ads

Isnin, 21 Mac 2011

Edisi Nasional


URL Sumber Asal :-

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 21 Mar 2011 01:08 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Perjuangan Osman tidak berubah

Posted:

Perjuangan Osman tidak berubah

Perjuangan Osman tidak berubah

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar IZHAM JAAFAR


FILEM Anak Halal yang merupakan cerita nukilan Osman sendiri telah membuahkan hasil untuknya apabila menerima trofi Cerita Asal Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-21, tiga tahun lalu.


APABILA memperkatakan tentang pembikin filem berjiwa besar ini, memang kita tidak dapat lari daripada membayangkan subjek berat yang sering ditampilkan dalam filem-filemnya.

Memulakan kariernya sebagai pengarah filem bebas atau independent (indie) menerusi filem Bukak Api pada tahun 2000, Osman Ali telah mencetus revolusi baru yang telah membawa Osman berkelana ke seluruh dunia termasuk Festival Filem Cannes, Perancis.

Filem yang mengangkat tema kehidupan golongan mak nyah itu telah mengangkat nama Osman sebagai seorang pembikin yang berani dengan mengetengahkan filem dengan subjek yang jarang sekali diterokai oleh pengarah arus perdana.

Begitu juga dengan filem Malaikat Di Jendela di mana Osman bermain cerita tentang isu HIV dan AIDS yang boleh dikatakan sesuatu yang cukup sensitif di kalangan masyarakat.

Berbekalkan dua buah filem itu, nama Osman menjadi cukup gah di kalangan pembikin filem indie yang digeruni kawan dan lawannya walaupun filem-filemnya itu tidak ditayangkan di pawagam tempatan.

Ramai juga yang menyangka Osman akan kekal meneruskan perjuangannya itu. Namun, semuanya berubah apabila Osman mengambil keputusan untuk menongkah arus dengan menghasilkan filem komersialnya yang pertama, Puaka Tebing Biru pada tahun 2007.

Seperti mana yang diketahui umum, pembikin filem indie memiliki ideologi dan pendirian mereka sendiri apabila memperkatakan tentang pembikinan filem.

Mereka membikin filem atas nama kejujuran, cinta serta minat yang mendalam dan bukannya mahu meraih untung mahupun populariti semata-mata. Jauh sekali juga untuk bersaing dengan pengarah filem arus perdana yang lain untuk menempatkan diri mereka di dalam industri.

Lebih mendukacitakan, percubaan pertama Osman menerusi Puaka Tebing Biru dilihat sebagai gagal walaupun dibarisi pelakon hebat iaitu Umie Aida, Nasha Aziz, Sharifah Amani dan Fahrin Ahmad serta tidak mampu meletakkan karya itu setanding dengan Bukak Api dan Malaikat Di Jendela.

Apakah kegagalan Puaka Tebing Biru ketika itu dilihat sebagai satu sumpahan untuk Osman yang cuba 'melacurkan' ideologinya sendiri dengan memasuki arus perdana.

"Saya mempunyai justifikasi di atas apa yang berlaku kepada saya sewaktu muncul dengan Puaka Tebing Biru. Apabila ada pihak yang mahu memberi peluang untuk mengembangkan lagi bakat saya, bagi saya itu bukan satu kesalahan untuk saya melakukannya.

"Adalah menjadi satu kerugian buat saya seandainya saya menolak peluang itu dan terus berpegang teguh dan mempertahankan pendirian saya sebagai seorang pembikin filem bebas.

"Saya perlu mencari ruang dan peluang untuk melebarkan serta meluaskan lagi nama saya kepada masyarakat tentang siapa Osman Ali yang sebenarnya.

"Biarpun saya mengarahkan filem komersial, setiap filem saya tetap memiliki sentuhan indie yang barangkali mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Itu merupakan perkara pokok yang amat saya titik beratkan dalam setiap karya saya," ujar anak kelahiran Kampung Bohor Masjid, Pulau Langkawi, Kedah ini penuh diplomasi dalam satu pertemuan dengan Mega, baru-baru ini.

Osman juga sedar, kritikan hebat yang diterimanya menerusi Puaka Tebing Biru telah membuka matanya tentang industri perfileman tanah air secara keseluruhannya.

Dalam festival Festival Filem Malaysia Ke-21, Osman menerima pengiktirafan bagi kategori Cerita Asal Terbaik manakala Maya Karin pula sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Apabila membicarakan tentang ideologi yang dipegangnya selama menjadi seorang pembikin filem, Osman sebenarnya tidak mahu menutup mindanya dan tidak mencuba mengambil peluang baru serta mempelbagaikan karyanya.

Ini kerana katanya, sedari kecil, dia sudah didedahkan dengan dunia perfileman tanah air dan dibesarkan dengan filem-filem arahan pengarah filem arus perdana.

"Impian untuk mengarahkan filem indie tetap ada tetapi, saya fikir saya harus memantapkan serta menguatkan jenama saya terlebih dahulu. Saya boleh katakan nama Osman Ali masih belum dikenali secara meluas pada waktu ini.

"Untuk mengarahkan sebuah filem indie yang sarat dengan nilai artistik bukan mudah apatah lagi untuk mencari pelabur dan penerbit yang sama-sama mahu mengambil risiko itu.

"Buat masa ini saya akan meneruskan apa yang sudah saya lakukan sebelum tiba masanya nanti untuk saya kembali ke dunia perfileman indie untuk mengubat kerinduan saya mengarahkan filem-filem sedemikian," ujar Osman yang juga pernah mengarahkan beberapa telemovie seperti Toll Gate Girl, Surat Untuk Bulan dan Rumah Itu Duniaku.

Biarpun mungkin namanya tidak sebesar pengarah filem popular yang lain, setidak-tidaknya, Osman boleh berbangga dengan dirinya apabila pernah menerima beberapa pengiktirafan termasuk kerajaan.

Buktinya, pada tahun 2009 apabila Osman dianugerahkan dengan Anugerah Seni Negara Kelapan bagi kategori Bakat Muda (Pengarah Filem).

Dalam masa yang sama, Osman yang juga memiliki syarikat produksinya sendiri, Nuansa Sdn. Bhd., sedia untuk bekerjasama dengan penerbit filem lain seperti Metrowealth International Group dan Skop Productions.

Sebagai seorang yang membesar dengan filem-filem Melayu tempatan, dia cukup bangga dengan adanya individu seperti David Teo dan Datuk Yusof Haslam yang dilihatnya telah menyemarakkan industri perfileman tanah air dengan filem-filem terbitan mereka.

"Saya sedar mungkin ada yang beranggapan pembikin filem bebas seperti saya menolak mentah-mentah apa yang dipersembahkan oleh pengarah filem komersial atas alasan ideologi yang dipegang selama ini.

"Saya bukan seperti itu kerana saya seorang yang berfikiran terbuka demi kebaikan diri saya sendiri sebagai seorang pengkarya. Kalau diberi peluang bekerja dengan mereka, mengapa tidak?

"Namun, saya tidak akan sesekali menunduk kepada segala permintaan mereka secara bulat-bulat kerana apabila berkarya, saya memerlukan kebebasan dan kreativiti untuk melakukan apa yang terbaik buat karya saya.

"Tetapi, itu bukan bermakna saya tidak boleh dibawa berbincang kerana saya seorang yang terbuka dan bersedia untuk menerima apa jua cadangan demi kebaikan bersama untuk kedua belah pihak," ujarnya dalam nada bersungguh-sungguh.

Osman juga tanpa selindung melahirkan rasa bangganya dengan anak-anak didiknya yang kini mengecapi populariti sebagai seorang anak seni.

Bukan hanya sekadar popular tetapi mereka juga berjaya diiktiraf sebagai terbaik seperti Bront Palarae yang memenangi dua trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 dan Anugerah Skrin 2010, tahun lalu.

Nama-nama seperti Remy Ishak, Jehan Miskin, Fasha Sandha, Zizan Nin dan Sazzy Falak juga merupakan mereka memulakan karier seni awal sebagai seorang pelakon menerusi filem dan drama arahan Osman.

"Untuk filem dan drama seterusnya, saya teringin untuk bekerja dengan Fazura, Ummi Nazeera dan Liyana Jasmay. Bagi saya, seronok untuk meneroka bakat mereka dengan memberikan mereka watak yang mencabar dan jauh daripada apa yang telah mereka bawakan sebelum ini," katanya penuh harapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Profesionalisme seorang setiausaha

Posted:

Profesionalisme seorang setiausaha

Profesionalisme seorang setiausaha

Oleh SITI AISHAH YUSOFF


MAznah Mazlan (empat dari kanan) dan Normala Hamzah (kiri) bersama para penaja pada sidang media sambutan Minggu Setiausaha anjuran kali kedua Majalah Wanita, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


PELBAGAI kelainan cuba ditonjolkan pada sambutan Minggu Setiausaha anjuran kali kedua Majalah Wanita, terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) bertemakan Cabaran Profesionalisme Setiausaha yang akan diadakan pada 2 April dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia.

Menurut Pengurus Kanan Unit Majalah Keluarga, Normala Hamzah, seminar satu hari yang bertempat di Hotel Legend, Kuala Lumpur, ini menjanjikan kelainan daripada seminar sebelum ini kerana pendekatan yang digunakan lebih kepada majlis berbentuk ilmu.

"Kali ini kesemua peserta akan diraikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik, tetapi pada masa yang sama mereka juga akan memperoleh ilmu dan informasi berguna yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan mereka," katanya.

"Ceramah akan disampaikan oleh ahli panel iaitu Pengasas & Pengerusi Eksekutif PrimaNora Datuk Dr. Norashikin Mokhtar dan pengasas syarikat kecantikan Alazo, Norma Ya'akob.

Selain itu katanya, objektif utama seminar adalah untuk menanam integriti dan budaya kerja yang lebih berhemah di kalangan para setiausaha di samping melahirkan setiausaha yang dikagumi kerana kerja dan komitmen, disanjung kerana penampilan dan ketertiban semasa menjalankan tugas.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, seramai 100 setiausaha yang bertugas di pelbagai kementerian akan menyertai seminar ini nanti.

Selain itu, terdapat 50 cabutan bertuah yang akan dimenangi peserta hasil tajaan Habib Jewel dan tiket penerbangan secara percuma. Antara penaja lain yang menaja program ini ialah Pusat Pungutan Zakat, Empire Classic Furniture, Alazo, Jamu Mak Dara, Adabi dan tajaan tempat oleh Hotel Legend.

Turut mengisi program seminar ini antaranya persembahan oleh penyanyi Amy Mastura serta demonstrasi sanaman oleh Ibu Halimah, pengasas Produk jamu Mak Dara.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, bolehlah dapatkan borang penyertaan melalui majalah Wanita dan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo! Sebanyak RM 250 yuran penyertaan dikenakan bersama 3 bulan langganan majalah Wanita secara percuma dan juga senaskhah Direktori Perkahwinan.

Selain itu, sijil penghargaan dan juga cenderamata turut diberikan kepada peserta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 21 Mar 2011 11:04 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Transformasi tanaman padi bukit

Posted:

Transformasi tanaman padi bukit

Transformasi tanaman padi bukit

Oleh AMRIZAN MADIAN


PASANGAN Bonnie Mbuh Udal dan Raoh Gangkum dari Kampung Gahat Mawang meneliti padi bukit yang telah matang dan sedia dituai.


PADI bukit sememangnya diakui menghasilkan beras yang berkualiti tinggi. Menyedari akan potensi penanaman padi bukit yang menghasilkan beras lebih baik, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melaksanakan projek percubaan meningkatkan potensi hasil padi bukit di Kampung Gahat dan Kampung Sepadah Bau di Sarawak.

MARDI cuba menyuntik pelbagai teknologi baru dalam penanaman padi bukit di Sarawak yang biasanya dilakukan di kawasan lereng bukit dan kawasan tanah beralun. Petani padi bukit juga kebiasaannya menjalankan pertanian secara berpindah-randah dengan kaedah tebang dan bakar hutan.

Ketua projek tersebut Dr. Sariam Othman berkata, projek yang dilaksanakan itu melibatkan transformasi teknologi dalam penapakan tanaman, pengurusan pembajaan, pengurusan rumpai, pengurusan penyakit dan perosak selain mekanisasi penanaman dan penuaian.

Projek yang bermula sejak September 2009 dijangka berakhir pada Ogos tahun ini dengan objektif utamanya ialah untuk menambah dan meningkatkan pendapatan penanam padi bukit.

Variasi padi bukit yang ditanam mempunyai jangka masa matang yang panjang iaitu kira-kira 150 hari dan tidak memberi gerak balas kepada pembajaan.

Kadar minimum

Padi bukit ditanam untuk tujuan sara diri sahaja di Sarawak iaitu kadar penggunaan input yang sangat minimum dengan purata hasil hanya sekadar 720 kilogram sehektar.

Sariam berkata, 21 petani dari Kampung Gahat terbabit dalam projek itu yang melibatkan kawasan seluas 10.8 hektar. Projek itu juga dijangka bertambah dengan penyertaan lebih ramai peserta.

"Pada musim 2010/2011 jumlah petani terlibat dalam projek ini meningkat kepada 27 orang melibatkan kawasan seluas 15 hektar selain pembabitan beberapa petani di Kampung Sepadah Bau melibatkan kawasan seluas 3.75 hektar," katanya.

Menurut Sariam berdasarkan kajian musim pertama (tanaman musim 2009/2010) projek di Kampung Gahat memperoleh hasil purata sebanyak 916 kilogram sehektar iaitu purata peningkatan hasil 24.1 peratus berbanding 737 kilogram sehektar sebelum ini.

Projek di Kampung Sepadah Bau pula menunjukkan pencapaian yang lebih membanggakan apabila memperoleh hasil sebanyak 2,012 tan sehektar iaitu peningkatan 42.4 peratus berbanding 1,419 kilogram sehektar.

"Hasil tanaman kedua (2010/2011) di Kampung Gahat dituai pada Februari lepas, sementara Kampung Sepadah Bau pada April ini," katanya.

Meningkatkan hasil


PENGGUNAAN mesin tuai menjimatkan tenaga dan masa petani.


Sariam berkata, pihak MARDI telah mengemukakan beberapa cadangan kepada penanam padi bukit untuk membolehkan mereka meningkatkan hasil sekali gus, memajukan lagi penanaman padi bukit di Sarawak pada masa akan datang.

Antara cadangan itu termasuklah menggalakkan penanam padi bukit menerapkan amalan pertanian yang lebih sistematik melalui penanaman padi bukit dalam petak, tidak berpindah-randah serta tidak membakar hutan untuk membuka kawasan tanaman baru.

Petani juga perlu diberi jaminan pasaran daripada Padi Beras Nasional (Bernas) jika mereka dapat meningkatkan hasil padi bukit.

Penanam padi bukit, Bonnie Mbuh Udal, 56, berkata kaedah yang diperkenalkan oleh MARDI memang baik dan terbukti banyak memberi perubahan kepada cara penanaman padi bukit di Kampung Gahat.

Sebelum ini kebanyakan penanam padi bukit berhadapan pelbagai masalah seperti tapak yang tidak sesuai, pokok yang mudah tumbang serta kesukaran untuk menanam dan menuai hasil.

"Saya yakin padi bukit memang ada potensi dan jika teknologi ini berjaya, pasti ia dapat meningkatkan lagi hasil padi bukit di Sarawak," katanya.

Raoh Gangkum, 57, berkata dia amat menyokong usaha MARDI memperkenalkan teknologi baru dalam penanaman padi bukit yang kini hanya diusahakan oleh kebanyakan penduduk yang sudah berusia.

Minat golongan muda dalam penanaman padi bukit adalah sangat kurang dan ia memang satu kerja yang sukar terutama ketika membuka kawasan tanaman baru dan kerja menanam serta menuai hasil.

"Mana ada anak muda yang mahu buat kerja ini (tanam padi), tapi kalau ia dapat mengeluarkan hasil yang lebih lumayan, saya pasti keadaan akan berubah suatu hari nanti," katanya.

Dana buat MARDI

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, MARDI yang mendapat pembiayaan Dana TechnoFund berjumlah RM1.3 juta daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah dipertanggungjawab untuk memperkenalkan teknologi terkini dalam penanaman padi bukit di Sarawak dan Sabah.

Ujar beliau, MOSTI dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta sokongan daripada kerajaan negeri Sarawak juga bercadang untuk mengembangkan lagi projek tersebut ke beberapa kawasan tanaman padi bukit di Sri Aman, Sarikei dan Kapit yang melibatkan kawasan hampir 12,000 hektar.

Jika projek tersebut berjaya ia akan dapat membantu mengubah nasib penanam padi bukit di Sarawak yang majoritinya masih menggunakan kaedah pertanian tradisional.

– Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembabitan wanita dalam politik

Posted:

Pembabitan wanita dalam politik

Pembabitan wanita dalam politik

Oleh NURUL IZZA ROSLY


DARI kiri: Shantini, W.Jones dan Maria memberi pandangan mereka berhubung penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan pada Sambutan Hari Wanita Sedunia kali ke-100 di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.


TANGAN yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Demikian pepatah keramat yang mengiktiraf kemampuan kaum Hawa.

Ia bukan sekadar pepatah tetapi wanita kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum Adam. Malah keupayaan golongan wanita dalam menguruskan sesuatu perkara lebih baik berbanding lelaki.

Bukan mahu memprovokasi kaum lelaki dalam hal ini tetapi kaum Hawa yang dulunya dikatakan hanya layak berada di dapur dan mengasuh anak, kini berada di barisan depan bersama kaum Adam dalam membuat keputusan penting untuk kepentingan dan keharmonian negara.

Sejajar dengan hasrat tersebut, Kedutaan Amerika Syarikat dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) bersama meraikan sambutan ulang tahun ke-100 Hari Wanita Sedunia 8 Mac lalu dengan membawa tema Get Equality Right for Malaysian Women yang memfokus kepada penglibatan golongan wanita dalam bidang politik.

Turut hadir pada majlis tersebut Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Paul W. Jones.

Sehubungan itu, Empower mendapat geran daripada Pejabat Setiausaha Wanita Global Amerika Syarikat bagi melaksanakan program perintis Menjana Kuasa Wanita bagi membantu Malaysia mencapai matlamat 30 peratus perwakilan wanita di peringkat membuat keputusan.

Selama 100 tahun, wanita berusaha untuk memperjuangkan hak demokratik dan membawa wanita pada tahap kini.

"Empower menggesa kerajaan bagi memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam politik di Malaysia.

"Kini lebih ramai wanita yang berpendidikan dan membentuk 47.1 peratus tenaga buruh di Malaysia. Sasaran 30 peratus penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan masih belum tercapai mungkin kerana mereka tidak diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan yang ada," kata Pengarah Eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah pada Sambutan Hari Wanita Sedunia kali ke-100 di Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-AS (MACEE) di Menara Yayasan Tun Razak.

Berdasarkan statistik oleh Kesatuan Antara Parlimen (IPU) pada Jun 2008, wanita hanya menyandang 18 peratus daripada kerusi Parlimen di seluruh dunia.

Wanita dalam Parlimen

Bekas Penasihat dan ahli jawatankuasa Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Shanthi Dairiam memberitahu, penglibatan wanita dalam Parlimen sudah ramai di negara-negara lain di dunia baik menjawat jawatan sebagai menteri kabinet, majlis tempatan, badan kehakiman dan beberapa bidang pembuat keputusan yang lain.

Menurutnya, jumlah peratus menteri wanita di beberapa negara di Eropah telah meningkat. Di Sepanyol dan Norway, wanita mewakili 50 peratus di kabinet. Di Perancis pula tujuh daripada 16 ahli kabinetnya adalah wanita dan di Denmark, menteri wanita merangkumi 46 peratus di kabinet.

"Penglibatan wanita sebagai wakil Parlimen di Malaysia berada di tangga 102 di dunia dengan 9.9 peratus dan tangga kelapan (terakhir) di Asia Tenggara. Malaysia ketinggalan jauh berbanding negara-negara jiran yang lain.

"Apabila 30 peratus wanita berada di peringkat pembuat keputusan, banyak impak akan berlaku. Saya percaya bahawa wanita akan lebih efektif dalam membuat keputusan jika isu-isu tersebut berkaitan dengan isu-isu wanita. Berikanlah golongan wanita peluang dalam masa yang sama hulurkanlah bimbingan dan sokongan kepada mereka," ujarnya.

Sungguhpun begitu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman tidak melihat kuantiti pemimpin wanita sebagai kekangan dalam menangani sesuatu isu.

"Walaupun seperti yang dinyatakan bahawa kita berada di tangga 102, pencapaian kita lebih baik daripada mereka yang mempunyai bilangan Ahli Parlimen mahupun menteri wanita yang ramai.

"Wanita yang mahu melibatkan diri dalam politik perlu kuat untuk menghadapi dunia politik yang didominasi oleh lelaki. Ia bukan sesuatu yang mudah," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa wanita-wanita Malaysia tampil ke depan bagi memenuhi sasaran 30 peratus yang diberikan oleh kerajaan.

"Keluar dari zon selesa dan tonjolkan apa yang anda dapat disumbangkan kepada negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 21 Mar 2011 09:32 AM PDT

Utusan Online - Johor


Pelancaran wajah baru meriah

Posted:

Pelancaran wajah baru meriah

Pelancaran wajah baru meriah

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my


Orang ramai mengunjungi karnival Utusan/Mingguan Malaysia, kelmarin.


JOHOR BAHRU 20 Mac - Karnival dan Konsert Terima Kasih Utusan/Mingguan Malaysia di Padang A Plaza Angsana di sini semalam, berlangsung meriah dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk.

Mungkin pada awalnya tidak ramai yang datang, namun tidak lama selepas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menyempurnakan Majlis Perasmian Peningkatan Kualiti Cetak dan Wajah Baru Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, jumlah orang ramai yang hadir semakin bertambah.

Ketika ditanya mengenai wajah baru yang dipaparkan Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berpendapat, usaha yang dilakukan adalah kaedah yang baik untuk menjadikan Utusan Malaysia lebih menarik dan seterusnya memikat lebih ramai pembaca.

''Perubahan baru yang dibawa ini adalah pendekatan yang bagus dan memberi nafas baru wadah perjuangan negara sejak kemerdekaan," kata beliau.

Tidak keterlaluan jika dikatakan jumlah keseluruhan yang datang ke Karnival dan Konsert Terima Kasih Utusan/Mingguan Malaysia bermula pukul 10 pagi hingga 11.30 malam ini melebihi 10,000 orang dengan lebih 5,000 orang datang dalam karnival pada sebelah siang dan lebih ramai lagi menghadiri konsert pada sebelah malam.

Dalam karnival yang diadakan pada sebelah siang sahaja, pertandingan Juara Karaoke, Tarian Tradisi 1Malaysia, Ada Hantu... Takutnya! dan Lawan Timbang Sepak Raga serta beberapa pertandingan lain berjaya menarik minat peserta dan juga pengunjung.

Kumpulan Tari Alif pula muncul juara dalam pertandingan tarian dan adik Raja Intan Suhaila Raja Hassan memenangi Juara Karaoke, dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.


pengurus Kanan Pengedaran Utusan, Hasmadi Hassan bersama kumpulan yang menyertai Pertandingan Tarian Tradisi 1Malaysia sempena pelancaran wajah baru Utusan/Mingguan Malaysia.


Pengunjung yang hadir pada karnival itu mengambil kesempatan mendapatkan maklumat mengenai peluang melanjutkan pelajaran di gerai Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ).

Turut diadakan 18 ruang pameran dan antara yang menarik ialah kereta antik, kereta mini dan volkswagen lama, basikal dan vespa serta jip pacuan empat roda.

Ketika ditanya mengenai karnival dan paparan wajah baru Utusan Malaysia, salah seorang pengunjung yang datang ke karnival ini dari awal pagi, Sharin Pata, 60, menyifatkan ia sebagai lebih kemas, padat dan pendekatan bahan yang lebih ringan mampu menarik pembaca baru tanpa perlu mengorbankan teras perjuangannya.

Konsert pada sebelah malam dihiburkan dengan persembahan artis terkenal seperti Ana Raffali, Adam AF, Black Mentor, Meet Uncle Hussain dan Tom MyStar LG.

Shamsul Ghau Ghau nyata memberikan yang terbaik sebagai pengacara dan persembahan artis-artis jemputan begitu memukau penonton.

Penonton turut gembira dengan kehadiran Datuk Jefrydin yang menyanyikan lagu popular sepanjang zamannya, Seruling Anak Gembala dan permainan muzik instumental Mozart Fortee oleh Orkes Nirwana pimpinan Datuk A. Rahman Hassan yang membangkitkan nostalgia zaman muda mereka.

Pengunjung yang terdiri daripada anak muda juga teruja dengan persembahan mantap kumpulan Meet Uncle Hussein.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terompah moden Jiman

Posted:

Terompah moden Jiman

Terompah moden Jiman

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my



PONTIAN 20 Mac - Suatu masa dahulu, alas kaki yang diperbuat daripada kayu atau lebih dikenali sebagai terompah popular di kalangan masyarakat di negara ini.

Namun, perkembangan pesat dalam industri fesyen membawa kepada penghasilan pelbagai rekaan selipar, capal atau sandal yang lebih selesa dipakai telah menenggelamkan tradisi terompah.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang seorang pengusaha di Kampung Ibrahim Majid, Simpang Renggam, dekat sini untuk memperkenalkan konsep pembuatan terompah yang baru kepada orang ramai.

Bermula sebagai hobi masa lapang, kini pembuatan terompah yang diusahakan Jiman Wakiran, 51, dengan konsep 'Gaya Santai Jawa Klasik Kuno' cuba menerjah ke pasaran bagi menyaingi produk sama dari beberapa negara lain.

Usaha memasarkannya telah menampakkan hasil apabila tempahan mula diterima melalui laman web daripada peminat terompah dari beberapa negara seperti Singapura, Jepun, Jerman, Australia, Brunei dan sebagainya.

Jiman berkata, usaha membuat terompah telah dimulakan sejak empat tahun lalu berasaskan kepada konsep cenderamata kepada rakan-rakan dan pembesar-pembesar negeri.

Menurutnya, pengalaman mengusahakan syarikat pengiklanan di Johor Bahru memudahkannya beralih angin ke bidang baru yang dilihat menjanjikan nilai komersial yang baik.

Jiman juga menyatakan hasrat untuk mengubah anggapan ramai bahawa terompah hanya digunakan untuk ke tandas, sebaliknya, boleh dipasarkan sebagai barangan cenderamata mahupun kegunaan seharian di rumah dan luar rumah.

"Saya cuba melarikan imej terompah yang berwarna merah dengan warna dan corak mengikut minat semasa seperti corak bermotif flora, gambar-gambar motosikal, kereta dan sebagainya.

"Ia boleh dilakukan dengan adanya perkembangan teknologi komputer yang dapat menghasilkan pelbagai corak yang digemari pelanggan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Tambahnya, terompah keluaran syarikatnya diperbuat daripada kayu getah yang direka dengan pelbagai bentuk dan saiz kaki berdasarkan kepada tempahan daripada pelanggan dan sebagainya.

Ditanya mengenai kemahiran membuat terompah, Jiman menyatakan semua ilmu yang ditimba melalui kelas Seni Perusahaan telah digunakan sepenuhnya di samping mempunyai kemahiran yang ada dalam bidang lukisan.

Katanya, setakat ini, sebanyak enam model terompah dengan menampilkan variasi ceria dan elegan yang tentunya berbeza dengan imej terompah sebelum ini.

"Jika selama ini pembuatan terompah lebih sinonim kepada negara Jepun dan China, sudah sampai masanya ia menjadi satu ikon baru kepada negara ini dengan teknik pembuatan yang baru dan moden.

"Produk terompah ini juga boleh diangkat sebagai produk Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sekiranya diterima oleh pihak-pihak berkenaan berdasarkan pendekatan yang diambil," ujarnya.

Jiman menambah, pendekatan yang diambil itu diharap menjadikan terompah diterima oleh semua golongan bukan sahaja kepada golongan dewasa tetapi generasi muda hari ini.

Katanya, walaupun usaha yang dilakukan baru empat tahun, pembuatan terompah syarikatnya telah diterima pakai oleh pihak Istana, korporat serta individu yang meminati terompah dalam bentuk cenderamata dan sebagainya.

Beliau mengusahakan pembuatan terompah bersama seorang anaknya memandangkan kerja-kerja tersebut memerlukan minat serta ketelitian bagi menghasilkan produk yang baik.

Selain menjualnya melalui Internet, Jiman juga mempunyai sebuah bilik pameran di Johor Bahru bagi mempamerkan terompah yang dihasilkan bagi kemudahan masyarakat di ibu negeri itu.

"Setakat ini sambutan yang diberikan amat baik oleh rakan-rakan yang menempah untuk dijadikan cenderamata dengan harga RM80 bersama kotak atau RM45 tanpa kotak," jelasnya yang turut meminati hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Jelasnya, bagi memelihara dan menjaga nilai 'eksklusif' terompah, pihaknya belum bercadang untuk memasarkannya di kedai-kedai cenderamata seperti di Rawat dan Rehat (R&R) dan sebagainya.

Ujarnya, pembeli yang berminat boleh menghubunginya di bengkel atau bilik pameran di Johor Bahru supaya mereka dapat melihat sendiri bentuk terompah atau corak yang diingini.

Selain membuat terompah, Jiman juga berkebolehan membuat topi daripada kain yang juga dijadikan sebagai cenderamata kepada rakan-rakan atau dijual sekiranya ada tempahan daripada orang ramai.

Katanya, bengkelnya juga telah dikunjungi oleh pelajar dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang membuat kajian mengenai terompah daripada era sebelum merdeka sehingga hari ini.

Bagi memperkenalkan lagi terompah di mata masyarakat, dia juga ada berbincang dengan pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ) bagi mengwujudkan tarian yang menggunakan terompah.

Katanya, sekiranya perbincangan berhasil dan ada pihak yang mampu mencipta tarian tersebut, ia akan menjadi tarian baru selain tarian zapin yang telah popular di Johor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 20 Mar 2011 11:04 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


Generasi baru perguruan

Posted:

Generasi baru perguruan

Generasi baru perguruan

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my


Abdul Ghafar Mahmud menyampaikan Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada graduan IPG pada majlis Konvokesyen PISMP 2011 di PICC Putrajaya, baru-baru ini.


Graduan sulung Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang kini telah mula berkhidmat sebagai pendidik diharap dapat membawa perubahan serta menjadi sebahagian daripada pemacu kepada kegemilangan pendidikan di negara ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, kemenjadian guru keluaran sulung yang dilahirkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) ini akan menjadi penanda aras untuk dinilai oleh masyarakat dalam memberikan kepercayaan mereka terhadap tugas yang akan dilaksanakan oleh para graduan.

"Gunakanlah pemikiran kritis dan kreatif yang diperoleh semasa pembelajaran di bilik kuliah atau semasa menimba pengalaman dalam pelbagai aktiviti luar kampus seperti praktikum dan pengalaman berasaskan sekolah untuk dicurahkan kepada anak didik masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Keempat Majlis Konvokesyen PISMP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, baru-baru ini.

PISMP yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran (KPM) pada 2007 itu melibatkan seramai 1,987 pelajar yang ditempatkan di 27 buah IPG seluruh negara dan kumpulan pertama ini telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada November 2010.

Kesemua graduan ini telah pun ditempatkan di sekolah-sekolah rendah seluruh negara bermula pada 7 Februari lalu.

Menurut Abdul Ghafar, pendidik dan pendidikan amat perlu serta relevan sepanjang masa kerana ia elemen utama untuk membina dan membentuk kemanusiaan.

"Guru seperti para graduan hari ini perlu mempertingkat dan melengkapkan diri dengan kemahiran asas sebagai pendidik seperti memahami konsep pengetahuan kandungan pedagogi.

"Semua guru hendaklah sentiasa siap siaga dengan ilmu, kemahiran serta seni pengajaran dan juga pengetahuan kandungan serta perlu mencari, meneliti dan membuat penyelidikan agar ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan jika terdapat kekurangan," katanya.

Beliau memberitahu, konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi seseorang guru amat penting bagi mencari, mengkaji dan menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak didik mereka.

"Para guru perlu peka bahawa kemahiran mendidik sentiasa berubah dan bertambah serta disesuaikan dengan perubahan semasa dan persekitaran.

"Jika usaha tidak dibuat untuk bergerak serentak dengan perkembangan ilmu, maka para guru akan ketinggalan dalam banyak hal terutamanya dalam aspek pembangunan manusia.

"Oleh itu, diharap agar semua guru yang telah lulus pengajian di IPG tidak merasakan mereka telah mempunyai ilmu yang cukup sebaliknya terus meneroka ilmu dan pengalaman bagi memastikan diri sentiasa kemas kini dengan perkembangan serta teknik menyampaikan ilmu," jelasnyanya.

Terangnya lagi, cabaran guru pada masa kini lebih berat berbanding dahulu di mana guru hanya mengajar tulis baca bagi mengatasi masalah buta huruf.

"Masyarakat kini memerlukan guru yang lebih berkualiti tinggi dari sudut keilmuan dan sahsiah, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

"Saya amat yakin bahawa guru mempunyai keupayaan untuk membentuk personaliti kukuh di kalangan muridnya ditambah dengan bentuk latihan persediaan yang diterima sebelum menyertai PISMP ini," ujarnya.

Hal ini, jelasnya, dibuktikan oleh inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah berjaya meningkatkan taraf pendidikan dan prestasi pencapaian murid sekolah kebangsaan tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program mencegah kanser

Posted:

Program mencegah kanser

Program mencegah kanser


SEBAHAGIAN pelajar SMK La Salle yang menjadi sukarelawan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kanser payu dara selepas pelancaran program MenCare Young People di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


MAJLIS Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) baru-baru ini telah mengadakan Program 'MenCare Young People' dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran di kalangan anak muda terhadap keperluan untuk menyokong wanita mengesan kanser payu dara di peringkat awal.

Program yang disasarkan kepada pelajar sekolah, kolej dan universiti yang berumur 13 hingga 19 tahun itu dianjurkan sepanjang 2010 yang dipenuhi dengan beberapa bengkel interaktif.

Timbalan Presiden NCWO, Datuk Ramani Gurusamy berkata, golongan muda khususnya lelaki digalakkan untuk menjadi pejuang kesihatan dan menggalakkan wanita dalam hidup mereka mengamalkan penjagaan kesihatan dengan tumpuan kepada pemeriksaan kanser payu dara menerusi program ini.

"Anak gadis pula dididik untuk menjaga kesihatan diri mereka sendiri serta sentiasa proaktif dalam usaha menjaga kesihatan dan kecergasan," katanya pada bengkel itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Petaling Jaya baru-baru ini.

Menurut beliau, pada sesi pertama bengkel, golongan muda diperkenalkan kepada inisiatif MenCare dan peranan yang boleh dimainkan untuk menyokong serta menggalakkan pemeriksaan kanser payu dara di samping memberi kefahaman tentang kanser dan kesihatan payu dara.

"Sesi kedua ditumpukan kepada perkongsian pengalaman dengan kanser payu dara yang terselamat. Manakala dalam sesi ketiga, para peserta muda ini membincangkan tentang jenis sokongan yang boleh mereka diberikan," jelasnya.

Selepas pelancaran program 'MenCare Young People' tahun lalu, NCWO menganjurkan bengkel di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Selangor, Sarawak dan Terengganu yang telah dihadiri oleh 237 pelajar.

Tambah Ramani, program ini terbukti berkesan kerana anak-anak muda kini menyedari peranan yang mereka boleh mainkan untuk meningkatkan kesedaran dan menyokong perjuangan menentang penyakit yang menjejaskan ramai wanita Malaysia.

"Sokongan daripada suami dan anak-anak sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan adalah paling penting dalam perjuangan menentang kanser payu dara," ujarnya.

Beliau berkata, kesedaran yang diterapkan menerusi 11 bengkel yang dianjurkan tahun lalu telah memberi kesan positif kerana anak-anak muda ini sekarang lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kanser payu dara dan bersemangat untuk menyokong dan menyertai perjuangan ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pfizer Malaysia/Brunei, Angel Choi berkata, inisiatif MenCare NCWO dengan kerjasama Pfizer Malaysia dan NCWO untuk menggalakkan kaum lelaki menyokong pemeriksaan kanser payu dara di kalangan wanita dengan matlamat untuk mengurangkan kadar kematian dan kehilangan upaya disebabkan kanser payu dara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Agrobiz

Posted: 20 Mar 2011 03:23 PM PDT

Utusan Online - Agrobiz


Tauke udang bangkit semula

Posted:

Tauke udang bangkit semula

Tauke udang bangkit semula

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my


AHAMAD Sabki Mahmood (dua dari kanan) bersama Syed Omar Syed Jaafar menimbang udang putih yang baru dituai di Sungai Nipah, Selangor.


BERKAT usaha yang tidak jemu-jemu itu, kini mereka berjaya mengutip hasil yang lumayan sepanjang tahun.

Projek perintis Program Projek Berimpak Tinggi Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA) yang dibangunkan oleh Jabatan Perikanan tersebut pada asalnya diusahakan oleh tujuh pengusaha udang putih.

Namun, akibat beberapa masalah yang dihadapi, kini hanya tinggal tiga sahaja pengusaha yang bertahan.

Biarpun segala infrastruktur dan perkhidmatan nasihat diberikan oleh Jabatan Perikanan, namun bukan mudah sebenarnya untuk mengusahakan ternakan udang putih tersebut.

Ia diakui oleh Pengerusi Persatuan Industri Udang Malaysia, Syed Omar Syed Jaafar ketika di temui pada majlis penuaian Hasil Projek Ternakan Udang Laut ZIA, di Sungai Nipah, Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.

Turut meraikan kejayaan tersebut adalah Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood.

''Untuk berjaya dalam usaha menternak udang putih ini memerlukan usaha gigih yang konsisten serta komitmen yang tinggi.

''Malah beberapa faktor turut perlu diambil berat seperti Sistem Biosekuriti dan pelbagai lagi,'' ujarnya.

Menurut Syed Omar yang juga Pengarah Urusan, Venture Aquaculture (M) Sdn. Bhd., untuk berjaya dalam penternakan udang putih, banyak perkara yang perlu di fikirkan malah pengusaha perlu banyak belajar daripada pengalaman.

Justeru, khidmat nasihat serta pandangan daripada semua pihak perlu diambil perhatian bagi menjayakan projek ternakan udang.

Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang penternakan haiwan laut itu juga turut menimba ilmu sehingga keluar negara selama beberapa tahun sebelum berjaya.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak perlu di jadikan sebagai penghalang bagi mereka yang tidak berpeluang mendalami ilmu penternakan seperti beliau.

Jelasnya, apa yang penting adalah kemahuan yang jitu serta sikap tidak mudah putus asa pasti menawarkan kejayaan dalam penternakan tersebut.

Projek 'HIP-ZIA' Sungai Nipah mula beroperasi pada tahun 2008 namun projek tersebut telah mengalami beberapa masalah terhadap pengurusan peserta.

Pada asalnya projek tersebut ditubuhkan bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk berkecimpung dalam projek penternakan udang laut.

Ia berasaskan kepada program model perniagaan yang berasaskan dorongan pasaran.

Beberapa peserta pada peringkat awalnya telah menunjukkan minat untuk mengusahakannya, namun setelah beberapa masalah timbul, seorang demi seorang peserta telah menarik diri.

Justeru pada tahun 2010, konsep projek yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan tersebut diubah kepada konsep syarikat peneraju secara inkubator.

Pelepasan benih pertama oleh syarikat peneraju ke dalam tujuh unit kolam pada bulan Oktober tahun lepas kini telah melihatkan hasil yang baik pada hari pertama penuaian dilakukan.

Projek tersebut melibatkan kawasan seluas 28 hektar dengan 23 unit kolam ternakan udang laut bersaiz 0.5 hektar setiap satu.

Berdasarkan tuaian pertama yang mampu menghasilkan sebanyak lima tan udang bagi setiap kolam, dijangka projek tersebut mempunyai kapasiti pengeluaran hasil sebanyak 230 tan metrik.

Jumlah tersebut juga membawa pulangan bernilai RM2.3 juta setahun.

Bagi pembangunan projek tersebut, kerajaan melalui Jabatan Perikanan telah membelanjakan sebanyak RM 2.4 juta bagi membaik pulih infrastruktur, kolam serta menyediakan program latihan peserta.

Menurut Syed Omar, kehadiran syarikat beliau sebenarnya adalah sebagai dorongan serta bantuan kepada para peserta.

Ia juga lebih kepada seperti program usaha sama antara peserta dan syarikat beliau.

Ujarnya lagi, apabila projek tersebut telah benar-benar berjaya dan mampu diuruskan oleh peserta sepenuhnya ia akan diserahkan semula kepada mereka.

Jelas beliau, syarikatnya telah membelanjakan hampir RM1.5 juta untuk kos operasi serta baik pulih.

"Di sini saya mengambil pendekatan pengurusan Sistem Biosekuriti seperti penggunaan plastik sebagai penampan tebing bagi mengelakkan gangguan ketam.

''Malah, penggunaan jaring penghalang haiwan pemangsa juga dipertingkatkan di samping penggunaan air yang betul," katanya.

Malah beliau turut memperkenalkan teknologi auto feeders kepada para peserta bagi menjimatkan penggunaan tenaga pekerja dalam proses pemberian makanan kepada udang ternakan.

Penggunaan auto feeders juga dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mendapatkan masa pemberian makan yang sekata setiap kolam.

Hasilnya, udang tersebut dapat membesar dengan sekata dan dapat dipasarkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Bagi udang putih, tempoh matang adalah selama 75 hingga 80 hari atau bersamaan 64 hingga 65 ekor udang sekilogram (kg).

Tambah Syed Omar, bagi kolam berkeluasan 0.5 hektar itu, sebanyak 340 ribu benih udang putih telah dilepaskan dan melalui amalan konsep Sistem Biosekuriti, kadar hidup bagi udang tersebut adalah sebanyak 90 peratus.

Melalui sistem tersebut, ternakan dapat dilindungi daripada gangguan haiwan pemangsa serta serangan penyakit yang lain.

Manakala bagi penggunaan aliran air, bagi projek ini, hanya kemasukan air yang pertama sahaja digunakan sehingga ternakan dituai.

Ia bertujuan bagi mengelakkan penyakit bawaan air merebak sekiranya air sentiasa mengalir masuk ke dalam kolam ternakan.

Bagi harga pasaran bagi udang ini adalah RM14 000 bagi satu tan metrik dan harga akan dipantau setiap tiga hari.

Bagi udang yang dituai, ia akan dihantar terus ke kilang untuk dieksport.

Ia bagi menjamin keluaran udang putih tidak menjadi lambakan dipasaran malah pengusaha juga tidak perlu bersusah payah mencari peraih untuk memasarkan udang yang dituai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penjagaan lembu tenusu

Posted:

Penjagaan lembu tenusu

Penjagaan lembu tenusu

BAKA-BAKA lembu tenusu boleh dikenali dari rupa bentuknya. Pada kebiasaan, jika dilihat dari pandangan depan, tepi dan atas ia berbentuk seakan - akan seperti baji atau segitiga.

Badannya mempunyai kurang daging tetapi ambingnya lebih besar jika di bandingkan dengan lembu pedaging.

Baka tenusu yang biasa diternak adalah Jersey di mana ia dapat menyesuaikan diri dalam keadaan persekitaran tempatan namun mudah diserang oleh parasit atau kutu pembawa penyakit seperti penyakit Babesiosis dan Anplasmosis.

Penghasilan susu semasa laktasi pertama purata 1, 300 kilogram (kg) dan panjang tempoh laktasi adalah 290 hari.

Begitu juga dengan baka Friesian di mana penghasilan susu semasa laktasi pertama 1700 kg dan tempoh laktasi 200 hari. Baka tenusu yang lain seperti Local Indian dairy (LID), Sahiwal, dan banyak lagi.

Penternakan lembu tenusu adalah satu bidang kerja pertanian yang berdaya maju, memerlukan tumpuan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.

Lembu-lembu susu yang sesuai dan bermutu hendaklah diurus dengan cekap, makanan cukup dan seimbang diberikan.

Pembiakan lembu-lembu berkenaan mencapai tahap yang memuaskan membolehkannya beranak dan seterusnya mengeluarkan susu bermutu serta kuantiti yang memberansangkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 20 Mar 2011 03:19 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar UMT jadi anak angkat

Posted:

Pelajar UMT jadi anak angkat

Pelajar UMT jadi anak angkat


SEBAHAGIAN daripada pelajar UMT bergambar kenangan bersama keluarga angkat masing-masing di Kampung Gong Kemunting, Batu Rakit, Kuala Terengganu baru-baru ini.


BERAMAH MESRA. Seramai 100 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyertai program kemasyarakatan selama empat hari di empat buah kampung dalam kawasan Batu Rakit di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada 18 pelajar lelaki dan 82 perempuan yang tinggal bersama 34 keluarga angkat masing-masing dari Kampung Padang Kemunting, Kampung Gelong Gajah, Kampung Pancur Kuin dan Kampung Tanjung Kedepan.

Pengarah Program Kemasyarakatan Jabatan -dan Pemasaran UMT, Norsaleha Ramlan memberitahu, sepanjang program tersebut, para pelajar melakukan pelbagai aktiviti bersama masyarakat setempat.

Antaranya adalah gotong-royong menanam pokok tembikai, ceramah akademik, pembentangan idea, sukaneka dan senamrobik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PBSM agih bantuan kepada mangsa banjir

Posted:

PBSM agih bantuan kepada mangsa banjir

PBSM agih bantuan kepada mangsa banjir


TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa banjir di Alor Setar baru-baru ini.



SUMBANGAN. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) terus mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kedah walaupun kejadian banjir besar yang melanda negeri itu sudah empat bulan berlalu.

Terkini, PBSM cawangan Kedah mengagihkan bantuan berupa makanan kepada 300 penduduk kawasan Padang Hang, Gunong dan Anak Bukit di Alor Setar yang terjejas apabila kediaman mereka dinaiki air pada November tahun lalu.

Bantuan disampaikan oleh Pengerusi PBSM cawangan Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim di pekarangan Masjid Sungai Baru di Alor Setar baru-baru ini.

Dalam tempoh empat bulan, PBSM cawangan Kedah telah mengagihkan bantuan antara RM30,000 hingga RM40,000 kepada semua mangsa banjir di Kedah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar Orang Asli cemerlang PMR terima penghargaan

Posted:

Pelajar Orang Asli cemerlang PMR terima penghargaan

Pelajar Orang Asli cemerlang PMR terima penghargaan


Khairul ANWAR (tengah) beramah mesra dengan pelajar-pelajar Orang Asli pada majlis penyampaian anugerah cemerlang PMR 2010 di Ipoh baru-baru ini.



GALAKAN. Seramai sembilan pelajar Orang Asli dari seluruh Perak yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 menerima penghargaan daripada Yayasan Bina Upaya (YBU) di Ipoh baru-baru ini.

Ketua Khidmat Korporat YBU, Khairul Anwar Mohd. Nor berkata, semua pelajar Orang Asli terbabit yang memperoleh sekurang-kurangnya satu A dalam peperiksaan tersebut menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM100.

Beliau berkata, penghargaan itu bertujuan untuk menyuntik semangat pelajar Orang Asli di Perak agar terus cemerlang dalam pelajaran.

"Sebelum ini YBU juga pernah menganjurkan program motivasi melibatkan 201 pelajar Orang Asli negeri ini di Pulau Pangkor pada Disember lalu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Megabait

Posted: 20 Mar 2011 03:16 PM PDT

Utusan Online - Megabait


Masalah pada ikon Windows

Posted:

Masalah pada ikon Windows

Masalah pada ikon Windows

-Hafiz Nazir , KL.
Maklumat berkenaan dengan ikon-ikon dan konfigurasinya yang terdapat dalam Windows disimpan dalam satu tempat simpanan yang dikenali sebagai icon cache.

Dengan cara begini, Windows berupaya mengoptimumkan penggunaan ikon-ikon yang terdapat di dalamnya tanpa perlu membuka setiap fail larian iaitu fail .exe dan lain-lain.

Di samping itu, dengan cara ini, Windows tidak perlu mengimbas satu demi satu ikon yang akan digunakan di dalamnya pada setiap masa dan ketika.

Kemungkinan besar masalah ini berpunca daripada fail sistem yang bermasalah bagi Windows untuk melakukan proses caching bagi membolehkan ikon-ikon di dalamnya berfungsi dengan baik.

Apabila proses ini terdapat kecacatan, ia akan menyebabkan ikon-ikon tadi berfungsi dengan tidak baik atau tidak berfungsi langsung. Contohnya ikon-ikon tersebut bertukar-tukar secara rawak setiap kali digunakan.

Kesemua ikon menjadi hitam atau kesemua ikon yang ada menggunakan ikon yang sama, ikon-ikon tersebut bertindihan antara satu sama lain dan sebagainya.

Bagi mengatasi masalah tersebut, bolehlah dilakukan dengan beberapa kaedah seperti yang akan dibincangkan seterusnya iaitu:-

* Menghidupkan kembali atau restart komputer anda. Kadang kala ia berupaya mengatasi banyak masalah komputer selain daripada masalah ikon ini.

* Membina semula icon-cache dengan menukar saiz ikon-ikon tersebut.

* Meningkatkan keupayaan icon-cache ini dengan menambah nilai STRING dalam fail sistem pada Registry Windows.

* Membina semula icon-cache dengan membuang sistem icon-cache yang sedia ada.

* Menyahpasangkan program Tweak UI dengan mengunakan fungsi ADD/REMOVE yang terdapat dalam Control Panel Windows.

Membina semula icon-cache dengan menukar saiz ikon-ikon tersebut.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-

* Buka Control Panel dan klik pada butang Display untuk membuka fungsi tersebut.

* Pilih tab Appearance dan klik butang Advance.

* Pada ruangan Item, menyusur ke bawah dan pilih Icon.

* Tingkatkan nilai pada ruangan Size dan klik butang Apply.

* Masukkan kembali nilai pada ruangan Size dengan nilai yang lama dan klik butang Apply.

* Klik butang OK.

Meningkatkan keupayaan icon-cache ini dengan menambah nilai STRING dalam fail sistem pada Registry Windows.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-

* Klik butang Start dan seterusnya klik butang Run.

* Taip regedit pada ruangan Run dan klik OK.

* Ia akan membuka satu program Registry Windows yang menyimpan segala konfigurasi fail sistem untuk Windows.

Seterusnya, cari baris konfigurasi seperti di bawah dan tetapkan nilai seperti di bawah:-

[HKEY_LOCAL_MACHINE \Software \Microsoft \Windows \CurrentVersion\Explorer]

Max Cached Icons > "8192"

Julat nilai bagi Max Cached Icons adalah di antara 100 hingga 8192. Nilai lalainya yang telah ditetapkan oleh pihak Windows adalah 512. Nilai tersebut boleh diisi dengan nilai kurang daripada nilai 8192. Nilai yang dikatakan berpatutan adalah di antara 2000 hingga 8192.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-

* Buang fail sistem yang tersembunyi iaitu ShellIconCache.

* Bagi Windows yang lama ia tersimpan dalam C:\Windows\ ShellIconCache atau C:\Winnt\ ShellIconCache.

* Bagi sistem Windows yang baru, anda perlu cari fail Iconcache.db. Di mana bagi Windows XP ia terletak di C:\ Documents and Settings\Your User Name\Local Settings\Application Data\Iconcache.db

* Tutup kesemua proses-proses bagi explorer.exe dengan menggunakan Task Manager atau sebagainya.

* Dengan menggunakan Task Manager, buka kembali fail exlorer.exe dengan menekan butang CTRL+SHIFT+ESC atau menekan kembali butang CTRL+ALT+DEL untuk kembali semula ke Task Manager.

* Apabila Windows Explorer dibuka kembali apabila fail explorer.exe dibuka, ia akan membina semula secara betul fungsi bagi fail icon-cache.

Masalah ikon-ikon tidak berfungsi dengan baik atau paparannya bermasalah adalah disebabkan gangguan kepada konfigurasi fail sistemnya di dalam Windows.

Ini boleh terjadi disebabkan oleh ada fail-fail sistem tertentu dibuang atau dikonfigurasikan dengan tidak betul dengan sengaja atau tidak sengaja.

Ia juga boleh disebabkan masalah program pemacu perkakasan (driver) atau komponen-komponen komputer.

Ia perlu dibuat semakan dan sekiranya bermasalah, selesaikan masalah ini terlebih dahulu dengan memasang semula dan sebagainya.

Ia juga boleh disebabkan oleh program malware atau virus yang duduk dalam sistem komputer. Dengan itu, perlu dilakukan langkah-langkah tertentu seperti mengemaskini perisian anti-virus dan Windows, melakukan proses imbas dan perbetulkan dengan perisian anti-virus atau program security fix.

Semoga bermanfaat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaedah menarik belajar asas Islam

Posted:

Kaedah menarik belajar asas Islam

Kaedah menarik belajar asas Islam

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my


Dimuat turun melalui telefon pintar menjadikan aplikasi tersebut lebih mudah diperolehi.


"Tapi saya tidak menyangka pula ia mampu menarik minat orang ramai sekali gus tercalon dalam anugerah," ujar Pengarah Pemasaran, IslamKids.Media Sdn. Bhd., Shahril Affendi Mohd. Yusof.

Malah menurut Shahril Affendi, setelah memperkenalkan aplikasi Mobile Content yang dinamakan sebagai BabyKhalifah Mobile Learning Siries: My First Iqra, sambutan yang diterima daripada orang ramai juga amat menggalakkan.

Boleh dimuat turun melalui telefon bimbit daripada jenis iPhone dan iPod, menjadikan aplikasi tersebut digemari oleh sesetengah ibu bapa beragama Islam untuk mendidik serta menarik perhatian anak-anak mereka mendekati al-Quran dan Islam.

Jelas Shahril Affendi, BabyKhalifah Mobile Learning Siries : My First Iqra' merupakan salah satu tarikan yang sesuai kepada kanak-kanak berusia antara satu dan lima tahun.

Aplikasi tersebut menyediakan perkara asas pembelajaran mengenai Islam melalui watak kartun yang bernama Aisyah.

"Di sini kami menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya bagi memastikan kanak-kanak juga mampu menguasai bahasa tersebut dan Aisyah sebagai watak utama yang akan memperkenalkan perkara asas dalam Islam kepada kanak-kanak.

"Dewasa ini teknologi pembelajaran sudah berubah malah menjadi semakin canggih, justeru aplikasi yang disediakan ini dilihat mampu menarik minat kanak-kanak untuk memberi tumpuan dan memahami ajaran Islam dengan lebih mudah,'' katanya.

Ia juga berkaitan dengan fenomena kanak-kanak masa kini yang sangat meminati dan mudah terpengaruh dengan dunia kartun, justeru, medium yang sama digunakan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.

Antara sukatan pelajaran pengenalan yang boleh dimuat turun melalui iPhone dan iPod oleh syarikat ini adalah MyFirst Iqra', MyFirst Arabic, Wudhu', I Love Allah, A Story for Muslims Kids dan MyMuslim Scholars.

Ditubuhkan pada September 2007, IslamKids.Media Sdn. Bhd. menumpukan perhatian kepada pembelajaran Islam dengan sasaran kanak-kanak Islam yang berumur satu hingga lima tahun.

Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan sukatan pembelajaran asas Islam, kakitangan IslamKids.Media Sdn. Bhd. turut terdiri daripada pakar teknologi, akauntan, penasihat perniagaan, pelukis animasi dan pemprogram dalam menghasilkan pembelajaran Islam secara digital.

Malah, syarikat ini juga turut menerima sokongan penuh daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui geran untuk memastikan objektif syarikat tersebut tercapai.

Menyelusuri asal penubuhan syarikat, Shahril Affendi bersama tiga lagi rakan perniagaannya memperkenalkan e-Learning melibatkan pengguna boleh memuat turun silibus melalui Internet.

Antara silibus yang diperkenalkan melalui Internet adalah terdiri daripada enam modul utama iaitu MyFirst Kalimah, MyFirstAdap, MyFirstSolat, MyFirstIqra', MyFirstArabic dan My Family.

Kemudian, ia diprogramkan agar boleh dimuat turun melalui telefon pintar dan ditonton oleh kanak-kanak.

Namun, tidak semua silibus dibekalkan didalam aplikasi kandungan telefon pintar ini kerana pada asasnya ia bertujuan untuk promosi sahaja.

Justeru, bagi mereka yang berminat, boleh muat turun daripada laman web syarikat ini iaitu IslamKidsMedia.com dalam bentuk e-Learning atau tempah terus Siri BabyKhalifah (dalam bentuk cakera padat) di talian 03-89258591.

Bagi pencalonan Anugerah ICT NEF-AWANI 2010, IslamKids.Media Sdn. Bhd. telah menawarkan Mobile Content yang dinamakan sebagai BabyKhalifah mobile Learning Siries: My First Iqra'.

Syarikat ini telah terpilih dalam kategori Kandungan atau Aplikasi Telefon Bimbit Terbaik.

Acara NEF merupakan dianjurkan Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF) bersama saluran berita televisyen, Astro Awani.

Menurut Shahril Affendi, pencalonan NEF telah membuka ruang baru bagi syarikat dalam memperkenalkan produk yang dihasilkan kepada pengguna.

"Bagi saya dan kawan-kawan, ini merupakan satu peluang yang baik untuk syarikat, bukan sahaja atas tujuan perniagaan malah ia sekali gus dapat membantu kami dalam proses berdakwah kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved