ads

Selasa, 1 April 2014

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Cerita dr Sabah: Day 2 Aku <b>di Semporna</b>! | akuayut

Posted: 09 Mar 2014 09:05 PM PDT

Assalamualaikum. ..
Sebenarnya hari ni dah hari ke 3 aku berada di Sabah.Tapi mestilah cerita kat sini hari sebelum hari ni.Kenangan katanya.Baru betul. :) Hari ni suami kerja.Dia duty.Dia amanahkan jaga umah dan kemas umah.Baik bos! Tapi ngelat jap ea nak update blog jap.hihihi.Sayang big bos umah kita! :)
Hari kedua aku dan suami berangkat ke Semporna. Kem suami di Semporna. Perjalanan daripada Tawau ke Semporna semalam lebih kurang 1 jam lebih cikit. Jalannya kiri kanan pokok.Sesetengah kawasan je banyak kedai. Lepas tu pokok balik.huhuhu.
Petangnya tu kitorang keluar dating pulak ke Pekan Semporna. Selain dating berdua tu sebenarnya ada misi yang nak dicari.Pekan Semporna tak besar mana pon.Pusing-pusing situ jela.Ada Giant! Tapi kedai ala-ala Giant pon ada je jugak. Kitorang sampai mulalah melakukan pencarian misi kami.Pergi 3 4 kedai akhirnya kami jumpa apa yang dicari mengikut budget yang telah dipersetujui oleh kami berdua.Kena survey dulu tau.Kalau tak memang peratus nak kena tipu tu sangatla tinggi.Lagi-lagi diorang tahu kita orang luar kan.Penat sikit tapi berbaloi dari buang duit gitu je.huhuhu.ok.Setel.
Total kitorang bayar = RM410.00
Nak dapatkan RM400 tauke tu tak bagi.hahaha.Alhamdulillah.Kat Semporna ni barang semua harga lebih tinggi daripada semenanjung kan. :)
Lepas tu pergi hantar dulu barang balik kem.Sanggup lagi pulak tu keluar balik pergi Pekan Semporna cari barang dapur. Hahaha.Gigihla kami berdua ni ulang alik setengah jam perjalanan dengan menaiki motor!Caralah...hahaha.Adehhh.
Petang dah sakit pinggang semua tu pergi lepak kejap tepi jeti mana pon tak tahulah tu.Lepak dalam setengah jam pukul 6.15pm gelap dah.Magrib pon dah masuk kitorang pon berangkatlah pulang.Letih sungguh tapi seronok! :)
Malamnya kitorang main masak-masak.Masak apa tu nanti malam aku bagitau balik.Sekarang nak manjalankan amanah suami tersayang kejap untuk kemas umah.huhuhu.Nanti aku blogwalking petang sikit ye kawan-kawan.Lama dah ni hutang. :)

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved