ads

Sabtu, 5 April 2014

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


"PROJEK PELAJAR SUPER A" <b>DI KOTA MARUDU</b> - I LOVE MARUDU

Posted: 27 Feb 2014 12:00 AM PST

Murid-murid, guru-guru dan ibubapa harap ambil perhatian perkara ini untuk mendorong semua supaya cemerlang dalam UPSR. siok oh dapat duit kalau dapat A.
__________________________________________________________
KOTA MARUDU, 16 Feb (Bernama) -- Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memperkenalkan "Projek Pelajar Super A", yang
menawarkan hadiah RM100 kepada pelajar di kawasan pedalaman Kota Marudu bagi
setiap 'A' yang mereka peroleh dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR).

Anggota Parlimen Kota Marudu ini berkata projek tiga tahun itu bertujuan
mendorong pelajar bersaing untuk memperoleh sebanyak mungkin 'A' dalam
peperiksaaan itu.

"Terdapat 13 sekolah pedalaman di Kota Marudu, yang terletak di luar kawasan
penarafan majlis daerah.

"Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Marak Parak, SK Sampir, SK
Samparita, SK Sunsui, SK Temuno Teringai Darat, SK Malangkap, SK Tagibang, SK
Mangaris, SK Mangin, SK Lampada, SK Koromoko, SK Gana dan SK Magandai," katanya
pada majlis penyampaian insentif UPSR di sini hari ini.

Ongkili berkata projek itu akan dilaksanakan dengan kerjasama pertubuhan
yang berminat untuk membantu kanak-kanak luar bandar sebagai sebahagian daripada
projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.

"Pendidikan kanak-kanak kita di luar bandar bergantung pada usaha secara
kolektif dalam kalangan mereka sendiri, sekolah dan ibu bapa.

"Bagaimanapun, mereka akan lebih berjaya jika turut mendapat perhatian serta
sokongan daripada wakil rakyat yang bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan
dan badan lain," kata Ongkili.

Sementara itu, beliau menggesa pertubuhan lain seperti Astro supaya turut
melaksanakan CSR mereka di kawasan luar bandar untuk membolehkan rakyat
menikmati lebih banyak peluang, termasuk dari segi pendidikan dan kemudahan
asas.

-- BERNAMA
SZA SZA MO SP RHM
02/16/2014 19-38ST

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved