Harian Metro: Mutakhir Posted: 25 Feb 2011 07:37 AM PST Yuhaizad calon Pas Posted: 25 Feb 2011 04:04 AM PST JASIN: Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Yuhaizad Abdullah, 38, diumumkan sebagai calon Pas untuk bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini. Pengumuman berkenaan dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis ceramah umum yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong di Markas Pas Kampung Merlimau Pantai, dekat sini, lewat malam tadi.
Yuhaizad, ahli perniagaan yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Jasin memegang Diploma Tasawur Islam, berkahwin dengan seorang guru dan mempunyai empat anak. Menurutnya, pilihan raya kecil Merlimau adalah ujian getir buat Pas dan Pakatan Rakyat kerana ia pertama kali diadakan di Melaka dan bakal menjadi penanda aras dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang khususnya di Melaka. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tertekan suami mati Posted: 24 Feb 2011 01:02 PM PST SEREMBAN: Seorang wanita dipercayai tidak dapat menerima hakikat suami tercinta mati nahas jalan raya, cuba menamatkan riwayatnya menelan puluhan pil tidur di rumahnya di Paroi, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, wanita berusia 26 tahun yang masih berpantang selepas bersalin 10 hari lalu, dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya.
Seorang saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa sebelum itu mengikuti upacara sembahyang mendiang suaminya di sebuah tokong di Temiang.
"Selepas selesai upacara sembahyang, wanita itu pulang ke rumah keluarganya di Paroi bersama saudara-mara.
"Ketika di rumah berkenaan, dia beberapa kali meminta ahli keluarga menjaga bayi perempuannya yang berusia 10 hari," katanya di sini, semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online Posted: 25 Feb 2011 07:30 AM PST Kanak-kanak mati lemas di Tasik Gombak Posted: Kanak-kanak mati lemas di Tasik GombakKanak-kanak mati lemas di Tasik Gombak 25/02/2011 10:15pm KUALA LUMPUR - Seorang murid lelaki Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 1 ditemui mati lemas di Taman Tasik Sri Gombak, di sini, hari ini. Mayat Noorheiman Jamaluddin, 12, ditemui di tasik itu pada pukul 11.14 pagi ini selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang sejak petang semalam. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Seri Gombak selepas zohor. Menurut seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Siranesware, 19, beliau terlihat Noorheiman yang berpakaian sukan sedang bermain dengan seorang rakannya di tepi tasik itu pada kira-kira pukul 2.30 petang semasa hujan lebat dan arus air deras. "Beberapa jam kemudian, saya ternampak kawannya berjalan-jalan di sekitar tasik. Saya tanya dia buat apa, mana kawannya seorang lagi tapi kanak-kanak itu tidak tahu. Saya juga menyuruhnya balik kerana hari sudah lewat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lorong Plaza Tol A SPRINT ditutup sementara Posted: Lorong Plaza Tol A SPRINT ditutup sementaraLorong Plaza Tol A SPRINT ditutup sementara 25/02/2011 8:51pm KUALA LUMPUR – Lorong-lorong di Plaza Tol "A" (arah Utara) di Lebuh Raya SPRINT akan ditutup mulai 12 tengah malam hingga 6 pagi, bermula 2 hingga 8 Mac bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan. Syarikat konsesi lebuh raya itu, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd, (SPRINT) berkata, semua kenderaan dari arah Lebuh Raya Persekutuan akan dilencongkan ke Plaza Tol "B", manakala motosikal akan melalui lorong paling kiri di Plaza Tol "A". Pengguna dinasihat mematuhi papan tanda dan tunjuk arah untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya itu, kata kenyataan itu. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Anugerah SAM: Nicol, Chong Wei jadi pilihan Posted: Anugerah SAM: Nicol, Chong Wei jadi pilihanAnugerah SAM: Nicol, Chong Wei jadi pilihan 25/02/2011 8:43pm KUALA LUMPUR – Dua personaliti sukan bergelar Datuk, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David, menjadi pilihan popular untuk merebut Anugerah Atlet Terbaik 2010 Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus kali kedua pada 6 Mac ini. Kedua-dua jaguh badminton dan skuasy itu, yang sama-sama berasal dari Pulau Pinang, adalah antara lima calon yang disenaraipendekkan oleh SAM bagi merebut anugerah serta wang tunai RM10,000. Calon lain yang turut tersenarai ialah pelumba berbasikal trek negara yang dinobatkan sebagai juara dunia tahun lepas, Mohd Azizulhasni Awang dan pemenang pingat emas acara terjun 10m platform wanita pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, Pandelela Rinong. Turut tersenarai ialah Nur Suryani Taibi, yang meraih pingat emas acara 10m air rifle wanita bergandingan dengan Nur Ayuni Halim di Sukan Komanwel New Delhi dan dan pingat gangsa kategori individu acara yang sama pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek akan menjadi tetamu kehormat pada majlis penyampaian anugerah itu di sebuah hotel di Subang Jaya. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 25 Feb 2011 03:34 AM PST Satu badan gatal-gatal Posted: 24 Feb 2011 01:43 PM PST JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan. Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya. Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya. Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas. "Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan 'hot blanket' di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.
"Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut," katanya.
"Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan. "Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Isteri terpedaya Posted: 24 Feb 2011 01:42 PM PST KUALA LUMPUR: Seorang lagi wanita menjadi mangsa kasanova yang menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi memperdayakan mangsa sebelum melarikan wang mangsa. Sebelum ini, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ken, 31, memperdayakan wanita yang termakan ayat-ayat cinta sebelum mengikis wang mereka dengan menggunakan taktik kononnya menghadapi masalah perniagaan. Terbaru, seorang wanita dari Singapura yang juga isteri kasanova terbabit dikenali sebagai Chen, 33, berkata, dia mengenali suaminya pada jamuan makan malam di sebuah hotel. Menurutnya, sejak perkenalan itu hubungan mereka semakin rapat kerana dia tertarik dengan sikapnya yang romantis sehingga bersetuju berkahwin. "Kami melangsungkan perkahwinan pada 2008, namun kini dalam proses perceraian selepas tembelangnya memperdayakan ramai wanita lain terbongkar. "Malah, saya turut mengalami kerugian apabila memberi wang kepadanya RM200,000 selepas kasihan dengan masalahnya. Namun, saya tidak sangka semua itu hanya sandiwaranya," katanya ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, Wisma MCA, di sini. Chen berkata, suaminya memberitahu ibunya sudah meninggal dunia dan memerlukan wang untuk menguruskan pengebumiannya.
"Saya pada mulanya ingin mengikutnya pulang ke kampung di Malaysia, namun tidak dibenarkan dan memberitahu akan menguruskan sendiri masalah itu. "Saya beralah dan meminjamkan wang itu kepadanya untuk menguruskan hal keluarga, namun terkejut tidak lama kemudian apabila diberitahu suami saya itu kasanova oleh rakan dan melalui media massa," katanya. Beliau berkata, taraf penduduk tetap (PR) suaminya di Singapura juga dibatalkan gara-gara perbuatannya sehingga dia kini menjadi buruan polis Singapura. Semalam, Harian Metro melaporkan seorang lelaki layak digelar kasanova apabila menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi menipu empat wanita dalam satu masa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 25 Feb 2011 03:20 AM PST Majlis Raja-Raja dengar taklimat keselamatan, pertahanan Posted: Majlis Raja-Raja dengar taklimat keselamatan, pertahananMajlis Raja-Raja dengar taklimat keselamatan, pertahanan Tuanku Mizan Zainal Abidin bertanya sesuatu kepada Muhyiddin Yassin pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-223 di Istana Negara yang berakhir semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; manakala empat dari kanan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. – BERNAMA
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat hari ini mendengar taklimat mengenai keselamatan dan pertahanan negara yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, dalam kenyataannya berkata, mesyuarat selama dua hari itu berakhir hari ini antara lain membincangkan perkara berkaitan agama Islam dan pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan. Menurutnya, mesyuarat kali ke-223 itu dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Turut berangkat menghadiri mesyuarat tersebut ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mesyuarat dua hari itu yang bermula semalam dihadiri semua raja kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Sultan Mahmud. Baginda semua diiringi menteri besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi oleh ketua menteri masing-masing. Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | GLC, syarikat Turki perlu jalin kerjasama Posted: GLC, syarikat Turki perlu jalin kerjasamaGLC, syarikat Turki perlu jalin kerjasama ISTANBUL 24 Feb. – Syarikat Malaysia termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) perlu mengambil peluang untuk menjalin kerjasama dengan sektor swasta Turki, khususnya bagi meneroka peluang perniagaan baru di negara-negara Asia Tengah, Rusia dan Afrika Utara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat Turki yang mempunyai kekuatan tertentu terutamanya dalam sektor pembinaan di negara-negara berkenaan akan membolehkan syarikat Malaysia memperluaskan operasinya sebagai sebuah entiti bertaraf serantau dan global. "Saya melihat syarikat di sini ada kekuatan tertentu terutama dalam bidang pembinaan dengan mereka mendapat banyak kontrak di Rusia, Afrika Utara dan negara-negara Asia Tengah. "Kalau dapat bekerjasama dengan mereka, kita akan dapat peluang mencari pasaran baru dalam sektor ini," katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi tiga hari di sini. Sebagai contoh jelas Najib, kerjasama yang dijalin Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA), satu daripada dua lapangan terbang utama di sini merupakan pencapaian penting untuk meluaskan lagi kepakaran MAHB dalam pembangunan lapangan terbang dan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang di luar negara. Perdana Menteri yang turut berkesempatan melawat ISGIA yang pada tahun lalu mengendalikan 11.6 juta penumpang berkata, ia merupakan antara empat projek besar MAHB di luar negara. Perdana Menteri berkata, Turki juga mempunyai kekuatan dalam bidang pengeluaran tekstil selain minyak dan gas di mana kerjasama antara Petronas dan syarikat petroleum Turki boleh dikembangkan lagi. Mengenai kereta nasional, Najib memberitahu, Malaysia akan mengkaji kemungkinan untuk Proton menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat Turki dalam bidang automobil kerana negara ini mendapat pasaran besar eksport dalam industri berkenaan. Begitu juga kerjasama dalam bidang ketenteraan katanya, yang kini sudah kukuh akan menjadi lebih mantap apabila Malaysia bersetuju mewujudkan hubungan jangka panjang dengan syarikat pengeluar kenderaan perisai terkemuka Turki, FNSS Defense Systems Inc, Mengenai projek Transit Aliran Pantas (MRT) Marmaray yang juga menjadi antara lokasi dilawati, Najib berkata, beliau tertarik dengan projek yang nantinya mampu mengendalikan 1 juta penumpang sehari itu dan akan meminta Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) mempelajarinya. - utusan Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | PM selamat tiba Posted: PM selamat tibaPM selamat tiba SEPANG 24 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat pulang ke tanah air selepas mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Turki bagi mengukuhkan hubungan dua hala. Najib yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba dengan pesawat khas kerajaan pada pukul 4.30 petang di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. – BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 25 Feb 2011 03:18 AM PST Penduduk lega Buyong Gagu dipindah Posted: Penduduk lega Buyong Gagu dipindahPenduduk lega Buyong Gagu dipindah Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR utusanseremban@utusan.com.my
|
Anggota Jabatan Perhilitan berusaha membawa keluar seekor gajah jantan untuk dipindah ke Taman Negara Tasik Kenyir, Terengganu selepas berjaya menangkapnya di Hutan Simpan Gapau, Jelebu, semalam. - utusan/Shahjehan Maamin
|
JELEBU 24 Feb. - Penduduk Kampung Gagu dekat sini kini boleh menarik nafas lega apabila gajah jantan liar di Hutan Simpan Gapau yang didakwa menceroboh penempatan dan kebun penduduk kampung berjaya dipindahkan, hari ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Datuk Siow Chen Pin, kebimbangan yang menghantui penduduk berakhir apabila gajah itu dipindahkan ke Taman Negara Tasik Kenyir, Terengganu melalui operasi yang dijalankan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dengan kerjasama Pusat Konsoversi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang. "Pemindahan ini sekali gus menamatkan kebimbangan penduduk setempat yang beberapa kali melihat gajah ini memasuki kampung mereka. "Meskipun kehadirannya tidak pernah mendatangkan kecederaan kepada penduduk, namun mereka bimbang haiwan itu mungkin merosakkan harta benda selain mengakibatkan kemalangan maut," katanya ketika ditemui di Hutan Simpan Gapau, dekat sini hari ini. Beliau berkata, gajah yang diberi gelaran Buyong Gagu itu sudah beberapa kali menceroboh kawasan kampung tersebut dan paling terbaru adalah pada 12 Februari lalu. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gagu, Mohd. Saad Haron berkata, kini keselamatan serta tanaman penduduk lebih terjamin. "Ini kerana gajah jantan ini telah beberapa kali memasuki kampung ini dan bertindak merosakkan tanaman di kebun penduduk setempat. "Habis semua tanaman dirosakkan terutamanya buah-buahan pasti menjadi sasarannya," katanya. Dalam pada itu, seorang penduduk, Mohd. Zamri Zakaria memberitahu, dusun miliknya musnah akibat diceroboh oleh gajah jantan liar itu. "Habis semua tanaman seperti cempedak dan durian di dusun saya musnah dikerjakannya, bukan sahaja dimakan hasil tanaman saya tetapi pokok turut ditumbangkan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lima pesara berputih mata tunai umrah Posted: Lima pesara berputih mata tunai umrahLima pesara berputih mata tunai umrah
|
Abdul Rahim Che Din (tengah) menunjukkan penyata tuntutannya kepada Mohd. Rofik Mohd. Yusoff (kanan) di Seremban, kelmarin.
|
SEREMBAN 24 Feb. - Hasrat hati lima pesara kerajaan ingin berlepas ke Tanah Suci Mekah pada Mac tahun lalu untuk menunaikan umrah tidak kesampaian gara-gara wang mereka 'dilarikan' ejen pakej ibadat itu. Ejen terbabit yang merupakan seorang wanita dikatakan menawarkan membawa mereka menunaikan umrah sebelum menghilangkan diri bersama wang RM23,560 yang sudah dibayar oleh pesara terbabit. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Negeri Sembilan yang mendengar tuntutan wakil kumpulan itu, Abdul Rahim Che Din, 61, hari ini memutuskan agar tuntutan itu difailkan semula dengan lebih terperinci selepas mendengar aduan mereka. Dalam aduannya, Abdul Rahim memberitahu tribunal, pada Januari tahun lalu, mereka telah menemui seorang wanita yang dikenali sebagai Normah Yaakub di Kuala Lumpur yang menawarkan pakej umrah dengan bayaran RM5,880 seorang. Katanya, wanita itu menawarkan pemergian umrah pada Mac tahun yang sama melalui sebuah syarikat pelancongan yang beribu pejabat di sini. Menurutnya, mereka kemudian membuat bayaran pendahuluan RM1,000 seorang secara tunai manakala bakinya melalui akaun bank atas nama wanita terbabit. Pesara itu diberikan resit atas nama syarikat Anjung Warith Holidays Sdn. Bhd. yang turut tertera cop syarikat yang didakwa menjalankan pakej umrah tersebut. ''Bagaimanapun, dua hari sebelum tarikh sepatutnya pergi mengerjakan umrah iaitu pada 16 Mac tahun lalu, kami dihubungi wanita itu yang memberitahu jadual perjalanan itu terpaksa ditangguhkan selama dua minggu kerana belum memperoleh visa daripada Arab Saudi. ''Penangguhan itu berlaku sebanyak tiga kali sebelum kami gagal menghubunginya sehingga kini,'' katanya. Mereka menamakan Ifwat Trans Travel & Tours Sdn. Bhd. (Ifwat) yang beribu pejabat di sini sebagai pihak yang dituntut. Pengarah Eksekutif Ifwat, Mohd. Rofik Mohd. Yusoff yang hadir pada prosiding itu dalam pembelaannya memberitahu, wanita tersebut telah menggunakan nama Ifwat untuk memperdaya semua mangsa kerana syarikat itu tidak pernah menawarkan pakej umrah kepada mana-mana pihak. Menurutnya, syarikat juga tidak pernah mengambil wanita itu sebagai ejen atau pekerjanya. ''Saya bersimpati dengan semua yang terlibat tetapi saya percaya mereka ditipu oleh wanita itu,'' katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Wang pinjaman lesap, peniaga tanggung hutang Posted: Wang pinjaman lesap, peniaga tanggung hutangWang pinjaman lesap, peniaga tanggung hutang MELAKA 24 Feb. - Sudahlah wang hampir RM15,000 yang dipinjam daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) tidak sampai ke tangan, malah sepasang suami isteri terpaksa pula membayar ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan sejak hampir dua tahun lalu. Itulah nasib yang menimpa Jabidah Suhadi, 50, dan suami, Rosli Wahab, 51, yang bukan sahaja buntu memikirkan mengenai kehilangan wang tersebut, malah terpaksa melupakan hasrat menaik taraf kedai makan mereka menggunakan wang pinjaman itu. Menurut Jabidah, semuanya bermula pada November 2008 ketika dia membuat permohonan pinjaman daripada TEKUN dengan tujuan menaik taraf kedai makannya di Batu Berendam di sini. Menurutnya, sebaik sahaja menerima cek bernilai RM14,852.56 daripada TEKUN, dia segera memasukkannya ke sebuah bank di Malim Jaya pada 17 November 2008 dan tidak sabar menunggu tiga hari bagi mendapatkan wang tersebut. "Saya terkejut apabila memeriksa akaun pada 24 November dan mendapati jumlah tersebut tiada dalam akaun bank. Bimbang terjadi sesuatu, saya menghubungi TEKUN dan mereka mengatakan mustahil wang berkenaan masih belum dimasukkan ke dalam akaun saya," katanya ketika ditemui di pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela), di sini semalam. Menurut Jabidah, dia yang masih tidak berpuas hati memeriksa akaunnya sekali lagi dan terkejut apabila mendapati ia hanya mengandungi RM4,863 dan bukannya RM14,852.56. "Saya cuba periksa sekali lagi dan dalam tempoh 10 minit sahaja kesemua wang di dalam akaun saya hilang begitu sahaja," katanya yang terkejut dengan kejadian itu. Menurutnya, dia membuat laporan di bank berkenaan dan institusi kewangan itu mengesahkan terdapat dua transaksi berlaku dalam tempoh kira-kira 10 minit sahaja pada hari berkenaan iaitu 19 November 2008. Katanya, untuk transaksi pertama sebanyak RM9,996.27 dikeluarkan dan dihantar ke akaun seseorang yang berada di Sawahlunto, Indonesia. Katanya, selepas itu, sebanyak RM4,863 dikeluarkan menerusi perkhidmatan sistem dalam talian. "Memang saya tak pernah tahu cara menggunakan sistem itu, bagaimana saya mahu mengeluarkannya," katanya. Menurutnya, dia sehingga kini masih gagal mendapatkan penjelasan daripada pihak bank. "Sehingga kini, saya terpaksa menjelaskan sebanyak RM200 sebulan kepada pihak TEKUN untuk melangsaikan pinjaman ini," katanya. Sementara itu, Ketua Penyelia Pembela, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Bank Negara Malaysia dan meminta pengadu merujuk kepada bank terbabit untuk tindakan selanjutnya. Katanya, perkara itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati jika membuat pemindahan wang secara dalam talian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 25 Feb 2011 03:14 AM PST Laksa sate kian popular Posted: Laksa sate kian popularLaksa sate kian popular Oleh JAMLIAH ABDULLAH utusankedah@utusan.com.my
|
Pembantu gerai sibuk membakar sate untuk menu istimewa Laksa Sate di gerai Laksa Buluh 5, Pasar Pagi Simpang Empat, Alor Setar.
|
ALOR SETAR 24 Feb. - Pernahkah anda menikmati laksa yang dihidangkan bersama sate? Dua juadah popular orang Malaysia itu dihidangkan dalam satu pinggan menimbulkan rasa lemak, manis, pedas dan ia sememangnya 'eksotik'. Mungkin kombinasi makanan tersebut agak pelik bagi kebanyakan orang, namun bagi penduduk negeri ini menjamah laksa bersama sate dan kuahnya adalah satu kebiasaan. Malah, kerana keunikan rasa dan keenakannya, hidangan itu semakin menjadi perhatian masyarakat seperti kata orang, belum rasa belum tahu, sekali rasa sepinggan tidak cukup. Lantas jika berkunjung ke bandar ini jangan lupa menjenguk gerai Laksa Buluh 5 di pasar pagi Simpang Empat yang cukup terkenal dengan juadah laksa sate. Pemilik gerai tersebut, Yusof Arifin, 56, berkata, hidangan laksa bersama sate serta kuahnya merupakan resipi keluarganya turun temurun iaitu sejak tahun 40-an. "Hari ini semakin ramai yang suka hidangan sebegini baik penduduk Kedah mahupun dari negeri lain. "Mula-mula bagi yang tidak pernah mencuba mungkin agak pelik tetapi bila sudah cuba, insya-Allah akan mahu lagi," kata Yusof. Katanya, laksa yang menggunakan ulam istimewa seperti daun putat itu dijual pada harga RM2 sepinggan sementara sate 30 sen secucuk. "Selalunya untuk sepinggan laksa saya hidangkan bersama lima cucuk sate ayam atau daging mengikut selera pelanggan," katanya ketika ditemui di gerainya itu baru-baru ini. Bagi perniagaan tersebut kata Yusof, dia dibantu oleh saudaranya, Ismail Mahmud, 56, yang membekalkan sate. "Sudah lama kami berniaga bersama di pasar malam atau pekan sehari kami akan berniaga bersebelahan," katanya lagi. Yusof menambah, selain Simpang Empat, pasar malam dan pasar pagi di beberapa pekan kecil di daerah ini dan Pendang seperti Tokai, Kuala Sala dan Kota Sarang Semut menjadi lokasi mereka. Kata Yusof, dalam sehari dia mampu menjual daripada 40 hingga 50 kilogram laksa bersama 1,000 hingga 2,000 cucuk sate. "Bergantung kepada hari-hari tertentu misalnya kalau hari cuti sekolah atau musim perayaan jualan akan bertambah," katanya. Bercerita lanjut katanya, dia pernah menerima pelanggan dari Selangor dan Perlis yang sanggup berjalan jauh untuk membeli laksanya. "Seperti orang lain mereka mendengar tentang laksa sate ini daripada mulut orang yang pernah mencubanya. Jadi bagi yang hendak cuba rasa laksa dimakan bersama sate datanglah," celotehnya lagi. Menurut salah seorang pelanggannya, Rokiah Razak, 56, gerai laksa sate itu memang tidak asing lagi baginya. "Setiap hari Khamis pasti akan ke sini untuk makan laksa sate ini. Saya suka laksa bersama sate ayam kadang-kadang sepinggan tidak cukup bungkus bawa pulang lagi. "Rasanya memang lain kerana kuah sate bercampur dengan kuah laksa itu lemak dan pedas sedikit. Itu yang sedapnya," katanya. Seorang lagi pelanggan, Hamidah Abdul Wahab, 26, berkata, dia mendengar cerita tentang laksa sate tersebut daripada salah seorang anggota keluarganya beberapa tahun lepas. "Betul kata orang sekali cuba memang nak lagi. Rasanya lain sangat itu yang buat laksa sate ini berbeza," katanya lagi. Bagi penulis sendiri, laksa sate memang unik dan sedap terutama ketika mengunyah laksa bersama sate serta kuah yang telah bergaul dengan kuah kacang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 20 peniaga hilang pendapatan Posted: 20 peniaga hilang pendapatan20 peniaga hilang pendapatan Oleh OPAT RATTANACHOT uspetani@utusan.com.my
|
PARA peniaga kecil berhimpun selepas gerai mereka dirobohkan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, semalam.
|
SUNGAI PETANI 24 Feb. - Lebih 20 penjaja kecil di Seksyen 1 dan Seksyen 3 Bandar Puteri Jaya dekat sini mendakwa hilang sumber pendapatan berikutan tidak lagi dibenarkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) menjalankan perniagaan di bahu jalan. Menurut mereka, perniagaan yang dijalankan di bahu jalan tidak mengganggu lalu lintas kerana hanya beroperasi antara pukul 7 hingga 11 pagi serta pukul 2 hingga 6 petang setiap hari. Wakil peniaga, Azmi Salleh, 54, berkata larangan yang dikeluarkan Isnin lalu dilakukan secara drastik dan menutup 'periuk nasi' mereka kerana ia satu-satunya punca pendapatan sejak tujuh tahun lalu. "Kami terkilan kerana perintah larangan berniaga dibuat dalam tempoh cukup singkat. Lebih kecewa, tiada tapak alternatif disediakan untuk kami yang kesemuanya merupakan peniaga kecil bumiputera," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Menurut Azmi, para peniaga terbabit hanya dimaklumkan secara lisan oleh penguat kuasa MPSPK atas beberapa alasan. "Antara alasan yang diberikan ialah rungutan pengguna jalan raya berhubung kesesakan lalu lintas serta aduan daripada peniaga premis tetap yang mengatakan mereka terjejas kerana kami berniaga di sini," katanya. Tambahnya, kebanyakan penjaja tersebut menjalankan operasi mereka sejak 2004 iaitu semasa perumahan berkenaan baru dibuka. "Kami berharap MPSPK boleh beri sedikit pertimbangan kerana sebelum ini peniaga telah memohon tapak di Arked Medan Selera Bandar Puteri Jaya tetapi gagal," katanya. Sementara itu Ahli Majlis MPSPK, Ishak Man ketika ditemui berkata, pihaknya bersimpati dengan peniaga berkenaan dan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian masalah itu. "Kita akan berusaha menempatkan peniaga terbabit di tapak baru selepas membawa masalah mereka untuk diberi perhatian dalam mesyuarat MPSPK tidak lama lagi," katanya. Selain itu jelasnya, pihaknya juga akan melakukan bancian terperinci serta mengeluarkan lesen peniagaan kepada penjaja terbabit agar mereka boleh beroperasi secara sah pada masa akan datang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 28 tahun tunggu masih belum dapat duduki rumah Posted: 28 tahun tunggu masih belum dapat duduki rumah28 tahun tunggu masih belum dapat duduki rumah
|
Sebahagian pembeli rumah menunjukkan rumah mereka yang masih belum boleh diduduki di Taman Intan Permata, Gerik, Perak, baru-baru ini.
|
GERIK 24 Feb. - Impian 18 pembeli rumah teres di Taman Intan Permata di sini untuk memiliki kediaman sendiri masih belum tercapai meskipun sudah menunggu hampir 28 tahun. Malah, ada antara mereka yang sudah melunaskan kesemua hutang rumah tersebut tetapi masih gagal mendiami premis berkenaan sehingga sekarang. Seorang pembeli rumah tersebut, Abd. Halim Darus, 58, yang merupakan pesara tentera berkata, kediaman tersebut dijual pada 1983 dengan harga RM25,000 seunit untuk bumiputera dan RM35,000 untuk bukan bumiputera. Namun katanya, projek pembinaan rumah yang sudah siap 65 peratus dan dibangunkan oleh pemaju beribu pejabat di Lahat itu dihentikan secara tiba-tiba pada 1986. Abd. Halim berkata, pada 2008, hasil penemuan dengan tiga wakil rakyat termasuk bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali, projek berkenaan berjaya disiapkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) setahun selepas itu. Bagaimanapun katanya, rumah tersebut didakwa tidak dapat diduduki sehingga sekarang kerana SPNB enggan menyerahkan kunci rumah tersebut kepada pembeli. "Terdapat 18 buah rumah di Taman Intan Permata dan 10 daripadanya dibeli oleh penduduk Cina sementara lapan lagi adalah Melayu. "Sampai bila kami harus sabar menunggu? Saya masih lagi menyewa rumah malah ada di antara kami terpaksa menjual tanah dan kebun semata-mata untuk membayar rumah itu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Seorang lagi pembeli, Che Siok Chong, 72, yang merupakan pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata, dia sudah habis membayar hutang rumah berkenaan tujuh tahun lalu tetapi malangnya masih belum dapat mendiami rumah tersebut. "Saya benar-benar kecewa, sehingga sekarang saya masih lagi tinggal di rumah kayu dan sampai bila pihak SPNB tidak mahu menyerahkan kunci rumah terbabit kepada yang berhak? "Saya semakin tua, sampai bila saya mahu hidup menyewa rumah orang? Malah, saya lebih terkilan apabila beberapa rakan saya meninggal dunia sebelum sempat menduduki rumah ini," katanya. Pengusaha bengkel motosikal, Lei Ah Tat, 60, pula kesal kerana rumah yang sudah siap itu dibiarkan kosong dan kini menjadi sarang penagih dadah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 25 Feb 2011 03:07 AM PST Peperiksaan standard untuk semua doktor lulusan luar negara Posted: 25 Feb 2011 02:46 AM PST Mutakhir JAKARTA: Kementerian Kesihatan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan satu peperiksaan standard bagi semua lulusan perubatan dari universiti luar negara dalam usaha mengatasi masalah pengiktirafan terhadap kursus kedoktoran yang mereka jalani. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pegawai kementeriannya sedang meneliti perkara itu dalam pindaan Akta Perubatan yang kini sedang dalam peringkat akhir penyediaan draf pindaan itu.
"Hanya dengan menduduki satu peperiksaan yang standard dan kemudian menjalani tempoh latihan selama dua tahun, doktor lulusan mana-mana universiti luar negara akan diiktiraf dan mereka boleh menjalankan praktis sebagai seorang doktor," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Liow berkata rang undang-undang pindaan akta itu diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada tahun ini, namun beliau tidak dapat memberi kepastian secara tepat bila ia dapat dibentangkan. Beliau berkata Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebelum ini juga mencadangkan supaya diperkenalkan kaedah peperiksaan yang standard itu sebagai jalan keluar kepada masalah pengiktirafan terhadap universiti-universiti yang mengendalikan kursus perubatan.
Pada masa ini, Malaysia telah mengiktiraf lebih 300 universiti di luar negara yang mengendalikan kursus perubatan dan proses memberi sesuatu pengiktirafan itu mengambil masa yang panjang.
"Kita ada jawatankuasa bersama, ada MMC, Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) dan Kementerian Kesihatan (MOH) yang bertanggungjawab memberi pengiktirafan.
"Apa yang diamalkan sekarang ialah jawatankuasa ini akan buat lawatan ke universiti-uiniversiti berkaitan untuk melihat subjek dan kurikulum dan MMC kemudian akan memberi akreditasi," katanya.
Liow menjelaskan bahawa cadangan dalam pindaan Akta Perubatan itu akan menetapkan semua lulusan kursus kedoktoran, sama ada yang telah mendapat pengiktirafan atau belum diiktiraf supaya menduduki satu peperiksaan yang standard bagi menguji pengetahuan dan kebolehan mereka.
Beliau tidak menolak kemungkinan adanya pihak, khususnya lulusan universiti ternama di luar negara, yang akan mempertikai keperluan peperiksaan itu namun ia bukan perkara yang perlu mereka khuatirkan kerana jika mereka benar-benar berkualiti, peperiksaan itu bukan merupakan masalah.
Mengenai masalah pengiktirafan Malaysia yang belum diberikan kepada Universiti Negeri Surakarta 11 Maret, Solo, Jawa Tengah, Liow berkata beliau sudah meminta pegawai kementeriannya melihat perkara itu.
Liow berkata beliau tidak mengetahui di peringkat mana proses pemberian pengiktirafan itu dan menjelaskan bahawa kelulusan di pihak kementeriannya boleh diberikan jika syarat-syarat yang ditetapkan telah dipenuhi.
Sejumlah 26 pelajar dari Malaysia, sedang menuntut di Uni 11 Maret, Solo, dan kumpulan pertama tujuh pelajar Malaysia seramai enam orang telah menamatkan kursus Sarjana Muda Sains Perubatan dan sedang menjalani tempoh latihan di Hospital Dr Moewardi, Solo.
Pengerusi Tetap Pusat Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Mohd Nazaluddin Mat Nazir, berkata Uni 11 Maret berada pada kedudukan keempat daripada ratusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Indonesia dan fakulti perubatan di universiti itu berada pada kedudukan kelima daripada seluruh IPTA di Indonesia.
Uni 11 Maret juga terdaftar dalam Direktori Avicenna, yang menyenaraikan sekolah perubatan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini memberi alasan menangguhkan pengiktirafan untuk Uni 11 Maret itu beberapa tahun lalu kerana akan memperkenalkan peperiksaan standard untuk doktor lulusan luar negara, namun dalam tempoh itu ia telah memberi kelulusan kepada beberapa universiti di Poland dan Austria dan tidak memberi keutamaan kepada Uni 11 Maret," katanya.
Mohd Nazaluddin, yang juga salah seorang pelajar kumpulan pertama universiti itu berkata semua pelajar Malaysia di situ merupakan pelajar yang membiayai sendiri yuran pengajian mereka.
Pihaknya memperjuangkan untuk mendapatkan pengiktirafan itu kerana ia merupakan syarat untuk mereka memohon mendapatkan pinjaman pelajaran atau biasiswa.
Sebelum ini, lebih 30 pelajar Malaysia menuntut di universiti itu namun bilangan itu berkurangan sebab ada yang sudah tidak mampu nenanggung pembiyaan yang begitu tinggi, katanya.
Daripada kumpulan itu, ada dua pelajar dari Selangor mendapat bantuan pelajaran Baitulmal Selangor dan ia boleh meringankan beban perbelanjaan mereka. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Untung pracukai MAS susut kepada RM282.03 juta Posted: 25 Feb 2011 02:43 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Malaysian Airline System Bhd (MAS) bagi tahun berakhir 31 Disember, 2010 susut kepada RM282.036 juta daripada RM491.832 juta bagi tempoh yang sama pada 2009. Bagaimanapun, pendapatannya bertambah kepada RM13.587 bilion daripada RM11.605 bilion sebelumnya, kata syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pendapatan sesaham turun kepada 7.25 sen berbanding 25.32 sen pada 2009. Dalam suku keempat, MAS melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM258.301 juta berbanding RM599.150 juta bagi tempoh yang sama pada 2009, selepas mengambil kira, antara lain, keuntungan derivatif sebanyak RM143.8 juta. Pendapatan meningkat kepada RM3.673 bilion daripada RM3.388 bilion sebelumnya. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: BeritaUtama Posted: 25 Feb 2011 01:25 AM PST Tentera bedil masjid Posted: 24 Feb 2011 01:39 PM PST BENGHAZI (Libya): Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu. Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.
Tentera pro-Gaddafi bertindak ganas ketika pengaruh pemimpin Libya itu semakin terhakis. Zawiya dan beberapa bandar besar Libya yang lain serta bandar berhampiran Tripoli sudah dikuasai pemberontak. Di timur yang dikuasai sepenuhnya kumpulan penentang, pembangkang berikrar 'membebaskan' Tripoli, tempat pemimpin Libya itu berkubu dengan sekumpulan tenteranya meronda jalan raya dan kereta kebal melindungi kawasan pinggir. Saksi berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang terhadap tindak balas berkata, serangan jam 9 pagi (waktu tempatan) dilakukan sehari selepas pembantu Gaddafi yang dikenali sebagai Abdullah Megrahi muncul di bandar berkenaan dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya 'pulang atau mereka akan menyaksikan satu pembunuhan beramai-ramai.' "Kami memberitahunya kami tidak akan pulang, sama ada kami mati atau kami mencapai kemenangan," katanya.
Saksi itu terkejut dengan tindakan tentera yang menyerang orang awam. Beberapa unit tentera dilapor berpaling tadah dengan menyokong penunjuk perasaan sejak pemberontakan bermula 15 Februari lalu. Ada laporan menyatakan kira-kira 1,000 orang terbunuh sepanjang pemberontakan itu di seluruh negara sementara kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch menganggarkan lebih 300 terkorban. "Apa yang berlaku amat teruk. Mereka yang menyerang kami bukan tentera upahan, tetapi anak negara ini sendiri. Mereka membedil menara masjid," katanya. Menurutnya, sebahagian besar penunjuk perasaan remaja yang bersenjatakan senapang memburu. Dia juga memberitahu, penunjuk perasaan dari Zawiya tidak berhasrat untuk menyahut gesaan pembangkang supaya menyertai perarakan seluruh negara ke Tripoli hari ini. "Kami tidak merancang untuk berarak ke Triopoli. Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk kekal di sini," katanya. Penunjuk perasaan tidur di dalam masjid dan di kawasan lapang di luarnya sejak beberapa hari lalu dan enggan meninggalkan premis berkenaan. "Kumpulan remaja itu tidak mempunyai apa-apa untuk melindungi diri mereka kecuali senapang memburu dan semangat, manakala tentera memiliki peluru berpandu antipesawat dan senjata automatik," katanya. Dia juga berkata, polis tidak kelihatan di bandar itu yang terletak berhampiran sebuah pelabuhan dan kilang penapisan minyak utama di Mediterranean. "Penduduk terpaksa membentuk jawatankuasa bagi melindungi rumah masing-masing serta bangunan lain," katanya. Dia juga berkata, penyokong Gaddafi turut menyerang warga China dan Mesir yang bekerja dengan syarikat pembinaan di bandar raya itu. — Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Siswi tunggang motor 300km Posted: 24 Feb 2011 01:38 PM PST PONTIAN: Misteri ibu kepada bayi yang ditemui dalam mangkuk tandas di stesen minyak di Jalan Api-Api di sini, Ahad lalu, terbongkar selepas polis menahan seorang pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di rumah keluarganya, kelmarin. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi berkata, gadis berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya mendapatkan gambarannya daripada pekerja stesen minyak berkenaan tidak lama selepas penemuan mayat bayi terbabit.
"Hasil maklumat, lokasi kediamannya dikesan dan kami ke sana jam 9 malam Rabu lalu, sebelum menahannya bagi membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati gadis itu melahirkan bayi lelaki berkenaan di dalam tandas rumah sewanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan," katanya, semalam.
Menurut Zahaliman, siasatan mendapati pelajar tahun akhir itu menunggang motosikal seorang diri sejauh kira-kira 300 kilometer dari rumah sewanya untuk ke stesen minyak berkenaan.
Beliau berkata, gadis terbabit bimbang rahsianya melahirkan anak terbongkar dan nekad untuk cuba menutup perkara terbabit.
"Siasatan mendapati bayi itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas dilahirkan, gadis terbabit kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk siasatan lanjut," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi, sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan berusia 72 tahun terkejut apabila terjumpa mayat bayi di dalam tandas sebelum memaklumkannya kepada pekerja stesen minyak itu.
Polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati bayi yang dibungkus dengan kain berkenaan sudah meninggal dunia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 25 Feb 2011 01:17 AM PST PTPTN lanjut tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan Posted: 25 Feb 2011 01:11 AM PST TEMERLOH, 25 Feb — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan kepada mereka yang belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN sebelum ini memberikan tempoh enam bulan kepada mereka yang terlibat untuk membayar balik pinjaman itu. "Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 24 bulan, dan kini kita telah lanjutkan kepada 30 bulan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata kadar faedah yang sebelum ini sebanyak lima peratus juga telah diturunkan kepada satu peratus. "Mereka yang belum mendapat pekerjaan perlu menulis surat atau berhubung terus dengan pegawai PTPTN untuk memberitahu masalah yang mereka hadapi untuk dipertimbangkan. "Kita bersedia berbincang dan bertimbang rasa," katanya. Beliau berkata sehingga kini seramai 1.67 juta pelajar menerima pinjaman PTPTN. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Krisis Libya: Gaddafi umum insentif tunai, PBB draf sekatan Posted: 25 Feb 2011 12:16 AM PST TRIPOLI, 25 Feb — Kerajaan Libya pimpinan Muammar Gaddafi (gambar), yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang semakin meningkat dan juga tekanan global, mengarahkan ganjaran wang tunai selain kenaikan gaji, subsidi makanan dan elaun. Laporan televisyen kerajaan berkata, setiap keluarga akan menerima 500 dinar Libya (sekitar RM2,000) untuk membantu menyara kos makanan yang semakin meningkat manakala gaji kakitangan awam pula dinaikkan sehingga 150 peratus. Dalam pada itu, Reuters memetik Menteri Luar Perancis Michele Alliot-Marie berkata, negara itu dan Britain merangka resolusi untuk perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengenakan embargo senjata, sekatan kewangan dan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mendakwa pemimpin-pemimpin Libya melakukan jenayah kemanusiaan. "Ada usaha Perancis-Britain... kami telah meminta dikenakan embargo secara total, sekatan dan meminta tindakan ICC," kata Alliot-Marie kepada radio France Info. Sekatan itu termasuklah kewangan dan larangan perjalanan. Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan pertemuan lewat hari ini untuk membincangkan cadangan itu. — Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Wilayah Posted: 25 Feb 2011 01:07 AM PST Sungai najis Posted: 24 Feb 2011 02:54 PM PST Wilayah SUNGAI Lembah Ria, Jalan Air Itam dicemari sampah-sarap dan air kumbahan yang menyebabkan bau busuk. Air kumbahan punca pencemaranGEORGETOWN: Kira-kira 10 keluarga yang menetap di sepanjang anak sungai di Kampung Lembah Ria, Jalan Air Itam di sini, berada dalam keadaan tidak selesa kerana bau busuk air sungai akibat pencemaran. Mereka mendakwa masalah itu berlaku sejak beberapa tahun lalu, dipercayai berpunca daripada air kumbahan dari kawasan perumahan dan bengkel di Paya Terubong, Jalan Air Itam dan Bandar Baru Farlim, mengalir ke anak sungai itu. Bau busuk itu yang boleh dihidu sehingga jarak 100 meter dari anak sungai, semakin ketara selepas hujan. Air kumbahan menyebabkan air sungai menjadi kehitaman dan berkeladak, selain sampah-sarap yang turut dibuang ke dalam anak sungai itu. Penduduk, Siti Zainab Mad Nor, 77, berkata dia bersama dua anaknya seakan-akan sudah tidak kisah dengan masalah bau busuk itu yang kebiasaannya bermula pada waktu tengah hari sehingga petang. Katanya, walaupun hidup dalam keadaan tidak selesa, dia dan anaknya serta penduduk di kawasan itu tidak mempunyai pilihan lain. "Bau busuk air sungai itu boleh dihidu dari jarak 50 meter pada hari biasa dan 100 meter jika hujan. Bagi keluarga kami, perkara itu memang sudah biasa tetapi malu kepada tetamu yang bertandang ke rumah apabila air sungai tiba-tiba berbau busuk. "Lihat saja air sungai yang berwarna kehitaman dan sampah yang terapung serta bangkai haiwan. Bukankah pencemaran itu boleh menyebabkan penyebaran penyakit bawaan air dan pembiakan nyamuk aedes," tanyanya. Zainab mendakwa, sikap penduduk yang tidak menjaga kebersihan persekitaran dan membuang sampah ke dalam sungai juga menyebabkan masalah itu berlaku. Katanya, penduduk tidak sedar bahawa sikap mereka akan menyebabkan mereka yang menetap di sepanjang anak sungai itu menjadi mangsa dan terpaksa menghidu bau busuk saban hari. "Mungkin mereka tidak berada di tempat kami. Dulu, sebelum taman perumahan dibangunkan di kawasan berhampiran, anak sungai ini sangat bersih dan bebas daripada pencemaran. Tetapi, kini hanya tinggal kenangan," katanya. Zainab berharap supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meninjau anak sungai itu bagi melihat masalah yang sudah lama ditanggung oleh penduduk, seiring hasrat mewujudkan Pulau Pinang sebagai negeri hijau. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen sri siantan Segalanya berpunca daripada manusia. Wajarlah manusia yang menerima akibatnya. Namun perlu ada pihak yang bertanggungjawab atas kejadian tersebut. Dalam kes ini yang pertamanya sikap penduduk sekitar yang membuang sampah ke dalam sungai dan keduanya kegagalan menyelengara sisa kumbahan oleh pihak berwajib. Hensem Sapela Manusia yg x sedar dri tu... Buang sampah mrate-rate... DJ Jika penduduk tidak ubah sikap, maka pencemaran akan terus berlaku.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Hilang kudrat cari rezeki Posted: 24 Feb 2011 02:52 PM PST Wilayah Isteri patah kaki kiri, suami derita pelbagai penyakit kronikSUNGAI BESAR: Suri rumah, Saidah Saian, 41, terus tabah meneruskan kehidupan walaupun tidak lagi berupaya menggalas tugas mencari rezeki selepas kaki kirinya patah akibat terbabit kemalangan jalan raya dua tahun lalu.
Beliau bersama suami, Rosli Misgiat, 40, berbesar hati jika ada yang sudi membantu mengurangkan beban kerana bantuan yang diperoleh belum mencukupi untuk menampung kehidupan terutama keperluan bagi persekolahan tiga anak.
Katanya, dengan sumber kewangan yang terhad, beliau berjimat cermat dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan. "Kami tidak mahu hidup dalam kesempitan, namun kesederhanaan hidup yang dinikmati sebelum ini diuji apabila suami disahkan menghidap pelbagai jenis penyakit. "Kami berjimat cermat dengan apa yang ada. Hendak kata makan sedap, memang tiada tetapi sekurang-kurang boleh melapik perut yang lapar. Kami tidak kisah, biar makan ikan kering, telur atau sardin. Alhamdulillah, anak-anak tidak mengeluh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Seri Gambut di sini, baru-baru ini.
Jika sebelum ini Rosli boleh melakukan kerja kampung untuk mencari rezeki, namun keupayaan itu hilang sejak dua tahun lalu apabila dia menghidap sakit jantung.
Lebih malang, kaki kanannya terpaksa dipotong kerana diabetes manakala kaki kirinya pula kini memerlukan rawatan.
Keluarga itu menerima bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak lima tahun lalu, selain bantuan hari raya serta pendidikan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Rosli yang juga menghidap sakit buah pinggang hampir setahun lalu dan menerima bantuan dialisis tiga kali seminggu di Pusat Dialisis LZS di Sungai Besar berharap anak-anaknya berjaya dalam akademik untuk mengubah nasib keluarga.
"Kami ada 20 pokok kelapa sawit yang sedang diusahakan. Biarpun pokok bukan dari baka baik, hasilnya dapatlah sedikit membantu. Buah dipotong sekali atau dua kali dalam sebulan, dengan hasil sekali potong antara RM30 hingga RM40.
"Kadangkala, rakan atau saudara yang datang berziarah dan menghulurkan sumbangan. Saya amat berterima kasih," katanya.
Akibat kesempitan hidup, keluarga Rosli yang mendiami rumah di tanah rizab kerajaan juga terpaksa memasang lilin dan pelita untuk menerangi malam kerana tidak mampu menggunakan jana kuasa yang memerlukan kos yang tinggi.
"Jana kuasa memang ada, tetapi saya berfikir banyak kali ketika hendak menggunakannya berikutan harga minyak tanah yang mahal. Jika beli RM4 minyak tanah untuk hidupkan jana kuasa yang dapat bertahan dua jam saja, lebih baik wang itu digunakan untuk membeli makanan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 25 Feb 2011 01:06 AM PST Keunikan Wakaf Wali Mie Purba Posted: Keunikan Wakaf Wali Mie PurbaKeunikan Wakaf Wali Mie Purba Oleh YATIMIN ABDULLAH utusankelantan@utusan.com.my
|
Yusoff Mohamed menunjukkan 'Keris Pandai Saraf ' dikatakan berusia 300 tahun dan bernilai lebih RM10,000. – Utusan/Yatimin Abdullah
|
KOTA BHARU 24 Feb. – Jika berkunjung ke Laman Siti Khadijah dekat sini, jangan lepaskan peluang melihat keunikan pelbagai barangan antik, senjata tajam lama, batu permata dan benda-benda pelik lain yang dijual di sebuah gerai dikenali Wakaf Wali Mie Purba. Antara barangan yang dijual di Wakaf Wali berhampiran Bazar Buluh Kubu itu adalah cekati berkepala ayam, seterika arang berkepala ayam, cupak beras tembaga, kendi tembaga, tapak sireh, bekas hantaran tembaga, keris lama, badik, lembing, batu alimi, batu ara dan pelbagai batu permata. Selain itu, antara benda pelik yang ada dan menjadikan pengunjung teruja adalah mayang kelapa bersisik dan berkepala ular, kayu penunduk tikam kayu, suluh bertan tikam batu, buluh berpulas bercabang dua, kepah kelapa bercabang dua dan rotan songsang di mana buku ruasnya terbalik ke bawah. Wakaf Wali Mie Purba itu dikendalikan oleh Yusoff Mohamed, 43, berasal dari Kampung Bunut Susu, Pasir Mas dan tiga rakannya sejak tujuh tahun lalu yang membeli dan menjual barangan antik. Menurut Yusoff, minat mendalam terhadap barangan antik muncul ketika dia berusia 10 tahun lagi kerana pada masa itu dia sering mengikuti arwah ayahnya, Mohamed Daud merantau mencari barangan lama untuk dijual. "Ketika saya berumur 12 tahun, ayah telah meninggal dunia dan saya bertekad untuk mewarisi pekerjaan arwah, selepas ini pula saya akan mewariskan kepada anak-anak. "Selain minat, saya membuat kerja ini untuk membantu masyarakat kebanyakannya tidak tahu tentang alat-alat tradisional dan sejarah terutama generasi baru," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Tambahnya, dengan adanya Wakaf Wali Mie Purba itu sekurang-kurangnya masyarakat setempat terutama di Kelantan boleh melihat barangan antik atau tradisional yang kini jarang ditemui selain di muzium-muzium. Mengulas tentang pengalamannya merantau, Yusoff memberitahu, selepas kematian arwah ayahnya, dia telah mengembara ke seluruh negara, Singapura dan Indonesia untuk mencari barangan antik selain menimba pengetahuan tentang sejarah kawasan yang dikunjungi. Menurutnya, pada 2001 dia telah merantau ke Indonesia bagi mencari pengalaman di sana sehingga terpaksa membuat pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup di samping mencari barang-barang antik di negara itu. "Semasa di sana saya sempat melawat tempat bersejarah yang dipanggil Candi Pengdawa Lima di Gunong Dieng Wonosoto dan di situlah saya mendapat pelbagai batu asli, tombak, keris dan pelbagai barangan lama lain," ujarnya yang suka membahasakan dirinya sebagai Abang Mie. Jelasnya, selepas dua tahun berada di Indonesia, dia telah bertemu jodoh dengan seorang wanita tempatan berasal dari Kampung Beringin Annom Kertek, Wonosobo, Jawa Tengah dan telah dikurniakan dua orang anak, Mohd. Saifuddin, 5, dan Nur Insyirah, 2. Mengikut cerita Yusoff, di rumahnya sekarang terdapat beratus-ratus senjata tajam antik yang disimpannya seperti pelbagai jenis keris, pedang, pisau dan badik. Katanya, dia bersedia menjual barangan antik itu sekiranya ada pembeli dan mendapat tawaran berpatutan. Dalam pada itu, Yusoff memberitahu, dia turut memiliki sebilah keris dinamakan 'Keris Pandai Saraf' dikatakan berusia 300 tahun. "Keris tersebut tertera tiga jaluran anak sungai pada bilahnya, berhulukan kayu kemuning dan sampil atau sarungnya diperbuat daripada kayu batang serunai dan senoi pelok. "Saya pun pertama kali melihat keris seperti itu, buatan seninya amat unik dan menakjubkan," katanya. Menceritakan asal usul keris 'istimewa' itu, Yusoff mendakwa, perkataan keris itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu 'malang kerik' yang bermaksud bercekak pinggang. Katanya, keris digunakan untuk mempertahankan diri semasa bersilat dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. "Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14 lagi. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung,'' katanya. Tambahnya, keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diasapkan pada masa-masa tertentu terutama pada malam Jumaat. Bagi yang ingin melihat sendiri koleksi barangan antik milik Yusoff, bolehlah mengunjungi gerainya di Laman Siti Khadijah yang beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Jumaat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | RM1 juta bina 12 jalan kampung Posted: RM1 juta bina 12 jalan kampung RM1 juta bina 12 jalan kampung Oleh TOREK SULONG utusankelantan@utusan.com.my
|
Kerja membina jalan di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan di Kampung Raja Dagang, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.
|
PASIR PUTEH 24 Feb. - Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membina 12 jalan kampung di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini untuk kemudahan rakyat. Penyelaras Pembangunan Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan yang dikemukakan pada akhir tahun lalu. Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian berkata, empat DUN terbabit adalah Semerak, Gaal, Limbungan dan Selising Katanya, selain pembinaan jalan baru, peruntukan tersebut turut melibatkan kerja membaiki jalan rosak akibat banjir yang dijangka siap sepenuhnya akhir bulan ini. "Peruntukan itu juga untuk projek pembentungan tebing sungai, pembangunan masjid dan surau bagi keselesaan rakyat beribadat. "Kita juga memusatkan perhatian terhadap keindahan landskap dan kebersihan tandas di masjid untuk diselesaikan dengan menggunakan peruntukan yang sama," katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan jalan di Kampung Raja Dagang, dekat sini hari ini. Pembinaan jalan itu memberi kemudahan kepada penanam tembakau untuk berulang-alik ke kawasan ladang bagi mengangkut hasil tanaman mereka. Sebelum ini, penanaman terbabit menghadapi masalah ketiadaan jalan yang baik sehingga menyukarkan mereka ke ladang berikutan tanah pasir berdebu. Zawawi berkata, kemudahan infrastruktur yang disediakan itu akan memudahkan petani mengangkut hasil pertanian dan akan merancakkan lagi produktiviti pertanian yang diusahakan oleh penduduk. "Pembinaan jalan kampung sepatutnya dibina oleh kerajaan negeri yang disalurkan menerusi wakil rakyat di kawasan masing-masing. "Tetapi tanggungjawab itu terpaksa digalas kepimpinan UMNO setempat memandangkan tiada usaha dilakukan pihak berkenaan walaupun kemudahan itu amat diperlukan oleh rakyat. "Apa kelebihannya kalau kita terus berada di bawah kepimpinan kerajaan negeri yang gagal menyediakan kemudahan prasarana kepada rakyat," katanya. Menurutnya, kesedaran itu perlu dibangkitkan semula supaya rakyat tidak mudah terpedaya dengan janji manis sepanjang kempen pilihan raya. "Keadaan ini perlu diubah dengan rakyat memberi mandat kepada kerajaan yang lebih bertanggungjawab serta sentiasa memberi perkhidmatan," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) Cherang Ruku, Mohd. Yusof Awang Mat berkata, peruntukan itu jelas membuktikan keprihatinan Kerajaan Pusat dalam membantu penduduk. "Ini melegakan penduduk yang sebelum ini terpaksa guna sumber kewangan sendiri untuk bina jalan dengan membeli tanah bukit," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 300 petani terima sumbangan baja bernilai RM20,000 Posted: 300 petani terima sumbangan baja bernilai RM20,000300 petani terima sumbangan baja bernilai RM20,000
|
Hanafi Mamat (tengah) menyampaikan baja kepada seorang petani di Kampung Tendong Tepi Sungai, Pasir Mas, semalam.
|
PASIR MAS 24 Feb. - Kira-kira 300 petani dari kawasan Tendong menerima sumbangan baja bernilai RM20,000 daripada Kerajaan Pusat untuk meningkatkan hasil tanaman mereka. Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat berkata, petani terbabit mengusahakan tanaman sayur-sayuran termasuk timun, terung, bendi, kacang panjang dan tembikai yang merupakan sumber pendapatan keluarga. Beliau berkata, sumbangan baja itu diberikan bagi membolehkan petani terbabit meningkatkan hasil tanaman seterusnya memperoleh pendapatan lebih tinggi. "Pemberian baja itu juga dapat mengurangkan beban perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh petani terbabit," katanya pada majlis penyampaian baja itu di Kampung Tendong Tepi Sungai, di sini hari ini. Menurutnya, sungguhpun kebanyakan petani terbabit mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan, tetapi hasil yang dikeluarkan dapat memenuhi keperluan sayur-sayuran di pasaran tempatan. Beliau berkata, sayur-sayuran yang mencukupi di pasaran secara tidak langsung dapat memastikan harga di tahap terkawal, sekali gus membantu pengguna dalam mengurus kewangan mereka. Katanya, masyarakat petani di daerah itu seharusnya meningkatkan pengeluaran hasil tanaman mereka yang sentiasa mempunyai pasaran. "Peningkatan hasil tanaman turut meningkatkan pendapatan mereka, seterusnya meningkatkan ekonomi keluarga," katanya. Hanafi turut mencadangkan supaya petani terbabit mempelbagaikan lagi hasil tanaman mereka bagi menambah pendapatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Nasional Posted: 24 Feb 2011 11:26 PM PST Jalin hubungan lebih strategik Posted: 24 Feb 2011 03:48 PM PST Nasional NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melihat khazanah agung peninggalan Nabi Muhammad SAW ketika melawat Muzium Topkapi pada hari terakhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Turki. Lawatan Najib ke Turki buka potensi kerjasama perdagangan, pelaburanDATUK Seri Najib Razak menyifatkan lawatannya ke Turki yang berakhir, kelmarin berjaya kerana ia bukan saja mengukuhkan hubungan dua hala sedia terjalin antara dua negara sahabat, malah membuka banyak potensi kerjasama terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan untuk diterokai pada masa depan.
Perdana Menteri berkata, beberapa keputusan yang dicapai antara Malaysia dan Turki hasil lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara itu juga akan meletakkan hubungan antara kedua-dua negara ke arah perkembangan yang lebih memberangsangkan.
Katanya, lawatan itu juga amat bermakna kerana Kerajaan Turki sudah lama menunggu kedatangan Perdana Menteri Malaysia untuk melawat negara ini, selepas yang terakhir 28 tahun lalu. "Mereka sebenarnya mahu hubungan yang lebih bermakna dan strategik dengan Malaysia. Sebab itulah dalam perbincangan dengan Perdana Menteri Turki (Recep Tayyip Erdagon) menghasilkan beberapa keputusan yang meletakkan hubungan kedua-dua negara ke arah lebih memberangsangkan pada masa depan," katanya pada sidang media bersama media Malaysia pada akhir lawatannya di sini, kelmarin. Antara persetujuan dicapai dalam pertemuan dengan Erdagon ialah kedua-dua negara bersetuju menandatangani perjanjian rangka kerjasama strategik Malaysia-Turki bagi menggariskan bidang strategik untuk dimajukan.
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk memuktamadkan dan seterusnya menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) di Kuala Lumpur, akhir tahun ini.
"Saya dan Erdogan bersetuju kedua-dua perjanjian ini ditandatangani akhir tahun ini dan beliau setuju untuk melawat Malaysia akhir tahun ini," katanya.
Turut dipersetujui, pemansuhan penggunaan visa antara kedua-dua negara.
"Kenyataan Perdana Menteri Turki bahawa nilai perdagangan dua hala Malaysia-Turki sepatutnya AS$5 bilion juga menggambarkan keazaman Turki untuk menggesa sektor swasta kedua-dua negara supaya mencari peluang untuk tingkatkan kerjasama perniagaan dan pelaburan dua hala," katanya.
Perdana Menteri berkata, antara bidang berpotensi untuk usahawan Malaysia menjalin kerjasama dengan syarikat Turki ialah pembinaan, pembuatan tekstil, minyak dan gas yang boleh dimanfaatkan Petronas.
"Begitu juga dalam bidang automotif kerana ia adalah antara eksport utama Turki. Kita akan minta Proton lihat dan kaji mendalam perkara ini.
"Kerjasama dalam bidang ketenteraan dijangka lebih rancak apabila kita setuju untuk jalin hubungan jangka panjang dengan FNNS Savunma Sistemleri AS membabitkan pembelian peralatan baru untuk tentera darat kita," katanya.
Ditanya kenapa baru sekarang Turki berminat meningkatkan hubungan dengan Malaysia, Najib berkata, mereka melihat prospek Malaysia terutama dari segi ekonomi, selain menyedari Malaysia mempunyai hala tuju jelas dalam pembangunan ekonomi menerusi Model Baru Ekonomi (MBE). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Peguam Negara boleh cabar arahan SUK Selangor Posted: 24 Feb 2011 03:47 PM PST Nasional PUTRAJAYA: Peguam Negara mempunyai locus standi (ada hak dari segi undang-undang) untuk memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor bahawa kakitangan awam negeri hanya boleh disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat masing-masing. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha memutuskan perkara itu perlu dihantar kembali ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah dan Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali menolak rayuan SUK Selangor dan kerajaan PKR Selangor serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman pemula Peguam Negara. SUK dan kerajaan PKR Selangor juga diperintahkan membayar RM30,000 bagi kos undang-undang. Peguam Negara memfailkan permohonan itu bagi memohon mahkamah mengisytiharkan Pekeliling No 4, 2009 bertarikh 28 Julai itu adalah batal dan tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuatkuasakan.
Peguam Negara juga berkata ia menghalang pegawai SPRM daripada menjalankan tugas mereka seperti mana ditetapkan Parlimen dan undang-undang.
Pekeliling itu menyatakan ahli majlis eksekutif negeri Selangor dalam mesyuarat mereka pada 22 Julai 2009, memutuskan semua kakitangan yang berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak dibenarkan ditemubual pegawai SPRM di luar pejabat mereka, sebaliknya hanya dalam bangunan SUK.
Ia juga menyatakan semua perjumpaan dengan pegawai SPRM perlu diadakan antara jam 8 pagi dan 6.30 petang.
Pekeliling itu yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud (bekas), menyatakan keputusan yang dibuat oleh ahli majlis eksekutif juga termasuk memberikan perkhidmatan undang-undang kepada kakitangan awam ketika mereka disoal oleh pegawai SPRM.
Pekeliling itu didraf selepas kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha politik EXCO kerajaan PKR Selangor Ean Yong Hian Wah, yang ditemui mati di Plaza Masalam dekat sini pada 16 Julai 2009.
Kerajaan PKR Selangor dalam permohonannya untuk membatalkan saman pemula itu, mendakwa Peguam Negara tidak mempunyai locus standi untuk memulakan prosiding dan pihak yang sesuai berbuat demikian ialah SPRM.
Perayu diwakili peguam Tommy Thomas, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi mewakili Peguam Negara. – BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Politik Posted: 24 Feb 2011 11:18 PM PST Larangan guna pembesar suara Posted: Larangan guna pembesar suaraLarangan guna pembesar suara Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB nahar.latib@utusan.com.my TEMERLOH 24 Feb. - Semua penyokong parti dilarang menggunakan pembesar suara dan sebarang alat muzik pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau, Sabtu ini. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perbuatan itu merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Beliau kecewa, walaupun peringatan sering diberikan setiap kali pilihan raya diadakan, kesalahan itu masih berlaku. "Kejadian penyokong parti politik membawa alat pembesar suara dan alat muzik seperti gendang masih berlaku termasuk pada PRK Tenang di Johor pada bulan lalu dan PRK Bukit Selambau di Kedah pada 2009," katanya kepada pemberita di Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini hari ini. Hadir sama, Pengarah SPR negeri, Datuk Ismail Mohd. Yusoff. Bagaimanapun kata Wan Ahmad, para penyokong dibenarkan membawa bendera dan poster parti masing-masing pada hari tersebut. Sementara itu, tegasnya, para penyokong diingatkan supaya tidak membuat sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada hari penamaan calon. "SPR tidak akan teragak-agak bertindak tegas terhadap individu yang didapati sengaja membuat provokasi demi memastikan kelancaran proses penamaan calon. "Saya berharap para pemimpin parti akan menasihati penyokong masing-masing supaya mematuhi undang-undang dan proses penamaan calon berjalan lancar, selamat dan tenang," katanya. Dalam pada itu, kata beliau, jumlah pengundi yang layak mengundi di DUN Kerdau ialah seramai 8,999 orang dengan 7,988 pengundi Melayu, 454 pengundi Cina, 298 pengundi India, 235 pengundi Orang Asli dan satu bumiputera Sarawak. "SPR menetapkan Dewan Tun Razak MPT sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi," katanya. Menurut Wan Ahmad, SPR menyasarkan lebih 80 peratus daripada 8,999 pengundi di DUN Kerdau keluar mengundi pada 6 Mac ini. Katanya, sasaran itu berdasarkan peratusan jumlah mengundi pada Pilihan Raya Umum 2008 di kawasan berkenaan iaitu sebanyak 80.3 peratus. Selain itu, tambah beliau, pihaknya menjangkakan dapat mengisytiharkan keputusan bagi PRK berkenaan pada pukul 8 malam. "Saya menasihati pengundi yang berdaftar di DUN Kerdau membuat semakan lebih awal bagi mengelak sebarang masalah pada hari pembuangan undi dan pengundi juga harus memastikan tempat, saluran dan nombor siri masing-masing bagi memudahkan mereka membuang undi. ''Mereka juga tidak perlu takut untuk keluar membuang undi kerana keselamatan mereka terjamin dengan pemantauan daripada pihak berkuasa," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Cawangan Pemuda UMNO ditubuh Posted: Cawangan Pemuda UMNO ditubuh Cawangan Pemuda UMNO ditubuh Sebahagian daripada 78 pemuda Kampung Chinchin, Jasin, bergambar bersama Razali Ibrahim (berdiri lima dari kiri) dan Nazir Hussin Akhtar Hussin (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan borang keahlian dan penubuhan cawangan Pemuda UMNO kampung itu, baru-baru ini.
JASIN 24 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO mendapat semangat baru bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila 78 pemuda di Kampung Chinchin, Jasin menyertai pergerakan itu sekali gus menubuhkan cawangan baru di kampung berkenaan. Borang keahlian menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh 78 pemuda kampung tersebut kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pada satu majlis bersama penduduk kampung tersebut kelmarin. Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, penubuhan cawangan tersebut merupakan antara program yang dianjurkan oleh pergerakan itu bagi mendekati golongan muda di kawasan tersebut. "Penganjuran program seperti ini merupakan kesinambungan pada program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini. Katanya, seramai 78 pemuda kampung itu telah menunjukkan sokongan dan keyakinan terhadap UMNO dan BN. Tambahnya, perkembangan itu adalah hasil daripada usaha positif tanpa henti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO khususnya Pemuda UMNO Negeri Melaka dan Bahagian Jasin untuk mendekati golongan muda. "Bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, jentera Pemuda BN Melaka juga telah bergerak awal dalam melaksanakan persiapan menjelang hari penamaan calon yang akan berlangsung Sabtu ini dan hari mengundi pada 6 Mac ini," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Jenayah Posted: 24 Feb 2011 11:17 PM PST 5 pengawal keselamatan UPM cedera Posted: 5 pengawal keselamatan UPM cedera5 pengawal keselamatan UPM cedera Oleh ANGELINA SINYANG pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 24 Feb. - Lima pengawal keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) disahkan mengalami kecederaan termasuk seorang terpaksa menerima 16 jahitan di tangan semasa cuba menghalang sekumpulan pelajar promahasiswa memasuki pejabat pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu semalam. Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, kelima-lima pengawal keselamatan itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan setelah cedera terkena cermin kaca yang pecah dirempuh kumpulan pelajar berkenaan. Beliau berkata, dua daripada mereka mendapat luka di tangan kanan menyebabkan masing-masing terpaksa menerima 16 dan enam jahitan. "Tiga lagi rakan mereka mengalami kecederaan ringan iaitu luka kecil di tangan dan kaki. "Kelima-lima mangsa berusia antara 32 hingga 35 tahun bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini. Semalam, kekecohan berlaku di UPM apabila sekumpulan 200 pelajar promahasiswa bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan HEP membatalkan kemenangan 11 calon. Kumpulan pelajar itu dianggotai gabungan pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Selangor (Unisel), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UPM. Mereka mula berkumpul seawal 10.30 malam kelmarin bertujuan meminta penjelasan Timbalan Naib Canselor HEP UPM mengenai pembatalan kemenangan calon terbabit. Namun, keadaan menjadi tidak terkawal pada pukul 3 petang semalam, apabila pengawal keselamatan dan kakitangan HEP cuba menghalang mereka memasuki pejabat pentadbiran sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan mahasiswa tersebut. Menurut Abd. Razak, setakat ini, dua laporan diterima mengenai kejadian tersebut iaitu dibuat oleh pihak pentadbiran UPM dan pengawal keselamatan. Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian serta video yang diambil oleh polis dan pelajar, pihaknya sudah mengenal pasti lebih lima pelajar yang bertanggungjawab mencetuskan kekecohan itu. "Kita sudah meneliti rakaman CCTV di tempat kejadian, rakaman video diambil polis dan pelajar yang dimuat turun dalam laman sosial Facebook untuk membantu siasatan. "Lebih lima pelajar dikenal pasti terlibat mencetuskan kekecohan itu dan mereka akan dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan dalam tempoh terdekat ini," katanya. Abd. Razak turut meminta kedua-dua pihak terlibat dalam masalah ini agar mencari penyelesaian dengan cara berkhemah dan bijaksana bagi mengelak kejadian sama berulang. Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan pertemuan antara kumpulan pelajar promahasiswa dan Naib Canselor HEP UPM yang sepatutnya diadakan hari ini bagi membincangkan isu tersebut, telah ditunda kepada esok. "Di sini, pihak polis ingin menasihatkan mereka yang terlibat supaya mengawal diri, tidak bertindak agresif dan mengambil tindakan di luar undang-undang. "Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika mahasiswa terbabit melanggar undang-undang kerana menjadi tanggungjawab polis mengawal keselamatan termasuk dalam kawasan universiti," ujarnya. Selain itu, beliau turut memberi amaran kepada pihak luar supaya jangan cuba mengambil kesempatan memanipulasikan isu tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bayi dipercayai mangsa sindiket jual manusia diselamatkan Posted: Bayi dipercayai mangsa sindiket jual manusia diselamatkanBayi dipercayai mangsa sindiket jual manusia diselamatkan
|
Mohamad Zarir Mohamad Khozali melihat bayi perempuan yang diselamatkan selepas ditemui oleh polis pada sidang akhbar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.
|
BUKIT MERTAJAM 24 Feb. - Polis berjaya menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam satu operasi di sebuah rumah di Alma dekat sini, bulan lalu. Dalam operasi pada 24 Januari lalu, bayi berkenaan ditemui dalam jagaan sepasang suami isteri berusia 50 dan 60 tahun yang dipercayai mendapatkan bayi itu melalui khidmat satu sindiket penjualan bayi. Ekoran itu, polis menahan seorang lelaki dan perempuan berusia lingkungan 30-an yang disyaki menjadi orang tengah menyerahkan bayi itu kepada pasangan berkenaan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd. Lah memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Memperdagangkan Orang 2007. Katanya, ketika operasi tersebut, pasangan berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen atau sijil kelahiran bayi tersebut. "Kita telah menahan dua orang iaitu seorang lelaki dan perempuan yang dipercayai menjadi orang perantara dan menyerahkan bayi berkenaan kepada pasangan tersebut," katanya di sini hari ini. Azman memberitahu, kertas siasatan kes berkenaan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya tetapi pendakwaan tidak dapat dilakukan setakat ini kerana belum ada bukti atau transaksi wang tunai dilakukan. Bagaimanapun, katanya, polis sedia membuka semula kertas siasatan sekiranya wujud bukti baru dalam kes berkenaan dan bayi berkenaan kini ditempatkan dalam jagaan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM). Sementara itu, Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM SPT, Mohamad Zarir Mohamad Khozali pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu atau waris bayi berkenaan. Beliau memberitahu, pihaknya menerima bayi berkenaan daripada pihak polis pada 18 Februari lalu untuk jagaan sementara mengikut Seksyen 19 Akta Kanak-Kanak 2001 sebelum ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, dekat sini. "Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya menunjukkan bayi tersebut sihat dan pemeriksaan lanjut akan dijalankan daripada semasa ke semasa," jelasnya. Mohamad Zarir berkata, bayi tersebut mempunyai tanda kelahiran di sebelah tangan kiri dan pihaknya dimaklumkan bayi tersebut dipercayai dilahirkan wanita warga Indonesia. Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin mengajukan pertanyaan mengenai bayi berkenaan boleh menghubungi Pegawai JKM SPT di talian 04-5382584, 04-5385705, 04-5385707 atau 04-538-5709. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 24 Feb 2011 11:03 PM PST Perjalanan dunia IT Steve Jobs Posted: Perjalanan dunia IT Steve Jobs Perjalanan dunia IT Steve Jobs Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF izyanliyana.darif@kosmo.com.my
SITUASI ini berlaku pada empat tahun lepas. Beratus-ratus orang berkhemah di hadapan kedai alat telekomunikasi Apple Store yang beroperasi di sekitar Amerika syarikat (AS), selama dua hari berturut-turut. Masing-masing enggan melepaskan peluang untuk menjadi antara kelompok pengguna terawal memiliki sebuah telefon pintar iPhone keluaran Apple. Meskipun pengeluaran iPhone di pasaran tertunda selama enam bulan, ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para pengguna. Apatah lagi pada hari berkenaan mereka terpaksa bersesak-sesak dan berebut-rebut antara satu sama lain. Bermacam-macam gelagat pengguna diperhatikan. Ada yang sanggup membayar AS$200 (RM680) semata-mata untuk memotong barisan. Ada juga tegar bermalam di depan kedai dengan membawa tilam nipis serta membawa haiwan peliharaan sebagai peneman. "Saya tidak tidur satu setengah hari," cerita Grant Johnson, 41, dari Brooklyn, yang sanggup bersekang mata agar tidak terlepas peluang membeli iPhone. Kemunculan telefon pintar iPhone mencipta fenomena luar biasa di AS, Eropah dan di Asia Tenggara. Bermula daripada pengeluaran iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS sehingga iPhone 4, sambutannya amat menggalakkan. Malah, tempias populariti iPhone turut melanda masyarakat Malaysia. Apa yang pasti, kecemerlangan penjualan produk Apple Inc., secara tidak langsung melonjak nama Steve Jobs, 55. Dia merupakan tulang belakang yang memastikan agar alat telekomunikasi jenama Apple yang dijual di pasaran berkualiti dan menepati cita rasa pelanggan. "Terharu dan gembira kerana pengguna menyukai produk yang kami tawarkan. Sebenarnya bukan mudah untuk mereka telefon pintar yang menarik. Bagi saya rekaan tertumpu pada reka bentuknya tetapi ia lebih pada kepuasan ketika menggunakannya. Jadi, kami sentiasa berusaha menghasilkan produk yang terbaik. "Pada masa yang sama, kami mengelak bertanya kehendak pengguna kerana apabila kita menghasilkan apa yang mereka mahukan, barangkali pada waktu itu mereka mahukan sesuatu yang baru pula," jelas Jobs yang turut merangkap pengasas bersama dan Ketua Eksekutif Apple dalam satu temu bual. Laman berita Los Angeles Times, menyiarkan bahawa syarikat Apple Inc. berjaya mengaut keuntungan berlipat ganda selepas melancarkan produk iPhone dan iPad. Sehingga Apple Inc., tersenarai sebagai syarikat kedua di dunia yang mencecah nilai melebihi AS$300 bilion (RM912 bilion). Penganalisis daripada Goldman Sachs, David Bailey, memberitahu, setiap tahun penjualan iPhone memperlihatkan peningkatan yang begitu drastik. Jika penghujung tahun 2007, sebanyak dua juta iPhone terjual, pada tahun 2008 pula ia meningkat sebanyak sembilan juta. Sementara pada tahun 2009 pula hasil jualan mencecah 20 juta manakala 30 juta pada tahun berikutnya. Sementara itu, majalah Forbes menyatakan Jobs yang menyambut ulang tahunnya yang ke-55 semalam, memiliki nilai kekayaan berjumlah AS$6 bilion (RM18.26 bilion). Beliau juga disenaraikan oleh majalah terbabit sebagai individu ke-136 terkaya di dunia tahun lalu. Jobs yang dilahirkan di San Francisco, AS, merupakan anak kepada pasangan Joanne Simpson dan Abdulfattah John Jandali berketurunan Arab Syria. Bagaimanapun bapa kepada empat cahaya mata itu tidak membesar bersama ibu bapa kandungnya. Sebaliknya, dia dijaga sepenuhnya oleh keluarga angkat, Paul dan Clara Jobs di Silicon Valley, AS, yang sebahagian besar kawasannya dikelilingi ladang aprikot. Diet ketat Penggemar baju-T lengan panjang rona gelap dan seluar jean jenama Levi's itu pernah menuntut di Sekolah Menengah Cupertino di Cupertino, California dan Sekolah Tinggi Homestead H.S di bandar yang sama. Tamat sesi persekolahan, Jobs melanjutkan pengajian di Reed College, Portland, Oregon. Namun tempoh pengajian di kolej seni liberal berkenaan bertahan selama satu semester saja.
|
JOBS di samping isterinya, Laurene Powell.
|
Sebaik menamatkan pengajian meninggalkan kolej, Jobs mengambil keputusan merantau ke India untuk mendalami agama Zen Buddhism bersama rakannya, Daniel Kottke. Dalam proses kerohanian tersebut Jobs yang pada ketika itu berusia 19 tahun mempraktikkan diet ketat seperti berpuasa atau makan buah saja. Tambah Jobs yang mengahwini Laurene Powell di Yosemite, AS, pada tahun 1991: "Saya pernah berniat untuk menjadi sami di biara Jepun daripada mengasaskan Apple. Tetapi guru saya, Kobun Chino menyakinkan bahawa saya masih boleh meneruskan anutan ini dan pada masa yang sama mengusahakan bisnes komputer." Sehubungan itu, sekembalinya dia ke Silicon Valley, pada tahun 1974, dia membawa agama Buddha dengan penampilan rambut botak dan menyarungkan pakaian tradisional India. Menyentuh mengenai penglibatan Jobs dalam bidang komputer dan gajet semuanya bermula selepas perkenalannya bersama Stephen Wozniak atau Woz yang pintar dalam hal berkaitan komputer dan elektronik. Walaupun usia Jobs lima tahun lebih muda daripada Woz, tetapi bagaikan wujudnya keserasian antara mereka berdua. Penglibatan dunia komputer Persahabatan yang tersemai itu akhirnya menarik minat Jobs menyertai Kelab Homebrew Computer pada tahun 1975 bersama Woz. Sepanjang melibatkan diri dalam kelab berkenaan, Jobs mendapati, hasil kajian dan pengamatannya industri komputer mempunyai potensi terbaik untuk jangka masa yang panjang. Hasil perbincangan yang dilakukan mereka berdua melancarkan syarikat Apple Inc. pada 1 April 1976. "Pemilihan nama Apple cukup ringkas dan simbolik. Ia sentiasa mengingatkan saya pada memori memetik buah epal pada musim panas," jelas Jobs yang memperoleh modal permulaan bisnes sebanyak AS$1,300 (RM3,963), hasil menjual microbus salah satu komponen komputer manakala Woz menjual kalkulator. Walaupun berpejabat di dalam sebuah garaj dan fasa permulaan hanya menjual papan sirkit iaitu papan memegang salah satu komponen dalaman komputer, tetapi bisnes mereka berkembang baik selepas menjual komputer pertama Apple I yang bernilai AS$666.66 (RM2,026). Kemudian, diikuti pula dengan komputer Apple II dan rangkaian produk yang lain sehingga Apple Inc., mula menjual saham syarikat sekitar Disember tahun 1980. Namun jodoh Jobs bersama Apple Inc. tidak bertahan lama. Gara-gara tidak berpuas hati dengan lembaga pengarah, akhirnya dia mengambil keputusan meninggalkan Apple Inc., lantas membuka syarikat sendiri, NeXT, pada tahun 1986. "Jika Apple Inc., terkenal dengan penghasilan komputer peribadi tetapi NeXT pula sebaliknya. Kami lebih fokus pada pembangunan perisian untuk komputer. "Menariknya, pada kemuncak bisnes NeXT, kami merupakan jenama yang memainkan peranan utama pada pembentukan e-mel dan jaringan sejagat (WWW)," ulas Jobs yang kemudian dilantik semula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc., selepas syarikat tersebut membeli NeXT yang hanya beroperasi selama sedekad. Sehingga ke hari ini Jobs kekal menyandang kerusi CEO. Kebanyakan pakar IT dan penganalisis ekonomi menyifatkan rahsia jenama Apple Inc., yang hampir bankrap pada tahun 1990 terus kukuh kerana semangat dan etika kerja yang dipamerkan Jobs. Inovasi dan kreativiti "Saya mengikuti kisah Steve Jobs sewaktu menuntut di Universiti Iowa, AS dua dekad lepas. Pada waktu itu, orang ramai enggan melepaskan peluang memiliki komputer Apple II kerana Apple Inc., merupakan pengeluar tunggal menghasilkan komputer peribadi. ORANG ramai sanggup berkhemah di depan kedai Apple bagi mendapatkan produk iPhone terbaru.
"Namun komputer Macintosh jenama Apple Inc., yang dikeluarkan pada tahun 1986, menarik minat saya untuk memilikinya. Ia merupakan sebuah komputer skrin hitam dan putih, meskipun orang ramai mengharapkan komputer skrin berwarna. Tetapi Jobs bertegas grafik lebih penting daripada warna," jelas pakar teknologi komunikasi maklumat (ICT), Azli Paat yang turut memberitahu autograf Jobs turut tertera di dalam komputer berkenaan. Tambah Ketua Pegawai Eksekutif Dapat Vista Sdn. Bhd., itu, Jobs merupakan individu yang berdisiplin, kreatif dan berwawasan. Setiap produk keluaran Apple Inc., mampu menarik minat pembeli dan ideal dengan trend semasa. Dalam pada itu, Azli turut mengakui Jobs bijak dalam aspek pemasaran dan berinovasi tinggi. "Misalnya, penggunaan tetikus. Ke banyakan individu berpendapat Apple Inc, yang bertanggungjawab mencipta tetikus padahal produk tetikus itu dihasilkan oleh jenama Xerox. "Ini disebabkan pada awal penghasilkan tetikus, Xerox tidak yakin bahawa tetikus bakal disukai ramai, memandangkan masyarakat pada waktu itu sudah terbiasa menggunakan tetikus pada papan kekunci. Namun pemikiran Jobs berbeza. Ia melihat penggunaan tetikus secara berasingan memudahkan pengguna," kata Azli ketika dihubungi Kosmo! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kesan kenaikan harga barang Posted: Kesan kenaikan harga barangKesan kenaikan harga barang HARGA bahan mentah yang meningkat menyebabkan pengguna menanggung beban.
APABILA harga minyak petrol naik, purata pengguna akan turut merasai kesan teori domino ke atas harga barang keperluan harian dan perkhidmatan. Sejak kebelakangan ini, kenaikan harga barang keperluan termasuk petrol seolah-olah menjadi perkara biasa namun, ia membebankan kepada golongan berpendapatan rendah. Pemilik kenderaan yang membayar RM1.85/liter untuk RON95 dan RM2.10/liter bagi RON97 pada Julai lalu kini membayar masing-masing RM1.90 dan RM2.50. Ramai pemilik kenderaan tidak begitu gemar petrol RON95 yang diberi subsidi tinggi, berikutan ia menjejaskan prestasi kenderaan sedangkan penggunaan RON97 meningkatkan perbelanjaan bulanan. Harga bawang kecil dari India yang dijual pada harga RM4 sekilogram (kg) bulan lalu kini dijual pada harga RM14 di beberapa buah tempat. Pada masa yang sama, harga sayur, ayam, ikan dan hampir semua barang keperluan juga naik. Dengan kadar kenaikan yang begitu kerap ada yang berputus asa dan berharap harga akan stabil. Pada masa kini, para pengguna hanya membayar sahaja tanpa banyak soal kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan kerana beranggapan harga mungkin akan naik lagi pada hari berikut. Ada juga yang melalui pengalaman harian berlainan kerana harga barang yang diperlukan seolah-olah tiada beza sejak setahun lalu. "Saya sering makan di kedai yang boleh tahan cantik dan bersih tetapi tak sedar pula kalau harga makanannya lebih mahal ataupun tidak? Nasi putih dengan ikan goreng, sayur campur dua macam dengan air lobak merah, lebih kurang RM7. Pada saya, harganya berpatutan," kata pesara kerajaan Abbas Hasan, yang kini pendidik secara kontrak di Nilai, Negeri Sembilan. Mungkin harga itu dirasakan berpatutan di Nilai berdasarkan jumlah pengunjung yang ramai. Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) beranggapan harga barang tidak pernah turun. "Semuanya semakin mahal. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet," kata Mildred dari Sabah. Rungutan pengguna Seorang pengusaha gerai makanan, Siti Gayah Muhammad menjelaskan, dia menetapkan harga makanan yang dijual. "Kita tengok harga bahan mentah untuk lauk itu. Harga bawang kecil dan besar, putih dan merah, sudah naik berlipat kali ganda, stok pun payah ditemui. "Harga sebiji bawang besar belanda bersaiz sederhana ialah 40 sen. Saya beli juga sebab bawang besar dari India cepat rosak. Akibatnya, sama ada masakan perlu dikurangkan penggunaan bawang atau harga dinaikkan dengan membeli bawang mahal," kata Siti sambil mengacau masak lemak cili apinya. Walaupun pembeli merungut, dia tiada pilihan untuk memastikan masakan tetap sedap dan penjual tidak rugi. Selain kos perjalanan dan makanan yang semakin mahal, tanpa disedari harga kediaman juga semakin tinggi. Beberapa syarikat pembinaan menyatakan, projek yang menjadi tumpuan syarikat lebih cenderung ke arah rumah mewah seperti rumah dua tingkat, berkembar dua dan banglo. Sebuah rumah teres dua tingkat yang sederhana kini boleh mencecah harga sehingga RM1 juta di Lembah Klang manakala banglo pula berharga tiga hingga empat kali ganda jumlah itu. "Tumpuan syarikat kami ialah rumah yang lebih luas dan selesa. Kualiti pembinaan sememangnya yang paling utama. Bahan yang digunakan juga mempunyai gred yang lebih tinggi. Inilah sebabnya mengapa harga rumah di Selangor lebih tinggi. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai!" jawab seorang pekerja syarikat perumahan ketika ditanya mengenai harga rumah yang 30 peratus siap di kawasan projek terbarunya di Shah Alam. RAMAI yang tidak mampu untuk membayar ansuran rumah ekoran harga kediaman yang meningkat. - Gambar hiasan
Adakah pembeli mampu membayar ansuran bulanan kalau hanya bekerja makan gaji memandangkan nilai pinjamannya sangat tinggi? "Orang yang tinggal di bandar, yang berkereta ke pejabat, perlu berbelanja makan tengah hari pada hari bekerja, bayar tempat letak kereta bulanan, ada sewa rumah dan punya keluarga beranak dua pasti sukar untuk menyimpan RM500 sebulan," kata Datuk Dr. Ma'amor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) apabila diminta memberi komen tentang peningkatan harga barang dan perbelanjaan harian rakyat Malaysia pada masa kini. Kalau ada pembantu rumah sudah pasti lebih besar perbelanjaannya. Dengan pendapatan bersama, kelamin beranak dua, berumur dalam lingkungan 30 tahun, yang berjumlah antara RM7,000 dan RM8,000, jika ingin tinggal di pinggir bandar pun pasti tidak selesa hidup jika rumah semahal itu menjadi pilihan untuk ditanggung liabiliti membayar pinjaman sehingga 35 tahun lamanya. Bayaran bulanan kepada bank swasta, jika pinjaman sebesar RM1 juta itu diambil hari ini, akan ditolak lebih RM5,000 daripada pendapatan bersih mereka, katanya. Ma'amor berkata, harga barang yang mahal menggalakkan penggunaan kad kredit dan amalan yang sepatutnya dikikis. "Pastikan bajet tetap sama. Jangan berikan peniaga mesej yang salah. Mereka yang berpendapatan tetap tidak dapat mencari jalan keluar sekiranya harga barang terus naik. "Misalnya bawang yang menjadi bahan utama dalam hampir semua masakan tempatan naik mendadak baru-baru ini akibat kesan cuaca. Ini menjadi satu bebanan baru. Mereka yang berniaga tak berapa merasai tambahan beban ini kerana jika harga barang naik, peniaga turut menaikkan harga jualan mereka," kata Ma'amor. Cuaca tidak menentu Beliau melihat kos perkhidmatan pengangkutan awam yang meningkat adalah sesuatu yang perlu dikawal dan dipantau supaya rakyat tidak terus terbeban. Tambahan pula kenaikan gaji tahunan juga tidak tetap dan lazimnya ia tidak melebihi lima peratus. Harga tiket bas ekspres ke negara jiran Singapura meningkat kepada RM95 sehala berbanding RM75 pada tahun 2010. Harga tersebut hanya kurang RM4 berbanding harga tiket promosi kapal terbang ke republik itu. Alasan kenaikan harga ialah kerana musim cuti sekolah. Harga barang yang semakin tinggi tidak boleh disalahkan kepada peniaga dan pembekal semata-mata, kata wakil Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). "Bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan cuaca kemarau yang melampau, yang melanda dunia, antara sebab kekurangan bekalan barang keperluan seharian. Lagipun kebanyakan sumber makanan negara ini diimport termasuk gula, tepung dan beras. "Apabila permintaan melebihi bekalan, pasti harganya meningkat kerana bekalan yang terhad ini," kata Mohd. Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Kumpulan FOMCA. Apapun, pengguna perlu membuat pilihan dengan berhati-hati ketika harga tidak stabil. "Barang keperluan biasanya akan stabil pada harga baru dan sekiranya bekalan pulih seperti sediakala, penurunan harga tidak berlaku secara mendadak berbanding ketika ia dinaikkan. Kadang-kadang ia tak berlaku langsung. Carilah alternatif kalau boleh," pesan Mohd. Yusof. Pengguna yang bijak membuat pilihan dan sanggup bersuara pasti dapat mengubah keadaan masa kini kepada tahap yang lebih baik. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 24 Feb 2011 07:27 PM PST Majukan Hulu Tembeling Posted: Majukan Hulu TembelingMajukan Hulu Tembeling
|
SALAH sebuah rumah yang uzur dibina daripada kayu di Hulu Tembeling, Jerantut.
|
Saudara pengarang, SAYA berkesempatan menjejak kaki ke Hulu Tembeling, Jerantut ketika bercuti di Taman Negara iaitu antara destinasi yang tidak pernah putus dilawati pelancong dari seluruh dunia. Kebetulan seorang pemandu bot penambang Taman Negara merupakan kenalan lama saya ketika mengunjungi kawasan itu 15 tahun lalu. Landskap pembangunan pusat peranginan itu kini semakin berubah tetapi kerajaan masih melestarikan kehijauan alam semula jadinya. Kenalan berkenaan mengajak saya menaiki bot penambang mudik ke Hulu Tembeling kira-kira lima jam perjalanan untuk menziarahi keluarganya di sebuah perkampungan tradisional yang kaya dengan adat resam dan kehijauan alam. Namun, saya agak terkejut kerana kehidupan sesetengah penduduk masih tidak berubah dan boleh ditakrifkan berada di bawah paras kemiskinan jika dinilai menerusi pendapatan mereka. Ada yang tergolong dalam kemiskinan yang diwarisi daripada ibu bapa atau keluarga terdahulu lantaran tidak mempunyai harta dan terpaksa menumpang di tanah orang lain. Memang tidak dinafikan sudah ada penduduk yang memiliki kediaman yang agak selesa, di samping ruang garaj yang diisi dengan kenderaan pacuan empat roda. Selebihnya, saya lihat masih lagi ada penduduk yang mendiami rumah usang yang asalnya dibina daripada kayu hutan, dinding pelupuh atau kulit kayu berlantaikan batang pinang, buluh dan beratapkan separuh zink dan nipah. Saya tertanya-tanya sejauhmana berkesannya misi dan visi program miskin sifar seperti yang diuar-uarkan sejak lima tahun lalu. Persoalannya, adakah agihan kek ekonomi wujud sama rata di kalangan penduduk bandar dengan luar bandar termasuk di pedalaman Hulu Tembeling dan kawasan terpencil lain di negara ini? Saya sempat meninjau penduduk berkenaan yang rata-ratanya menjelaskan mereka sudah lama menunggu Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi belum kesampaian. Malah, ada segelintir penduduk yang membina rumah di atas tanah rizab sungai. Mungkin pihak berwajib perlu bertindak segera menyelesaikan masalah mereka yang tinggal di atas tanah rizab sungai itu dengan membangunkan projek penempatan tersusun. Di kalangan belia yang berkeluarga tetapi tidak mempunyai tapak tanah juga mahu kerajaan membangunkan penempatan tersusun dan ladang seperti projek agropolitan yang mampu mengubah kehidupan mereka. Program yang dimaksudkan adalah seperti Projek Agropolitan Tanjung Gahai di Kuala Lipis. Saya mengulas rintihan penduduk berkenaan bukan untuk merendahkan akauntabiliti atau tanggungjawab pihak tertentu tetapi bertujuan supaya usaha pembasmian kemiskinan dipercepatkan sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Kita bimbang senario kemiskinan di Hulu Tembeling akan menjadi catatan pelawat untuk didokumentasikan sama ada dalam buku, blog dan sesawang serta dokumentari yang memaparkan kedaifan rakyat dari kaca mata masyarakat luar. Itu tidak termasuk tindakan pihak pembangkang yang mungkin mengambil kesempatan terhadap kemiskinan penduduk. Saya tidak nafikan kesungguhan kerajaan mencorakkan pembangunan di Hulu Tembeling malah, berterima kasih kerana melaksanakan projek jalan raya dari Kampung Tuit, Kuala Tahan melalui Kampung Pagi hingga ke Kampung Mat Daling sejauh hampir 100 kilometer secara berperingkat. Kemudahan itu sekali gus menunjukkan proses urbanisasi mula memasuki kawasan pedalaman tersebut. Bagaimanapun, projek kemudahan asas perlu diseimbangkan kerana lebuh raya yang bakal membelah hutan rimba dan bukit-bukau Hulu Tembeling belum tentu dapat mengubat derita dan membahagiakan mereka yang masih menghuni pondok usang. INSAN TERPILIH, Damansara. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 131 rumah PAKR rosak teruk dibaiki Posted: 131 rumah PAKR rosak teruk dibaiki 131 rumah PAKR rosak teruk dibaiki Oleh ALI MAHMOOD utusanpahang@utusan.com.my TEMERLOH 24 Feb. - Kerajaan meluluskan sebanyak RM2.2 juta bagi membaiki semula 131 rumah Projek Awam Kos Rendah (PAKR) di Paya Taram, Kerdau dekat sini yang mengalami kerosakan teruk sejak dibina 15 tahun lalu. Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kerja-kerja membaik pulih rumah tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. Katanya, Unit Perumahan dan Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan bagi membolehkan pembeli menduduki rumah berkenaan. "Daripada 198 unit yang dibina sejak 15 tahun lalu, sebanyak 131 daripadanya mengalami kerosakan teruk dan perlu diperbaiki. "Semua rumah tersebut sudah ada pemilik tetapi mereka tidak boleh mendudukinya apabila rumah itu mengalami kerosakan teruk," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke projek perumahan Paya Taram, semalam. Turut sama melawat projek tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Muhammad Safian Ismail dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Menurut Ismail, pihaknya menganggarkan kos membaiki rumah itu memerlukan peruntukan sebanyak RM16,000 seunit dan Jabatan Perumahan Negara (JPN) bersetuju menanggung semua kos membaik pulih. Tambahnya, tender untuk kerja-kerja pembaikan itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini. Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, jalan sepanjang lima kilometer dari bandar Kerdau ke Kampung Cengkenik melalui jalan lama akan dinaik taraf tidak lama lagi. Katanya, peruntukan sebanyak RM7 juta telah dipohon daripada kerajaan negeri dan projek itu akan dilaksanakan sebaik sahaja diluluskan. Jalan itu, jelas beliau, perlu dinaik taraf untuk memberi manfaat kepada penduduk Kampung Kerdau, Kampung Guntung, Kampung Kelibang dan beberapa kampung sekitarnya bagi membawa hasil pertanian ke bandar. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Yayasan Pahang naik biasiswa pelajar cemerlang Posted: Yayasan Pahang naik biasiswa pelajar cemerlangYayasan Pahang naik biasiswa pelajar cemerlang
|
Adnan Yaakob berbual dengan salah seorang pelajar pada majlis penyampaian bantuan dan biasiswa di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang, Kerdau, Temerloh, kelmarin.
|
TEMERLOH 24 Feb. - Yayasan Pahang (YP) meningkatkan kadar biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan mulai tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu, dengan kenaikan itu, kadar biasiswa bagi murid cemerlang dinaikkan kepada RM300 seorang berbanding RM200 sebelum ini. ''Bagi pelajar sekolah menengah, mereka yang cemerlang akan menerima biasiswa sebanyak RM600 seorang berbanding RM500 sebelum ini," katanya. Beliau berucap pada majlis penyampaian bantuan dan biasiswa kepada pelajar miskin dan cemerlang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Kampung Teluk Sentang, Kerdau di sini semalam. Adnan yang juga Pengerusi YP menegaskan, kerajaan akan terus memberikan bantuan kepada pelajar cemerlang dan miskin di negeri ini supaya mereka tidak tercicir dalam pelajaran dan mendapat pendidikan yang baik. Katanya, bantuan pendidikan yang disalurkan melalui YP berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang apabila jumlah mereka memasuki universiti tempatan dan luar negara semakin bertambah. "Pertambahan itu berikutan dasar pendidikan negara bertaraf dunia yang berjaya melahirkan ramai pelajar cerdik, maju dan berkualiti serta berdaya saing. ''Rakyat negara ini bertuah kerana dapat hidup dalam kemewahan hingga membolehkan kita menimba ilmu dalam suasana aman berbanding rakyat di negara lain yang berada dalam huru-hara dan menderita," ujarnya. Dalam pada itu, Adnan memberitahu, YP membelanja lebih RM600 juta untuk biasiswa dan bantuan pendidikan kepada 600,000 pelajar negeri itu dalam tempoh 28 tahun lalu. Menurut beliau, peruntukan itu pada awalnya hanya sebanyak RM2 juta sebelum dinaikkan kepada RM25 juta pada 1999. ''Perbelanjaan pendidikan untuk tahun ini sahaja berjumlah RM62 juta berikutan bertambahnya jumlah pelajar yang cemerlang. Program pendidikan dan bantuan itu bertujuan meringankan bebanan keluarga dan sebagai galakan kepada pelajar supaya terus maju dalam pelajaran. ''Kerajaan sedar hanya melalui pendidikan mampu mengubah nasib rakyat menjadi lebih baik dan ibu bapa jangan menjadikan kemiskinan sebagai alasan tidak menghantar anak-anak ke sekolah," tegasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Mahkamah Posted: 24 Feb 2011 07:17 PM PST Tiga dibebas tuduhan miliki penerbitan agama diharamkan Posted: Tiga dibebas tuduhan miliki penerbitan agama diharamkanTiga dibebas tuduhan miliki penerbitan agama diharamkan BALIK PULAU 24 Feb. - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki dipercayai pengikut pertubuhan haram al-Arqam termasuk seorang pensyarah kanan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) daripada tuduhan memiliki penerbitan agama yang diharamkan, empat tahun lalu. Hakim Syarie Zaini Abdul Rahim memerintahkan tertuduh, Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid, 42, yang merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) serta dua rakannya Rosli Yusof, 61, dan Asmadi Sulaiman, 45, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka. Zaini bagaimanapun memerintahkan seorang wanita, Roslina Sulaiman, 42, yang juga dipercayai pengikut pertubuhan itu membela diri atas tuduhan tersebut. Beliau menetapkan 21 April depan untuk mendengar keterangan Roslina yang memakai baju kurung merah serta bertudung hitam ketika menghadiri prosiding itu. Zaini turut memerintahkan ikat jamin antara RM1,500 dan RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap Ahmad Fauzi, Rosli dan Asmadi dilanjutkan sehingga tamat proses rayuan yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan dalam tempoh terdekat. Terdahulu, Zaini dalam penghakimannya berkata, wujud kelemahan dalam siasatan kes tersebut sehingga menyebabkan pihak pendakwaan berhadapan tugas berat dalam proses mendakwa kesemua tertuduh. Jelas beliau, elemen pemilikan seperti yang didakwa kepada tertuduh harus dibuktikan berdasarkan tiga keadaan iaitu mereka mesti mempunyai pengetahuan, jagaan dan kawalan ke atas barang tersebut. ''Sedangkan elemen itu gagal dibuktikan terhadap mereka bertiga. Ahmad Fauzi dituduh memiliki cakera (disket) yang mengandungi aktiviti kumpulan itu. Meskipun beberapa artikel daripada disket dikemukakan namun ia tidak dipamerkan dalam prosiding ini untuk pemeriksaan. ''Begitu juga dengan Rosli yang didakwa memiliki buku Zikir Agung dan Asmadi yang memiliki buku, potret dan sajak berkaitan Ashaari. Mereka tidak disahkan sebagai pemilik asal kepada barang-barang tersebut. "Ini secara terang telah menyebabkan wujud kelemahan yang memberi kelebihan kepada tertuduh,'' katanya sambil memandang ke arah mereka bertiga yang berdiri di luar kandang tertuduh. Namun begitu Zaini berkata, pendakwaan telah berjaya membuktikan ketiga-tiga elemen pemilikan dalam kes terhadap Roslina. Mengikut pertuduhan, Roslina dan Rosli didakwa kerana memiliki buku Zikir Agung; Ahmad Fauzi kerana memiliki cakera mengandungi aktiviti kumpulan itu, manakala Asmadi memiliki buku, potret dan sajak berkaitan Ashaari. Mereka didakwa melakukannya pada 1 November 2007 pada pukul 10.15 malam di sebuah rumah No. 15, Lintang Sungai Ara 1, Taman Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini. Mereka didakwa mengikut Seksyen 13(1)(a) kerana memiliki penerbitan agama yang diharamkan dan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Pendakwa Syarie, Mohammad Zulkhairi Aziz manakala semua tertuduh diwakili peguam syarie, Rosdee Abdul Razak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Imej Anwar, Saiful dirakam CCTV Posted: Imej Anwar, Saiful dirakam CCTVImej Anwar, Saiful dirakam CCTV Oleh SUWARNI MOKHTAR dan AMIRUDDIN HARUN pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 24 Feb. - Sebanyak tujuh buah kenderaan dilihat memasuki dan keluar dari kawasan kondominium mewah di Bukit Damansara antara pukul 12 tengah hari dan lima petang, 26 Jun 2008. Beberapa individu yang menaiki kenderaan tersebut turut dikenal pasti oleh saksi pendakwa kelapan, Asisten Supritendan (ASP) Fauziah Che Mat, 47, menuju ke tingkat lima bangunan itu. Kehadiran mereka dilihat melalui visual rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditayangkan ketika pegawai penganalisis audio video dari Maktab Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras itu memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Salah satu imej lelaki yang dilihat memegang beg berwarna gelap dan beg plastik putih dalam rakaman tersebut kelihatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakaman berkenaan turut memaparkan visual kenderaan yang dipandu oleh pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan kelibat pemuda itu keluar masuk lif di kondominium tersebut. Kecuali Mohd. Saiful Bukhari yang mengesahkan kehadirannya ke kondominium itu dalam keterangannya sebelum ini, identiti sebenar individu-individu lain masih belum dijelaskan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu. Anwar, 64, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pada 5 Februari tahun lalu, mangsa yang juga saksi utama kes itu dalam keterangannya menyatakan, dia telah pergi ke tempat kejadian menaiki sebuah kereta Fiat warna merah dengan nombor pendaftaran WPK 5925. Mohd. Saiful Bukhari turut memaklumkan setibanya dia di pintu utama kondominium tersebut kira-kira pukul 2.47 petang, dia telah menyebut 'Mokhtar' kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk. Dia meninggalkan tempat kejadian kira-kira pukul 4.35 petang. Fauziah dalam keterangannya hari ini memberitahu, beliau menerima permohonan untuk menganalisis rakaman yang terkandung dalam dua pemacu keras daripada pegawai penyiasat, Deputi Supritendan Judy Blacious Pereira (kini Supritendan) pada 3 Julai 2008. Dalam permohonan itu, pegawai polis itu memintanya mengesan imej dua buah kenderaan iaitu MG Rover warna hitam dengan nombor pendaftaran WMK 6 dan sebuah kereta Fiat Ulysse dengan plat WPK 5925 yang tiba di pintu utama Kondominium Seri Damansara pada tarikh yang sama, di antara pukul 12 tengah hari dan 4 petang. Menurut pegawai polis tersebut, beliau turut diminta untuk mencari imej beberapa individu pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Selain itu, Fauziah menyatakan, Judy memintanya untuk mengesan imej beberapa individu yang terlibat dalam kes liwat antara Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan bekas pembantu peribadinya di antara penghujung April dan awal Mei 2008. ''Beliau turut minta saya membuat analisis terhadap kesemua imej itu, membuat cetakan dan turutan fail video (video file sequence),'' katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria. Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan peguam bela utama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Karpal Singh untuk mengetepikan gambar-gambar pemacu keras dan nota berkaitan gambar tersebut kerana ia tidak pernah dibekalkan kepada pihak pembelaan. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok dengan pihak pembelaan menyoal balas saksi pendakwa keenam, Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 24 Feb 2011 03:18 PM PST Sudah bersediakah BN? Posted: Sudah bersediakah BN?Sudah bersediakah BN? Oleh DR. SIVAMURUGAN PANDIAN SEJAK Konvensyen Barisan Nasional (BN) pada Disember 2010, Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak secara berterusan bertemu dengan pelbagai lapisan pemimpin. Ekoran itu, ramai pihak menafsirkan bahawa Parlimen akan dibubar dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi. Benarkah BN sudah bersedia untuk berhadapan dengan PRU-13? Mampukah BN kembali meraih cemerlang sebelum PRU-12 pada 2008? Benarkah BN akan sekadar berpuas hati dengan keputusan yang hampir sama dengan PRU 2008 atau berpuas hati dengan peningkatan beberapa kerusi sahaja? Selepas Mac 2008, tidak dinafikan BN sudah melalui proses muhasabah dan cuba membina parti berasaskan perubahan persekitaran landskap politik tanah air. Pelbagai pendekatan cuba diketengahkan termasuk memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang diikat dengan tiang seri seperti Pelan Transformasi Kerajaan (PTK). Ia didokongi pula dengan Bidang Keberhasilan Utama Baru (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (PTE), Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10). Malahan, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak kebelakangan ini menyebelahi BN dan antara faktor penarik adalah Najib dan gagasan besar beliau. Walaupun begitu, adakah ini boleh dijadikan kayu pengukur bahawa BN sudah bersedia berhadapan dengan PRU-13? Ada ura-ura untuk mengadakan PRU dan pilihan raya negeri Sarawak serentak. Barangkali, perlu diingatkan kepada pihak yang berpandangan sedemikian bahawa PRU tidak boleh diadakan serentak semata-mata untuk menyelamatkan keputusan dan kepimpinan di Sarawak, walhal ia boleh diadakan pada masa berlainan dengan menanam keyakinan untuk mempertahankan majoriti dua pertiga, walaupun kemungkinan tidak sama dengan keputusan tahun 2006. Keputusan PRU-13 adalah untuk membolehkan Najib diberi mandat bagi mentadbir urus negara tanpa perlu memikirkan persoalan politik yang terus menghujani negara sejak Mac 2008 terutama manipulasi yang berterusan sehingga melahirkan keadaan tidak menentu. Terdapat beberapa perkara yang perlu dijadikan iktibar dan iltizam sebelum benar-benar bersedia untuk melangkah ke PRU. Pertama, adakah BN sudah melalui proses reformasi, pembaharuan menyeluruh dan bersedia menunjukkan keunikannya supaya pengundi memilih calon BN dan keluar dari krisis keyakinan serta kepercayaan yang terhakis sebelum Mac 2008? Ia harus bermula dengan persiapan dalam parti komponen termasuk mengiktiraf kumpulan keahlian langsung parti BN serta beberapa kumpulan yang dilancar sewaktu Konvensyen 2010. Jika ahli terus BN dipilih sebagai calon, bersediakah parti komponen BN menerima keputusan sedemikian atas kepentingan martabat parti induk? Kedua, adakah persediaan BN kali ini bebas dari kumpulan serpihan dalam parti yang menjadi dalang sehingga melakukan cah keting, sabotaj, boikot dan cantas mencantas. Musuh BN adalah BN sendiri dan bukan barisan pembangkang. BN tidak boleh menyatakan ia sudah bersedia semata-mata kerana pihak pembangkang berhadapan dengan masalah kepincangan kepimpinan parti ataupun PRU perlu diawalkan memandangkan global akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang lebih buruk. Malahan rentetan peristiwa di Asia Tengah seolah-olah menunjukkan krisis ekonomi global satu kebarangkalian besar terutama dengan penawaran dan permintaan minyak yang mungkin akan melambung selepas ini. Apapun, persediaan BN perlu melangkaui elemen-elemen tersebut. Ketiga, apakah jentera parti sudah mantap berbanding dengan persediaan sebelum ini yang sering berkeyakinan tinggi sebelum PRU tetapi lembap dan kurang berdaya ketika PRU kerana sikap terlalu yakin. Apakah ia sudah padat dengan skil berpolitik alaf baru dengan keupayaan manipulasi politik secara kreatif termasuk media alternatif untuk bersifat ofensif daripada defensif dalam parti komponen agar ia dapat digerak sebagai satu pasukan 1Malaysia BN. Pengerusi BN perlu diberikan informasi tepat mengenai persekitaran komuniti serta anggota parti kerana masa depan BN juga bergantung kepada prestasi komponen BN. Pemimpin akar umbi perlu diberi pengiktirafan terhadap tanggungjawab mereka untuk membawa sokongan ke atas BN. Keempat, adakah manifesto PRU-12 sudah dipenuhi beserta dengan pelaksanaan menyeluruh gagasan doktrin Najib kerana slogan 'pencapaian diutamakan', sudah pasti akan menjadi sebahagian daripada manifesto BN pada PRU-13. Kegagalan melaksanakan apa yang dirungkai dalam manifesto 2004 pada PRU-11 menyebabkan keyakinan pengundi BN merosot pada PRU-12. Kelima, apabila BN nyatakan sudah bersedia, ia juga akan mencerminkan ia sudah berdiri dengan kekuatan sendiri dan bukan kelemahan lawan. Politik adalah 'the arts of possible', banyak kemungkinan yang perlu dihalusi, diteliti dan diperincikan sebelum BN boleh menganggap ia bersedia. BN perlu belajar daripada kesilapan congakan Mac 2008 apabila ada laporan tidak benar bersifat membodek pemimpin diberikan semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin atasan termasuk fakta yang tidak memperlihatkan sentimen di peringkat akar umbi. Banyak nilai seperti maklumat empirikal perlu menyokong laporan yang menyatakan BN sudah mendapat sokongan. Jika ya..., bagaimana dan mengapa sudah berubah untuk membolehkan strategi yang sesuai disusun dalam kerangka pemasaran politik BN. Keenam, persediaan akan menyerlah jika isu nasional dapat diminimumkan serta mempunyai pemikiran sebagaimana pihak pembangkang berfikir untuk menangkis sebarang isu dengan segera dan lincah dalam menangani isu tersebut. Ini memerlukan latihan berterusan melibatkan pemimpin akar umbi yang perlu diberi pengiktirafan sewajarnya secara berterusan. PRU-13 akan bersifat lokal dan pemimpin akar umbi merupakan 'pelengkap' antara parti dan pengundi setempat. Ketujuh, koordinasi dengan badan bukan kerajaan dan organisasi baik di peringkat lokal, negeri mahupun kebangsaan sudah diperbaiki kalaupun tidak diperkukuhkan. Yang penting adalah kestabilan hubungan yang berpanjangan dan bukan bermusim. Kelapan, integrasi dengan pengundi muda yang sebilangannya mempunyai tendensi untuk menilai dan bergantung kepada maklumat yang diperoleh dari media alternatif yang kemudiannya turut digunakan untuk mempengaruhi orang tua mereka. Kesembilan, sokongan penjawat awam yang merudum ketika Mac 2008. Adakah usaha dilakukan untuk mengenal pasti faktor mengapa ia berlaku dan dalam proses menjadi negara berpendapatan tinggi, adakah sudah tiba masanya untuk meminda skala gaji penjawat awam termasuk anggota polis, tentera, guru, pensyarah, kakitangan agensi lain mengikut skala gaji negara berpendapatan tinggi? Kesepuluh, 'winneable candidate' termasuk kedudukan BN di konstitusi yang tewas pada PRU-12. Adakah penyelaras akan dilantik semula sebagai calon atau BN sudah mengenal pasti beberapa calon agar pengundi diberi pilihan dan diminta pandangan sebelum dipilih sebagai calon agar masalah pilihan raya lalu tidak berulang sehingga berlaku penukaran senarai calon pada saat-saat akhir yang boleh menimbulkan masalah dalaman berpanjangan. Kesebelas, formula agihan kerusi termasuk penukaran kerusi sesama parti komponen perlu dirancang dan dibincang, bukan beberapa hari sebelum atau selepas pembubaran Parlimen. Perbincangan menyeluruh dari semasa ke semasa dengan nilai konsistensi dari semua pihak akan menguntungkan BN. Kedua belas, adakah BN sudah bersedia untuk 'menggempur' dengan perang saraf di ruang siber bersandarkan kepada matlamat untuk kekal di Putrajaya? Persoalan faktor 'X' mengapa pengundi perlu mengundi BN perlu diteliti sepenuhnya sebelum tarikh PRU-13 diumum. Ketiga belas, tarikan ke atas pengundi atas pagar yang memerhati, meninjau dan akan membuat keputusan di saat-saat akhir hari pengundian. BN perlu konsisten untuk memenangi kumpulan ini dan pendekatan BN juga perlu disesuaikan dengan kumpulan sasar seperti wanita, belia, orang kelainan upaya dan warga emas. PRU-13 penting untuk mendapatkan semula mandat besar bagi BN dan kesemua 13 indikator di atas boleh dijadikan rujukan ke arah tersebut. BN hanya dapat mengisytiharkan sudah bersedia jika masalah dalaman berjaya diminimumkan, manifesto PRU-12 dan doktrin Najib sudah dipenuhi, isu tempatan sudah diselesaikan, jentera mantap sebagai satu pasukan dan amalan skil berpolitik matang bersesuaian dengan persekitaran politik baru tanah air. Apa yang wajar dilakukan kini adalah mengambil kira pertimbangan dan pandangan Najib sepanjang pertemuan yang diadakan untuk kemenangan BN dan ia banyak bergantung kepada motivasi dan keazaman kepimpinan setempat untuk melakukan apa sahaja tanggungjawab yang belum diselesaikan demi masa depan BN. Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pilihan raya kampus, Utusan Rakyat dan Selangor Terkini Posted: Pilihan raya kampus, Utusan Rakyat dan Selangor TerkiniPilihan raya kampus, Utusan Rakyat dan Selangor Terkini PILIHAN raya kampus kali ini tercemar apabila tindakan sekumpulan mahasiswa membuat bantahan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan dan kerosakan harta benda universiti. Peristiwa berlaku di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sehubungan dengan itu, Sarfarizmal Saad (sarfarizmalsaad.blogspot.com) menganggap perbuatan kumpulan mahasiswa terbabit telah mencemarkan nama baik mereka sendiri yang sebelum ini disanjung tinggi kerana tahap intelektualnya. Katanya, walaupun tindakan ganas itu dilakukan segelintir daripada mereka, tetapi ia cukup mengubah tanggapan masyarakat terhadap keintelektualan mahasiswa keseluruhannya. "Demokrasi memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk membuat pilihan. Demokrasi, kerana ketidaksempurnaannya, juga mempunyai kelemahannya. Ketidaksempurnaan inilah yang digunakan oleh sesetengah pihak untuk menyalahgunakan demokrasi itu sendiri," katanya. Beliau berkata, sikap dan akhlak mahasiswa kita hari ini adalah penting kerana merekalah yang akan mencorakkan pembangunan bangsa dan negara pada masa depan. "Sekiranya pegangan kumpulan pro-mahasiswa masih berlandaskan 'keganasan', kemungkinan besar Malaysia akan menghadapi masalah serius seperti apa yang sedang berlaku di Timur Tengah. "Asasnya, kedaulatan undang-undang harus menjadi pegangan mahasiswa kerana tiada sesiapa boleh dikecualikan daripada undang-undang," katanya. Khairul Rizal Osman (khairulryezal.blogspot.com) pula berkata, pilihan raya kampus kali ini banyak dicemari keganasan dan insiden ala-penjenayah yang diketuai oleh beberapa mahasiswa yang sealiran dengan corak gerakan pembangkang di luar kampus. Beliau berkata, keganasan para mahasiswa itu juga boleh dikaitkan dengan tindakan kerajaan yang memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk berpolitik sehingga ada di antara mereka beberapa kali gagal dalam peperiksaan kerana terlaku aktif berpolitik. "Adalah diharapkan perjuangan yang menjijikkan berasaskan kepada tindakan ganas, samseng dan drama yang tidak berkesudahan ini hendaklah dihentikan dalam pilihan raya kampus. "Pihak kerajaan dan universiti seharusnya tidak tunduk dengan desakan pelampau kampus ini yang didalangi oleh pakatan pembangkang," katanya. Sementara blog RBF Online (ruangbicarafaisal.blogspot.com) yang mengulas tentang cadangan penerbitan akhbar Utusan Rakyat berkata, penerbitan akhbar berbahasa Melayu itu jelas didalangi oleh pihak pembangkang. Sambil mengemukakan salinan kertas cadangan penerbitan akhbar tersebut, penulis blog ini berkata, penerbitan akhbar yang kononnya berasaskan kebebasan, etika dan profesionalisme kewartawanan itu hanya untuk mengelabui mata orang ramai. "Sebenarnya, rancangan penubuhan akhbar Utusan Rakyat adalah rancangan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Untuk mengabui mata rakyat kononnya mereka tidak terlibat dalam penerbitan itu, maka mereka gunakan si kitol Hata Wahari (Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ) ) sebagai alat mereka. "Perkara ini telah dibincangkan dalam satu forum pada 15 Februari lalu yang mana dalam forum itu Hata yang kononnya bebas turut sama membentangkan kertas kerja bagaimana cara untuk menjatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) dan cara untuk menjahanamkan Utusan Malaysia. Manakala Adamyan dalam MyKMU.net (mykmu.net) di bawah tajuk "Utusan Rakyat vs Utusan Malaysia" pula berkata, PKR sengaja mahu menerbitkan Utusan Rakyat untuk mendekati orang Melayu, walaupun sebelum ini parti itu bermegah bahawa mereka ada sebuah parti pelbagai kaum. "PKR yang dulu megah dengan status pelbagai kaumnya, kini cuba nak jadi macam UMNO pula - memperjuangkan hak Melayu dalam perlembagaan. Maka itu nak diterbitkan satu akhbar yang hampir menyerupai Utusan Malaysia bagi mencapai hasrat itu. "Yang selama hari ini, dia sifatkan perjuangan mempertahankan hak Melayu dalam perlembagaan sebagai rasis itu apa? Dia gelar Utusan Malaysia itu akhbar rasis... itu dia dah lupa?," tulis beliau. Selain dua penulis di atas, isu Utusan Rakyat juga disentuh oleh penulis blog lain antaranya blog Kita Gempur (www.kitagempur.com), House PK (parpukari.blogspot.com) dan Media Permatang Pauh (mediapermatangpauh.blogspot.com). Sementara itu, blog Selangor Daily (www.selangordaily.com) membidas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin apabila mempersoalkan akhbar Selangor Terkini oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor yang dianggapnya sebagai penerbitan haram. Katanya, Faekah tidak sepatutnya ambil tahu tentang Selangor Terkini kerana penerbitannya tidak melibatkan sama sekali anggota pentadbiran kerajaan negeri, sedangkan kerajaan pembangkang turut menerbitkan akhbar mereka tanpa permit. "Faekah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM1 juta sebulan untuk penerbitan Selangor Times yang diterbitkan setiap minggu. "Mengapa perlu ada penerbitan Selangor Times, sedangkan kerajaan negeri telah menerbitkan Selangor Kini yang bertujuan menyampaikan maklumat kerajaan negeri kepada rakyat," katanya. Kata beliau, sikap Faekah yang melatah keterlaluan mengenai Selangor Terkini tidak ubah seperti ayam yang kokok berderai-derai, ekor penuh tahi. Kelolaan LUKMAN ISMAIL lukman@utusan.com.my Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 24 Feb 2011 01:07 PM PST 1,706 penuntut balik percuma Posted: 1,706 penuntut balik percuma1,706 penuntut balik percuma SEBAHAGIAN daripada 400 pelajar dari Pahang gembira apabila kerajaan negeri itu membuat keputusan menanggung perbelanjaan mereka kembali ke Mesir baru-baru ini.
PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menanggung tiket penerbangan kembali ke Mesir untuk 700 penuntut tajaannya yang pulang ke Malaysia menerusi Ops Piramid ketika berlaku pergolakan politik di negara itu baru-baru ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (gambar) berkata, Mara mempunyai seramai 1,500 penuntut tajaannya di Mesir dan daripada jumlah itu hanya 700 yang pulang ke tanah air manakala selebihnya tidak pulang kerana berada di tempat lain termasuk bercuti. Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama 101 ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan dan pengurus kewangan syarikat milik agensi di bawah kementerian itu di sini semalam, beliau berkata, pengurusan Mara juga diminta memastikan keselamatan penuntut berkenaan sebelum mereka pulang ke Mesir. "Perkara ini diuruskan dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)," katanya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu Posted: Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan laluPengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas. Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4. "Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Harga RON 95, diesel tidak naik Posted: Harga RON 95, diesel tidak naik Harga RON 95, diesel tidak naik HARGA petrol RON 95 dan diesel akan kekal walaupun harga minyak dunia meningkat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam. Menurut beliau, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan harga minyak dunia itu. "Kerajaan akan mengekalkan harga semasa dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah. "Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikkan harga RON 95 dan diesel," katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini. Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 24 Feb 2011 11:23 AM PST Peniaga OKU ditindas Posted: Peniaga OKU ditindasPeniaga OKU ditindas Oleh WAN RAHIMAH WAN DRAMAN kota@utusan.com.my
|
Cha Seah Nee (duduk, dua dari kiri) bersama rakan-rakannya menunjukkan salinan laporan polis mengenai kekasaran yang dilakukan oleh kakitangan MBPJ di Petaling Jaya, semalam.
|
PETALING JAYA 24 Feb. - Usaha golongan orang kurang upaya (OKU) untuk hidup berdikari dan mencari pendapatan sendiri ternyata tidak semudah yang dijangka. Malah, mereka turut menjadi mangsa penindasan pihak-pihak tertentu walaupun perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku. Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga OKU apabila tapak gerai yang telah diperuntukkan kepadanya sebelum ini cuba ditukar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Lebih menyedihkan, pihak berkuasa tempatan itu didakwa turut mengugut dan mengasarinya dalam usaha memaksa peniaga itu dan beberapa peniaga kecil lain berpindah dari gerai yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini. Insiden di pasar Taman Megah di sini itu didakwa berlaku sejak beberapa minggu lalu. Peniaga OKU, Cha Seah Nee, 39, berkata, dia tidak menyangka kakitangan MBPJ sanggup bertindak begitu kasar terhadap OKU sepertinya. "Saya bukan peniaga haram. Saya ada lesen dan telah diberikan tapak gerai untuk saya, sesuai dengan keupayaan saya sebagai OKU," katanya yang berkerusi roda kerana lumpuh kedua-dua belah kaki. Seah Nee ditemui pemberita selepas bersama empat peniaga lain membuat laporan di Balai Polis Sea Park hari ini berhubung tindakan kasar serta ugutan oleh pihak MBPJ itu. Mereka membuat laporan dengan bantuan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC). Kekecewaan sama turut dialami oleh Daisy Rani, 48, yang menjual bunga di kawasan itu. Menurutnya, dia telah diberi lesen untuk berniaga di salah satu tapak bahagian hadapan di pasar berkenaan sejak beberapa bulan lalu. "Tapi beberapa minggu lalu, pihak MBPJ tiba-tiba meminta dan mendesak kami mengosongkan tapak berkenaan dan berpindah ke bahagian belakang yang lebih jauh," katanya kesal. Tindakan itu bukan sahaja menyukarkan kami tetapi juga akan merugikan. "Kami tidak setuju kerana ia jauh dan menyukarkan kami untuk memunggah barang jualan," katanya. Sementara itu, Presiden ILTC, G. Francis Siva ketika ditemui berkata, MBPJ bukan sahaja telah mendiskriminasikan golongan OKU malah menyekat peluang mereka untuk hidup berdikari. Katanya, baru-baru ini, satu memorandum telah diserahkan kepada Ahli Majlis MBPJ, T. Anthony Siva Balan bagi membawa perkara itu kepada Datuk Bandar Petaling Jaya. Siva Balan yang menyifatkan tindakan itu sebagai kejam meminta Datuk Bandar menyiasat perkara itu bagi mencari punca tindakan tersebut diambil oleh MBPJ. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pasukan khas kutip tunggakan cukai RM27j Posted: Pasukan khas kutip tunggakan cukai RM27jPasukan khas kutip tunggakan cukai RM27j
|
Mazalan Md. Noor (kiri), Azman Yusoff (kanan) dan Emran Kadir melancarkan Ensiklopedia Who's Who Under The Administration Of Majlis Bandaraya Shah Alam di Galeri Wisma MBSA, Shah Alam, semalam.
|
SHAH ALAM 24 Feb. - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi mengutip tunggakan cukai yang kini ditaksirkan berjumlah RM27 juta. Datuk Bandar, Datuk Mazalan Md. Noor berkata, perangkaan sehingga bulan ini mendapati, ramai individu dan syarikat masih gagal menjelaskan cukai mereka termasuk yang tertunggak melebihi empat tahun. "Penubuhan pasukan itu yang berkuat kuasa serta-merta akan melibatkan lima pasukan terdiri daripada enam anggota penguat kuasa. "Mereka akan bertugas selepas waktu pejabat bagi mengesan pihak yang masih gagal menjelaskan tunggakan cukai," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ensiklopedia Who's Who Under The Administration Of Majlis Bandaraya Shah Alam di sini hari ini. Hadir sama, Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Tourism Book of Records (TMTBOR), Azman Yusoff. Menurut Mazalan, anggota pasukan khas itu dilantik di kalangan pegawai MBSA bagi menjimat kos operasi berbanding melantik agensi luar untuk mengutip tunggakan cukai tersebut. "Memandangkan anggota kita akan bekerja selepas waktu pejabat, kita mempertimbangkan untuk memberi imbuhan kepada mereka pada kadar lima peratus daripada setiap kutipan tunggakan cukai yang dibuat," katanya. Sementara itu, beliau berkata, ensiklopedia yang diterbitkan oleh MBSA dengan kerjasama TMTBOR itu akan diedarkan secara percuma kepada semua jabatan serta agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, perpustakaan, pusat komuniti dan syarikat korporat mulai Julai ini. Katanya, ensiklopedia yang mengandungi fakta dan maklumat terperinci dan terkini mengenai Shah Alam itu merupakan usaha MBSA bagi mempromosi bandar raya ini sebagai lokasi utama pelancongan, pelaburan, pendidikan dan sebagainya. Katanya, ensiklopedia sebanyak tiga siri itu memuatkan direktori syarikat yang beroperasi di bandar raya ini meliputi sektor perkilangan, kejuruteraan dan pertanian untuk memudahkan para pelabur memulakan operasi mereka di sini. Tambah beliau, perangkaan menunjukkan Shah Alam merupakan penyumbang tertinggi dari segi pelaburan pada tahun lalu dengan Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyebut negeri ini secara keseluruhannya mempunyai 325 projek melibatkan nilai pelaburan sejumlah RM10.6 bilion bagi tahun ini. "Melalui penerbitan ensiklopedia ini, kita harap ia membantu memudahkan lagi semua pihak khususnya pelancong dan pelabur untuk datang ke bandar raya ini," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jalan Tun Razak banjir Posted: Jalan Tun Razak banjirJalan Tun Razak banjir
|
PENGGUNA jalan raya terperangkap dalam kesesakan selepas hujan lebat menyebabkan sebahagian Jalan Tun Razak berhampiran Institut Jantung Negara ditenggelami air, semalam.
|
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Hujan lebat selama kira-kira setengah jam di ibu negara petang ini menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air hingga menyebabkan kesesakan. Di Jalan Tun Razak, berdekatan Institut Jantung Negara (IJN), air naik sehingga hampir menenggelami tayar kereta dan menyebabkan pergerakan kenderaan terhenti buat seketika. Tidak jauh dari situ, air turut menenggelami permukaan jalan berdekatan Kolej Telekom di Lorong Gurney hingga menyebabkan beberapa buah kereta terperangkap di dalam banjir kilat. Jurucakap Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, banjir berlaku di kawasan itu disebabkan kolam tebatan banjir di Keramat melimpah dan memasuki Sungai Gombak dan kemudian melimpah ke jalan raya di kawasan berkenaan. "Sebanyak lima atau enam buah kereta telah terperangkap di hadapan Kolej Telekom. Skuad penyelamat kami pihak kami dan bomba telah menghantar bantuan untuk mengalihkan kereta berkenaan," katanya apabila dihubungi. Katanya, kesesakan jalan raya dianggarkan berlaku sepanjang empat kilometer di Jalan Tun Razak akibat kejadian banjir kilat itu. Ujarnya, banjir kilat turut berlaku berdekatan bangunan Risda di Jalan Ampang dan satu lorong telah ditutup untuk mengelak berlaku kejadian tidak diingini. "Kami telah menutup lorong kiri kedua-dua arah di Jalan Tun Razak untuk membolehkan kenderaan melepasi kawasan itu. Bagaimanapun, kesesakan masih berlaku tetapi keadaan adalah terkawal," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
5 ulasan:
Adakah anda pernah penipuan pada masa lalu seperti saya kerana anda mencari pinjaman, Adakah anda pernah ditolak oleh bank-bank semasa memohon untuk pinjaman, adakah anda memerlukan pinjaman segera, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan atau pinjaman gadai janji dan anda keliru tentang bagaimana? Jangan lagi risau, kerana saya mendapat bantuan untuk anda dengan Pinjaman Mudah. i am benefisiari Mudah Pinjaman Limited. Mereka telah membantu saya dengan mudah, faedah yang rendah dan pinjaman cepat. Untuk maklumat lanjut, hubungi mereka di Easyloan@solution4u.com
Atau hubungi saya Wulan pada Wulanaditya2@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Mereka yang mencari bantuan keuangan atau di mana untuk mendapatkan pinjaman bulan suci Ramadan ini, periksa Clara Pinjaman, karena saya baru saja pinjaman saya dari mereka sekarang. Saya bertemu mereka melalui Linkedin (Clara Pinjaman), dan saya mengikuti arahan mereka dan saya mendapat pinjaman saya hanya setelah membayar biaya penerimaan saya, yang bagian dari itu digunakan untuk membayar sedekah untuk anak-anak muslim pengungsi dari Suriah. Conact mereka untuk pinjaman Anda saat Anda membantu anak Suriah juga.
Email: Claraloan@financier.com
Website: Claraloans.wordpress.com
Kami adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
bantuan, seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda akan melalui kewangan
masalah jika anda mempunyai keadaan huru-hara kewangan dan anda memerlukan dana untuk
memulakan perniagaan anda sendiri, atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau membayar
bil, memulakan perniagaan yang bagus, atau anda mendapati sukar
mendapatkan pinjaman modal dari bank-bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e - mail
joycerolandloancompany@gmail.com
"Jadi, jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja,
Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..
Nama awak: ______________________
Alamat anda: ____________________
Negara awak: ____________________
Tugas anda: __________________
Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
Tempoh pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nombor telefon: ________________
Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
Jika anda telah memfailkan pinjaman sebelumnya, di mana anda dirawat dengan jujur?
Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, keadaan huru-hara, dan cabaran
hubungi hari ini melalui e - mail: joycerolandloancompany@gmail.com
Hello, nama saya Julia Simon, mangsa penipuan di tangan peminjam palsu. saya telah kehilangan kira-kira $ 40,000 USD kerana saya memerlukan modal yang besar sebanyak $ 100,000USD. i hampir meninggal dunia, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. perniagaan saya telah dimusnahkan, dan dalam proses itu saya kehilangan anak saya. i tidak boleh berdiri ini berlaku lagi. pada Mac 2016, saya bertemu dengan seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Puan Julia Simon, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah syarikat. ibu yang baik saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan Allah terus memberkati anda. i juga suka menggunakan kesempatan ini untuk menasihati rakan-rakan Malaysia, bahawa terdapat banyak penipu di luar sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman, dan ingin mendapatkan pinjaman yang cepat, hanya mendaftar melalui Puan Julia Simon melalui e-mel: (juliasimon460@gmail.com ). anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini: (augustaibramhim11@gmail.com). jika anda mempunyai sebarang keraguan. sila dia adalah satu-satunya orang yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai.
Terima kasih.
Salam sejahtera!
Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan
Catat Ulasan