ads

Sabtu, 3 Mei 2014

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Wujud Institusi Pendidikan Bidang Keselamatan <b>di Lahad Datu</b> <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 12:58 AM PDT


KOTA KINABALU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri hari ini mencadangkan institusi pendidikan berasaskan bidang keselamatan diwujudkan di Lahad Datu, iaitu lokasi pencerobohan sekumpulan pengganas dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, tahun lalu. 
Datuk Mohd Yusop Apdal (BN-Lahad Datu) berkata, antara institusi yang boleh dipertimbangkan diwujudkan ialah Akademi Kepolisan, Maktab Tentera, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Akademi Keselamatan Marin, Kolej Oseanografi atau Akademi Laut. 
"Unjuran daripada pewujudan institusi bersifat akademik dan latihan ini kelak sudah tentu keseimbangan pembangunan negeri Sabah dapat direalisasikan kerana kita sedia maklum wujud cawangan IPTA dan pusat latihan di Keningau, Beaufort, Papar, Kota Belud, Tuaran, Kudat, Ranau, Sandakan dan Tawau," katanya ketika membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Sabah dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini. 
Mohd Yusop berkata, penubuhan institusi berkenaan secara holistiknya akan membantu mengelakkan penghijrahan tenaga muda dan potensi anak Lahad Datu ke luar daerah untuk menuntut ilmu mahupun mengejar peluang kerjaya. 
Beliau berkata, pembukaan kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kolej Yayasan Sabah, Institut Perguruan dan Pusat Latihan Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga dialu-alukan di Lahad Datu. 
Sementara itu, Mohd Yusop turut mengalu-alukan langkah kerajaan menubuhkan sebuah pusat tahfiz di pedalaman pantai timur negeri yang membolehkan lebih ramai golongan muda meningkatkan pengajian Al-Quran dan syiar Islam. 
"Dalam hal ini, selaku Adun dari pantai timur, saya sangat mengharapkan supaya kerajaan negeri dapat mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah lagi pusat tahfiz di pantai timur dan Lahad Datu sentiasa siap sedia untuk dijadikan tempat membuka pusat tahfiz itu," katanya. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WujudinstitusipendidikanbidangkeselamatandiLahadDatu-ADUN/Article


0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved