ads

Jumaat, 4 Mac 2011

Edisi Nasional


URL Sumber Asal :-

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 04 Mar 2011 01:13 PM PST

Utusan Online - Keluarga


Gubahan ajaib dari makanan

Posted:

Gubahan ajaib dari makanan

Gubahan ajaib dari makanan

Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my


PROSES pembikinan seni foodscapes dilakukan secara terperinci di dalam studio milik Warner.


KREATIVITI mampu menukarkan apa sahaja kepada sesuatu yang menarik. Di London, seorang jurugambar membuktikan makanan bukan sekadar bahan untuk mengisi perut tetapi mampu dijadikan hasil seni yang menakjubkan.

Carl Warner adalah contoh terbaik individu kreatif yang penuh dengan imaginasi dan daya cipta. Tanpa pengaruh seni-seni yang lain, beliau melahirkan seni yang unik dan tersendiri.

Pemandangan indah di kawasan pergunungan, pantai, hutan belantara dan dasar laut yang anda saksikan ini adalah karya Warner yang dinamakan foodscapes.

Ia mungkin kelihatan seperti gambar atau lukisan biasa namun jika diperhatikan dengan teliti, anda pasti tergamam. Karya ini bukanlah lukisan tetapi gambar sebenar landskap yang digubah daripada sumber makanan.

Warner menggunakan bahan makanan harian seperti makanan, sayur dan buah-buahan untuk menghidupkan alam penuh fantasi yang selama ini hanya mampu dilakukan di atas kanvas.

Menurut Warner, minat di dalam seni aneh itu bermula selepas beberapa tahun berkecimpung di dalam fotografi komersial yang digunapakai untuk pengiklanan produk makanan.

Berbekalkan kemahiran melukis yang ditimba dari kelas seni lukis, beliau kemudian menggabungkan kedua-dua bakat yang ada untuk menghasilkan sesuatu yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

"Dahulu saya banyak menghasilkan lukisan dan ilustrasi seperti yang diinginkan oleh syarikat pengiklanan.

"Namun saya tidak mahu terlalu 'jujur'. Saya ingin menipu mereka dengan imej yang boleh membuatkan mereka tersenyum,'' katanya.

Seperti kebanyakan seni-seni visual yang lain, seni visual makanan Warner juga memakan masa yang lama. Proses pembikinan bermula dengan lakaran yang diterjemah daripada kotak imaginasinya.

Proses seterusnya adalah untuk memadankan setiap objek dengan sumber makanan yang ada di dalam simpanan. Jika apa yang diperlukan tidak mencukupi, beliau terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di pasar raya untuk memilih setiap bahan dengan teliti.

Untuk menyiapkan pemandangan sebuah rumah di kawasan kebun berlatarbelakangkan gunung, Warner memerlukan masa dua hingga tiga hari.

Di dalam gubahannya, beliau menggunakan sayur-sayuran seperti kubis, brokoli, cendawan dan rumpai laut sebagai pokok manakala landskap berbatu pula dihasilkan menggunakan ubi kentang, bawang putih dan emping jagung.

Kerumitan dekorasi kadang-kala memerlukan belia mengukir kepingan keju untuk membentuk struktur yang lurus seperti rumah dan bangku.

Bagi Warner, seni yang diceburi itu bukan sahaja mengajar beliau menjadi lebih kreatif bahkan memerlukan beliau menjadi tukang solek.

"Permukaan tanah boleh diperbuat menggunakan daging lembu manakala laut berombak daripada ikan Salmon.

"Tetapi ia tidak semudah itu kerana solekan perlu dilakukan menggunakan pewarna, kunyit dan coklat untuk mendapatkan warna yang lebih menarik,''katanya.

Selepas pemandangan yang diinginkan lengkap di atas meja, peringkat seterusnya adalah untuk memanfaatkan kemahiran pencahayaan studio. Teknik yang disifatkan beliau sebagai satu lagi seni terpenting.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gitar paling mahal

Posted:

Gitar paling mahal

Gitar paling mahal

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my


Leo Fender mempamerkan Prototaip Broadcaster yang kini dikenali sebagai Fender Telecaster.


TAHUKAH anda, apakah koleksi paling berharga milik bintang rock ternama seperti Jimi Hendrix, Eric Clapton, George Harrison dan John Lennon?

Jawapannya amat mudah, kerana koleksi yang paling berharga pada mereka ialah gitar yang pernah digunakan ketika mengadakan persembahan.

Walaupun gitar yang mereka gunakan itu sekadar gitar biasa, tetapi kini ramai pengumpul sanggup membayar harga yang cukup tinggi untuk gitar-gitar tersebut.

Jimi Hendrix Stratocaster

SATU lagi gitar yang menjadi lagenda ialah model Stratocaster milik pemain gitar lagenda James Marshall atau lebih dikenali sebagai Jimi Hendrix. Gitar itu dibelinya pada tahun 1968.

Ia digunakan buat pertama kali oleh Hendrix ketika konsert Woodstock setahun kemudiannya.

Ia kemudiannya dijual kepada rumah lelongan barangan seni, Sotheby dengan harga RM653,400.

Ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa penolong kepada Bill Gates, Paul Allen dari syarikat Microsoft, membeli gitar tersebut dengan harga RM6.6 juta pada tahun 1998.

Prototaip Fender Broadcaster

FENDER Broadcaster dihasilkan pada tahun 1949 oleh Clarence Leonidas atau lebih dikenali sebagai Leo Fender yang juga pengasas kepada Fender Musical Instruments Corporation.

Prototaip Broadcaster merupakan gitar paling popular pernah dibuat dan kemudiannya dinamakan semula sebagai Fender Telecaster.

Walaupun pada zaman itu, gitar dari jenama Les Paul dihasilkan lebih padat, Fender Broadcaster tetap dinobatkan sebagai gitar elektrik paling berjaya dihasilkan dalam sejarah manusia.

Oleh itu, model prototaip Fender Broadcaster berjaya dijual kepada pengumpul peribadi pada tahun 1994 dengan harga RM1.23 juta.

Gold Leaf Stratocaster

GOLD Leaf Stratocaster dikeluarkan sempena ulang tahun Fender ke-50. Ia dilaporkan telah ditempah oleh selebriti terkenal, Eric Clapton pada tahun 1996.

Model Stratocaster itu merupakan gitar keluaran siri tandatangan pertama yang pernah dikeluarkan oleh Fender.

Bagaimanapun, Stratocaster milik Eric Clapton yang digunakan ketika konsert Legends and Montserrat pada tahun 1997 amat unik kerana ia disaluti emas 23 karat.

Idea tersebut dihasilkan oleh Eric Clapton sendiri yang inginkan gitar tersebut digantung di dalam muzium seperti gitar Louvre.

Gold Leaf Stratocaster telah dilelong dan berjaya dijual dengan harga RM1.5.

Gibson SG

GIBSON SG merupakan jenama gitar yang pernah digunakan oleh The Beatles sekitar tahun 1966 hingga 1969.

Pada ketika itu, pemain gitar utama Beatles, George Harrison menggunakan Gibson SG ketika rakaman album dan promosi konsert lawatan album Revolver.

Sementara itu, John Lennon turut menggunakan Gibson SG ketika rakaman album The White.

Gitar Gibson SG yang dimiliki oleh George dan John itu kemudiannya diberikan kepada George Peter Ham dari kumpulan rock, Badfinger.

Pada tahun 2004, gitar tersebut telah dijual kepada seorang pembida tanpa nama dengan harga lelong RM1,881,000.

Fender Composite Stratocaster SRV

FENDER Composite Stratocaster milik pemain guitar blues tersohor, Stevie Ray Vaughan juga disenarai dalam 10 gitar termahal di dunia.

Pada asalnya, Fender Composite Stratocaster yang dihasilkan pada tahun 1965 itu dihadiahkan oleh isterinya, Lenny pada tahun 1980 sebagai hadiah hari kelahiran yang ke-26 dan dinamakan sempena nama Stevie Ray.

Gitar tersebut merupakan gitar kegemaran Stevie Ray yang digunakannya sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1990.

Pelekat stickers SRV yang terdapat pada badan gitar itu merupakan identiti utama Stevie Ray.

Ia diambil daripada adiknya Jimmie yang menggunakan pelekat pada gitar ketika mengadakan persembahan.

Pada tahun 2004, Fender Composite Stratocaster milik Stevie Ray itu dilelong dengan harga RM2.06 juta.

Wang hasil lelongan itu telah didermakan kepada Persatuan Bulan Sabit Antigua.

Blackie

PADA tahun 1970, selepas kematian Jimi Hendrix, Eric Clapton telah memutuskan untuk menukar penggunaan gitar dari jenama Gibson ke Stratocaster.

Eric Clapton telah membeli enam vintage Strats dari sebuah kedai gitar di Texas dengan harga hanya ratusan dolar setiap satu.

Tiga daripada koleksi itu diberikan kepada George Harrison, Pete Townshend and Steve Winwood manakala baki tiga lagi gitar Stratocaster itu dileraikan.

Eric Clapton hanya mengambil bahagian terbaik dan telah mencipta sebuah gitar yang dinamakan sebagai Blackie.

Blackie hanya menggunakan warna hitam dan perang. Gitar itu digunakan buat pertama kali pada Januari 1973 sehingga beliau bersara pada tahun 1985.

Blackie telah dilelong pada tahun 2004 dengan harga RM3.2 juta.

Fender Stratocaster Asia

SEMPENA majlis amal mengutip derma bagi membantu mangsa tsunami, sebuah gitar jenama Fender Stratocaster telah dilelong di Qatar pada tahun 2005.

Diselaraskan oleh Bryan Adams, Fender Stratocaster itu ditandatangani oleh dirinya sendiri dan beberapa selebriti terkenal seperti Mick Jagger, Keith Richards, Eric Clapton, Brian May, Jimmy Page, David Gilmour, Jeff Beck, Pete Townsend, Mark Knopfler, Ray Davis, Liam Gallagher, Ronnie Wood, Tony Iommi, Angus & Malcolm Young, Paul McCartney, Sting, Ritchie Blackmore dan Def Leppard.

Pada mulanya, gitar tersebut telah dibeli oleh keluarga Diraja Qatar dengan harga RM3.3 juta dan kemudiannya didermakan kepada sebuah jabatan kebajikan.

Selepas itu, ia dijual sekali lagi dengan harga RM8.91 juta. Gitar bertuah itu sekali gus mendapat jolokan nama Fender Stratocaster Asia dan merangkul gelaran gitar paling mahal pernah dijual di dunia.

Washburn 22

GITAR dari jenama Washburn siri helang (Hawk Series) ke-22 milik selebriti Nesta Robert Marley atau lebih dikenali sebagai Bob Marley yang terkenal dengan lagu Don't Worry, Be Happy telah diklasifikasikan sebagai aset nasional oleh kerajaan Jamaica.

Gitar tersebut juga dikategorikan sebagai salah satu daripada tujuh gitar ikon muzik Reggae.

Pada 21 November 1971, selepas tamat persembahan di Vancouver, Bob Marley telah menghadiahkan gitar tersebut kepada seorang juruteknik gitar bernama Gary Carlsen.

Ketika itu, Bob Marley berkata Carlsen: "Ambillah ia dan kemudian anda akan faham." kemudiannya."

Mengagumkan, sebagaik pemilik baru, Carlsen telah menawarkan gitar tersebut sebagai hadiah utama kepada organisasi kebajikan yang diasaskan olehnya iaitu Different Journeys, One Destination.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 04 Mar 2011 11:37 AM PST

Kosmo Online - Varia


Menu sihat dengan bento

Posted:

Menu sihat dengan bento

Menu sihat dengan bento

Oleh KUMARA SABAPATTY
kumara.sabapatty@kosmo.com.my


CHEF ROHANI (lima dari kanan) bersama wakil media yang menyertai bengkel Kids Eat Right with Naturel Bento di Sungai Pencala baru-baru ini.


SELAMA ini penulis tidak pernah mempunyai minat memasak dan lebih gemar menikmati makanan yang dibeli sahaja.

Persepsi itu wujud sejak zaman sekolah lagi kerana menganggap memasak adalah satu tugas yang menyusahkan dan hanya sesuai dilakukan oleh golongan wanita sahaja.

Bagaimanapun, tanggapan tersebut berubah sama sekali apabila berpeluang menyertai bengkel Kids Eat Right with Naturel Bento bersama sekumpulan pengamal media dan pakar perunding makanan terkemuka, Chef Rohani Jelani di Bayan Indah, Kampung Palimbayan Indah, Sungai Penchala, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pendekatan baru chef yang berpengalaman itu berjaya mengubah persepsi penulis, sekali gus membuahkan minat untuk memasak apabila dipelawa menyediakan kek pelangi dan pasta bersama rakan-rakan media yang lain.

Mesej Rohani ternyata berbeza dalam menyediakan makanan sihat. Bahan-bahan yang digunakan seimbang kerana mengikut cara Jepun dikenali sebagai bento.

Kotak kayu

Bento merujuk kepada bekas atau kotak kayu yang digunakan oleh kaum ibu di Jepun untuk menyimpan makanan. Ia dianggap cara alternatif pantas untuk penyediaan makanan sihat dan seimbang untuk anak-anak mereka ketika suri rumah menghadapi cabaran memujuk anak-anak mereka khususnya yang bersekolah untuk makan.

Ia juga cara terbaik untuk golongan ibu yang ingin menyediakan makanan berkhasiat dan sihat untuk anak mereka tetapi terpaksa melupakannya akibat kesibukan bekerja.

Menyedari hal itu, Chef Rohani yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam penulisan resipi dan kelas belajar memasak tampil dengan cadangan bengkel Kids Eat Right with Naturel Bento.

Tambah beliau, masakan dan penyediaan makanan gaya Jepun atau bento salah satu cara berkesan untuk memastikan anak-anak makan waktu pagi, tengah hari dan makan malam.

Katanya, bento paling sesuai kerana penyediaan makanan hanya mengambil masa yang singkat dan makanannya kaya dengan nutrien yang diperlukan.

"Malah dengan menggunakan minyak masak Naturel tanpa kolesterol ia menjadi permulaan makanan sihat dalam beberapa resipi kreatif dan mudah untuk para ibu.


LAZAT dan berkhasiat. Gaya masakan bento harus menjadi amalan para ibu.


"Masakan menggunakan minyak masak jenama Naturel akan mengekalkan kelazatan sekurang-kurangnya lima hari khsusnya untuk bento yang memuatkan makanan seimbang yang terdiri daripada protein, vitamin, zat besi, karbohidrat dan sebagainya," katanya ketika ditemui di bengkel tersebut.

Dalam pada itu, pakar perunding diet makanan, Indra Balaratnam berkata, proses tumbesaran menyebabkan keperluan nutrien seseorang berbeza-beza sepanjang hayat kerana ia bergantung kepada perubahan fisiologi. Misalnya, kanak-kanak memerlukan lebih vitamin dan nutrien.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu berkata, golongan ibu yang komited dengan kerjaya tidak boleh memberi alasan tiada masa untuk memasak dan memilih makanan segera untuk anak-anak mereka kerana ia akan mem bawa kesan negatif kerana makanan lazat tidak semestinya sihat dan seimbang.

Jelas beliau, pengaruh ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka menggemari makanan segera yang berkalori tinggi. Makanan tersebut menyumbang kepada obesiti, diabetes dan hipertensi kepada kanak-kanak.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap status nutrisi dan tabiat diet di kalangan 11,371 murid sekolah rendah berumur di antara enam hingga 12 tahun di seluruh negara pada tahun 2007/2008 menunjukkan 35.8 peratus mengamalkan pemakanan tidak seimbang.

Jelas beliau, 12.8 peratus berlebihan berat badan, 13.7 peratus obesiti, 9.6 peratus kurang berat badan dan 32.1 peratus murid tidak bersarapan, 24 peratus tidak makan tengah hari dan 25.4 peratus mengelak makan malam.

"Sikap ini sepatutnya dielakkan, ini tidak bermakna anda tidak boleh makan makanan segera cuma elakkan anak-anak supaya tidak sering didedahkan kepada makanan segera.

"Jika anak anda memilih untuk makanan lazat, anda boleh menyediakan masakan cara bento," katanya yang berpengalaman selama sedekad dalam bidang pemakanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 04 Mar 2011 09:45 AM PST

Utusan Online - Johor


Kes jenayah makin menurun

Posted:

Kes jenayah makin menurun

Kes jenayah makin menurun

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my


Abdul Ghani Othman beramah mesra dengan sebahagian kakitangan awam sempena majlis Amanat Perkhidmatan Awam Negeri Johor di Persada, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 3 Mac – Perlaksanaan secara menyeluruh Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kini memberi kesan positif kepada beberapa sektor ekonomi dan sosial di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, antara hasil daripada perlaksanaan enam bidang NKRA itu menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

"Contoh terbaik perlaksanaan GTP adalah kejayaan polis menurunkan kadar jenayah di negeri ini, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan penduduk bukan sahaja di bandar tetapi juga di kampung," katanya semasa menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Turut hadir, barisan Exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Latiff Yusof.

Menurutnya, berdasarkan perangkaan kadar jenayah di negeri ini pada tahun lalu berbanding 2009 telah menurun sebanyak 41 peratus, hasil daripada perlaksanaan NKRA itu.

Selain itu, katanya, polis juga berjaya menurunkan kadar jenayah jalanan sebanyak 35 peratus bagi tempoh sama, ragut (52 peratus), samun tanpa senjata (39 peratus) dan samun berkumpulan tanpa senjata (40 peratus).

Menteri Besar berkata, polis turut berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan 'panas' seluruh negara sebanyak 67 peratus dalam tempoh yang sama.

"Enam NKRA terbabit yang menyumbang kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi dan sosial negeri adalah pendidikan, mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam," katanya.

Mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk memacu ekonomi negara ke arah berpendapatan tinggi dan mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, beliau berkata:

"Johor turut menerima kesan positif. Salah satu sektor ekonomi di negeri ini yang bakal menerima kesan positif adalah dalam industri minyak, gas dan tenaga, dengan beberapa projek bernilai tinggi bagi menjadikan negeri ini sebagai pusat serantau industri terbabit."

Beliau berkata, menerusi Entry Point Projects (EPP) umpamanya, Johor menjadi pusat serantau bagi kegiatan hiliran industri terbabit seperti fabrikasi pelantar minyak serta simpanan dan memproses minyak mentah.

Katanya, sektor hiliran minyak kelapa sawit dan pemborongan serta peruncitan di Johor antara lain bakal menerima dorongan positif di dalam bentuk projek berimpak tinggi di bawah EPP.

Menurutnya, pembukaan kompleks premium outlets seluas 20 hektar di Kulaijaya pada 11 November depan yang dilaksanakan di bawah EPP akan melonjakkan sektor peruncitan dan pemborongan di Johor.

Beliau berkata, perlaksanaan 131 projek di bawah EPP itu akan memastikan Malaysia mampu mengekalkan momentum pertumbuhan sebanyak enam peratus sehingga tahun 2020, membolehkan ia muncul sebagai negara maju dengan rakyatnya berpendapatan tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beri peluang OKU dalam pasaran kerja

Posted:

Beri peluang OKU dalam pasaran kerja

Beri peluang OKU dalam pasaran kerja

JOHOR BAHRU 3 Mac - Orang kurang upaya (OKU) yang pernah mengikuti latihan dan program di sekolah kanak-kanak istimewa harus diberi tempat dalam pasaran kerja seperti golongan normal.

Yang Dipertua Persatuan Bagi Kanak-kanak Kerencatan Akal Johor, Datin Zahariah Abdul Hamid berkata, mereka sering dipandang sinis dan peluang amat terhad walaupun mampu bekerja.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Bahru (SKIJB) berkata, keadaan itu berlaku kerana persepsi umum bahawa golongan OKU tidak boleh bekerja.

"Ini tidak betul, sedangkan mereka turut menerima latihan dan program yang sama seperti orang normal. Kami ingin menyeru pihak majikan supaya jangan meminggirkan mereka.

"Ambil mereka bekerja dan bantu golongan ini untuk berdikari dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan pembangunan negara," katanya selepas majlis penyerahan cek oleh Yayasan Dewan Perniagaan dan Industri Jepun- Malaysia (Jactim) di Dewan Azalea SKIJB, di sini hari ini.

Cek bernilai RM40,000 itu disampaikan Pengerusi Komuniti Pertukaran Budaya yayasan tersebut, Kenjy Kojima kepada Zahariah yang mewakili SKIJB.

Sumbangan itu untuk membeli kemudahan dan peralatan di bilik gimnasium, bilik rawatan pergigian dan dobi sekolah tersebut yang amat memerlukan.

Zahariah berkata, keupayaan OKU yang menerima latihan untuk bekerja telah terbukti, contohnya lepasan pelatih SKIJB diserap dalam beberapa bidang kerja.

Beliau meminta pihak swasta tempatan supaya mencontohi Jactim yang menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dalam membantu komuniti itu.

Beliau berkata, SKIJB kini amat memerlukan sebuah bas mini untuk kegunaan 80 pelatih sekolah itu yang berumur antara enam hingga 21 tahun.

Menurutnya, keperluan itu amat mendesak dan ketika ini SKIJB hanya menggunakan sebuah van uzur sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak sekian lama.

Sementara itu, Kenjy berkata, yayasan tersebut menyumbang sebanyak RM79,000 kepada sekolah itu sejak 2006 bagi memastikan keselesaan dan keperluan pelatihnya.

"Ini adalah sebagai penghargaan syarikat Jepun yang menjalankan perniagaan di negara ini dan turut bernaung di bawah yayasan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 04 Mar 2011 09:35 AM PST

Utusan Online - Feminin


Pencarian Ratu Kebaya 2011 bermula

Posted:

Pencarian Ratu Kebaya 2011 bermula

Pencarian Ratu Kebaya 2011 bermula

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

AKHIR-akhir ini banyak pertandingan berkaitan dengan dunia kecantikan dianjurkan oleh pelbagai pihak. Bagaimanapun modus operandi penganjur pertandingan biasanya hanya mencari wanita yang langsing, bertubuh kecil molek dan semestinya yang cantik jelita.

Lalu, apa aktiviti yang boleh dilakukan oleh wanita yang mempunyai tubuh badan agak besar atau gemuk? Apakah mereka tidak boleh meraih peluang yang sama dengan wanita yang kekal langsing?

Justeru, akhbar Mingguan Malaysia melalui sisipan Pancaindera bersama dengan produk jamu nombor satu, Jamu Mak Dara akan menganjurkan Pencarian Ratu Kebaya 2011.

Pertandingan yang akan berlangsung di pusat membeli-belah Carrefour di seluruh negara ini akan membuka ruang kepada wanita yang mempunyai berat badan lebih 60 ke atas untuk menyertainya.

Menurut Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Gaddaffi Syed Ali Al-Habsyee, penganjur menyediakan dua kategori dalam pertandingan berkenaan iaitu untuk wanita dengan berat 59 kilogram ke bawah dan 60 kilogram ke atas.

"Tujuan kita membuka satu lagi kategori ialah untuk memberi peluang kepada wanita bertubuh besar untuk turut rasa dihargai. Oleh kerana pengguna produk kami terdiri daripada pelbagai kelompok masyarakat, wanita bertubuh badan besar melebihi 60 kilogram juga dialu-alukan untuk bersama-sama dalam pencarian ini.

Pemenang pertandingan akan berpeluang untuk muncul di dalam iklan promosi Jamu Mak Dara, selain hadiah wang tunai RM5,000 menanti pemenang utama.

Untuk permulaan, pertandingan Ratu Kebaya 2011 akan berlangsung di Carrefour Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, pada 6 Mac ini.

Bermula jam 10 pagi untuk urusan pendaftaran, juara kedua-dua kategori akan diumumkan sebagai Ratu Kebaya Shah Alam dan berpeluang untuk mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 4 Disember di Kuala Lumpur secara gilang-gemilang.

Di Carrefour Seksyen 23, Shah Alam, penyanyi Heliza Helmi akan menyerikan pertandingan sebagai juri bersama pengasas Jamu Mak Dara, ibu Halimah Shuib dan Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin. Pertandingan terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Untuk menyertai, peserta perlu mendaftar sebanyak RM50 dan setiap penyertaan akan diberikan produk jamu Mak Dara dan hadiah iringan.

Pertandingan akan membuka laluan kepada peserta yang hadir lengkap berpakaian kebaya dan berhias menarik. Tak cukup dengan itu, bagi peserta yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, lakonan atau peragaan, ini merupakan satu tiket emas buat mereka untuk mara ke peringkat akhir.

Ia sekali gus memberi ruang untuk peserta mencuba nasib dalam mana-mana bidang yang diminati sekiranya berjaya meraih gelaran Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara 2011.

Johan pertandingan Ratu Kebaya peringkat saringan pertama ini akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500 dan hamper Carrefour bernilai RM100, selain cenderahati eksklusif Mingguan Malaysia.

Naib johan akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300 manakala tempat ketiga berjumlah RM150 termasuk hamper. Hadiah grand final yang bakal menjadi rebutan peserta di peringkat akhir berupa wang tunai berjumlah RM5,000, hamper tajaan Carrefour serta pakej pelancongan ke Bali, Indonesia selama tiga hari dua malam.

Selepas Shah Alam, pencarian finalis akan diteruskan pula di Kuala Terengganu, Terengganu (2 April), Pulau Pinang (30 April), Port Dickson (28 Mei), Johor Bharu (25 Jun), Kuantan (1 Oktober) serta Melaka (19 November).

Hubungi talian 019-2247191 untuk urusan pendaftaran awal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Pesona

Posted: 04 Mar 2011 07:04 AM PST

Kosmo Online - Pesona


Jamin status kelongsong ubat

Posted:

Jamin status kelongsong ubat

Jamin status kelongsong ubat

Oleh RIZAM ZAKARIYA



KESEDARAN masyarakat dunia yang tinggi tentang isu halal terutama melibatkan makanan telah menyebabkan industri halal dunia semakin melonjak naik secara mendadak.

Bukan sahaja kepada masyarakat Islam, tetapi penganut agama lain juga sudah mula sedar bahawa makanan yang dilabelkan sebagai halal di sisi Islam sudah semestinya terjamin terutamanya dari segi kebersihan.

Di negara ini, isu halal sudah lama menjadi perdebatan, malah sentiasa dibincangkan dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan masyarakat Islam di Malaysia mendapat sumber makanan seperti yang disyariatkan Islam.

Tidak hairanlah pada November 2009 lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan agar mewujudkan Akta Halal bagi melindungi umat Islam di negara ini daripada tertipu dengan barangan kesihatan tidak halal.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman ketika itu menyatakan akta tersebut secara tidak langsung akan dapat melindungi pengguna daripada pengeluar produk barangan kesihatan yang memalsukan penggunaan status halal.

Katanya, akta tersebut dapat memperluaskan skop kuasa pihak berkuasa agama untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengeluar yang didapati melanggar peraturan.

Permintaan tinggi

Menyedari hakikat bahawa tahap kesedaran dan permintaan terhadap bahan makanan halal yang semakin meningkat, Nasmir Holdings menerusi anak syarikatnya, Nasmir Hard Gelatin Capsules Sdn. Bhd. (NHGC) telah memulakan langkah dengan mengeluarkan kapsul halal untuk pasaran di negara ini.

Menurut Pengerusi Nasmir Holdings, Kadhar Shah Abdul Razak, kapsul yang dihasilkan daripada gelatin halal yang dikeluarkan syarikatnya mendapat permintaan tinggi di dalam negara dengan 70 peratus daripada jumlah keluarannya dipasarkan di Malaysia.

Jelasnya, kebimbangan masyarakat Islam berhubung status halal pada kapsul yang dipasarkan di dalam negara ini ada asasnya. Selama ini, gelatin yang digunakan untuk menghasilkan kapsul sebenarnya berasal dari tulang binatang.


KAPSUL pelbagai warna dihasilkan NHGC bagi tujuan penggunaan dunia perubatan dan kesihatan.


"Gelatin pada asasnya dihasilkan dari tulang binatang dan kebiasaannya menggunakan tulang lembu yang sudah diproses.

"Tapi, bagaimanakah kita boleh pastikan gelatin yang dihasilkan itu benar-benar menggunakan tulang lembu dan satu persoalan lagi, adakah tulang lembu yang digunakan itu pula benar-benar halal kerana gelatin ini dihasilkan di luar negara.

"Sebab itulah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melakukan pemantauan dan mengiktiraf hanya dua syarikat di dunia iaitu sebuah syarikat dari China dan Pakistan. Dua syarikat itu sahaja dibenarkan membawa masuk gelatin keluaran mereka ke negara ini," jelasnya.

Menyorot kembali sejarah penglibatan Nasmir Holdings dalam penghasilan kapsul halal, Kadhar Shah memberitahu, semuanya bermula dengan langkah berani syarikatnya untuk berjinak-jinak dengan pemasaran kapsul halal bagi kegunaan industri farmaseutikal di negara ini pada tahun 2005.

"Pada tahun itu, Nasmir Holdings telah menubuhkan syarikat Nasmir Hard Gelatin Capsules tetapi ketika itu, kami hanya berperanan sebagai pengedar kapsul halal yang dikeluarkan di India dan Pakistan untuk memenuhi 60 peratus kegunaan industri farmaseutikal di negara ini.

"Kebetulan pula ketika itu, JAKIM telah mengeluarkan larangan penggunaan kapsul tidak halal bagi ubat-ubatan di Malaysia selain keluaran dua syarikat pengeluar itu untuk pasaran tempatan.

"Disebabkan permintaan terhadap kapsul halal yang dipasarkan oleh syarikat kami amat menggalakkan, maka tercetuslah idea untuk mempunyai kilang sendiri bagi mengeluarkan kapsul halal untuk pasaran negara ini," terangnya.


KAPSUL keluaran NHGC mendapat pengesahan halal daripada pihak Jakim.


Kesungguhan

Jelas Kadhar Shah, kesungguhan untuk memiliki kilang menghasilkan kapsul halal sendiri didorong oleh kejayaannya dalam perniagaan restoran nasi kandar menerusi rangkaian Restoran Nasi Kandar Nasmir Sdn. Bhd. yang cukup terkenal di Pulau Pinang dan beberapa negeri di utara Semenanjung.

Tambahnya, sebelum membeli sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Ringan Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk dijadikan tapak, dia terlebih dahulu melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dengan perbelanjaan awal sekitar RM2 juta.

"Sepanjang tiga tahun perancangan itu, kami telah menghantar lapan orang kakitangan untuk mempelajari teknologi pembuatan kapsul di sebuah kilang di India.

"Kemudian pada tahun 2009, kami mula membina kilang di Seberang Jaya dengan membeli dua mesin pembuatan terpakai dari India dan Pakistan," katanya dengan memberitahu pengeluaran pertama kapsul halal oleh kilang itu bermula pada Februari 2009.

Bermula Mei 2009 katanya, NHGC mula menghentikan pengimportan kapsul halal dari India dan Pakistan dan mula memasarkan kapsul keluarannya sendiri yang kini sudahpun menembusi pasaran Indonesia, Bangladesh, Jordan dan Afrika.

Sehingga kini menurut Kadhar Shah, kilang milik syarikatnya itu sudah mempunyai tiga mesin pembuatan kapsul yang mampu menghasilkan 10 juta kapsul sehari merangkumi enam saiz iaitu 00, 0, 1, 2, 3 dan 4 serta 5,400 jenis pilihan warna. Pengeluaran itu ditawarkan kepada 325 pelanggan syarikatnya.

Dengan teknologi dari India itu, kilang miliknya juga mampu mencetak logo atau perkataan pada setiap kapsul yang dihasilkan mengikut permintaan pelanggan.

Walaupun begitu, kapsul yang dihasilkan oleh NHGC masih boleh dijual pada harga yang rendah iaitu sekitar RM8 hingga RM15 bagi setiap 1,000 kapsul.

Selain harga yang agak murah, kapsul halal keluaran NHGC juga mampu larut dalam badan dalam tempoh kurang dari 10 minit iaitu lebih cepat berbanding tempoh larut 15 minit yang ditetapkan bagi pembuatan kapsul.

Pelaburan besar


KADHAR SHAH (dua dari kanan) memastikan setiap kapsul yang dihasilkan benar-benar berkualiti sebelum dihantar kepada pelanggan.


Bercakap mengenai perancangan masa depan, Kadhar Shah memberitahu pihaknya akan membuat pelaburan yang besar bagi tempoh dua tahun akan datang dan sehingga 2013 nanti, kilang miliknya akan mempunyai 12 mesin yang mampu mengeluarkan sebanyak 40 juta kapsul setiap hari.

Tambahnya, seramai 350 orang pekerja akan diperlukan untuk tujuan itu dan pihaknya memberi jaminan bahawa kesemua pekerja di kilangnya akan terdiri daripada warga tempatan.

Berdasarkan permintaan yang memberangsangkan di Indonesia, Nasmir Holdings telah membuat keputusan untuk menubuhkan syarikat PT Nasmir Capsules Indonesia yang bertindak sebagai syarikat pengedar bahan berkenaan di negara jiran itu.

Malah katanya, sekiranya pasaran di negara itu kukuh, pihaknya juga merancang untuk membina sebuah lagi kilang pengeluaran bagi menampung permintaan di negara itu selain meneroka pasaran baru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biskut air tangan ratu tenis

Posted:

Biskut air tangan ratu tenis

Biskut air tangan ratu tenis

Oleh NURUL IZZA ROSLY



JIKA sebelum ini penulis hanya melihat aksi pemain-pemain tenis wanita terkemuka dunia di kaca televisyen dengan pukulan raket yang tangkas, tetapi Ahad lalu, bersama beberapa media lain kami berpeluang melihat mereka beraksi di dapur.

Rutin pagi tiga pemain tenis wanita yang datang ke Malaysia untuk menyertai Kejohanan Tenis Antarabangsa Terbuka Malaysia BMW iaitu Ayumi Morita, 21, dari Jepun, Noppawan Lertcheewakarn, 20, dari Thailand dan Francesca Schiavone, 30, dari Itali pagi itu tidak bermula di gelanggang tetapi, langkah mereka menuju ke dapur pastri Hotel Double Tree by Hilton (Double Tree) untuk membuat biskut.

Ketiga-tiga ratu tenis itu sebelum ini hanya menunjukkan kehebatan mereka beraksi di gelanggang dengan memegang raket namun, kali ini mereka memegang senduk kayu untuk mengacau adunan biskut.

Kerja-kerja di dapur bermula sejurus ketiga-tiga pemain menyarungkan apron dan memakai topi. Dengan tekunnya Ayumi, Lertcheewakarn dan Schiavone mendengar setiap arahan yang diberikan oleh Chef Pastri Amanda Lim.

Masing-masing patuh mengikut arahan Amanda supaya memasukkan bahan-bahan seperti tepung, mentega, gula, cip coklat dan kacang walnut ke dalam mangkuk sambil aksi tiga pemain tenis itu turut diperhatikan oleh Pengurus Besar Double Tree, Ian Barrow.

Membentuk adunan

Walaupun kekok memegang senduk barangkali jarang ke dapur bagi Morita, Lertcheewakarn dan Schiavone tetapi, mereka meneruskan kerja-kerja mengguli dan membentuk biskut untuk jualan amal yang akan disumbangkan kepada Make A Wish Malaysia.

Sesekali mereka ditegur oleh chef kerana membentuk adunan terlalu besar dan kecil. Biskut cip coklat Double Tree yang telah siap dijual melalui kempen Baked With Care, Grant A Wish, Spread The Warmth bermula 28 Februari hingga 27 Mac ini.

Setiap 200 tin edisi terhad mengandungi tujuh keping biskut cip coklat bersama autograf 10 bintang tenis dunia dijual pada harga RM60, manakala biskut cip coklat tanpa tandatangan dijual pada harga RM36 di The Food Store, Hotel Double Tree.


TIGA ratu tenis ini menunjukkan adunan biskut yang sudah siap diuli dan hanya menunggu dileperkan serta dibakar.


Antara pemain tenis yang turut menurunkan autograf pada tin biskut cip coklat edisi terhad itu ialah Alisa Kleybanova, Kimiko Date-Krumm Jarmila Grotu dan Lucie Sufarnova.

"Ini merupakan pengalaman kali pertama membuat biskut untuk jualan amal dan ia pengalaman yang menyeronokkan.

"Saya harap akan menjadi tukang masak yang hebat seperti Amanda," kata Morita yang turut meluangkan masa di dapur jika ada kelapangan.

Schiavone dan Lertcheewakarn juga teruja dan mengakui banyak perkara yang perlu dipelajari ketika di dapur kerana ia sama sekali tidak serupa seperti di gelanggang.

"Ia merupakan pengalaman yang unik kerana melibatkan bintang tenis ternama dalam program amal sebegini.

"Kami menggalakkan kakitangan di sini untuk membantu golongan yang memerlukan sejajar dengan falsafah kami untuk memberikan sesuatu yang bermakna kepada mereka dengan pendekatan Warm, Caring and Friendly," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Wish Granting, Sandra Kirwon Byrne berharap melalui jualan amal biskut cip coklat Double Tree tersebut dapat mengumpulkan RM12,000 untuk merealisasikan tiga permintaan daripada kanak-kanak yang menghidapi penyakit kronik.

"Banyak permintaan daripada kanak-kanak ini yang kami mahu realisasikan iaitu ada di antara mereka mahu memiliki PSP (Playstation Portable), komputer riba, melawat Taman Tema Disneyland Hong Kong, berjumpa dengan Perdana Menteri dan banyak lagi.

"Untuk tahun ini sahaja kami telah memenuhi tiga permintaan dan banyak lagi akan menyusul kelak dengan sumbangan daripada pihak-pihak yang bermurah hari," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Islam melarang binaan di atas kubur

Posted:

Islam melarang binaan di atas kubur

Islam melarang binaan di atas kubur


BINAAN melampau di atas kubur boleh mendatangkan rasa riak dan mengganggu hak orang lain.


APAKAH pandangan Islam mengenai tindakan menghias kubur?

JAWAPAN: Tanah perkuburan adalah kawasan yang mengingatkan kita sebagai manusia bahawa ia akan menjadi tempat persinggahan kita sebelum hari kebangkitan iaitu di Padang Mahsyar. Sewajarnya ia akan mendatangkan keinsafan untuk lebih taat akan perintah Allah dan tunduk akan kekuasaannya.

Membersih dan menghias kawasan kubur diharuskan supaya kelihatan bersih dan kemas. Bagaimanapun, jangan sampai berlebih-lebihan atau bermegah dan mengganggu hak orang lain kerana tanah perkuburan adalah hak orang ramai.

Bimbang kubur yang dihias berlebihan akan menimbulkan riak atau dijadikan tempat pemujaan kepada mereka yang taksub kepada perkara khurafat.

Islam melarang membuat binaan di atas kubur berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang mewarnakan kubur dengan warna putih, duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya." (Riwayat Muslim)

Cukuplah sekadar ditinggikan tanah dan meletakkan batu nisan sebagai tanda dan menanam padanya dengan pokok-pokok kecil supaya daun-daun berselawat dan mendoakan si mati dan diampunkan dosanya. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon tunduk kepada-Nya." (Ar-Rahman: 6)

Makruh beri salam di tandas

APAKAH hukum bagi seseorang yang memberi salam kepada seseorang yang berada di dalam tandas dan apakah hukum menjawab salamnya.

JAWAPAN: Islam amat menitikberatkan akan silaturahim sesama manusia. Apabila bertemu sesama Islam, digalakkan untuk memberi salam. Ia sebagai tanda penghormatan dan menyatukan silaturahim sesama Muslim. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan satu ucapan hormat (memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah ia (dengan cara yang sama)." (An-Nisa:86).

Namun begitu makruh memberi salam kepada orang lain ketika berada di dalam tandas kerana ia tempat yang kotor.

Kemudian tidak perlulah menjawab salam tersebut ketika di dalam tandas. Firman Allah yang bermaksud:

"Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik)." (Surah Toha: Ayat 8)

Ingkar perintah bertudung

APAKAH hukumnya, jika isteri ingkar suruhan suami untuk dia terus bertudung setelah sekian lama dia bertudung. Alasannya bertudung tidak lagi sesuai dengan kerjayanya.

JAWAPAN: Islam mewajibkan dan menyuruh umatnya untuk mentaati segala perintah Allah. Dalam hal menutup aurat, tidak kira sama ada lelaki ataupun wanita, mereka wajib melaksanakannya.

Perintah menutup aurat terutama ke atas wanita bertujuan menjaga maruah sebagai seorang manusia yang mempunyai kehormatan diri dan memelihara masyarakat daripada dilanda kekeruhan akibat gelora seks yang tidak terkawal hasil daripada aurat yang terdedah. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dihiaskan kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang disukai nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak." (Surah Al-Imran: 14)

Seorang suami wajib menjaga isteri dan ahli keluarganya daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah dan dimurkai oleh Allah.

Kerjaya bukanlah sebagai alasan untuk wanita mengetepikan kewajipan sebagai hamba Allah malah, kita akan menanggung dosa hanya kerana niat mahu kelihatan cantik di mata manusia.

Wanita yang ingkar dengan tidak menutup aurat bukan sahaja nusyuz kepada suami bahkan juga mendapat kemurkaan Allah. Rasulullah SAW. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat kedua-duanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam).

(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian." (Hadis Riwayat Muslim)

Cara tanam uri mengikut Islam

SAYA ingin mengetahui bagaimana cara-cara untuk menguruskan uri bayi yang baru lahir?

JAWAPAN: Cara yang digalakkan dalam Islam dalam pengurusan uri bayi dengan membasuh menggunakan air dan menanamnya di dalam tanah sekadar tidak dapat digali oleh binatang buas.

Ia hanya perlu ditanam seperti biasa dan bukan mengkafankannya seperti jenazah. Ia bertujuan mengelakkan daripada ia menjadi hina serta membahayakan manusia. Secara tidak langsung ia akan menjadi bangkai dan terdedah kepada pencemaran bau busuk.

Umat Islam diingatkan agar tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak ketika menguruskan uri bayi seperti menaburkan paku ketika menanam uri, menanam bersama dengan duit syiling kerana ia berkaitan perkara khurafat seterusnya boleh membawa kepada perkara syirik.

Orang yang mati dalam keadaan syirik, dosa-dosanya tidak akan diampunkan. Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." (Surah An-Nisa': 48)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 04 Mar 2011 01:41 AM PST

Berita Harian: Ratu


Anda kategori mana?

Posted: 03 Mar 2011 03:08 PM PST

Ratu

pix_gal0
Lelaki bimbit tas tangan wanita : Tak macho tapi nampak seperti budiman

RAMAI lelaki cuba menonjolkan sifat budiman sama ada melalui tingkah laku, pertuturan, penampilan atau etika diri dengan pelbagai sebab dan alasan paling kerap dilakukan tentunya untuk kelihatan menarik di mata wanita.

Gelagat golongan Adam berlagak 'gentleman' yang biasa dilihat terutama di dalam kelompok lelaki Asia adalah aksi mereka menjinjit tas tangan milik isteri atau teman wanita ketika membeli-belah. Pertolongan dihulurkan itu kelihatan tulus ikhlas tapi kadangkala boleh mengundang rasa jelak daripada khalayak mungkin kerana pelakunya banyak terdiri daripada golongan di bawah umur.

Namun, tidak ada hukum mengatakan ia dosa atau salah tapi tetap ada yang mencemuh mungkin kerana nampak seperti tidak kena gaya.

RATU cuba merungkai isu itu dengan mendapatkan pandangan daripada wanita sendiri, mungkin boleh dijadikan panduan bagi golongan lelaki.

Sokong
Pelajar, Hafieza Ariffin, 22.

"TINDAKAN itu nampak seperti tidak ada salahnya. Kalau lelaki boleh tolong bawakan beg plastik untuk isteri atau kekasihnya sama saja jika dia tolong bawakan beg tangan.

"Konsepnya adalah tolong-menolong. Mana tahu, jikalau beg itu berat sangat dan wanita itu perlukan pertolongan untuk ringankan beban menyandang beg," katanya.

Suri Rumah, Nor Fazuliana Johari, 22.

"APABILA ada anak kecil, dia memerlukan pertolongan suami untuk membawa tas tangannya tatkala keluar ke mana-mana. Saya suka bila suami tawarkan diri untuk memegang beg kerana dia malas mendukung anak. Jadi, ringan sikit beban lagipun mengendong anak dan beg sekali gus tentunya boleh mengundang masalah lain seperti diragut," katanya.

Tak sokong

Usahawan, Roslawati Ramly, 39.

"MENGAKUI tidak akan sesekali membenarkan lelaki menyandang tas tangannya kerana aksi lelaki sebegitu nampak pelik. Tak macho lelaki begitu malah secara peribadi, saya sendiri tak suka lihat lelaki bimbit tas tangan teman wanita atau isteri kecuali pegang sebentar sementara ingin ke tandas.

"Selalunya anak muda sering bersikap begini mungkin kerana ingin menunjukkan sikap mengambil berat demi untuk memenangi hati teman wanitanya. Tapi bagi saya, untuk kelihatan budiman dan penyayang, lelaki juga perlu kelihatan macho. Jadi, dalam apa juga tindakan, biarlah kena pada tempat," katanya.

Usahawan, Aff Fridawati Dahlan, 29.

"LELAKI tidak sesuai mengendong tas tangan wanita walau berada dalam apa juga situasi dan tempat. Saya akui, rimas apabila melihat atau berdepan lelaki yang sering menawar diri untuk membawa tas tangan saya apabila keluar bersama.

"Mungkin wanita yang berada di dalam situasi itu terpaksa akur dengan sikap lelaki terutama budak muda yang kononnya mahu tunjukkan sifat budiman. Jika menolak, bimbang dikata tidak menghargai tapi jujur dikatakan, lelaki memang tidak sesuai membawa tas tangan wanita," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kek cawan

Posted: 03 Mar 2011 03:02 PM PST

Ratu

Berulit dengan krim, tepung cetus rasa positif

MEMBUAT dan menghias kek cawan bagaikan fenomena pada ketika ini. Tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak akan teruja apabila melihat kek cawan yang dihiasi dengan ising pelbagai bentuk, corak dan penuh warna-warni.

Ada bentuk bunga, buah-buahan, karektor kartun dan macam-macam lagi mengikut cita rasa si pembuatnya. Malah, dek kerana terlalu cantik hiasan pada kek cawan itu, hingga ada ada kalanya sayang untuk dimakan sebaliknya satu atau dua kek itu disimpan saja sebagai koleksi perhiasan. Yang menariknya, kek cawan itu berupaya membuatkan pencinta kek terutama mereka yang mengadun, menghias dan memasak rasa seronok dan bersemangat apabila melihat hasilnya begitu cantik dan comel.

Bagi suri rumah tentunya mempunyai rutin tersendiri mengenai memasak makanan bagi dijadikan hidangan juadah seisi keluarga, tetapi sejauh manakah memasak atau membakar kek seperti kek cawan boleh menimbulkan keriangan kepada anda yang bergelar wanita?

Bagi Zurilawati Ku Zaifah, beliau tidak pernah berasa bosan untuk 'bertapa' di dapur sendiri kerana baginya, dapur adalah ruang yang sangat bermakna selain mencetus pelbagai idea yang mendorong beliau menjadi lebih bersemangat.

"Saya tidak pernah terfikir jemu dengan dapur sendiri, bahkan dapur adalah lokasi terbaik untuk saya berborak bersama rakan yang berkunjung atau ketika bersama keluarga di rumah. Kalau mereka tidak berada di dapur, saya leka di dapur kerana menyediakan kek cawan.
"Usai menyediakan kek cawan, hiasan juga menyeronokkan dan inilah cara untuk saya mengelakkan daripada membuang masa. Kepada anda yang berasa buntu menempuh hari, cuba bermain dengan hiasan, tentu hidup menjadi lebih bermakna," katanya ketika ditemui di kediaman beliau di Subang Jaya, baru-baru ini.

Zurilawati yang juga pemilik blog sayasukacupcake.blogspot.com bersama beberapa rakan kerap menyempurnakan masa lapang mereka sama ada hujung minggu atau pada hari bekerja dengan perbincangan mengenai kek, biskut dan pelbagai jenis makanan lain termasuklah bagaimana memperbaiki mutu pembuatan resipi berkenaan.

"Ada antara kami yang bekerja dan suri rumah sepenuh masa. Jadi dalam usaha mencari selingan atau mempelbagaikan rutin kami di dapur, saya mula membakar kek dan menyediakan perhiasan ising yang menarik.

"Diakui tugasan ini membuatkan kami ralit mencuba bakat sebagai penghias kek selain seronok mencuba kreativiti mencantikkan kek cawan yang kecil dan comel. Kalau ikutkan hati memang rumit, tetapi teruja kerana kami boleh saling memberi ilham antara satu sama lain," katanya sambil disahut setuju dari empat lagi rakannya berkongsi minat sama.

Anita Jamal, Nor Asilah Osman, Zeti Zarina Salehuddin dan Zarina Abdullah bersetuju dengan Zurilawati mengenai perkumpulan kecil mengenai kek cawan dan bertukar serta mencipta resipi membuka minda mereka mengenai pemakanan sihat serta bersih untuk keluarga.

Bagi mereka, melalui perbincangan setiap kali pertemuan menemukan mereka dengan pelbagai resolusi mengenai bagaimana menjadikan kek sedap dan enak, kenapa menu yang dimasak tidak cukup naik atau bagaimana menyediakan resipi sihat untuk keluarga, lebih-lebih lagi kesemuanya mempunyai anak yang perlu dijaga akan pengambilan makanan mereka.

"Kami beruntung kenal antara satu sama lain kerana semuanya minat dan menjadikan memasak untuk keluarga sebagai rutin wajib.

"Justeru, selain menyediakan lauk pauk untuk hidangan keluarga, kami menjurus kepada menyediakan kek dan saya pada mulanya teruja dengan Anita yang banyak memuat turun gambar kek serta fondan hasil kerja beliau. Tak sangka saya juga melakukannya kini," katanya.

Bagi Zarina, menjadi suri rumah sepenuh masa adalah saat dan ketika yang menggembirakan kerana beliau berpeluang melihat anak membesar depan mata selain berupaya memenuhi keperluan anak perempuannya yang juga gemar mencuba makanan baru disediakan ibunya.

"Saya gemar menyediakan kek lapis dan kek cawan juga adalah satu daripada minat saya. Apabila mengetahui Zurilawati menyediakan kelas untuk menghias kek cawan, saya terpanggil menyertainya kerana gemar membuat dan menghias kek.

"Begitupun, faedah yang saya dapat berganda-ganda. Saya bukan saya berpeluang memenuhi masa lapang, tapi mendapat ilmu membuat kek serta paling utama membina rangkaian dengan rakan yang sama minat," katanya.

Berbeza dengan Zarina, Norasilah yang berkerja di syarikat komunikasi terkemuka memilih memasak untuk membekalkan makanan sihat untuk tiga anaknya selain memasak untuk hidangan mereka sekeluarga.

"Tidak sangka pula dengan memasak, khususnya menyediakan kek cawan ini mendorong kepada pertemuan kami atas dasar melakukan disiplin yang sama iaitu penyediaan kek cawan.

"Saya pada mulanya menghadiri kelas belajar membuat hiasan kek cawan dan lama kelamaan mula minat menyediakannya sendiri di rumah. Tambahan pula, dua anak perempuan saya memang gemar membantu di dapur," katanya.

Bahkan, kerana minat juga, Zeti Zarina yang bertugas di awan biru sentiasa menggunakan masa lapang ketika tidak bertugas dengan menghadiri perjumpaan memasak atau menyertai kelas membuat kek dikendalikan Zurilawati.

"Kalau berkesempatan, tidak rugi untuk saya meluangkan masa mempelajari seni membuat kek daripada Zurilawati kerana beliau banyak mengendalikan kelas memasak.

"Bagi saya, perjumpaan begini amat bermanfaat kerana kami dapat bertukar idea untuk mengemaskinikan pengetahuan kami mengenai pembuatan kek dan segala yang berkaitan dengan urusan membakar kek," katanya.

Anita yang dianggap sifu di kalangan mereka berlima memang handal menyediakan hiasan daripada gula ising dan hasil kerja tangannya disukai ramai kerana indah dan sempurna untuk dijadikan hiasan di meja makan.

Beliau yang membuat bunga ising bertujuan mengisi masa lapang memang menjadi idola kepada penggemar serta peminat kek cawan kerana bunga gula Anita memang cantik dan mengujakan.

Justeru, siapa sangka daripada berkumpul mengisi masa, berbincang mengenai bagaimana cara mendapatkan kek yang terbaik, perjumpaan berkenaan akhirnya menjadikan mereka bintang serta tauke di dapur sendiri kerana masing-masing ada menerima tempahan kek daripada rakan dan handai taulan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 03 Mar 2011 03:23 PM PST

Kosmo Online - Komuniti Kita


TNB rai media dalam perlawanan boling

Posted:

TNB rai media dalam perlawanan boling

TNB rai media dalam perlawanan boling


PEMAIN Boling Persahabatan TNB-Media bergambar kenangan di Kuala Terengganu baru-baru ini.


MESRA. Seramai 50 pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu dan pengamal media beraksi pada perlawanan Boling Persahabatan TNB-Media di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Program tahunan itu diadakan bagi meneruskan kesinambungan kerjasama kedua-dua pihak selain memupuk semangat setia kawan di antara kakitangan TNB dan wartawan.

Pada perlawanan itu, TNB Terengganu diketuai Pengurus Besarnya, Md. Yuslan Md. Yusof sementara media diketuai Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Ayob Mamat.

Selain perlawanan boling, wartawan turut diraikan pada satu majlis makan malam dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bola sepak persahabatanLKTN-Kelate.Net

Posted:

Bola sepak persahabatanLKTN-Kelate.Net

Bola sepak persahabatanLKTN-Kelate.Net


PEMAIN LKTN dan Kelate.Net bergambar kenangan pada perlawanan bola sepak persahabatan di Kota Bharu baru-baru ini.



PERSAHABATAN. Satu pertandingan bola sepak persahabatan antara pasukan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Kota Bharu dan Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) telah diadakan di padang Maktab Sultan Ismail (SIC), Kota Bharu baru-baru ini.

Pada pertandingan itu, pasukan LKTN menang bergaya dengan jaringan 5-2.

Timbalan Presiden Kelate.Net, Nik Salahuddin Nik Razak berkata, walaupun tidak menang pada perlawanan tersebut, ia memberi satu perangsang kepada semua pemain bagi meningkatkan lagi latihan dalam menghadapi perlawanan lain di masa hadapan.

Menurutnya, perlawanan persahabatan itu juga berjaya mengeratkan hubungan antara pemain daripada kedua-dua pasukan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Majlis akikah, cukur jambul di Masjid al-Ittifaqiyah

Posted:

Majlis akikah, cukur jambul di Masjid al-Ittifaqiyah

Majlis akikah, cukur jambul di Masjid al-Ittifaqiyah


MAJLIS akikah dan cukur jambul di Masjid al-Ittifaqiyah, Taman Seri Gombak, Batu Caves baru-baru ini.



MERIAH. Lebih 400 penduduk Fasa 1, Taman Seri Gombak, Batu Caves menghadiri majlis akikah dan cukur jambul anjuran ahli jawatankuasa Masjid al-Ittifaqiyah taman itu baru-baru ini.

Majlis yang diadakan secara gotong-royong itu bermula pada sebelah petang apabila penduduk membantu menyembelih seekor lembu.

Menurut setiausaha masjid itu, Ishak Jais, tujuh bayi daripada tujuh keluarga diraikan pada majlis itu dengan bacaan al-Quran, marhaban dan doa selamat yang dikendalikan oleh dua imam masjid, Othman Ahmad dan Zakaria Jusoh. Majlis kemudian diakhiri dengan acara minum air zam-zam, bercukur dan naik buai.

Menurut Ishak, majlis yang diadakan setiap tahun itu berjaya mengeratkan silaturahim antara penduduk dan menarik mereka mendekati masjid selain menghidupkan semangat gotong-royong.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved