga emas memikul kandar menjual kacang Chiengmai sudah pasti membezakan ziarah anda dengan destinasi-destinasi lain di dunia. Secara jujurnya, Hat Yai bukanlah satu kawasan pelancongan yang sempurna. Bak kata Amid, orang Thailand suka kepada gaya klasik dan kurang gemar kepada pembangunan. Stesen kereta apinya adalah salah satu daripadanya. Begitu juga dengan bangunan-bangunan lamanya yang kelihatan usang. Tuk tuk atau beca berenjin antara kenderaan unik yang masih kekal digunakan dan menjadi pilihan pelancong kerana tambangnya serendah RM2. Pemandangan lewat petang di Hat Yai telah mengubah persepsi terhadap bumi Hat Yai. Sama seperti Kuala Lumpur, pengemis berlegar di sana sini. Daripada yang tua hinggalah kepada budak-budak memohon simpati tanpa segan silu. Polis yang berkawal mungkin sudah tidak kuasa untuk menegur. Gadis sunti di Hat Yai memang pandai bergaya ala-ala selebriti Hong Kong. Membuat rambut sambungan menjadi trend di Hat Yai. Harganya cuma RM120. Gadis berhijab dapat diperhatikan di setiap penjuru. FABRIK sutera Thai yang boleh dijadikan buah tangan jika berkunjung ke Hat Yai.
Suasana Hat Yai pada waktu malam memang hangat. Penulis enggan bercerita tentang hal-hal hiburan dan urutan tradisionalnya. Ada banyak perkara lain yang lebih menarik. Gajah muncul di tengah bandar? Memang satu kejutan kepada penulis ketika sedang leka menikmati stimbot di kaki lima berdekatan dengan Kompleks Lee Gardens. Gajah itu dijadikan sebagai sumber rezeki bagi dua lelaki Thailand. Anda tidak boleh bergambar dengan gajah di tengah kota kalau tidak membeli seplastik tebu yang berharga RM2 daripada mereka. Jelajah lima hari itu turut membawa penulis ke Songkla. Di Songkla terdapat Pantai Samila yang mempesonakan. Di pantai itu juga terletaknya tugu ikan duyung emas yang menjadi mercu tanda pantai berkenaan. Menghabiskan masa yang berkualiti selama lima hari di Hat Yai merupakan satu pengalaman yang sangat berbaloi. Sehingga kini, penulis masih tidak dapat melupakan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel meminta sedekah sambil tersenyum bersama ibunya di tepi jalan. - MAZLINA ABDUL MAJID Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Nyanyian perjuangan lelaki kudung Posted: Nyanyian perjuangan lelaki kudungNyanyian perjuangan lelaki kudung BANT SINGH sedang merakamkan lagu dalam sebuah studio.
BAGI menegakkan keadilan masyarakat India yang miskin dan tertindas, Bant Singh seorang individu yang pernah menjadi mangsa ketidakadilan dan keganasan di negara itu, menjadi wakil bagi jutaan golongan kasta rendah. Bant Singh, seorang penyanyi lagu-lagu rakyat, sebelum ini kehilangan kedua-dua belah tangan dan sebelah kaki disebabkan satu serangan yang berlaku lima tahun lalu. Ia berlaku disebabkan satu insiden di mana dia dengan beraninya mencabar tuan tanah iaitu dari kasta atasan di kawasan barat laut bandar Punjab yang merogol anak perempuannya yang ketika itu berusia 17 tahun. Ketika kejadian itu, dia dikelilingi sekumpulan orang yang bersenjatakan besi yang kemudian memukulnya dengan teruk dan dibiarkan begitu sahaja supaya dia mati. Tetapi, Bant Singh bernasib baik kerana dia terselamat, bagaimanapun seksaan yang diterimanya itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengecam penindasan di pedalaman India. "Kita sebagai proletariat inginkan hak yang sama dengan mereka yang kaya, hidup dengan rasa hormat dan keadilan. "Justeru itu, melalui bait-bait lagu, ia umpama kata-kata yang saya ludah ke udara seperti titisan darah," katanya ketika ditemu bual di rumahnya iaitu sebuah bangunan sederhana yang berlantaikan simen. Bant Singh tahu kemiskinan dan diskriminasi yang dirasai ratusan juta masyarakat India di luar bandar dan juga mereka yang daripada kasta rendah. Perbezaan kasta itu menyebabkan rasa rendah diri menebal dalam kalangan golongan kasta rendah untuk bergaul dengan mereka yang berasal dari kasta tinggi termasuk juga saudara-mara yang berada. Malah, jenayah terhadap mereka yang miskin serta dari kasta rendah di kawasan luar bandar juga kerap berlaku tetapi ia tidak dipeduli dan diabaikan. Namun, sikap berani bersuara Bant Singh memberi padah apabila anak perempuannya dirogol oleh sekumpulan tujuh orang lelaki. Sogokan wang, tanah "Sebelum perbicaraan mengenai kes rogol anak saya itu, saya ada menerima sogokan wang dan pemilikan tanah untuk menutup kes itu oleh tuan tanah tersebut, tetapi saya tidak mahu, saya mahu menegakkan keadilan dan berani untuk bersemuka dengan mereka yang bersalah itu," katanya. WALAUPUN kini hidup sebagai lelaki kudung, Bant Singh masih mampu tersenyum kerana dia berjuang untuk jutaan rakyat miskin India.
Mereka kemudian dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun namun, dibebaskan empat bulan lalu tetapi di bawah pemerhatian undang-undang. "Saya tidak peduli apabila anggota badan saya dipotong, saya masih ada suara dan juga tangan serta kaki. "Saya masih memiliki lidah, jadi saya tidak terasa kehilangan anggota badan yang lain untuk terus berjuang," kata anggota Parti Komunis daerah Mansa yang terletak lapan jam perjalanan dari ibu negeri India, New Delhi. Dia yang kini berusia awal 40-an itu berkata, dia memulakan karier nyanyian dengan menyanyikan lagu-lagu rakyat dalam dialek Punjabi ketika berusia 10 tahun kerana ketika itu dia tidak mahu menjadi mangsa eksploitasi buruh kanak-kanak seperti mana nasib kanak-kanak miskin yang lain. Dia kemudian menjadi pengembala dan menjadikan nyanyian sebagai pekerjaan sampingan sebelum kerjayanya berkembang pada 2006 apabila namanya menjadi popular hingga ke peringkat kebangsaan apabila muncul di akhbar dan majalah. Kini Bant Singh bercadang untuk mencari pekerja-pekerja yang tertindas dan juga masyarakat India kelas menengah melalui perbincangan dengan ahli muzik dari genre yang berlainan. Dia kemudian berkolaborasi dengan seorang penyanyi yang juga digelar raja Hip Hop Delhi, Taru Dalmia yang turut berkongsi pendapat mengenai pembangunan sosial dan ekonomi India. "Kami memiliki pendapat yang sama, kami berbincang mengenai pelbagai topik seperti keganasan, polis dan hak asasi manusia," kata Dalmia ketika mengadakan lawatan ke rumah Bant Singh untuk berbincang mengenai kerjasama itu. "Budaya muzik yang paling popular di India ialah Bollywood, ia menjadi muzik komersial dan juga elit. Tetapi kita juga harus ada lagu politik," kata lelaki berusia 30 tahun itu. Dalmia dan Bant Singh bekerjasama untuk satu projek yang dinamakan Word, Sound, Power manakala maklumat mengenai projek itu boleh dilihat dengan melayari http://www.wordsoundpower.org. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Jenayah Posted: 08 Mar 2011 11:10 PM PST 3 lelaki Iran telan 40 ketul syabu Posted: 3 lelaki Iran telan 40 ketul syabu3 lelaki Iran telan 40 ketul syabu Oleh ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 8 Mac - Hanya kerana ingin menambah wang belanja melancong di negara ini, tiga lelaki warga Iran sanggup bergadai nyawa menelan 40 ketulan dadah jenis syabu. Helah mereka menyeludup dadah itu bagaimanapun sia-sia apabila mereka ditahan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ketiga-tiga suspek ditahan selepas dikesan menelan ketulan dadah berkenaan sejurus mereka tiba melalui penerbangan dari Qatar, Khamis lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek ditahan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di KLIA. Menurutnya, pelancong berusia 25, 31 dan 37 tahun itu tiba untuk kali pertama di negara ini ketika ditahan. "Selepas tidak menemui sebarang bukti pada fizikal suspek, polis kemudian membawa ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk dilakukan X-ray. "Hasilnya, 40 ketulan berisi dadah jenis syabu ditemui di dalam perut ketiga-tiga mangsa. Ketulan dadah tersebut dikeluarkan selepas itu melalui proses pembuangan air besar," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Noor Rashid menambah, kesemua dadah jenis syabu seberat 400 gram yang dibawa oleh warga Iran terbabit dianggarkan bernilai RM700,000. Beliau memberitahu, hasil siasatan mendapati tujuan ketiga-tiga suspek datang ke negara ini adalah untuk melancong. "Tetapi bagi menambah wang belanja, mereka (suspek) menyeludup dadah yang dibeli sekitar RM50,000 hingga RM60,000 sekilogram di Iran. "Suspek dipercayai akan menjual dadah tersebut kepada kenalan senegara sebelum meneruskan aktiviti perlancongan," ujarnya. Beliau berkata, suspek-suspek kini ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Usia 51 tahun miliki 33 rekod jenayah Posted: Usia 51 tahun miliki 33 rekod jenayahUsia 51 tahun miliki 33 rekod jenayah CAMERON HIGHLANDS 8 Mac - Seorang lelaki berusia 51 tahun yang memiliki 33 rekod jenayah lampau nampaknya masih belum insaf apabila ditahan lagi kerana memecah masuk sebuah rumah di Kampung Raja di Cameron Highlands, semalam. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 10 pagi ketika memecah masuk rumah itu semasa penghuninya keluar bekerja. Menurutnya, sebelum ini, suspek berasal dari Ulu Cheras, pernah menceroboh dua buah rumah di kawasan tersebut Januari lalu dan perbuatannya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di situ. "Hasil pemeriksaan CCTV, polis mengesahkan suspek pernah melakukan jenayah di kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Wan Mohd. Zahari berkata, siasatan awal mendapati suspek menggunakan alat pemotong dan pencungkil pintu gril selain memecahkan tombol sebelum menceroboh masuk rumah mangsa. Tambahnya, kerugian yang membabitkan dua rumah sebelum ini dianggarkan RM15,000 hingga RM20,000, setelah suspek melarikan wang tunai, komputer riba dan telefon bimbit. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Politik Posted: 08 Mar 2011 11:04 PM PST Pembangkang bersikap bermuka-muka Posted: Pembangkang bersikap bermuka-mukaPembangkang bersikap bermuka-muka Oleh HERMAN HAMID pengarang@utusan.com.my
|
Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Modal Insan di Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Abdul Nazir Mohamed
|
KUALA LUMPUR 8 Mac - Tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liabiliti hanyalah bertujuan untuk mengaburi hakikat sebenar sentimen rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hakikatnya imej Anwar sudah tercalar berikutan pelbagai isu yang menyelubunginya hinggakan Pas sendiri dikatakan mula mahu menjauhkan diri daripada Penasihat PKR itu. ''Sebenarnya kita tahu Pas rasa tak selesa masa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau. Kalau boleh, Pas mahu Anwar tak turun tapi Anwar fikir itu haknya sebab dia kepala pembangkang. ''Akhirnya kita lihat Pas dapat satu tamparan hebat apabila penglibatan Anwar dalam kempen tidak membantu menyumbang kepada undi Pas, sebaliknya undi Pas merosot pula," katanya. Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di bangunan Parlimen di sini hari ini. Naib Presiden Mas, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan Anwar menjadi liabiliti kepada pembangkang seperti yang didakwa Perdana Menteri semalam. Pada sidang akhbar berasingan itu, kedua-dua pemimpin pembangkang itu turut menolak dakwaan mengatakan jentera Pas meminta Anwar tidak turun berkempen pada dua pilihan raya kecil tersebut yang berakhir Ahad lalu. Tambah Muhyiddin, penafian pemimpin PKR dan Pas mengenai kedudukan Anwar yang kini menjadi liabiliti menunjukkan sikap bermuka-muka pemimpin pembangkang. Katanya, sedangkan umum melihat hubungan mereka sudah tidak lagi seintim dulu dengan pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh sekarang ini sudah mula mempersoalkan pendekatan Pas. ''Tapi Pas nak masih nak menafikan dakwaan itu walaupun hubungan (dengan DAP) tak beri kesan positif untuk dapat sokongan. Jadi sebab itu pemimpinnya (Pas) tampil buat kenyataan menafikan perkara ini," jelasnya. Dalam perkembangan berasingan, ditanya mengenai tindakan kerajaan Pas Kelantan menghalang penjualan loteri kepada bukan Islam, Muhyiddin berkata, perkara itu terserah kepada masyarakat bukan Islam untuk menilainya. Menurutnya, isu itu telah berbangkit apabila masyarakat bukan Islam melihat hak mereka telah disentuh memandangkan undang-undang membenarkan perkara berkenaan. ''Maka tindakan itu (kerajaan Pas Kelantan) telah menimbulkan rasa tak puas hati dan ini memperlihatkan sikap sebenar Pas terhadap bukan Islam. ''MCA telah meneliti perkara itu dan mungkin mereka nak laporkan kepada pihak berkuasa kerana merasakan hak mereka (bukan Islam) dihalang oleh kerajaan Pas Kelantan," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ambil serius budaya politik negatif Semenanjung Posted: Ambil serius budaya politik negatif SemenanjungAmbil serius budaya politik negatif Semenanjung KUCHING 8 Mac - Budaya politik negatif yang menular di Semenanjung khususnya pada setiap pilihan raya kecil (PRK) perlu diberi perhatian serius oleh kepimpinan negeri ini menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, jika tidak diambil berat, ia dikhuatiri menjejaskan keamanan dan mengeruhkan keadaan di negeri ini sepanjang proses itu kelak. Katanya, perkara itu merupakan salah satu daripada topik yang dibincangkan bersama Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam satu kunjungan hormat di sini petang ini. "Banyak perbincangan tadi pun berkisar kepada itu (pilihan raya negeri) dan bagaimana kita di peringkat persekutuan dapat berfungsi sebagaimana kepimpinan negeri. "Isu politik kebencian, politik fitnah, politik perkauman dan matlamat menghalalkan cara demi kuasa, itu semua dibincangkan dengan Ketua Menteri," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. Pertemuan Hishammuddin dan Abdul Taib berlangsung lebih dua jam di kediaman Ketua Menteri itu di Demak Laut, di sini. Ditanya apakah persiapan pihak berkuasa untuk menangani ancaman budaya politik negatif itu, Hishammuddin berkata sebagaimana di Semenanjung, tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang. Justeru beliau menyeru rakyat dan pemimpin politik di Sarawak supaya bertindak matang dalam mengharungi proses demokrasi itu kelak. "Saya berkongsi aspirasi dan harapan dengan Ketua Menteri, janganlah kerana politik kita ketepikan dan gadaikan keharmonian. "Lihatlah di luar sana, negara-negara yang maju dan merdeka lebih awal daripada kita berada dalam keadaan huru-hara, janganlah sebab politik, ia berlaku pula di sini (Sarawak)," tegasnya. Mengenai laporan polis yang dibuat sayap pemuda parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terhadap Radio Free Sarawak yang didakwa menabur fitnah kepada Abdul Taib dan kerajaan negeri, Hishammudin berkata kes itu sedang disiasat. Katanya, jika pengendali radio itu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, pihak berkuasa pasti akan menyeret mereka ke muka pengadilan. "Kita tidak akan ambil tindakan selagi tiada bukti mencukupi dan jelas bahawa mereka melanggar undang-undang, ini bukan berkaitan politik," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 08 Mar 2011 08:01 PM PST Peneroka syukur kemenangan BN Posted: Peneroka syukur kemenangan BNPeneroka syukur kemenangan BN Oleh SALEHUDIN MAT RASAD utusanpahang@utusan.com.my KUALA KRAU 8 Mac - Warga peneroka Felda di tiga tanah rancangan di sini bersyukur dengan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad kelmarin yang disifatkan sebagai suara masyarakat itu menolak parti pembangkang. Mereka menyifatkan kemenangan besar BN mendapat maklum balas positif khususnya di Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 dengan menyumbang undi terbesar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau kelmarin. Ketua Peneroka Felda Jengka 23, Sulaiman Bakar menyifatkan kemenangan Syed Ibrahim merupakan usaha semua pihak yang bertungkus lumus bagi mempertahankan kerusi DUN Kerdau kekal milik BN. Menurutnya, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 pada 27 Februari lalu mempengaruhi aliran pengundi untuk terus menyokong BN. "Sentuhan seorang pemimpin berjiwa besar seperti Datuk Seri Najib secara langsung mempengaruhi jiwa pengundi untuk terus menyokong BN," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau kelmarin, calon BN, Syed Ibrahim menewaskan calon Pas, Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724. Sulaiman berkata, Perdana Menteri lebih memahami hati masyarakat peneroka dan golongan itu menterjemahkan melalui undi pada pilihan raya kecil tersebut. Bagi Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jengka 23, Ismail Awang Mat Saleh, kemenangan itu menggembirakan majoriti peneroka yang tetap menyokong BN. Katanya, masyarakat peneroka sudah muak dengan kerenah pembangkang yang mencari kelemahan agensi itu tetapi tidak menyelesaikannya. Tambahnya, semangat berpasukan jentera BN, para menteri dan timbalan menteri, kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi pemangkin kejayaan itu. Seorang penduduk Felda Jengka 25, Mohd. Tamrin Zakaria, berkata, kemenangan BN memberi satu makna besar terhadap usaha mengangkat martabat masyarakat Felda selari dengan pembangunan negara. Katanya, kemenangan itu secara langsung menyaksikan kesinambungan pembangunan sosioekonomi di tanah rancangan terus dilaksanakan tanpa sebarang kekangan. Generasi Kedua Felda, Mohamad Badrul Hajri Omar Ali, bersyukur dengan kemenangan itu sekali gus memberi isyarat jelas bahawa golongan muda masih setia menyokong perjuangan BN. "Statistik undi di semua saluran tanah rancangan membuktikan majoriti pengundi termasuk generasi baru memihak kepada calon BN," katanya. Ketua Peneroka Felda Jengka 25, Rosli Yahya, berkata, dia berharap momentum sokongan kepada BN terus kekal pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya, semangat dan setiakawan membabitkan semua ahli UMNO tanpa mengira pangkat dan darjat berkempen untuk memastikan tempat BN tidak dirampas oleh pembangkang. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gerakan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kemenangan itu membuktikan rakyat memahami akan agenda pembangunan yang dibawa oleh kerajaan. Tegasnya, masyarakat peneroka sudah matang dan tidak terpedaya dengan tohmahan dan hasutan pembangkang yang gemar membawa isu lapuk untuk kepentingan politik mereka. Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Jengka, Mohd. Nasaruddin Mohd. Nasir berkata, penyediaan prasarana sukan di semua tanah rancangan dan latihan kemahiran percuma kepada generasi baru membuktikan kerajaan prihatin dengan keperluan golongan muda di situ. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 38,000 serbu Karnival Jom Masuk U Posted: 38,000 serbu Karnival Jom Masuk U38,000 serbu Karnival Jom Masuk U Oleh Siti Norizat Shikh Abdul Jalil utusanpahang@utusan.com.my
|
Sebahagian pengunjung melihat informasi mengenai peluang ke IPT yang dipamerkan di Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U di Kuantan, baru-baru ini.
|
KUANTAN 8 Mac - Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U yang berakhir kelmarin mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 38,000 pengunjung hadir pada program tersebut. Karnival anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini. Kalangan pengunjung yang datang sekitar negeri ini tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program ditawarkan. Naib Canselor UMP, Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim memberitahu, sebanyak 80 kaunter pameran disediakan melibatkan 55 IPT awam dan swasta, agensi kerajaan serta institusi kewangan. Menurut beliau, antara IPT terlibat adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan UMP sendiri selaku tuan rumah. ''Kedatangan pengunjung melebihi jangkaan awal iaitu seramai 20,000 menyaksikan masyarakat mulai sedar tentang kepentingan maklumat sesebuah pusat pengajian tinggi sebelum menyarankan ia kepada orang lain,''katanya kepada pemberita kelmarin. Tambah Daing, selain pameran dan pendedahan maklumat, karnival itu juga menjalankan beberapa aktiviti seperti kuiz Jom Masuk U, forum, khidmat nasihat, bimbingan, kaunseling pendidikan dan permohonan aplikasi atas talian. ''Buat pertama kalinya, dalam karnival ini, UMP mewujudkan program kejuruteraan ijazah berkembar dalam bidang mekatronik yang diperkenalkan pada tahun lalu. ''Banyak maklumat dan manfaat boleh diperolehi selain penerangan mengenai pendedahan awal program yang ditawarkan universiti di negara ini diberikan kepada pengunjung," katanya. Sementara itu, seorang Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Nur Nazirah Hamzah, 19, berkata, langkah pihak sekolahnya membawa pelajar ke karnival itu merupakan pendekatan bijak untuk mereka membuat pilihan melanjutkan pengajian selepas tamat persekolahan. Menurutnya, program itu membantunya mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar. ''Saya berpuas hati dengan kerjasama diberikan oleh pihak IPT dalam membantu saya memilih program pengajian yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan dan minat. ''Penerangan itu membantu saya tidak silap memilih program ditawarkan apabila melanjutkan pelajaran ke IPT selepas mendapat keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di karnival tersebut. Bagi Pelajar SMK Sri Rompin, Lee Chien Xiang, 19, karnival itu memberi faedah kerana dapat mengetahui lebih lanjut tentang program ditawarkan di IPT. ''Sebelum ini saya kurang jelas dengan program ditawarkan tetapi dengan penganjuran karnival tersebut mendorong saya untuk lebih bersemangat belajar dan mencatat keputusan terbaik pada peperiksaan STPM tahun ini," jelasnya. Seorang pengunjung, Siti Fatimah Azzahrah Mohd Naharuddin, 17, berkata, dia berterima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Teknik Kuantan yang menganjurkan rombongan ke karnival itu. ''Memang rugi kalau tidak datang ke karnival ini kerana maklumat dan panduan diberikan adalah jelas terutama sering berlaku kesilapan dalam memilih program pengajian serta mengisi borang kemasukan ke IPT yang dilakukan oleh pelajar," tambahnya. Seorang bapa, P. Pethrajoo, 52, berkata, kunjungannya ke karnival itu untuk memberi sokongan dan dorongan kepada anaknya mencapai impian bergelar seorang mahasiswa. ''Kedatangan kami banyak memberi pendedahan terutama kepada anak saya yang baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat STPM pada tahun lepas. ''Maklumat ini sangat berguna dalam menentu hala tuju dan masa depannya," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 200 jurugambar 'Bersiar Ghodong-Ghodong' Posted: 200 jurugambar 'Bersiar Ghodong-Ghodong' 200 jurugambar 'Bersiar Ghodong-Ghodong' KUANTAN 8 Mac - Kelab Ghodong-Ghodong Fotografi baru-baru ini menganjurkan bengkel teknik fotografi dengan merakamkan pelbagai destinasi menarik yang terdapat di bandar ini. Bengkel sehari bertemakan 'Bersiar Ghodong-Ghodong' itu disertai 200 jurugambar yang turut mendapat kerjasama dua kelab fotografi lain iaitu Eastern Shutter dan DSLR Kemaman serta jurugambar bebas. Sepanjang bengkel tersebut mereka didedahkan cara penggunaan kamera, merakam gambar, gambar potret dan kepelbagaian sudut menarik sesuai dengan tugasan tertentu. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan disediakan seorang model untuk dirakamkan melalui lensa kamera dengan aksi bersahaja. Presiden kelab itu, Muhammad Ashraf Zulkifli, 25, berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan tentang penggunaan kamera dan cara mendapatkan gambar terbaik. "Semua orang boleh mengambil gambar, namun untuk merakamkan gambar terbaik yang boleh mentafsirkan rakaman itu perlu mempelajarinya secara khusus dan teknikal. "Walaupun peserta bengkel itu mempunyai pelbagai latar belakang, kita dapat menyatukan mereka menghasilkan gambar terbaik di akhir bengkel tersebut," katanya. Ashraf juga terharu dengan sambutan peserta yang datang dari pelbagai daerah seperti Temerloh, Jerantut, Raub, Pekan termasuk dari luar Pahang iaitu Kemaman dan Dungun, Terengganu. Dalam pada itu, salah seorang jurugambar bebas, M. Eraman Malek, 27, berkata, bengkel tersebut mencapai matlamat kerana bukan sahaja mempelajari teknik digital malah memberi maklumat baru mengenai penggunaan serta teknik menangkap gambar. "Saya bukan sahaja berkesempatan mendalami penggunaan kamera digital tetapi berpeluang mengenali rakan- rakan daripada berbilang kaum yang mempunyai minat sama," katanya. Seorang lagi jurugambar bebas, Syazrul Edwan Mohd. Sham, 32, berkata, dia bertuah kerana bukan sahaja mengikuti bengkel tersebut tetapi berkongsi ilmu dengan peserta lain. "Bagi saya, pengalaman itu amat berguna dan berharap pihak penganjur dapat meneruskan usaha seperti ini pada masa akan datang," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Mahkamah Posted: 08 Mar 2011 07:23 PM PST Tidak diterima jadi barang bukti Posted: Tidak diterima jadi barang buktiTidak diterima jadi barang bukti Oleh AMIRUDDIN HARUN pengarng@utusan.com.my KUALA LUMPUR 8 Mac - Sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang diambil dari lokap menempatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai 2008 tidak diterima masuk sebagai barang bukti dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang tersebut. Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian hari ini selepas mendapati barang-barang berkenaan yang diambil bagi tujuan mendapatkan profil asid deoksiribonukleik (DNA), diperoleh dengan cara yang tidak sah. ''Saya mendapati sampel DNA yang diperoleh dari tuala kecil Good Morning, berus gigi dan botol plastik tersebut dibuat melalui cara yang tidak adil. Dengan itu, ketiga-tiga barang berkenaan dan segala keterangan berkaitan analisis DNA tersebut tidak diterima masuk sebagai sebahagian bahan bukti,'' katanya. Beliau berkata demikian dalam penghakiman ringkasnya selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) sejak semalam. Hakim Mohamad Zabidin sebelum itu menyatakan, penghakiman penuh mengenai keputusan tersebut akan dikeluarkan kemudian. Selepas keputusan tersebut dibacakan, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya belum bersedia dengan saksi-saksi pada hari ini. Mohd. Yusof turut memberitahu, pihaknya akan memanggil tiga orang saksi lagi sebelum hakim tersebut membenarkan perbicaraan bersambung esok. Tiga saksi yang akan dipanggil ialah seorang lagi doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Razuin Rahimi yang mengisi butiran dalam borang protokol perubatan (proforma) semasa pemeriksaan ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan; Ketua Staf di pejabat Anwar, Ibrahim Yakob dan pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira. Prosiding TWT diadakan selepas pasukan pembelaan mempertikaikan tindakan pihak pendakwaan yang ingin mengemukakan beberapa barang kes untuk dijadikan bahan bukti dalam kes berkenaan kerana mendakwa barang-barang itu diperoleh secara tidak sah. Barang-barang kes tersebut adalah sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi kecil warna putih dan satu botol plastik jenama 'Cactus'. Mengikut keterangan bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Amidon Anan pada 1 Mac lalu, beliau merampas ketiga-tiga barang tersebut dan sehelai bulu dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara pada 17 Julai 2008 selepas didiami oleh Anwar semalaman. Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon dalam keterangannya di mahkamah pada 23 Februari lalu pula menyatakan bahawa ujian analisis DNA terhadap tuala, berus gigi dan botol minuman tersebut menunjukkan wujudnya profil DNA Lelaki Y. Enam hari sebelum itu, seorang lagi ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong mengesahkan bahawa ujian analisis DNA pada empat calitan putik kapas menunjukkan kehadiran profil DNA Lelaki Y di dalam rektum (salur dubur) dan permukaan dubur (perianal) Mohd. Saiful Bukhari. Dengan keputusan hari ini, mahkamah boleh untuk tidak mempertimbangkan segala keterangan daripada Nor Aidora dan Amidon berkaitan tuala kecil, berus gigi dan botol minuman terbabit. Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Terdahulu, semasa menjawab hujah pihak pendakwaan, peguam Karpal Singh sekali lagi mendakwa bahawa barang-barang tersebut telah diperoleh dengan cara tipu helah dan muslihat selepas Anwar enggan memberi sampel DNA kepada doktor di HKL. Menurutnya, keterangan saksi dalam perbicaraan kes tersebut juga menunjukkan bahawa Judy telah mengarahkan anggota polis yang mengawal lokap berkenaan tidak menyentuh barang-barang terbabit. ''Mengapa perlu arahan sedemikian kecuali ia adalah helah pihak polis untuk memastikan sampel DNA diperoleh dari barang-barang terbabit sungguhpun Anwar sebelum itu enggan memberi sampel darah untuk profil DNA di HKL dan perkara ini jelas dalam pengetahuan Judy yang menemani Anwar ke HKL,'' katanya. Karpal juga menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Goi Ching Ang berhubung bahan bukti yang diperoleh melalui cara tekanan, bukannya bersandarkan nas undang-undang dari Amerika, Britain mahupun negara-negara asing. Semalam, Mohd. Yusof mengemukakan hujahan melibatkan nas undang-undang dari Amerika Syarikat selain Britain dan negara-negara Komanwel yang menyatakan bahawa barang-barang kes yang relevan meskipun diambil melalui cara yang dipertikaikan, boleh diterima sebagai bahan bukti. Beliau turut menghujahkan bahawa adalah tidak wajar untuk mahkamah menggunakan budi bicara bagi mengetepikan barang-barang kes terbabit kerana tiada sebarang unsur yang salah digunakan oleh pihak berkuasa dalam memperoleh barang-barang tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Suruhanjaya hairan saksi 'lepas tangan' Posted: Suruhanjaya hairan saksi 'lepas tangan'Suruhanjaya hairan saksi 'lepas tangan' KUALA LUMPUR 8 Mac - Ahli-ahli Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock hari ini melahirkan rasa hairan terhadap sikap seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dianggap 'lepas tangan' selepas menyoal siasat lelaki itu pada malam sebelum dia ditemui mati. Mereka silih berganti mempersoalkan tindakan Penolong Penguasa Mohd. Asyraf Mohd. Yunus, 27, yang menyuruh Setiausaha Politik Exco Selangor itu menunggu di ruang tamu pejabat Bahagian Pendidikan Masyarakat (Pen Mas) manakala dia menghilangkan diri untuk menyelesaikan tugas-tugas lain. Begitu juga sikap spontan Mohd. Asyraf yang langsung tidak bertanya kepada Beng Hock semasa melihat beliau masih berada di pejabat SPRM dan meminta air minum daripadanya pada pukul 4.40 pagi. Datuk T. Selventhiranathan bertanya sama ada saksi terfikir untuk bertanya mengapa Beng Hock masih berada di pejabat SPRM dan berbaring di sofa ruang tamu semasa memberikan lelaki itu air minuman sebagaimana yang diminta. Seorang lagi ahli suruhanjaya, Dr. Mohamed Hatta Shaharom juga bertanya sama ada Mohd. Asyraf tidak berasa bersalah meninggalkan Beng Hock begitu sahaja tanpa sebarang arahan lanjut dan apa yang difikirkan apabila melihat lelaki itu masih belum pulang pada awal pagi. Sementara bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman pula meminta Mohd. Asyraf meletakkan dirinya di tempat Beng Hock dan membayangkan perasaan apabila berada di tempat asing tanpa sesiapa ambil peduli. Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen pula menimbulkan soalan adakah semua saksi SPRM dilayan sebegitu manakala pegawai SPRM pula bersikap sebagaimana Mohd. Asyraf. ''Awak beritahu Beng Hock supaya tunggu dan awak tinggalkan dia di situ. Lepas itu awak balik buat kerja awak. Macam itu ke awak layan saksi-saksi awak? Adakah adil untuk suruh saksi tunggu, lepas itu awak hilangkan diri. Si mati bukan suspek, tapi saksi untuk bantu SPRM. ''Adakah semua sikap pegawai SPRM begini? Saksi tunggu atau tidak bukan masalah mereka. Tidak ada cara yang elokkah untuk beritahu saksi apa tindakan selanjutnya. ''Saya hendak tahu prosedur SPRM, saya bukan marah awak. Kami perlu bertanya sebab antara terma rujukan suruhanjaya ialah untuk siasat sama ada prosedur siasatan terhadap si mati dilakukan SPRM dengan adil, betul atau sebaliknya,'' kata beliau. Menghadapi soalan bertalu-talu itu, Mohd. Asyraf menjelaskan bahawa tugasnya telah selesai selepas semakan dokumen dibuat dan arahan lanjut akan diberikan oleh pegawai atasan iaitu seorang pegawai lain akan merakamkan kenyataan daripada Beng Hock selepas itu. Dia juga tidak berasa hairan atau bertanya apabila melihat Beng Hock masih berada di pejabat SPRM pada pukul 4.40 pagi kerana beranggapan mungkin lelaki itu sedang berehat selain menjadi kebiasaan untuk saksi tidur di situ. ''Apabila sudah selesai, saya tidak fikir pasal Beng Hock sebab pegawai atasan beritahu bahawa tugas saya sudah selesai dan saya boleh buat kerja-kerja saya semula. Saya juga tidak dapat bayangkan perasaan Beng Hock pada ketika itu sebab saya tidak pernah mengalami situasi seperti itu,'' jelasnya. Jawapan tersebut menyebabkan Cheng Yuen bertanya apa perasaan Mohd. Asyraf apabila mengetahui Beng Hock ditemui mati dan dia sendiri menjadi suspek dalam kes itu. Apabila Mohd. Asyraf mengakui tertekan, beliau menempelak bahawa saksi telah pun mengalami apa yang dirasakan oleh Beng Hock pada malam dia disoal siasat oleh SPRM. Dalam keterangan sebelum itu, Mohd. Asyraf memberitahu bahawa dia diarah oleh Ketua Bahagian Siasatan, Hairul Ilham Hamzah untuk membantu pegawai penyiasat, Arman Alies bagi menyoal Beng Hock dan membuat semakan terhadap dokumen-dokumen yang mencurigakan pada pukul 10.30 malam, 15 Julai 2009. Selepas selesai pada pukul 12.30 tengah malam, dia menyuruh Beng Hock pergi ke ruang tamu Pen Mas sementara dia dan Arman memberitahu bahawa terdapat dokumen yang ditandatangani oleh Beng Hock bagi pihak Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah kepada Hairul Ilham. Dia kemudian membuat persiapan untuk perbicaraan di mahkamah di biliknya dan turun selepas ke tingkat bawah untuk mengambil akbar dan membacanya sebelum tertidur. Mohd. Asyraf memberitahu, dia hanya melihat Beng Hock berbaring di atas sofa di ruang tamu pejabat SPRM apabila lelaki itu meminta air minuman dan terus pulang ke rumah selepas itu. Sebelum itu, Mohd. Asyraf turut ditegur apabila kerap memberikan jawapan tidak ingat tentang apa yang ditanya kepada Beng Hock pada malam tersebut semasa disoal oleh pegawai pengendali, Awang Armadajaya Awang Mahmud. Selventhiranathan menyifatkan saksi mengalami masalah memori terpilih manakala Abdul Kadir yang dilihat kesal dengan jawapan Mohd. Ashraf menegaskan bahawa ia akan mengugat tugas suruhanjaya untuk mendapatkan fakta dan kebenaran. Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini akan bersambung esok. Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 lalu selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam. Mahkamah Koroner pada 5 Januari lalu memutuskan hasil inkues menyiasat kematian lelaki itu sebagai keputusan terbuka (open verdict). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 08 Mar 2011 03:38 PM PST Di mana kekuatan Pas sebenarnya? Posted: Di mana kekuatan Pas sebenarnya?Di mana kekuatan Pas sebenarnya? POST mortem keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau mungkin boleh menyentuh tajuk "Di Manakah Kekuatan Pas Yang Sebenarnya? Apakah Masih Mengharapkan Undi Protes?" Kekalahan Pas di DUN Merlimau dan Kerdau sudah diramalkan sejak hari pertama kempen pilihan raya. Pemilihan Hassanuddin Salim di DUN Kerdau dilihat sebagai 'bermain-main' oleh pemerhati politik memandangkan beliau adalah calon 'reused & recycle' setelah kalah dalam dua pilihan raya sebelum ini. Dengan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam PRK DUN Kerdau, beliau telah memecahkan rekod kalah tiga kali berturut-turut. Ia satu percaturan yang tidak praktikal di dalam politik. Ada ura-ura mengatakan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, takut untuk bertanding kerana takut kalah di DUN Kerdau. Maka, mahu tak mahu, Hassanuddin Salim terpaksa dijadikan 'kambing hitam' untuk sekadar memenuhi kuota calon di DUN Kerdau. Realitinya, pemilihan Ustaz Syed Ibrahim dan aura yang ditonjolkan oleh beliau telah mematikan gerak jentera pilihan raya Pas. Serangan awal yang ditujukan terhadap kesahihan sijil beliau berakhir dengan jentera Pas terpaksa menjilat kembali ludah mereka sendiri. Malah, kemunculan isu Tuan Ibrahim yang bertindak sebagai Ah Long untuk membeli tanah Felda sedikit sebanyak telah menggoncang jentera parti Pas di saat-saat akhir kempen PRK DUN Kerdau. Begitu juga di DUN Merlimau. Pemilihan Yuzaihad Abdullah sebagai calon Pas di sana telah diwarnai dengan pelbagai pendedahan demi pendedahan yang tidak enak serta menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang calon. Aksi calon Pas yang berlakon di depan kamera tatkala mengangkat keranda jenazah penduduk di DUN Merlimau telah memburukkan lagi keadaan. Sikap beliau yang meninggalkan penduduk yang sibuk menguruskan jenazah, tidak dapat dimaafkan. Sekurang-kurangnya, Roslan Ahmad, calon BN Merlimau telah berada di sisi jenazah sehingga selesai. Kemenangan berganda parti BN di Merlimau dan Kerdau dengan penambahan majoriti undi dilihat sebagai satu peningkatan sokongan kepada parti BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang kita sedang menunggu alasan parti Pas tentang kekalahan berganda mereka ini. Isu 'pengundi hantu' tidak kedengaran, cuaca baik tidak seperti di DUN Tenang, atmosfera pilihan raya tenang dan berjalan lancar. Jadi, apakah alasan Pas? Mereka tidak boleh menggunakan alasan BN memberi 'gula-gula' kepada penduduk Kerdau dan Merlimau kerana Pas sendiri bertindak demikian di kedua-dua DUN dan paling nyata ialah semasa DUN Galas. Pas bukan parti yang walk their talk. Selain daripada itu, pihak pembangkang mungkin akan bergolak lagi dengan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh Pas. Yang difikirkan sekarang ialah apakah Pas hanya sekadar menumpang kekuatan parti DAP tanpa membawa sebarang added value kepada pakatan parti-parti tersebut. Satu perkara yang kita perlu tahu tentang kedua-dua PRK ialah Pas masih mengharapkan undi protes untuk menang tanpa sebenarnya menonjolkan kekuatan parti itu sendiri. Dan sudah tentu DAP akan 'merungut dalam diam' kerana Pas gagal menonjolkan diri sebagai parti yang benar-benar kuat dan dapat berdiri di kaki sendiri tanpa undi penyokong DAP dan undi protes.' Dr. Novandri Hasan Basri Gelugor, Pulau Pinang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Baik sangatkah Pas ketika pilihan raya? Posted: Baik sangatkah Pas ketika pilihan raya?Baik sangatkah Pas ketika pilihan raya? Oleh ZULKIFLEE BAKAR pengarang@utusan.com.my MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata kecewa dengan kekalahan empat kali berturut-turut parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan sejak November lalu. Selepas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan, Pas terus tersungkur di DUN Tenang, Merlimau dan Kerdau. Namun begitu, ia belum mencukupi bagi memberikan keinsafan kepada pemimpin Pas seperti Nik Abdul Aziz yang terus menuding jari menyalahkan orang lain terhadap kekalahan parti tersebut. Terbaru, Menteri Besar Kelantan itu ketika mengulas kekalahan di Merlimau dan Kerdau mendakwa, Barisan Nasional (BN) menggunakan jentera kerajaan. Dakwanya, kekalahan itu disebabkan Pas berdepan dengan Kerajaan Pusat dan bukannya UMNO atau BN. Nik Abdul Aziz terus membebel mengatakan BN mencabul sistem demokrasi di negara ini bagi 'mencipta kemenangan'. ''Kita sebut pilihan raya, tetapi sebenarnya di Malaysia tidak ada pilihan raya. Pas sebagai sebuah parti sepatutnya lawan dengan UMNO, tetapi yang berlawan sekarang parti dan kerajaan, televisyen, radio dan projek semua berpihak kepada sebelah pihak.'' Itu hujah Nik Abdul Aziz, tetapi sebelum kita menelan bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Mursyidul Am Pas itu, cubalah kita menilai apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan ketika PRK DUN Galas pada 4 November tahun lalu. Apakah Pas 'tidak menyalah gunakan kuasa' atau jentera kerajaan negeri apabila mengumumkan 'cuti peristiwa' bagi membolehkan mereka memberi tumpuan kepada PRK berkenaan. Galas hanya mempunyai 11,553 pengundi, tetapi kenapa perlu seluruh rakyat Kelantan diberi cuti? Tidakkah pemberian cuti itu lebih bersifat politik? Nik Abdul Aziz juga berhujah bahawa BN memberi projek setiap kali pilihan raya, tetapi di Galas Kerajaan Pas Kelantan dipercayai menggunakan Ladang Rakyat dan pembahagian tanah untuk menarik sokongan kira-kira 2,000 pengundi Orang Asli sempena PRK itu. Ini belum lagi mengambil kira projek-projek yang diberikan bagi memancing undi ketika Pilihan Raya Umum 2008. Kita juga perlu bertanya kepada Nik Abdul Aziz, apakah tawaran wang RM200 hingga RM250 kepada 1,557 pengundi Galas yang berada di luar Kelantan untuk pulang mengundi tidak boleh dianggap rasuah? Bagaimana kalau BN yang membuat tawaran berkenaan? Sudah tentulah Pas akan membuat pelbagai tuduhan. Begitu juga apabila Kerajaan Pas Kelantan secara tiba-tiba mengadakan ekspo pertanian di bandar Gua Musang semasa kempen berlangsung, tidakkah itu menggunakan jentera kerajaan negeri? Apa yang paling hebat ialah tindakan Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Orang Asli selepas mengislamkan mereka pada Majlis Mesra Rakyat di Pos Sandrop, Lojing, Gua Musang dua hari sebelum hari pengundian. Tidakkah itu boleh dianggap sebagai politik wang bagi memancing undi? Apa pula hujah Nik Abdul Aziz mengenai pemberian 75 sijil penyertaan projek perumahan berkelompok kepada masyarakat berkenaan pada hari yang sama, tidakkah itu 'penyalahgunaan' kedudukan sebagai kerajaan negeri? Berdasarkan beberapa contoh tersebut, maka tidak perlulah Nik Abdul Aziz hendak menggambarkan seolah-olah kerajaan Pas Kelantan atau Pas sendiri paling bersih dan suci apabila menghadapi pilihan raya. Kalau beliau berhujah bahawa BN menggunakan jentera kerajaan, maka di Kelantan apa yang berlaku dalam PRK DUN Galas sudah menjadi bukti. Janganlah melihat kerajaan Pas Kelantan atau Pas itu terlalu baik ketika berhadapan dengan pilihan raya. Nik Abdul Aziz perlu bermuhasabah dan membiarkan pemimpin-pemimpin Pas yang berfikiran terbuka mengkaji apakah faktor yang menyumbang kekalahan parti berkenaan. Sebagai ahli politik veteran, Nik Abdul Aziz sepatutnya belajar menghormati kebijaksanaan para pengundi membuat keputusan. Janganlah apabila menang anggap BN ditolak oleh rakyat, apabila Pas kalah BN dituduh merasuah rakyat. Selain itu, Nik Abdul Aziz juga sebagai ulama sudah pasti mengerti ketentuan Allah SWT. Dalam soal apa pun dalam kehidupan di dunia ini, manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Nik Abdul Aziz mungkin boleh mempengaruhi penyokong-penyokong tegar Pas dengan hujahnya, tetapi dalam kalangan rakyat biasa, mereka semakin memahami kenapa Pas tidak harus diberikan kemenangan dalam pilihan raya. Justeru, tidak payah lagi Nik Abdul Aziz terus bersilat lidah bagi menutup kelemahan Pas, sebaliknya berusahalah memperkukuhkan kembali parti itu yang dilihat tidak lebih daripada 'pak turut' dalam kerjasama dalam kalangan parti pembangkang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 08 Mar 2011 01:03 PM PST Tarik pelaburan RM2.26 bilion Posted: Tarik pelaburan RM2.26 bilionTarik pelaburan RM2.26 bilion NAJIB TUN RAZAK (tengah, barisan belakang) bergambar bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang terlibat dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sembilan lagi projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bakal menarik pelaburan berjumlah RM2.26 bilion. Perdana Menteri berkata, pada masa yang sama, projek tersebut mampu menjimatkan dan menjana RM11.71 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (PNK) menjelang 2020. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Mangsa culik lepaskan diri Posted: Mangsa culik lepaskan diriMangsa culik lepaskan diri Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI zaini.hadi@kosmo.com.my SERI KEMBANGAN – Sepasang suami isteri yang dikurung dalam sebuah pondok kecil dalam keadaan tangan bergari selama dua hari bernasib baik berjaya melepaskan diri sebelum wang tebusan sebanyak RM15,000 dibayar kepada penculik itu. Pasangan itu menjadi mangsa culik tiga lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari Shah Alam di hadapan rumah mereka di Jalan Kinrara 4/4D, Sunway Kinrara, Batu 8, Puchong pada pukul 11.55 malam pada Khamis lalu ketika mereka baru sampai ke rumah selepas keluar makan malam. Mangsa culik iaitu seorang kapten bersara yang kini bergiat dalam bidang perniagaan dan isterinya diculik selepas ketiga-tiga suspek memberitahu mereka perlu dibawa ke balai polis bersabit satu kes. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tiga barang kes Anwar ditolak Posted: Tiga barang kes Anwar ditolakTiga barang kes Anwar ditolak Oleh WAZIHA WAHID waziha@kosmo.com.my
|
Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
|
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menolak tiga barang kes yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) tempat dia ditahan pada 16 Julai 2008 atas alasan ia diperoleh secara salah. Tiga barang tersebut ialah sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air mineral kosong yang diambil oleh ketua makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), bekas Supritendan Amidon Anan selepas Anwar dilepas dari dalam lokap sehari kemudian. Turut dikeluarkan daripada senarai bukti ialah sampel DNA yang didapati daripada ketiga-tiga barang tersebut seperti yang disahkan pakar kimia, Nor Aidora Saedon bahawa DNA itu sepadan dengan DNA 'Male Y' pada dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 08 Mar 2011 11:27 AM PST 1001 masalah hantui penduduk Posted: 1001 masalah hantui penduduk1001 masalah hantui penduduk Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB kota@utusan.com.my
|
seORANG kanak-kanak bermain di kawasan rumah sampah Pangsapuri Pandan Perdana 700, Ampang yang tidak diuruskan dengan baik oleh pihak berkenaan. – UTUSAN/RASHID MAHFOF
|
AMPANG 8 Mac – Tinggal di rumah yang selesa dengan persekitaran yang bersih dan indah, ditambah pula dengan jiran-jiran yang baik hati dan bertanggungjawab memang impian semua orang. Bagi yang tinggal di pangsapuri, kesempurnaan lebih diharapkan kerana hampir semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan bersama. Namun, bagi penduduk di Pangsapuri Pandan Perdana 700 di sini impian itu ibarat langit dan bumi, malah mereka kini terpaksa menghadapi 1001 masalah yang terdapat di pangsapuri tersebut. Baik di setiap unit rumah mahu pun di kawasan sekitar, semuanya dipenuhi masalah yang tidak pernah selesai sejak sekian lama walaupun aduan demi aduan sudah dibuat. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, dakwaan penduduk itu memang benar kerana tanpa perlu meninjau ke setiap unit rumah, persekitarannya sudah cukup menunjukkan terdapatnya pelbagai masalah di pangsapuri yang menempatkan empat blok itu. Antara masalah yang dianggap kritikal ialah sampah-sarap yang memenuhi segenapkawasan blok-blok terbabit seperti tidak ada pihak yang bertanggungjawab terhadap masalah tersebut. Di situ juga terdapat longkang besar yang tidak berpagar yang sangat membahayakan penduduk terutama kanak-kanak. Longkang tersebut juga didapati sangat kotor kerana tidak pernah diselenggara dan keadaan itu boleh mendatangkan risiko penyakit kepada penduduk. Selain itu, terdapat juga saluran kumbahan yang tersumbat sehingga mengeluarkan air kumbahan dan najis yang bukan sahaja menjadi punca bau busuk tetapi juga mencemarkan pemandangan dan mengotorkan kawasan. Lebih malang lagi, limpahan air memenuhi sebahagian besar kawasan pangsapuri itu turut melimpah sehingga ke hadapan surau pangsapuri berkenaan sehingga mengganggu jemaah yang beribadat di situ. Satu lagi masalah yang menghantui penduduk di situ ialah masalah kerosakan lif yang tidak berpenghujung dan ketika tinjauan dilakukan, kebanyakan lif di blok-blok pangsapuri tersebut sudah tidak berfungsi. Masalah-masalah itu sebenarnya tidak sepatutnya berlaku jika pihak yang bertanggungjawab menguruskan pangsapuri itu melaksanakan tugas mereka dengan baik. Penduduk berkata, semua masalah yang berlaku itu adalah masalah-masalah asas dan mereka hairan mengapa terlalu sukar untuk pihak berkuasa menyelesaikan masalah tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tiada pihak mahu ambil peduli Posted: Tiada pihak mahu ambil peduliTiada pihak mahu ambil peduli KUALA LUMPUR 8 Mac - Penduduk Pangsapuri Pandan Perdana 700 di sini kini hidup dalam keadaan tertekan akibat daripada pelbagai masalah yang perlu mereka hadapi setiap hari. Mereka kini sudah tidak mampu bertahan dan berharap segala masalah itu akan dapat diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab dengan kadar segera. Seorang penduduk, Rafidah Rifin, 42, berkata, terlalu banyak masalah di pangsapuri itu sehingga mereka kini malu untuk mengaku tinggal di situ. Katanya, yang paling teruk ialah masalah saluran kumbahan bocor dan mengeluarkan najis yang berlaku betul-betul di hadapan surau. "Keadaan itu sangat sukar diterima. Bayangkan penduduk bersembahyang dalam keadaan terpaksa menahan bau busuk. Itu belum lagi ada aktiviti lain di surau itu," katanya. Katanya, akibat tiada tindakan segera mengatasi masalah itu, air kumbahan tersebut sudah memenuhi ruang legar di bawah pangsapuri itu menjadi ia tidak sesuai untuk kanak-kanak bermain. Katanya, penduduk sudah beberapa kali meminta pihak pengurusan pangsapuri itu membaikinya, namun pihak berkenaan meminta penduduk membaikinya sendiri. "Penduduk di sini semuanya sudah tidak tahan dengan keadaan ini, namun terpaksa juga menerimanya kerana di sinilah rumah kami. "Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah itu dan beberapa masalah lain yang terdapat di pangsapuri ini," katanya. Seorang penduduk yang sudah 15 tahun tinggal di pangsapuri itu, Mohd. Ali Zahari, 46, berkata, apa yang lebih merunsingkannya ialah masalah ketiadaan bekalan air ke rumah-rumah yang kerap berlaku. Katanya, selain itu, masalah lif yang sering rosak turut menghantuinya kerana hampir setiap hari dia terpaksa menggunakan tangga untuk turun dan naik ke rumahnya. "Kami sebenarnya sudah tidak tahan lagi menanggung masalah-masalah ini, namun terpaksa juga menempuhinya kerana tiada pihak yang ingin membantu. "Tinggal di rumah kini sudah tidak seselesa dulu kerana terpaksa menghadapi pelbagai masalah ini...turun sahaja dari rumah, pasti ternampak sampah-sarap yang tidak dikutip. Ia sangat menyakitkan," katanya. Dia berharap kerajaan dapat membantu penduduk di situ mengatasi masalah-masalah yang berlaku itu kerana pangsapuri itu menempatkan beratus ratus keluarga yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. "Kasihanilah kami, sampai bila kami akan terus berhadapan dengan masalah-masalah ini," katanya. Abu Sufian Abd. Latif, 43, pula berkata, semua masalah itu telah dikemukakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu tetapi tidak pernah ada tindakan diambil. Katanya, ADUN berkenaan hanya datang sekali sahaja sebelum pilihan raya lalu dan tidak pernah lagi bertanya khabar atau melawat ke pangsapuri tersebut selepas itu. "Penduduk mengharapkan beliau untuk menyelesaikan masalah di sini, namun semuanya hanya tinggal harapan sahaja," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Polis sedia panggil ibu bapa Posted: Polis sedia panggil ibu bapaPolis sedia panggil ibu bapa Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS kota@utusan.com.my
|
Zulkifli Abdullah (kiri) bersalaman dengan Mohd. Adenan Deraman selepas mesyuarat membentuk kerjasama antara polis dan sekolah bagi menangani isu-isu berkaitan jenayah di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
|
KUALA LUMPUR 8 Mac - Polis memberi amaran akan memanggil ibu bapa untuk diambil tindakan sekiranya didapati membenarkan anak-anak mereka menggunakan kenderaan secara salah tanpa memiliki lesen dan cukai jalan yang sah. Tindakan yang dikenakan termasuk mengeluarkan saman dan merampas motosikal sebagai langkah awal mencegah anak-anak mereka daripada terlibat dengan kesalahan trafik termasuk samseng jalanan. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, tindakan undang-undang itu bertujuan untuk mendidik seterusnya mengurangkan salah laku dan masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah selain menurunkan kadar jenayah. "Pihak polis akan menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal di sekolah-sekolah di sekitar ibu negara bagi mengenal pasti ia digunakan mengikut tujuan yang betul. "Sebanyak 11 kes kesalahan trafik termasuk aktiviti samseng jalanan melibatkan pelajar-pelajar sekolah dilaporkan sejak Disember tahun lalu. "Ibu bapa kesemua pelajar terbabit kini sedang disiasat sama ada membenarkan anak-anak menggunakan motosikal mereka secara salah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini. Zulkifli berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bagi membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan dengan Jabatan Pelajaran bagi menangani isu-isu berkaitan jenayah terutamanya penyalahgunaan dadah dan samseng jalanan. Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebanyak 10 daripada 199 buah sekolah menengah di sekitar ibu negara dipilih bagi melaksanakan projek Sekolah Angkat Polis antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pelajaran. Katanya, kriteria pemilihan sekolah-sekolah angkat polis berkenaan bukan terhad kepada hanya sekolah yang bermasalah disiplin sahaja, malah sekolah-sekolah yang berprestasi cemerlang. "Tujuan projek kerjasama dua hala ini selain mengawal jenayah di kalangan pelajar-pelajar sekolah, ia juga menambah baik pengisian dalam program-program sekolah seperti kadet sekolah dan Kelab Pencegahan Jenayah," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Mohd. Adenan Deraman berkata, penyertaan pelajar dalam kadet polis dan kelab cegah jenayah di sekolah dilihat berkesan dan mampu mengurangkan jenayah. "Setakat ini, tiada rekod menunjukkan pelajar-pelajar kelab berkenaan terlibat dalam masalah disiplin," katanya lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
1 ulasan:
HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR
DARI-rossastanleyloancompany
Apakah Anda memerlukan kredit yang mendesak?
* Sangat Cepat dan Transfer Instan ke rekening bank anda
* Biaya kembali di bulan setelah Anda mendapatkan pinjaman Anda di bank Anda
akun bank
* Tingkat bunga rendah 2%
* Long term payback (1-20) Long
* Pinjaman fleksibel dan gaji bulanan
*. Berapa lama waktu yang dibutuhkan untuk membiayai? Setelah mengajukan pinjaman
Anda mungkin mengharapkan jawaban awal kurang dari 24 jam
pembiayaan dalam 48Hours setelah menerima informasi yang mereka butuhkan
dari kru Pada perusahaan pinjaman ROSSA STANLEY, kami adalah perusahaan pembiayaan yang berpengalaman yang memberikan kemudahan pinjaman gratis kepada individu-individu yang berpikiran tulus, serius, perusahaan, badan hukum dan masyarakat umum dengan tingkat bunga 2%. Kami memiliki akses ke kumpulan uang tunai untuk diberikan kepada perusahaan dan mereka yang memiliki rencana untuk memulai bisnis tidak peduli seberapa kecil atau besarnya, kami memiliki uang tunai. Yakinlah bahwa kesejahteraan dan kenyamanan Anda adalah prioritas utama kami, mengapa kami berada di sini untuk mengurus pemrosesan pinjaman Anda.
Hubungi perusahaan pinjaman yang sah dan dapat dipercaya dengan rekam jejak pelayanan yang memberikan kebebasan finansial kepada negara-negara bersatu (PBB).
Untuk informasi lebih lanjut dan pinjaman yang meminta untuk mendirikan bisnis Anda, belilah rumah, beli mobil, liburan, hubungi kami via,
E-mail resmi: rossastanleyloancompany@gmail.com
Viber resmi: +15186756750
Instagram resmi: Rossamikefavor
Twitter resmi: Rossastanlyloan
Official Facebook: rossa stanley favor
untuk respon cepat dan cepat ....
Mohon mengisi formulir aplikasi di bawah ini dan kami akan menghubungi Anda lagi, Kami tersedia 24/7
DATA PEMOHON
1) Nama Lengkap:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Jenis Kelamin:
5) Status Perkawinan:
6) Pekerjaan:
7) Nomor Telepon:
8) posisi saat ini di tempat kerja:
9) Penghasilan Bulanan:
10) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
11) Durasi Pinjaman:
12) nama facebook:
13) nomor Whatsapp:
14) Agama:
15) Tanggal lahir:
16) Nomor Viber
SALAM,
Mrs.Rossa Stanley Favor
ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
Email rossastanleyloancompany@gmail.com
Catat Ulasan