ads

Khamis, 1 Mei 2014

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Markas Task Force 450 ditempatkan <b>di Kota Belud</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 11:32 PM PDT

by SITI AISYAH NARUDIN. Posted on April 29, 2014, Tuesday

MOHAMED AFFANDI (tiga kiri) berkesempatan melawat anggotanya yang tercedera, Prebet Abdul Latif di HQE kelmarin.

KOTA KINABALU: Kem Paradise, Kota Belud akan dijadikan salah satu kawasan penempatan untuk markas Task Force 450.

Panglima Tentera Darat Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, buat masa sekarang pihaknya belum dapat memastikan bila markas Task Force 450 akan berpindah ke kawasan itu.

"Kita masih dalam proses peninjauan untuk melihat bangunan sedia ada yang perlu dibaiki memandangkan kita akan buat penempatan kem askar yang baharu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat seorang anggota tentera yang cedera akibat kemalangan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (QEH) II di sini kelmarin.

Mohamed Affand turut berkata, pihaknya mahu mengekalkan markas 5 Briged di Kem Lok Kawi.

Menurutnya, tujuan markas 5 Briged dikekalkan di Kem Lok Kawi kerana kem berkenaan adalah permulaan bagi 5 Briged dan ia menyimpan banyak sejarah.

Pada masa sama, beliau turut menganggap organisasi baharu seperti Task Force 450 lebih sesuai ditempatkan di kawasan baharu yang berbeza.

Sebelum mengadakan lawatan ke hospital berkenaan, beliau bersama Panglima Task Force 450 Mejar Jeneral Datuk Ranjit Singh Ramday dan Panglima 5 Briged Brigedier Jeneral Jalaluddin Manan membuat tinjauan di tapak penempatan kem askar di Kem Paradise, Kota Belud.

Selain itu, Mohamed Affandi turut memaklumkan anggotanya yang tercedera kini dalam keadaan stabil.

Katanya, Prebet Abdul Latif Md Yusuf, 21, yang berasal dari negeri Kedah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dari kenderaan jenis DMax ketika mengikuti Program Jiwa Murni anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Anggota dari 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu dikatakan terjatuh ketika kenderaan terbabit menuruni selekoh di bukit Pos Bakapit di Lahad Datu kira-kira jam 5 petang Jumaat lepas.

Pasukan Task Force 450 Bakal Ditempat <b>di</b> Kem <b>Kota Belud</b> | Suara <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 08:15 AM PDT

Pasukan Task Force 450 Bakal Ditempat di Kem Kota Belud

tskforce450

SEPASUKAN anggota tentera melakukan simulasi perang dalam majlis Serah Terima Tugas Panglima 5 Briged dan pelancaran Task Force 450 di Kota Kinabalu, Sabah.

KOTA KINABALU – Pasukan Task Force 450 akan ditempatkan di Kem Tentera Paradise, Kota Belud bagi menjadikannya sebahagian daripada tunjang kepada penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia dalam menjaga kedaulatan negeri ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata pemilihan kem tentera itu berdasarkan lokasinya yang mempunyai nostalgia dan sejarah tersendiri bagi Tentera Darat (TD).

"Lawatan saya ke Sabah antara lain untuk meninjau kerja-kerja membaik pulih dan membaiki bangunan kem tentera di Kota Belud yang akan dijadikan petempatan kem askar pasukan Task Force 450," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Mohamed Affandi berkata pada masa kini, pasukan itu berada di Kem Lok Kawi, Papar.

Bagaimanapun, katanya, tarikh pemindahan pasukan itu ke kem berkenaan masih belum diputuskan.

Dalam pada itu, Raja Mohamed Affandi berkata Lima Briged Infantri Malaysia yang ditubuhkan sejak 50-tahun lalu di Sabah, akan berada di bawah pentadbiran Task Force 450 dan kekal beroperasi sepenuhnya di Kem Lok Kawi, Papar.

Pada 2 April lalu, Panglima Pemerintahan Medan Wilayah Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar dilaporkan berkata penubuhan Markas Task Force 450 di Kem Lok Kawi, Papar, memantapkan keupayaan dan kesiapsiagaan tentera darat menghadapi sebarang ancaman musuh yang cuba menggugat kedaulatan negara khususnya di Sabah.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat seorang anggota TD, Prebet Abdul Latif Md. Yusuf yang terlibat dalam kemalangan ketika membuat persiapan untuk melaksanakan program jiwa murni – pemeriksaan kesihatan di Bakapit, Lahad Datu, Jumaat lalu.

Abdul Latif, 21, yang berasal dari Kedah, mengalami kecederaan di kepala dan mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth II, Luyang di sini dan dilaporkan stabil.

Yang turut hadir Panglima Task Force 450, Mejar Jeneral Datuk Ranjit Singh Ramday.  – Bernama

Artikel disiar pada 28/04/2014 - 11:15 pm oleh SGBSelangor

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved