ads

Selasa, 1 April 2014

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


25/03/2014: Yang Dipertua <b>Negeri Sabah</b> menzahirkan rasa <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2014 03:43 AM PDT

Yang Dipertua Negeri, Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin, menzahirkan rasa dukacita dan sedih di atas insiden yang berlaku ke atas pesawat Malaysia Airlines (M-A-S), MH370.

Sambil merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga terbabit, Yang Dipertua Negeri memohon keluarga yang ditinggalkan tabah dan redha dalam menerima ketentuan ini.

Selain Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman turut berkongsi kesedihan dan berharap keluarga terlibat tabah menghadapi tempoh yang sukar ini serta berdoa agar semua roh mereka dicucuri rahmat.

Turut meluahkan harapan sama, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Pengumuman penerbangan pesawat MH370 yang berakhir di Selatan Lautan Hindi, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, malam tadi, menamatkan penantian tidak pasti selama 17 hari, sejak pesawat itu hilang pada 8 Mac lepas.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur (KLIA), menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar.

Pesawat terbabit sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Maria (Farizie/Firdaus/Olivia-Cov)

~mfja~

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved