ads

Khamis, 8 Mei 2014

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Lagi Kes Culik <b>Di Semporna</b> Sabah - Menteri Gigit Jari - Dunia <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2014 11:00 PM PDT

Ingat tak kes tahun lepas?

Kita terus membaca jawapan wakil rakyat BN bila PKR usulkan perbincangan bagi mencari jawapan dan menilai aspek2 tahap keselamatan perairan negara ketika itu.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini menolak usul untuk membincangkan kes pembunuhan dan penculikan di Pulau Pom-Pom, Semporna pada 15 November lalu. 

Speaker DUN, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said semasa menolak usul dikemukakan Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias) itu berkata usul itu tidak perlu dibincangkan memandangkan kes itu masih dalam siasatan. 



(usul) tidak perlu disegerakan sehingga kita terpaksa menangguhkan persidangan DUN. Lagipun, saya difahamkan keselamatan di sana (Pulau Pom-Pom) adalah terkawal dengan adanya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) serta pihak berkuasa lain," katanya. 


Pada 15 November lalu, pelancong Taiwan Hsu Li Min, 57, ditemui mati dalam sebuah bilik di pulau peranginan itu dengan dua kesan tembakan di dadanya manakala teman wanitanya, Chang An Wei, 58, diculik oleh kumpulan bersenjata dipercayai kumpulan pengganas dari negara jiran. 

- BERNAMA


Dan semalam ;
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi ini.

Beliau berkata polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu.

"Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan," katanya. - Astro Awani.


Keyword.

1. Pulau Pom Pom.

2. Kejadian kali kedua.

3. Lokasi sama, situasi sama, dua2 membabitkan pelancong asing.

4. Kali neh membabitkan warganegara dari China.

5. Penduduk China tengah angin satu badan isu insiden #MH370.

6. Dulu mereka sebut kes penculikan di Pulau Pom Pom adalah kes terpencil. Ye, membabitkan kematian, nyawa orang ramai, ko boleh keluarkan statement merapu cakap ianya kes terpencil. Orang citer pasal tahap keselamatan, ko jawab pasal kes terpencil. Orang peduli apa samada ia selalu berlaku atau jarang berlaku, sebab orang pertikaikan bab keselamatan. Bab nyawa. Ini bukan sekadar rompak dan blah. Ini culik dan bunuh. Kalau anak2 ko yang kena culik dan bunuh macam mana?

Lihat ;

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek menegaskan kejadian culik dan bunuh di Pulau Pom Pom, Semporna awal pagi Jumaat tiada kaitan dengan insiden pencerobohan dahulu.
Sebaliknya kata beliau kejadian merupakan kes terpencil membabitkan penjenayah.
"Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak panik ekoran kejadian ini kerana keadaan di sini (pantai timur) terkawal. Kita tunggu siasatan pihak polis dan jangan buat sebarang spekulasi," katanya dalam sidang media di ibu pejabat ESSCOM, di Pangkalan Polis Marin, dekat sini. Mengulas mengenai kes itu, Mohammad berkata kejadian berlaku pukul 1 pagi membabitkan dua pelancong Taiwan.

Kes terpencil? = 2 kali berlaku dah.

Tahap keselamatan terkawal? = 2 kali berlaku dah.

Agak2nya perlu berapa banyak penculikkan dan kematian untuk kerajaan faham bahawa tahap keselamatan di situ perlu dipertingkatkan?

Lihat lagi ;


Peruntukan dah dapat.

Terima kasih pun Najib dah dapat.

Jadi kenapa tahap keselamatan masih di takuk lama? Jika sudah dipertingkatkan kenapa kes penculikkan ini berulangan di lokasi yang sama membabitkan warga negara asing lagi?

Jangan2 lepas neh nak cakap, alamak aiiiii tue kan untuk kawal keselamatan rakyat Sabah aje, warga asing memang ah tak termasuk. Jangan bagi alasan macam neh sudah la ek.

Ingatlah ek, satu kecuaian boleh membuahkan masalah. Bukan semua jenis kecuaian boleh mendatangkan masalah tetapi selalunya masalah timbul bila kecuaian wujud. Lue fikirlah sendiri.

Rujukan : http://www.umno-online.my/?p=94676

http://www.umno-online.my/?p=95886 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DUNSabahtolakusulbincangkesbunuh_culikdiSemporna/Article/index_html

http://www.astroawani.com/news/show/2-pelancong-china-disahkan-diculik-dan-dibunuh-di-semporna-25503


IKLAN TEXT DISINI

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved