ads

Jumaat, 9 Mei 2014

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Lagi Kes Culik <b>di Lahad Datu</b>, libatkan Pengurus warga China <b>...</b>

Posted: 05 May 2014 08:02 PM PDT


Satu lagi insiden penculikan didakwa berlaku di perairan pantai timur Sabah awal pagi Selasa, dipercayai dilakukan oleh kumpulan penculik dari selatan Filipina.
Kejadian berlaku jam 2.55 pagi tadi di perairan Silam, dekat Lahad Datu.
Mangsa yang diculik ialah seorang lelaki pengurus sebuah syarikat dipercayai warga China yang menjalankan perusahaan sangkar ikan.
Mangsa yang dikenali sebagai Yang Zailin dilaporkan telah dilarikan selepas sekumpulan penculik, terdiri daripada lima lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot menyerbu premis sangkar ikan miliknya.
Sabah MapKetua Polis Daerah Lahad Datu, Supt. Shamsuddin Mat dilaporkan memmberitahu, satu sidang media akan diadakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada tengah hari ini.
Sebelum itu, pada Ahad, empat nelayan berdepan detik mencemaskan, apabila disamun sekumpulan empat lanun berpakaian celoreng ala tentera lengkap bersenjata api di perairan Tanjung Labian, juga dekat Lahad Datu.

Dalam kejadian jam 11 malam Ahad itu, kumpulan lelaki terbabit merampas empat enjin bot milik mangsa yang sedang menangkap ikan sekitar perairan berkenaan secara bersendirian.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Mohammad Mentek dalam satu kenyataan media ringkas pada lewat malam Isnin berkata, lokasi sebenar kejadian insiden rompakan oleh kumpulan lelaki bersenjata yang didakwa berlaku di perairan Tanjung Labian itu masih dalam siasatan.
"Kita perlu menyiasat sama ada kejadian itu benar-benar berlaku di perairan negara kita atau di perairan negara jiran," katanya.
Beliau bagaimanapun mengesahkan berlakku kejadian rompakan malam semalam.
Pihak keselamatan negara juga masih menyiasat jenis senjata yang digunakan dan siapa yang bertanggungjawab melakukan rompakan itu, katanya.
Kejadian penculikan terbaru pada awal pagi ini pula menyusul sejurus beberapa jam selepas Mohammad Mentek mengeluarkan kenyataan lokasi insiden rompakan pada Ahad malam sedang disiasat.-bnbbc.my

Artikel Berkaitan,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved