borak kosong Posted: 25 Feb 2011 09:14 PM PST Hasil x-ray yang mengerikan Posted: 25 Feb 2011 09:00 PM PST . Anak Afghanistan Ditusuk X-ray dari anak laki-laki Afghanistan 10 tahun ditikam di kepala dalam-dalam ketika dia berusaha untuk melindungi ayahnya dari seorang pelanggan yang mengamuk. Dia diselamatkan dan dioperasikan oleh Britain's Reserve Teritorial Angkatan Darat dan telah selamat dari insiden mengerikan ini.
. Tertusuk tombak sendiri Emerson de Oliveira Abreu menemukan pengalaman yang sangat mengerikan saat menyelam di lepas pantai Rio de Janeiro ketika otaknya tertembus dengan tombak 6 inch. Laporan mengatakan, dia sendiri memiliki tombak yang menusuknya, menembak ke arah karang tetapi memantul kembali, dan akhirnya menyucuk tulang tengkorak nya begitu dalam. Dia di bedah selama 5 jam sebelum dia sendiri terkejut dan menyatakan keluar dari bahaya. Wow!!!!!!!
.Gadis Cina yang Menyedihkan X-ray dari Luo Cuifen, seorang gadis Cina berusia 29 tahun yang ditemukan memiliki 23 jahit jarum dalam tubuhnya. Cui fen mengeluh tentang darah di urin ,akhir 2007 dan ketika dokter melakukan x-ray-nya, menemukan jarum jahit berada di tubuhnya, jarum itu berada di ginjal, hati, paru-paru dan organ vital lainnya. Telah ada spekulasi bahawa jarum dimasukkan ketika dia masih bayi, kerana beberapa jarum sudah patah berkeping-keping. Dia mengatakan bahawa datuk-neneknya pasti yang bertanggung jawab atas hal ini kerana mereka mengharapkan anak laki-laki ketika dia dilahirkan. Namun ini tidak akan pernah boleh membuktikan kerana kedua-duanya datuk-neneknya meninggal. Perasaannya pasti terluka mengetahui hal ini ...
Terhunus dalam tengkorak Michael Hill dari Jacksonville Florida ditikam di kepalanya dengan 7-inci pisau oleh orang tak dikenal yang muncul di depan pintu, 2007 lalu. Dia saat ini memegang Guinness World Records, "Objek Terbesar yang dikeluarkan dari tengkorak manusia."
Anak kecil dengan kunci kereta bersarang di otaknya Mengerikan! x-ray Nicholas Holderman ketika dia berusia 20 bulan. Dia dengan tak sengaja ditusuk dengan kunci di matanya ketika bermain di ruang tamu dengan kakak-kakaknya. Doktor mengeluarkan kunci dari matanya, tanpa kerosakan otak. TUHAN MAHA PENYAYANG!
Kecelakaan Nailgun X-ray Patrick Lawler, 23 menunjukkan empat inci paku tertanam di kepalanya, diambil bulan Januari 2005. Kecelakaan itu terjadi 6 hari lalu ketika Lawler mengalami kecelakaan di mana nailgun menjadi punca dan satu paku menembus mulutnya. Dia tidak melihat paku di mulutnya hanya sehingga dia merasakan sakit gigi yang sangat menyakitkan disertai dengan pandangan yang kabur.
Setelah bertemu doktor gigi dia menyedari apa yang ada di dalam kepalanya selama hampir satu minggu. Paku berjaya dikeluarkan setelah 4 jam operasi.Dia dikenakan sebanyakUS $ 100,000,untuk kos pembedahan itu
Kaki kerusi di dalam rongga mata Mengerikan. x-ray tengkorak Shafique el-Fahkri, remaja 19-tahun dari Melbourne, Australia. Dia dilarikan ke hospitalt pada Februari 2007, setelah dia diserang oleh remaja lain berusia 19 tahun setelah perkelahian di sebuah kelab malam. Dia dihunus dengan kerusi dan salah satu kaki kerusi itu menembus kepalanya, tepat di bawah matanya sehingga ke lehernya dan logam telah berhasil dikeluarkan dari kepala remaja setelah tiga jam operasi kompleks. | Pemerintah Swaziland pujuk pemudanya bersunat Posted: 25 Feb 2011 08:46 PM PST Meningkatnya angka penularan HIV/AIDS di Swaziland Afrika belakangan ini semakin meningkat. Sunat jadi solusi alternatif untuk mengatasinya, meski tak mudah bagi pemerintah setempat untuk memmujuk para lelaki agar mahu disunatkan. Maklum saja, di negara yang terletak di bahagian selatan benua Afrika tersebut sunat bukan satu budaya dan memang tidak dikenal dalam tradisi nenek moyangnya. Padahal menurut penelitian, sunat boleh mengurangi risiko penularan Human Immunodeficiency Virus (HIV) penyebab Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) hingga 50 peratus. Pemerintah Swaziland akhirnya melancarkan kempen besar-besaran untuk memmujuk lelaki agar mahu disunat secara sukarela. Sasaran yang dibidik adalah lelaki berusia 14 hingga 49 tahun, dengan target 80 peratus di antaranya harus sudah disunat pada April 2011. Kempen ini secara rasmi telah dilancarkan oleh jabatan kesihatan setempat pada Isnin, 21 Februari 2011. Perasmiannya ditandai dengan pelancara 4 klinik milik pemerintah yang akan melayani para lelaki jika ada yang berminat untuk disunat. Tidak tanggung-tanggung, pemerintah Swaziland menganggarkan dana US$ 15 juta digunakan untuk menjayakan kempen ini. Sebahagian di antaranya merupakan sumbangan dari Amerika Syarikat melalui United States Agency for International Development (USAID). "Tentu saja ini bukan solusi singkat jangka pendek, tapi kami tetap berharap kesannya boleh dirasakan dalam jangka panjang," ungkap koordinator kempen sunat sukarela, Ayanda qeketo seperti dikutip dari AFP. Menurut laporan Joint United Nations Programme, jumlah pengidap HIV di Swaziland pada tahun 2009 t sangat tinggi yakni 25,9 peratus dari jumlah penduduk yang mencapai 1,2 juta orang. Jika kempe sunat ini berhasil, diharapkan 88.000 kes baru penularan HIV boleh dicegah tahun ini. | Wanita Temukan Buaya di Balik Sofa Bersama Anaknya Posted: 25 Feb 2011 07:30 PM PST TRIBUNNEWS.COM, BRAZIL - Setelah banjir surut, seorang wanita di Brazil terkejut ketika di ruang tamu rumahnya ditemukan buaya dengan panjang 1,5 meter sedang berbaring didekat anaknya yang baru berusia tiga tahun Anaknya tersebut tanpa disedari sang ibu telah memainkan kepala buaya tersebut. Reptilia ini diduga dibawa oleh banjir . Menurut Luiz Claudio Farias, seorang ketua bomba di kota Parauapebas, ketika itu sang ibu berniat pergi dari rumahnya dan membersihkan rumahnya esok hari. Kemudia dia melihat anaknya sedang bermain dengan sesuatu di balik sofa. Ketika dilihat ternyata anaknya tersebut sedang bermain dengan seekor buaya. "Dia merebut anak itu, lalu pergi dan memanggil bomba," kata Farias seperti yang dikutip dari telegraph.co.uk. Beruntung buaya tersebut tidak kelaparan. Menurut Farias,jika buaya tersebut tengah lapar, tentu sianak kecil itu telah dibahamnya. "Jika ia (buaya) lapar, ia boleh membuat anak itu terluka parah atau bahkan dibunuh," ungkapnya. Petugas bomba kemudian menangkap dan membawa buaya tersebut ke tempat hutan terdekat dan membebaskannya. "Kota-kota di wilayah ini dibangun sangat dekat sungai dan hutan hujan, sehingga sering melihat haiwan seperti buaya dan ular masuk ke rumah-rumah penduduk," kata Farias. | Kucing beri isyarat bagus (thumbs up) Posted: 25 Feb 2011 06:40 PM PST Hebat kucing ni... saya petik dari kosmo online
LONDON - Satu klip video di laman YouTube menunjukkan seekor kucing memberikan isyarat bagus menerusi ibu jari kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam klip itu, terdapat seorang wanita yang bercakap dengan menggunakan loghat British meminta haiwan tersebut memberikan isyarat bagus.
Satu maklumat mengenai klip video itu di laman tersebut menyatakan bahawa kucing tersebut bernama Jimmy dan ia merupakan haiwan yang amat bijak walaupun boleh dianggap pemalas. - Agensi | Biar anak mati ,janji dapat main game Posted: 25 Feb 2011 05:36 PM PST Entah ap yang difikirkan oleh kedua mak bapak budak ni.... saya petik dari myMetro
TAIPEI: Pasangan rakyat Taiwan didakwa membiarkan bayi mereka mati kebuluran berikutan terlalu obses dengan permainan dalam talian hingga lupa untuk memberi makan bayi itu secara teratur, kata polis, semalam.
Bayi berusia setahun itu mempunyai berat empat kilogram atau separuh berat bayi seusianya ketika pasangan terbabit melaporkan kematiannya awal minggu ini.
Menurut akhbar harian Apple Daily, polis menemui bayi perempuan itu hanya tinggal tulang dan kulit dengan mata yang cengkung di katilnya bersebelahan skrin komputer dengan laman permaianan dalam talian masih terpasang. Pendakwa raya akan menyiasat mengenai punca kematian bayi itu dan akan memastikan sama ada ibu bapanya yang berusia awal 20-an itu bertanggungjawab atas kematian bayi malang itu.
Mereka menghadapi hukuman penjara dua tahun jika didapati bersalah atas dakwaan itu. - AFP | Budak 7 tahun bertubuh magnetik Posted: 25 Feb 2011 04:25 PM PST TEMPO Interaktif, Bogdan menjadi perhatian dunia. Kanak-kanak 7 tahun berasal Serbia ini memiliki tubuh seperti magnet. Sudu, garpu, pisau bahkan mikrofon boleh melekat di badannya. Sebelum terkenal dan menjadi berita di televisyen, keluarga Bogdan mengatakan bahawa ada anggota keluarganya yang memiliki kemampuan unik: bertubuh magnetik. Reporter MSNBC.com, Al Stirrett lalu mennghubunginya dan membuktikannya sendiri. Bogdan diminta menanggalkan pakaian dan benar saja, barang-barang yang mengandung besi boleh melekat di tubuhnya. Menurut keluarga Bogdan, budak ajaib ini memiliki kemampuan magnetik sejak lahir. Benda-benda itu baru bioleh lepas dari tubuh Bogdan jika dia memindahkan sendiri dengan tangannya. Uniknya lagi, bukan hanya besi yang boleh melekat di tubuh Bogdan. Piring dan mangkok Cina pun boleh. Piring dan mangkok yang ditaruh di dada Bogdan sama sekali tidak jatuh. Selama ini, keluarga Bogdan melarangnya untuk dekat-dekat dengan benda-benda elektrikk, seperti televisyen dan komputer, sebab tubuh magnetisnya boleh membuat televisyen atau komputer rosak. Tapi khabar baiknya dia tidak akan pernah kesulitan mencari remote TV. | Budak sekolah dengan seragam bromen dibawah kolong flat Posted: 25 Feb 2011 10:01 AM PST
After seeing this girl in uniform kiss a boy under the block of flats in the Chai Chee estate, STOMPer Raymond thinks that parents need to keep a closer eye on their children.
Said the STOMPer:
"This photo was taken at Chai Chee estate.
"The girl is even wearing her school uniform.
"She is behaving inappropriately.
"I think parents should keep an eye on their kids." | Kasih bapa sanggup gadai nyawa melawan buaya 3m demi anak Posted: 25 Feb 2011 09:30 AM PST Eddie Sigai (37th) selalu menemani kedua putrinya Jennifer (17) dan Monica (12) setiap kali berenang di sebuah sungai di daerah Weipa, pinggiran kota Queensland, Australia. Berenang di sungai tersebut merupakan kegiatan yang sudah selalu mereka lakukan sebelumnya tanpa ada masalah. Namun hari Sabtu lalu (12 Feb) adalah hari nahas buat Eddie. Ketika mereka asyik berenang selama hampir 3 jam, tiba-tiba ada sesuatu yang menggigit tangan kirinya dan menariknya ke dalam air. Buaya! Dari sinilah awal cerita bagaimana ayah kepada dua anak perempuan ini menyabung nyawa melawan buaya 3 meter demi menyelamatkan anak-anaknya. Mengetahui bahaya datang, Eddie berteriak menyuruh kedua anaknya keluar dari air. Sementara dia harus berjuang melepaskan diri dari pautan si raja sungai. "Saya fikir saya akan mati," Eddie menceritakan pengalamannya. "Yang ada di benak saya adalah keselamatan kedua anak saya. Dan ini memberi saya tenaga ekstra untuk melawan buaya itu." Jennifer dan Monica hanya boleh berteriak dari kejauhan, berharap ada orang lain yang datang membantu. Tapi kebetulan di sana hanya ada mereka bertiga. "10 menit berasa lama sekali! Sempat saya mengingat program dokumenter di televisyen bagaimana seorang pawang buaya menyelamatkan diri dengan melukai matanya. Akhirnya saya berusaha mencari matanya dan mencolok sekeras-kerasnya sambil menarik tangan kiri dari gigitannya." Eddie yang oleh teman-temannya dijuluki 'Crocky Balboa', berhasil lepas dan berlari ketepian menuju ke kereta Jennifer yang sesungguhnya belum boleh memandu akhirnya mampu membawa ayahnya ke hospital umum Weipa meskipun dengan menggunakan gear 2 di sepanjang perjalanan. Buaya ini memberi Eddie kenang-kenangan bekas gigitan di tangan kiri dan luka cukup dalam di bahagian punggung yang membuatnya harus duduk di wad selama 2 hari. | Remaja 11 tahun diTangkap karena Mengancam Guru dengan Gambar Pistol Posted: 25 Feb 2011 08:45 AM PST Seorang remaja 11 tahun ditangkap polis kerana mengancam guru dengan gambar pistol dan tongkat (dailymail.co.uk). Remaja bernama Tim dari Arvada, Colorado, yang dijemput polis di rumahnya untuk ditahan setelah membuat sebuah gambar bertuliskan 'guru harus mati'. Tim yang sedang menjalani terapi di Attention Deficit Disorder. Membuat gambar tersebut hanya sebagai ungkapan kemarahan, seperti yang dianjurkan oleh terapisnya, Dr Patrick Bacon, "... jika kamu sedang marah, buatlah sebuah gambar, itu lebih baik daripada mengganggu kegiatan kelas." Setelah melukis gambar dengan pensil, Tim merasa lebih tenang. Kemudian gambar tersebut dibuangnya ke sampah. Tetapi guru mengambilnya, membawa ke kepala sekolah untuk kemudian melapornya ke polis. "Saya tidak menemukan kesalahan apapun pada anak saya," kata ibu Tim. "Dia hanyalah seorang remaj 11 tahun dan tidak ada maksud untuk merugikan siapapun." Polis sudah memutuskan untuk memberikan hukuman percubaan. Jika Tim berkelakuan baik, maka akan segera dilepaskan. Apakah ini hukuman ini sesuai untuk remajaberusia 11 tahun? | Orang lain belajar dia orang sibuk beromen dalam kelas Posted: 25 Feb 2011 07:26 AM PST Hebat betul kedua orang pelajar ini..member-member lain sibuk belajar..mereka pulak dok sibuk beromen..lansung tak ada perasaan hormat kepada kawan-kawan dan juga cikgu dia. | Kematian Mary Reeser Yang Masih Misteri Dan Tiada Jawapan Posted: 25 Feb 2011 06:00 AM PST Kejadian Kematian Mary Reseer ini adalah kejadian luar biasa yang tidak boleh di jelaskan dengan akal sihat, Mary wanita yang lahir pada tahun 1881 ini di temukan dalam keadaan meninggal dunia dengan seluruh tubuh yang hangus terbakar oleh api di Florida pada tahun 1951,tapi yang membuat hairan kaki kirinya masih utuh mulus dan tanpa cacat sedikitpun meskipun seluruh tubuhnya hangus,dan tentunya ini sangat tidak masuk akal dan mustahil. Lebih jelasnya api hanya membakar tubuh Mary saja kerana ketika ditemukan diruangan dimana dia meninggal,ruangan itu tidak terbakar,padahal suhu api begitu tinggi sama dengan suhu api yang seharusnya membakar semua ruangan bukan hanya tubuh wanita itu. Hal ini telah di tangani FBI untuk menyelidiki kes ini dan meminta bantuan ahli Forensik untuk membantu penyelidikan namun tetap saja tidak boleh menjelaskan kenapa boleh terjadi kejadian seperti ini,sungguh diluar dugaan mereka," Saya benar-benar sulit mempercayainya tubuh wanita yang terbakar dengan suhu yang sangat tinggi namun tidak membakar kaki yang masih sangat utuh dan mulus" .Apa yang sebenarnya terjadi di malam 1 Julai 1951 tersebut ?? Hanya pertanyaan besar yang ada di dalam fikiran penyelidik dan orang orang yang mengetahui kes ini," ini benar benar suatu misteri yang tidak boleh di fikir dengan akal sihat,seharusnya dengan suhu tinggi seperti itu ruangan ini seluruhnya habis terbakar.ini benar-benar kejadian yang sangat luar biasa yang pernah saya lihat " ungkap Profesor Krogman dari University of Pennsylvania's School of Medicine rambutnya pendek dengan wajah nampak ketakutan. Saya merasa seperti tinggal di abad pertengahan dimana orang orang banyak membicarakan tentang sihir dan black magic " tambahnya lagi. Kejadian ini termasuk diantara Misteri-misteri dunia yang tak terpecahkan hingga sekarang | Ada Website Khas Untuk Wanita Simpanan Posted: 25 Feb 2011 05:32 AM PST VIVAnews - Sejumlah wanita yang menjadi simpanan lelaki beristeri di China tak ragu mengungkap status hubungan mereka. Sebagai sesama 'isteri' simpanan, mereka membangun komuniti di dunia maya untuk bertukar-tukar kisah dan pendapat. Ssebuah situs onlinewww.xeixe.com, mereka berbincang dan saling membahagikan cara untuk memeras wang lebih banyak dari pasangan masing-masing. Bahkan, saling bertukar pasangan. Selain perihal hubungan terlarang, mereka juga membangun sejumlah topik hangat seperti tempat belanja, operasi pembesaran payudara, hingga pencarian 'mangsa' baru. Surat Khabar pemerintah China, Shanghai Daily, mengungkap, seluruh wanita itu mengaku sebagai selingkuhan lelaki kaya yang telah menikah. Mereka jujur menikmatinya atas motif ekonomi. Majoriti mengaku mendapat pendapatan bulanan selain kereta apartment, dan taburan hadiah mewah lainnya. "Kami tak perlu bekerja, kerana para kekasih kamilah yang akan menggaji kami dengan bayaran tinggi," ujar mereka, seperti dimuat Indian Express. Situs berlangganan ini sangat private. Dioperasikan sekelompok wanita yang menamakan diri 'China's Association for Mistresses' atau 'PersatuanWanita Simpanan China' sejak tujuh bulan lalu, situs ini hanya dapat diakses para anggota. Seramai 700 wanita yang mengklaim diri sebagai wanita simpanan sudah bergabung di sana. Mereka menyebut diri sebagai wanita profesional yang berani, sopan, namun tak terbelenggu nilai-nilai tradisional China. Pada 3 March mendatang mereka akan mengadakan festival untuk menunjukkan eksistensinya. Tarikh itu sengaja dipilih kerana 3 menggambarkan posisi mereka sebagai orang ketiga dalam hubungan. Mereka mengingatkan para lelaki tidak meremehkan keberadaan mereka. Mereka tak ragu akan membuka aib ke publik jika disakiti. Laman The Huffington Post menambahkan, berdasar data tahun 2008, wanita simpanan menyumbang lebih 30 peratus penjualan produk mewah di China. Hampir semua wanita simpanan ditaburkan hadiah mahal sebagai wujud kasih sayang dari pasangan mereka. | Berani anda mandi macam budak ni? Posted: 25 Feb 2011 04:00 AM PST Mandi adalah salah satu aktiviti seharian kita. Inibertujuan untuk membersihkan badan atau menyegarkannya kembali. Umumnya mandi dilakukan secara santai sehingga semua tubuh boleh dibersihkan. Namun,bagaimana kalau mandi dilakukan seperti yang dilakukan oleh budak ini.Berani anda mandi sepertinya? Siap gosok lagi…… | Cara membuat kasut lebih menarik Posted: 25 Feb 2011 03:00 AM PST Amacam ok tak idea ni....???? | Di Shanghai Boleh Pelihara Anjing, tetapi Satu Saja! Posted: 25 Feb 2011 02:00 AM PST KOMPAS.com — Warga Kota Shanghai harus taat pada peraturan soal anjing. Kerana pemerintah kota sudah mengesahkan peraturan pembatasan jumlah anjing peliharaan di dalam satu rumah. Nama peraturan itu, tulis China Daily pada Khamis (24/2/2011), adalah satu anjing dan satu pohon untuk satu rumah. Menurut rencana, peraturan itu ermula 15 Mei tahun ini. Menariknya, andai anjing di satu rumah beranak, pemilik rumah mesti menyerahkan anak anjing itu ke pemilik rumah lainnya yang belum memiliki anjing. Alternatif lain, pemilik anak anjing boleh juga menyerahkan haiwan itu ke badan pemeliharaan anjing yang disetujui pemerintah sebelum anak anjing itu berusia tiga bulan. Meski demikian, harian tersebut menambahkan, setiap orang yang ketika ini memiliki dua atau lebih anjing berlesen tetap dibolehkan untuk memelihara mereka. Jumlah warga yang memiliki anjing bertambah seiring dengan meningkatnya jumlah warga kelas menengah China. Akibatnya, populasi anjing peliharaan Shanghai diperkirakan mencapai 800.000 ekor, menurut pemerintah. Hanya seperempat dari jumlah itu yang berdaftar. Pemerintah menerapkan undang-undang yang lebih ketat kerana bunyi gonggongan tidak terkawal, kotoran dibuang sembarangan, dan risiko serangan anjing bertambah. Terdapat sekitar 58 juta anjing peliharaan di 20 kota utama China pada akhir 2009. Angka tersebut meningkat 30 peratus setiap tahun berdasarkan survei majalah Dog Fans yang berpejabat di Beijing. Pemilik haiwan peliharaan di China membelanjakan sekitar 2 juta dollar AS setiap tahun untuk membiayai binatang mereka, menurut pendiri laman situs internet di Shanghai Petizens.com. Laman ini mirip seperti Facebook, tetapi untuk haiwan peliharaan. | Menteri pun kaki plagiat Posted: 25 Feb 2011 01:30 AM PST Menteri Luar Negeri Jerman, Karl Theodor zu Guttenberg
REPUBLIKA.CO.ID, BERLIN – Khabar memalukan datang dari kabinet Jerman. Gelar doktor Menteri Pertahanan Jerman, Karl-Theodor zu Guttenberg, secara resmi dilucutkan setelah universiti tempat dia mengambil ujian memutuskan dia telah melakukan pelanggaran serius terhadap standard perguruan tinggi. Karya tulisnya dipenuhi plagiarisme. Karl-Theodor, yang baru-baru ini mengambil alih posisi Angela Merkel sebagai ahli politik paling popular di Jerman dalam jejak pendapat, mengaku di depan parlimen Jerman, Rabu (23/2), bahwa dia melakukan kesalahan serius dalam karya akademiknya. Ketika dia menyelesaikan pengajian pada 2006 dia telah menjadi anggota parlimen. Dia mengatakan ketika itu dia begitu dibebanii dengan pekerjaan menulis sementara dia tengah mula berkeluarga dan mengawali karier politiknya. Dia mengaku terlalu sombong kerana meyakini bahawa dia mampu melakukan semua peranan itu dalam waktu bersamaan. "Saya tidak sungguh-sungguh berniat curang, namun memang membuat kesalahan serius," demikian pembelaan Karl-Theodor yang langsung disambut cemuhan oleh anggota dewan. Sebelum melakukan pembersihan diri di Bundestag–nama gedung parlimen Jerman–politikus berusia 39 tahun ini melayangkan surat kepada Universitas Bayreuth. Dia meminta mereka mencabut gelar doktornya. Dalam waktu 24 jam permohonannya diluluskan. Pada Rabu malam universiti mengeluarkan pernyataan bahawa Karl-Theodor tak boleh lagi menyebut dirinya Dr. Karl-Theodor zu Guttenberg, kini digelar Googleberg, cuba menghilangkan badai yang menimpanya setelah skandal itu di bingkar minggu lalu. Dia dengan bangga menyebut plagiarisme itu sebagai 'hal fantastis'. | [Gila]Di AS Serah Password Facebook Jadi Syarat Meminta Kerja Posted: 25 Feb 2011 12:45 AM PST MARYLAND (Berita SuaraMedia) – Beberapa perusahaan mulai mengakses profile Facebook para calon karyawan, untuk meneliti latar belakang dan sifat-sifat mereka. Namun apakah dapat dibenarkan jika password Facebook pun harus diserahkan? Kontroversi ini terjadi di Amerika Syarikat. Seorang calon pekerja diharuskan menyerahkan password Faceboook pada tempat kerjanya. Pencari kerja bernama Robert Collins ini tidak dapat menerima syarat ini dan mengadu ke lembaga American Civil Liberties Union (ACLU) untuk meminta bantuan. ACLU pun menghantar surat protes pada Maryland Department of Public Safety and Correctional Services, tempat Collins meminta kerja. Mereka menyebut kwajiban penyerahan password Facebook adalah menakutkan dan satu tindakan yang salah terhadap privasi pencari kerja. Collins memang pantas marah, kerana dia sebenarnya adalah pekerja lama di department itu. Bercuti selama 4 bulan kerana sakit, dia diharuskan meminta semula yang salah satu syaratnya, harus memberikan password dan username Facebook.Dan ternyata tak hanya Collins, ternyata semua calon pekerja yang melamar pun diwajibkan melakukan hal serupa. Seperti diberitakan Cnet, tindakan seperti ini dipandang berlebihan dan melanggar privasi seseorang. "Tindakan ini adalah invasi total (terhadap privasi-red) dan terlalu berlebihan," demikian kata Collins. Dia jelas tidak mahu bosnya mengakses account Facebook miliknya. | Ada Aiskrim Yang Dibuat Dari Air Susu Ibu.,Macam mana Rasanya? Posted: 24 Feb 2011 11:20 PM PST Hidayatullah.com–Sebuah perusahaan pembuat aiskrim akan memperkenalkan produk barunya yang terbuat dari susu ibu pada hari Jumat ini. Icecreamist akan menjual produk aiskrim air susu ibu yang diberi nama 'Baby Gaga' di restorannya yang berada di Covent Garden, England.. Matt O'Connor tuan punya Icecreamist yakin, aiskrim seharga 14 pound atau 23 dolar untuk satu porsi itu akan diminati ramai orang. Menurut lelaki berasal Hempshire berusia 44 tahun itu, aiskrim ini hanyalah satu dari belasan rasa baru ekstrim yang ditawarkan perusahaannya. Resepi Baby Gaga dibuat dari campuran air susu ibu, vanila Madagaskar dan lemon. Ketika mendengar aiskrim yang terbuat dari susu ibu kata O'Connor, sebahagian orang mungkin akan merasa jijik. Tapi sesungguhnya produk itu murni dan organik, benar-benar alami. "Saya makan Baby Gaga pagi ini dan merasa sihat," katanya, seperi dikutip Parent Dish (23/2). Victoria Hilley (35), seorang ibu asal Leeds, sebelah utara England, telah memberikan satu liter air susunya kepada Icecreamist. "Apa ruginya menggunakan aset milik saya untuk mendapatkan sedikit wang tambahan?" katanya. Bagi Hilley selain menyihatkan, susunya juga membantu dia mnambah pendapatan ekonominya, berupa wang hasil penjualan air susunya Bersama dengan 14 wanita lainnya, Hilley dibayar 15 pound untuk setiap 10 ounce susu yang berhasil dikumpulkan dengan mengepam. Hilley tertarik untuk menjual air susunya setelah membaca iklan Icecreamist yang dipasang di forum Mumsnet.* | Guna hantu peludah untuk melariskan makanan? Posted: 24 Feb 2011 10:45 PM PST Hantu Peludah adalah hantu yang di pakai sebagai penglaris makanan. Dikatakan peludah kerana sebelum di sajikan kepada pelanggan, makanan ini di ludahi akan menjadi terasa nikmat dan pelanggan akan ketagihan untuk datang ke warung makan tersebut. Hawa yang terbawa oleh lidah tersebut ternyata juga mampu menambah rasa makanan yang di sajikan itu, Bahkan kadang -kadang jika di rasa kurang maka tindakan meludah itu dilakukan sampai dua kali atau tiga kali secara berturut-turut, Namun kadang tidak semua pemilik warung tahu tindakan apa yang sebetulnya dilakukan oleh hantu pieliharaannya dalam rangka membuat laris warungnya, yang mereka tahu hanya bahawa mereka memagari warung tersebut dengan energi penglarisan yang diperolehnya entah dari orang pintar ataupun hasil dari dia melakukan kegiatan ritual tertentu di tempat-tempat yang di anggap keramat. Efek dari tindakan hantu ini di samping membuat enak masakan yang di sajikan juga membuat energi negatif akan masuk ke tubuh orang yang memakan masakan tersebut, di sisi lain kadang jika orang yang memakan masakan yang di ludahi itu kebetulan adalah orang baik-baik perilaku dan muatan spiritualnya, maka kadang setelah memakan makanan yang di ludahi, beberapa waktu kemudian dia akan merasa mual dan mungkin juga muntah-muntah. Hal ini terjadi kerana hawa yang masuk dari makanan tersebut berlawanan dengan energi posistif yang dimiliki oleh orang itu kerana perbuatan dan karakter baiknya. Jika hal itu terjadi maka automatik, energi negatif yang masuk tadi akan keluar. | |
Gosip Artis Malaysia Posted: 25 Feb 2011 07:40 PM PST Kontroversi 'Halimah Jongang', Sheera Hilang Tawaran Berlakon Posted: 24 Feb 2011 08:47 PM PST Sheera dan Aznah Hamid SUBANG JAYA: Pelakon Sheera Iskandar mengakui selepas tamat penggambaran dramaHalimah Jongang bersama produksi milik A.Aida, dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon. Menurut Sheera, dia bertambah kesal apabila kontroversi dituduh "melanggar kontrak" A.Aida sebelum ini telah memberi kesan teruk terhadap kerjaya sebagai seorang pelakon. "Perkara ini memberi kesan yang agak teruk kepada saya terutama dalam industri. Ramai produser yang takut untuk ambil saya berlakon kerana telah dituduh tamak dengan tawaran. Saya tahu ada yang penyampai dan bercakap-cakap tentang perkara itu kepada penerbit-penerbit drama. "Drama Iparku Diva yang sedang saya lakonkan sekarang itu pun sudah ditandatangani sebelum kontroversi Halimah Jongang berlaku. Kalau tidak, saya tak tahulah apa jadi dengan nasib saya," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Pengacara dan Penyampai untuk Anugerah Bintang Popular, di sini, Khamis. Tambah Sheera, di kecewa apabila kontroversi tersebut telah menjadikannya mangsa sehingga hampir membunuh kerjayanya sebagai pelakon. "Saya malu untuk keluar menemui orang ramai terutamanya di tempat awam. Mereka yang tidak faham pasti akan menyalahkan saya seratus peratus. Jika duduk di rumah pula rasa sangat tertekan. Kalau saya terlalu fikirkan perkara itu, badan boleh jadi sakit-sakit. "Saya juga tak boleh tengok rambut palsu dan topi kerana sentiasa teringatkan watak Halimah Jongang yang hampir membunuh kerjaya saya," katanya. Bagaimanapun, menurut Shira dia menganggap kejadian itu sebagai dugaan dalam bidang lakonan dan percaya kepada rezeki daripada Allah. Ketika ditanya tentang tindakan susulan daripada tuduhan-tuduhan yang pernah dilemparkan oleh pemilik A.Aida Production itu, Sheera hanya memberitahu dia memilih untuk berdiam diri. "Kami tak akan ambil apa-apa tindakan kecuali dia sudah memulakan dahulu. Tapi sehingga kini belum ada apa-apa lagi perancangan. "Walaupun begitu, kami juga ada meminta pandangan dan khidmat nasihat daripada peguam tentang perkara ini. "Mereka menasihatkan agar berdiam dan tunggu apa yang akan mereka lakukan terlebih dahulu. Lagipun kes saman-menyaman ini perlukan kos dan bukan percuma," katanya. | Shahir Disyaki Sakit Kanser Hati Posted: 24 Feb 2011 08:42 PM PST Shahir membuat persembahan pada majlis meraikan pencalon kategori penyanyi dan penyampai radio popular ABP. Foto TheStar RICKY LAI KUALA LUMPUR: Bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, dipercayai menghidap kanser hati selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu. Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya melalui sembilan jenis ujian dan salah satu hasil ujian mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah. "Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi, Selangor selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya peroleh. "Bagaimanapun, saya telah membuat ujian darah yang sama di hospital lain untuk mendapatkan pengesahan sebenar tentang penyakit tersebut dan Alhamdulillah, selepas diperiksa, penyakit saya ini belum sampai ke tahap serius. "Mungkin kerana masalah pemakanan serta tekanan membuatkan kesan terhadap hati saya. Setakat ini saya masih lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan keputusan baru akan diketahui pada minggu depan," katanya. Tambah Shahir, gara-gara penyakit tersebut, dia mengambil langkah untuk berehat seketika daripada sebarang publisiti serta persembahan nyanyian pada tahun lalu. "Bila saya perlukan ruang untuk berehat, timbul pula cerita yang saya tidak berdisiplin dan menghilangkan diri, semua itu adalah tidak benar. "Sampaikan saya terpaksa menunjukkan surat doktor kepada beberapa pihak untuk memberikan penjelasan kerana saya enggan menimbulkan spekulasi," ujarnya. Walaupun terpaksa bergelut dengan penyakit dan kontroversi, Shahir menerima keadaan itu seadanya memandangkan dia faham, sebagai seorang selebriti, pelbagai dugaan yang perlu ditempuh. Pada hujung tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dikatakan mula menghadapi masalah disiplin apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir. Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 di I-City, Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman, berkata kesihatan penyanyi itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran di kampungnya. | Ainul Aishah Kemalangan Selepas Habis Penggambaran Posted: 24 Feb 2011 08:39 PM PST Kereta Ainul Aishah yang rosak teruk akibat kemalangan Selasa lalu. PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aishah mengakui akibat terlalu tergesa-gesa untuk pulang menonton drama lakoanannya menyebabkan dia mengalami kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu. Kata Ainul, selepas menjalani penggambaran salah satu daripada beberapa episod drama Begitukah Cinta kira-kira pukul 6.45 petang, dia berhasrat untuk pulang segera menonton episod terdahulu drama itu. "Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak. "Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja," ujarnya. Ainul Aishah Kereta jenis Honda City tersebut mengalami kerosakan agak teruk dan kini sedang dibaiki di sebuah bengkel di Kuala Lumpur. Tambah Ainul, biarpun tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tetap berasa terkejut dan lebih berwaspada ketika memandu. "Akibat kemalangan itu, kereta saya mengalami kerosakan agak teruk dan kini berada di bengkel. Buat masa ini saya gunakan kereta abang saya sementara menunggu kereta tersebut siap dibaiki. "Walaupun saya rasa itu kemalangan kecil tapi saya seperti takut untuk memandu. Saya lebih banyak menekan brek dan tidak mahu memandu dengan jarak yang dekat," katanya. Tambah Ainul, dia mengakui sikap tergesa-gesanya mendatangkan bahaya kepada banyak pihak dan menganggap perkara tersebut sebagai pengajaran kepadanya. "Saya sedar ia mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada saya tetapi kepada pihak lain. Allah selepas ini saya lebih berhati-hati," katanya. | Bunkface tanpa Sam Posted: 24 Feb 2011 08:35 PM PST
BUNKFACE dari kiri: Paan, Sam dan Youk.
SEJAK tertubuhnya band baru The Azenders, vokalis band Bunkface Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Bahrom dikatakan bakal menarik diri daripada Bunkface. Malah berita itu dilihat semakin hangat apabila hanya dua ahli Bunkface iaitu Farouk Jaafar (Youk) dan Ahmad Farhan Hashim (Paan) yang kelihatan pada majlis pelancaran program terbitan RTM Xpresi Kembara yang berlangsung di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini. Bahkan pada majlis tersebut, Youk dan Paan turut membawa seorang penyanyi baru naungan Bunkface Production Sdn. Bhd. iaitu Myo yang dikhabarkan bakal menggantikan tempat Sam andai dia meninggalkan Bunkface kelak. Paan dan Youk menegaskan Sam masih lagi ahli Bunkface dan berita dia meninggalkan Bunkface hanyalah khabar angin. "Itu hanya khabar angin, Sam masih bersama Bunkface. Dia tidak dapat hadir ke majlis ini kerana dia kini sibuk dengan promosi band The Azenders yang merupakan projek sampingan Sam," ujar Paan. Disoal lagi, sampai bilakah keadaan ini akan berlarutan dan adakah benar jodoh mereka bersama Sam akan berakhir tidak lama lagi? Jawab Youk: "Saya tidak tahu jodoh kami sebagai sebuah band akan bertahan sampai bila. Kemungkinan untuk Sam keluar daripada Bunkface saya tidak tahu bila. Tetapi sekarang apa yang boleh saya cakap dia masih bersama kami." Bagaimanapun Youk tidak menafikan wujud perselisihan faham antara mereka dan perkara itu bertambah berat apabila Sam memberi lebih tumpuan kepada The Azenders. MYO (tengah) bersama Paan dan Youk pada majlis pelancaran program Xpresi Kembara oleh TV1. Myo menggantikan Sam yang sedang sibuk dengan promosi band sampingannya, The Azenders.
"Kami tidak bergaduh, kami masih baik dan akan sentiasa baik sampai bila-bila. Kalau berselisih faham itu biasalah, rasanya semua band pun alami perkara yang sama. Tetapi perselisihan faham itu bertambah berat bila wujudnya The Azenders. Tetapi semua perselisihan faham itu hanya kerana muzik tidak ada perkara lain," katanya. Jelas Paan pula, dia dan Youk masih berhubung dengan Sam, malah masih bersama menguruskan Bunkface Production. Dia berjanji, jika benar Sam akan keluar daripada Bunkface, ia akan diumumkan secara rasmi. Youk kemudian memberitahu, isu Sam mahu keluar daripada Bunkface merupakan dugaan terbesar mereka sebagai sebuah band dan berharap mereka dapat melaluinya sebaik mungkin. "Ini memang dugaan buat kami. Saya sendiri tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku. Sebenarnya perkara ini orang nampak semakin berat kerana Sam kini sedang dalam rangka promosi band barunya. Hubungan persahabatan kami masih lagi seperti dahulu. Walau apa pun yang terjadi, saya berharap peminat Bunkface akan terus menyokong muzik kami," jelas Paan. | |
Utusan Online - Hiburan Posted: 25 Feb 2011 03:08 PM PST Akua Ekstrem di TV2 Posted: Akua Ekstrem di TV2Akua Ekstrem di TV2 DESTINASI taman tema air tempatan terkenal, A'Famosa Resort di Alor Gajah menjadi medan pertarungan peserta-peserta Akua Ekstrem - rancangan realiti terbaru RTM- yang disiarkan di TV2. Program 26 episod itu yang akan bersiaran mulai esok merupakan rancangan realiti televisyen pertama berasaskan permainan air di negara ini. Ia akan ke udara setiap hari Ahad selama satu jam dari pukul 6 petang hingga 7 malam. Disamping menonjolkan persaingan antara peserta, program itu juga menjanjikan suasana amat menyeronokkan, dramatik dan komedi, di mana peserta-peserta akan menempuh cabaran dan halangan untuk memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai RM30,000. Akua Ekstrem diterbitkan oleh Triomedia Sdn. Bhd. dengan kerjasama RTM. Bagi menjayakan program realiti itu, kos sebanyak RM5 juta telah dilaburkan bagi meningkatkan kemudahan dan kelengkapan prasarana di pusat peranginan terkemuka Taman Tema Air A'Famosa. Bagi pelancaran rancangan realiti itu, pentas serta gelanggang baru telah dibina untuk memastikan program yang berasaskan aktiviti air itu berjalan dengan lancar. Berkonsep 1Malaysia, program itu dijayakan oleh hos dan selebriti terkenal Malaysia diterajui oleh Nazaruddin Habibur Rahman selaku pengacara, pelakon dan penerbit. Nazaruddin bukanlah nama asing dalam bidang seni negara setelah muncul dengan gelaran Favorite TV Host di Anugerah SHOUT! 2009. Dia juga adalah teraju utama rancangan The breakfast Show, Budget '07 on 07 dan pengacara bagi Selebriti Karaoke serta hos untuk Anugerah Industri Muzik di NTV7. Di samping itu dia juga merupakan pengacara My Starz LG, My Australian Adventure di TV3 dan pelakon utama siri Ghost di 8TV yang memenangi anugerah televisyen bersiri, SHOUT! Awards 2009. Nazaruddin disokong oleh penyampai dan pelakon Chin Yin Yee selain model dan pelakon Sangeeta Krishnasamy dalam menjayakan program Akua Ekstrem itu. Seramai 250 peserta terdiri daripada pelbagai keturunan dari seluruh negara telah menyertai acara pertandingan air lasak ini. Di bahagikan kepada tiga kumpulan terdiri daripada lelaki dan wanita berumur 16 hingga 45 tahun yang terpaksa merangkak, melompat dan bergayut dalam cubaan mereka untuk melepasi halangan dan rintangan. Hadiah-hadiah menarik telah ditawarkan kepada para peserta yang mampu dan berjaya menempuh lapam halangan yang disediakan seperti pakej-pakej percutian, jam tangan mewah, telefon bimbit dan hamper. Akua Ekstrem adalah satu aktiviti yang sesuai pada semua peringkat umur dan kaum selain dapat meningkatkan kesihatan kekuatan fizikal dan mental individu. Ia juga dapat mengwujudkan semangat kerjasama berkumpulan dalam menghadapi cabaran serta halangan. Untuk itu jangan kemana-mana, saksikan Akua Ekstrem setiap Ahad, pukul 6 petang hingga 7 malam bermula esok (27 Februari) hanya di TV2. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Cinta baru Jason Godfrey Posted: Cinta baru Jason GodfreyCinta baru Jason Godfrey Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my Gambar MUHAMAD IQBAL ROSLI
|
JASON Godfrey mengakui bidang pengacaraan adalah cinta barunya kini.
|
HAMPIR separuh daripada hidupnya dihabiskan dengan berkelana di seluruh dunia bagi meluaskan lagi pengaruh sebagai model terkemuka. Sejak menceburkan diri dalam bidang peragaan lebih sedekad yang lalu, Jason Godfrey mengakui telah melalui pelbagai cabaran sehingga dia sendiri merasakan ada kalanya begitu bosan dengan pekerjaan tersebut. Memang benar katanya, jika dilihat secara luaran, dunia model memang menjanjikan kemasyhuran dan populariti yang mampu dikecapi sekelip mata. Namun, ada kalanya pekerjaan itu dilihat sebagai sesuatu yang tidak masuk akal terutama sekali ketika uji bakat. "Pernah sekali saya menghadiri uji bakat untuk satu iklan minuman ringan. Saya perlu berlakon seperti mana yang diarahkan oleh syarikat pengiklanan itu. "Saya tidak mempunyai masalah untuk menggunakan imaginasi dan kreativiti. Tetapi untuk berlakon seolah-olah saya disedut dalam mesin vendor minuman. Bagi saya itu adalah mengarut. "Bagaimana saya hendak melakukan aksi tersebut sedangkan ketika itu tiada apa-apa dalam bilik itu untuk membantu saya. Hasilnya, ia kelihatan sungguh tidak cerdik sekali," ujar Jason sambil disulami ketawa kecil ketika menceritakan pengalamannya. Jejaka kacukan Kanada-Filipina berusia 33 tahun itu ditemui dalam satu pertemuan yang diatur oleh Star Movies di The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pengalamannya sebagai seorang model telah membawa Jason merantau ke segenap pelosok dunia termasuk Afrika Selatan, Eropah, Australia dan juga Asia. Bukan hanya 'menjual' wajahnya di majalah dan kempen advertorial tetapi jejaka kelahiran Kanada itu juga aktif di pentas peragaan dan berpengalaman memperagakan fesyen terbaru untuk jenama mewah dan terkenal dunia. "Dunia peragaan masih tetap di hati saya. Tetapi saya hanya akan menerima tawaran yang saya rasa benar-benar berbaloi," katanya ringkas ketika ditanya adakah dia bakal melepaskan portfolionya sebagai model selepas ini. Selepas mencipta nama sebagai seorang model, Jason kini sudah bersedia untuk melangkah setapak langkah lagi dalam kariernya apabila mula menjinakkan diri sebagai seorang pengacara. Barangkali akan ada yang mengerut dahi apabila menatap wajah Jason tetapi bagi penonton tegar Star World, pasti akan kenal dengan jejaka tampan ini yang sering tampil untuk iklan promo bagi rancangan America's Next Top Model Cycle 15. Jason sendiri tidak pernah menyangka untuk menjebakkan diri dalam bidang pengacaraan tetapi kerana memiliki portfolio yang hebat serta personaliti yang menarik, dia terus dilamar oleh pihak Star World dan Star Movies. Percubaan pertama Jason apabila dia diberi peluang mengacarakan rancangan khas, 83rd Academy Awards Nominations Announcement yang disiarkan secara langsung menerusi Star Movies pada 25 Januari lalu. Ketika ditanya pengalaman pertamanya sebagai seorang hos dan mengacarakan rancangan secara langsung, dengan penuh jujur Jason mengakui dia begitu gementar dan berasa gugup di hadapan kamera. Mujurlah katanya, dengan bantuan pasangan pengacara, Lisa Selesner atau lebih dikenali sebagai Lisa S banyak membantunya melancarkan perjalanan program itu. "Saya sedar yang saya masih baru dalam bidang ini. Saya mengharapkan tunjuk ajar daripada ramai pihak dalam membina keyakinan saya apabila berada di hadapan kamera. "Kerana itu, saya mengharapkan peluang akan terus diberikan kepada saya untuk saya menonjolkan bakat saya kepada masyarakat. "Namun, saya harus akui, bidang pengacaraan kini merupakan cinta baru saya dan semakin seronok dengan dunia ini," katanya tanpa selindung. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Hip Posted: 25 Feb 2011 11:03 AM PST Bukan sekarang Posted: 24 Feb 2011 03:15 PM PST Hip Kerjaya seni jadi keutamaanTIADA perkahwinan tahun ini. Itu penjelasan Ana Raffali mengulas khabar angin yang menyatakan dia akan menamatkan zaman bujangnya akhir tahun ini.
Calon Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010) ini masih meletakkan kerjayanya dalam bidang seni sebagai keutamaan berbanding kepentingan peribadinya.
Tambahan pula, tanggungjawab terhadap keluarga yang membuatkannya serius melangkah ke dunia hiburan secara tidak langsung meletakkan diri gadis berusia 26 tahun itu dalam keadaan belum bersedia melangkah ke fasa seterusnya, walaupun mengakui ada insan istimewa bertakhta di hatinya. "Matlamat asal mahu membantu keluarga belum mencukupi. Tambahan pula saya bukan daripada keluarga senang. Ayah pesara manakala ibu hanya suri rumah. Banyak lagi yang perlu saya usahakan sebelum memikirkan fasa seterusnya dalam kehidupan. "Sesiapa pun pasti ada perancangan untuk berkahwin, begitu juga saya. Namun rasanya bukan dalam waktu terdekat ini. Saya mahu membantu keluarga terlebih dulu," katanya yang baru-baru ini menerima wang tunai RM35,000 hasil kejayaan sebagai penulis lagu, penulis lirik dan penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku pada Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25).
Walaupun awalnya enggan mengiyakan hati sudah dimiliki, selepas lama berbual baru dia mengakui mempunyai teman istimewa yang sudah lama mengenalinya.
"Dia lebih kepada teman karib yang ada sisi saya sejak dulu lagi, ketika saya tidak punya apa-apa. Ya, dia menyokong dan memahami keutamaan saya pada masa ini," kata pemilik nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd Raffali itu saat ditanya soal teman istimewa.
Tambahnya lagi, bukan niat mahu menyembunyikan kekasih atau enggan berkongsi soal hati, namun pihak pengurusan 'menasihatkannya' untuk lebih banyak berbicara perihal kerjaya, bukan memperbesar-besarkan cerita berbaur peribadi.
Sebak dengan sokongan peminat
ANA tidak melupakan hajat mengadakan kenduri kesyukuran di atas kemenangan yang diraih dengan memilih Mac ini bagi meraikan mereka yang sentiasa menyokongnya, dengan menganjurkan dua majlis.
"Sebenarnya saya segan memanggil mereka peminat. Mereka ialah penyokong yang membuatkan saya mampu berdiri di sini. Saya mahu berkongsi rezeki ini dengan mereka yang sentiasa mempercayai bakat saya. Ini tanda terima kasih saya buat semua.
"Saya mahu buat dua majlis sebab berharap tiada yang tertinggal atau berkecil hati," katanya yang bercadang melancarkan kelab penyokongnya, Ana Raffali & The Marhains pada majlis terbabit.
Hingga kini, menerusi laman sosial Facebook, dirinya sudah mengumpul 142,000 rakan malah sejak memenangi AJL 25, setiap minggu bilangan pengikut (fanpage) meningkat hampir 5,000 orang setiap minggu.
"Saya mahu mengekalkan nama The Marhains iaitu nama kumpulan pengiring saya sejak dulu kerana marhain membawa maksud rakyat dan merekalah yang menyokong saya hingga kini.
"Penyokong yang tidak mempunyai akaun sosial juga ramai. Di sebalik ramai yang mengkritik dan komen negatif, ramai juga yang datang kepada saya dan meminta saya bersabar. Itu juga penguat semangat hingga membuatkan saya sebak," katanya lagi.
Tegas Ana, walau sejarah kemenangannya masih diungkit dengan kata-kata mencalar rasa, gadis itu enggan menganggap ia sebagai halangan sebaliknya melihat semua itu sebagai cabaran untuk meneruskan langkah jitu.
Bercerita soal projek terbaru, anak jati Kuala Lumpur itu bakal muncul dengan single terbaru Sehabis Baik yang juga menjadi lagu tema filem arahan Othman Hafsham, Karipap-Karipap Cinta.
"Lagu ini mempunyai nilai sentimental buat saya. Ia berkait rapat dengan pengalaman sepanjang AJL25. Ia adalah luahan hati saya terhadap segala yang berlaku sebaik saja menyertai anugerah ini," katanya penuh makna. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Cari vokalis beridentiti Posted: 24 Feb 2011 03:13 PM PST Hip MUH enggan isi kekosongan dengan penyanyi tiru gaya orang lainMENGAKUI Azlan atau Lan antara vokalis terbaik kumpulan muzik tempatan, Meet Uncle Hussain (MUH) hingga kini masih tercari-cari penyanyi yang sesuai bagi mengisi kekosongan ditinggalkan penyanyi itu, walaupun selepas lebih setahun mereka 'berpisah'.
Bagi ketua kumpulan yang memperjuangkan genre rock progresif itu, Taja, kolaborasi bersama bintang Mentor, Black, selain bakat baru kelahiran Akademi Fantasia (AF), Hazama, hanya untuk album sekali gus berasaskan situasi menang-menang.
"Bukan mengambil kesempatan atau sekadar mempergunakan penyanyi undangan, sebaliknya kedua-dua pihak mendapat manfaat malah masing-masing mempunyai projek sendiri untuk diberikan tumpuan. "Macam Hazama, selepas bergabung dengan MUH dia dapat peluang pula berduet dengan Amy Search dalam sebuah persembahan di Astro Fest. Sebagai rakan, kami bangga melihat pencapaiannya," katanya yang mewakili MUH menerima cek kemenangan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25, di Sri Pentas, baru-baru ini. Lagu Drama King sentuhan Taja dan Tun Teja yang disampaikan Black meraih tempat kedua pada AJL ke-25 sekali gus membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.
Hasil kemenangan itu, kata Taja, akan disalurkan untuk pembangunan kumpulan mereka termasuk pembikinan buah tangan terbaru. Menerusi projek terkini itu, mereka turut berkolaborasi dengan Hazama merakamkan single terbaru berjudul Pokok.
Sekali pun semua usaha sama bersama Black atau Hazama 'menjadi', mereka sepakat enggan mencari vokalis tetap yang cuba meniru gaya kedua-dua penyanyi berkenaan mahu pun Lan, sebaliknya penyanyi baru nanti perlu mempunyai identiti sendiri.
Tidak hairan, sejak MUH menghebahkan berita mereka memerlukan vokalis, hampir 100 calon sudah diuji bakat namun agak mengecewakan apabila kebanyakan calon yang datang sudah dibayangi imej serta gaya nyanyian penyanyi asal.
"Kita bukan mencari penyanyi 'copycat'. Memang ada sebahagian daripada calon yang datang memiliki suara bernada tinggi, tapi tak semestinya mereka perlu menjadi seperti penyanyi asal kami. Sebilangan yang lain pula memang mempunyai vokal bagus, cuma tiada hala tuju. Apa-apa pun, pencarian ini akan diteruskan.
"Sebelum ini uji bakat dijalankan secara perlahan-lahan sebaik saja Lan keluar MUH. Namun belum ada yang sesuai kerana kita mengambil kriteria tertentu. Paling utama, calon harus tampil bersama identiti sendiri.
Ditanya mengenai desas-desus pembabitan mereka dalam sebuah program berkonsepkan pertandingan realiti, Taja sekadar tersenyum dan menambah, ia masih berkaitan usaha menggilap bakat baru yang mahu diketengahkan sebagai vokalis.
Berdasarkan perancangan, uji bakat dijadualkan bermula April ini, namun Taja masih mengunci mulut apabila rantaian soalan beralih kepada pembabitan pihak stesen televisyen mahu pun kaedah pemilihan peserta.
"Semuanya sekadar rancangan. Sebarang perkembangan kita akan maklumkan bagi membolehkan ramai bakat muda di luar sana menonjolkan bakat. Mungkin mereka yang punya 'suara' dan kelainan belum lagi mencuba nasib.
"Selagi tempat itu masih kosong, kita akan menggunakan khidmat Hazama dulu. Saya pula hanya mampu mencipta lagu dan lirik, atau sekadar menjadi penyanyi latar," akuinya lagi yang enggan membuang masa orang lain meletakkan diri sendiri sebagai vokalis MUH. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com Posted: 25 Feb 2011 09:08 AM PST |
My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia Posted: 25 Feb 2011 03:29 AM PST Ainul Aishah Kemalangan akibat nak tengok drama lakonan sendiri Posted: 24 Feb 2011 11:23 PM PST Malang tidak berbau, Itu lah yang terjadi dekat Ainul Aishah yang mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu.. Kemalangan berpunca akibat Ainul Aishah yang tergesa-gesa mahu pulang ke rumah selepas selesai menjalani satu pengambaran hanya untuk menonton drama lakonanya sahaja… "Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak. "Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja" Akibat tergesa-gesa di jalan raya, Akhirnya Ainul Aishah tidak dapat menonton drama lakonanya sendiri dan kereta Honda City nya rosak teruk dibahagian bonet depan.. Apa-apa pun Ainul Aishah tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma trauma sikit je.. MyGosip harap Ainul Aishah lebih berhati-hati lagi selepas ini.. Biar la lambat asalkan selamat… kerata ainul aishah yang rosak akibat kemalangan jalan raya Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Gambar Siti Sarah dan Shuib mencuba baju kahwin Posted: 24 Feb 2011 10:42 PM PST Besok, bakal berlangsung lah majlis yang penuh bermakna buat Siti Sarah dan Shuib sepah kerana mereka berdua bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka di Jeumpa D'ramo, Bukit Bangsar pada pukul 4 petang. Pastinya Siti Sarah dan Shuib sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka kan.. baru-baru ini Siti Sarah dan Shuib sempat mencuba baju perkahwinan mereka berdua yang direka khas oleh Hatta Dolmat.. Buat peminat Siti Sarah dan Shuib sepah jom kita layan gambar mereka berdua mengayakan baju yang akan mereka pakai di majlis perkahwinan mereka nanti.. Siti Sarah dan Shuib sepah memang nampak sangat sepadan dengan baju rekaan Hatta Dolmat ni.. MyGosip harap Majlis perkahwinan mereka besok akan berjalan dengan lancar hendaknya.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Himpunan Kisah Sensasi Posted: 25 Feb 2011 03:26 AM PST Ashton Kutcher Tak Malu Berbogel Posted: 24 Feb 2011 01:54 PM PST AKTOR Ashton Kutcher mengakui dia agak terbuka mengenai watak yang memerlukannya berbogel dan tidak pernah menolak untuk melakonkan babak melakukan hubungan seks dalam filem. Suami kepada aktres Demi Moore itu berkata, dia berasa selesa apabila mempamerkan tubuhnya di depan kamera. "Memang ia kedengaran agak pelik. Entah kenapa, saya suka berbogel di depan kamera," katanya kepada laman Showbizspy. Baginya ia bukanlah satu isu yang perlu diperbesarkan dan hairan apabila ada sesetengah pihak melakukan protes terhadap adegan bogel dalam filem. "Bukankah kita sudah dilahirkan bogel ke dunia ini? Saya tidak berasa canggung untuk melakukan adegan sebegitu. "Lagipun ia sekadar sebuah lakonan dan ada lebih daripada 40 orang di belakang tabir, dimana tidak semuanya saya kenal pun," ujarnya. Baru-baru ini, Ashton baru sahaja tampil dengan filem terbarunya, No Strings Attached, berganding dengan aktres Natalie Portman. Dalam filem tersebut, terdapat satu adegan bogel yang dilakonkan oleh Aston. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Hiburan Posted: 25 Feb 2011 01:40 AM PST Cinta kilat Dira, Helmi Posted: Cinta kilat Dira, HelmiCinta kilat Dira, Helmi
LANGSUNG tidak pernah menyangka, hati empunya diri bernama Dira Abu Zahar sekali lagi berputik dengan bibit-bibit cinta sejati yang hadir tanpa diduga. Tidak pernah memaksa diri untuk mencari cinta, Dira percaya naluri itu akan hadir dengan sendiri. Apatah lagi, wanita bertubuh kecil itu bukannya mempunyai masa untuk sentiasa memikirkan siapakah jejaka yang akan bertakhta di hati. Melalui liku-liku kehidupan sendirian hampir setahun, setelah perkahwinannya yang dibina bersama salah seorang anggota kumpulan Bau, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid berakhir dengan kedukaan. Bagaimanapun, Dira tidak pernah putus semangat untuk menerima insan yang sesuai dengan peribadinya. Namun, hati wanita mana yang tidak sunyi dan memerlukan teman hidup bukan sahaja sebagai peneman berkongsi kisah manis malah duka. Itulah yang dilalui oleh Dira, 28, yang mampu mengukir senyuman manja apabila kehidupannya kini tidak kosong. Kekurangan untuk melancarkan lagi kehidupan telah diserikan dengan kehadiran seorang pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof. Helmi merupakan bekas tunang aktres dan model Nasha Aziz. Lebih menggembirakan Dira ialah apabila hubungan yang dijalinkan hanya dalam masa sesingkat tiga bulan lalu disulami dengan perasaan cinta sungguh mendalam membuatkan pasangan itu memutuskan untuk bertunang. Majlis pertunangan yang diadakan dua minggu lalu berlangsung lancar di kediaman keluarga Dira di Merlimau, Melaka. Ia memang sengaja diadakan secara tertutup dan di luar pengetahuan pihak media bagi memberi keutamaan kepada ahli keluarga dan sanak-saudara terdekat. "Sebelum ini saya dan Helmi pernah kenal antara satu sama lain tetapi kami bukannya seorang rakan yang baik. Namun, disebabkan kerja Tuhan, tiba-tiba hubungan itu terjalin dengan lebih serius ketika pengambaran filem Untuk 3 Hari.
|
DIRA memberitahu, hanya menjalin cinta selama tiga bulan dengan Helmi sebelum mereka bertunang.
|
"Seterusnya, Helmi menyatakan hasrat untuk meminang. Setelah melihat Helmi begitu bersungguh dan bersedia, pintu hati ini terbuka," terangnya dengan nada cukup gembira. Tidakkah tempoh hubungan singkat itu memberi gambaran bahawa anda dan pasangan seolah-olah terburu-buru? Lantas, Dira menjelaskan dakwaan yang diberikan itu sebenarnya tidak tepat. Keputusan setiap pasangan untuk meneruskan hala tuju hubungan masing-masing pastinya sudah dibincang dan difikir semasak-masaknya. Tidak semestinya jalinan cinta yang memakan masa bertahun-tahun akan menemui jalan kegembiraan. Atas dasar penerimaan kekurangan dan kelebihan sudah cukup membuatkan pasangan itu bahagia. "Saya sendiri tidak mahu membuang masa selain kami sememangnya mempunyai keserasian. Jadi untuk jadikan hubungan kami lebih serius, saya rasa soal tempoh kenal mengenali tidak mendatangkan masalah. "Paling penting kami saling memerlukan," jelas Dira. Perkahwinan lalu mengajar Wanita bertubuh kecil itu boleh dikatakan seorang individu yang memiliki semangat kuat. Ini kerana kegagalan bahtera alam perkahwinan yang lalu tidak pernah dijadikan alasan untuk Dira menemui pengganti. Bahkan, dirinya sentiasa mengingatkan supaya jangan menjadikan kenangan pahit yang dialami mengganggu ruang kehidupannya dan cahaya mata kesayangan, Tengku Anggun Deandra Tengku Tengku Shafiz-Rullah, 2 tahun.
|
ANAK Dira, Tengku Anggun Deandra, boleh menerima kehadiran bapa baru dalam kehidupannya.
|
"Salah sekiranya saya menuding jari kepada orang lain dengan apa yang telah terjadi kepada saya sebelum ini. Kegagalan rumah tangga sebelum ini datangnya dari diri saya sendiri bukannya orang lain yang menimbulkan masalah. "Kini saya perlu buka buku baru sekali gus menjadikan kekurangan pernikahan yang lalu dapat diubah," ujarnya ikhlas. Kerancakkan tutur kata Dira sememangnya menggambarkan dia sudah melenyapkan kisah lalu dalam hidupnya. Soal trauma dengan perkataan suami juga tidak terlintas difikiran. Baginya, tidak adil jika dia menghakimi Helmi dengan situasi yang pernah dilalui. Sikap setiap insan berbeza-beza, peluang harus diberi bukannya menjadikan perkara lalu sebagai penghalang untuk terus gembira. "Jadikan perkara lalu sebagai pengajaran. Bina hidup baru dan saling mengingati antara satu sama lain," ungkapnya ringkas. Menyentuh sedikit kisah anak tunggal kesayangannya, Dira sungguh gembira kerana Helmi merupakan seorang insan yang bijak menyesuaikan diri bermesra dengan Anggun. Begitu juga dengan Anggun yang kelihatan tidak kekok apabila dibawa berjumpa malahan boleh menerima kehadiran Helmi di sisi ibunya. "Dari awal lagi Anggun tidak menunjukkan sebarang reaksi yang pelik apabila berjumpa dengan Helmi. Sudah menjadi tanggungjawab untuk perkenalkan Helmi dengan anak saya supaya dia juga boleh menerima Anggun. "Sudah cukup untuk saya lihat Helmi boleh mengawal keadaan jika bersama Anggun," katanya sambil gelak kecil. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bunkface tanpa Sam Posted: Bunkface tanpa SamBunkface tanpa Sam Oleh HARYATI KARIM haryati.karim@kosmo.com.my BUNKFACE dari kiri: Paan, Sam dan Youk.
SEJAK tertubuhnya band baru The Azenders, vokalis band Bunkface Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Bahrom dikatakan bakal menarik diri daripada Bunkface. Malah berita itu dilihat semakin hangat apabila hanya dua ahli Bunkface iaitu Farouk Jaafar (Youk) dan Ahmad Farhan Hashim (Paan) yang kelihatan pada majlis pelancaran program terbitan RTM Xpresi Kembara yang berlangsung di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini. Bahkan pada majlis tersebut, Youk dan Paan turut membawa seorang penyanyi baru naungan Bunkface Production Sdn. Bhd. iaitu Myo yang dikhabarkan bakal menggantikan tempat Sam andai dia meninggalkan Bunkface kelak. Paan dan Youk menegaskan Sam masih lagi ahli Bunkface dan berita dia meninggalkan Bunkface hanyalah khabar angin. "Itu hanya khabar angin, Sam masih bersama Bunkface. Dia tidak dapat hadir ke majlis ini kerana dia kini sibuk dengan promosi band The Azenders yang merupakan projek sampingan Sam," ujar Paan. Disoal lagi, sampai bilakah keadaan ini akan berlarutan dan adakah benar jodoh mereka bersama Sam akan berakhir tidak lama lagi? Jawab Youk: "Saya tidak tahu jodoh kami sebagai sebuah band akan bertahan sampai bila. Kemungkinan untuk Sam keluar daripada Bunkface saya tidak tahu bila. Tetapi sekarang apa yang boleh saya cakap dia masih bersama kami." Bagaimanapun Youk tidak menafikan wujud perselisihan faham antara mereka dan perkara itu bertambah berat apabila Sam memberi lebih tumpuan kepada The Azenders. MYO (tengah) bersama Paan dan Youk pada majlis pelancaran program Xpresi Kembara oleh TV1. Myo menggantikan Sam yang sedang sibuk dengan promosi band sampingannya, The Azenders.
"Kami tidak bergaduh, kami masih baik dan akan sentiasa baik sampai bila-bila. Kalau berselisih faham itu biasalah, rasanya semua band pun alami perkara yang sama. Tetapi perselisihan faham itu bertambah berat bila wujudnya The Azenders. Tetapi semua perselisihan faham itu hanya kerana muzik tidak ada perkara lain," katanya. Jelas Paan pula, dia dan Youk masih berhubung dengan Sam, malah masih bersama menguruskan Bunkface Production. Dia berjanji, jika benar Sam akan keluar daripada Bunkface, ia akan diumumkan secara rasmi. Youk kemudian memberitahu, isu Sam mahu keluar daripada Bunkface merupakan dugaan terbesar mereka sebagai sebuah band dan berharap mereka dapat melaluinya sebaik mungkin. "Ini memang dugaan buat kami. Saya sendiri tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku. Sebenarnya perkara ini orang nampak semakin berat kerana Sam kini sedang dalam rangka promosi band barunya. Hubungan persahabatan kami masih lagi seperti dahulu. Walau apa pun yang terjadi, saya berharap peminat Bunkface akan terus menyokong muzik kami," jelas Paan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Dokumentari HMM di TV 3 Posted: Dokumentari HMM di TV 3Dokumentari HMM di TV 3 Oleh AQMAR ALLADAD aqmar.alladad@kosmo.com.my NORMAN (tiga dari kanan) bersama barisan karyawan filem Hikayat Merong Mahawangsa.
SEMPENA kemunculan filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studios telah menghasilkan sebuah dokumentari mengenai filem itu untuk tatapan umum. Faktor utama penyiaran dokumentari HMM adalah sebagai program tambahan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan berhubung fakta sejarah yang dipaparkan dalam filem arahan Yusry Abdul Halim itu. Dokumentari tersebut bakal disiarkan pukul 6 petang, esok, 25 Februari di TV3. Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, penghasilan dokumentari itu juga adalah sebagai salah satu cara mempromosikan HMM. "Biasanya filem yang telah dihasilkan akan menerbitkan program di sebalik tabir. "Namun, HMM mengambil sedikit kelainan dengan menyediakan dokumentari berdurasi satu jam memandangkan versi filemnya memaparkan cerita yang mempunyai kaitan dengan pembentukan negeri Kedah," katanya pada majlis tayangan dokumentari HMM di Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini. Penghasilan dokumentari itu juga sebagai sokongan kepada penterjemahan intelektual yang diolah dalam bentuk hiburan sebelum menjelmakan filem HMM itu bagi tontonan seluruh lapisan masyarakat. Tambah Norman, dengan memuatkan beberapa temu bual bersama tokoh sejarah dan ahli akademik, dokumentari itu diharap sedikit sebanyak membantu penonton untuk memahami secara mendalam versi filem HMM yang bakal ditayangkan menjelang 10 Mac ini. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam dokumentari tersebut ialah Datuk Wira Mohd. Shaarif Abu Samah (wakil Istana Kedah), Mohan Shanmugam (Presiden Hindu Sangam Malaysia), Datuk Profesor Khoo Kay Kim (Sejarawan Malaysia), Datuk Dr. Wan Shamsuddin Mohd. Yusof (Sejarawan Negeri Kedah) dan Datuk Dr. Siti Hawa Salleh (Ahli Filologi dan Pengkaji Buku HMM). Turut ditampilkan dalam dokumentari berkenaan ialah wawancara bersama Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem itu dan Amir Hafizi yang merupakan penulis skripnya. Menurut Norman, naskhah asal Hikayat Merong Mahawangsa dalam bentuk buku yang menjadi rujukan bagi projek filem itu adalah terlalu tebal dan mempunyai pelbagai bentuk pemahaman kepada setiap pembacanya. Namun, dokumentari itu cuba untuk menjelaskan bagaimana tenaga kerja di sebalik filem HMM termasuk Yusry dan Amir menggabungkan elemen sastera, mitos dan sejarah, bagi mewujudkan unsur realisme untuk filem itu. "Kami cuma mengubah beberapa elemen untuk menjadikan versi filem HMM lebih meyakinkan tetapi masih berteraskan cerita asli. "Justeru, penonton juga akan melihat beberapa perkara yang disebut dalam naskhah asal dalam HMM versi filem," jelas Norman yang membelanjakan RM40,000 untuk dokumentari yang mendapat tajaan eksklusif Celcom itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Rap Posted: 25 Feb 2011 01:12 AM PST 'Jangan hina filem Melayu' Posted: 24 Feb 2011 11:29 AM PST KEMUNCULANNYA sebagai jejaka budiman dalam filem komedi Pisau Cukur membuatkan ramai gadis jatuh hati. Tidak kurang ada yang mahu mengenali dengan lebih dekat jejaka bernama Shah Redza Minhat, 30. Begitupun kelibatnya yang agak jarang dalam filem mahupun drama TV membuatkan ada pula berpendapat Redza begitu pemilih serta menjaga penampilannya di layar perak atau kaca TV. Dalam erti kata lain jejaka berasal dari Ipoh, Perak ini mahu menjaga eksklusiviti beliau. Ditemui pada sesi fotografi khas bersama RAP, di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini, Redza bagaimanapun menjelaskan bukan niatnya mahu membataskan penampilan diri namun hal sebenar kerana dia terikat dengan tugas di sebuah institusi kewangan dan kebanyakan tawaran datang secara mendadak menyebabkan ia tidak dapat memberikan komitmen. Malah sesi fotografi tempoh hari pun terpaksa dibuat pada hari minggu. Begitupun Redza tetap menegaskan dia sangat serius dengan dunia lakonan. "Sebenarnya kesibukan sebagai pegawai pelaburan di sebuah institusi kewangan menyebabkan saya tidak dapat memenuhi kebanyakan tawaran yang datang. Selalunya aktiviti lakonan hanya boleh dilakukan pada waktu malam ataupun pada hujung minggu. Kerana itu saya lebih aktif dalam pementasan teater kerana latihan dan pementasan biasa dibuat pada waktu malam," katanya. Seperkara lagi tegas Redza, dunia teater lebih memberikan lebih kepuasan dan menerusi pentas lakonan, dia berpeluang untuk menimba lebih banyak pengalaman. Jejaka berasal dari Ipoh, Perak ini sebenarnya sudah lama membabitkan diri dalam dunia teater sejak di zaman universiti lagi.
Kecintaannya kepada dunia teater juga membawa Redza pergi jauh dengan menghasilkan skrip. Ia satu pencapaian boleh dibanggakan. Hampir 10 tahun membabitkan diri dalam dunia teater, Redza sudah menghasilkan lima skrip yang sudah dan bakal dipentaskan. "Saya bertuah kerana apabila bekerja saya mengenali satu sudut kehidupan yang lain dan dunia teater membawa saya menyelami satu lagi sisi kehidupan manusia berbeza. Ia satu pengalaman cukup menarik dan turut memberi ilham dalam berkarya," ujarnya. Seperkara lagi jelas Redza, dia cintakan dunia teater kerana disiplinnya yang berbeza berbanding beraksi di depan kamera. Malah kesungguhan ditunjukkan warga kerja dalam bidang teater ini cukup mengagumkan.
"Dalam teater, setiap penggiatnya sama ada pelakon mahupun mereka yang terbabit di balik tabir benar-benar mencintai seni tanpa memikirkan sangat soal wang. Kebanyakan teater yang saya berlakon berskala kecil dengan belanja rendah, jadi bayaran diterima tidak tinggi. Percaya atau tidak ada antara mereka sanggup bekerja secara percuma kerana tahu pihak produksi kekurangan dana. Bagi mereka kepuasan jauh lebih penting berbanding wang ringgit. "Semangat kerjasama juga tinggi. Ada antara penggiat teater berlakon sepenuh masa tetapi peluang untuk beraksi dalam drama mahupun filem tidak pernah dapat. Mereka saling menyokong dan memberikan peluang kepada mereka ini. Menerusinya kami belajar mengenal erti setia kawan," katanya lagi. Melihatnya secara kasar pasti ada yang berpendapat bahawa Redza lelaki 'urban' dan tidak mungkin menonton filem Melayu. Bagaimanapun apabila membicarakan mengenai perkara ini, nada suaranya mula berubah. Dia menjadi lebih tegas dan berbicara dengan penuh semangat.
Hakikatnya, jangan menilai buku daripada kulit luarnya. Begitu jugalah dengan Redza. Janganlah ada sesiapa pun menghina filem Melayu di depannya kerana kecintaannya terhadap industri perfileman tempatan sangat tinggi kerana dia kaki wayang. Walaupun ada filem Melayu kurang dari sudut mutu dan pengisian, bagi Redza, ada sesuatu yang boleh ditimba daripada setiap karya itu. "Saya asal orang kampung dan pernah hidup susah. Sewaktu saya kecil, ibu berpisah dengan ayah kandung. Waktu itu kami berdepan dengan kehidupan yang susah. Sehinggalah ibu berkahwin lain, barulah kami dapat hidup dengan selesa. Dalam melawan kepayahan hidup, filem menjadi 'escapism' (pelarian) buat saya untuk melupakan segala masalah. Duduk di Taiping waktu itu, pawagam hanya menayangkan filem Melayu dan ia berterusan hingga kini," katanya. Sekiranya tidak sempat menonton filem di panggung, Redza akan mencari VCD dan DVD filem Melayu yang original. Walaupun harganya sedikit mahal, baginya itu saja cara untuk dia membantu penggiat industri filem tempatan.
"Kadang-kadang ada juga rakan dan kenalan yang memberi kenyataan buruk mengenai filem tempatan. Perkara itu membuatkan saya rasa terganggu kerana komen diberi sebelum mereka pergi ke panggung menontonnya. Menghukum sesebuah karya seni sebelum menyaksikannya pada saya adalah sangat tidak adil!
"Kadang-kadang saya sendiri jemput rakan-rakan datang ke rumah untuk menonton VCD yang dibeli. Menerusinya kami menilai dan membincangkannya. Walaupun tidak bagus sesebuah filem itu tapi sebagai penggiat saya dan rakan-rakan yang lain menggunakan ia sebagai bahan pembelajaran supaya apabila berpeluang menghasilkan karya sendiri, kekurangan itu akan dapat diubah," jelasnya. Bagaimanapun Redza menjelaskan perkembangan filem tempatan dewasa ini boleh dibanggakan bukan saja dari sudut kutipan tetapi juga mutu penghasilan. Ini ditambah dengan bertambahnya penggiat muda yang menghasilkan filem dengan idea lebih segar.
Redza sendiri menjelaskan dia gemar terbabit dengan beberapa penerbitan filem indie kerana kebanyakan pengarah dan karyawan terbabit begitu kreatif dan bersungguh-sungguh menghasilkan karya. Menyentuh mengenai perancangannya dalam dunia lakonan, Redza bersama beberapa orang teman merancang untuk menghasilkan produksi mereka sendiri.
>Profil Nama Penuh: Shah Redza Minhat Panggilan: Redza Minhat Usia: 30 tahun Asal: Ipoh, Perak Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Filem: Pisau Cukur, Gol & Gincu Drama: Impian, Goda Teater: Tat Nenas, Gadis Jalan Burmah, Right Toast, Serangan Zombie Pertama Di Kuala Lumpur, Medea, Romeo & Juliet Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Paling kelakar antara semua Posted: 24 Feb 2011 11:11 AM PST MENCARI juara antara juara adalah matlamat program terbaru Maharaja Lawak yang bakal bersiaran setiap Jumaat, jam 10 malam bermula 1 April ini menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika. Selepas Raja Lawak mencapai kejayaan cemerlang hingga masuk musim kelima, Astro Prima memikirkan mekanisme untuk memartabatkan pelawak tempatan dengan menghasilkan program yang menawarkan hadiah lumayan sebanyak RM300,000. Pengurus Saluran Astro Prima yang juga merangkap Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, berkata, program yang akan diacarakan AC Mizal ini bagaimanapun menampilkan format berbeza menyaksikan undian bukan sepenuhnya ditentukan penonton tapi turut ditentukan juri profesional dengan nisbah 50/50. Katanya, inilah masa yang sesuai untuk himpunkan semua finalis musim pertama hingga kini untuk rebut hadiah ditawarkan. "Kami berjaya kumpulkan semua mereka kecuali Along, Angah dan Azrul yang terikat dengan komitmen lain. Format yang ditampilkan memang macam Raja Lawak, tapi kami akan tampilkan tema tertentu. "Kami juga beri kebebasan untuk mereka bergabung dalam sebuah kumpulan. Mereka bebas pilih sesiapa pun asalkan memenuhi kriteria ditetapkan iaitu mestilah finalis Raja Lawak dan setiap gabungan hanya menampilkan tiga orang," katanya pada sidang media Maharaja Lawak baru-baru ini. Peserta yang bertanding secara solo ialah Alex (Alexander Ahat), Amir (Mohammad Amirullah Azmi), Jihan (Nuur Jihan Musa) dan Nabil (Ahmad Nabil Ahmad). Peserta berkumpulan pula ialah Jozan yang dianggotai Johan (Mohd Yazid Lim Mohd Aziz dan Zizan (Mohd Razizan Abdul Razak), Kecik & Idlan (Wan-Safuan Madeaming, Achoe-Mohd Ilham Rusdy dan Idlan-Khairul Idlan Abd Razak), Sepah (Mamat -Mohd Noor Murad, Jeff-Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Shuib-Shahmira Muhammad), XN3 (Norazhar Buyong dan Mohd Fahdil) dan Yus & Taukeh (Yussry Edoo dan Zamatul Amri Zakaria). Tiga lagi tempat akan diisi finalis Raja Lawak 5 yang akan berakhir tidak lama lagi. Melihatkan senarai peserta, seperti dapat diagak, Jozan, Sepah, Kecik dan Nabil mempunyai kelebihan untuk muncul juara kerana aktif dalam bidang seni. Tambah lagi Jozan, kerana Johan dan Zizan turut mengacara Raja Lawak. Bagaimanapun, Nizam menafikan tanggapan itu kerana katanya semua peserta mempunyai peluang untuk menang.
"Hampir semua mereka ada program sendiri dan bergiat cergas dalam seni. Jadi peluang sama rata. Bezanya sejauh mana populariti program itu di mata peminat. Bagaimanapun, kami akan menyiarkan semua footage aksi mereka sebagai cara untuk kembalikan ingatan peminat. "Kami tiada masalah jika Jozan kalah di tangan peserta lain kerana ini pertandingan. Kami lihat semua peserta sudah teruja dan mula buat persiapan. Tiga orang juri nanti akan bertanggungjawab untuk menilai persembahan peserta berdasarkan kriteria ditetapkan iaitu kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah," katanya. Nizam bagaimanapun enggan memberitahu siapa juri terpilih dan menjelaskan identiti mereka hanya akan diketahui pada minggu pertama Maharaja Lawak pada 1 April nanti. Pemenang tempat kedua Maharaja Lawak akan menerima RM200,000 manakala tempat ketiga RM100,000. Johan dan Zizan ketika ditemui menafikan bergabung kerana semata-mata mahu menang. Mereka pilih untuk bergabung kerana berasakan wujudkan keserasian apabila sering bekerjasama dalam karier. "Apa saya buat Johan boleh bantu dari belakang. Inilah kelebihan apabila bekerjasama. Kami bukan kejar kemenangan tapi sebaliknya masuk atas jenama Jozan. Astro yang tentukan mana-mana peserta yang sesuai bertanding. Saya pernah tampil solo sebelum ini, tapi berasakan lagi kuat bila ada Johan," kata Zizan.
Johan pula berkata, menang atau kalah perlu diletak tepi dahulu kerana mereka mahu menyahut cabaran program ini. Jika ditakdirkan mereka tersingkir awal pun tapi dalam keadaan kelakar, mereka menerimanya dengan hati terbuka. Mereka juga tidak memikirkan mengenai saingan peserta lain sebaliknya mahu memberikan persembahan terbaik serta boleh mendidik masyarakat.
Pendapat Jozan dipersetujui Sepah yang berkata tiada gunanya menjadi juara jika tidak tampilkan persembahan kelakar. Yang penting mereka tampilkan persembahan yang terbaik dan boleh diterima penonton.
"Kalau teruk kena kritik dengan juri pun kami tak kisah kerana kami tak sedar kelemahan sendiri. Hanya juri yang nampak. Komen mereka pasti akan memantapkan lagi lawak kami," kata mereka yang sanggup menolak tawaran berlakon kerana menumpukan pada Maharaja Lawak. Sementara itu, Jihan pula awalnya berbelah bagi untuk bertanding kerana dia satu-satunya wanita dan berasa rendah diri. Namun apabila difikirkan semula, inilah peluang baginya untuk muncul semula di mata peminat.
"Saya bermula sebagai peserta solo, jadi biarlah saya terus tampil solo. Tak dinafikan saya berasa gentar tapi akan tunjukkan kuasa wanita dalam pertandingan ini. Sebenarnya saya lebih suka tampil solo kerana jika buat salah, pasangan saya takkan tuding jari sebagai punca kekalahan itu," katanya jujur. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater Posted: 24 Feb 2011 11:27 PM PST Raja Azura, Shiera & Zizan Raja Lawak Hos ABPBH2010 Posted: 24 Feb 2011 11:45 AM PST Bahang kehangatan Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010 kian terasa dengan pengumuman pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang akan buat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2010 nanti. Yang penting, Budiey lihat, ABPBH kali ini menggabungkan artis muda dan personaliti baru serta tidak lupa pada artis lama yang akan menjadikan malam kemuncak ABPBH2010 menjadi acara cukup mantap dan menghiburkan. Check this out: Video Sekitar Pengumuman Hos, Penyampai & Persembahan Artis ABPBH2010: Majlis Pra Kemuncak & Pengumuman ini dihoskan oleh Deen Hot FM dan Chad Hot FM. Sempoi! Masuk ni, Deen dah banyak kali jadi hos untuk acara ABP. Tahniah Deen & Chad. Kesian mereka, terpaksa cepat balik ke Sri Pentas dan mengharungi jammed sebab nak bersiaran pada malamnya. Tema Anugerah Bintang Popular kali ini ialah MODEN KLASIK. Jadi, kepada artis yang nak melaram pada malam tu, kenalah mengikut tema yang ditetapkan. Jangan ada yang pakai selekeh atau memilih tema lain pula ya. Tahun ini adalah tahun ke-24 penganjuran ABPBH dan bakal mempertandingkan 16 kategori kesemuanya. Selain itu ABP kali ini akan mengangkat seorang lagi pemenang keseluruhan iaitu Bintang Paling Popular yang mendapat undian tertinggi dan satu kategori khas iaitu Anugerah Sepanjang Hayat. Yang pasti, hos untuk ABPBH 2010 adalah terdiri daripada pelawak komedi terkenal tanahair yang pernah mengacara anugerah berprestij ini. Trofi ABPBH 2010 juga turut diserahkan kepada Encik Mahfar Ali untuk diperkenalkan kepada hadirin. Tahniah kepada Raja Azura, Shiera dan Zizan Raja Lawak yang telah dilantik untuk menjadi pengacara Anugerah Bintang Popular 2010. Semoga dengan lawak spontan dari mereka akan menghiburkan hadirin dan penonton sekaligus menjadikan anugerah ini lancar dan menghiburkan. Zizan Raja Lawak Raja Azura Shiera Raja Azura dan Shera pernah menjadi pengacara ABH tahun lepas. Cuma pada tahun ini, Zizan diserap masuk untuk menjadikan ABP lebih ceria. Lagi pun, dari kajian yang dibuat oleh ABP, majlis nampak suram kalau takde hos lelaki dan kurang 'remaja'. Jadi dengan adanya Zizan, ABP lebih gempak dan happening. Lawak Zizan kan power. Artis yang akan buat persembahan di pentas ABPBH2010 ialah Adira, Along Raja Lawak, Altimet, Alyah, Ana Raffali, Angah Raja Lawak, Anuar Zain, Azlan & The Typewriter, Dato' Siti Nurhaliza, Ella, Farhan, Hujan, Johan Raja Lawak, Nabil, Ning Baizura, Shima (Bintang Idola), Shuhaimi Meor Hassan, Yuna dan Zizan Raja Lawak. Antara penyampai trofi pula ialah Aeril Zafril, AG Hot FM, Ahmad Idham, Aida Aris, Aida Khalida, Anita Sarawak, Ashraf Muslim, Bintang Idola, Dynas Mokhtar, Fahrin Ahmad, Faizal Tahir, Fasha Sandha, Fiz Fairuz, Hans Isac, Irma Hasmie, Jehan Miskin, Juliana Miskin, Juliana Evans, Kamal Adli, Natasha Hudson, Raja Azmi, Rita Rudaini, Shaarnaz Ahmad, Shah Jaszle, Sharifah Zarina, Sheera Iskandar dan Suraya Hot FM. Anugerah Bintang Popular 2010 akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland pada 3 April 2011. Anugerah tahunan ini bertemakan Moden Klasik, tema yang akan memperagakan fesyen yang moden dan klasik dengan fabrik anggun dibawa oleh Euro Moda Gulati's dan 5 pereka muda yang menggelarkan diri mereka 5 Star iaitu Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Zery Zamry, Hazwani Osman dan Nik Erwan Roseli. Ramai artis popular hadir untuk memperagakan rekaan dari pereka 5 Star ini. Antaranya Dynaz, Adeline Tsen, Ning Baizura, Scha Alyahya, Liyana Jasmay, Adira, Natasha Hudson, Alyah, Faezah Ilai dan ramai lagi. Pertunjukan fesyen ini diiringi persembahan nyanyian oleh juara BIBH2008, Nazatul, Naib Juara, Syazwani selain dua bakat baru, Wana dan Nashrin. Pengumuman hos, penyampai anugerah dan barisan artis yang buat persembahan telah berlangsung pada jam 3 petang semalam (24 Februari 2011) di Holiday Villa, Hotel & Suite yang turut dihadiri oleh Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap penasihat 1 ABPBH2010, Hanizam Abdullah, Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABHBH2010, Zainuri Misfar, Pengarang HIburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2010, rakan penaja, media dan artis yang bakal buat persembahan pada malam anugerah itu nanti. Pada majlis itu juga penyerahan tajaan daripada Naza Bike dan SimplySiti sebagai rakan penaja dan penyertaan Celcom Axiata Berhad sebagai penaja utama yang akan bersama menjayakan ABPBH tahun ini turut diadakan. Penyerahan tajaan dilakukan oleh wakil penaja kepada Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap Penasihat 1 ABPBH2010. Road Tour ABP masih giat diadakan bagi mempromosikan acara ini kepada umum. Terkini, Road Tour ABP akan singgah di The Mall Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Mac 2011. Anugerah Bintang Popular 2010 akan bersiaran langsung di TV3 dan boleh didengar menerusi HotFM bermula jam 9 malam. Tags: abpbh, berita harian, celcom, euro moda, Fesyen, genting highland, holiday villa hotel, kump, mingguan, naib, naza bike, pelawak, pengarang, persembahan, Raja Azura, roseli, shiera, simplysiti, syazwani, zizan raja lawak Tags: Anugerah Bintang Popular, Adira, Aeril Zafril, AG Hot FM, Ahmad Idham, Aida Aris, Aida Khalida, Along Raja Lawak, Altimet, Alyah, Ana Raffali, Angah Raja Lawak, Anita Sarawak, Anuar Zain, anugerah, Ashraf Muslim, Azlan amp The Typewriter, berita harian, Bintang Idola, Dato-039 Siti Nurhaliza, Dynas Mokhtar, Ella, Fahrin Ahmad, Faizal Tahir, Farhan, Fasha Sandha, Fiz Fairuz, Hans Isac, Hujan, Irma Hasmie, Jehan Miskin, Johan Raja Lawak, Juliana Evans, Juliana Miskin, Kamal Adli, Nabil, Natasha Hudson, Ning Baizura, Pengacara, Raja Azmi, Rita Rudaini, Shaarnaz Ahmad, Shah Jaszle, Sharifah Zarina, Sheera Iskandar, Shima (Bintang Idola), Shuhaimi Meor Hassan, Suraya Hot FM, Yuna, Zizan Raja Lawak Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Baca artikel lain yang berkaitan: Gambar Zizan Raja Lawak Dalam BolosZizan Raja Lawak Nyanyi Rap dalam Selamat TinggalSelebriti di Pengumuman Hos Penyampai & Persembahan Artis ABP 2010Gambar Raja Azura di Karpet Merah ASA 2010Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful ApekUjibakat Ewah-Ewah di Sri Pentas Hari Ini dan EsokGossip Zizan Raja Lawak Enggan Hadir di Sesi FotografiFoto Artis di Pengumuman Top 5 Finalis ABPBH 2010 Part 2Dokumentari Khas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja MalaysiaProfile Pelakon dan Penyampai Sinar FM Raja Azura
Entri ini telah diterbitkan
pada Friday, February 25th, 2011 pada 3:45 am dan dibawah kategori Anugerah Bintang Popular.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Gambar Scha Alyahya di Sidang Media ABPBH2010 Posted: 24 Feb 2011 09:10 AM PST Gambar Scha Alyahya di Sidang Media ABPBH2010. Cun, comel & lawa! Scha menggayakan rekaan fesyen elegan dari pereka Rizman Ruzaini. Luar dari tajuk, Budiey nak war-warkan tentang satu event yang dianjurkan oleh Wall's Cornetto. Sebanyak 100 ribu Cornetto Give Away akan diberikan kepada anda pada hari Sabtu, 26hb Feb. 2011 @ Sg. Wang Plaza dalam kempen terbaru Lafazkannya dengan stail Cornetto. 'Lafazkannya dengan stail Cornetto', kempen terbaru Wall's Cornetto yang baru dilancarkan bertujuan memberi semangat kepada orang ramai untuk meluahkan perasaan serta personaliti mereka dengan unik dan menarik. Untuk meraikan kempen baru dengan bergaya, Wall's Cornetto akan berkongsi kasih bersama semua peminat Wall's Cornetto dengan memberikan 100,000 ais krim Cornetto secara percuma di enam buah bandar di seluruh negara secara serentak dari Sungai Wang, Kuala Lumpur, Plaza Alam Central, Shah Alam, Sutera Mall dan City Square, Johor Bahru, hingga ke Queensbay Mall dan Gurney Plaza, Pulau Pinang pada Sabtu ini, 26 Februari 2011 pada jam 12.00 t'hari! Temui artis pujaan anda di Sg. Wang pada jam 12 t'hari! Siapa? Nantikan kemunculannya pada jam 12 t'hari, Sabtu 26 Feb. 2011 hanya di Sg. Wang. Satu aturcara yang dijamin akan memukau anda. Tags: ais krim, alam sutera, city square johor, city square johor bahru, cornetto, dan gurney, enam, gurney plaza, kasih, kempen, lawa, perasaan, personaliti, pulau pinang, ribu, scha, semangat, shah alam, stail, sungai wang kuala lumpur Tags: Anugerah Bintang Popular, Scha Al Yahya, Alyah, band, Gambar, gambar scha alyahya bertunang, Johor Bahru, percuma, pulau pinang, Rizman Ruzaini, sidang media Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Baca artikel lain yang berkaitan: Gambar Scha Alyahya di Anugerah Skrin 2010Selebriti di Pengumuman Hos Penyampai & Persembahan Artis ABP 2010Gambar Scha Al Yahya di Karnival Filem Evolusi KL Drift 2Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2Video Klip Hujan Gandingkan Scha Alyahya Dengan Fauzi BaadilaRaja Azura, Shiera & Zizan Raja Lawak Hos ABPBH2010Gambar Ning Baizura di Sidang Media ABPBH2010Jawapan Trivia: Scha Al Yahya Pakai Kebaya Batik ModenRafflesia Taja Barang Kemas di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010Gambar Sidang Media Penyertaan FFM22-KK2009
Entri ini telah diterbitkan
pada Friday, February 25th, 2011 pada 1:10 am dan dibawah kategori Anugerah Bintang Popular, Scha Al Yahya.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
OHBULAN! Posted: 24 Feb 2011 11:27 PM PST Women:100 – Aznil Nawawi Ketuai Flashmob Di Pavilion Sabtu Ini Posted: 24 Feb 2011 04:49 PM PST Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, penganjur Women:100, Kakiseni akan bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Multimedia Sdn. Bhd. (MDEC) dalam menganjurkan bengkel-bengkel selama 100 jam secara kolektif khusus untuk wanita di seluruh negara. Bengkel-bengkel ini meliputi pelbagai topik – dari motivasi hinggalah ke kursus ICT dengan objektif utama memperkasakan wanita melalui keusahawanan. Orang ramai juga akan dapat menyaksikan sesi-sesi "Flash Mob" sepanjang bulan Mac di sekitar Lembah Klang. Pada hari Sabtu ini bertempat di Pavilion, seramai 50 orang termasuk 15 selebriti Malaysia yang diketuai oleh Aznil Nawawi akan berkempen di Twitter bermula tengah hari. Kami difahamkan, acara flashmob akan diserikan dengan laungan anti-keganasan terhadap wanita oleh kumpulan selebriti ini. Sekeping bunting yang besar mengandungi mesej "HERO MALAYA BANTERAS KEGANASAN TERHADAP WANITA" akan dipaparkan, manakala flyers yang mengandungi manifesto tersebut akan diedarkan kepada pengunjung. Rasionalnya, setiap orang wajar membanteras keganasan terhadap wanita & mesej-mesej ini perlu disebarkan dulu sebelum perkara yang lebih buruk terjadi. Orang kata, beringat sebelum terkena. Persembahan-persembahan ini akan berlangsung di tempat yang berlainan sekitar Lembah Klang dan lebih daripada 100 personaliti dan selebriti tempatan akan berganding bahu selama 30 hari untuk menyelami perjalanan golongan Hawa di samping meraikan pencapaian mereka selama ini. Pada 8hb Mac 2011, Women:100 menjanjikan pengalaman istimewa dengan penampilan terbaik dari industri seni persembahan tempatan yang menginterprestasikan subjek 'wanita' dengan pelbagai cara – pementasan teater, bengkel, tarian, musik, penulisan, bacaan, mini konsert dan pertukaran pandangan. Sebanyak 13 persembahan akan diadakan sepanjang bulan Mac 2011 di mana setiap satu mempunyai sentuhan unik dalam soal kewanitaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kakiseni.com/women100 atau ikuti Facebook Women:100 dan Twitter. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
0 ulasan:
Catat Ulasan