Utusan Online - Keluarga Posted: 14 Mar 2011 01:14 PM PDT Kempen kutip syiling Makna Posted: Kempen kutip syiling MaknaKempen kutip syiling Makna Oleh SITI AISHAH YUSOFF Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
|
Jamaludin Abdullah (kiri) pada majlis pelancaran Kempen Kutip Syiling di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Pudu, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
|
PILUNYA hati bila mendapati diri atau ahli keluarga dikesan menghidap kanser yang merupakan penyakit berbahaya selepas penyakit jantung dan boleh membawa kematian. Pengalaman merasai sendiri bagaimana peritnya tatkala salah seorang anak yang disayangi menghidap kanser telah membuka ruang kepada Pengarah Majlis Kanser Nasional(Makna), Datuk Mohd. Farid Ariffin menubuhkan badan amal ini. Menyedari tanggungjawab membantu mangsa-mangsa kanser meringankan beban yang ditanggung, Makna dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan sokongan Bank Negara Malaysia telah melancarkan Program Kempen Kutip Syiling di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Pudu, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Kempen Kutip Syiling 2011 ini merupakan kesinambungan kepada Kempen Satu dan Lima sen yang dimulakan pada tahun 2003 bersama sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Menurut Mohd. Farid, Makna yang menjangkau penubuhan hampir empat puluh tahun lebih adalah sebuah badan amal yang membantu pesakit-pesakit kanser meringankan beban mereka. "Bukan semua orang mampu dan mempunyai kewangan untuk merawat penyakit ini, jadi kita berperanan untuk membantu mereka melalui sumbangan kempen kutip duit syiling ini," katanya. Jelasnya lagi, hampir dua juta wang dapat dikutip setiap bulan melalui potongan melalui kad kredit hasil sumbangan orang ramai seminima RM 38.00 setiap bulan. Menurutnya, kempen ini walaupun ramai penglibatannya terdiri daripada 60 peratus kaum Cina, tetapi sebenarnya ia terbuka kepada semua golongan, tidak kira agama dan bangsa. "Kempen ini lebih tertumpu kepada golongan yang tinggal di kawasan bandar kerana mereka lebih terdedah kepada bahaya kanser. "Kami juga telah membelanjakan hampir RM 9 juta untuk membuat kajian dan mencari penawar untuk penyakit kanser," jelasnya. Jelasnya, setakat ini lebih daripada 160,000 kes kanser telah dapat ditangani oleh Makna sejak ia ditubuhkan, manakala setiap tahun lebih daripada 4,000 pesakit dibantu oleh Makna. Sementara itu, Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu, Jamaludin Abdullah yang mewakili Timbalan Menteri Pelajaran 1, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, kempen ini merupakan kejayaan yang amat membanggakan kerana ia secara langsung mencerminkan tahap kesedaran sivik dan sikap penyayang yang tinggi untuk untuk berkhidmat, menyokong dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Sehingga kini, lebih dari RM1.15 juta telah dikumpul melalui kempen ini. Pada tahun lepas sahaja kempen ini telah berjaya mengumpul RM92,545. Menariknya pada tahun ini, setiap pemberian 5 sen akan diberikan ganjaran satu penanda buku Kempen Kutip Syiling Makna. Makna sendiri telah telah membantu seramai 166,510 pesakit kanser yang mana kesemua pesakit merupakan kes yang dirujuk oleh 76 hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Sementara itu, Mohd. Farid juga telah mensasarkan untuk memperkenalkan Makna di peringkat antarabangsa seperti Singapura, Thailand, Vietnam dan Burma. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Galakkan minat anak-anak anda Posted: Galakkan minat anak-anak andaGalakkan minat anak-anak anda SETIAP ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka berjaya sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan. Tetapi semua ini tidak datang bergolek begitu sahaja melainkan usaha dan kegigihan mereka sendiri terhadap sesuatu bidang yang diceburi. ANAK-ANAK patut digalakkan bukan hanya pada sesuatu bidang sahaja. Memandangkan persaingan di luar memang hebat dan mencabar. Anak-anak perlu dipupuk dengan pelbagai minat dan ilmu demi membantu mereka menghadapi sebarang cabaran dan dugaan yang bakal mereka tempuhi. Bagi saya penggalakkan untuk mempelajari pelbagai bidang kepada anak lelaki perlu diutamakan kerana mereka bakal menjadi ketua keluarga dan pemimpin apabila meningkat dewasa. – Norhayati Satar, 51 tahun,Eksekutif ANAK-ANAK perlu digalakkan dengan pelbagai bidang. Bukannya hanya diberikan tumpuan kepada sesuatu bidang tertentu sahaja. Jika mereka diterapkan dan mempelajari pelbagai bidang, ilmu yang mereka perolehi boleh dimanfaatakan untuk diri mereka nanti. Walau apapun bidang yang mereka ceburi, ibu bapa hendaklah memastikan bahawa anak-anak memang berminat terhadap bidang tersebut. – Rasidah Wahab, 57 tahun, Pesara BAGI saya adalah lebih elok jika anak-anak tidak hanya diberikan tumpuan kepada sesuatu bidang sahaja. Memandangkan dunia hari ini semakin mencabar mereka perlu dibekalkan dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk mereka. Walaubagaimanapun saya akan menyokong jika anak-anak saya ingin mempelajari dan menceburi bidang yang mereka minati selagi apa yang mereka lakukan tidak bercanggah dengan norma-norma kehidupan. – Jameah Mohd. Adam, 52 tahun, Pembantu Am Pejabat SAYA memang menggalakkan sepenuhnya kepada remaja-remaja agar mereka mempelajari dan menceburi pelbagai bidang, sebaliknya bukan hanya tertumpu kepada sesuatu bidang sahaja. Seseorang remaja itu akan dipandang tinggi dan hebat apabila mereka mampu mempelajari pelbagai bidang dan mahir pula dengan bidang yang mereka ceburi. – Munir Ghazali, 62 tahun Ketua Penerangan Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Varia Posted: 14 Mar 2011 11:41 AM PDT Dimensi baru dunia wartawan Posted: Dimensi baru dunia wartawan Dimensi baru dunia wartawan Oleh JUNHAIRI ALYASA PARA wartawan muda yang mengikuti program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia tidak melepaskan peluang bertanya khabar dan beramah mesra secara langsung dengan Mazlan (duduk tengah).
BUKAN mudah untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya jika anda tidak memiliki minat yang mendalam dalam dunia penulisan, membaca, tidak berani menanggung risiko dan tidak sanggup berfikir di luar kotak. Itulah cabaran yang dipilih oleh 18 orang wartawan muda dari beberapa organisasi media yang telah terpilih untuk menyertai program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI). Program yang dianjurkan dari 21 Februari hingga 18 Mac itu bertujuan mempertajamkan kemahiran kewartawanan dan meningkatkan pengetahuan ilmu kenegaraan dalam kalangan wartawan muda yang baru berkhidmat dengan organisasi media cetak, elektronik mahupun media baru. Bagi Penolong Pengarang Majalah Masyarakat, Abd. Kadir Mohd. Ayub, 28, pendedahan yang diperoleh menerusi program itu telah memberikan satu dimensi baru dunia kewartawanan. "Saya baru dua tahun berkecimpung dalam bidang ini dan sudah mula mengenali dengan lebih dekat akan dunia kewartawanan. Secara tidak langsung, program ini telah mampu memberikan ketajaman minda dari aspek penyuntingan dan cara terbaik untuk mendapatkan bahan berita," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Wartawan akhbar berbahasa Inggeris, The Star, Cheryl Poo, 27, tidak menyangka terpilih untuk mengikuti program tersebut selepas lapan bulan dilantik sebagai wartawan di agensi berita tersebut. "Saya rasa sangat tercabar untuk menghasilkan sesuatu bahan berita yang terbaik dengan adanya program ini saya berhasrat untuk menjadikan diri saya setaraf dengan wartawan yang hebat di negara ini," ujarnya. Bagi S. Kisho Kumari, 26, dari agensi berita Bernama, kewujudan media baru menyebabkan tugas sebagai wartawan semakin mencabar. "Kita perlu lebih pantas dalam menghasilkan bahan berita yang menarik namun pada masa yang sama kita harus memastikan sudut etika, apa yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Seorang wartawan muda juga perlu mempunyai tahap pengetahuan am yang tinggi bagi menjalankan tugas dengan berkesan," ujarnya yang mula berkhidmat sejak setahun lalu. Teknik penulisan Program selama 26 hari itu turut menyentuh tentang penulisan berita, teknik menemuramah, sidang akhbar, penulisan rencana, kewartawanan penyiasatan, institusi-institusi negara, Perlembagaan Persekutuan, media dan undang-undang. Antara lain, sesi pertemuan turut diatur dengan pemimpin negara antaranya Ketua Polis Negara (KPN), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Yang Dipertua Dewan Negara, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Menteri Dalam Negeri untuk mendapatkan penjelasan mengenai dasar-dasar kerajaan yang perlu diketahui wartawan. Sementara itu, tenaga pengajar program tersebut terdiri daripada pengarang kanan media dan penceramah jemputan dari beberapa pertubuhan kerajaan dan kementerian serta para profesor pusat pengajian tinggi awam dan swasta negara. Bagi Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin, wartawan muda perlu sentiasa mengikuti perkembangan informasi menerusi pembacaan akhbar setiap hari dan pelbagai jenis buku. "Mereka juga perlu membina keyakinan diri dan anggap bidang kewartawanan sebagai satu pembelajaran seumur hidup. Semasa mereka berkerja, mereka terus belajar pelbagai perkara baru," kata beliau. Nasihat Zainuddin lagi, mereka juga tidak seharusnya bergantung kepada arahan tetapi mempunyai inisiatif untuk mencari pelbagai cerita eksklusif. "Ini menjadikan mereka wartawan yang lain daripada yang lain. Tidak sekadar jadi wartawan mediocre (tidak bermutu). "Wartawan juga tidak harus mengabaikan susulan berita. Kadang-kadang, susulan mampu menghasilkan bahan berita yang lebih besar daripada akhbar lain. "Pernah dalam satu kejadian seorang yang ditemui membunuh diri, saya yang menyusul kembali kejadian itu mendapati bahawa rupa-rupanya individu itu membunuh diri kerana tidak ada wang untuk mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Di sini, kita dapati betapa sikap guru dan sekolah tempat mangsa belajar itu yang tidak peka dengan keadaan tersebut," cerita Zainuddin berdasarkan pengalamannya. Beliau turut menekankan, wartawan juga perlu sentiasa peka dan ada inisiatif kalau benar-benar mahu jadikan bidang kewartawanan sebagai satu kerjaya. "Bagi saya, satu meja berita yang aktif akan melahirkan akhbar yang tidak pasif. Selalu kemas kini maklumat agar tidak ketinggalan atau menjadi surat khabar yang basi. Jika ada imej ketinggalan pada akhbar, ia hanya akan menyebabkan akhbar itu tidak laku di pasaran. "Ini ditambah dengan persaingan hebat dalam dunia media siber, orang di media cetak akan terpaksa fikir berita yang baru dan lebih bernilai." Dalam pada itu, ketika pertemuan antara wartawan muda tersebut dengan seorang lagi Tokoh Wartawan Negara iaitu Tan Sri Mazlan Nordin, beliau turut menasihatkan mereka supaya membawa suara, aspirasi dan nilai kepada rakyat. "Semua wartawan perlu mempunyai rasa kebersamaan dan sanggup untuk berkorban demi rakyat," pesan beliau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 14 Mar 2011 09:41 AM PDT Penantian 40 tahun berakhir Posted: Penantian 40 tahun berakhirPenantian 40 tahun berakhir Oleh HAMDAN TAWADI utusanjohor@utusan.com.my SAMSOL Bari Jamali (duduk, lima kiri) bersama penerima tanah di Batu Pahat, baru-baru ini.
BATU PAHAT 13 Mac – Penantian lebih 40 tahun untuk mendapatkan tanah sendiri oleh 69 penduduk Kampung Parit Lapis Khalid dekat sini berakhir apabila tanah seluas 46.4 hektar yang dimohon, diluluskan kerajaan negeri baru-baru ini. Tanah tersebut diteroka oleh generasi pertama pada 1940 dan permohonan rasmi untuk mendapatkan hak milik tanah dibuat di Pejabat Tanah Batu Pahat pada 1970. Kesemua penerima tanah yang diluluskan kerajaan negeri merupakan generasi ketiga daripada peneroka asal tanah tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali menyeru semua penerima tanah itu supaya menjadikan kurniaan yang diberikan sebagai warisan kekal. "Penduduk sewajarnya bersyukur dengan pengurniaan tanah ini. Jangan pula tanah ini dijual dan jadikannya sebagai pegangan berterusan. "Dengan pengurniaan tanah ini, diharapkan permuafakatan masyarakat dapat ditingkatkan lagi untuk melahirkan generasi yang produktif, bersyukur dan dapat bersama-sama membina negara yang aman, makmur dan selamat," katanya berucap pada majlis penyerahan geran tersebut, di sini baru-baru ini. Sementara itu, seorang penerima geran, Junaidi Imam Said, 64, berkata, kelulusan permohonan itu menamatkan kegelisahan penduduk yang sekian lama menanti untuk memiliki tanah sendiri. "Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan nasib dan kebajikan penduduk," katanya. Seorang lagi penduduk, Musa Naman, 54, berazam untuk mengekalkan tanah diberikan sebagai warisan keluarganya. "Saya berharap ia akan kekal sampai bila-bila dalam kalangan keluarga saya bagi menghargai pengorbanan generasi pertama yang mula-mula meneroka tanah ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 'Terima kasih baiki rumah kami' Posted: 'Terima kasih baiki rumah kami' 'Terima kasih baiki rumah kami'
|
ORANG ramai bergotong-royong membaiki rumah Musa Abdullah di Bandar Tenggara, Kulai Jaya, baru-baru ini.
|
KULAIJAYA 13 Mac - Tiada apa yang mampu diucapkan oleh pasangan warga emas, Musa Abdullah, 80, dan isterinya, Syarifah Chik Syed Haron, 75, apabila menerima kunjungan dua wakil rakyat di kawasan mereka baru-baru ini. Lebih menyentuh perasaan pasangan itu, Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki turut membiayai kos membaik pulih rumah mereka yang usang dan bersama- sama penduduk menyertai aktiviti gotong- royong yang diadakan. "Terima kasih banyak-banyak kepada Datuk Halimah dan Datuk Baderi yang sudi tanggung kos membaiki rumah kami. Begitu juga kepada ahli UMNO lain yang bersama-sama bergotong-royong membaiki rumah ini," kata Musa sambil menadah tangan mengucapkan syukur. Musa yang mempunyai empat anak dan lebih 12 cucu serta 13 cicit menetap di No. 74, Jalan Perwira, Bandar Tenggara sejak 33 tahun lalu dan merupakan penduduk terawal kawasan tersebut. Sementara itu, Halimah berkata, kedaifan warga emas itu dikesan hasil Program Jejak Mesra yang dijalankan pihaknya pada Ramadan lalu untuk menghulurkan bantuan kepada fakir miskin dan warga emas. Beliau berkata, pasangan warga emas itu merupakan antara penerima bantuan tersebut dan setelah melihat sendiri keadaan rumah mereka, beliau dan Baderi bersetuju untuk bersama-sama menanggung kos lebih RM8,000 bagi membaiki atap rumah warga emas itu. Kerja membaiki rumah berkenaan pula dilakukan secara bergotong-royong dengan bantuan anggota Pemuda UMNO Bahagian Tenggara. Aktiviti gotong-royong yang bermula pukul 10 pagi itu turut disertai Ketua Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Tenggara, Abd. Halim Abd Jalil dan Datin Salasiah Idris serta Ketua UMNO Cawangan Bandar Tenggara, Ahmad Sapari. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Ratu Posted: 14 Mar 2011 01:48 AM PDT Kesan penuaan pada bibir Posted: 13 Mar 2011 04:23 PM PDT Ratu Kedut sebelum waktunya SATU punca kita kelihatan lebih tua daripada usia ialah apabila kulit dan epidermis yang semakin nipis. Masalah ini bertambah teruk lagi pada kulit bibir kerana permukaan bibir lebih nipis berbanding lapisan kulit lain.
Bibir hanya mempunyai tiga hingga lapisan berbanding bahagian lain kulit sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu atau rambut halus yang dapat melindunginya dan tiada kelenjar peluh serta kelenjar sebum untuk melembapkan kulit. Kerana itu, bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif dan paling mudah `berumur' berbanding bahagian lain pada wajah. Seiring peningkatan usia, bibir secara semula jadi akan kehilangan air dan minyak, menjadikan kulit bibir lebih cepat dimamah usia berbanding bahagian lain jika tidak dijaga. Tidak perlu menunggu lama untuk berhadapan masalah ini. Seawal usia 25 tahun, kesan penuaan pada bibir sudah boleh dilihat. Garis bibir hilang, bibir kurang nyalaan merah dan mula nampak berkedut.
Bibir amat sensitif pada sinar matahari. Pendedahan keterlaluan boleh mempercepatkan lagi penuaan pada bibir, lebih-lebih lagi jika tidak menggunakan sebarang tabir pelindung.
Memburukkan lagi masalah, perawatan bibir sering kali diabaikan kebanyakan wanita menyebabkan bibir mudah mengering dan pecah-pecah. Keadaan itu lebih ketara dilihat apabila wanita memakai gincu yang akan memperlihatkan kesan pecah-pecah pada bibirnya. Bagi wanita yang merokok, penuaan pada bibir dikatakan lebih cepat ditambah lagi jika tidak menjaganya.
Keadaan itu tidak sepatutnya dibiarkan kerana bibir kering akibat kesan penuaan bukan saja akan menimbulkan garis tetapi turut mengurangkan darjah penampilan. Harus diingat, kecantikan seorang wanita juga tidak mengecualikan pesona bibir. Gerakan bibir menawan pada saat berbicara tidak lepas menjadi perhatian lawan bicara.
Justeru, hindarkan penuaan pada bibir dengan menjaga dan menghindarkannya daripada kesan yang boleh 'mencemarkan'. Antara yang boleh dilakukan ialah mulai berhenti merokok jika anda seorang perokok. Tabiat merokok bukan saja bahaya untuk kesihatan anda dan orang lain tetapi boleh menyebabkan bibir berubah warna menjadi kusam dengan cepat walaupun usia masih muda. Ini berpunca kesan daripada bahan nikotin yang terdapat pada rokok.
Pakar kecantikan turut berpesan, untuk menjaga bibir dengan baik anda hendaklah kenal pasti 'perosak' bibir. Sama ada anda sedar atau tidak, gincu atau kosmetik yang dicalitkan konon untuk mencantikkan ulas bibir, sebenarnya boleh juga merosakkan bibir jika ia tidak sesuai digunakan. Antara tandanya ialah muncul kesan menggelupas dan gatal pada bibir.
Bagi mengelakkan itu berlaku, sebaik-baiknya perhatikan kandungan yang terdapat pada kosmetik sebelum membelinya. Lihat tarikh luput kosmetik berkenaan dan jika sudah kelihatan rosak, elok saja ia dibuang. Jaga selalu kebersihan kosmetik supaya tidak menjadi tempat tumbuhnya bakteria dan simpan di tempat yang sepatutnya serta bersihkan bibir sebelum menggunakan gincu supaya kotoran yang ada tidak terus 'berhimpun' pada bibir.
Menyapu balsam bibir setiap kali keluar rumah perlu dijadikan amalan kerana ia adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir.
Pastikan bibir anda tidak basah supaya balsam bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yang kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Pelembap bibir yang mengandung SFP 15 juga boleh digunakan untuk melindungi bibir dari kesan sinar cahaya matahari.
Sinar ultra lembayung (UV) yang ada pada sinar matahari boleh merosakkan bibir termasuk menjadikannya pecah-pecah, terbakar, bengkak atau timbul bintik-bintik keperangan. Masalah mungkin lebih serius kerana sinar matahari berupaya membuat kolagen yang terdapat pada bibir berkurangan. Akibatnya, muncul kerutan pada bibir.
Meningkat usia, kandungan kolagen pada bibir menurun sehingga bibir tidak lagi terlihat kenyal. Penuaan pada bibir tampak sehingga menyebabkan bahagian itu kasar, berkerut dan ada garis halus.
Rawatan sama ada secara dalaman iaitu dengan pengambilan makanan berkhasiat atau secara luaran, menyapu balsam, boleh melambatkan kesan penuaan pada bibir dan paling penting, membuatkan bibir menyerlahkan kecantikan.
INFO: Rahsia bibir sihat
Ambil vitamin B dan C dengan memakan buah-buahan dan sayuran. Pengambilannya sangat baik supaya bibir tampak lebih segar.
Banyakkan minum air putih setiap hari supaya bibir tidak mengering.
Sebelum tidur, buang semua kesan gincu bibir menggunakan penanggal mekap yang lembut. Kemudian ambil kain lembut yang dilembapkan dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ini untuk menanggalkan semua sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir berasa lembut dan licin. Sapu nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.
Hentikan tabiat menggigit dan menjilat bibir. Ia adalah penyebab utama bibir menggelupas.
Lakukan urutan pada bibir dengan menggunakan madu, dua kali seminggu sebelum tidur. Amalan itu akan membantu menjadikan bibir lembap dan berseri kemerah-merahan.
Rahsia bibir sihat
Berdiri di hadapan cermin.
Bukalah mulut seperti kita mengucapkan huruf O besar.
Lakukan dengan santai, gerakkan mulut ke depan dan ke bawah.
Tahan gerakan tadi selama 20 saat.
Kemudian hembuskan nafas keluar dan tarik nafas melalui hidung .
Lakukan berulang-ulang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Wanita perlu bertindak Posted: 13 Mar 2011 04:13 PM PDT Ratu Dr Noorul Ainur (berdiri tujuh dari kanan) bersama selebriti yang menjayakan koleksi cerita Lipstick & elbrowGREASE pada majlis pelancaran kempen Kecapi kebahagiaan dan kesejahteraan KINI sudah tiba masanya wanita bangkit dan bertindak untuk mendapatkan apa yang diinginkan serta dirasakan perlu untuk kesejahteraan dan perubahan pada dirinya. Melepaskan keluhan dan menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa ada sebarang tindakan dilakukan, sudah tidak begitu bermakna lagi.
Seiring dengan sambutan 100 tahun Hari Wanita yang diraikan tahun ini, wanita patut menggunakan pengaruh, kreativiti dan daya inovatif mereka secara bijak serta efektif untuk mengilhamkan perubahan dan merealisasikan apa yang ingin dicapai. Wajar diakui, wanita masa kini mempunyai peranan lebih besar dalam membentuk masa depan dunia. Tema sambutan tahun ini, "Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita" seharusnya menjadi pembakar semangat untuk wanita bertindak dan mendapatkan apa yang diinginkan serta dicapai. Ketua Kakiseni, Low Ngai Yuen turut sependapat dan berkata, setiap wanita mempunyai kekuatan tersendiri untuk mengubah apa yang tidak disukai atau memuaskan hatinya.
Ngai Yuen berkata, sebelum ini wanita mungkin boleh bersuara dan meluahkan isi hatinya tetapi kini adalah lebih baik menggunakan kekuatan dalam diri bagi mengubah persekitaran yang tidak menyenangkan.
"Contohnya, jika di tempat kerja apabila seorang wanita mungkin tidak puas hati dengan bayaran gaji rendah diterimanya atau kedudukan pangkat, dia perlu melakukan sesuatu. Jika wanita terbabit berasa dirinya layak dan berhak mendapat lebih daripada sepatutnya, dia tidak perlu teragak-agak melakukan sesuatu untuk mengubah senario itu.
"Selain melakukan kempen, wanita itu boleh bertindak cara lain bagi mengubah persekitaran dan dia sememangnya mampu berbuat demikian. Begitulah juga dalam isu lain membabitkan wanita seperti penderaan, keganasan rumah tangga dan sebagainya, wanita terbabit perlu lakukan sesuatu dan jangan biarkan ia terus berlaku pada dirinya," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen Women:100 sempena Hari Wanita, baru-baru ini.
Kempen Women:100, yang berlangsung selama sebulan dianjurkan Kakiseni dengan sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta, bertujuan memperingati dan memberi penghormatan kepada perjuangan wanita.
Majlis pelancaran dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.
Tambah Ngai Yuen, sekadar meluahkan perasaan dan membuat aduan tidak cukup kerana dunia pada masa kini semakin mencabar. Wanita perlu melakukan sesuatu tetapi bersesuaian dengan norma hidup masyarakat di negara ini.
Mengenai kempen Women:100, beliau berkata, acara persembahan seni selama 100 jam itu diharap dapat meningkatkan kesedaran, memupuk persefahaman, memperingati dan menyanjungi kejayaan wanita, sekali gus meningkatkan seni persembahan.
Kempen bermula 8 Mac dan diisi dengan program berbentuk teater, bengkel, tarian, muzik, penulisan, bacaan, mini konsert dan bertukar pandangan. Sebanyak 13 persembahan akan dipertontonkan sepanjang Mac dan setiap satu mempunyai penekanan unik mengenai cara meraikan kejayaan dan memperkasakan wanita.
Pada majlis pelancaran kempen, ceritawara khas berjudul, Lipstick & elbrowGREASE arahan pelakon terkenal, Ida Nerina turut dipersembahkan kepada hadirin. Ceritawara yang mengetengahkan lapan koleksi cerita itu menyampaikan beberapa mesej penting yang tersirat.
Antaranya, memberi peringatan kepada masyarakat supaya menyanjung keupayaan tinggi wanita dengan kasih sayang, penuh kepercayaan dan tiada diskriminasi. Mesej lain ialah menyuntik kesedaran, bahawa setiap wanita mempunyai keupayaan dan kelebihan masing-masing biar siapa pun diri mereka.
Selain itu, ia turut mengingatkan wanita walaupun mereka pernah melalui kehidupan suram, kebahagiaan diri masih boleh dicapai tetapi mereka perlulah membentuk kekuatan dalam diri sendiri untuk berdepan segala cabaran. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pendidikan Posted: 14 Mar 2011 12:17 AM PDT Memperkemas kurikulum pembelajaran ICT Posted: Memperkemas kurikulum pembelajaran ICTMemperkemas kurikulum pembelajaran ICT Oleh AZMY MOHAMED pendidikan@utusan.com.my
|
Animasi ini berjaya menarik hampir dua juta peserta Youtube walaupun sekadar menunjukkan aksi orang lidi.
|
Harapan negara untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran pada masa depan boleh dicapai melalui kurikulum pembelajaran berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sentiasa dikemas kini serta 'bebas' daripada elemen peperiksaan. Sekiranya falsafah ini gagal dihayati maka proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ICT akan melahirkan 'robot' yang hebat dalam mengingat dan menghafal sahaja. Hal ini disebabkan guru akan 'menyuap' murid dengan pengetahuan asas mengoperasi komputer dan menggunakan perisian pemprosesan perkataan di samping mengenali peranti serta perkakasan komputer sahaja. Manakala murid pula sibuk menyalin nota dan kurang terlibat dengan aktiviti yang memerlukannya mengeluarkan idea kreatif apatah lagi untuk berinovasi. Lebih malang apabila teknologi yang diajar sudah ketinggalan zaman seperti penggunaan disket untuk menyimpan data dan bukannya pendrive. Sepatutnya murid didedahkan kepada penggunaan aplikasi atau perisian yang melibatkan reka bentuk, grafik, animasi serta imej tiga dimensi (3D). Bimbing dan ajar murid dengan pengetahuan asas menggunakan perisian tersebut. Kemudian beri tugasan bertema yang memerlukan kreativiti dan imaginasi mereka seperti menghasilkan watak adi wira, mencipta kenderaan masa depan atau membuat alat kegunaan peribadi. Berikan kebebasan untuk murid mencipta dan berinovasi waima yang dihasilkan itu sekadar orang lidi. Untuk rujukan, dalam Youtube banyak animasi orang lidi dan ia berjaya menarik ratusan ribu tontonan. Sila buat carian menggunakan pivot sebagai kata kunci. Terbukti, rupa bentuk yang dihasilkan tidak penting. Apa yang utama ialah penjelasan atau rasional di sebalik setiap karya tersebut. Oleh sebab itu, murid perlu mempersembahkan hasil ciptaan mereka kepada kelas. Ia secara tidak langsung membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran termasuk meningkatkan keyakinan diri untuk berucap di depan khalayak. Bahkan dalam usaha menyiapkan tugasan, murid boleh melayari Internet secara berpandu untuk mencari maklumat, membuat rujukan dan perkongsian sumber. Murid boleh sama ada memuat naik hasil kerja mereka atau memuat turun bahan mengikut keperluan. Sekiranya aspek ini diberi keutamaan, pengetahuan asas mengenai komputer seperti menyimpan (save), menyalin (copy), menampal (paste) dan mencetak akan dapat dipelajari tanpa perlu satu topik khusus. Ia juga akan menjadikan P&P ICT lebih berfaedah dan praktikal. Mulai tahun ini, murid tahun satu hingga tahun empat mempelajari pengetahuan asas pengkomputeran melalui topik Literasi ICT dalam subjek Bahasa Inggeris. Topik ini akan diajar pada bulan Jun hingga Julai depan. Selain itu, subjek Pendidikan Seni juga boleh menjadi platform untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Ia perlu diintegrasikan dengan penggunaan ICT dan tidak terbatas kepada kaedah lukisan manual sahaja. Faktor ini perlu diberi pertimbangan serius kerana realiti dunia pekerjaan memerlukan pelukis dan kartunis yang mempunyai kemahiran dalam ICT. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pusat sumber sekolah platform pupuk perpaduan 1Malaysia Posted: Pusat sumber sekolah platform pupuk perpaduan 1MalaysiaPusat sumber sekolah platform pupuk perpaduan 1Malaysia Pusat sumber sekolah (PSS) memainkan peranan sebagai pusat informasi yang menjadi salah satu kunci utama kepada ilmu pengetahuan dan maklumat serta menjadi platform utama ke arah perpaduan selari dengan konsep 1Malaysia. Timbalan Dekan (Pelajar & Alumni) Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Azman Mat Isa berkata, PSS merupakan salah satu medium untuk pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan di samping memperoleh maklumat yang berkaitan dengan konsep 1Malaysia. "Objektif 1Malaysia tidak dapat dijayakan sebaik-baiknya tanpa bantuan institusi ilmu dan maklumat yang dikenali sebagai PSS ini," katanya. Beliau berkata demikian pada Program Explorasi Jaringan Maklumat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Kapar, Selangor, baru-baru ini. Program anjuran pelajar Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana itu bertujuan mempromosi dan membudayakan penggunaan pusat sumber di kalangan pelajar secara keseluruhan berteraskan konsep 1Malaysia. Menurut Ketua Projek, Siti Aishah Saad, program ini juga bermatlamat untuk menjadikan pusat sumber sebagai institusi maklumat yang terunggul dan mampu memenuhi keperluan maklumat semasa berkaitan 1Malaysia. "Melalui program ini, pelajar akan dapat meningkatkan lagi kesedaran mereka bahawa pentingnya institusi PSS dalam pembinaan jati diri anak bangsa. "Ia selaras dengan falsafah pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara melalui konsep 1Malaysia," jelasnya. Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik minat para pelajar termasuk ceramah oleh mantan Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Jaafar Abdul Rahim. Aktiviti lain adalah kuiz, roda ilmu, teka silang kata, pertandingan mencipta puisi dan teka gula-gula. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) yang turut serta dalam program ini telah memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk menjadi ahli secara percuma dan mengadakan Bas Perpustakaan Bergerak untuk menarik minat pelajar terhadap buku. Manakala Jabatan Penerangan pula mengadakan pameran yang bertemakan 1Malaysia. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Muhammad Rizal Redzuan. Turut hadir Pensyarah kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, Shaharom TM Sulaiman dan Pengetua SMK (P) Kapar, Meriam Husin. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Komuniti Kita Posted: 13 Mar 2011 04:27 PM PDT 30 pelajar Imtiaz perdengarkan bacaan Al-Quran Posted: 30 pelajar Imtiaz perdengarkan bacaan Al-Quran30 pelajar Imtiaz perdengarkan bacaan Al-Quran PARA peserta dari sekolah-sekolah menengah Imtiaz Terengganu bergambar bersama penganjur di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu semalam.
BERTUAH. Seramai 30 pelajar dari lima buah sekolah menengah Imtiaz di seluruh negeri Terengganu terpilih untuk memperdengarkan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu bermula semalam. Program anjuran Radio Malaysia Terengganu (TFM) itu akan dirakam untuk disiarkan di radio tersebut sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Program itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Yayasan Terengganu dan TTI Management Sdn. Bhd.. Pengarah Penyiaran negeri, Dr. Nawiyah Che Lah berkata, ia merupakan kesinambungan daripada program sama tahun lalu yang melibatkan penyertaan 60 pelajar dari Institut al-Quran Terengganu (IQ). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 12,000 anak ikan keli dilepas di Kolej Teknologi Bestari Posted: 12,000 anak ikan keli dilepas di Kolej Teknologi Bestari12,000 anak ikan keli dilepas di Kolej Teknologi Bestari IBRAHIM (tengah) melihat pelepasan anak ikan keli pada pelancaran projek ternakan ikan keli di Kolej Teknologi Bestari, Setiu baru-baru ini .
BELAJAR. Sebanyak 12,000 ekor anak ikan keli dilepaskan secara berperingkat ke dalam 10 buah kolam kanvas menerusi projek keusahawanan yang dilakukan penuntut-penuntut Kolej Teknologi Bestari (KTB), Setiu baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif KTB, Ibrahim Hussin berkata, projek dengan kerjasama Jabatan Perikanan Terengganu itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penuntut berkaitan aspek pengurusan dan keusahawanan ternakan ikan. Menurutnya, projek yang disertai 50 pelajar kampus berkenaan akan merangkumi latihan praktikal keusahawan yang kebiasaannya tidak diajar di bilik kuliah dengan pemantauan oleh Jabatan Perikatan serta pengurusan KTB. Hasil daripada projek itu kelak akan dipasarkan ke kawasan sekitar daerah itu dan keuntungannya akan diuruskan pelajar terbabit untuk pelbagai tujuan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Murid SK Langgar sertai perarakan Maulidur Rasul Posted: Murid SK Langgar sertai perarakan Maulidur RasulMurid SK Langgar sertai perarakan Maulidur Rasul SEBAHAGIAN daripada murid-murid SK Langgar yang menyertai perarakan Maulidur Rasul di Kota Bharu baru-baru ini.
BERARAK. Seramai 700 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar, Kota Bharu menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Abdul Razak Mat Saat semasa berucap pada majlis itu berkata, acara tersebut penting dalam menerapkan semangat cintakan agama di kalangan pelajar. Sempena majlis itu, sekolah itu turut mengadakan kenduri rakyat dengan mengorbankan seekor lembu sebagai hidangan bagi jamuan majlis itu. Majlis kenduri rakyat itu diadakan secara gotong-royong melibatkan guru dan ibu bapa murid sekolah tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Agrobiz Posted: 13 Mar 2011 04:05 PM PDT Rahsia kejayaan usahawan tempe Posted: Rahsia kejayaan usahawan tempe Rahsia kejayaan usahawan tempe Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN nisa.sulaiman@utusan.com.my Gambar RASHID MAHFOF
|
Seorang petugas tekun menyusun tempe yang telah siap diproses.
|
Perniagaan kecil-kecilan berasaskan makanan yang diwarisi daripada ibunya nyata tidak sia-sia, sebaliknya menjadi perintis jalan kepada usahawan ini mengenali dunia perniagaan lebih luas. Syaratnya dia menerima perniagaan tersebut dengan hati terbuka selain diusahakan bersungguh-sungguh. Begitu jalan cerita mudah bagaimana Nordin Arshad, 50, 'bertemu jodoh' dengan perniagaan yang diceburinya ketika ini. Segalanya bermula ketika dia menghadiri taklimat Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) yang disertai semasa masih berkhidmat dalam tentera. Ketika itulah dia mendapat tahu mengenai Agro Bank yang ketika itu dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia (BPM). Sementelah bersara daripada perkhidmatan tentera pada tahun 2000, Nordin mengambil alih perniagaan ibunya mengusahakan tempe. Dia berbuat demikian kerana ketika itu ibunya menghidap strok. Sepuluh tahun lalu, Nordin dan isterinya Normah Mohamad, 48, hanya mengusahakan tempe di dapur rumah emaknya di Kampung Sri Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor. "Segalanya hanya bermula dengan modal RM400 untuk membeli kacang soya, ragi dan kertas pembungkus," katanya. Pada mulanya bapa kepada empat orang anak ini, hanya mempelajari cara membuat tempe daripada ibunya. Tetapi selepas itu beliau mendapatkan khidmat nasihat daripada cawangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berhampiran. Pada masa sama, beliau juga menghadiri kursus keusahawanan anjuran Jabatan Pertanian untuk mendalami kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pemprosesan makanan. Apabila permintaan pelanggan daripada kalangan keluarga, rakan dan jiran semakin bertambah, pada tahun 2007, Nordin memohon pinjaman daripada Agro Bank bagi membesarkan lagi usahanya. Pinjaman sebanyak RM8,000 dimohon menerusi MUST Normal ,salah satu skim yang ditawarkan bank terbabit. Selepas menyelesaikan pinjaman pertama dua tahun kemudian, pada tahun 2009, Nordin sekali lagi memperoleh pinjaman kedua. Pinjaman berjumlah RM18,000 melalui Micro ESP-i digunakan untuk membina bengkel memproses tempe di tanah kosong berhampiran rumah ibunya. Kini Nordin yang dibantu oleh dua orang anak lelakinya, berjaya mengeluarkan sehingga 2,200 keping tempe sehari dengan berat sekeping lebih kurang 200 gram (g). Sehingga kini tempe keluaran Nordin berjaya mendapat tempat di kedai runcit, pasar, sekolah, pasar mini serta jiran-jiran. Sentiasa memilih yang terbaik untuk produk keluarannya, Nordin membeli kacang soya dan ragi dari pembekal dan memilih untuk membuang segala bahan-bahan sisa daripadanya. Menyentuh mengenai keistimewaan produk tempe yang dihasilkannya beliau berkongsi sedikit 'rahsia' kenapa ia mendapat sambutan: "Pelanggan sukakan tempe saya yang dikatakan lebih sedap, lembut, putih serta pembungkusan dengan kertas minyak dan daun pisang yang lebih bersih.'' Bagaimanapun di sebalik 'rahsia' kejayaan itu, sebagai usahawan beliau tidak terlepas daripada menghadapi cabaran. Adakalanya tempe yang dibuat tidak menjadi kerana cuaca terlalu sejuk atau panas. "Tempe akan terhasil dengan baik dalam suhu bilik," katanya. Namun Nordin dan isterinya tidak hanya bergantung kepada satu jenis produk saja tetapi mengeluarkan produk lain seperti nuget tempe dan makanan sejuk beku seperti karipap dan samosa. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perusahaan tempe Nordin boleh menghubunginya di 014-3817754 atau 07-4245287. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Penjagaan rusa Posted: Penjagaan rusaPenjagaan rusa
|
Ternakan rusa yang diusahakan di UPM, Serdang.
|
RUSA adalah sejenis haiwan herbivor yang hidup liar di hutan. Ia tergolong dalam famili Cervidae manakala spesis adalah rusa timorensis atau Cervus timorensis dan rusa sambar atau Cervus unicolor. Daging rusa semakin popular di kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dimana harga dipasaran adalah antara RM30.00 - RM45.00/kg. Daging rusa mempunyai sumber protin yang paling tinggi dari haiwan lain serta rendah lemak dan kolesterol tetapi berkalori tinggi. Selain daging (venison), pemeliharaan rusa memberi pulangan daripada hasil sampingan seperti rongga tanduk muda (velvet), kulit dan juga tanduk matang (antler). Velvet digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, khususnya ubat tradisi Cina dan mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan Timur Tengah seperti Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Kegunaan velvet dalam perubatan juga terbukti secara saintifik dimana velvet menggalakkan spermatogenesis dan pengeluaran testosterone, pengeluaran sel darah merah (erothrocyte) dan hemoglobin, meningkatkan kekuatan dan kecerdasan badan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Megabait Posted: 13 Mar 2011 04:04 PM PDT Kuasa iPad generasi kedua Posted: Kuasa iPad generasi keduaKuasa iPad generasi kedua Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN nazrul.sharuddin@utusan.com.my
|
Ipad2 menjadi fenomena baru di kalangan penggemar peranti multimedia.
|
SELEPAS lebih setahun syarikat pengkomputeran Apple memperkenalkan peranti tablet pintar iPad, ia telah terjual sebanyak hampir 15 juta unit di seluruh dunia. Sambutan luar biasa itu disebabkan pengguna tertarik dengan keunikan fungsinya yang membawa dimensi baru dalam operasi pengkomputeran mobiliti. Memperluaskan legasi pembangunan gajet moden tersebut, Apple baru-baru ini menampilkan pula versi baru iPad 2 dengan keupayaan kuasa lebih baik dan cemerlang. Pengenalannya telah dilakukan oleh Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs di San Francisco pada 2 Mac lalu. Secara keseluruhannya, pembangunan peranti iPad 2 memberi fokus kepada pelaksanaan aktiviti pengkomputeran utama seperti pelayaran web, akses e-mel serta operasi multimedia untuk pengurusan foto, video, muzik, permainan video dan buku elektronik (e-book). Binaan reka bentuk luar iPad 2 mempunyai 33 peratus lebih nipis dan 15 peratus lebih ringan berbanding versi pertamanya. Namun, daripada segi paparan, ia masih mengekalkan implementasi skrin LCD 9.7 inci dengan sokongan lampu belakang LED. Operasi iPad 2 dipacu oleh sistem pemproses A5 berkembar yang menawarkan prestasi lebih pantas dan grafik makin menyerlah. Tidak cukup dengan itu, ia turut dilengkapi kamera VGA hadapan dan belakang bagi menyokong operasi panggilan video serta rakaman video definisi tinggi (HD) 720p. Dengan keupayaan itu juga, pengguna kini boleh melakukan panggilan FaceTime kepada semua rangkaian peranti seperti iPhone 4, iPod Touch, dan Mac. Menerusi aplikasi Photo Booth pula, pengguna berpeluang mengedit foto yang telah di ambil dengan memasukkan kesan-kesan visual yang menarik. iPad 2 dipacu oleh sistem operasi iOS 4.3 versi terkini yang menampilkan aplikasi-aplikasi seperti pelayar Safari Mobile, iTunes Home Sharing dan AirPlay. Selain itu, pengguna turut ditawarkan dengan aplikasi iMovie untuk menyunting video serta Hotspot untuk tujuan perkongsian sambungan data selular bersama iPhone 4 menerusi Wi-Fi. Spesifikasi lainnya adalah seperti perisian Gyro untuk permainan video, akses pelayaran HSUPA dan paparan kandungan televisyen HD melalui sambungan adaptor. Sesuatu yang menarik, iPad 2 ini didatangkan bersama penutup pintar di bahagian hadapannya yang bertindak sebagai penyokong bahagian badan secara menegak ketika peranti digunakan untuk menaip atau menonton video. Penutup pintar itu juga dibangunkan dengan rekaan engsel magnetik unik supaya mudah di pasang dan ditanggalkan selain dilengkapi lapisan gentian mikro bagi menjamin kebersihan permukaan skrin. Ia turut berperanan mengaktifkan peranti secara automatik apabila ia dibuka dan menamatkan operasi sebaik ditutup. Setakat ini, iPad 2 boleh menyokong lebih 350,000 aplikasi daripada App Store dan 65,000 aplikasi yang dibangunkan oleh individu atau syarikat daripada 20 kategori. Ia termasuk permainan video, bisnes, berita, sukan, kesihatan dan pelancongan. Menerusi aplikasi iTunes Store pula, pengguna iPad 2 berpeluang mengakses paparan kandungan muzik, televisyen dan filem secara dalam talian. Walaupun iPad 2 mampu menyokong pelbagai perisian dan aplikasi, namun ia mempunyai ketahanan jangka hayat bateri sehingga 10 jam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Sehebat kamera profesional Posted: Sehebat kamera profesionalSehebat kamera profesional
|
Boleh digunakan dalam cahaya suram.
|
DUNIA dan teknologi fotografi yang kian maju semakin diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat, apatah lagi ia mampu memberi seribu makna dengan hanya sekeping gambar. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan serta penjualan pelbagai jenis kamera yang membariskan penggunaan dari peringkat amatur hingga ke taraf profesional. Jika anda merancang untuk memiliki sebuah kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) dan masih samar-samar akan keupayaan kamera yang mahu dibeli, apa kata anda 'intai' dahulu D7000, kamera SLR terbaru oleh syarikat pengimejan terkemuka dunia, Nikon. D7000 bakal memberi kelainan kepada peminat siri DSLR kelas pertengahan yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi tetapi mementingkan kualiti dan mahu karya mereka sehebat dan setanding jurugambar profesional. Pengurus Pusat Servis Nikon, Mahfooz NR berkata, jenama Nikon sememangnya terkenal dengan siri kamera DSLR yang mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi, jelas serta menarik. Pada bengkel Nikon bersama media baru-baru ini, beliau berkata, selain memiliki reputasi yang amat baik dalam dunia seni fotografi, Nikon juga memiliki jumlah peminat yang amat besar di negara ini. Nikon D7000 dijana oleh pemproses imej EXPEED 2, mampu menghasilkan imej dalam definasi tinggi (HD) dengan 16 mega piksel yang kualitinya mirip dengan hasil daripada kamera profesional yang menelan harga puluhan ribu ringgit. Ia juga kamera pertama DSLR oleh Nikon dengan keupayaan fungsi merakam video HD dan model kelas pertengahan pertama dengan panel resolusi-tinggi 3.0-inci VGA LCD. Format DX sensor imej kamera ini berupaya merakam enam gambar sesaat (6fps), pemproses imej terbaru serta meter penderia baru RGB yang boleh mencapai 2,016 piksel. Ia boleh merakam video dengan sepenuhnya dalam format HD. Kamera ini juga dilengkapi dengan dua ruang kad memori SDHC dan SDXC. Mahfooz berkata, Nikon D7000 yang dicipta dengan keperluan ISO100-6400 dan tambahan peningkatan sehingga Hi 2 (menyamai ISO25600), hingga mampu untuk penggambaran dalam cahaya suram tanpa menggunakan sebarang lampu denyar. Apa yang menakjubkan, meskipun menghasilkan gambar dengan menggunakan ISO yang paling tinggi, ia tidak mengeluar bintik kasar (noise) seperti DSLR yang lain. Selain prestasi tingginya, harga yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu milik bagi peminat fotografi iaitu RM4,998 termasuk sebuah lensa AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR. Dengan Nikon D7000, jurugambar tidak lagi pening kepala untuk menghasilkan pelbagai gambar menarik, baik gambar di jalanan, peristiwa, sukan ataupun gambar studio kerana aplikasi yang disediakan cukup mudah. Orang ramai yang mahu mendekati rangkaian produk Nikon dan teknologi fotografi di bawah satu bumbung, boleh berbuat demikian di pusat sehenti perkhidmatan inovatif Nikon di tingkat satu, East Wing, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Mahfooz berkata, selain menghantar kamera untuk dibaiki, pelanggan turut berpeluang mendapatkan khidmat nasihat profesional berhubung kamera mahupun sebarang keraguan mengenai fotografi daripada kakitangan Nikon yang terlatih. Di pusat sehenti itu, penggemar fotografi berkesempatan menyentuh, melihat dan merasai sendiri pengalaman interaksi bersama peralatan kamera Nikon. "Pusat ini adalah pusat perkhidmatan inovatif Nikon yang terbesar di Asia Tenggara membariskan rangkaian produk amatur hingga ke profesional khusus buat pengguna di negara ini". Mahfooz berkata di pusat inovatif itu juga jurugambar media dan profesional berpeluang mendapat pinjaman kamera sementara menunggu kamera mereka dibaiki. Khidmat tersebut yang dipanggil Nikon Professional Services (NPS), didedikasikan untuk memberi sokongan dan bantuan kepada jurugambar profesional yang mendaftar sebagai ahli terutama jurugambar media di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Contohnya, apabila mereka, yang bertugas pada kejohanan sukan besar seperti Sukan SEA, mengalami kerosakan atau kehilangan kamera adalah layak diberi pinjaman kamera dari gerai Nikon. Mahfooz berka ta Nikon akan berusaha membaiki sebarang kerosakan dengan secepat mungkin dan akan meminjamkan kamera termasuk kamera digital keluaran terbaru Nikon jika proses membaikinya mengambil masa panjang. "Kami terlibat dengan hampir semua Sukan SEA dan kami menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada semua jurugambar yang mendapat pentauliahan dalam polisi dan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan," katanya. Malah pada Pameran Kamera Jepun yang kedua di Yokohama, Jepun mulai 9 hingga 12 Februari lepas, Nikon memberi sokongan dan bantuan kepada jurugambar media dari seluruh dunia sepanjang berlangsungnya pameran itu. Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi yang dijalankan oleh pusat perkhidmatan Nikon boleh layari www.nikoncentre.nikon.com.my manakala maklumat dan spesifikasi lengkap mengenai model-model kamera boleh diperoleh di laman web www.nikon.com.my. -- BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
0 ulasan:
Catat Ulasan