ads

Sabtu, 10 Mei 2014

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Apa Yang Tersirat: Penculikan Berlaku Lagi <b>Di Semporna</b>

Posted: 02 Apr 2014 08:59 PM PDT

KOTA KINABALU: Seorang warga China berusia 29 tahun dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik dari sebuah resort dekat Semporna.

Wanita dari Shanghai yang dikenal pasti sebagai Gao Hua Yun dan pekerja resort warga Filipina berusia 40 tahun itu telah diculik oleh seramai enam lelaki bersenjata yang tidak dikenali kira-kira pukul 10.30 malam Rabu dari resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum, Semporna.

Pasukan keselamatan Malaysia telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya di sepanjang sempadan laut, selatan Filipina.
Polis Sabah masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.

Walaubagaimanapun, pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek telah mengesahkan penculikan itu.

Maklumat kejadian masih tidak lengkap.

Difahamkan pelancong berkenaan sedang mandi di dalam biliknya apabila kumpulan lelaki bersenjata memaksanya keluar dan menaiki bot mereka.

Masih tidak dapat dipastikan di mana perkerja resort itu berada ketika dia diculik.

Terdapat kira-kira 61 pelancong dari China di resort itu pada masa kejadian.

Salah satu pelancong di resort itu yang merupakan seorang wartawan akhbar dari China melaporkan bahawa ramai pelancong di resort itu berada di bilik mereka ketika kejadian.

Pelancong-pelancong hanya mengetahui perkara itu apabila pihak pengurusan mengarahkan semua tetamu keluar dari bilik mereka selepas polis tiba minit beberapa minit selepas lelaki bersenjata melarikan diri dengan tawanan mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved