ads

Khamis, 1 Mei 2014

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


120 PATI ditahan dalam Ops Cantas Khas <b>di Tawau</b> ABN News | BM

Posted: 28 Apr 2014 07:42 PM PDT

TAWAU – Polis Tawau menahan sejumlah 120 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Cantas Khas di beberapa kawasan di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, dalam operasi kira-kira pukul 4 pagi itu, sebanyak 73 lelaki dan 47 wanita berumur antara tiga dan 60 tahun ditahan.

"Operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen itu dilakukan dibeberapa tempat termasuklah di kawasan bandar, Batu 10 Jalan Apas, dan Batu Lima Tinagat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Katanya, selain itu pihaknya turut menahan tiga lelaki berusia di antara 21 dan 30 tahun kerana positif dadah dan kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Awang Besar meminta kerjasama dari orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang penempatan pendatang asing di kawasan masing-masing. – Bernama

30 motosikal disita dalam Op Lejang <b>di Tawau</b> ABN News | BM

Posted: 27 Apr 2014 09:29 PM PDT

TAWAU – Sebanyak 30 motosikal disita dalam Op Lejang di sekitar Batu Payung di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, 30 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

"Operasi yang melibatkan tiga pegawai dan 30 anggota itu merupakan operasi bagi mencegah kesalahan lalu lintas, pencegahan jenayah serta mengesan motosikal curi yang akan dijalankan dari semasa ke semasa," katanya satu dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemilik motosikal tersebut boleh menuntut kenderaan mereka di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. – Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved