ads

Selasa, 15 April 2014

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


13/04/2014: pusat satelit isn kedua sabah dirasmikan <b>di sandakan</b>…

Posted: 13 Apr 2014 05:07 AM PDT

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menekankan pendekatan Program
Latihan Pembangunan Pelapis dan Penubuhan Akademi Tunas serta Pusat
Latihan Daerah bagi pembangunan atlet dan sukan di Sabah.
        Di bawah program itu, tumpuan diberikan dalam penyampaian
perkhidmatan sains sukan membabitkan aspek kejurulatihan dan persiapan
atlet serta sokongan.

        Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan demikian kepada
media selepas merasmikan Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN)
Sandakan di Kompleks Sukan Sandakan.

        Pusat Satelit ISN Sandakan merupakan yang ke-10 daripada 16-ISN di
negara ini dan yang ke-2 di Sabah selepas ISN Likas di Kota Kinabalu.

        Katanya, ia bertujuan bagi menyokong pusat satelit sedia ada
berikutan keperluan pembangunan sains sukan di negara ini semakin
meningkat.

        Beliau yakin pusat berkenaan dapat membantu atlet serta jurulatih
Sabah dalam penyampaian perkhidmatan sains, perubatan dan teknologi
sukan secara lebih efektif.

        Mengikut perancangan, sebuah lagi pusat satelit seumpama akan dibuka
di Tawau pada tahun hadapan.

End/FLA            (dman/nizam/saziri/COV/beta)

~mfja~

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved