Utusan Online - Keluarga Posted: 05 Mar 2011 01:02 PM PST Keserasian merah, hitam dan putih Posted: Keserasian merah, hitam dan putihKeserasian merah, hitam dan putih Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN bintu.rahman@utusan.com.my Foto MOHD NAIM AZIZ SETUJU andai dikatakan ketiga-tiga warna ini menjadi pilihan ramai pemilik dalam soal menata hias kediaman ketika ini? Merah, hitam dan putih merupakan warna yang mudah dipadankan. Kombinasinya menarik, kontemporari, tidak ketinggalan zaman dan yang paling penting, ia serasi! Seperti kediaman yang menghiasi ruangan Tata Hias minggu ini, 'syurga' milik jurusolek, Aida G - biar pun hanya apartmen sederhana luas namun sentuhan eksklusif pemiliknya terserlah tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi. Menurut jurusolek yang semakin meningkat nama itu, dia sekeluarga tinggal di rumah tersebut lebih setahun lalu. Kediaman yang berusia lebih sepuluh tahun itu dibeli daripada pemilik lamanya dalam bentuk asal tanpa sebarang pengubahsuaian. Disebabkan tidak betah tinggal di dalam rumah yang tiada 'nyawa,' Aida dan suami mengambil keputusan untuk mengubahnya 100 peratus mengikut cita rasa sendiri. "Saya suka menghias dan mahu ia kelihatan kemas sepanjang masa. Semua idea menghias kediaman ini saya dan suami yang tentukan," katanya. Aida bertuah kerana suaminya mahir dalam kerja-kerja pengubahsuaian dan pendawaian, membolehkan apa sahaja idea yang dia inginkan mampu terlaksana. Dengan itu, mereka berdua berjaya menghasilkan sebuah kediaman yang diingini tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Aida bijak menata hias kediaman dan menentukan pemilihan perabot sesuai bagi mendapatkan sebuah kediaman ideal. Walaupun berkeluasan sederhana, pemilihan rona putih melatari ke semua dinding kediaman menjadikan ruang kelihatan lapang dan tidak sesak mata memandang. Setiap penjuru diberi perincian bermula dari pintu masuk lagi. Pemilik memilih menggantungkan gambar kenangan perkahwinan dan juga hasil kerjanya yang tersiar di akhbar serta majalah. Bagi memberi kesan kontra, sebuah sofa berbentuk L berwarna hitam dipilih menghiasi ruang tamu utama. Ia dihiasi bantal-bantal kecil dari rona hitam dan putih serta sebuah bantal panjang warna-warni. Penggunaan TV plasma yang dilekapkan pada dinding menjimatkan ruang tamu kediaman yang bersaiz comel itu. Tidak dibiarkan kosong begitu saja, suami Aida mencipta beam di sekeliling TV untuk mewujudkan kesan bingkai dengan penurapan kemasan kasar seperti ombak. Juga dilengkapi lampu suram, menjadikan ruang ini cukup menarik dan mencipta fokus tersendiri. Pemilihan langsir hitam putih samar turut membantu menjadikan ruang tersebut luas dan tenang. Kontra tapi serasi Sebuah rak berwarna hitam menghiasi dinding dihias bantal kecil juga dari warna yang sama berselang-seli dengan warna merah. Juraian bebenang hitam-putih dipilih menjadi pembahagi antara ruang utama dan dapur. Idea bijak itu menjadikan ruang kelihatan luas, juga membolehkan tuan rumah berbual dengan tetamu yang duduk di ruang utama biar pun ketika dia sedang menyiapkan hidangan. Keadaan dapur yang kemas walau berkeluasan kecil menyebabkan ruang tersebut sedap mata memandang. Pilihan kabinet dapur berwarna putih naik seri bila digandingkan dengan meja makan yang berwarna hitam. Setiap barang disusun rapi dalam balang-balang kecil yang comel. Meja makan turut diberi perincian oleh Aida. Set pinggan mangkuk putih dipadankan dengan alas merah. Bingkai-bingkai comel melatari dinding berdekatan meja makan, memaparkan foto anak perempuan tunggal kesayangan yang bakal mencecah usia dua tahun. Masuk ke kamar tidur, jelas cita rasa wanita itu kepada sesuatu yang ringkas dan tidak jemu dipandang. Pilihan cadar putih-krim dikemas rapi bersama susunan bantal kecil berwarna-warni. Empat bingkai hitam-merah menghiasi dinding utama tersusun rapi. Ruang balkoni turut mendapat sentuhan tanpa dipinggirkan. Aida memilih menghiasinya dengan air terjun mini buatan sendiri yang mendamaikan. Beberapa buah sarang burung tempua digantung berdekatan air terjun menghasilkan pemandangan semula jadi. Pokok-pokok segar bersaiz comel turut menghiasi ruangan ini. Secara keseluruhan, walaupun sederhana, kediaman ini mencipta kelas tersendiri. Aida dan suami berjaya membuktikan, dengan kemahuan dan sedikit kreativiti, mereka berjaya mendapat apa yang diingini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kalau dah namanya lelaki Posted: Kalau dah namanya lelakiKalau dah namanya lelaki PENGALAMAN pahit yang saya lalui mungkin pernah dirasai oleh kaum wanita lain. Mustahil dalam sesebuah perkahwinan tidak pernah dilanda badai. Namun setiap masalah dapat mematangkan kita dalam berfikir dan bertindak. Saya tak salahkan kaum lelaki, malah ada kes tertentu para isteri sendiri menjadi ibu keladi pembawa masalah dalam rumah tangganya. Oleh kerana itu saya mohon pembaca berfikir secara rasional DCCK minggu ini yang memaparkan kisah hidup saya. ''Saya telah berkahwin selama 18 tahun. Dan sepanjang tempoh itu saya diuji sebanyak dua kali dengan kehadiran orang ketiga. Namun saya tidak menyalahkan pihak ketiga semata-mata, suami saya tetap bersalah dalam hal ini.'' Demikian cerita Nordilaila dalam emelnya. ''Kata pepatah ''bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Hakikat yang perlu diterima oleh setiap lelaki dan perlu dipercayai oleh setiap wanita adalahsecantik dan sebaik mana pun isteri yang sah dimiliki, lelaki tetap lelaki. Keinginan mereka untuk memiliki lebih daripada satu isteri untuk mewarnai hidupnya tetap tertanam dalam hati mereka. ''Sebagai isteri, saya cuba sedaya upaya menjadi isteri dan ibu yang baik, walaupun bukan paling sempurna kerana hanya Dia sahaja yang Maha sempurna. ''Telahan saya benar. Lapan tahun lepas, ketika saya sibuk menyiapkan ijazah sarjana muda atas permintaan suami, yang mahu saya terus maju, rupa-rupanya ketika itu dia sudah ada perancangan dalam hatinya, kerana dia sedang mengulit cinta dengan gadis berusia 22 tahun. ''Peristiwa itu tidak saya ketahui dan tidak terbongkar hinggalah cuti akhir semester, saya pulang ke rumah untuk berehat kebetulan saya diserang demam panas. Saya pulang dengan harapan suami dapat melegekan sedikit deman saya, malangnya suami tetap mahu keluar meninggalkan saya untuk berjumpa buah hati. Pelbagai alasan diberi membohongi saya. ''Walaupun deman, naluri seorang isteri memang kuat entah macam mana tergerak hati saya untuk melihat bil telefon. Saya nampak nombor yang amat popular sentiasa didail oleh suami saya ada antaranya berjumlah lebihi RM60 untuk satu panggilan. Pembaca bayangkan berapa jam mereka berbual. ''Saya memberanikan diri mendail nombor tersebut. Dan tembelang suami saya pecah. Rasa kecewa dan hampa menyelubungi hati saya. Saya tanya suami apa silap dan salah saya, katanya saya tak buat silap apa pun. Habis mengapa main-main cinta dengan wanita lain? ''Selepas peristiwa itu sudah amat sukar untuk saya percayakannya lagi. Jiwa rasa terseksa. Namun demi anak-anak, saya teruskan juga perkahwinan ini walau hati terluka. ''Suami selepas mohon maaf dan berjanji dengan nama Allah dia tidak akan mengulanginya lagi. Selepas itu, dia meneruskan hidup seperti biasa, tanpa sedikit rasa bersalah. Kenangan ''Selepas itu dunia saya aman seketika. Awal 2010, kami menerima berita gembira akan kehadiran seorang lagi cahayamata. Saat itu, saya mula melupakan apa yang telah suami saya lakukan sebelumnya. Di samping saya sentiasa berdoa moga saya mampu melupakan terus kenangan buruk itu. Dan amat penting suami insaf atas kecurangan yang dilakukannya. ''Tetapi entah mengapa ketika hamil itulah hati saya kembali merasa sangsi. Naluri seorang isteri memang tepat, walaupun saya cuba buang rasa sangsi itu jauh-jauh dari lubuk hati saya. Dan saya sentiasa ingatkan suami agar jangan ulangi perbuatan melukakan hati saya lagi. ''Rupa-rupanya saya diuji lagi. Saya jumpa beberapa gambar suami bersama rakan sekerja yang mencurigakan dalam facebooknya. Bila ditanya, suami menafikan. ''Ketika kandungan sarat tujuh bulan saya temui nota suami kepada rakan pejabatnya. Mereka berbalas- balas mencurahkan rasa cinta yang cukup mengguris hati saya. ''Saya mohon penjelasan, suami nafikan. Lihatlah, betapa butanya lelaki bila berdepan dengan cinta sedikit pun tiada rasa belas melihat isteri sedang sarat mengandungkan zuriatnya. Tapi akhirnya dia mengaku, hubungan mereka sudah lama akrab. Suami mengaku bila saya minta dia hubungi wanita tersebut. Perkataan 'sayang' lahir dari mulut suami memanggil kekasihnya. Pembaca bayangkan perasaan saya ketika itu! Saya mohon suami ke syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan perincian bil. ''Saya terkejut bila lihat dalam sebulan suami menghantar 840 sms seawal 6.40 pagi hingga 2 pagi keesokkan harinya kepada kekasihnya, berbanding 18 sms kepada saya sebulan. Hati saya hancur berkecai. Saya rasa amat teraniaya. Kami mendapatkan nasihat Pejabat Agama dan ibu bapa, tetapi belum mampu menyakinkan saya bahawa suami benar-benar akan berubah . ''Secara jujur saya tidak takut untuk berpisah jika itu jalan terbaik buat kami. Namun dia tidak rela melepaskan saya dan mohon diberi peluang kerana selama hidup bersama, saya secara ikhlas menampung sebahagian besar perbelanjaan keluarga tanpa ungkitan. ''Saya rasa terlalu penat. Tapi demi anak-anak dan bayi yang bakal lahir, saya perlu kuat. Apa yang saya lakukan kini, berserah sepenuhnya kepada Allah S.W.T untuk perjalanan rumah tangga kami seterusnya kerana Dia-lah yang Maha Tahu apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Apa yang jelas, saya hanya mahu bersama anak-anak yang menjadi sumber kekuatan saya. Untuk suami, saya hanya berserah kepadaNya moga dia bertaubat dan insaf. ''Kepada gadis-gadis yang asyik mengulit cinta dengan suami orang, satu sahaja pesanan saya apa yang anda lakukan hari ini mungkin akan anda lalui suatu hari nanti kerana anda akan berkahwin, jadi seorang isteri dan ibu. Allah itu Maha Adil. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 05 Mar 2011 09:12 AM PST Pulau Aur tiada tandingan Posted: Pulau Aur tiada tandinganPulau Aur tiada tandingan Oleh NORAZMAN ABDUL RAHIM utusanjohor@utusan.com.my KEMUDAHAN bot laju disediakan untuk kemudahan pengunjung ke Pulau Aur di Mersing, Johor.
MERSING 4 Mac - Bagi pencinta alam semula jadi, keindahan pantai dengan pasir yang halus memutih serta keunikan dan kecantikan batu karang di Pulau Aur dekat sini sudah cukup membuatkan hati terpaut. Terletak kira-kira 76 kilometer dari bandar Mersing, Pulau Aur adalah pulau yang paling jauh dari tanah besar dan terhindar daripada pencemaran dengan perjalanan menaiki bot ke pulau itu mengambil masa kira-kira dua setengah jam. Keindahan batu karang dan hidupan laut yang banyak terdapat di situ menjadikan kawasan dua batu nautika dari pantai pulau tersebut diwartakan sebagai Taman Laut Johor. Bagi penggemar aktiviti snorkeling, pasti tidak jemu menyaksikan keindahan dasar laut itu yang dihuni pelbagai spesies ikan dan terumbu karang. Kejernihan dan kedinginan air laut pasti membuatkan pengunjung berasa segar semasa mandi-manda ditambah pula dengan pemandangan pulau-pulau kecil berhampiran yang cukup indah sehingga terlupa seketika kesibukan kota. Jika dilihat dari jauh, keunikan pulau itu terletak pada bentuk muka buminya yang berbukit-bukau serta pohon-pohon yang menghijau. Bagi pengunjung yang bercuti di Pulau Aur mereka tidak perlu khuatir dengan kemudahan calet yang disediakan terutama di bahagian tumpuan pulau iaitu Kampung Teluk Berhala yang kini dikenali sebagai Kampung Teluk Sakinah.
|
KEDUDUKAN Pulau Aur yang jauh daripada kesibukan kota menjadikannya destinasi pilihan keluarga untuk bercuti.
|
Pengurus Blue Water Holiday Resort, Siti Salsiah Mohamad, 33, berkata, caletnya menyediakan 16 bilik berhawa dingin dan empat tanpa hawa dingin pada kadar yang berpatutan dan mampu disewa para pengunjung. Harga yang ditawarkan bagi bilik standard berhawa dingin ialah RM180 semalam dan RM120 bagi bilik tidak berhawa dingin. Selain itu, caletnya turut menawarkan kemudahan bilik seminar yang boleh menampung 100 orang untuk mengadakan kursus, seminar dan mesyuarat dengan kadar harga RM300. Blue Water Holiday Resort yang beroperasi di pulau tersebut lebih 10 tahun turut menyediakan pakej untuk aktiviti snorkeling di pulau berhampiran iaitu Pulau Lang serta kembara hutan di Batu Cina. Pemandu bot laju syarikat itu, Asfarizal Nasrul, 33, yang telah empat tahun bekerja menyifatkan Pulau Aur adalah pulau yang paling cantik di daerah ini. "Walaupun terletak jauh dari bandar Mersing, keindahan dan kecantikan Pulau Aur tiada tandingannya," katanya. Rakannya, Selty Rosemy Alias, 31, pula mengakui amat bertuah kerana dapat bekerja sebagai pemandu bot pelancong kerana dapat mengenali pulau-pulau yang terdapat di sekitar perairan Mersing dengan lebih dekat. Seorang penduduk pulau itu, Zainab Awang Kechik, 68, memberitahu bahawa pembangunan di pulau itu semakin rancak dan kehadiran pelancong semakin bertambah berbanding 20 tahun lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 719 penuntut terima bantuan Posted: 719 penuntut terima bantuan719 penuntut terima bantuan Oleh NOR AZAN FITRI utusanjohor@utusan.com.my
|
ABDUL Ghani Othman bermesra bersama penerima sumbangan pada Majlis Penyerahan Bantuan Kerajaan Negeri kepada Penuntut Johor di Mesir, di Johor Bahru, semalam. – utusan/Nasiruddin Yazid
|
JOHOR BAHRU 4 Mac – Kerajaan negeri hari ini menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1.6 juta kepada 719 penuntut Johor yang akan menyambung semula pengajian mereka di Mesir April ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang berkata, peruntukan itu adalah hasil sumbangan kerajaan negeri, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Beliau berkata, para penuntut yang menerima sumbangan tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu persendirian, tajaan YPJ dan MAINJ serta lain-lain tajaan. "Seramai 570 penuntut persendirian dan tajaan YPJ serta MAINJ akan diberikan sumbangan wang tunai berjumlah RM2,500 manakala selebihnya diberikan wang saguhati sebanyak RM500. "Sumbangan ini diharap dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Kerajaan Negeri kepada Penuntut Johor di Mesir, di sini hari ini. Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd. Ali Hassan. Maulizan berkata, kerajaan negeri juga akan berusaha menyediakan penerbangan khas bagi para penuntut tersebut kembali ke Mesir selepas mengambil kira masalah mendapatkan tiket penerbangan ketika ini kerana ia amat terhad. "Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan khusus dengan Egypt Airlines untuk penerbangan itu dan ia dijadual berlepas antara 20 hingga 24 Mac ini. Bagaimanapun, ia masih belum dapat diputuskan lagi kerana ada beberapa perkara perlu diperincikan termasuk tempat untuk berlepas. "Para penuntut yang berminat untuk menyertai penerbangan khas ini hanya perlu membayar sebanyak RM2,000 dan bayaran selebihnya akan ditanggung oleh kerajaan negeri," katanya. Sementara itu, beliau meminta para penuntut yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan bantuan tersebut supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan ia disalurkan segera. Beliau berkata, hingga kini kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang perangkaan khas mengenai bilangan yang terlibat dan tidak mahu ada mereka yang tertinggal dalam kes itu. "Para penuntut yang layak tetapi masih belum mendaftar dinasihatkan untuk segera melakukannya dan sekiranya ada sebarang pertanyaan, mereka boleh menghubungi pihak YPJ," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rekreasi Posted: 05 Mar 2011 01:21 AM PST Dilambung ombak Selat Sunda Posted: Dilambung ombak Selat SundaDilambung ombak Selat Sunda Oleh ROHANA MAN rohana.man@utusan.com.my
|
BOT nelayan inilah yang dinaiki penulis dan rakan-rakan pendaki meredah gelombang laut yang 'ganas' di Selat Sunda.
|
MUNGKINKAH tarikh ekspedisi mendaki Gunung Anak Krakatau (GAK) tidak sesuai, maka kami seramai enam pendaki gagal menjejak kaki ke puncak gunung berapi yang sangat aktif itu? Ketika ekspedisi ini diadakan, GAK dilaporkan 'batuk-batuk kecil' sebanyak 344 kali sehingga 23 Februari 2011. Percaya dengan maklumat yang disampaikan rakan-rakan pendaki Indonesia, penulis bersama Sham Ahmad dan Mohd. Radzee Mohd. Baki (Orga) dari Malaysia serta Imam Bukhori (Imam), Rage Budi Wibowo (Rage) dan Qoqo Cancan (Qocan) dari Indonesia memulakan ekspedisi 'maut' itu. Ibarat nyawa di hujung tanduk apabila kami meredah gelombang yang lebih tinggi dari bot yang dinaiki. Bot nelayan bersama empat jurumudi itu disewa pada harga RM700. Untuk menjayakan misi ini, dari Jakarta kami perlu ke jeti Pelabuhan Paku, Desa Anyer yang terletak kira-kira dua jam setengah memandu dari kota raya itu. Saiz bot seperti itu pasti akan membuatkan sesiapa yang mabuk laut akan memuntahkan segala isi perut, selain loya dan pening sepanjang mengharung ombak ganas selama hampir enam jam. Bau minyak diesel yang memualkan bercampur pula dengan bau bot yang hamis membuatkan kami 'keliru' dengan apa yang sedang dilalui. Dua jam pertama masih mampu mengawal diri. Tetapi tidak lama kemudian, mual yang tidak dapat ditahan membuatkan penulis memuntahkan segala isi perut. Penulis yang tidak berdaya merangkak ke arah Sham yang berbaring di hujung bot. "Jom patah balik," kata penulis. "Nanti aku beritahu Imam," kata Sham. Sham menjelaskan masalah penulis kepada Imam yang kemudian menyampaikan mesej itu kepada bapak-bapak nelayan tetapi permintaan itu tidak dihiraukan. "Sudah separuh jalan...," kata sang nelayan. Mendengar jawapan itu, penulis terus mencari tempat yang sesuai untuk melabuhkan diri. Tiada tempat selesa kerana saiz bot yang kecil. Mahu tidak mahu, terpaksalah berkongsi satu ruang sempit dengan Imam. Berperang dengan bau diesel yang semakin menyengat hidung, baki perjalanan empat jam terasa begitu memeritkan sehingga longlai dibuatnya. Apabila tidak tertahan lagi, penulis mohon supaya singgah di sebuah pulau berpenduduk untuk berehat seketika. Namun, permintaan itu juga tidak dihiraukan kerana matlamat sang nelayan hanyalah untuk menghantar kami ke GAK. Segala penyeksaan itu berakhir sekitar pukul 2.15 petang 19 Februari 2011. Sebaik saja bot melabuhkan sauh, saya terus 'terjun' ke darat. Kami cuba mencari tempat yang sesuai untuk berkhemah tetapi tidak ditemui. Imam memberitahu: "Biasanya pendaki ke pulau seberang (Pulau Sertung). Kita ke sana saja..." Nasib baik perjalanan tidak lama iaitu sekitar setengah jam. Di Pulau Sertung, sudah ada dua pelancong mat salleh bersama tiga warga Indonesia yang mengurus percutian mereka untuk melihat keajaiban GAK yang ketika itu sedang mengeluarkan kepulan asap nipis. Mengikut jadual, kami sepatutnya mendaki GAK sekitar pukul 2 pagi, 20 Februari. Namun disebabkan keletihan, kami terlewat tiga jam. Malang tidak berbau kerana dalam perjalanan dari Pulau Sertung ke GAK, bot yang dinaiki rosak. Asap berkepul-kepul keluar dari enjin amat mencemaskan. Bot dikemudi perlahan dan kami selamat sampai ke pantai. Lega rasanya kerana bot tidak hanyut dibawa arus. Jika tidak, pasti keadaan menjadi lebih teruk. Ketika itu, jam menunjukkan pukul 7.22 pagi apabila kami memulakan langkah pertama ke puncak GAK. Pada mulanya, kami menempuh ranting-ranting pokok cemara yang patah dan kering dilanyak lahar gunung berapi, kemudian kami memasuki zon berpasir halus berwarna hitam yang di sana dan sini terdapat tompokan belerang. Terasa seolah-olah berjalan di atas permukaan Bulan pula! Walaupun pagi masih awal, namun bahang yang naik dari permukaan tanah yang membaluti GAK semakin panas. Sungguhpun begitu, kami tekad meneruskan pendakian. Denai yang polos dan berpasir jerlus membuatkan satu langkah ke hadapan, dua langkah menggelongsor ke bawah! Pendakian tidak memakan masa yang lama kerana kami berjalan tanpa henti. Tidak sampai satu jam, kami sudah berada di Batas Aman. Ia adalah kawasan pemantauan aktiviti gunung berapi. Segala peralatan sudah dimamah lahar, hanya sisa-sisa yang tinggal. Kami mendongak ke puncak GAK, tidak kelihatan jalur mendaki. Tiga rakan penulis cuba membuka trek untuk kami lalui. Denai baru perlu dibuka. Namun apabila sampai ke satu tahap, kaki tidak boleh melangkah lagi kerana semakin menghampiri kawah, semakin panas telapak kaki walaupun berkasut. Akhirnya, kami terpaksa berpatah balik. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pendidikan Posted: 04 Mar 2011 11:32 PM PST 46 MRSM guna program Tutor iLMS mulai 2012 Posted: 46 MRSM guna program Tutor iLMS mulai 201246 MRSM guna program Tutor iLMS mulai 2012 Muhyiddin Yassin bersama (dari kiri) Ibrahim Ahmad, Fareed Abd. Ghani, Idris Jusoh, Fadillah Yusof, Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Suriah Abdul Rahman dan Abdul Wahab Abdullah pada majlis pelancaran Tutor iLMS di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 4 Mac - Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sebuah Institut Kemahiran Mara (IKM) dijadikan projek perintis bagi pelaksanaan program e-pembelajaran dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS) MRSM berkenaan adalah di Merbok, Kedah; Felda Trolak, Perak; Kota Putra, Besut, Terengganu dan Pekan, Pahang serta IKM Sungai Petani, Kedah. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, projek perintis itu dilaksanakan di lima pusat pembelajaran berkenaan sejak Ogos tahun lalu dan dijadual dilaksanakan di kesemua MRSM dan IKM mulai tahun depan. "Kita beri tempoh enam bulan kepada pelajar untuk melihat keberkesanan pelaksanaan Tutor iLMS dan saya percaya ia dapat dilaksanakan menjelang tahun depan. "Berdasarkan maklum balas, setakat ini kami dapati 92 peratus pelajar ingin menggunakan semula aplikasi berkenaan kerana ia mampu memendekkan tempoh pembelajaran," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Tutor iLMS di sini hari ini. Majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Idris berkata, kebanyakan pelajar memberikan reaksi bahawa pembelajaran Tutor iLMS lebih menyeronokkan, selain tidak terikat dengan pembelajaran dalam waktu sekolah Menurutnya lagi, selepas projek perintis itu dilaksanakan, aplikasi tersebut akan digunakan di 46 buah MRSM seluruh negara. Tutor iLMS yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd. (MIMOS) adalah aplikasi perisian pembelajaran pintar yang mampu menyediakan kaedah pembelajaran lebih berkesan kepada seseorang pelajar berdasarkan profil dan personaliti sebenar mereka serta kaedah lebih mudah difahami melalui elemen multimedia terkini. Pada majlis sama, Muhyiddin turut menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Pelesenan antara MIMOS dan Perfisio Solutions serta pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Mara dan MIMOS. Melalui perjanjian itu, Mara bertanggungjawab memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan isi kandungan Tutor iLMS manakala Perfisio Solutions adalah ejen pemasarannya. Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, Tutor iLMS berkemampuan melebarkan teknik pembelajaran melalui nota dalam talian dan soalan latih tubi. Beliau menambah, ia menawarkan satu lagi pengalaman baru dalam bidang pembelajaran yang lebih menyeronokkan selaras dengan kemampuan dan kecenderungan minat seseorang pelajar. "Projek Tutor iLMS merupakan satu lagi inovasi dalam cabang perniagaan online Kumpulan Utusan melalui bidang e-pembelajaran. "Kumpulan Utusan telah berkecimpung dalam e-pembelajaran sejak 2001 melalui Portal Pendidikan Utusan manakala Perfisio Solutions berpengalaman menerajui Tutor Online sejak 2007," katanya. Beliau menambah, projek Tutor iLMS signifikan buat Kumpulan Utusan kerana buat pertama kali berpeluang bekerjasama dengan MIMOS yang membangunkan teknologi itu dan Mara dalam usaha meningkatkan mutu dan taraf pembelajaran di negara ini. Katanya, komponen-komponen pembelajaran yang ditawarkan oleh Kumpulan Utusan melalui sisipan Pendidikan Utusan Malaysia, Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), e-Lab serta Portal Pendidikan Utusan, tutor.com.my telah banyak membantu para pelajar dan guru meningkatkan tahap pencapaian dalam pelajaran dan menjadi bahan rujukan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | SMK Kerdau terima tajaan akhbar Utusan Malaysia Posted: SMK Kerdau terima tajaan akhbar Utusan MalaysiaSMK Kerdau terima tajaan akhbar Utusan Malaysia Mazlan Mohamad (baris ketiga, bersongkok tengah) bersama Mohd. Khairuddin Abdul Manan (baris ketiga, tujuh dari kanan) dan Mohammad Ripin Sedek (baris ketiga, lima dari kanan) di Kerdau, Temerloh, semalam. - utusan/ RUSHDI SALLEH
TEMERLOH 4 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerdau di sini menjadi sekolah keenam di negeri ini menerima tajaan akhbar Utusan Malaysia oleh Pasdec Corporation Berhad (Pasdec) untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran di sekolah. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Khairuddin Abdul Manan berkata, tajaan itu merupakan lanjutan sumbangan pihaknya terhadap sekolah-sekolah di negeri ini yang menerima penajaan akhbar tersebut untuk tujuan pembelajaran. Menurut beliau, pihaknya memainkan peranan penting dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat khususnya meningkatkan kecemerlangan pelajar sekolah di negeri ini. "Saya berharap sumbangan itu dapat memberi manfaat dan meningkatkan pemahaman pelajar dalam menggunakan akhbar tersebut sebagai alat bantuan pembelajaran," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan tajaan akhbar Utusan Malaysia di sekolah tersebut di sini, hari ini. Hadir sama Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohamad; Pengurus Kanan Pengedaran Jabatan Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad, Hasmadi Hassan dan Pengetua SMK Kerdau, Mohammad Ripin Sedek. Beliau juga menyeru para pelajar supaya tekun dalam pelajaran dan berusaha menjadi pelajar cemerlang sekali gus melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. Dalam pada itu, Mazlan berkata, tajaan akhbar tersebut akan menjadi contoh kepada pihak lain khususnya syarikat korporat bagi meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini. Tambahnya, penggunaan akhbar sebagai alat pembelajaran merupakan satu kaedah yang dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran tertentu. "Di dalam akhbar Utusan Malaysia terdapat sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) mengandungi pelbagai sukatan mata pelajaran yang boleh dijadikan sebagai bahan ulang kaji pelajar. "Justeru, para pelajar harus memanfaatkan sepenuhnya sisipan tersebut terutama mereka yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pemotoran Posted: 04 Mar 2011 11:25 PM PST Honda saingi pasaran hibrid Posted: Honda saingi pasaran hibridHonda saingi pasaran hibrid Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY rekreasi@utusan.com.my
|
Sisi hadapan Honda Insight generasi kedua menampilkan reka bentuk yang lebih aerodinamik dan bergaya.
|
KENDERAAN hibrid kini menjadi antara topik hangat masyarakat di Malaysia apatah lagi selepas kerajaan mengumumkan lanjutan pengecualian cukai bagi kenderaan jenis itu. Salah sebuah syarikat yang turut mengambil manfaat daripada insentif kerajaan itu ialah Honda melalui model Insight. Menyedari Toyota terlebih dahulu bertapak dalam pasaran hibrid di negara ini melalui Prius, Honda pula berharap Insight mampu memberikan saingan. Inovasi hybrid terkini dari Honda disasarkan untuk golongan eksekutif muda yang dilihat cukup dekat denga jenama Jepun itu kerana mereka meminati reka bentuknya yang lebih aerodinamik dan bergaya. Honda Insight generasi kedua itu juga dibina berdasarkan empat ciri iaitu mesra alam sekitar, lebih praktikal, menyeronokkan dan mampu dimiliki. Baru-baru ini Honda Malaysia Sdn. Bhd. dengan mengadakan sesi uji pandu Honda Insight bersama media dari Glenmarie, Shah Alam ke Ayer Keroh, Melaka. Pemanduan lebih ekonomi Daripada pandu uji itu, kuasa Insight Insight dapat dirasai. Ia menggunakan kuasa 1.3 liter enjin SOHC i-VTEC dapat meningkatkan pembakaran dan mengawal kecekapan bahan api. Sepanjang perjalanan dari Glenmarie ke Port Dickson, Negeri Sembilan, didapati kenderaan ini cukup menjimatkan. Pujian boleh diberikan kepada Honda Insight kerana perjalanan sejauh 160 kilometer dengan purata kelajuan 90 kilometer sejam (km/j) hanya menggunakan suku daripada tangki minyak. Transmisi automatik berterusan (CVT) Insight pula memberikan pemanduan selesa dan lebih senyap sehingga ketika enjin dihidupkan, bunyi enjin langsung tidak kedengaran kecuali sedikit getaran apabila enjin bergerak. Walaupun enjinnya berhenti ketika pemandu berhenti di lampu isyarat, fungsi lain seperti radio, penyaman udara dan sistem lain tetap berfungsi seperti biasa. Di bahagian panel meter Insight, ia dilengkapi dengan paparan pelbagai maklumat elektronik bagi membantu pemandu melalui carta dan panduan ketika memandu. Malah, panel meter itu boleh bertukar warna untuk menunjukkan tahap penggunaan bahan api kepada pemandu. Jika panel meter itu menunjukkan warna hijau maka gaya pemanduan tersebut amat memuaskan. Jika ia berubah kepada warna biru gelap maka tahap pemanduan itu menunjukkan bahan api telah digunakan secara maksimum. Insight yang bercirikan sebuah kenderaan ekonomi mampu menjimatkan bahan api dengan bantuan Ecological Drive Assist System (Eco Assist) yang mendorong mod Econ yang berkait rapat dengan komponen-komponen untuk memperbaiki kecekapan bahan api. Butang mod Econ pada bahagian kanan pemandu itu mampu menyimpan tenaga kinetik semasa berhenti ataupun memberikan kuasa tambahan ketika memecut. Monitor sistem IMA Insight yang dijadikan sebagai teras kenderaan hibrid tersebut turut digabungkan dengan kuasa 10 kilowatt (13 kuasa kuda) motor elektrik dan Kuasa Pintar Unit Padat (IPU) bagi meningkatkan penggunaan bahan api secara lebih ekonomi. Antara ciri lain yang terdapat pada Honda Insight ialah seperti ruang dalaman yang selesa dengan enam tempat menyimpan bekas air, beg udara dan brek anti kunci dengan taburan brek elektronik (EBD) yang boleh mengurangkan kecederaan di bahagian pemandu dan penumpang depan jika terbabit dalam kemalangan. Honda Insight boleh didapati dalam empat variasi warna mutiara iaitu putih, hitam, biru dan perak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Horizon Posted: 04 Mar 2011 09:41 PM PST Pantai emas pemulih semangat Posted: Pantai emas pemulih semangatPantai emas pemulih semangat Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
MESKIPUN nama daerah ini tidak sepopular Kuching atau Miri dari aspek pelancongan dan komersial di Sarawak, ia tidak bermakna Bintulu langsung tiada aset atau pertaruhan menarik untuk dimuatkan dalam agenda pelancongan Malaysia. Dalam bahagian berkeluasan 12,500 kilometer persegi dan berpopulasi kira-kira 200,000 orang itu, bandar Bintulu menjadi nadi ekonominya. Sama seperti banyak kota pesisiran pantai lain di zon tropika, ia sebenarnya menawarkan ciri jelajah yang seimbang iaitu antara kehijauan hutan dan juga panggilan dunia samudera. Krew Kosmo! telah dibawa menyusuri rentangan jalan berkontur kira-kira 30 kilometer (km) dari bandar untuk segera menghirup dos oksigen segar di Taman Negara Similajau. Menyambut tetamunya dalam redup landskap hutan pinggir pantai, destinasi tersebut menawarkan destinasi melepas tekanan dan keseronokan rekreasi berkonsep kembara lasak. "Taman negara ini diwartakan pada 1 Disember 1976 dan dibuka kepada kunjungan orang awam pada April 1978. Kawasan hutan dara seluas hampir 9,000 hektar ini bermula dari Sungai Likau di sebelah selatan hingga sejauh 30 kilometer ke Sungai Similajau di utara," ujar Eksekutif Konservasi, Sophia Sik. Walaupun secara geografinya ia sekadar bentangan kecil bagi sebuah taman negara, hutan sepi yang menjadi habitat burung kenyalang, murai, takor (barbet) dan ratusan spesies unggas lain itu sangat kaya dengan rekod penemuan flora dan fauna. "Di pantai-pantai terlindungnya, kami pernah menemukan penyu hijau yang mendarat untuk bertelur. Begitu juga dengan kehadiran ikan lumba-lumba spesies humpback dan Irrawady. Kelibatnya mudah dilihat ketika bukan musim laut bergelora," jelas Sophia mengenai dua daripada 12 spesies mamalia marin yang terdapat di situ. Itu belum lagi terkejut kalau 'disapa' kera, siamang dan ungka yang bertembung secara tidak sengaja semasa merentas hutan. Bagi peminat tumbuh-tumbuhan, di taman negara itu juga terdapat variasi spesies, baik yang sifatnya melata dan menjalar hinggalah kepada pokok kayu keras yang tinggi membentuk kanopi hutan. Paling mudah ditemui ialah pokok periuk kera Ampilarua. Malah, di pejabat penerangan renjer taman negara itu, pengunjung dapat melihat beberapa batang pokok tongkat ali yang berbuah. Ia dikatakan satu-satunya lokasi tempat pokok formula tenaga itu mengeluarkan buahnya! Merentas hutan KEDAMAIAN di Turtle Beach ini bagaikan ganjaran buat mereka yang telah bersusah-payah merentas hutan.
Bagi merasai sendiri pengalaman menyerap aura hutan itu, rombongan media yang Kosmo! sertai memulakan sesi merentas hutan untuk ke pantai sunyi yang dikenali sebagai Turtle Beach. "Hanya perlu berjalan sejauh enam kilometer dan tiada jalan pintas untuk pulang. Anda perlu menempuh semula jarak yang sama untuk kembali ke sini," pesan Sophia yang menjangkakan perjalanan pergi dan balik mengambil masa kira-kira lima jam lantaran laluannya berliku-liku. Memang benar, hampir separuh daripada kumpulan media tidak dapat menghabiskan perjalanan lalu berpatah balik. Ada juga yang risau akan kehadiran binatang buas dan juga pacat. Namun hakikatnya, seekor pacat pun tidak ditemui. Kami terfikir juga akan teori tahap kemasinan tanah hutan pinggir laut itu yang mungkin tidak 'disenangi' si penghisap darah itu. Menempuh cabaran laluan berbukit, lereng curam dan licin, teres batu air terjun, rintangan pokok tumbang dan akar berduri melecehkan pergerakan kami. Enam kilometer sebenarnya tidak jauh, namun halangan-halangan itu bagaikan sengaja mematahkan harapan kami. Setiap kali melintas jambatan di atas sungai, kami teringin juga untuk membasuh muka dan menyejukkan badan. Begitupun, kami tidak berani untuk berhenti lama lantaran melihat papan tanda peringatan bertulis: 'Jangan meredah sungai, ada buaya air masin! Serta-merta hasrat itu terbatal. Perjalanan diteruskan juga walau otot kaki semakin lenguh dan sakit. Semangat yang hampir hilang akibat menempuh pelbagai halangan itu akhirnya terubat setelah kami tiba di Turtle Beach yang benar indah pada khabar dan rupa. Kami tidak dapat membayangkan panorama di Golden Beach yang memerlukan perjalanan lebih jauh. Turtle Beach sudah memadai! Pasir halus berwarna keemasan memukau kami untuk menyeret sisa tenaga akhir bagi mencelup kaki di gigi air. Musim ombak besar malangnya telah menghalang kami untuk berseronok lebih daripada itu. Cukup sekadar berehat di atas pasir sambil melayan bayu segar dan deruan ombak Laut China Selatam. Dalam pada melepas lelah sambil bersorak kepuasan dan mencuri peluang fotografi, tiba-tiba terdengar seorang rakan media mengungkapkan kata-kata antiklimaks: "Oh, ada lagi enam kilometer untuk ditempuh dalam perjalanan pulang nanti!" Suku Tatau JAMBATAN gantung di Taman Negara Similajau ini merentasi sungai yang menjadi tempat persembunyian buaya air masin.
Selain mengunjungi Taman Negara Similajau, tidak lengkap pengisian kunjungan ke Bintulu jika tidak singgah ke Rumah Panjang Jalong di Sungai Tatau. Pemanduan dari bandar ke jeti Sungai Tatau lazimnya mengambil masa sejam setengah sebelum bertukar mod pengangkutan. Dari situ, bot panjang pula perlu dinaiki meredah sungai selama 30 minit. Meriah disambut oleh suku Tatau iaitu salah satu daripada 42 etnik di Sarawak, suasana di Rumah Jalong begitu istimewa. Mereka ialah penghuni megah rumah panjang tunggal di daerah tersebut dengan bilangan penghuni seramai 108 orang. "Hanya lapan daripada kami merupakan darah asal Tatau. Semuanya kini dalam lingkungan usia emas. Susur galur keluarga kami, khususnya anak dan cucu, sudah berkembang kerana perkahwinan antara kaum seperti Cina, Melayu dan Iban. Kebanyakannya masih tinggal bersama di sini," ujar tuai rumah, Jalong Anyik, 63. Lokasi itu sememangnya amat bermakna bagi pengunjung yang tidak pernah merasakan pengalaman mendekati serpihan warisan Borneo yang kaya. Di pinggir Sungai Tatau itu, tetamu pasti terhibur dengan layanan mesra laksana keluarga sendiri. Di situ juga, tetamu Jalong mempunyai pilihan untuk merasa hidangan eksotik tempatan seperti sayur midin peram masam, ayam yang dimasak dalam buluh, ikan empurau, kuih-muih tradisi dan tuak beras. Tamu Bintulu SAMBUTAN penuh mesra dan beradat oleh ahli keluarga rumah panjang Jalong.
Sebelum meninggalkan daerah ini, alangkah baiknya kalau singgah di Tamu Bintulu untuk mengenali sumber kulinari tempatan. Didatangi penduduk sekitar dan juga para pelancong, pasar yang terbahagi kepada beberapa segmen itu menjerat perhatian dan selera melalui aroma serta warna. Kalau hendak menikmati delikasi Sarawak, aras dua kompleks berbentuk terendak itu menyediakan medan selera yang selesa. Berjalan-jalan di sekelilingnya, pasti ramai yang terpesona pada kepelbagaian jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil laut yang segar. Paling utama, pengunjung tentunya mahu membawa pulang cenderamata popularnya iaitu belacan dan cencaluk! Terhasil daripada udang geragau penuh yang sungguh lemak dan tidak ketara masin, anugerah daripada laut itu memang menjadi buruan ramai selain daripada udang harimau dan kekapis segar. Semua itu boleh dibungkus ketat tanpa perlu bimbang ia mengeluarkan bau di dalam pesawat. Bintulu sebenarnya cukup menyeronokkan bagi pengunjung yang datang dalam percutian singkat. Elemen semula jadi yang terhampar di segenap penjuru daerahnya bagai terapi minda bagi mereka yang selama ini terlalu sesak dengan elemen ekstra di kota-kota besar. Sesudah puas mengenali flora dan fauna, mendekati etnik tempatan dan merasai menu yang jarang ditemui, pasti juga ada yang sekadar mahu berehat di bandarnya yang semakin pesat membangun. Kafe gaya hidup yang menyajikan minuman kopi berjenama dan kulinari antarabangsa serta kedai serbaneka sedia melayan tuntutan tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Santai di pinggir ibu kota Posted: Santai di pinggir ibu kotaSantai di pinggir ibu kota Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA ammar.jazlan@kosmo.com.my
TERLETAK di dalam radius Subang Jaya, Hotel Holiday Villa dan Suites Subang sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri lantaran dalam daerah paling pesat membangun di Selangor. Berkonsepkan resort perniagaan dan kelab rekreasi bertaraf lima bintang, ia merupakan lokasi ideal bagi golongan ahli perniagaan dan pelancong yang mahu merasai suasana percutian santai di pinggir ibu kota. Berlatarbelakang landskap tasik yang memukau pandangan di kawasan seluas 2.7 hektar, hotel yang mula beroperasi sejak tahun 1989 itu mengalami banyak perubahan dari segi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Antaranya proses penambahbaikan dan pengubahsuaian yang rancak dijalankan sejak tahun lalu yang membabitkan peruntukan sebanyak RM25 juta. Justeru, tidak hairanlah ramai yang kagum dengan sentuhan dekorasi hotel tersebut yang mengambil inspirasi moden dan retro klasik, sekali gus menjadikannya 'nampak muda' berbanding usianya. Secara keseluruhan terdapat 383 bilik dan suites yang ditawarkan bergantung kepada bajet pengunjung. Antaranya ialah deluxe, executive, residential, prima floor room sehinggalah presidential suites yang mewah dan bercirikan eksklusif. Bagi keselesaan pengunjung setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, peti ais mini, televisyen satelit, telefon serta kemudahan membuat kopi dan teh, akses jalur lebar Internet 24 jam sehari dan sebagainya. Sepanjang menginap di sini, pengunjung berpeluang merasai pelbagai hidangan enak dan lazat yang ditawarkan di beberapa kafe, restoran dan lounge. Bagi yang selesa dengan suasana bufet atur sahaja langkah ke Palm Terrace Coffeehouse atau jika ingin suasana lebih romantik pilih sahaja makan malam di Kafe Poolside. Bosan menikmati sajian yang sama, silalah ke Cibo Ristorante Italiano yang menyediakan hidangan Itali sementara sajian tradisional Cina boleh dinikmati sekiranya berkunjung ke The Inn Four Seasons Chinese Restaurant. HIDANGAN Itali yang lazat tersedia di Cibo Ristorante Italiano.
Jika sekadar mahu bersantai bersama teman-teman sambil mendengar alunan muzik live band, bolehlah berkunjung ke La Vida Lounge. Pengunjung boleh mencuba pelbagai kemudahan dan aktiviti riadah yang disediakan di hotel itu antaranya gimnasium, gelanggang tenis, badminton, squash, boling, ping pong dan snuker. Di samping itu, terdapat juga kemudahan bilik jakuzi, sauna dan kolam renang untuk pelbagai peringkat usia. Pengunjung juga boleh membelai tubuh di spa kesihatan yang disediakan di Spa Amoaras Relaxation. Berkonsepkan gaya Bali klasik dan kontemporari, pengunjung pasti teruja menikmati urutan sambil dikelilingi dengan rimbunan pohon yang menghijau, tiupan angin dan suasana yang cukup menenangkan. Pada masa yang sama, ia juga mempunyai bilik persidangan, perpustakaan, bilik komputer peribadi dan kiub pejabat peribadi lengkap dengan kemudahan komputer dan Internet. Bagi yang datang secara berkumpulan dan merancang mengadakan jamuan atau seminar terdapat tiga dewan utama iaitu classics ballroom, victorian ballroom dan vintaj. Ballroom itu mampu memuatkan 200 hingga 1,000 orang pada satu-satu masa. Pihak hotel juga menyediakan beberapa bilik serbaguna dilengkapi kemudahan audio dan visual untuk acara mesyuarat, persidangan dan sebagainya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Dari marin ke ladang Posted: Dari marin ke ladangDari marin ke ladang Oleh KARL SHAFEK IBRAHIM IKAN pari ini antara ribuan spesies marin yang boleh ditemui di dasar laut perairan Sabah.
ADAKALANYA kreativiti diperlukan apabila merencana sesebuah percutian. Walaupun terbatas dengan masa yang singkat, kita sebenarnya mempunyai banyak kaedah dan pilihan untuk berseronok dalam tempoh kunjungan tiga hari dua malam. Negeri Sabah contohnya, sentiasa menanti tetamunya dengan hamparan hutan hujan menghijau dan serakan pulau indah untuk diterokai. Pilih saja gabungan lokasi yang menarik mengikut keselesaan agenda masing-masing. Di Semporna, terdapat beberapa kepulauan yang terkenal buat para pencinta dunia marin, bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia malah komuniti antarabangsa. Setiap hari ada sahaja pelancong yang berkunjung dengan hanya satu tujuan - menyelam skuba! Sudah pasti Pulau Sipadan menjadi agenda utama bagi penyelam-penyelam antarabangsa itu. Selain Sipadan, Pulau Mabul yang terletak 15 batu nautika atau lebih kurang satu jam perjalanan menaiki bot laju dari pekan Semporna turut menjadi lokasi persinggahan utama. Sehingga kini, tiada lagi penginapan disediakan di Sipadan. Pulau Mabul juga merupakan salah satu lokasi fotografi makro dasar laut terhebat di dunia. Pulau yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah dikelilingi terumbu karang yang melandai sedalam dua hingga 40 meter. Pulau seluas 30 hektar itu lebih besar daripada Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu daripada etnik pribumi Sabah. Sebuah pusat pembelajaran menyelam, Borneo Divers Mabul Resort sering menjadi pilihan mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan aktiviti itu. Menawarkan pakej-pakej berpatutan, seorang boleh mendapatkan lesen menyelam skuba pada harga serendah RM1,320.
|
MABUL dan Sipadan menawarkan kawasan selam skuba bertaraf dunia.
|
"Tiada had umur untuk menjadi seorang penyelam skuba dan tempoh empat hari sudah memadai untuk melengkapkan kursus peringkat permulaan," ujar Suboh Mohd Yunus, 48, yang telah menjadi jurulatih skuba sejak tahun 1996. Yunus atau lebih dikenali sebagai Steven dalam kalangan para penyelam meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera 15 tahun lalu kerana minat yang mendalam terhadap aktiviti menyelam. Aktiviti menyelam boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di perairan sekitar dua pulau eksotik itu ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan gobi, ikan baji-baji, pipefish dan belut ular selain beribu-ribu jenis terumbu karang yang hidup subur. Terdapat lebih daripada lapan kawasan selaman yang popular di sini dengan setiap satunya mempunyai tarikan dan kelebihan tersendiri. Di Mabul juga terdapat tiga buah resort yang menyediakan tempat penginapan untuk penyelam skuba - dua terletak di pulau tersebut sementara satu lagi terletak di atas sebuah pelantar minyak yang telah diubah suai kira-kira 500 meter dari pinggir pantai. Selain itu, terdapat juga calet-calet kecil yang menyediakan perkhidmatan yang sama, seperti di Scuba Jeff Sipadan. Kesemua resort itu boleh mengatur lawatan sehari ke pulau yang berdekatan iaitu Pulau Sipadan dan Kapalai. Eko-pertanian Balung Satu lagi tarikan pelancongan menarik di bahagian pantai timur Negeri Di Bawah Bayu adalah Balung Eco Resort yang berlokasi di daerah Tawau. Mengambil masa lebih kurang 45 minit pemanduan dari pekan Tawau, lokasi itu menawarkan keunikan percutian dalam taman ekopertanian. Dimiliki oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh, taman pertanian itu telah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan pernah memenangi anugerah Tarikan Semula Jadi Terbaik daripada Kementerian Pelancongan Sabah pada tahun 2003. BAGI sesetengah pelancong, lawatan ke Balung Eco Resort adalah ibarat kunjungan ke pusat akademik.
Kepelbagaian tanaman herba sehinggalah ke ternakan kambing dan ikan membentuk satu putaran ekosistem yang lengkap di sini. Pokok-pokok herba seperti serai dan misai kucing, pohon-pohon balak seperti gaharu dan jati serta aneka buahan-buahan tropika menjadi keluaran utama ladang seluas 3,000 hektar itu. Objektifnya adalah menjadi pengeluar makanan dan minuman perubatan organik bernutrisi dan berkualiti tinggi. Ladang tersebut yang giat mengeluarkan dan mempromosikan produk makanan berlabel Balung sentiasa menanti pengunjung yang inginkan kelainan dalam percutian mereka. Pendek kata, Balung Eco Resort adalah pusat sehenti pendidikan lengkap khususnya mengenai dunia agrikultur. Untuk maklumat lanjut tentang percutian di Mabul dan Balung Eco-Resort sila layari laman web scubajeffsipadan.com, borneodivers.info dan balungplantation.com. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Hati Posted: 04 Mar 2011 07:29 PM PST Suntik elemen batik kontemporari Posted: 04 Mar 2011 08:33 AM PST [unable to retrieve full-text content]FABRIK sememangnya tidak boleh dipinggirkan kerana ia amat penting dalam memilih sesuatu fesyen atau rekaan untuk digayakan. | 12 berentap rebut gelaran Posted: 04 Mar 2011 08:18 AM PST [unable to retrieve full-text content]SERAMAI 12 muka baru daripada keseluruhan 24 finalis separuh akhir pencarian model Ford Supermodel of the World sudah dikenal pasti. | |
Utusan Online - Megabait Posted: 04 Mar 2011 03:11 PM PST Powershot S95 Posted: Powershot S95 Powershot S95 Oleh ABD. HALIM HADI halim.hadi@utusan.com.my
|
KOMPAK saiz poket seberat 193 gram yang selesa bersama anda sepanjang masa.
|
KAMERA apa yang bagus? Itu soalan yang biasa diajukan oleh rakan-rakan sebelum membeli sebuah kamera. Bagi saya, kamera yang baik hanya memerlukan dua perkara utama. Pertama adalah keupayaan fungsi dan kedua adalah keselesaan saiz yang membolehkan ia dibawa ke mana-mana. Sebuah kamera yang baik seharusnya serasi bersama pemilik dan tidak mudah untuk ditinggalkan. Sejak beberapa tahun lalu saya telah menggunakan tidak kurang daripada enam buah kamera, dua daripadanya adalah kamera DSLR manakala selebihnya kamera kompak. Satu daripada model yang pernah menjadi kegemaran adalah Canon PowerShot A620 (2006) kerana dua faktor yang disebutkan tadi. Tahun lalu, saya diperkenalkan dengan model PowerShot kedua iaitu Canon S90. Dalam tempoh hanya beberapa minggu, ia menjadi kegemaran terbaru. Kehebatan fungsi dan saiz poket menyebabkan saya sering meninggalkan DSLR yang jauh lebih besar dan berat. Bukan terlalu peribadi, tetapi secara jujur ia adalah memang sebuah kamera yang baik. Pengenalan Canon PowerShot S90 mengakhiri penantian ramai peminat yang mahukan kamera bersaiz kecil tetapi berkuasa melaksanakan tugas dengan cekap. Pada S90, inovasi gelang kawalan adalah ciri hebat yang memudahkan operasi dan memberikan pengawalan mirip sebuah DSLR. Bagi yang tidak biasa, gelang kawalan pada bahagian lensa itu membolehkan pengguna menetapkan kawalan fungsi mengikut kehendak sendiri. Pilihan termasuk kawalan kelajuan pengatup, jarak zoom, bukaan cahaya, fokus manual dan sebagainya. Baru-baru ini, Canon tampil dengan model pengganti iaitu PowerShot S95. Tempoh pembaharuan yang boleh dikatakan agak singkat dan pastinya mengecewakan mereka yang belum puas menikmati kehebatan S90. Yang pasti, kecemerlangan fungsi gelang kawalan yang menjadikan model itu kegemaran ramai dipertingkatkan. Pembaharuan paling utama pada S95 adalah rakaman video yang dipertingkatkan kepada rakaman berdefinisi tinggi atau HD (720p) dengan 24 bingkai sesaat. Fungsi juga dikemaskan dengan kualiti bunyi stereo penuh melalui dua mikrofon. Pada pandangan fizikal, S95 dibina lebih nipis dengan butang kawalan (untuk pilihan mod) bergerigi kasar yang memberikan lebih cengkaman operasi. Penambahbaikan bagi menggantikan butang kawalan S90 yang terlalu sensitif pada sentuhan. Operasi S95 bermula dengan susun atur menu yang ringkas dan mudah difahami. Ciri utama pada S90 yang semakin diperkemas itu boleh dilihat melalui skrin LCD tiga inci. Dari segi kualiti imej, Canon S95 yang diperkasa dengan pengesan imej 10 megapiksel DIGIC 4 seperti yang digunakan pada model G12 mampu menghasilkan imej setanding dengan kompak kategori lebih tinggi itu. Bukan itu sahaja, S95 tampil sebagai model pertama yang menampilkan teknologi penstabilan imej hibrid yang mengurangkan gegaran semasa rakaman, sekali gus mengelak kekaburan pada gambar. Dengan keupayaan rakaman format RAW yang menghasilkan imej lebih jelas dan kemas, tidak banyak kamera di pasaran yang dapat mengatasi kehebatan kompak ini. Cuma satu kekurangan yang masih ketara adalah ketiadaan rakaman pantas. Satu lagi tambahan hebat pada model ini adalah rakaman HDR. Gabungan tiga keping gambar yang disatukan untuk kesan seperti gambar poster filem, gaya rakaman yang semakin popular di kalangan peminat fotografi masa kini. Masih tiada perubahan prestasi lensa pada S95. Namun apa yang dikekalkan dari model terdahulu sudah cukup hebat. Bahkan di pasaran, tidak banyak kamera yang memiliki lensa dengan bukaan cahaya seluas f2 (hingga f8). Keupayaan mengambil gambar dalam keadaan cahaya rendah adalah satu lagi kelebihan kamera ini. Keupayaan memperlahankan kelajuan pengatup sehingga "30 juga cukup hebat bagi sebuah kamera tanpa fungsi bulb. Keseronokan rakaman waktu malam juga disokong dengan ISO 80 sehingga 3200. Cukup untuk merakam bintang di langit. Selain fungsi-fungsi kasar, Canon turut mempertingkatkan fungsi halus yang mungkin dipandang ringan oleh kebanyakan pengeluar kamera lain. Misalnya kebolehan pengguna untuk menentukan tempoh masa pada fungsi self timer. Dengan menggunakan gelang kawalan, tempoh menunggu rakaman kini boleh dilanjutkan dari satu hingga 30 saat. Seperti juga G12, S95 diperbaharui dengan pelbagai Mod Keadaan seperti Super Vivid, Poster Effect, Smart Shutter, Nostalgic, Miniature dan paling bergaya adalah Mod HDR. Sementara itu, reputasi kehebatan rakaman dasar laut daripada model S90 yang dilengkapi lensa sudut luas (28-105mm) juga berterusan. Malah dengan bonus rakaman video HD. Canon S95 dipadankan dengan bekas kalis air WP-DC38, model berbeza dengan yang digunakan untuk S90. Sebagai kesimpulan, S95 tampil dengan pelbagai fungsi mengagumkan. Tidak kira sama ada anda pengguna biasa atau jurugambar profesional, kamera saiz poket ini tidak akan mengecewakan. Dengan melakukan sedikit rujukan di Internet, anda akan dapati ramai yang meletakan kamera ini sebagai kompak terbaik di antara semua. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | iPad 2 ditunggu-tunggu Posted: iPad 2 ditunggu-tungguiPad 2 ditunggu-tunggu
|
SEORANG wakil Apple memberi demonstrasi sembang video menerusi iPad 2 semasa pelancarannya di Pusat Yerba Buena Untuk Kesenian di San Francisco, di California, kelmarin. Gambar kanan menunjukkan saiznya yang nipis. – AFP
|
SAN FRANCISCO 4 Mac – Selepas pengumuman iPad 2 akan berada di pasaran pada 11 Mac ini, para peminat Apple semakin teruja dan tidak sabar untuk mendapatkan gajet tersebut. Pengumuman tersebut mendapat sambutan positif orang ramai dengan memberikan komen mereka menerusi laman web sosial Twitter sejak tujuh hari lalu, kata sebuah laman web analisis, wthashtag.com. Menurut Pengerusi Mobile Entertainment Forum, (MEF), Andrew Bud, iPad 2 memperlihatkan bagaimana kecekapan hubungan telefon disambungkan dengan sesebuah alatan teknologi seperti 'tablet' dan menjadi medium utama untuk akses kepada sebarang informasi dan hiburan. Sementara itu, seorang penganalisis Forrester, Sarah Rotman Epps berkata, beliau kagum dengan gajet terbaru itu dan percaya sebanyak 80 peratus iPad 2 akan menjadi gajet utama dalam pasaran Amerika Syarikat. Seorang lagi penganalisis, Carolina Milanesi dari Penyelidikan Gartner juga berasa kagum dengan keluaran gajet tersebut sambil meluahkan rasa terujanya dalam Twitter dan mengatakan harga yang mahal bukan penghalang untuk memiliki gajet tersebut kerana harga yang ditawarkan berbaloi dengan keistimewaannya. Namun, bukan semua pihak memberi tanggapan positif terhadap kemunculan gajet terbaru itu. Naib Presiden program IDC untuk pelanggan dan paparan, Bob O'Donnell berkata, iPad 2 tidak ubah seperti keluaran iPad versi pertama dan menjelaskan terdapat sesetengah syarikat kurang selesa dengan kamera pada iPad 2 atas alasan keselamatan dan ruang privasi. Sebuah laman web teknologi, The Register menyifatkan iPad 2 sebagai satu perubahan evolusi berbanding perubahan revolusi. "Secara keseluruhannya, iPad 2 bukanlah sesuatu yang mengecewakan namun bagi sesiapa yang inginkan keajaiban, iPad 2 hanya mempunyai sedikit sentuhan ajaib berbanding iPad versi pertama dan sememangnya itu bukan perubahan secara besar-besaran," menurut laman web tersebut. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
0 ulasan:
Catat Ulasan